SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, February 4, 2013

UMNO Online - “Lebih Ramai Mahasiswa IPTA Sertai UMNO Bukti Dakwaan Pembangkang Tidak Benar” plus 9 more

UMNO Online - “Lebih Ramai Mahasiswa IPTA Sertai UMNO Bukti Dakwaan Pembangkang Tidak Benar” plus 9 more

Link to UMNO Online

Lebih Ramai Mahasiswa IPTA Sertai UMNO Bukti Dakwaan Pembangkang Tidak Benar

Posted: 03 Feb 2013 05:49 AM PST

MUAR, 3 Feb – Peningkatan jumlah mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menyertai UMNO tahun lalu menolak tanggapan bahawa mereka cenderung untuk menyokong pembangkang, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Pilihan raya kampus tahun lalu juga menunjukkan keputusan di mana pemimpin-pemimpin prokerajaan menguasai 18 daripada 20 IPT di negara ini.

“Kita menghargai sokongan mereka bukan sahaja dalam kampus tetapi lebih penting mereka sudah bersedia membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kelab IPT Barisan Nasional (BN) (KIBAR) Zon Selatan di Dewan Raya Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2, Sungai Abong di sini Sabtu.

Menurut Khairy, jumlah mahasiswa yang menyertai UMNO melonjak daripada 14,000 semasa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda pertengahan tahun lalu kepada 27,000 orang pada suku keempat tahun yang sama.

Beliau berkata, sebelum ini ramai pihak bimbang pindaan AUKU yang membenarkan mahasiswa menyertai parti politik akan menyebabkan lebih ramai daripada mereka menyertai parti pembangkang.

“Saya meyakinkan pucuk pimpinan bahawa ia tidak akan berlaku malahan sebaliknya membolehkan mahasiswa lebih cenderung menyertai UMNO,” katanya.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN berharap, mahasiswa akan menjadikan KIBAR sebagai landasan untuk menyuarakan pendapat membina dalam sesuatu isu, bukan menyemai kebencian seperti dilakukan penentang kerajaan BN.

Beliau turut yakin matlamat untuk mendapatkan 5,000 penyertaan mahasiswa dalam Kelab IPT BN di seluruh negara akan tercapai lebih awal memandangkan bilangan mahasiswa yang menyertai UMNO kini sudah meningkat.

Sementara itu, kira-kira 250 orang mahasiswa berkampung di kawasan Parlimen Muar dan Bakri sejak Khamis lalu untuk mengadakan khidmat bakti kepada masyarakat setempat yang meliputi aktiviti gotong-royong, pemeriksaan kesihatan dan program bimbingan pelajar-pelajar luar bandar.

1Dream 2U Realisasikan Impian Pelajar Ke Universiti

Posted: 03 Feb 2013 05:40 AM PST

TEMERLOH, 3 Feb –  Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program 1Dream 2U di sekolah menengah seluruh negara pada tahun ini bagi merealisasikan impian pelajar ke universiti tempatan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata program turun padang dengan kerjasama Unit Pusat Universiti (UPU) dan Jabatan Pendidikan Negeri itu bertujuan membantu pelajar memilih kursus pengajian pilihan mereka di universiti kelak.

Program 1Dream 2U menyasarkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini.

Katanya program itu dilaksanakan berikutan ramai lepasan SPM dan STPM yang gagal meneruskan pengajian dan impian mereka ke universiti kerana kesilapan memilih kursus.

“Calon berkenaan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kursus tertentu, tetapi pilihan yang kurang tepat menyebabkan mereka gagal bersaing dan mendapat tempat di universiti,” katanya selepas melancarkan Program 1Dream 2U: Impian Ke Menara Ilmu bagi daerah Temerloh di sini, Ahad.

Saifuddin berkata pegawai UPU dengan kerjasama pegawai Pelajaran Daerah dan guru akan menjelajah ke semua sekolah menengah bagi memberi taklimat terperinci berkaitan pemilihan kursus yang sesuai dengan kelulusan dan minat calon.

Program 1Dream 2U bagi peringkat Parlimen Temerloh akan bermula Selasa ini di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh dan berakhir di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh pada 26 Februari.

Belia Perlu Sahut Seruan PM, Gerakkan Aktiviti Kesukarelawan

Posted: 03 Feb 2013 05:36 AM PST

JELEBU, 3 Feb – Golongan belia diseru menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi program ‘My Beautiful Malaysia’, dengan menggerakkan usaha kesukarelawan membantu masyarakat tempatan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, usaha itu boleh dilakukan dengan mengenalpasti permasalahan masyarakat dan mengadakan program-program sosial seperti gotong-royong bagi menyelesaikannya.

“Setiap dari kita, cari dua tiga orang untuk kita bantu menerusi program sosial. Cari dua atau tiga orang untuk kita jatuhkan budi kita. Mari kita mendaftarkan ini sebagai satu jenama baru dalam perjuangan baru kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penutup Jelajah Gelombang Biru Pemuda Barisan Nasional Parlimen Jelebu, di Kolej Komuniti Jelebu, di sini, Ahad.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan golongan belia dapat meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas program itu, Rais berkata bagi parlimen Jelebu, UMNO peringkat bahagian akan menggerakkan sayap pemudanya bagi menterjemahkan seruan Perdana Menteri itu.

Katanya, ia adalah simbolik perjuangan bagi memberi sokongan dan dokongan terhadap program transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib dalam menawarkan khidmat kebajikan kepada masyarakat.

“Pemuda UMNO Jelebu akan merangka program bagi mewujudkan suasana berjuang ala suara majoriti di kawasan Jelebu ini dan saya berasa ini merupakan usaha positif dan ia akan memberi kesan yang menyeluruh kepada masyarakat sekitar,” katanya.

Anggota Parlimen Jelebu itu berkata, aktiviti kesukarelawan amat penting bagi menggalak perubahan nilai dalam diri individu kepada perasaan prihatin terhadap kesusahan orang lain.

Selain itu beliau berkata, kementeriannya juga akan merangka program-program bersesuaian dengan program ‘My Beautiful Malaysia’ dan akan mengulangi semula program-program terdahulu seperti ‘Budi Bahasa Budaya Kita’.

RM20 Juta Projek MRT Telah Diagihkan Kepada Kontraktor Bumiputera

Posted: 03 Feb 2013 05:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Feb –  Beberapa projek Transit Pantas Massa (MRT)bernilai kira-kira RM20 juta telah diagihkan kepada kontraktor Bumiputera pada 29 Januari lepas.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Datuk Mokhtar Samad berkata pengagihan dihasilkan melalui cabutan undi antara 500 kontraktor kelas D,E dan F.

“Hasil undian telah mewujudkan 44 jenis kerja dan projek yang keseluruhannya bernilai RM20 juta kepada kontraktor yang terpilih.”

“Projek yang telah diagihkan itu melibatkan kerja-kerja landskap, pagar, parit, membaik pulih bangunan MRT sedia ada dan sebagainya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

“Persatuan ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada MRT Corp yang sudah memulakan langkah prihatin kepada nasib kontraktor Bumiputera bersesuaian dengan transformasi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya tidak meminggirkan anak tempatan Melayu dalam sebarang projek pembangunan,” katanya.

Projek MRT, yang dikendalikan MRT Corp bernilai RM20 bilion, yang mana RM250 juta daripadanya diperuntukkan kerajaan untuk diagihkan kepada kontraktor Bumiputera Kelas D, E, dan F yang berdaftar dengan Persatuan Khidmat Kontraktor, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan terletak di kawasan pakej berkenaan.

Sebelum ini, adalah dilaporkan, daripada jumlah RM250 juta itu, 12 kontrak kecil bernilai RM15 juta telah diagihkan manakala lebih daripada 50 kontrak kecil bernilai keseluruhan RM235 juta masih belum diagihkan.

Mokhtar berkata persatuan turut berharap agar baki projek itu juga dapat diagihkan kepada kontraktor Melayu supaya terus diberi peluang dan tidak dipinggirkan dalam bersama-sama membangunkan negara.

Pas Members Should Look At Themselves Before Calling PM A Coward – Ahmad Bashah

Posted: 03 Feb 2013 05:29 AM PST

ALOR SETAR, Feb 3 – Pas members who have called Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak a coward for not announcing the date of the general election yet, should instead ask the opposition leaders to hold the elections in states they control first.

Kedah UMNO liaison chief Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah said announcing when the general election would be held was the prime minister’s prerogative.

“In this matter, Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak understands better as he had said that it was his right to announce the dissolution of the state assembly. Only the Pas members don’t seem to understand.

“We (Barisan Nasional) has no problems if they (opposition) want to dissolve the state assemblies (in the states they control) now, but what’s wrong with holding the general election simultaneously when the current term ends this April?”

He said this when asked to comment on some Pas leaders saying that Najib was scared to hold the elections now.

Young Pas leader Ahmad Izzat Mohamad Shauki, who is also Kedah state assembly deputy speaker, at a ceramah at the Kedah Sejahtera Carnival for the  Pokok Sena parliamentary constituency recently, had labelled the prime minister a coward, claiming that the latter feared the people’s support for the opposition coalition, hence was delaying the general election.

Ahmad Bashah, who is also Bakar Bata assemblyman, was met by reporters while watching the handing-out of the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) for the Bakar Bata constituency at the Federal Building hall in Anak Bukit, here, today.

On Kedah BN’s chances of wresting back the state from the opposition, he said people’s acceptance of and support for BN had changed for the better.

“I hope the situation remains and the voters will largely be on our side. Perhaps it’s a strategy of the prime minister to delay the elections to give more time for the people to evaluate the BN government,” he added.

On Azizan’s claim that except for Bayu assemblyman Datuk Azmi Hussein, the other invited BN elected representatives had boycotted the official opening of Kolej Universiti Insaniah (Kuin) in Kuala Ketil by Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah on Jan 29, Ahmad Bashah said it was a lie.

“When BN ruled Kedah, we invited them (opposition leaders) to our events but they did not attend. We understood that they themselves could be tied up with their own programmes…and it was the same with us,” he said.

Salang Confident Rural Folks Will Continue To Support BN In Sarawak

Posted: 03 Feb 2013 05:24 AM PST

PAKAN, Feb 3 – Deputy Information Communication and Culture Minister Datuk Joseph Salang is confident the people, especially those in rural areas in the state, will continue to be strong supporters of the Barisan Nasional (BN) in the coming general election.

He said this was mainly because they realised that by supporting BN, they were also helping themselves.

“The BN has long been known for its ability to help them achieve a better standard of living, and has the exprience, network and resources to do so,” h told a meet-the-people session at Rh.Encharang Jarom in Ulu Pedanum here today.

Meanwhile, Salang, who is also Julau member of parliament, reminded the people to be wary of a political party which offered scholarship and insurance coverage to those registering as members.

Country’s Future Depends On Social Attitude – Najib

Posted: 03 Feb 2013 05:18 AM PST

PETALING JAYA, Feb 3 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has reminded the people they should realise that the country’s future depends on the social system, values, culture and attitude.

He said that stronger social values, culture and attitude would ensure Malaysia’s position as a famous and remarkable nation.

“The success of a nation is not determined merely by the number of skyscrapers, basic amenities, hitech factories, increased per capita but in actual fact, we are building a nation, building a civilisation.

“When we look from this perspective, then social transformation based on changes in terms of our whole system, values and culture, including attitude, becomes one of the important factors why some countries are more developed than some other countries,” he said at the launching of ‘My Beautiful Malaysia’ at Taman Medan, here today.

While acknowledging that the social transformation agenda was not as simple as the government, economic and political transformation which could be seen within a short time, Najib said he was confident that this aspiration would become a reality if the people continued to have strong sentiments and wanted to change from a negative to positive attitude.

“We can do all this to achieve what I’m hoping for, that is, self-transformation because when we talk about values and culture, it is something to do with our own self, what is inside us.

“If we can absorb this inside our soul, then the Malaysian race will certainly be successful,” he said.

Meanwhile, Najib expressed his gratitude to and confidence in the young Malaysians who could be depended upon to move the nation in future.

He said if the resources of the young generation could be directed in a constructive and positive manner, Malaysia would certainly achieve a more remarkable and successful development.

“Alhamdulillah, the young people in Malaysia are a responsible lot, they have a strong sense of responsibility in that they don’t want to be left out from contributing their role.

Kalimah Allah : Sekumpulan Ahli, Penyokong Pas Bantah Pendirian DAP

Posted: 03 Feb 2013 05:07 AM PST

KOTA BAHARU, 3 Feb - Sekumpulan 30 anggota dan penyokong Pas mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Balai Besar di sini, Ahad bagi membantah pemimpin DAP yang terus mempermainkan isu kalimah suci Allah.

Anggota kumpulan itu dari sekitar Bachok dan Kota Baharu tampil menyatakan pendirian secara terbuka mengenai rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Pas yang membiarkan DAP mempermainkan isu kalimah itu.

Wakil kumpulan berkenaan, anggota Pas kawasan Mahligai, Bachok, Abdul Mutalib Ismail, 46, memberitahu pemberita: “Kami meminta pemimpin atasan Pas jangan takut dengan pemimpin DAP”.

Mereka memegang kain rentang antaranya berbunyi “Pemimpin Pas jangan jadi dayus dalam isu kalimah Allah”, “Kalimah Allah hak mutlak orang Islam” dan “DAP kudakan pemimpin Islam”.

Akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Kebangkitan Rakyat Kelantan Petanda Mereka Mahu Perubahan – Mustapa

Posted: 03 Feb 2013 05:02 AM PST

JELI, 3 Feb –  Kebangkitan rakyat Kelantan membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pas yang gagal menyelesaikan pelbagai masalah termasuk isu tanah dan bekalan air bersih menjadi petanda rakyat mula sedar dan mahukan perubahan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata masih belum terlewat bagi rakyat Kelantan membuat perubahan itu dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU)ke-13.

“Apa yang perlu, kita (anggota UMNO dan BN) memperkukuh parti untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program ‘My Beautiful Malaysia’ peringkat Parlimen Jeli, di sini, Ahad.

Lebih 3,000 penduduk terdiri daripada masyarakat setempat dan pelajar sekolah menyertai program itu yang dilancarkan serentak di seluruh negara.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengulas penganjuran beberapa perhimpunan dan demontrasi rakyat secara aman termasuk oleh pertubuhan bukan kerajaan sejak akhir-akhir ini berhubung apa yang dilihat sebagai kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu-isu berkenaan.

Semalam, kira-kira 2,000 orang mengadakan perhimpunan secara aman bertema ‘Selamatkan Bumi Kelantan’ di Pasir Pekan, Tumpat, sebagai bantahan kepada kerajaan negeri yang didakwa merampas tanah rakyat untuk diberi kepada syarikat asing untuk dimajukan.

Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, menegaskan anggota UMNO dan BN mesti bekerja kuat dan memperkasakan semangat perjuangan untuk memenangi pilihan raya umum kali ini.

Majoriti Rakyat Faham Usaha Kerajaan Pupuk Perpaduan – Hishammuddin

Posted: 03 Feb 2013 04:59 AM PST

MELAKA, 3 Feb - Majoriti rakyat memahami usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya kerana itu juga majoriti rakyat menolak perbuatan sesetengah pihak yang cuba mencetus kebencian kepada kerajaan dengan menabur fitnah serta menggalakkan provokasi.

“Ini bukan budaya dan amalan kita dan sebagai majoriti kita menolak sikap segelintir minoriti ini,” katanya selepas pelancaran ‘My Beautiful Malaysia Day’ peringkat Melaka, di sini Ahad.

Hishammuddin berkata budaya fitnah dan provokasi itu termasuk membabitkan isu sensitif akan berterusan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Bila ada kes sebegini, polis akan melakukan siasatan secara telus dan hanya bertindak terhadap pihak bertanggungjawab selepas mendapat pengesahan dan bukti kukuh, katanya.

Ini bagi mengelakkan perkara itu menjadi lebih buruk dan inilah yang dikehendaki pihak terbabit, katanya.

Sementara itu lebih 100,000 rakyat di negeri ini menyertai program berkenaan yang berlangsung serentak di 100 lokasi di seluruh negara.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT