SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, April 20, 2014

UMNO Online - “Tidak Ada Salahnya Bagi Kerajaan Pas Bawa Usul Hudud Ke Dewan Rakyat – Abdullah Badawi” plus 1 more

UMNO Online - “Tidak Ada Salahnya Bagi Kerajaan Pas Bawa Usul Hudud Ke Dewan Rakyat – Abdullah Badawi” plus 1 more

Link to UMNO Online

Tidak Ada Salahnya Bagi Kerajaan Pas Bawa Usul Hudud Ke Dewan Rakyat – Abdullah Badawi

Posted: 19 Apr 2014 12:21 AM PDT

PUTRAJAYA, 19 April – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata bukan menjadi satu kesalahan jika kerajaan PAS Kelantan ingin membawa usul rang undang-undang mengenai Hukum Hudud ke Dewan Rakyat.

nik-aziz-pak-lah-abdullah-badawi-hudud-umno-bn-pas-islam-malaysia

“Pada saya kalau perkara tersebut hendak dibawa ke Parlimen apa salahnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang 2014 Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya, Tun Jeanne Abdullah.

Menjawab satu soalan sama ada wajarkah hukum hudud dilaksanakan pada peringkat persekutuan, Abdullah berkata : “Biarlah satu demi satu pelaksanaannya”.

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Di majlis itu, 300 pelajar menerima anugerah dengan anugerah pelajar terbaik keseluruhan disandang Iqbal Danial Sa’id yang mendapat semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.- MediaUMNO

Musa Seru Semua Lapisan Masyarakat Sokong Usaha K’jaan Bawa Pembangunan

Posted: 19 Apr 2014 12:18 AM PDT

KOTA KINABALU, 19 April – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru semua lapisan masyarakat menyokong usaha kerajaan untuk membawa kemajuan kepada rakyat, terutama ketika waktu mencabar ini.

Beliau berkata perkara paling penting sekarang ialah kerjasama, sokongan dan komitmen semua pihak, termasuk masyarakat Cina, terhadap kerajaan.

musa-aman-ketua-menteri-sabah-umno-bn

Menurut Musa komitmen masyarakat itu akan membantu usaha kerajaan untuk mewujudkan kemajuan, kemakmuran dan keamanan di Malaysia, khususnya di Sabah.

“Negara mengalami beberapa kesulitan tahun ini. Kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan kes culik di Semporna baru-baru ini adalah Antara cabaran yang dihadapi oleh negara kita.

“Saya yakin, sekiranya kita sentiasa bersatu, kita akan dapat mengatasi kesulitan yang kita alami ketika ini,” katanya pada majlis jamuan malam bersempena sambutan ulang tahun ke-40 dan upacara mengangkat sumpah jawatan ke-21 Gabungan Persatuan-persatuan Hokkien Sabah dan Labuan di Dewan Hakka di sini malam tadi.

Bagi pihak Kerajaan Sabah, Musa menyampaikan penghargaannya kepada masyarakat Cina dan mengiktiraf peranan mereka dalam membangunkan Malaysia serta Sabah dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT