SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, February 19, 2013

UMNO Online - “Waspada Individu Minta Wang, Mengaku Ejen BL1M” plus 9 more

UMNO Online - “Waspada Individu Minta Wang, Mengaku Ejen BL1M” plus 9 more

Link to UMNO Online

Waspada Individu Minta Wang, Mengaku Ejen BL1M

Posted: 18 Feb 2013 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Orang ramai dinasihat agar berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan meminta wang untuk menguruskan bantuan itu.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen BL1M dan tidak melakukan transaksi secara tunai.

“Kami hanya menerima bayaran RM199 menerusi kiriman wang kepada My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu,” katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 44 kes penipuan dilapor yang kesemuanya berlaku di kawasan luar bandar.

Tengku Azman berkata bagi menangani gejala itu pihak sekretariat menambah lebih 500 pusat pendaftaran BL1M termasuk 114 pusat ujian berkomputer (MyEG, MySpeed dan Komms) dan 400 pusat pendaftaran di seluruh negara dengan kerjasama Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) yang mula beroperasi Rabu ini.

Tengku Azman berkata sehingga 14 Feb lepas lebih 130,000 permohonan bagi BL1M diterima dan tempoh pendaftaran juga dilanjut sehingga 1 Mac ini.

Beliau berkata Sabah mencatat pendaftaran paling ramai iaitu 13,900 permohonan diikuti Selangor dan Johor masing-masing 12,500 dan 11,050.

Pendaftaran juga boleh dilakukan di kaunter Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Menara Dato’ Onn Kuala Lumpur dengan pembayaran secara dalam talian melalui kad Visa/Master dan semua e-banking Meps.

Orang ramai juga boleh menghantar permohonan serta ‘Money Order’ atau cek melalui pos ke alamat BL1M-Bantuan Lesen 1Malaysia, Pemuda Barisan Nasional, Tingkat 28, Menara Dato’ Onn, Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Pada 31 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program BL1M bagi memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal B2 pada harga lebih murah, iaitu RM199 berbanding harga asal RM350.

Banjir IOI Puchong.. Lagi Bukti Kelemahan Kerajaan Pakatan Selangor

Posted: 18 Feb 2013 04:05 AM PST

SHAH ALAM, 18 Feb- Banjir yang melanda IOI Puchong pada petang ini adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang, parit dan sungai tidak diselengagra dengan baik oleh pentadbiran kerajaan  Selangor.

"Walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi nya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan.

“Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik PKR, DAP dan Pas sahaja," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Soal beliau air hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh Menteri Besar, adakah air banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti. -MediaUMNO

Hadi Hanya Main Sandiwara, Pas Tak Akan Keluar Pakatan – Dr Puad

Posted: 18 Feb 2013 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan ugutan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang untuk keluar dari Pakatan Pembangkang hanyalah satu kenyataan retorik politik semata-mata,  bagi memulihkan imej parti tersebut di kalangan ahli dan penyokong parti tersebut.

Beliau  berkeyakinan,  bahawa hakikatnya Pas tidak akan meninggalkan kerjasama dengan DAP memandangkan parti tersebut amat memerlukan sokongan daripada bukan Melayu bagi merealisasikan cita-cita dan impian mereka untuk memenangi PRU ke 13 kali ini.

"Namun bagi saya, apa yang terbaik ialah ahli-ahli Pas secara beramai-ramai perlu keluar dari parti bagi menyedarkan kepimpinan mereka bahawa perjuangan Pas kini sudah tersasar dari hala tuju dan matlamat penubuhan parti tersebut.

"Jika mahu diharapkan kepimpinan tertinggi Pas untuk membuat keputusan keluar parti, jangan haraplah kerana kepimpinan Pas hari ini lebih mementingkan undi dan kepentingan politik berbanding dengan prinsip perjuangan parti," tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, dalam senario politik parti tersebut hari ini sudah ada bibit-bibit penolakan dan pemberontakan di mana pada setiap hari ada saja di kalangan ahli-ahli Pas yang membuat demonstrasi, bagi menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan kepimpinan tertinggi Pas terutamanya dalam isu kalimah Allah.

"Biarpun ia terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil, namun ia merupakan satu petanda bahawa rasa tidak puas hati sudah mula menular di kalangan ahli-ahli akar umbi berhubung sikap dan pendirian Pas sejak menyertai Pakatan dan bergabung dengan DAP.

"Saya yakin, sekiranya tidak ada sebarang  perubahan pada Pas hari ini, perkara ini akan berlarutan sehingga akan menyebabkan perpecahan yang teruk berlaku di dalam Pas antara penyokong kepimpinan ulama dan golongan yang menyokong pemikiran Anwarinas di dalam parti tersebut.

"Akibat dari kepentingan peribadi dan politik kepimpinan tertinggi Pas hari ini, yang menjadi mangsa adalah ahli-ahli Pas itu sendiri. Sebab itu saya tegaskan bahawa ahli-ahli Pas perlu meninggalkan parti itu secara beramai-ramai supaya dapat membuka mata kepimpinan tertinggi Pas bahawa prinsip dan dasar Pas hari ini bersama Pakatan tidak dipersetujui ramai," jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa tidak ada sebarang keuntungan kepada Pas dalam kerjasama mereka di dalam Pakatan lebih-lebih lagi hubungan parti tersebut dengan DAP.

"Tidak ada untungnya Pas menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR. Akibat kerjasama itu, prinsip dan hala tuju parti tersebut mula bertukar sehingga menyebabkan ahli dan penyokong sudah mula tidak percaya kepada kepimpinan tertinggi parti.

"Malah, hari ini kita lihat sudah ada beberapa cawangan Pas yang dibubarkan akibat ahli-ahli bertindak keluar parti kerana membantah sikap kepimpinan Pas yang dilihat hanya menurut apa saja kata DAP.

"Manakala mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan pendirian pemimpin tertinggi Pas, akan tersingkir atau dipecat seperti yang berlaku kepada Ustaz Nasha dan Dr Hassan Ali. Bagi saya, kerjasama Pas dengan DAP langsung tidak menguntungkan parti itu, bahkan bakal menyebabkan Pas berpecah belah pada masa akan datang," akhirinya. -MediaUMNO

Kerajaan Tidak Kompromi Hak Dan Keselamatan Rakyat Sabah

Posted: 18 Feb 2013 03:15 AM PST

KOTA KINABALU, 18 Feb –  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.

Beliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi ” oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah.

“Saya tengok kawalan di situ berada pada tahap yang membanggakan dan dalam proses kita untuk mengusir mereka ini, ia juga membantu keadaan.

“Yang penting sekarang banyak betul spekulasi dan khabar-khabar angin dan saya tahu maklumat yang sebenarnya dan saya mengesahkan sebahagian besar yang digembar-gemburkan di luar sana merupakan perkara yang tidak asas langsung,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dekat sini, Isnin.

Oleh itu, Hishammuddin mengingatkan orang ramai supaya tidak melihat insiden itu sebagai sesuatu yang boleh dipolemikkan atau dipolitikkan.

“Saya harap kita sabar kerana dari segi operasi, pihak berkuasa diberi mandat untuk memantau tetapi dari segi pendirian…itu amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya sambil menambah bahawa beliau akan pergi ke Lahad Datu esok untuk melihat keadaan di sana.

Beliau berkata kerajaan akan memastikan operasi yang dirancang itu berjalan lancar dan tidak ada insiden yang tidak diingini terutama yang melibatkan pertumpahan darah.Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia bekerja rapat dengan kerajaan Filipina dalam menangani insiden itu.

Mengenai permintaan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu untuk berjumpa personaliti tertentu, beliau tidak memberi butiran lanjut tetapi berkata rundingan masih dijalankan.

“Saya ingin menegaskan bahawa ia (insiden) bukan isu suku kaum dan ia tidak kena mengena dengan pendirian atau kedaulatan dan sebagainya.

“Tetapi dalam konteks kita, ini adalah bumi kita…ini adalah sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara dan inilah yang kita tangani dengan bijaksana dengan cara tidak ada mana-mana nyawa terkorban atau tumpah darah di bumi kita,” katanya.

Ditanya perkembangan terkini rundingan dengan kumpulan warga Filipina itu, Hishammuddin berkata rundingan setakat ini menunjukkan betapa profesionalnya pasukan keselamatan negara.

“Kalau kita ambil tindakan, dari hari pertama sudah kita ambil tindakan namun dalam keadaan begini kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban “walau apa jua sebabnya” di pihak mereka yang akan memberi kesan kepada kita.

“Sama ada insiden itu selesai dalam masa terdekat atau lama lagi, kita bergantung sangat kepada pihak-pihak (tentera, polis) yang lebih mahir dalam operasi ini,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat masa tertentu untuk menyelesaikan kes itu, Hishammuddin berkata tidak ada pihak yang boleh mengesahkannya buat masa ini.

Mengenai kritikan pihak pembangkang yang mempersoal tindakan kerajaan menangani isu pencerobohan itu, beliau berkata mereka berhak berbuat demikian namun pemimpin pembangkang tidak pernah menghargai apa juga perkara baik yang dilakukan kerajaan.

Mengulas penyebaran insiden pencerobohan itu di “Youtube”, beliau berharap rakyat tidak terikut-ikut dengan perkara itu dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yang boleh memudaratkan keselamatan.

Hishammuddin berkata tahap kawalan keselamatan di pusat peranginan atau pelancongan terutama di pantai timur Sabah juga dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Guan Eng Angkuh, Tak Mahu Undi Orang Miskin Di Pulau Pinang…

Posted: 18 Feb 2013 03:05 AM PST

Entah apa jenis Kerajaan pun saya tidak tahu dan saya tertanya-tanya apakah rakyat Pulau Pinang masih "buta" untuk menilai niat dan corak pemerintahan "penjajah" DAP yang menguasai Pulau Mutiara itu.

Terbaru di Pulau Pinang, "Khalifah" Lim Guan Eng dilihat sengaja memaksa sebuah syarikat pembinaan, JKP Sdn Bhd, untuk mengemukakan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) EIA dari Jabatan Alam Sekitar.

Persoalan itu timbul bila Guan Eng seolah-olah sengaja meminta pelbagai syarat yang tidak masuk akal dipercayai bagi menggagalkan syarikat itu membina sebanyak 400 buah rumah mampu milik di Pulau Pinang.

Menurut maklumat, JKP Sdn Bhd telah membeli sebidang tanah berukuran 5.26 hektar dengan harga RM12 juta dan akan membina sebanyak 703 unit bangunan yang melibatkan sebuah kawasan perumahan rakyat.

Ia termasuklah rumah kos rendah yang akan dijual pada harga RM42,000 seunit, rumah teres dua tingkat dengan harga RM299,000 seunit dan rumah kedai pada harga RM129,000.

Saya tidak tahu buku undang-undang tanah mana yang dibuka Guan Eng dalam hal ini memandangkan EIA kebiasaannya perlu dikemukakan bagi projek pembinaan yang melibatkan kawasan yang melebihi 20 hektar.

Jadi, mengapa projek yang hanya melibatkan tanah seluas 5.26 hektar perlu dikemukakan EIA?

Lagipun, rumah-rumah yang ditawarkan itu jauh lebih murah dari rumah-rumah yang dibina oleh rakan-rakan Guan Eng sebelum ini yang berharga sekitar RM400,000 ke atas.

Apakah Guan Eng fikir semua rakyat di Pulau Pinang mampu untuk memiliki rumah yang berharga RM400,000 ke atas?

Saya difahamkan bahawa Guan Eng punya masalah untuk membina rumah mampu milik di Pulau Pinang diatas sebab-sebab tertentu yang boleh dikatakan tidak berapa masuk akal. Mungkin dasar kerajaan Guan Eng hanya membina rumah mahal saja.

Tapi, bila sebuah syarikat swasta yang mahu membina perumahan mampu milik dengan harga serendah itu, maka sepatutnya Guan Eng tidak memberikan sebarang alasan untuk menidakkan projek berkenaan.

Apakah motif Guan Eng yang mengenakan syarat EIA itu sebagai satu cara untuk menafikan hak rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di negeri "jajahan"nya itu?

Saya juga dimaklumkan oleh rakan-rakan di Pulau Pinang bahawa sejak awal pemerintahan Guan Eng lagi beliau sudah "mengusir" rakyat berpendapatan sederhana dan rendah untuk keluar dari negeri itu secara halus.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat sengaja membina rumah-rumah mewah dan kondo elit di negeri itu sehingga memberikan tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.

Akibatnya, ramai dikalangan orang Melayu dan India "terusir" secara halus dari pulau tersebut dan kekosongan itu telah diisi oleh "tauke-tauke" Cina kaya yang membolot kebanyakan lot dan hartanah di situ.

Persoalannya, apakah Guan Eng fikir undi dari golongan kaya saja yang laku pada PRU ke-13 nanti dan undi dari rakyat yang dizaliminya selama ini pula tidak laku di mata SPR?

Jika nak tengok laku atau tidak undi golongan berpendapatan rendah yang dizalimi Guan Eng itu, sila bubar DUN Pulau Pinang dan kita lihat undi siapa yang bakal menentukan jatuh bangun kerajaan Pakatan Haram di Pulau Mutiara itu nanti…

mykmu.net

Opposition Jealous Of Sabah BN Govt Having Strong Financial Position – Musa

Posted: 18 Feb 2013 02:41 AM PST

KUALA PENYU, Feb 18  - Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said he did not expect the opposition to be jealous of the Barisan Nasional state government’s ability to strengthen its financial position.

He said the opposition parties were raring to rule Sabah and the state’s strong financial position would give the opposition coalition an advantage if it wins the upcoming 13th general election.

“Our (Sabah’s) reserves are more than RM3 billion, the result of the BN government’s hard work. Its ability to strengthen the state’s financial position has been commended by the Auditor-General.

“They (opposition leaders) are crazy about becoming Sabah chief minister if the opposition win the upcoming general election although they fail to administer well the states under their rule,” he said at a Kuala Penyu BN Chinese New Year open house, here, today.

Musa, who is also state Finance Minister, said the people would stand to lose if they tempt fate by voting in a government other than BN.

He hoped the people would not fall for the empty promises made by the opposition and should always remind among friends and kin not to make the wrong choice in the upcoming elections.

Pengundi India Sudah Hilang Kepercayaan, Tidak Mahu Ditipu Pembangkang Sekali Lagi

Posted: 18 Feb 2013 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Feb – Peningkatan sokongan kaum India kepada Barisan Nasional membuktikan mereka sudah hilang kepercayaan kepada pakatan pembangkang kerana parti itu gagal melaksanakan pelbagai janji yang kononnya ingin membantu kaum berkenaan pada pilihan raya lalu.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kalamanathan berkata pada pilihan raya lalu pembangkang membuat pelbagai janji untuk membuat perubahan di negara ini termasuk untuk kaum India namun sehingga kini apa yang dijanjikan itu tidak mampu ditunaikan walaupun mereka memerintah di beberapa buah negeri.

"Pilihan raya lalu mereka membuat pelbagai janji, tapi  sehingga kini bukan sahaja janji untuk kaum India malah pelbagai janji kepada kauam lain juga tidak dilksanakan, sebaliknya mereka menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahannya.

"Tidak perlu pergi jauh, kita lihat apa yang telah dilakukan oleh mereka di Selangor walaupun mereka berkuasa, tiada pembangunan khusus yang dilakukan untuk kaum India di Selangor walaupun mereka mempunyai yang bertanggung jawab terhadap kauam India di negeri ini," katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peningkatan sokongan kaum India kepada Barisan Nasional kebelakangan ini berbanding pada piliha raya umum ke 12 lalu.

Menurutnya, perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang turut melibatkan kaum India sama dalam bidang ekonomi, pendidikan serta pembangunan telah membuaka mata kepada kaum India bahawa Barisan Nasional tidak pernah mengenepikan mana-mana pihak atau kaum di negara ini dalam apa jua bentuk bantuan yang disediakan.

"Tiada kaum yang terpeinggir di negara ini, walau di mana mereka berada kerajaan Barisan Nasional akan sentiasa berusaha untuk memastikan mereka yang berkelayakkan menerima apa jua bantuan yang disediakan seperti BR1M.

"Berbeza dengan apa yang berlaku di negeri yang diperintah oleh pembangkang, mereka  pilih kasih, contohnya seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang, yang sering menajdi mangsa ketidak adilan kepimpinan pembangkang di sana ialah orang Melayu dan India,' katanya.

Kamalanathan berkata, walaupun terdapat pemimpin India dalam pakatan pembangkang, namun mereka tidak punyai kuasa dan terpaksa mengikut telunjuk.

"Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional, semua kaum mendapat hak yang sama, malah banyak peruntukkan yang disediakan khusus untuk kaum India seperti mempertingkatkan sekolah Tamil walaupun jumlah pelajarnya berkurangan," katanya.

Menurutnya, pada pilihan raya ke 13 nanti, sudah pasti kaum India akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan dua pertiga seperti yang dipinta oleh Perdana Menteri.

Kamalanathan berkata, walaupun terdapat pemimpin India dalam pakatan pembangkang, namun mereka tidak punyai kuasa dan terpaksa mengikut telunjuk.

"Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional, semua kaum mendapat hak yang sama, malah banyak peruntukkan yang disediakan khusus untuk kaum India seperti mempertingkatkan sekolah Tamil walaupun jumlah pelajarnya berkurangan," katanya.

Menurutnya, pada pilihan raya ke 13 nanti, sudah pasti kaum India akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan dua pertiga seperti yang dipinta oleh Perdana Menteri. -MediaUMNO

Pairin, Dompok, Kurup Bersatu Bantu BN Hadapi PRU-13

Posted: 18 Feb 2013 02:27 AM PST

KOTA KINABALU, 18 Feb – Tiga pemimpin Kadazandusun Murut (KDM) berjabat tangan pada satu pertemuan di sini malam tadi sebagai tanda perpaduan antara mereka untuk membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-13.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berjabat tangan dengan penuh keakraban pada majlis penyerahan barangan bernilai RM4.5 juta kepada beberapa pemimpin gereja di Sabah.

Mereka mempamerkan keazaman untuk bekerjasama bagi memastikan kemenangan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya itu.

“Memang sesuatu yang menarik apabila melihat ketiga-tiga pemimpin parti itu kembali bersatu demi menjayakan satu perjuangan mulia. Acara pada malam ini, penyerahan bantuan kepada gereja, merupakan petanda baik bagi kami.

“Apabila wujud perpaduan, kami yakin semuanya boleh dicapai pada masa akan datang,” kata ketiga-tiga pemimpin parti komponen BN itu.

Pairin berkata kerjasama itu dibuat tepat pada masanya dan sesuatu yang wajar dilakukan untuk mengukuhkan hubungan antara tiga parti komponen BN tersebut.

“Ini di samping usaha yang dilakukan kerajaan BN dan semoga sesuatu yang baik akan lahir daripadanya,” kata beliau.

Dompok pula berkata walaupun ketiga-tiga pemimpin itu sering bertemu ketika menjalankan tugas sebagai menteri negeri dan persekutuan, tetapi ini adalah kali pertama mereka memberi fokus terhadap perpaduan bagi mencapai matlamat bersama untuk membantu gereja di Sabah.

Katanya perpaduan akan menjadi kunci kejayaan bagi BN dalam menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada pertemuan antara ketiga-tiga pemimpin KDM itu merupakan suatu petanda baik bagi BN, Kurup berkata beliau menganggapnya demikian dan berharap kerjasama seperti itu akan diteruskan dalam program lain, termasuk dalam pengagihan benih getah kepada penduduk luar bandar.

Setiausaha agung Upko Datuk Wilfred Madius Tangau, yang mengetuai Jawatankuasa Operasi Tataba bagi membantu gereja di Sabah, berkata program itu diadakan hasil inisiatif tiga pihak berkenaan.

Katanya barangan berharga RM4.5 juta itu, yang dikumpul melalui penajaan, akan diagih kepada 12 gereja di Sabah berdasarkan keperluan anggotanya.

Gereja berkenaan ialah gereja Anglican, Roman Katholik, Gereja Kristian Basel, Sidang Injil Borneo, Calvary Charismatic Centre, Gereja Methodist Sabah, Sabah Evangelical Mission, Gereja Protestan Sabah, Grace Chapel, Sabah Baptist Association, Seventh Day Adventist dan Gereja True Jesus.

Program Muflis@bankrap… Rasai Denyut Nadi Mangsa Untuk Cari Penyelesaian Terbaik

Posted: 18 Feb 2013 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Feb – Program Muflis@bankrap…'anda masih ada peluang kedua' yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO (BePU) mendapat pujian Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim.

Beliau yang menerima resolusi daripada hasil perbincangan forum tersebut turut mendengar sendiri beberapa persoalan serta beberapa cadangan yang dikemukakan oleh mereka yang hadir sebagai peserta pada program yang bermula awal pagi itu.

Dalam ucapannya, beliau memuji usaha berkenaan kerana dapat mendengar sendiri segala pandangan secara terus daripada mereka yang bankrap dalam membantu kerajaan yang kini proses meminda Akta Kebankrapan 1967.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah janji untuk beri peluang kedua kepada mereka yang bankrap. Akta yang ada hari ini susah untuk mereka yang telah bankrap. Jika mereka ini dapat bekerja, tentunya produktiviti negara akan terus meningkat.

"Saya akan serahkan resolusi ini kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk diperhalusi memandangkan Akta tersebut sedang dalam proses kajian dan sebagainya untuk dipinda," katanya sambil mendapat tepukan geumuruh peserta forum.

Sementara itu Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO (BePU), Datuk Sohaimi Shahdan berkata program tersebut bukanlah plaftform untuk menghentam sesiapa sebaliknya memberi peluang kepada orang ramai khususnya mereka yang bankrap untuk mengemukakan cadangan serta pandangan.

"Sebab itu kita sedikit kecewa kerana wakil daripada pihak yang sepatutnya iaitu Jabatan Insolvensi dan Bank Negara tidak menghantar wakil sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Penarikan diri pada saat-saat akhir cukup mendukacitakan kita. Kita yakin dan percaya mereka yang datang hari ini bukannya nak  hentam pihak berkenaan. Cumanya untuk berbincang secara lebih dekat.

"Apa pun kita mengucapkan tahniah kepada mereka yang hadir dan berbangga kerana resolusi dapat kita serahkan kepada pihak kerajaan yang diwakili oleh Datuk Donald Lim selaku Timbalan Menteri Kewangan yang turut sudi mendengar pandangan peserta," katanya.

Beliau seterusnya menjelaskan program tersbeut bukanlah program retorik sebaliknya kesungguhan pergerakan itu bersama rakan-rakan NGO lain untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

"Ingin saya tegaskan program ini bukanlah cakap kosong dan retorik semata-mata. Ini adalah komitmen kita..ini adalah kesungguhan kita untuk bersama rakyat yang mana mereka dapat memberikan pemikiran serta pendapat baru kepada kita yang diharapkan akan dijadikan asas kepada perubahan Akta Kebankrapan 1967," katanya. -MediaUMNO

Kehadiran 20,000 Anak Kelantan Beri Mesej Jelas Mahukan Perubahan

Posted: 18 Feb 2013 01:35 AM PST

KELANTAN, 18 Feb – Ketua Pemuda Negeri Kelantan, Anuar Safian berkata himpunan 'anok-anok Kelate' di Bukit Jalil semalam adalah satu mesej bahawa rakyat Kelantan mahupun perubahan di negeri tersebut.

Katanya, perhimpunan yang berjaya menghimpunkan 20 ribu rakyat negeri itu menggambarkan betapa mereka 'dahagakan' perubahan.

"Hampir 500 ribu rakyat negeri Kelantan terpaksa mencari rezeki di negeri orang malah saya rasa rakyat Kelantanlah yang paling ramai berhijrah ke negeri luar.

"Ini kerana rakyat negeri ini tidak mampu untuk mencari rezeki di negeri sendiri. Sudah tiba masa BN diberi mandat untuk mentadbir Kelantan dan rakyat negeri ini boleh pulang untuk berkhidmat di negeri sendiri. Sampai bila nak mencari rezeki di negeri orang," ujarnya kepada UMNO-Online.

Ujar Anuar, rakyat Kelantan harus memberi peluang kepada BN untuk kembali mentadbir negeri ini kerana selama 23 tahun Pas mentadbir, tiada apa yang boleh dibanggakan.

Tambahnya lagi, selama ini anak-anak Kelantan memang menantikan pemimpin yang boleh membawa mereka ke satu platform dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dilihat sebagai ikon yang benar-benar layak untuk disandarkan harapan angin perubahan.

"Saya yakin, rakyat negeri ini yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak… Disokong pula dengan kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed). Tok Pa dilihat sebagai pemimpin yang amat berdedikasi dan membela nasib anak jati Kelantan.

"Tidak mustahil rasanya PRU 13 akan mencatat sejarah Kelantan kembali ke tangan BN selepas 23 tahun di bawah cengkaman Pas.

"Seperti dalam ucapan PM semalam, kerajaan BN berdiri teguh di atas dua prinsip penting iaitu Islam dan Kemajuan. Kedua-dua ini kita mahukan jadi amat bersesuaianlah jika BN diberi peluang untuk mentadbir Kelantan pada PRU akan datang. Apa yang penting, setiap janji kita adalah janji dikota," ujarnya lagi. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT