SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, April 27, 2014

UMNO Online - “ESSCOM Mampu Wujudkan Keamanan Seperti Diharapkan Rakyat – Salleh” plus 7 more

UMNO Online - “ESSCOM Mampu Wujudkan Keamanan Seperti Diharapkan Rakyat – Salleh” plus 7 more

Link to UMNO Online

ESSCOM Mampu Wujudkan Keamanan Seperti Diharapkan Rakyat – Salleh

Posted: 26 Apr 2014 06:49 AM PDT

TAWAU, 26 April – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yakin Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) mampu memenuhi harapan rakyat bagi mewujudkan keamanan khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone).

Beliau berkata komitmen tinggi kerajaan untuk menjayakan ESScom serta kerjasama semua agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berupaya untuk merealisasikan wawasan murni itu.

yb-dr-salleh-said-keruak-umno-bn-sabah

“Saya melihat ESScom yang ditubuhkan pada 1 April 2013 susulan pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu masih relevan meskipun berdepan dengan tanggungjawab berat untuk mengekang jenayah rentas sempadan, terutama kes penculikan.

“Saya mengalu-alukan tindakan pantas ESScom yang telah segera menambah kekuatan keselamatan sebanyak 30 peratus di perairan Semporna tanpa mengabaikan tanggungjawab di kawasan lain di ESSzone,” katanya dalam entri terbaharu blognya hari ini.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata ESScom perlu bersikap proaktif dalam mendepani cabaran keselamatan.

“Sebagai agensi penyelaras operasi keselamatan, ESScom memikul tanggungjawab besar. Menggalas amanah yang disandarkan rakyat. Untuk membina sebuah negara bangsa, yang aman makmur lagi sejahtera,” katanya.

Salleh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani mencetuskan idea penubuhan ESScom dalam perkhidmatan awam/kerajaan dan perubahan ini boleh dianggap sebagai satu perubahan dan pendekatan transformasi.

Patuhi Akta Perhimpunan Aman Atau Berdepan Tindakan Tegas – Ahmad Zahid

Posted: 26 Apr 2014 06:46 AM PDT

ALOR GAJAH, 26 April – Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan mereka yang terlibat dalam perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya mereka gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penganjur dan mereka yang terlibat perlu memastikan perhimpunan tidak mengganggu ketenteraman rakyat.

zahid-hamidi-kdn-menteri-dalam-negeri-rela-passport-paspot

“Namun jika ada di kalangan penganjur yang tidak mematuhi sebarang syarat yang dikenakan di dalam Akta Perhimpunan Aman cara saya tidak akan pernah memberi amaran.

“Kita beri peluang untuk mereka mengadakan perhimpunan aman tetapi jika melakukan di luar daripada syarat yang diberikan maka mereka harus menanggung risiko,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dan turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Ahmad Zahid mengulas rancangan pihak pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram secara besar-besaran di ibu negara awal bulan depan bagi membantah pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pihak penganjur supaya menukar lokasi perhimpunan itu dari Dataran Merdeka ke Stadium Merdeka kerana dataran tersebut kini sedang dalam proses renovasi.

“Jangan jadikan Akta Perhimpunan Aman untuk (membolehkan) mereka berhimpun di Dataran Merdeka, mereka boleh menggunakan Stadium Merdeka setelah mendapat kebenaran.

“Kalau mereka tidak puas hati tentang apa-apa isu termasuk GST mereka boleh nyatakan alasan dalam perhimpunan di stadium itu secara aman,” katanya.
Mengulas mengenai kegiatan penculikan di Sabah, Ahmad Zahid berkata pasukan keselamatan negara sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap sedia kerana percaya kumpulan tersebut bukan sekadar merancang penculikan malah turut merancang untuk melakukan pencerobohan ke negara ini.

“Ada terdapat maklumat kita terima ada kumpulan sasarkan pesta tertentu di Sabah untuk ganggu serta lakukan penculikan.

“Tetapi kita tahu itu bukan sasaran mereka sebaliknya (mereka) menumpukan kawasan yang tidak diawasi pihak berkuasa,” katanya.

Agong Sampaikan Terima Kasih Malaysia Kepada Obama Atas Bantuan Amerika Dalam Pencarian MH370

Posted: 26 Apr 2014 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 April – Ketika usaha mencari sebuah pesawat udara Malaysia yang hilang sedang diteruskan di selatan lautan Hindi, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan ucapan terima kasih Malaysia kepada Amerika kerana terus memberi sokongan dan kerjasama padunya dalam operasi itu.

barack-obama-presiden-usa-amerika-tunduk-hormat-dymm-agong-tuanku-sultan-abdul-halim-muadzam-shah-lawatan-rasmi-malaysia

Pada majlis jamuan negara bagi meraikan Presiden Amerika Barack Obama malam ini, baginda bertitah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 itu melibatkan penumpang dari pelbagai negara, termasuk Malaysia dan Amerika.

Seri Paduka bertitah bantuan yang dihulurkan Amerika itu menjadi bukti wujudnya hubungan rapat antara kedua-dua negara.

“Sesungguhnya, penglibatan saudara sejak peringkat awal misi mencari dan menyelamat itu dan operasi pencarian yang dilakukan ketika ini mencerminkan komitmen kukuh yang wujud antara kedua-dua negara kita,” titah baginda.

Obama, presiden Amerika pertama yang berkunjung ke Malaysia sejak hampir 50 tahun lepas, melakukan lawatan negara tiga hari ke Malaysia dalam rangka penjelajahan beliau ke empat negara Asia, selepas melawat Jepun dan Korea Selatan. Destinasi terakhir beliau ialah Filipina.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac sebelum hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Mereka termasuk rakyat Amerika.

Operasi disertai pelbagai negara untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER itu di luar perairan Perth, Australia, melibatkan penggunaan kenderaan dalam air autonomi dilengkapi alat sonar milik Tentera Laut Amerika dikenali sebagai Bluefin-21.

Tuanku Abdul Halim bertitah baginda gembira melihat hubungan antara Malaysia dan Amerika semakin kukuh dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kepentingan bersama serta nilai yang dikongsi kedua-dua negara, begitu pesat berkembang.

“Beta gembira kerana kedua-dua negara kita akan membincangkan cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, keselamatan dan pertahanan, pendidikan, tenaga, sains dan teknologi serta hubungan antara rakyat dengan rakyat,” titah Seri Paduka.

Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut menghadiri majlis itu, dijadual mengadakan perbincangan dan menghadiri jamuan kerja tengah hari di Putrajaya pada Ahad.

Sambil menyifatkan bahawa hubungan ekonomi antara kedua-dua negara berada dalam keadaan amat kukuh, Tuanku Abdul Halim bertitah sokongan berterusan Amerika terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia akan membantu mengemudi negara yang mempunyai 30 juta penduduk ini untuk mencapai status negara maju.

Titah baginda, Amerika dialu-alukan untuk terus berganding bahu dengan Malaysia bagi menjamin keamanan dan kestabilan di rantau ini.

“Ini boleh dicapai melalui nilai yang dikongsi bersama dan sikap saling menghormati, saling memahami dan kesederhanaan, disertai hubungan kukuh antara rakyat dengan rakyat,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah Malaysia akan terus berusaha memupuk hubungan kukuh dan berkekalan dengan Amerika sebagai asas dalam usaha mewujudkan kestabilan dan kemakmuran bagi kedua-dua negara.

Seri Paduka menyuarakan harapan agar Obama gembira dan berpuas hati dengan layanan Malaysia serta kembali ke Amerika dengan membawa kenangan manis tentang negara ini.

“Beta harap lawatan saudara ke Malaysia memberi penuh makna dan menyimpul pelbagai kenangan. Beta mendoakan agar saudara sekeluarga sentiasa sihat dan sejahtera, begitu juga bagi seluruh rakyat Amerika,” titah baginda.

Malaysia Beri Sambutan Permaidani Merah Kepada Obama

Posted: 26 Apr 2014 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 April – Malaysia mengucapkan “Selamat Datang” kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan hamparan permaidani merah pada upacara sambutan rasmi bagi pemimpin Amerika itu di sini hari ini.

sambutan-karpet-merah-rasmi-lawatan-barack-obama-presiden-amerika-air-force-one-subang-istiadat-tentera-diraja-agong-malaysia

Obama sebelumnya mendarat di Kuala Lumpur untuk memulakan lawatan negara selama tiga hari ke negara Asia Tengggara ini yang mempunyai 30 juta penduduk.

Beliau disambut di Bangunan Parlimen di sini oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selepas lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, Obama memeriksa perbarisan kehormatan oleh 107 pegawai dan anggota dari Batalon Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Amriza Mohd Asshari.

Lawatan Obama ke Malaysia, sebahagian daripada lawatan ke empat negara Asia, adalah yang pertama oleh seorang presiden Amerika Syarikat dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Obama sebelum ini melawat Jepun dan Korea Selatan. Negara terakhir yang akan dilawatinya dalam lawatan ke Asia ialah Filipina.

Upacara sambutan di Dataran Parlimen dengan tembakan meriam 21 das.

Presiden Obama kemudian diperkenalkan kepada menteri-menteri Kabinet pada upacara sambutan yang juga dihadiri oleh anggota-anggota kor diplomatik.

Obama akan berlepas ke Pusat Pentadbiran Persekutuan di Putrajaya pada Ahad untuk mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum bertolak ke Cyberjaya bagi pelancaran Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang akan menjadi platform bagi para usahawan mengembangkan sayap mereka.

Jadual lain dalam lawatan Obama adalah mengadakan sesi perbincangan dengan pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan melawat Masjid negara.

presiden-amerika-barack-obama-tiba-lawatan-kl-malaysia-lambai-air-force-one-rasmi

presiden-amerika-barack-obama-kl-malaysia-menteri-belia-sukan-khairy-jamaluddin

presiden-amerika-barack-obama-lawatan-rasmi-sambut-kl-malaysia-khairy-najib-agong-sultan-abdul-halim-muadzam-shah-parlimen

UMNO Kelantan Minta JKKKP Bantu Anak Muda Daftar Sebagai Pemilih

Posted: 26 Apr 2014 06:37 AM PDT

KOTA BAHARU, 26 April – Umno Kelantan meminta anggota Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Keselamatan Persekutuan (JKKKP) di negeri itu membantu orang ramai khususnya golongan muda mendaftar sebagai pemilih.

mustapa-mohamed-tok-pa-jeli-kelantan-menteri-perdagangan-miti-umno-bn

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius dalam memastikan warga negara yang mencapai usia 21 tahun layak mengundi.

“Kalau berpolitik sahaja tak ada orang yang pergi mengundi, berkempen sahaja tetapi nama dalam daftar pemilih tak ada, akhir sekali kita akan kalah pilihan raya,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKKP, Pentadbir Mukim dan Pegawai Pembangunan Islam Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa mendapat laporan bahawa bilangan daftar pemilih terbaru yang dibuat melalui Barisan Nasional (BN) sangat sedikit berbanding yang mendaftar melalui Pakatan Rakyat.

Beliau juga meminta anggota dan pemimpin Umno supaya menumpukan perhatian terhadap anak muda kerana sokongan mereka sangat penting untuk masa depan negara.

Beliau juga mahukan JKKKP menjadi wakil yang berkesan dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Kerajaan Akan Maksimumkan Penerangan Berkaitan GST Kepada Rakyat

Posted: 26 Apr 2014 06:33 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 26 April – Kerajaan akan memaksimumkan usaha menerangkan kepada rakyat isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 11 bulan ini sebelum ia dilaksanakan pada April tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, dalam tempoh itu kerajaan akan mengambil inisiatif dalam pelbagai cara bagi memudahkan rakyat memahami bagaimana GST dapat kembali membantu rakyat di samping membangunkan negara.

“Pelaksanaan GST ini adalah baik untuk rakyat. Kita bukan berniat untuk membuat perkara yang tidak baik untuk rakyat (dalam pelaksanaan GST).

“Namun, apabila sesetengah pihak menggunakan ayat-ayat yang tidak baik tentang GST dan rakyat sendiri terkeliru. Jadi penerangan yang menyeluruh perlu,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan antara Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu dengan jentera Penerangan Umno negeri.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu takut dengan pelaksanaan GST kerana sekiranya terdapat lebihan kutipan cukai itu, ia akan diagihkan kepada rakyat.

Ahmad juga menyifatkan pembayar cukai “hero” dan berjiwa patriotik kerana mereka mengeluarkan sebahagian harta kepada kerajaan supaya kerajaan dapat mengagihkannya kepada rakyat yang memerlukan dengan kaedah-kaedah pembangunan ekonomi.

Malaysia Gives President Obama Red-Carpet Welcome

Posted: 26 Apr 2014 06:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 26 – Malaysia wished “Selamat Datang” or “Welcome” in Malay to United States President Barack Obama as it rolled out the red carpet at an official welcoming ceremony for the American leader here Saturday.

Obama had earlier flown into Kuala Lumpur to begin a three-day state visit to this Southeast Asian nation of 30 million people.

He was joined at the event at the hill-top Parliament Building in the Malaysian capital by the Malaysian king, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Also present were Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

After the national anthems of both countries were played, Obama inspected a guard-of-honour mounted by 107 officers and men from the First Battalion of the Royal Malay Regiment led by Major Amriza Mohd Asshari.

The visit to Malaysia, part of Obama’s four-nation tour of Asia, is a first by a sitting US president in 48 years since President Lyndon B. Johnson’s trip in 1966.

Obama had visited Japan and South Korea. The final leg of his Asian trip is the Philippines.

The ceremony at the Parliament Square was also marked by a 21-gun salute.

Cabinet ministers were later introduced to the visiting president during the occasion which was also attended by members of the diplomatic corps.

Obama will head to Malaysia’s federal administrative capital Putrajaya on Sunday for talks with Najib before going to nearby Cyberjaya for the launch of the Malaysian Global Innovation and Creative Centre (MaGIC) which will provide a platform for entrepreneurs to expand their wings.

Other highlights of Obama’s visit is his town hall session with youth leaders from across Southeast Asia and a visit to the National Mosque.

sambutan-karpet-merah-rasmi-lawatan-barack-obama-presiden-amerika-air-force-one-subang-istiadat-tentera-diraja-agong-malaysia

presiden-amerika-barack-obama-tiba-lawatan-kl-malaysia-lambai-air-force-one-rasmi

presiden-amerika-barack-obama-kl-malaysia-menteri-belia-sukan-khairy-jamaluddin

presiden-amerika-barack-obama-lawatan-rasmi-sambut-kl-malaysia-khairy-najib-agong-sultan-abdul-halim-muadzam-shah-parlimen

barack-obama-presiden-usa-amerika-tunduk-hormat-dymm-agong-tuanku-sultan-abdul-halim-muadzam-shah-lawatan-rasmi-malaysia

GST Rally: Obey The Law Or Face Stern Action – Ahmad Zahid

Posted: 26 Apr 2014 06:26 AM PDT

ALOR GAJAH, April 26 – The Home Ministry will take stern action against the organisers and participants of the rally to protest the Goods and Services Tax (GST) if they breach the Peaceful Assembly Act 2012.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the organisers were aware that they should obey the conditions set by the Act if the gathering is to be held in a peaceful manner.

“We’ll allow them to hold the gathering peacefully but they should be prepared to face the consequences if the conditions are breached,” he told reporters here today.

Earlier he attended the opening of Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab in Masjid Tanah, which was officiated by the Melaka Yang Dipertua Tun Mohd Khalil Yaakob. Also present was Melaka Chief Minister Datuk Seri Idris Haron.

Ahmad Zahid was commenting on the opposition’s plan to hold a massive illegal rally in the city early next month against the implementation of the GST.

He also advised the organisers to change the location of the rally from Dataran Merdeka to Stadium Merdeka as the former was under renovation now.

Touching upon the kidnappings in Sabah, Ahmad Zahid said the security forces were in a state of alert at all times as the group involved was suspected of planning an intrusion.

“We have received information that the group is targeting a particular festival in Sabah to create a disturbance but we know it is just a distraction from their actual target,” he said.

Meanwhile, Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan said that the planned opposition rally against the GST would not affect its implementation on April 1, 2015.

“The GST is a transparent and fair tax. The government has mulled its implementation for 30 years,” he said at a function in Pasir Puteh.

He added that people in the lower income category need not worry as the tax was not applicable to basic items such as food, public transport, housing, education and health services.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT