SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, February 3, 2013

UMNO Online - “Govt Will Fulfill Expectation, Aspiration Of Indian Community – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Govt Will Fulfill Expectation, Aspiration Of Indian Community – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Govt Will Fulfill Expectation, Aspiration Of Indian Community – Najib

Posted: 02 Feb 2013 10:39 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 3 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today pledged he would not disappoint the expectation and aspiration of the Indian community towards the Barisan Nasional (BN) government.

In stressing that he did not want the Indian community to be left out of the country’s rapid development, Najib said he wants to see the community progress and be successful.

“I will ensure that the Indian community will enjoy a better future, just like the other communities in the country,” he said when speaking at the 2013 National Ponggal Celebrations at Dataran Merdeka, here, tonight in front of about 100,000 cheering fans.

Also present were his wife Datin Seri Rosmah Mansor, MIC President Datuk Seri G. Palanivel, Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, Federal Territories and Urban Well-Being Deputy Minister Datuk M. Saravanan and Malaysia’s Special Envoy (Infrastructure) to India and South Asia, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Najib acknowledged that the challenges and problems faced by the Indian community must be given due consideration by the BN government.

The Prime Minister added that he would discuss with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also the Education Minister about the possibility of converting Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) which did not receive government assistance, to be converted into fully government assisted schools, in stages.

“We will also set up pre-school education in SJKT because early education is very important,” he said.

Najib said Tafe College would also be upgraded to a University College status because the institution has the capability to provide technical expertise that is needed by the country.

The Prime Minister said the government would also allocate funds to upgrade community centres and crematoriums and raise the equity for the Indian community.

“Please give me ‘nambikei’ (trust), please believe and have confidence in me. If you give me and the BN government ‘nambikei’ we will certainly do more for the success of the Indian community in the country,” he said.

BN Punya Wawasan Terancang Untuk Rakyat – Tengku Adnan

Posted: 02 Feb 2013 10:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Feb  – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan pusat pimpinan BN  merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai wawasan terancang untuk memajukan negara dan memakmurkan rakyat.

Beliau berkata keikhlasan BN dalam melaksanakan tanggungjawab itu tanpa memikirkan ‘survival’ politik parti semata-mata membezakannya dengan parti-parti politik lain.

Pembangkang, katanya, lebih fokus kepada kelangsungan parti dan sanggup mengkucar-kacirkan suasana harmoni negara melalui isu-isu perkauman, agama dan bangsa.

“Kerajaan ini, walaupun kita tidak sempurna tapi kita nak bawa berubah.  Kita ingin bergerak ke depan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan perubahan yang lebih baik,” katanya semasa berucap pada Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan di sini Sabtu malam.

Program sehari itu mengumpulkan pemimpin pelajar Malaysia dari universiti tempatan dan luar negara bagi berbincang dengan pemimpin kerajaan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat dan pemimpin belia.

Tengku Adnan berkata dalam tempoh lebih 50 tahun BN mentadbir negara, pelbagai kemajuan telah dicapai berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi gagal melaksanakan janji mereka.

Untuk membantu kerajaan BN memperbaiki perkhidmatannya kepada rakyat, Tengku Adnan berkata golongan muda terutama pelajar boleh mengutarakan idea dan pandangan melalui pelbagai saluran temasuk Facebook dan Twitter.

Beliau turut menasihati golongan muda supaya menilai dengan teliti apa dilempar pembangkang termasuk melalui laman-laman blog sebelum membuat sebarang kesimpulan.

PM Garis Tiga Prinsip Untuk Malaysia Kekal Jadi Model Keharmonian Dunia

Posted: 02 Feb 2013 10:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan tiga prinsip penting yang mesti diamal dan dipatuhi setiap rakyat di negara ini untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni serta menjadi model keharmonian dunia.

Tiga prinsip itu ialah mengamalkan kesederhanaan, hormat menghormati antara satu sama lain dan pentingnya bersikap adil, katanya ketika berucap selepas menyertai ‘Harmony Walk’ sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di sini, Sabtu.

Jelas Najib, rakyat mesti mengamalkan kesederhanaan dalam semua bentuk tindakan, keputusan, sikap dan kata-kata serta menolak segala fahaman melampau, fanatik atau keganasan kerana ini hanya akan mencetus masalah.

“Saya selalu sebut bahawa masalah antara agama bukan disebabkan oleh agama itu sendiri, sebaliknya oleh fahaman melampau, fanatik dan memilih jalan keganasan.

“Kalau mereka memilih kesederhanaan, percaya kepada dialog, rundingan, menolak estremis…saya percaya dunia akan lebih aman dan harmoni,” katanya.

Acara hari ini menyaksikan Najib meluangkan hampir dua jam berjalan kaki melawat lima rumah ibadah di sekitar Brickfields iaitu Gereja Tamil Methodist, Tokong Sam Kow Tong, Madrasathul Gouthiyyah, Kuil Sri Sakhti Vinayagar dan Kuil Buddha Maha Vihara.

Perdana menteri yang menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada setiap rumah ibadah, menunaikan solat Asar berjemaah di Madrasathul Gouthiyyah.

Dalam ucapannya, Najib berkata walaupun Islam agama rasmi persekutuan, agama lain bebas untuk dianuti dan diamal, dan ini merupakan satu pendekatan penuh kebijaksanaan yang diambil demi menjamin kehidupan yang rukun, aman dan harmoni.

“Sebab itu kita mesti kekalkan tradisi dan legasi ini, jangan tergelincir daripada landasan, jangan pilih jalan yang ekstrim atau mainkan perasaan dan emosi untuk apa-apa tujuan,” tegasnya.

Menjadikan konflik Palestin-Israel sebagai contoh, beliau berkata ia bukan tercetus akibat agama, sebaliknya disebabkan tindakan dan pendirian ekstrim serta ketiadaan sebarang langkah untuk perdamaian melalui pertimbangan yang sederhana.

“Kalau kita rampas tanah hak milik orang tidak kira apa agama, tentu orang itu akan bertindak balas. Begitu juga punca masalah di kawasan itu (Palestin), hak rakyat Palestin untuk hidup dalam sebuah negara yang bebas dan berdaulat dinafikan.

“Jika hak dinafikan, tentu sekali kawasan itu tidak akan aman dan harmoni. Inilah pengajaran kepada kita,” kata Najib.

Mengulas prinsip kedua iaitu sikap hormat menghormati, Najib berkata ini perlu diamal oleh penganut agama kerana menyakiti penganut agama atau kepercayaan lain tidak akan menjurus kepada sebarang kebaikan.

Menurutnya, tindakan segelintir pihak yang ‘bermain politik’ serta tidak menjaga sensitiviti orang Islam semata-mata untuk meraih sokongan terutama menjelang pilihan raya, membuktikan mereka bukan pemimpin yang bertanggungjawab.

“Dalam agama Islam, Nabi Muhammad SAW telah ajar kita untuk hormati mereka yang beragama lain dan kalau agama lain hormati agama Islam, tidak ada masalah akan wujud dalam negara,” katanya.

Menyentuh prinsip ketiga, beliau berkata setiap rakyat mesti bersikap adil dalam membuat pertimbangan.

“BN (Barisan Nasional) akan terus mendukung dan pertahankan ketiga-tiga prinsip ini, percayalah ini janji kita kepada rakyat…janji kita janji ditepati,” kata Najib.

Mengenai kunjungannya ke Brickfields, Najib berkata ia sarat dengan mesej keharmonian apabila beliau turut disertai pelbagai penganut agama.

Menurutnya, Brickfields merupakan mikrokosma masyarakat majmuk di Malaysia kerana ia didiami penduduk berbilang kaum dan agama selain menjadi lokasi pelbagai rumah ibadah.

“Brickfields ini adalah antara lokasi paling unik di Malaysia kerana dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer, terdapat pelbagai tempat ibadah yang mewakili agama besar dunia dengan pengikut dan penganut masing-masing,” katanya.

DAP More Interested In Politicking Than Welfare Of People – Nor Mohamed

Posted: 02 Feb 2013 03:38 AM PST

TASEK GELUGOR, Feb 2 – The DAP-led Penang government is more interested in politicking that the welfare of the people, said Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

He said this was proven by the fact that despite having been in power in the state for five years now, the state government had done nothing to overcome the problem of a lack of affordable homes for the people.

“When they came into power, we (federal government) thought they (DAP) would continue with the initiatives of the Barisan Nasional government to address this problem but it has not been the case.

“And when agencies of the federal government want to step in to help overcome the problem they put in all kinds of obstacles, but at the same time they don’t want to do anything about it,” he said.

He told this to reporters after handing over 1Malaysia People’s Aid 2.0 (BR1M 2.0) cheques to Penang BN assemblymen and constituency coordinators to distribute the aid to eligible recipients in their respective constituencies, at Sekolah Menengah Kebangsaan Dewa Murni’s hall in Sungai Dua here today.

Non-Pensionable Veterans Also Eligible From BR1M 2.0

Posted: 02 Feb 2013 03:35 AM PST

BACHOK, Feb 2 – More than 70,000 non-pensionable veterans throughout the country are also eligible to receive the 1Malaysia People’s Aid 2.0 (BRIM 2.0) of RM500 although they are being given the one-off 1Malaysi Veterans Contribution of RM1,000, said Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin.

He said the only condition for them to receive BR1M 2.0 was that their monthly income should not exceed RM3,000.

“This means that they qualify to receive both types of aid which total RM1,500,” he told reporters after handing over 1Malaysia Veterans Contribution to 329 recipients from the Bachok parliamentary constituency here today.

Also present was were Deputy Defence Minister Datuk Dr Abdul Latif Ahmad and Malaysian Ex-Servicemen’s Association president Datuk Mohamad Abdul Ghani.

Awang Adek was clarifying confusion on veterans’ eligibility for BR1M 2.0 following both the aid being given out simultaneously beginning today.

Nasha Says Will Stick With PAS

Posted: 02 Feb 2013 02:51 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 2 – Former PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa today said that he will continue to remain as a member of PAS so as to ensure the party’s original struggle to champion Islam and the Malays is not diluted following the party partnering PKR and DAP in the opposition’s Pakatan Rakyat coalition.

Nasharuddin, whose membership in PAS’ Syura Council (PAS’ highest decision-making body) was revoked recently, said his status just as an ordinary member in the party was not an obstacle to continue to fight for PAS’ original struggle.

“It is not true that because I am no longer in the Syura Council I cannot make my views known, even as an ordinary member I still can. I want to fight for PAS’original struggle, that is to be a champion of Islam and the Malays and that this struggle should not be diluted just because PAS is cooperating with PKR and the DAP,” he told reporters at his home in Bandar Bukit Mahkota, Kajang here.

On Monday, PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said Nasharuddin still remained as ordinary member of PAS although he had been sacked from the Syura Council but the MP for Bachok (Nasharuddin) would not be in PAS’ candidates list for the upcoming general election.

It was reported that Nasharuddin was dropped from the council because he had been absent from its meetings on a number of occasions.

However, the widely held view is that the top leadership in PAS was unhappy about his close relationship with Umno leaders, in particularly his accompanying Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on visit to Saudi Arabia and recently during the prime minister’s ground-breaking humanitarian visit to Gaza, Palestine.

Kelantanese Should Reject Leaders Who Try To Cause Disunity

Posted: 02 Feb 2013 02:48 AM PST

KOTA BAHARU, Feb 2 – The people of Kelantan should reject leaders who try to cause disunity by sowing the feelings of hatred, making wild allegations and adopting extremism.

Kelantan UMNO Liaison head Datuk Seri Mustapa Mohamed said the people of Kelantan who loved solidarity and peace should always realise that factionalism would not bring any benefit and instead would be detrimental to them.

“The Kelantan people loves solidarity and peace that we want to foster through the feelings of love and not hatred.

“We want leaders who are chosen by the people who instil the feelings of love, not leaders who like to spread lies, and are abrasive and extreme in their stand,” he told reporters after officiating the ‘Maulidur Rasul Perdana Perpaduan 2013′ celebration at the Tanjung Rural Transformation Centre (RTC), here today.

Mustapa, who is also the International Trade and Industry Minister, said the leaders who disliked solidarity would be more active in the run up to the 13th general election (GE13).

Tambang Haji Kekal RM9,980

Posted: 02 Feb 2013 02:43 AM PST

KUANTAN, 2 Feb - Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM9,980 seorang bagi jemaah kali pertama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kerajaan dan Lembaga Tabung Haji bersetuju untuk mengekalkan kadar tambang sedia sebagai satu keistimewaan kepada jemaah, sekalipun kos seperti penginapan dan pengangkutan meningkat berbanding tahun lepas.

“Setiap tahun ada peningkatan kos menunaikan haji dalam bentuk tambang penerbangan, penginapan, makan dan sebagainya. Tahun lalu kos seorang jemaah adalah RM15,150 dan tahun ini ia meningkat kepada RM15,555 seorang.

“Tetapi di atas sifat kemurahan Tabung Haji melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah,” katanya selepas merasmikan muzakarah haji peringkat kebangsaan kali ke-29 anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Beliau juga berkata TH dijangka mengumumkan bonus dan dividen yang bakal diperoleh pendeposit haji Khamis ini.

“Pada masa kini terdapat dana berjumlah RM35 bilion di TH dan saya akan umumkan bonus dan dividen pendeposit Khamis depan,” katanya.

Jamil Khir turut menasihati bakal haji supaya mengikuti kursus haji di bawah bimbingan 360 pembimbing di seluruh negara.

Mengenai muzakarah tersebut yang berlangsung dari 1 hingga 4 Feb ini, beliau berkata ia bagi membincangkan kaedah terbaik untuk meningkatkan keberkesanan bimbingan ibadah haji.

“Melalui majlis ini, pelbagai isu mengenai ibadah haji diketengah dan dibahaskan bagi mencari penyelesaian terbaik serta bernas dari aspek teori dan aplikasinya,” katanya.

BR1M 2.0 Selesai Akhir Februari

Posted: 02 Feb 2013 02:40 AM PST

TASEK GELUGOR, 2 Feb - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang mula diagihkan kepada penerima hari ini di seluruh negara dapat diselesaikan akhir bulan ini.

Beliau berkata pemberian kali kedua oleh kerajaan persekutuan itu merupakan komitmen berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat khususnya yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.

“Bantuan ini disampaikan secara berperingkat, semua yang membuat permohonan akan diberi surat jawapan, kita yakin hujung bulan ini semua akan selesai agihkan bantuan. Pada tahun ini telah ditambah satu lagi kategori iaitu individu bujang yang akan dapat RM250.

“Diharap bantuan ini dapat ringankan beban kewangan penerima dan bantuan ini turut membuktikan bahawa kerajaan BN tidak pernah mungkir janji, kita sentiasa mendahulukan rakyat, mahu rakyat dapat hidup dengan selesa, itu telah menjadi dasar pemerintahan kita sejak dahulu lagi,” katanya di sini, Sabtu.

Sebelum itu beliau menyampaikan cek BR1M 2.0 kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) seluruh Pulau Pinang untuk diagih-agihkan kepada penerima BR1M 2.0 di kawasan masing-masing, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua.

Katanya di Pulau Pinang, terdapat 416,000 penerima BR1M 2.0 melibatkan peruntukan RM183.6 juta dan daripada jumlah itu, 115,000 orang adalah penerima bagi kategori orang bujang.

“Jumlah penerima BR1M 2.0 meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas. Pada 2012 hanya 245,000 orang terima BR1M dan melibatkan perbelanjaan RM122.4 juta,” katanya.

Tahun ini, tujuh juta isi rumah dan individu bujang akan memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.

BR1M 2.0 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013.

Sementara itu, Nor Mohamed menegaskan pemberian BR1M 2.0 juga membuktikan bahawa kerajaan BN mempunyai kemampuan dan pengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan dan keuntungan yang diperoleh diagih-agihkan secara adil kepada rakyat.

“Kerajaan sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu hidup rakyat, tidak banyak negara lain yang akan mengambil langkah seperti yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan,” katanya.

PM Umum RM3.5 Juta Cat Flat Di Pandan

Posted: 02 Feb 2013 02:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM3.5 juta untuk mengecat semula bangunan-bangunan rumah pangsa di kawasan Parlimen Pandan di Selangor.

“Saya janji meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk mengecat flat-flat di sini dan ia boleh dimulakan tidak lama lagi.

“Kita (Barisan Nasional) buktikan bahawa rakyat mesti didahulukan dan ini baru sedikit, banyak lagi akan dinikmati sekiranya Selangor kembali kepada kerajaan BN,” katanya dalam ucapan ringkas ketika melawat penduduk Flat Pandan Jaya di sini.

Dalam majlis itu, Najib turut beramah mesra dengan kira-kira 200 penduduk setempat selain turut mengecat sedikit flat berkenaan sebagai simbolik penyaluran peruntukan tersebut.

Najib berkata beliau difahamkan bahawa pakatan pembangkang berjanji untuk mengecat bangunan-bangunan tersebut sejak mengambil alih negeri itu tetapi tidak menepati janji mereka.

“Justeru hari ini saya datang ke sini atas permintaan daripada Anggota Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat untuk melihat sendiri dan kemudiannya meluluskan dana kerajaan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ong yang menyambut baik pengumuman itu berkata 58 rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah akan dicat semula menggunakan peruntukan itu.

Katanya, ia termasuk 32 blok flat atau rumah pangsa kos rendah dan 22 blok kos sederhana rendah di Pandan Jaya serta empat blok Pangsapuri Inai, Pandan Indah, dan ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 2,300 penduduk.

“Projek mengecat semula di Pandan Jaya ini dibuat atas permintaan rakyat kerana mereka berasa terkilan dan dukacita kerana janji kerajaan negeri Selangor untuk mengecat semula flat masih belum tertunai malah ada yang dicat sedikit kemudian ditinggalkan.

“Kerajaan BN sendiri sebelum ini telah mengecat sebanyak 16 blok flat di Pandan Jaya Fasa 2 selepas menerima permintaan penduduk,” katanya.

Perdana Menteri kemudiannya melancarkan Pusat Daerah Mengundi di Kampung Melayu Ampang sebelum menunaikan solat Zohor bersama penduduk di Masjid Jamil Huda yang terletak bersebelahan.

Najib turut menandatangan buku pelawat masjid dan makan bersama jemaah secara bersila.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT