SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, April 28, 2014

UMNO Online - “Obama Impressed With M’sia As Islamic Nation With National Mosque Visit – Religious Leaders” plus 8 more

UMNO Online - “Obama Impressed With M’sia As Islamic Nation With National Mosque Visit – Religious Leaders” plus 8 more

Link to UMNO Online

Obama Impressed With M’sia As Islamic Nation With National Mosque Visit – Religious Leaders

Posted: 27 Apr 2014 04:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 27 – The visit of U.S. President Barack Obama to the National Mosque here today, showed he was impressed with Malaysia’s achievements as an advanced and dynamic Islamic country in the Southeast Asian region.

Religious leaders and academicians welcomed Obama’s gesture to spend time at the landmark of Islam in Malaysia since 1965 and saw the visit as a start of better understanding of the teachings of Islam.

obama-lawat-ruang-solat-makam-pahlawan-masjid-negara-kl-malaysia-imam-besar-sheikh-ismail-muhammad

Ulama Association of Malaysia secretary-general, Assoc Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor said Malaysia should make good use of the space paved through this visit to be a lobby power for peace in the Islamic world, more so when Malaysia had been playing an active role in Islamic organisations.

“Malaysia needs to bring the movement of moderates to the fore and look into the fate of oppressed Muslims through dialogues and discussions with the world’s big powers like the United States,” he said.

The 44th U.S. President visited the National Mosque in Jalan Perdana, here, this morning and he was received by its imam, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad and the mosque committee.

Obama, dressed in a black suit, was accompanied by Syaikh Ismail to the prayer hall and later the Warriors’ Mausoleum located next to the mosque.

Religious speaker, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid said the visit was a positive approach by Obama who arrived in the country yesterday to get to know the religion, besides being a mark of respect for Muslims.

“This is out of the ordinary as I cannot recall any non-Muslim world leader visiting the National Mosque and this is a good start for Muslims here,” he said.

Former National Mosque imam, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz said the willingness of the world leader to set foot on the Islamic landmark was a good omen, more so when Muslims were being wrongly linked to violence.

“It is hoped he (Obama) could see the beauty of Islam as a religion of peace,” he said.

International Movement for a Just World (JUST) president, Dr Chandra Muzaffar hoped the visit would bring about more positive development to Islam in the eyes of the world.

“We also hope good gestures will follow after the visit and as Muslims, we need to welcome the arrival of anyone who wants to know about Islam,” he said.

Pray For Safety Of Armed Forces In Preserving National Sovereignty – Musa

Posted: 27 Apr 2014 04:42 AM PDT

SEPANGGAR, April 27 – Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has called on the people to continue praying for the safety of armed forces in preserving national sovereignty, especially in Sabah.

He said harmony and peace could only be achieved with the people’s loyalty and support towards the government.

“We must do our part to help boost the spirit of the security forces fighting to preserve national security. At the same time, we must strengthen unity and solidarity,” he said at the open day of the Royal Malaysian Navy’s Armada in Sepanggar here today.

His speech was read out by state local government and housing minister Datuk Hajiji Noor.

The one-day programme which has attracted thousands of people from all walks of life was aimed at providing opportunities to the people to better understand the role of the armed forces.

Various activities were held, including the setting up of a floating restaurant in the KD Perak naval vessel, fishing competition, games and exhibitions.

FELCRA Disburses RM106.3 Mln Dividend To 73,132 Settlers

Posted: 27 Apr 2014 04:40 AM PDT

KINABATANGAN, April 27 – Felcra Bhd today distributed RM106.3 million in the final dividend payout for 2013 to 73,132 participants of its plantation schemes on the back of net profit for the year of RM282.7 million, said chairman Datuk Bung Moktar Radin.

The payouts included RM410,000 for 123 members of Koperasi Sukau Kinabatangan Bhd, he said, adding Felcra had paid in advance the first and second interim dividends of RM80.8 million and RM95.5 million respectively.

“As of December 2013, there were 1,483 Felcra land consolidation and rehabilitation projects on government and settler-owned land covering 169,583 hectares nationwide,” he said at the announcement of the dividends and the groundbreaking for the PPSK Sukau housing scheme here today.

He said 1,110 of the projects, covering 98,734 hectares, yielded a net profit of RM282.7 million.

At the event, the Kinabatangan MP presented a mock cheque for RM106.3 million to Jimran Mislong, representing the Sukau Felcra settlers.

Muhyiddin Visits Nik Aziz

Posted: 27 Apr 2014 04:36 AM PDT

KOTA BAHARU, April 27 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today visited former Kelantan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat at his residence in Pulau Melaka here.

Nik Abdul Aziz and his wife Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak received the arrival of Muhyiddin and wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman after the Asar prayer this afternoon.

muhyiddin-tpm-umno-bn-lawat-bekas-mb-kelantan-nik-aziz-pas-kediaman-pulau-melaka

Muhyiddin, who is on a one-day working trip here today, then spent some time engaging in small talk with Nik Abdul Aziz, who is also PAS spiritual adviser.

Nik Abdul Aziz, when met by reporters, said he had not expect Muhyiddin and his wife would be willing to come and visit him and his family and described it as a ‘very lucky’ day.

Previously admitted to the Universiti Sains Malaysia Hospital in Kubang Krian for prostate illness, he was reported to have recovered and received treatment from there periodically.

Later Muhyiddin and his wife departed for the national capital.

Fungsi Scorpene: TLDM Kecewa Masih Ada Pihak Lempar Tohmahan

Posted: 27 Apr 2014 04:35 AM PDT

LUMUT, 27 April – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melahirkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir pihak yang melempar tohmahan berkaitan fungsi kapal selam Scorpene.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pasukan itu telahpun melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin.

“Sebagai Panglima Tentera Laut, siapa yang tidak kecewa apabila dituduh dengan tohmahan yang tidak benar.

“Kita telah membawa kapal selam kita dan juga kapal submarine escape and rescue (SMER) iaitu MV Mega Bakti untuk dipertonton kepada rakyat jelata terutama pengunjung hari terbuka armada,” katanya kepada pemberita pada sambutan ulang tahun ke-80 TLDM di sini hari ini.

Justeru, beliau berharap pihak yang menulis secara negatif berkaitan asset negara, terutama Scorpene, memikirkan sejenak fakta dan realiti berhubung perkara itu.

TLDM memperoleh dua kapal selam Scorpene buatan Perancis berharga RM3.4 bilion bagi mempertingkat kemampuannya melindungi kedaulatan perairan negara.

Abdul Aziz juga berkata pasukan Tentera Laut Perancis memuji keupayaan dan kecekapan pasukan kapal selam Malaysia.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata penglibatan aset TLDM dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 akan diteruskan.

Katanya, kapal tambahan yang terlibat dalam misi itu akan diumum Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Pada majlis hari ini, pengamal media berpeluang menaiki dan mendengar taklimat berkaitan fungsi KD Tunku Abdul Rahman.
Sementara itu, pada sambutan Hari TLDM di KUALA LUMPUR, Abdul Aziz berkata kemampuan pihaknya menghantar aset secara berterusan bagi menyertai operasi di dalam dan luar negara tanpa mengira waktu, membuktikan kesiapsiagaan pasukan berkenaan adalah pada tahap tertinggi.

Beliau berkata kemampuan itu juga membuktikan TLDM setanding angkatan laut bertaraf dunia.

“Dalam masa negara diuji pelbagai peristiwa dan kejadian yang menggemparkan, TLDM sentiasa mampu bertindak pantas dan berkesan setiap kali diperlu dan diarahkan.

“Ini menunjukkan kita sudah ke depan dan kemajuan pembangunan serta pemodenan yang dicapai TLDM sehingga kini wajar dibanggakan memandangkan ia sangat memberangsangkan,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Pengarah Hidrografi TLDM Datuk Zaaim Hasan.

Sambutan yang bertema ‘TLDM Siaga Perairan Terpelihara’ peringkat Lembah Klang di Padang Kawad KD Sri Gombak dimulakan dengan Istiadat Perbarisan Tabik Hormat yang disertai enam platun terdiri daripada 23 pegawai dan 143 anggota lain-lain pangkat.

UMNO Cadang Jawatankuasa Teknikal Hudud Di Peringkat Kebangsaan

Posted: 27 Apr 2014 04:31 AM PDT

KOTA BAHARU, 27 April – Umno bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan sebelum PAS membentangkan usul berhubung rang undang-undang mengenai hukum Islam itu di Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa itu akan disertai oleh pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara.

muhyiddin-najib-sidang-media-majlis-tertinggi-umno-malaysia-pwtc

“Eloklah adakan perbincangan yang diwakili oleh pakar-pakar. Mungkin jawatankuasa teknikal boleh dibentuk dan dianggotai kalangan wakil kerajaan Persekutuan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Kelantan, tokoh-tokoh agama dan jika didapati sesuai dan perlu jemput pakar di peringkat antarabangsa dari negara Islam yang lain.

“Jawatankuasa ini akan perhalusi segala sudut mengenai hudud ini dan bagaimana pelaksanaannya di Malaysia terutama di Kelantan sama ada ia boleh dilaksana atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Berprestij Tinggi, di Bahagian Teknologi Pendidikan di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pagi ini dan Mohd Amar memberikan reaksi positif mengenai cadangan berkenaan.

Muhyiddin berkata hukum hudud itu perlu diperbincangkan secara halus kerana masih ramai yang tidak memahami hudud.

“Saya fikir ada orang Islam yang masih tidak faham dan ini memerlukan penerangan yang meluas dan mendalam.

“Orang bukan Islam pun mahu tahu keadaan itu kerana ini sebuah negara yang merdeka dan rakyat lain berhak tahu walaupun dia bukan Islam.

“Pasal dia takut kesan kepada pelaksanaan itu akan membawa kesan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata jika PAS benar-benar serius mengenai hukum hudud itu, ia perlu dilakukan secara teratur dan tersusun yang akhirnya akan dapat diterima semua pihak.

“Sebab itu kena duduk berbincang dan daripada situ kita akan memperolehi penemuan dan perakuan iaitu situasi sebenar sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.

“PAS hanya ada 21 wakil sahaja di Parlimen dan sebab itu mereka memerlukan sokongan daripada yang lain. Siapa yang mahu sokong…Umno sahaja kah? atau ahli Parlimen Islam yang lain dan sebab itu ia memerlukan penelitian dan pemahaman yang mendalam,” katanya.

Muhyiddin berkata Umno sememangnya mahu bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak yang lain tetapi yang penting adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum ia dibawa ke Parlimen.

Ketika ditanya adakah Umno akan menyokong PAS dalam perkara itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara.

“Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud…ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara.

“Ia perlu diperhalusi dan diteliti dan persoalan kerana khuatir akan berbangkit kemudian. Ada perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibawa ke Parlimen,” katanya.

Beliau berkata parti sekutu PAS iaitu DAP tidak perlu mempertikaikan keikhlasan Umno untuk berbincang mengenai hudud itu kerana Umno mempunyai pendirian yang perlu diterima.

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah dipetik sebagai berkata pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata kementeriannya akan berusaha untuk meningkatkan kedudukan negara dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang kini berada pada kedudukan ke-52 daripada 65 negara yang mengambil bahagian pada 2012.

Katanya kementerian sudah mula melatih pelajar-pelajar yang akan menyertai PISA pada tahun ini dan berharap kedudukan itu mampu diperbaiki.

Beliau berkata antaranya telah memberikan contoh-contoh soalan kepada sekolah yang terpilih untuk mereka membuat persediaan menghadapi PISA itu.

Jangan Perkecil Pembaharuan Dilakukan Malaysia, Kata Najib

Posted: 27 Apr 2014 04:27 AM PDT

PUTRAJAYA, 27 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah melakukan banyak pembaharuan yang mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebebasan sivil dan kedaulatan undang-undang, dan usaha itu tidak sepatutnya dikesampingkan oleh pengkritik kerajaan.

Mengakui bahawa lebih banyak lagi perlu dilakukan dalam isu berkenaan, beliau berkata masyarakat juga perlu bersedia untuk berubah.

“Kerana apa yang penting adalah hasilnya. Dan sebagai perdana menteri Negara ini, saya komited untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keharmonian (di Malaysia). Itu perkara paling penting, dan rakyat perlu menghormatinya,” katanya.

MALAYSIA-US-DIPLOMACY

Najib berkata demikian semasa menjawab soalan berhubung perkara itu dalam sidang akhbar bersama-sama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama selepas sesi perbincangan antara kedua-dua pemimpin di sini pada Ahad sempena lawatan tiga hari presiden AS itu ke Malaysia.

Beliau berkata bagi Malaysia, ia melibatkan sensitiviti yang ada hubung kait dengan kumpulan minoriti dan majoriti serta dalam mentadbir negara.

Memberikan contoh beberapa pembaharuan yang dilakukan sejak beliau memegang jawatan perdana menteri pada 2009, Najib berkata ia termasuk keputusan besar untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Negara-negara lain belum berbuat demikian, tetapi Malaysia telah mendahului dalam berbuat demikian…dalam tempoh ini, adalah adil untuk katakan bahawa ini merupakan pembaharuan terbesar dari segi kebebasan sivil dalam sejarah Malaysia.

“Dan saya fikir, anda tidak patut pandang rendah atau perkecilkan apa jua yang telah kami lakukan,” kata Najib.

Berhubung kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata beliau mahu menjelaskan akan hakikat bahawa ia bukan mengenai kerajaan lawan Anwar.

Beliau memberitahu sidang akhbar itu, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Malaysia dan CNN, bahawa ia melibatkan seorang bekas pekerja Anwar yang membangkitkan kes itu terhadapnya.

“Dan dari segi undang-undang, tidak kira anda orang kecil atau orang besar, kita mempunyai hak samarata untuk mendapatkan keadilan dan saya fikir anda juga berpegang dengan prinsip ini,” kata Najib.

“Percayalah bahawa Malaysia komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan kebebasan sivil,” tegasnya.

Sementara itu, Obama berkata isu seperti hak asasi manusia, kebebasan sivil dan kebebasan akhbar tidak pernah tersisih daripada agenda dalam pertemuannya dengan pemimpin-pemimpin lain dunia dan begitu juga dalam pertemuannya dengan Najib.

Presiden berkata pandangan kononnya Malaysia tidak berbuat secukupnya untuk menangani kebimbangan itu mungkin tidak sepenuhya mencerminkan pembaharuan yang telah dibuat oleh Najib.

Obama menegaskan bahawa beliau tidak akan bertemu dengan Anwar pada lawatan ini juga dengan sendirinya bukan membayangkan kurang prihatin terhadap isu seumpama itu, tetapi atas hakikat bahawa “banyak orang yang saya tidak temui dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang saya tidak temui”.

Obama berkata apa yang dikongsikannya dengan Najib bahawa teras kepercayaan yang dihormati masyarakat, antara lain, kedaulatan undang-undang, kebebasan bersuara, hak pembangkang untuk membantah “malah apabila ia membuatkan anda rasa bagai nak gila, malah apabila ia tidak munasabah” akan menjadi ukuran baik sama ada atau tidak masyarakat akan mencapai kejayaan pada abad ke-21.

Presiden berkata AS sama juga seperti Malaysia, masih perlu lakukan sesuatu berhubung isu berkenaan.

“Dan saya akan sentiasa komited untuk memastikan isu berkenaan dibangkitkan secara konstruktif.

“…dan saya akan terus memberi galakan kepada beliau (Najib) sebagai seorang sahabat dan rakan kongsi untuk memastikan ada kemajuan dalam soal itu,” katanya.

Amerika Akan Terus Bantu M’sia Cari Pesawat MH370 – Obama

Posted: 27 Apr 2014 04:22 AM PDT

PUTRAJAYA, 27 April – Amerika akan terus menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan dalam penyiasatan dan misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Presiden Barack Obama.

Pemimpin Amerika itu berkata sejak berlakunya tragedi itu, pihak berkuasa Amerika bekerjasama rapat dengan rakan sejawatan mereka dari Malaysia dan beliau pula sentiasa berbincang dengan pasukan dari negaranya tentang perkara itu.

hubungan-dua-hala-najib-malaysia-obama-amerika-kawan-baik-lawatan-rasmi

“Sejak berlakunya tragedi ini, kami bekerjasama rapat dengan rakan kami dari Malaysia dan kami akan terus memberi segala bantuan yang termampu dalam urusan penyiasatan dan usaha mencari pesawat itu.

“Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa Amerika benar-benar komited dalam membekalkan (apa sahaja) sumber dan aset yang kami mampu, manakala Kerajaan Malaysia pula amat mengalu-alukannya,” kata beliau dalam sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di sini hari ini.

Beliau juga mengaku misi mencari pesawat itu amat mencabar serta sukar dan mengambil masa yang lama.

Obama, yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, berkata terdahulu, dalam mesyuaratnya dengan Najib, mereka berbincang tentang pengajaran yang boleh diambil daripada tragedi tersebut dan bagaimana semua negara boleh bekerjasama dalam usaha mencari selanjutnya.

Amerika adalah antara negara paling awal menyertai operasi mencari pesawat yang sepatutnya mendarat di Beijing itu apabila ia hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal pagi 8 Mac.

Operasi mencarinya yang melibatkan pelbagai negara dilancarkan di Laut China Selatan dan kini pencarian ditumpukan di selatan Lautan Hindi, lokasi terakhir penerbangan itu dikesan sebelum isyaratnya hilang sama sekali.

Sehingga kini, bukti berkaitan pesawat malang itu belum dijumpai.

Obama juga menyampaikan ucapan takziah rakyat Amerika kepada keluarga mereka yang hilang bersama pesawat itu.

“Saya amat memahami keadaan yang dialami keluarga terbabit, mereka mahukan jawapan dan (apa) yang paling penting (adalah) seperti yang saya nyatakan kepada Perdana Menteri Najib iaitu ketelusan sepenuhnya, mengenai apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu, bagaimana prosesnya berjalan,” kata beliau.

Terdahulu, Najib merakamkan penghargaan Malaysia atas bantuan Amerika dalam menghadapi tragedi itu.

“Sejak dua bulan lepas, kekukuhan persahabatan antara kami didedahkan untuk pengetahuan semua, sejak hari hilangnya MH370. Amerika menghulurkan kepakaran mendalamnya dari segi penyiasatan serta kemampuan dan aset uniknya dalam usaha mencari.

“Kami amat berterima kasih kepada Tuan kerana sanggup bersama Malaysia ketika kami berdepan dengan kesusahan,” kata Najib.

Malaysia Secara Konsisten Muncul Sebagai Destinasi Kewangan Islam Terkemuka: Muhyiddin

Posted: 27 Apr 2014 04:18 AM PDT

KOTA BHARU, 27 April – Malaysia secara konsisten muncul sebagai antara destinasi kewangan Islam terkemuka, terutama di dalam perbankan Islam, pasaran Sukuk dan ekuiti Islam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia telah menjadi sebuah negara Islam yang banyak berperanan mendayakan dan mengarus-perdanakan sistem kewangan Islam hingga ke persada antarabangsa.

muhyiddin-tpm-tutup-rasmi-minggu-amanah-saham-rtc-kota-baharu-kelantan-kewangan-islam-malaysia

“Perkara ini turut diakui komuniti antarabangsa seperti Sudan, Tunisia, India dan Jepun, antara lainnya,” kata beliau dalam ucapan pada majlis penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2014 di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha memartabatkan Islam secara terancang dan menyeluruh ataupun ‘syumul’ di Malaysia menjadi agenda penting kerajaan sejak merdeka lagi.

“Agenda mendaulatkan Islam begitu menyerlah dalam semua aspek sama ada dari segi ekonomi, pentadbiran, pendidikan, perundangan dan sebagainya.

“Segala pendekatan dan saluran digunakan secara bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan hinggalah ke penguatkuasaan undang-undang tanpa mengenepikan kebebasan ataupun hak-hak agama lain,” kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri berkata pemerkasaan sistem kewangan Islam telah menjadi antara aspek yang menjadi fokus kerajaan dalam usaha memacu pembangunan negara.

“Tahap kecanggihan ‎pasaran kewangan Islam malaysia pada masa ini adalah hasil daripada usaha bersepadu Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, cendekiawan Syariah dan komuniti industri kewangan Islam seperti Malaysian International Islamic Financial Centre, International Shariah Research Academy for Islamic Finance dan Association of Syariah Advisors.

Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perasmian MSAM 2014 Ahad lepas, Muhyiddin berkata Malaysia masih kekal menerajui pasaran sukuk global dengan nilai penerbitan sukuk melebihi RM267.02 bilion tahun lepas.

Nilai tersebut bersamaan 68.8 peratus daripada jumlah penerbitan sukuk di peringkat antarabangsa, katanya.

MSAM 2014 dianjurkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), dengan sokongan 12 syarikat kumpulannya yang berperanan sebagai rakan premier, rakan utama, rakan program keagamaan dan rakan teknologi.

Program ini adalah penganjuran fasa kedua selepas melengkapkan penjelajahan ke seluruh negara‎ sejak pelancaran pertamanya di Kuala Lumpur pada tahun 2000.

MSAM 2014 yang bertemakan ‘Pelaburan 360 PNB,’ menampilkan konsep segar, muda dan baru dengan konsep taman tema yang tertumpu kepada empat bidang; sukan; gaya hidup; teknologi dan ; beli-belah dan hiburan yang dinamakan Arena Aktif, Anjung Santai, Dimensi Digital dan Hiburia.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT