SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, February 9, 2013

UMNO Online - “Anwar Gagal Sebagai Ketua Pakatan Pembangkang” plus 9 more

UMNO Online - “Anwar Gagal Sebagai Ketua Pakatan Pembangkang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Anwar Gagal Sebagai Ketua Pakatan Pembangkang

Posted: 08 Feb 2013 04:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Pakatan pembangkang sebenarnya adalah satu pakatan yang rapuh yang hanya berpaksi kepada kepentingan parti masing-masing untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan kerana itu hingga sekarang mereka tidak mampu mendaftarkan pakatan mereka secara rasmi di bawah satu nama seperti BN, demikian pandangan Professor Datuk Seri Dr. Mohammad Fairus Khairuddin.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata pakatan yang ditonjolkan pembangkang pada hakikatnya adalah sandiwara semata-mata kerana ia jelas boleh dilihat dalam pentadbiran mereka di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Malah di dalam parti pembangkang iaitu PKR, Pas dan DAP jelas beliau masing-masing ketika ini sedang bergelut dalam kemelut dalaman mereka.

Dalam sebuah parti politik sekiranya mahu bertahan lama dan diterima rakyat katanya lagi ianya harus mempunyai struktur yang kukuh namun dalam PKR ianya menjadi longgar apabila apa yang digariskan semasa penubuhannya kononnya mahu memperjuangkan keadilan untuk rakyat tidak ditepati.

"Apabila pakatan pembangkang berjaya merampas beberapa buah negeri, saya mula melihat Anwar tidak lagi peduli dan komited dalam memperjuangkan apa yang dikatakan semasa awal penubuhan parti. Hari demi hari terutama selepas peristiwa janji 16 September yang tidak menjadi kenyataan,

"Janji kosong Anwar menggunakan kaedah yang begitu hina dengan cuba mencuri ahli perlimen BN, ini bukan cara politik yang baik dan Anwar lakukan juga", katanya kepada UMNO-Online di sini.

Pada masa yang sama dedah beliau, Anwar pula semakin lama semakin mengutamakan kroni yang tertentu sehingga sifat Anwar yang mengutamakan kroni menyebabkan ramai yang keluar parti.

"Azmin juga sebenarnya tidak diterima dan ini terbukti dengan satu kejadian di Sabah. Azmin pernah ditolak oleh ahli PKR Sabah. Ini menunjukkan anak emas Anwar ini ditolak oleh orang bawahan parti. Anwar pula mengutamakan Azmin sehingga sanggup membelakangkan perjuangan parti," ujarnya.

Manakala DAP pula kata beliau hanya mempergunakan Anwar untuk memecahbelahkan orang Melayu di samping mengikat Pas agar tidak bertindak esktrim yang boleh menghalang DAP meluaskan pengaruhnya.

"Sebenarnya DAP memegang kunci kelemahan Anwar dan ia digunakan bagi memastikan Anwar sentiasa patuh dengan segala arahan.  Sebab itu kalau kita tengok dalam apa jua isu termasuk yang membabitkan masalah di kalangan pakatan pembangkang Anwar akan menyebelahi DAP.

"Perkara ini juga sebenarnya tidak menyenangkan di kalangan pemimpin, ahli PKR dan Pas", katanya.

Beliau seterusnya menambah perkara yang sama juga berlaku dalam Pas di mana di dalam parti Pas sendiri telah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang menyokong dan yang mula mempertikaikan kewibawaan Anwar.

"Mereka inilah yang menolak Anwar dek kerana satu demi satu terbongkar kisah Anwar.

"Ini semua berlaku kerana dalaman parti itu sendiri tidak mempunyai struktur yang kuat untuk mengikat satu sama lain. Sampai saat ini masih belum diwujudkan secara rasmi di antara mereka. Mereka tidak pernah bergabung secara rasmi. Tidak seperti BN yang mengikat komponan mereka dan bertanding dalam PRU atas satu tiket iaitu BN.

"Sehingga kini pakatan pembangkang belum selesai masalah dalaman mereka. Mereka tidak mampu sesama mereka untuk mempunyai satu bendera yang sama untuk menandingi BN. Inilah bukti betapa gagalnya Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang. Mereka gagal tidur satu bantal dengan mimpi yang sama," ujarnya lagi.

Ikuti wawancara selanjutnya di UMNOyoutube.

Cepat Atau Lambat Bubar DUN, UMNO Hulu Selangor Sentiasa Siap Siaga

Posted: 08 Feb 2013 04:10 AM PST

BATANG KALI, 8 Feb  – UMNO Hulu Selangor sentiasa bersedia untuk terus mempertahankan kesemua Dewan Undangan Negeri termasuk Parlimen tanpa menghiraukan sama ada kerajaan Selangor mahu membubarkan DUN negeri lebih awal dari kerajaan pusat.

Menurut  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kasim, sejak 2008 lagi gerak kerja tersusun telah diatur bagi menunjukkan komitmen tinggi UMNO dan BN dalam membela nasib rakyat.

Tambah beliau program berterusan dilakukan sebaik mungkin kerana UMNO dan BN bukan membela nasib rakyat mengikut musim dan kerana program berterusan ini jugalah UMNO amat yakin untuk terus diberi mandat oleh rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor.

Jelasnya lagi, sekiranya Menteri Besar Selangor tetap dengan keputusannya untuk membubarkan DUN awal daripada pembubaran Parlimen, BN di Selangor tidak gentar kerana telah bersedia sejak awal lagi untuk menghadapi pilihan raya.

"Kita di sini sudah bersedia sekiranya Menteri Besar tetap dengan keputusannya itu. Sebenarnya bagi saya, Kerajaan Negeri takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga mengambil keputusan untuk membubarkan DUN Selangor awal.

"Mereka ingin menutup isu rakyat yang semakin memberontak. Walaupun sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah mengeluarkan kenyataan hanya akan membubarkan DUN selepas Mac 2013 namun dek kerana takut mereka mengambil keputusan bubar awal.

"Kita tak ada masalah. Awal ke cepat ke kita memang sudah bersedia untuk membantu BN kembali berkuasa di Selangor. Apa yang pasti kita memang hanya menunggu masa dan ketika untuk melaksanakan tanggungjawab kepada parti," jelas Mohd Isa yang juga merupakan ADUN Batang Kali. – MediaUMNO

Kenyataan Muhyiddin Tidak Rasis, Kenapa Guan Eng Nak Kacau Majlis BN? – PM

Posted: 08 Feb 2013 03:46 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan kenyataan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meminta orang ramai memakai pakaian dalam tiga warna apabila menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang bersifat rasis.

Sebaliknya menurut beliau program yang diadakan di Pulau Pinang itu adalah untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna khususnya kepada masyarakat Cina.

"Kenyataan TPM itu bukan bersifat rasis. Kita buat sesuatu majlis itu semata-mata untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna khususnya kepada  masyarakat Cina dan BN Pulau Pinang berhasrat untuk mengadakan majlis tersebut.

"Dan kenapa pula majlis yang bertujuan baik itu nak dicemar dengan unsur-unsur  politik yang tidak ada kena mengena dengan tujuan majlis tersebut diadakan. Kalau kita adakan, dia pun boleh adakan majlis…apa salahnya. Tak  ada kita nak halang apa-apa….dia buatlah majlis…dan kita nak buat majlis kenapa dia pula nak buat macam-macam halangan seperti nak turunkan poster 1Malaysia, gambar saya pun nak diturunkan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini, hari ini.

Datuk Seri Najib seterusnya mempersoalkan tujuan merosakkan majlis berkenaan.

"Bukan perkara kecil……kenapa dia ada tujuan  seumpama itu. Kita tidak ada nak rosakkan majlis dia..dia nak buat majlis buatlah. tidak usahlah rosakkan majlis kita.

"Dia pun gunakan slogan 'ubah DAP style'….dia tiru daripada 'Gangnam Style'. Dia tiru sebenarnya. Tetapi bila kita buat dia tuduh macam-macam pulak. Sebenarnya dihati dia dia nak jemput Psy untuk satu majlis atas nama pakatan rakyat. Tetapi bila Psy itu hadir majlis kita, jadi rosak program dia. Itu cerita sebenarnya. Jadi dia tak dapat,  dia kutuk penglibatan Psy.

"Dia mungkin ada sebab tetapi saya lihat peliklah  kali ini. Kenapa reaksi dia macam itu …..Padahal ini perkara biasa yang kita buat tiap-tiap tahun. kita buat,  bukan tidak pernah buat program besar-besaran di Pulau Pinang," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini menyeru orang ramai yang mahu hadir ke majlis berkenaan memakai baju kuning sebagai tanda sokongan kepada himpunan Bersih anjuran pembangkang, hijau untuk alam sekitar dan merah bagi Pulau Pinang. -MediaUMNO

UMNO Perkemas Siap Siaga Berdepan PRU Ke-13

Posted: 08 Feb 2013 03:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bersidang hari ini memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan jentera pilihan raya dan telah menerima audit termasuklah laporan Pusat Daerah Mengundi (PDM), kata Presidennya merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Mengikut tinjauan dan laporan audit tersebut kita berasa berpuas hati. Kita harap usaha-usaha untuk memantapkan lagi kesiapsiagaan dan persiapan pilihan raya akan diteruskan oleh pimpinan negeri, bahagian hinggalah ke peringkat PDM," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Ibu Pejabatnya, Menara Dato' Onn hari ini.

Beliau turut memberitahu berkaitan Jawatankuasa disiplin yang akan memulakan tugasnya tidak lama lagi dengan diketuai oleh Tan Sri Tengku Ahmad Ritaudden sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin.

"Dengan nama-nama yang kita akan umumkan kepada bahagian maka setiap yang berlaku di peringkat tersebut akan ada wakil jawatankuasa disiplin yang boleh memantau keadaan dan seterusnya membuat laporan untuk memastikan bahawa tindakan untuk merosak atau mengkhianati parti diambil dengan seberapa segera yang boleh."

Jawatankuasa Khas dan Pemantau ini akan melibatkan seorang pemantau dilantik di setiap bahagian yang mana lantikan merupakan salah seorang wakil tujuh yang dipilih ke Perhimpunan Agung UMNO dan yang tidak memegang jawatan di peringkat bahagian.

Dalam masa yang sama, beliau berkeyakinan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memang berkemampuan dalam melaksanakan pilihan raya akan datang dengan adil dan bersih.

"Kita berharap bahawa pihak pembangkang akan menerima keputusan pilihan raya nanti dan tidak mencari alasan seandainya mereka tidak menang untuk menghuru-harakan negara kita serta menghormati keputusan rakyat sebagai prinsip yang penting dalam sistem demokrasi.

"Demokrasi berparlimen bererti kita mesti terima apa jua keputusan rakyat. Kalau percaya pada demokrasi maka kita tak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat. Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya."

Tegasnya lagi, kita ada undang-undang dalam negara  dan semua orang mesti menghormatinya sebagai satu daripada asas dalam Rukun Negara, dalam Perlembagaan dan juga dalam perjalanan demokrasi. - MediaUMNO

BR1M 2.0 A Continuous Govt Effort To Assist The People – Riot

Posted: 08 Feb 2013 03:33 AM PST

SERIAN (Sarawak), Feb 8 – The 1Malaysia People’s Assistance Scheme 2.0 (BR1M 2.0) is a continuous effort on the part of the Barisan Nasional (BN) government to assist the low-income community, said Deputy Foreign minister Datuk Richard Riot.

He cited other government endeavours such as the monthly allowances channelled through the state Welfare department for senior citizens, children, the disabled and their carers and other forms of assistance as other examples of government assistance for those in need.

According to the Serian MP and Sarawk United People’s Party (SUPP) deputy president, these allowances totaling RM831,000 were provided to 3,582 recipients in the constituency.

“It is the desire of the BN government led by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to continuously help the less fortunate,” he said at the presentation of the BR1M 2.0 to 2,827 of 23,983 eligible recipients at the Serian community hall near here today. Also present was Mambong MP Datuk Dr James Dawos Mamit.

On another matter, Riot said he believed the voters in the constituency could judge for the themselves his service track record in the five terms he has been their MP.

“So I'm not worrying too much, but at the same time, I am never over confident and will carry on my work because its my style, I’ve been the YB (MP)on the ground for the people every weekend…election or no election, it is the same to me. So I leave it to the people to judge my performance,” he said.

Opposition Leaders Urged To Retract Decision On Use Of ‘Allah’

Posted: 08 Feb 2013 03:30 AM PST

GEORGE TOWN, Feb 8  - Some 30 non-governmental organisations (NGOs) and PAS members today held a rally urging opposition leaders to retract the decision allowing use of the word ‘Allah’ in the Malay version of the Bible.

Jaringan Melayu Pulau Pinang spokesman Arif Ibrahim said the opposition’s persistence in defending their stance had turned the issue into a polemic among the people.

“We also appeal to the Conference of Rulers that will meet at the end of this month to issue a decree prohibiting the use of the word ‘Allah’ in the Malay Bible to immediately stop debate on the issue,” he told reporters after Friday prayers at Masjid Kampong Rawa here.

During the rally lasting 30 minutes, the group also trampled on banners that read ‘January 8 decision brings woes’ while chanting words of protest against the decision.

They also distributed stickers that read ‘Save Kalimah Allah’ to Muslims after Friday prayers. Some 10,000 stickers were printed for distribution to Muslims in Penang.

On January 8, the Opposition Leadership Council decided that the word ‘Allah’ can be used in the Malay bible provided it is not misued.

The decision was announced after a meeting of top opposition leaders attended by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, DAP advisor Lim Kit Siang and PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Model Akademi Pencegahan Rasuah Semakin Mantap

Posted: 08 Feb 2013 03:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Feb –  Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) semakin diiktiraf negara dunia apabila hampir 500 peserta dari 49 negara termasuk anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta rantau Asean menyertai latihan serta pembelajaran mengenai pencegahan rasuah di akademi tersebut tahun lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zakaria Jaffar berkata MACA akan bekerjasama dengan Akademi Anti-Rasuah Kebangsaan yang berpusat di Vienna, Austria untuk mengetengahkan modul pembelajaran yang lebih berkesan mengenai rasuah.

“Modul yang diajar di sini (MACA) ialah Sarjana Pengajian Anti Rasuah. Enam modul lain diajar di Vienna, Austria,” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pembantu Keselamatan di sini hari ini. Majlis itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kasim Mohamed.

Zakaria berkata modul pembelajaran di negara ini adalah lebih baik kerana MACA mempunyai kelebihan dari segi praktikal, fasiliti serta kepakaran dalam bidang penyiasatan.

Seramai 69 pelatih menamatkan kursus tiga bulan itu yang dianjur dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara lain, mereka bertanggungjawab mengiringi suspek, pengurusan lokap, pengambilan cap jari, pendaftaran orang yang ditahan serta penyempurnaan sapina.

Tempoh Peroleh Pekerjaan Graduan Tempatan Lebih Singkat – Khaled

Posted: 08 Feb 2013 03:22 AM PST

PUTRAJAYA, 8 Feb – Graduan di negara ini lebih bernasib baik kerana tempoh untuk mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian lebih singkat berbanding sesetengah negara lain yang mengambil masa sehingga dua tahun.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata fenomena ini berlaku kerana Malaysia mampu melahirkan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.

“Kita tidaklah berdepan dengan apa yang berlaku di negara-negara lain yang kadar pengangguran tinggi sehingga ada yang mencapai sehingga dua tahun untuk diserapkan dalam pasaran kerja. Kita lebih baik daripada itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis konvokesyen 207 graduan Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) di sini Jumaat.

Turut hadir Pengarah Urusan My-Partners Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Johan Mahmood Merican.

Mohamad Khaled berkata kajian kementerian juga mendapati lebih 70 peratus graduan berjaya memperoleh pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada kebolehpasaran graduan dan kebolehdapatan pekerjaan melalui penganjuran pelbagai program untuk melengkapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran.

Ini termasuk program GCAP yang diadakan dengan kerjasama My-Partners dan TalentCorp yang terbuka kepada graduan tempatan yang belum bekerja selepas tamat pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif 2.3 dan ke atas dalam mana-mana bidang pengajian.

Melalui penyertaan selama enam minggu dalam GCAP, graduan didedahkan kepada latihan interaktif berasaskan keperluan industri selain meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menulis.

Beliau menjelaskan, GCAP yang dilaksanakan kerajaan sejak 2008, merupakan projek perintis kebolehpasaran graduan dan melatih sehingga 3,000 graduan dengan 90 peratus daripada mereka berjaya memperoleh pekerjaan selepas itu.

Katanya, ekoran kejayaan program itu, kerajaan setuju memperluaskan lagi program tersebut dengan kerjasama My-Partners dan TalentCorp yang berupaya melatih lebih ramai graduan.

PM Puji Kesungguhan Wanita BN Berdepan PRU 13

Posted: 08 Feb 2013 01:22 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Feb – Kesungguhan kaum wanita untuk turun padang membantu Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional mengucapkan terima kasih dan tahniah terhadap  komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh Wanita BN untuk bersama-sama memastikan kemenangan besar pada pilihan raya nanti.

"Bagi pihak Barisan Nasional, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera Barisan Nasional yang begitu bersemangat luar biasa, walaupun tengah-tengah panas, walaupun sudah beruban tetapi semangat cukup kuat untuk bersama.

"Saya yakin, wanita akan menjadi jentera yang sangat penting, wanita akan turun padang, wanita akan melakukan kerja yang bersungguh-sungguh, wanita akan membirukan landskap politik tanah air," katanya ketika melancarkan Gelombang Biru Wanita BN di Perkarangan PWTC.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi  MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, Pengerusi Gerakan, Tan Koh Soh Khoon, Pengerusi  PPP, Datuk Seri M Kaveas, Naib-Naib Presiden UMNO serta pemimpin-pemimpin wanita parti komponen.

Najib berkata, sebenarnya ramai lagi wanita yang berada di seluruh negara yang ingin bersama-sama dan hanya menunggu isyarat untuk turun padang dan bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

"Teruskan usaha kita, wanita akan naik pentas, menjalar lebuh raya, wanita akan menjadi jentera yang akan mempengaruhi rakyat, yakinkan rakyat bahawa masa depan kita dan Barisan Nasional sudah tepati janji nanti. -MediaUMNO 

Young Must Foster Spirit Of Appreciating, Respecting And Religious Diversity

Posted: 08 Feb 2013 12:26 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 8  - The spirit of appreciating and respecting the diversity in culture and religion must always be fostered among the young generation, specifically those who are still schooling.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said, such spirit was crucial to ensure stability and harmony towards achieving better and sustainable progress and development.

“Appreciating and respecting the diversity in culture and religion is actually an important asset or advantage which we should be proud of, and continue to defend.

“So, it is apt that the young generation be continuously imbued with the spirit of appreciating and respecting the principles of the Federal Constitution, understanding Rukunegara, understanding existing difference in culture, and appreciating and practising census and goodwill among them,” he said.

He said this in his speech at a ceremony to launch the education ministry’s school-level World Interfaith Harmony Week (WIHW) at Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3, Bandar Kinrara near here today.

Muhyiddin, who is also education minister, said the initiative taken in efforts to foster understanding and unity among the young generation had also proven to be fruitful.

This, he said, had made Malaysia an example of inter-racial and religious relationship, which other countries would find it difficult to equal.

The deputy prime minister said, school administrators and institutions of education should continue to develop a conducive social environment and encourage communication and interaction among students of various communities, religions and cultures, to realise a Malaysian identity.

As such, he said, leaders of educational institutions, especially teachers, must strategise to foster and maintain the spirit of unity and patriotism through curriculum, co-curriculum and sporting activities.

Muhyiddin said, the development of a dignified and sovereign race was the duty of every member of society, to place the race and country on par with developed nations of the world.

In the meantime, he said, today’s programme could close the gap of harmony and goodwill among the people, especially school students.

He said, if the young, who were regarded as the back-up generation, were not united and did not have a common vision and mission, the stability currently enjoyed would be threatened.

“The gap between communities and religions among the young generation will become wider, if the tendency towards unity is not fostered from an early stage, especially at school level.

“If allowed to continue, they will go their separate ways and it will become more severe when the value of existing harmony is unravelled and destroyed,” he said.

The WIHW celebration was attended by about 1,000 students who performed numerous integration games and cultures of the country’s multi-racial society.

WIHW is the brainchild of the King of Jordan, King Abdullah II.

It became a resolution adopted by the United Nations (UN) to be celebrated in the first week of February every year, by member nations.

Malaysia celebrated WIHW for the first time in February 2011, as organised by the UN.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT