SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, April 12, 2014

UMNO Online - “SST Hanya Naik Sekali Sejak 1972, GST Tidak Mungkin Naik Mendadak” plus 9 more

UMNO Online - “SST Hanya Naik Sekali Sejak 1972, GST Tidak Mungkin Naik Mendadak” plus 9 more

Link to UMNO Online

SST Hanya Naik Sekali Sejak 1972, GST Tidak Mungkin Naik Mendadak

Posted: 11 Apr 2014 07:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 April — Kementerian Kewangan menjangka kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak mungkin meningkat mendadak berdasarkan trend cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang hanya naik sekali sejak dilaksanakan pada 1972.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata sebarang kenaikan GST pada masa akan datang juga perlu terlebih dahulu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Beliau berkata statistik daripada 160 negara yang ketika ini melaksanakan GST, kebanyakannya menaikkan pada cukai tersebut selepas berpuluh-puluh tahun.

“Negara lain nak sampai 20 peratus GST mengambil masa berpuluh tahun, Negara kita untuk SST hanya naik sekali, jadi GST pula akan naik begitu sahaja.

“Malah, rakyat membayar cukai SST sejak tahun 1972 tanpa sedar, dan kini kita mahu menyedarkan rakyat bahawa GST lebih baik,” katanya semasa menyampaikan taklimat GST pada pertemuan bersama anggota UMNO bahagian Kemaman, Terengganu di sini, hari ini.

Mengakui akan berlaku kenaikan harga barang apabila GST dilaksanakan pada April 2015 dengan kadar enam peratus, namun Ahmad Maslan berkata harga barang tersebut akan mula menurun selepas beberapa tahun dan kekal rendah untuk tempoh yang lama.

Ini kerana katanya, berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) dari banyak negara, antaranya Kanada dan Australia, yang menunjukkan pada permulaan menghadapi kenaikan harga barang pada tahun pelaksanaan GST, tetapi mula menurun selepas itu.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata model GST yang dilaksanakan Malaysia berbeza dengan Singapura atau negara lain kerana mengambil kira kebajikan rakyat dan kepentingan ekonomi negara.

“Contohnya, peniaga di bawah ‘Threshold’ RM500,000 tidak perlu berdaftar untuk GST, selain pengecualian untuk jual beli rumah dan aktiviti pelancongan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sudah mula menghantar pegawai ke luar negara untuk mengkaji mengenai GST sejak 1983, malah cukai itu juga pernah dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata seramai empat anggota UMNO akan dipilih daripada setiap 165 Parlimen di semenanjung bagi membantu memberi penerangan mengenai GST kepada rakyat.

Katanya kumpulan penceramah GST berkenaan akan diberi latihan khusus selama tiga hari di sebuah pusat latihan UMNO di Janda Baik, Pahang pada bulan ini.

Mansuh Diskaun 7%, Komposisi Pembinaan 10% – Jom Guling Atas Jalan Raya?

Posted: 11 Apr 2014 05:55 AM PDT

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad (PAS) pada sidang DUN Selangor baru-baru ini berkata bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara 5% hingga 7% bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan Bumiputera di negeri itu oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Anehnya, "tikaman" ini disertakan dengan pembinaan rumah mampu milik yang berharga RM42,000.00 sekadar mewakili 10% dari komposisi pembinaan perumahan di Selangor. Manakala 90% lagi adalah terdiri dari rumah yang berharga dari RM100,000.00 hingga RM300,000.00. Apakah ianya satu kebetulan?

Dua strategi, satu hala tuju. Satu perancangan yang licik dan halus.

pengerusi-perumahan-bangunan-peneroka-bandar-iskandar-abdul-samad-adun-pas-selangor

Tentunya ini adalah berita baik kepada anti-perlembagaan, dan pendakian cita-cita untuk meleburkan hak istimewa Bumiputera seperti yang termaktub subur mekar semarak hijau di Selangor. Sedang di Pulau Pinang, modus operandi mereka berjaya, bila pula mahu melebarkan kekuasaan kan?

Yang sedikit menghairankan, tiada satu pun perancangan gerakan di atas jalanraya dapat kita dengar dari pihak-pihak yang sinonim dengannya. Walhal, kita tahu, segala bentuk bantahan atas nama "demi rakyat" selalunya diterjemahkan dalam bentuk tersebut.

Atau, orang Melayu bukan lagi rakyat di Selangor? atau lebih tepat, tiada lagi "kuasa Melayu" di Selangor?

Tiba-tiba alasan "Orang Melayu tidak boleh lagi bergantung harap kepada subsidi kerajaan" menjadi istiqamah perjuangan. Mungkin juga gara-gara "samikna wa atokna" yang menjadi "wirid harian" mereka.

Apa akan jadi, sekiranya jika kerajaan Persekutuan yang berbuat demikian? Berkatalah Najib Razak "orang Melayu tidak boleh lagi bergantung harap kepada subsidi kerajaan". Seraya dengan itu, harga petrol dan segala barangan meningkat atas faktor ekonomi "demand and supply".

Maka bertebaranlah sekelian pejuang kononnya "demi rakyat" di jalanan, sambil merosakkan harta benda awam, dan mengganggu lalulintas. Tidak kurang pula yang mengangkat sepanduk "The world is watching". Sementelahan, mereka diketuai oleh golongan-golongan yang sangat meminati seni "placard" di Parlimen, dan sepanduk protes di parlimen tidak boleh tidak, menjadi hidangan  "lunch" rakyat Malaysia.

Kembali kepada persoalan asas, apakah kita bakal melihat perkara yang sama dalam isu pemansuhan 7% diskaun pembelian rumah untuk bumiputera dan komposisi 10% pembinaan rumah untuk bumiputera ini?

Kata "demi rakyat"? Atau sekadar berdiam diri kerana politik?

Membela seseorang atau satu kumpulan berasaskan pendirian kumpulan merupakan fahaman ashabiyyah jahiliah yang berasaskan kezaliman.

mykmu.net

Kefahaman Rakyat Terhadap GST Buat Pembangkang Seperti Cacing Kepanasan

Posted: 11 Apr 2014 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 April – Presiden Yayasan Media Malaysia (YMM), Dzulkarnain Taib menyifatkan tindakan pembangkang yang semakin agresif mengkritik perlaksanaan sistem percukaian GST di negara ini, adalah manifestasi kebimbangan mereka memandangkan rakyat kini sudah mulai faham fakta sebenar berhubung sistem percukaian tersebut.

Menurut beliau, pembangkang juga sebenarnya mengetahui bahawa sistem percukaian ini merupakan sistem percukaian yang telah diamalkan pelbagai negara dan merupakan sistem percukaian yang terbaik dan efisyen setakat ini untuk dilaksanakan.

"Saya berpendapat pembangkang mulai bimbang apabila melihat rakyat sudah mulai faham apa itu GST melalui seminar-seminar pemahaman GST yang diadakan oleh kementerian dan agensi kerajaan di seluruh pelusuk negara.

"Ini secara tidak dengan  sendirinya akan membuatkan rakyat menidakkan segala andaian negatif pembangkang berhubung sistem percukaian tersebut apabila mereka sudah mulai faham dengan lebih mendalam tentang perlaksanaan cukai ini.

"Sebab itu maka hari ini, kita lihat pembangkang seperti cacing kepanasan menyebabkan mereka semakin aggresif membangkitkan isu-isu provokatif berhubung sistem ini, dengan harapan supaya rakyat di negara ini dapat dikelirukan dan seterusnya dapat dipengaruhi bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap usaha kerajaan ini," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Dalam hal ini menurut beliau lagi, pembangkang sebenarnya sudah ketandusan isu untuk mengkritik kerajaan selain cuba untuk menutup kemelut yang berlaku diantara parti di dalam pakatan pembangkang.

"Kita tahu, setiap parti di dalam pakatan kini mempunyai masalah dalaman dan juga masalah persefahaman antara parti itu sendiri. Pas hari ini sudah mulai curiga terhadap PKR apabila berlakunya kes saman terhadap Presiden Pas oleh ahli PKR sendiri.

"Manakala DAP juga sudah mula merah mata apabila Pas secara terbuka mengumumkan akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan yang mana hukum hudud ini menjadi satu kepantangan bagi kepimpinan dan ahli-ahli DAP.

"Manakala Anwar pula kini sedang bergelut dengan krisis kepercayaan baik di kalangan ahlinya mahupun dengan pemimpin dan penyokong parti Pas dan DAP, ekoran tindakannya mengadakan PRK Kajang dengan membuat keputusan secara bersendirian dan juga menjelang pertandingan parti yang memperlihatkan beliau bertanding melawan isterinya sendiri," jelas beliau.

Bagaimanapun, beliau yakin bahawa rakyat akan menolak segala andaian dan tanggapan negatif yang dilontarkan oleh pembangkang setelah mereka mulai faham apa itu GST yang sebenarnya melalui program-program penerangan yang digerakkan oleh agensi kerajaan hari ini. -MediaUMNO

ahmad-maslan-menteri-kewangan-pengguna-rakyat-faham-terima-gst-cukai-telus-lebih-tambah-baik

Unisel Incurs RM37 Million In Losses Following Drop In Number Of Students

Posted: 11 Apr 2014 05:29 AM PDT

SHAH ALAM, April 11 – The Selangor Government has admitted that Universiti Selangor (Unisel) in Bestari Jaya, Kuala Selangor near here incurred losses to the tune of RM37 million since 2009, following a drop in the number of students.

State education, higher education and human capital development committee chairman Dr Halimah Ali said the location of the campus which was far from the hostels was a factor which contributed to the drop in the number of students between 2009 and last year.

“The drop is due to the distant location of the hostels from the campus, thus causing the students to be disinterested in continuing their studies at the university,” she said.

She was replying to a supplementary question from Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) at the Selangor State Legislative Assembly sitting here today.

Currently, Unisel students are placed in temporary hostels in Kota Puteri, about 17km from the university campus.

The present hostel building on the university grounds is undergoing repair works due to cracks.

Meanwhile, when met by reporters in the lobby, Budiman said he was not satisfied with Halimah’s statement.

“There could be many other reasons, maybe a lack of promotion and the failure of the relevant parties to manage the university,” he added.

Esscom Kerjasama Dengan Pasukan Keselamatan Filipina Selamat Mangsa Culik

Posted: 11 Apr 2014 05:25 AM PDT

LAHAD DATU, 11 April -  Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina untuk menyelamat mangsa yang diculik di resot atas air Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna minggu lepas.

“Sekarang mangsa masih berada dalam keadaan selamat dan pegawai kami sedang bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina untuk menjalankan usaha membebaskan mangsa,” kata Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Pada Khamis, dilaporkan penculik dua wanita warga asing itu menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (AS$11 juta) untuk membebaskan seorang daripada mereka iaitu pelancong warga China.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dipetik sebagai berkata tiada tuntutan wang tebusan bagi seorang lagi tebusan wanita yang merupakan pekerja resot warga Filipina.

Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan warga Filipina Marcy Dayawan, 40, diculik dari resot tersebut oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada 2 April lepas.

Dua Minggu Berlalu, Anggota TUDM Sertai SAR MH370 Tidak Patah Semangat

Posted: 11 Apr 2014 05:23 AM PDT

PERTH, 11 April – Sekumpulan 78 pegawai, juruterbang dan anggota pasukan penyenggaraan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyertai gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang, terus bersemangat tinggi, walaupun telah berada selama dua minggu di sini sejak 29 Mac.

Bagi mereka, misi mencari Penerbangan MH370 yang hilang awal bulan lepas, menjadi pendorong utama yang membakar semangat mereka untuk terus berbakti, sambil menerima hakikat bahawa tugas yang diamanahkan kepada mereka memerlukan mereka berada jauh dari keluarga.

tentera-tudm-malaysia-operasi-carian-mh370-doa-tekad-tekun-yakin

Mereka merupakan anggota pasukan yang terlibat dengan pengendalian tiga pesawat C-130 Hercules TUDM, yang beroperasi dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di sini.

Ketua Skuadron Ke-20 TUDM Major Muhammad Jafri Suboh memberitahu bahawa kesemua mereka komited dengan usaha itu.

“Kami bangga kerana terlibat dengan misi ini bersama pasukan dari Negara lain,” katanya merujuk kepada usaha mencari pesawat terbabit yang melibatkan pelbagai negara dan dilaporkan sebagai paling mahal dalam sejarah penerbangan.

Muhammad Jafri mengaku tugas yang dilaksanakan adalah berat, tetapi mereka, seperti anggota pasukan pencari lain, tetap menaruh harapan agar pesawat berkenaan dijumpai, biar apapun halangan yang terpaksa ditempuhi.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang, termasuk anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat Boeing 777-200 itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Selepas 35 hari, usaha mencari pesawat itu masih belum berhasil, walaupun enam isyarat ‘ping’ bawah air, yang sama dengan isyarat daripada kotak hitam pesawat, dikesan di kawasan mencari di barat daya Perth, di selatan Lautan Hindi.

Pasukan pencari bergantung pada isyarat akustik itu untuk membantu mereka mengesan pesawat terbabit, lebih-lebih lagi dalam keadaan kesuntukan masa sekarang memandangkan bateri kotak hitam hanya boleh bertahan selama lebih kurang 30 hari.

Berikutan kehilangan pesawat itu, gerakan mencari melibatkan pelbagai Negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan, sebelum diperluas ke Selat Melaka, Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Analisis terhadap data satelit kemudian menunjukkan pesawat MH370 terbang di sepanjang laluan dikenali sebagai ‘koridor selatan’, manakala kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Radar Omega Untuk Mencari Jam Di Lautan China-Doll

Posted: 11 Apr 2014 04:59 AM PDT

Saya mengutuk keras sikap tidak patriotik yang ditunjukkan oleh Anwar dan Wan Azizah dalam merungkai misteri kehilangan MH370.

Anwar dalam lapuran akhbar penjajah Daily Telegraph menuding jari menyalahkan Kerajaan Malaysia tanpa memberi sebarang cadangan penyelesaian. Malah dalam satu kenyataan yang dilapur media, Anwar berkata dia boleh selesaikan isu kehilangan MH370 dalam satu saat!

Wan Azizah pula didalam perbahasan sulong sebagai ADUN Kajang dalam sidang DUN Selangor baru-baru ini menyatakan bahawa bantuan 26 negara luar dalam misi mencari dan mengesan kehilangan MH370 adalah kerana terpaksa, bukan kerana suka kepada Malaysia.

anwar-hilang-jam-omega-you-u-ulang-i-saman-berang-wartawan-media

Kedua-dua laki-bini yang mencatat sejarah dunia kerana mencabar satu sama lain untuk jawatan Presiden PKR ini langsung tidak memberi cadangan kepada penyelesaian masalah.

Kalau benar Anwar tahu di mana pesawat MH370 beliau sepatutnya membantu 26 negara yang sedang bertungkus lumus untuk mengesan MH370 dengan memberikan maklumat di mana pesawat itu berada!

Kalau benar Anwar tahu di mana pesawat MH370 beliau sepatutnya membantu 26 negara yang sedang bertungkus lumus untuk mengesan MH370 dengan memberikan maklumat di mana pesawat itu berada!

Kalau benar dakwaan Wan Azizah bahawa 26 negara luar membantu Malaysia kerana terpaksa bukan kerana suka, alangkah baik Azizah dan Anwar menggunakan hubungan baik mereka dengan negara-negara atau pertubuhan-pertubuhan didunia ini untuk membantu mencari dan mengesan MH370.

Malangnya, kedua-duanya hanya berminat untuk mempolitikkan isu ini, tanpa memberi sebarang sumbangan atau bantuan untuk mengesan dan mencari MH370 ini.

Pada saya, lebih baik Anwar dan Wan Azizah menumpu kepada mencari dan mengesan misteri kehilangan jam Omega-Eskay yang masih belum ditunjukkan lagi.

Setahu saya, Datuk Eskay sudahpun membuktikan jam itu bukan sahaja ada dengan beliau, malah sudahpun diserahkan kepada pihak polis!

Tetapi Anwar dan Wan Azizah sehingga hari ini gagal menunjukkan jam tersebut, walaupun mereka mendakwa ianya ada dengan mereka!

Isu ini penting kerana ia membabitkan soal kredibiliti, kewibawaan dan integriti!

Sudah tentu salah seorang daripada mereka telah berbohong! Samada Anwar-Azizah ataupun Eskay yang berbohong.

wan-azizah-perut-buncit-anwar-video-china-doll-pelacur-politik

Dan jam itu pula dikaitkan dengan persoalan akhlak dan perlakuan yang sangat jijik dan serius! Ianya membabitkan warga asing – iaitu warga China yang dikenali sebagai China-Doll.

Pendek kata, isu kehilangan jam Omega di Lautan China-Doll adalah sangat penting untuk rakyat Malaysia dan masyarakat dunia, kerana ianya membabitkan soal kepimpinan dan anganan untuk menjadi Perdana Menteri sebuah negara Islam.

Dan dunia sedang menyaksikan sarkis demokrasi sangat memualkan apabila Anwar dan Azizah gagal menyelesaikan masalah kepimpinan politik mereka secara sulh atau rubdingan secara baik suami-isteri; sebaliknya terpaksa membawanya ke medan awam dalam pemilihan PKR akan datang.

Kalau hal dalam kelambu pun mereka tidak boleh selesaikan dalam bilik tidur berhawa dingin di Istana Segambut; bagaimana mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat dan negara, termasuk misteri kehilangan MH370!

Tepok dada tanyalah akal masing-masing yop!

Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com)

Pemilihan PKR Hidang Skrip Lama, Pi Mai Pi Mai Tang Tu!!

Posted: 11 Apr 2014 04:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 April – Pemilhan PKR dijadualkan akan berlangsung Mei ini dengan calon-calon untuk semua jawatan tertinggi parti terbabit telah dketahui yang mana ia menggambarkan keadaan sama sebagaimana pemilihan-pemilihan yang lalu.

Bagi penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek melihat pemilihan PKR ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa parti terbabit ialah parti anak beranak, laki bini dan penuh dengan amalan kronisme.

"Sebelum ini PKR adalah antara parti pembangkang yang lantang menuduh UMNO dengan pelbagai dakwaan termasuklah kononnya amalkan kroni, tidak demokrasi dan pentingkan kumpulan sendiri tetapi dengan senarai pencalonan yang ada telah menampakkan bahawa sebenarnya merekalah yang mengata dulang paku serpih, mengata orang tapi dia sendiri yang lebih," katanya kepada UMNO-Online.

nepotisme-kronisme-parti-anak-beranak-pkr-anwar-wan-azizah-nurul-izzah-cabul-demokrasi

Akhir Mac lalu, pencalonan PKR untuk pemilihan parti dibuat dengan ketua pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan presiden sementara enam orang untuk jawatan Timbalan Presiden yang antaranya ialah Menetri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Azmin Ali dan Tian Chua. Anak Anwar, Nurul Izzah pula akan bertanding bersama 15 yang lain bagi jawatan Naib Presiden PKR.

"Inilah semangat neokolonialisme yang diterapkan dalam PKR dan parti-parti pembangkang juga iaitu peluasan pengaruh politik dengan menggunakan parti itu sendiri bagi membolehkan anggota keluarganya mempunyai kedudukan sebagaimana keluarga Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

"Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana dalam pakatan pembangkang ia seakan menjadi satu ikutan misalnya dalam DAP ada Karpal Singh dengan dua anaknya Gobind Singh dan Jagdeep Singh selain Lim Kit Siang dengan anaknya Lim Guan Eng dan menantunya Betty Chew pula."

Terang beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), pemilihan PKR ini ibarat mengulangi skrip lama dengan siapa yang bakal menang dalam pemilihan ini telahpun dapat diduga.

Pada pemilihan 2007, Anwar bertanding bersama Wan Azizah dan Rahman Othman untuk jawatan Presiden tetapi kemudiannya Anwar menarik diri yang diikuti oleh Rahman dengan memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Wan Azizah.

Ketika itu, Anwar tidak dibenarkan bertanding setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkannya tidak layak kerana tempoh sekatan politik masih berjalan hingga April 2008, dan kini untuk pemilihan 2014, Anwar juga berisiko hilang kelayakan ekoran hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya.

"Tindakan menawarkan diri untuk bertanding jawatan kepimpinan parti walaupun sedar kesannya adalah taktik politik bagi melindungi kepentingan kroni dan keutamaan keluarga sendiri sedangkan bagaimana pula dengan kepentingan awam?

"Cara pemilihan dalam parti juga masih sama dan menggunapakai sistem kuota yang ditetapkan oleh ahli-ahlinya sedangkan cara tersebut telah dianggap kuno atau ketinggalan zaman lantaran keterbukaan yang menjadi keutamaan rakyat hari ini."

Dalam hal ini beliau menjadikan UMNO sebagai perbandingan iaitu merujuk kepada pemilihan UMNO yang berlangsung Oktober lalu apabila memberi ruang dan peluang kepada lebih 146,000 anggotanya untuk memilih kepimpinan tertinggi partinya.

"PKR ini ibarat kokok berderai-derai apabila membuat pelbagai tuduhan pada UMNO tanpa mereka sedar bahawa ekor bergelumang tahi kerana sibuk mencari salah orang lain dan pemilihan parti ini adalah antara bukti bagaimana dasyatnya sikap mereka.

"Jika untuk pemilihan parti pun hanya terbuka kepada anak-beranak ini, maka mana-mana ahli yang tidak ada kaitan dengan anggota jawatan tertinggi usahlah bermimpi untuk memegang jawatan atau menjadi pemimpin."

Tambahnya, ini berbeza dengan UMNO yang memberi ruang secara terbuka kepada anggota parti dari semua peringkat bagi menawarkan diri dalam pemilihan parti itu sendiri.

"UMNO sudah lama buang kuota, berani laksanakan pembaharuan yang secara langsung menolak dakwaan pembangkang malah pemilihan PKR ini menunjukkan bahawa mereka masih sama, tak ada apa-apa yang baharu untuk diceritakan." – MediaUMNO

nepotisme-kronisme-parti-pkr-anwar-nurul-azizah-anak-beranak-demokrasi

Pemuda Mahu Perluaskan Lagi Kefahaman Tentang GST Di Kalangan Orang Muda

Posted: 11 Apr 2014 04:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 April –  Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata kefahaman asas mengenai Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan  (GST) sangat penting dan  relevan untuk difahami oleh generasi muda  memandangkan perkara itu  sudahpun  diluluskan di Dewan Rakyat  baru-baru ini.

Jelas beliau lagi Rang Undang-Undang GST telah diluluskan setelah melalui proses perbahasan dan pengundian yang luar  biasa hangat di antara kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang.

naib-ketua-pemuda-khairul-azwan-azwanbro-umno-bn

Justeru tegasnya kefahaman kepada GST akan membolehkan generasi muda menilai sendiri mengapa GST diperkenalkan terutama dalam suasana serangan dan hasutan  tidak bertanggungjawab sesetengah golongan yang tidak ikhlas membincangkan  dan menjelaskan tentang GST.

“Pemuda UMNO telah menjalankan satu tinjauan umum di kalangan Pemuda  Bandar untuk menilai persepsi, kefahaman dan penerimaan mereka terhadap GST dan telah menjalankan satu gerak kerja yang berasingan iaitu  Kajian Sentimen Sosial Media untuk tujuan yang sama.

“Kita telah menemubual 300 orang responden yang telah mengambil bahagian,” katanya di sini, hari ini.

Terang beliau lagi kaji selidik yang dijalankan Akademi Pemuda UMNO Malaysia merangkumi 1000 responden di mana setiap seorang diuji kefahamannya mengenai pelaksanaan GST dengan 300 daripada jumlah keseluruhannya terdiri daripada golongan belia.

Jelasnya, setiap responden bukan sahaja diberi penerangan mengenai isi kandungan GST bahkan perlu memberi respon sama ada cadangan tersebut boleh diterima pada situasi semasa menerusi perbincangan.

Beliau yang juga Pengerusi Akademi Pemuda seterusnya berkata penerangan terhadap pelaksanaan GST perlu diperluas ke seluruh medium media terutama media sosial yang menjadi trend belia kini.

“Mereka ini semua lebih cenderung untuk berbincang dan menambah baik pengetahuan mereka terhadap GST dari media sosial,” katanya.

Tambah beliau lagi  di sebalik tinjauan umum yang dilakukan, Pemuda UMNO melalui Akademi Pemuda ingin  menyampaikan kepada Kerajaan tentang beberapa kerisauan umum generasi  muda mengenai pelaksanaan GST nanti.

“Pemuda UMNO melalui Akademi Pemuda akan terus membantu kerajaan di dalam usaha memberikan  kefahaman kepada generasi muda mengenai kesan dan impak GST kepada  mereka. Proses ini tidak boleh bersifat one-off, malah perlu dilaksanakan secara  berterusan,” tambahnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. -MediaUMNO

Pemuda UMNO Selangor Buat Laporan SPRM Berhubung Jualan Tanah

Posted: 11 Apr 2014 03:49 AM PDT

SHAH ALAM, 11 April  - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perjanjian penjualan tanah di Kuala Langat antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat Tropicana Corporation Berhad yang didakwa mempunyai unsur-unsur penyelewengan.

Ketua Pemudanya, Zainuri Zainal berkata laporan itu dibuat supaya satu siasatan dapat dilakukan terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta pemilik tanah berhubung penjualan yang didakwa mencecah sekali ganda.

“Kami membuat aduan secara rasmi hari ini berikutan terdapat unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa. Kami mendesak tindakan yang sewajarnya diambil kepada individu yang dikenal pasti melakukan ketirisan atau (melakukannya) untuk kepentingan peribadi,” katanya di pejabat SPRM Selangor di sini, hari ini.

Zainuri mendakwa penjualan tanah yang dilakukan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya kerana dilakukan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan negeri menjual tanah itu kepada Tropicana di bawah harga pasaran, iaitu RM17 sekaki persegi, sedangkan Tropicana menjual tanah yang sama kepada sebuah lagi syarikat swasta dengan nilai RM35  sekaki persegi.

Pada April tahun lepas, kerajaan negeri menerusi PNSB menjual 474.3 hektar tanah paya kepada Tropicana dan syarikat itu kemudian menjual satu perempat daripada jumlah tanah terbabit kepada Eco World Development Group Berhad dengan nilai lebih tinggi.

kerajaan-selangor-salah-laku-pecah-amanah-jual-tanah-murah-tropicana-kroni

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT