SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, April 1, 2014

UMNO Online - “BN Is Sensitive To The People’s Needs – Musa” plus 9 more

UMNO Online - “BN Is Sensitive To The People’s Needs – Musa” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Is Sensitive To The People’s Needs – Musa

Posted: 31 Mar 2014 05:07 AM PDT

KOTA KINABALU, March 31 – Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the Barisan Nasional (BN) is sensitive to the people’s needs and one of the party’s role is to uphold, protect and fight for the rights and interests of the State, for the benefit of the people.

He said the oil royalty issue was not new, and clearly it was in line with the rights and interests of the State and the people.

“In the 13th General Election held last year, the matter of oil royalty was clearly stated in the Sabah BN Manifesto. In line with this, firstly, we welcome and appreciate efforts of any parties who are honest and sincere in their struggles, as long as it is for the benefit of the State and its people.

“Secondly, it is a fact that our efforts are an on-going process and which are carried out through various acceptable strategies and approaches. Thirdly, forums and channels have been created by the Government and Party leaderships based on the spirit of sharing power, inclusivity and consensus,” he said in a statement issued here today.

Recently, the leaders of three BN youth wings issued a joint statement appealing to the federal goventment to increase Sabah’s oil royalty from the present five per cent to 20 per cent.

According to Musa, the government and party leadership were open to hearing voices and views that were brought up in a responsible manner.

“At the same time, in the context of the commitment to the agenda of the State's development, we need to understand that apart from funds that are channeled in the form of royalty, the Federal Government also has a large allocation for Sabah through various other means such us under the Development Budget,” he added.

Musa said in fighting for the rights of the State, it was the people’s responsibility as citizens of Malaysia to support, protect and work together in pushing forward the larger agendas and national interests which, indirectly, will benefit Sabah and its people.

PM Tidak Pernah Sebut “Terhempas Atau Tiada Yang Terselamat”

Posted: 31 Mar 2014 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyebut perkataan “terhempas atau tiada yang terselamat” semasa mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Perkara ini dijelaskan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar rutin hari ini berikutan tuntutan maaf keluarga penumpang warga China daripada kerajaan Malaysia.

sidang-media-najib-hisham-azharuddin-sahih-lautan-hindi-mh370-pwtc

“Sebahagian daripada sebab-sebab permohonan itu dibuat berikutan dakwaan bahawa perdana menteri atau kerajaan telah menyatakan bahawa pesawat itu sebenarnya telah terhempas dan tiada yang terselamat.

Perkara itu benar-benar salah… Tidak disebut terhempas atau tiada yang terselamat,” katanya memetik kenyataan Najib pada 24 Mac.

Semasa membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit, Najib berkata : “Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu saya dengan perasaan amat sedih dan terharu ingin memaklumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Pengumuman itu mencetuskan kekecewaan di kalangan sanak saudara penumpang dan anak kapal terbabit dan menggesa kerajaan supaya memberikan keterangan konkrit dalam dapatan mereka.

Pesawat Boeing 777-200ER membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata, usaha mencari sebarang serpihan yang dicerap satelit berkemungkinan berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines itu akan diteruskan.

Walaupun serpihan yang ditemui di Lautan Hindi didapati tidak berkaitan dengan pesawat malang itu, Hishammuddin berkata tiada garis masa bagi operasi mencari.

“Kami perlu berlaku adil kepada anggota keluarga (penumpang dan anak kapal). Buat masa ini usaha itu tidak akan dikurangkan. Apa yang berlaku selepas ini, kami telah berbincang tetapi ia tidak sesuai untuk berkongsi dengan orang ramai untuk berlaku adil kepada anggota keluarga,” katanya.

Semasa sidang akhbar itu, beberapa media asing meminta Hishammuddin menjelaskan maklumat grafik mengenai tindakan MH370 berpatah balik yang diberikan semasa taklimat kepada keluarga penumpang di Beijing.

“Saya tidak boleh sahkan. Saya tidak akan berdebat mengenai perkara itu di sini. Taklimat dengan keluarga itu diadakan secara tertutup,” jawab Hishammuddin.

Bagi setiap soalan teknikal mengenai MH370, Hishammuddin mengulangi bahawa ia hanya boleh dijawab apabila kotak hitam itu ditemui.

“Masa semakin suntuk, untuk isyarat itu keluar daripada kotak hitam, jika ia memang di selatan Lautan Hindi,” katanya.

Hishammuddin juga berterima kasih kepada pihak berkuasa Australia atas kerjasama dan komitmen mereka mengetuai operasi mencari di koridor selatan.

“Saya mahu bukan sahaja untuk berterima kasih tetapi memohon mereka meneruskannya di sebalik pelbagai cabaran dan jaraknya. Tetapi setiap hari saya lihat mereka tidak mengecewakan kita terutama anggota keluarga,” katanya.

Karpal, Anwar Boleh Sertai Sidang Sehingga Rayuan Kes Diputuskan

Posted: 31 Mar 2014 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan terus menyertai persidangan sehingga keputusan rayuan kes masing-masing diputuskan oleh mahkamah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata setakat ini beliau masih belum menerima apa-apa arahan berhubung status keanggotaan kedua-dua wakil rakyat itu.

“Oleh kerana kedua-dua yang berhormat sudah membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi…eloklah kita tunggu keputusan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Karpal yang ingin tahu kemungkinan kedudukan mereka dilucutkan susulan keputusan mahkamah yang membolehkan hak sebagai anggota Parlimen terlucut.

Ismail berkata beliau akan merujuk perkara itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) terlebih dahulu kerana tiada arahan diberikan kepadanya setakat ini.

Pada 11 Mac lepas, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap Karpal bagi pertuduhan menghasut, manakala pada 7 Mac lalu, Anwar  dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.

Karpal dan Anwar telah memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Tangau Ambil Alih Jawatan Presiden Parti Upko

Posted: 31 Mar 2014 03:56 AM PDT

PENAMPANG, 31 Mac – Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Madius Tangau hari ini secara rasmi mengambil alih jawatan presiden parti daripada Tan Sri Bernard Dompok yang melepaskan jawatannya berkuat kuasa 21 Mac lepas.

Majlis penyerahan dan penerimaan tugas itu berlangsung di ibu pejabat UPKO di sini hari ini sebelum Tangau buat pertama kalinya mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti selaku presiden.

Bercakap kepada pemberita, Tangau berkata mesyuarat itu menumpukan kepada pelantikan beberapa jawatan penting dalam parti bagi penggal berakhir 2016 termasuk setiausaha agung dan ketua penerangan.

Mengenai jawatan Datuk Dr Ewon Ebin dalam parti selepas kalah dalam pertandingan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti Oktober tahun lepas, beliau berkata kedudukan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu dalam parti akan ditentukan selepas mendapat persetujuan semua pucuk pimpinan.

Pada 5 Mac lepas, Dompok, 64, mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden Upko berkuat kuasa 21 Mac lepas setelah menerajui parti selama 20 tahun.

Sambil melahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan khususnya Dompok, Tangau berharap semua anggota parti meneruskan hala tuju parti dan kembali bersatu dalam satu pasukan demi kesinambungan perjuangan parti sejak dulu.

Sementara itu, Dompok berkata beliau yang kini anggota biasa UPKO Penampang akan terus menyumbang bakti kepada parti.

Sambil berseloroh, katanya beliau ingin melawat kawasan di seluruh Sabah terutama di Penampang, Ranau dan pedalaman selain melibatkan diri secara aktif dalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Montfort Youth Training Centre dan pengerusi Borneo Conservation Trust.

Dompok turut yakin barisan kepimpinan baharu parti pimpinan Tangau akan meneruskan perjuangan dan memastikan parti sentiasa berada di landasan yang benar.

Berkata Hanya Yang Benar Atau Diam Jika Tidak Tahu Apa-apa – Jamil Khir

Posted: 31 Mar 2014 03:15 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 31 Mac – Rakyat Malaysia perlu mengiktiraf dan menghormati kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan berhubung insiden membabitkan pesawat milik Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata Islam tidak membenarkan sebarang penyebaran maklumat tidak tepat kerana ia memberi kesan negatif terhadap masyarakat dan dalam konteks MH370, rakyat perlu berkata hanya yang benar atau lebih baik diam sahaja jika tidak tahu apa-apa.

menteri-agama-islam-jamil-khir-baharom-kabinet

“Rakyat juga perlu menghentikan serta merta sebarang hebahan maklumat yang tidak tepat kerana ia sangat menghiris perasaan keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat.

“Kerajaan Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam segenap aspek termasuk menyalurkan maklumat yang disahkan sahaja dalam setiap sidang media yang diadakan sejak peristiwa itu berlaku pada 8 Mac lalu… jadi tidak perlulah hendak pertikaikannya kerana kerajaan sangat teliti dengan setiap maklumat yang disampaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan multaqa imam, guru takmir dan anggota jawatankuasa masjid peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata dunia turut mengiktiraf usaha Malaysia dalam menangani krisis MH370 ini dan menghormati setiap kenyataan yang dikeluarkan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Daripada membuat perkara seperti itu (spekulasi, terutama di media sosial), lebih baik rakyat teruskan berdoa dan membuat solat hajat agar kita semua diberikan petunjuk dari Allah berhubung pesaway MH370.

“Setakat ini, nasihat saya agar berpegang teguhlah hanya kepada setiap kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan tanpa sebarang tokok tambah cerita dan pada masa sama, hentikan perbuatan yang tidak berfaedah dalam penyebaran maklumat tidak tepat itu,” katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Isu Saman RM2 Juta… Pas Kena Main Lagi!!!

Posted: 31 Mar 2014 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mac – Kalau sesama sendiri pun ditipu hidup-hidup, apatah lagi rakyat biasa. Apa lagi kesimpulan dan pandangan yang boleh dibuat berhubung kes saman bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bukankah sebelum ini  menjelang pilihan raya kecil DUN Kajang PKR memberi jaminan perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik tetapi perkembangan terbaru hari ini rupa-rupanya menunjukkan sebaliknya, kata Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 April ini bagi memutuskan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar, Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pkr-Mohd-Shamsul-Mat-Amin-Saman-Presiden-Pas-Hadi-Awang-Fitnah-Pil-Kuda-Dadah-Penagih-Pengedar-Sedih

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar, Mohamad Nasrudin Mohamed memberi tempoh kepada plaintif, Mohd. Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavit yang dikemukakan oleh pihak defendan.

Bagaimanapun defendan Abdul Hadi tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Asmuni Awi.

Johari seterusnya menambah jelas dan terang lagi bersuluh bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipermain-mainkan berhubung perkara berkenaan kerana berdasarkan apa yang diperkatakan sebelum PRK Kajang, ianya seolah-olah hampir selesai dan tidak diteruskan di peringkat seterusnya.

"Nampak jelas dalam situasi itu Pas dipermainkan sekutunya. Sewajarnyalah Pas melihat perkara ini dan mereka perlu ada maruah yang tersendiri dan bukannya dengan mudah diperkotak-katikkan.

"Sudahlah dalam rakan pakatan pun sekadar pelengkap gabungan pembangkang, perkembangan terkini isu saman itu juga menunjukkan sebaliknya yang berlaku. Cukup-cukuplah dipermainkan.Takkanlah pimpinan Pas tidak ada perasaan sekelumit pun rasa kecewa dan sebagainya," katanya.

Beliau seterusnya menambah Pas perlu ada maruah dan bukannya sekadar melihat isu tersebut dengan sebelah mata kerana ianya melibatkan soal maruah parti.

"Takkanlah melibatkan maruah Presiden parti pun boleh berpeluk tubuh…dan takkanlah melibatkan maruah institusi parti itu sendiri pun mereka boleh goyang kaki…Renung-renungkanlah," katanya.

Bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dilapor tidak akan menarik balik saman sebanyak RM2juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Mohd Shamsul beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya berikutan kegagalan pihak Abdul Hadi bersemuka dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian secara baik berhubung persoalan yang begitu serius menyentuh kehidupannya dan keluarga.

Beliau yang kecewa dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin Pas itu, menyifatkan pihak defendan tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut tersebut walaupun telah membuka peluang kepada mereka sebelum ini. -MediaUMNO

parti-pas-juara-fitnah-mat-sabu-hadi-awang-mustafa-ali-disaman-mahkamah

BN’s Victory In Balingian, A Positive Morale Booster – Adenan

Posted: 31 Mar 2014 02:31 AM PDT

KUCHING, March 31 – Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem today said Barisan Nasional (BN)’s victory in the Balingian state by-election on Saturday was a positive morale booster for the BN in Sarawak.

He said although there are 70 other state constituencies in Sarawak the victory in Balingian was a positive start for the BN in facing the next state election.

Adenan said in the just concluded Balingian by-election it was noticed that Parti Keadilan Rakyat (PKR) lost in all the polling stations, including the postal votes.

“In fact PKR only got two out of the 170 postal votes and in each polling station PKR got less than 100 votes,” he told a press conference in his office at Wisma Bapa Malaysia in Petra Jaya here today.

On claims by PKR that they had increased their votes’ total from 817 votes garnered in the 2011 state election to 1,283 votes in the by-election, Adenan said there was, in fact, a reduction in the opposition votes.

“In the 2011 election the BN got 6,210 votes, the Independent candidate won 1,056 votes and PKR only managed 871 votes.

“The opposition total votes (PKR and Independent candidates) was 1,927 but this time (in the by-election) it was a straight fight and PKR only got 1,283,” he said when alluding to the by-election as a negative morale for PKR.

Adenan also slammed PKR’s claim that their presence in Balingian had prompted the government to give out projects to the people in the constituency.

“Let me say this, the government has been giving projects to the people in Balingian since 1963 like road system, water system, electricity, schools, hospitals and clinics as well as other facilities even before they heard of PKR,” he said.

He said the government would continue to bring development to Balingian, regardless of PKR’s presence in the area.

PM Australia Sokong Pandangan Najib MH370 Hilang Di Lautan Hindi

Posted: 31 Mar 2014 01:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Perdana Menteri Australia Tony Abbott menyokong pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa  penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di Lautan Hindi.

tony-abbot-pm-australia-carian-mh370-sar-search-rescue-military

“Berdasarkan bukti dikumpulkan mendapati pesawat itu telah hilang dan ia hilang di kawasan selatan Lautan Hindi,” katanya kepada pemberita di pusat koordinasi pencarian pesawat itu di pangkalan tentera udara Australia di Perth,  menurut laporan agensi berita AFP pada Isnin.

“Bukti itu jelas amat kukuh dan saya fikir Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun) Razak berhak membuat rumusan itu, dan saya fikir sebaik sahaja rumusan itu dicapai, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mengumumkan rumusan itu,”  kata Abbott dipetik oleh agensi berita itu.

Pesawat Boeing 777-200ER itu, membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan bahawa berdasarkan analisis maklumat satelit dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Pengumuman itu telah menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu, menggesa pihak berkuasa membuat rumusan konkrit daripada bukti diperoleh.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, agensi berita Reuters memetik Abbott sebagai berkata Australia tidak menetapkan tempoh tertentu bagi misi mencari pesawat Malaysia itu.

“Saya pastinya tidak akan menetapkan tempoh terhadap usaha ini,” katanya dan menambah “usaha pencarian kami dan tahap operasi diperhebat, bukan dikurangkan”.

Agensi berita itu melaporkan sejumlah 20 pesawat dan kapal terlibat dalam misi mencari MH370 di kawasan terpencil barat daya perairan Australia pada Isnin.

tony-abbot-pm-australia-najib-malaysia-apec-asean

Dalam perkembangan berkaitan, Abbott turut memuji usaha tanpa mengenal penat lelah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disfatkannya sebagai “luar biasa” dalam misi mencari MH370.

“Saya menghargai usaha luar biasa tentera udara Malaysia kerana ia bukan setakat berada di sini ketika ini, malah turut terbabit dalam pencarian dari udara yang kini sudah masuk tiga minggu,” katanya dalam sidang media semasa melawat pangkalan RAAF (Tentera Udara Diraja Australia) Pearce di Perth pada Isnin.

Beliau berkata sejak tiga minggu lepas, TUDM terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara, mulanya di Laut China Selatan dan kemudian di kawasan darat dan laut barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila dikesan pesawat itu melencong jauh daripada laluan asalnya.

Misi mencari beralih ke selatan Lautan Hindi selepas pengumuman oleh Najib bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di kawasan terpencil Lautan Hindi.

Rang Undang-Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 Dibentang Di Parlimen

Posted: 31 Mar 2014 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 yang mewujudkan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dan bagi perkara yang berkaitan dengannya, dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan membentangkan rang undang-undang yang mempunyai 197 fasal dan 19 bahagian itu untuk bacaan kali pertama.

Beliau berkata bacaan kali kedua rang undang-undang itu dijangka dibentangkan di Parlimen Isnin depan.

CBP akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dikenakan dan dipungut mengikut Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

Berbeza dengan cukai jualan sekarang ini yang merupakan cukai seperingkat, CBP ialah cukai berperingkat dengan pembayaran cukai dibuat dalam pelbagai  peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengagihan.

CBP meliputi semua sektor industri dan merupakan cukai ke atas penggunaan terakhir barang dan perkhidmatan, dan dipungut melalui sistem kredit dengan   CBP ditanggung atas input diimbangkan terhadap CBP yang dikenakan ke atas output.

Rang undang-undang itu akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang.

Fasal 56 rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada Menteri untuk melepaskan mana-mana orang atau golongan daripada pembayaran keseluruhan atau sebahagian cukai boleh dikenakan dan dilevi.

“Oleh itu, orang kena cukai diberi pelepasan daripada mengenakan dan memungut cukai,” menurut fasal itu.

Menurut Fasal 64 pula, akta itu tidak terpakai berhubung pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan dan negeri, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri dalam suatu perintah.

“…atau mana-mana pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun berkenaan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaannya,” menurut fasal itu.

Fasal 89 menyebut orang yang berniat untuk mengelak atau membantu orang lain untuk mengelak cukai, dan jika disabitkan, bagi kesalahan pertama, boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda amaun cukai atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, mereka boleh didenda tidak kurang daripada 20 kali ganda dan tidak lebih daripada 40 kali ganda amaun cukai atau dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Oktober lepas, semasa pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan CBP berkuat kuasa 1 April 2015, pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Pembinaan Hospital Shah Alam Dijangka Siap 24 Sept Depan – Rosnah

Posted: 31 Mar 2014 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Projek pembinaan Hospital Shah Alam (HSA), Selangor dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pemaju kini menumpukan kepada kerja-kerja pembelian, pemasangan dan menguji peralatan perubatan selepas pembinaan fizikal bangunan itu kini siap 100 peratus.

Katanya, tahap kesediaan skop komponen peralatan hospital yang melibatkan kos pembinaan keseluruhan RM550.8 juta itu kini telah mencapai 86 peratus dengan kerja-kerja pemasangan masih berjalan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang ingin tahu status terkini pembinaan dan kos keseluruhan pelaksanaan projek itu.

Rosnah berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM410.8 juta ialah kos kontrak semasa manakala RM140 juta merupakan bayaran kepada pemaju terdahulu yang ditamatkan kontrak pada Sept 2010 kerana gagal melaksanakannya mengikut jadual.

“Bayaran kepada pemaju pertama ini dibuat berdasarkan progres kerja sebanyak 27 peratus yang dilaksanakan,” katanya.

Projek pembinaan HSA dengan kos kontrak RM482.6 juta dimulakan pada 15 Nov 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT