SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, February 8, 2013

UMNO Online - “Pas Doesn’t Have To Rely On Other Opposition Parties, Says Zahid” plus 9 more

UMNO Online - “Pas Doesn’t Have To Rely On Other Opposition Parties, Says Zahid” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pas Doesn’t Have To Rely On Other Opposition Parties, Says Zahid

Posted: 07 Feb 2013 02:56 AM PST

BAGAN DATOH, Feb 7  - Pas does not have to rely on other opposition parties to strengthen its position, said UMNO vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He said hence, it was not impossible for Pas to leave the opposition pact one day.

“History has shown that Pas left Barisan Nasional over some differences after joining it in 1972.

“So it is not impossible for Pas to leave the opposition alliance because I do not think they need to derive their strength from the DAP,” he told reporters handing over cost of living allowance to 1,405 fishermen from the Bagan Datoh parliamentary constituency here today.

He was commenting on a call from former Pas deputy president Nasharuddin Mat Isa to Pas to leave the opposition pact due to the DAP’s penchant of interfering in Pas’ policies.

Ahmad Zahid, who is also defence minister, said Nasharuddin made the call for he found that Pas had derailed from its goal of establishing an Islamic state.

“It is clear from what is happening that the present Pas leadership is afraid of denouncing what had been decided by the DAP,” he said.

Pas Gagal Ujian Rakyat Di Kedah – Ahmad Bashah

Posted: 07 Feb 2013 02:36 AM PST

ALOR SETAR 7 Feb – Ujian rakyat terhadap kepimpinan Pas Kedah untuk menerajui negeri terbabit selepas mengambil alih daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008 yang lalu dilihat gagal dan mereka menunggu masa untuk menghukum kegagalan tersebut.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata peluang yang diberikan oleh rakyat negeri tersebut ternyata tidak mampu dilaksanakan dengan baik oleh pimpinan kerajaan negeri.

Menurut beliau rata-rata rakyat negeri berkenaan sentiasa bertanyakan tarikh pilihan raya umum memandangkan kerajaan yang ada hari ini tidak berupaya untuk memacu sebuah kerajaan negeri dengan baik.

"Ujian rakyat terhadap Pas Kedah sepanjang pemerintahan lalu gagal. Janji satu pun tidak buat. Nak buat litar untuk anak-anak muda, perumahan untuk rakyat dan sebagainya. Dia cuma bawa apa yang telah ditinggalkan oleh BN selepas ambil alih pemerintahan lalu.

"Kerajaan negeri dihimpit dengan pelbagai kontroversi. Soal pendidikan, isu KUIN…..kita tengok bagaimana demonstrasi pelajar dan sebagainya. Isu pembalakan, pengambilan pasir, kegagalan pentadbiran kebersihan, penjaja kecil….mana janji terhadap penjaja kecil, cukai tanah dan pelbagai lagi.

"Rakyat dah tengok dan hari ini ini rakyat tahu takkan terima lagi janji-janji baru. Jadi rakyat dah serik dan insyaallah pilihan raya umum nanti mereka  akan berikan kepercayaan kepada BN untuk mentadbir semula," katanya dalam wawancara  eksklusif bersama UMNO-Online.

Bercakap lebih lanjut soal pentadbiran negeri, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah seterusnya menambah 'mood' rakyat Kedah cukup tinggi untuk sama-sama melakukan perubahan.

"Rakyat Kedah dah bersedia dan lagi cepat pilihan raya lagi bagus. Mereka dah tengok dan rasa di bawah pemerintahan Pas selama 5 tahun. Mana-mana kita pi mereka bertanyakan kita bila lagi nak pilihan raya. Jadi mereka dah tak sabar dan tak tahan lagi dah. Itulah suara rakyat Kedah," katanya.

Bercakap lebih lanjut soal komitmen BN negeri dalam memajukan negeri berkenaan sekiranya diberi kepercayaan pada pilihan raya kali ini, Ahmad Bashah berkata beberapa perkara akan diperhalusi untuk dimasukkan sebagai menifesto tambahan BN negeri terbabit.

"Manifesto Kedah ada sedikit kelainan. Litar lumba untuk anak muda dah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Orang Muda sebelum ini. Antara yang akan kita teliti ialah perancangan untuk atasi banjir dan ianya salah satu keutamaan dan perancangan kita untuk dibawa kepada pusat dalam masa terdekat.

"Manifesto melambangkan hasrat untuk membangunkan negeri bersama dengan rakyat. Janji kita…kita akan buat..sebab itu kita perhalusi dan apa cadangan kita akan diteliti oleh pucuk pimpinan.

"Dulu-dulu manifesto ada satu sahaja. Kali ini kita ada kelainan sikit. perancangan dulu tertinggal dan sekarang ini tidak nampak apa perancangan dan pembangunan yang kerajaan negeri buat, "katanya. -MediaUMNO

Temubual Lanjut Bersama Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah boleh dilayari menerusi menerusi UMNO di Youtube

800,000 Peluang Pekerjaan Diwujudkan Tahun Lepas – Muhyiddin

Posted: 07 Feb 2013 02:34 AM PST

PADANG BESAR, 7 Feb  - Hampir 800,000 peluang pekerjaan diwujudkan di negara ini tahun lepas, suatu bukti jelas bahawa Malaysia berada pada kedudukan ekonomi yang kukuh walaupun banyak negara berdepan kegawatan ekonomi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan Malaysia menghadapi masalah tidak cukup tenaga kerja terlatih untuk mengisi kekosongan di sektor tertentu.

“Kita sediakan peluang pekerjaan cukup banyak. Kini ladang tak cukup pekerja, kilang pun tak cukup. Anak-anak muda yang ada tak cukup untuk tamping keperluan sektor tertentu. Kita terpaksa bawa pekerja asing untuk penuhi keperluan dan tuntutan industri,” katanya pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dewan Seri Melati Beseri dekat sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata selain mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat negara ini, kerajaan dapat mempertingkatkan pendapatan rakyat berbanding beberapa tahun lalu.

“Terkini (diperkenalkan) gaji minimum wajib…tak boleh kurang RM900 sebulan. Kita kira itu (RM900) gaji minimum supaya tidak termasuk masuk golongan miskin. Itu tak termasuk elaun dan kemudahan lain,” katanya.

Beliau berkata banyak negara di dunia berdepan pelbagai masalah seperti kemerosotan dan kemelesetan ekonomi berpanjangan, pengangguran agak ketara, masalah rakyat yang masih miskin selain krisis dan ketidakstabilan disebabkan ancaman keselamatan.

“Kita mampu perlihatkan kesungguhan untuk bangunkan masyarakat kita. Ekonomi Malaysia masih berkembang, tak menguncup. Sesetengah negara makin lama makin menguncup. Malaysia tahun lepas pertumbuhan ekonomi lima peratus,” katanya.

Oleh itu, katanya dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Malaysia telah bankrap adalah tidak benar sama sekali.

Govt Looking Ways To Help Support Chinese Community – Najib

Posted: 07 Feb 2013 01:21 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 7  - Datuk Seri Najib Tun Razak said he was looking forward to seeing how much more the government could help support the Chinese community as there was much more work to do this year.

The Prime Minister said the Barisan National (BN) government recognised the importance of having open channels with the Chinese community to better understand their needs.

“Through my Ah Jib Gor page alone, we sifted through many suggestions which have formed part of the basis of the 2013 Budget.

“One area of real importance is education, where we have allocated an additional RM100 million in the Budget 2013, on top of the RM100 million given last year, under the Building, Improvement and Maintenance of School to national – type Chinese schools – money which will help refurbish school buildings and buy new school equipment,” he said in the latest entry posted on  his 1Malaysia.com.my blog.

Through the National Education Blueprint, he said the government was also aiming to increase the number of Chinese language teachers in order to meet student demand.

“And the top students in Chinese secondary schools have been given scholarship to ensure the most diligent minds can continue to serve our society once they have graduated,” he said.

Thus, Najib said it was his hope that the Chinese community would continue to support the government towards this goal.

As Chinese New Year is just around the corner and Malaysia has begun easing into the festive mood, Najib said he was also looking forward to having some Yee Sang, a truly marvellous dish.

“Yee Sang is one such traditional dish which is a symbol of good luck, prosperity and health. To me, this also serves as a reminder of how important the Chinese community is to Malaysia.

“My father, the late Tun Abdul Razak, was very clear on his stance towards the Chinese community, who have helped in the development of our country in many ways since we achieved independence – and I share in his vision,” he said.

Najib said he could not imagine a Malaysia lacking the Chinese culture that was so tightly interwoven into the society.

“I think it's fair to say this enthusiasm has passed on to another generation now that my son Ashman speaks fluent Mandarin!,” he said.

In the spirit of 1Malaysia, Najib wished all Chinese Malaysians Gong Xi Fa Cai and a Happy Chinese New Year.

90 Buah KR1M Akan Dibuka Tahun Ini – Ismail Sabri

Posted: 07 Feb 2013 01:14 AM PST

MARANG, 7 Feb – Kerajaan telah memperuntukan RM103.juta bagi membuka 90 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) termasuk 57 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menjelang akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, sebanyak 33 buah KR1M dengan anggaran kos RM16.5 juta akan dibina di 33 kawasan Parlimen di Semenanjung.

Menurutnya sejumlah RM87 juta diperuntukkan untuk 57 buah KR1M di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kos purata pembukaan setiap buah KR1M di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah antara RM1 juta hingga RM1.5 juta manakala RM500,000 setiap satu di Semenanjung,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sehari Bersama Pelanggan anjuran Petronas Marang dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, kerajaan telah membina 85 buah KR1M di Semenanjung dan dua di Sarawak dengan kos keseluruhan lebih RM40 juta.

Ismail Sabri turut mengalu-alukan pengusaha kedai runcit di kawasan luar bandar dan tanah rancangan Felda supaya menjual produk jenama KR1M bagi membantu penduduk kampung membeli pelbagai barang keperluan dengan harga lebih murah.

GDP Growth In 2012 At 5 Pct Or More, Says Ahmad Husni

Posted: 07 Feb 2013 12:37 AM PST

PUTRAJAYA, Feb 7  – Malaysia’s gross domestic product growth will reach five per cent or more in 2012, surpassing the projected target of between 4.5 per cent and five per cent, said Second Finance Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

He also said that the fiscal deficit is expected to touch 4.5 per cent, exceeding the full-year target of 4.7 per cent, given the federal government’s prudent spending and increasing revenue.

“The Economic Transformation Programme including the strategic reform initiatives, which is part of our revenue, has managed to increase revenue and as a result, decrease the deficit,” he told reporters at the inaugural Treasury Economic Forum 2013 here today.

In the first three quarters of last year, Malaysia’s economy expanded by 5.3 per cent, Ahmad Husni said, adding that many foreign leaders were impressed with the country’s economic management.

“Many countries want to know how we did it. Some countries have already sent their team to learn how we came up with a very comprehensive development plan particularly the transformation programme,” he said.

In another development, the minister said the government has decided that registration for the 2.0 One Malaysia People’s Aid (BRIM 2.0) will close on March 15 to ensure every eligible applicant obtains the aid in line with its objectives.

“We know the cost of food has increased, that’s why we give this incentive to the people who are eligible. At the same time, it indirectly helps increase consumption in our country, boosting domestic demand and contributing to economic growth,” he said.

Earlier in his speech, Ahmad Husni said “Najibnomics” is a set of economic policies that deliver, namely Government, Economic and Political Transformation Programmes which are consolidated under the National Transformation Policy.

He said it is a series of mutually-supporting fiscal, administrative and infrastructural policies and measures, including the various transformation programmes that deliver a tangible and effective impact to the people and the  business community.

The final step in Malaysia’s transformation journey is to introduce the Social Transformation Programme, which the Prime Minister himself described as the biggest challenge, he said.

Ahmad Husni said “this comprehensive change in our society will take a longer time to be achieved” and researchers as well as thinkers are formulating ideas to map out this inevitable change.

Orang Muda Di Pokok Sena Beri Sambutan Luar Dugaan Mohon BL1M

Posted: 06 Feb 2013 11:43 PM PST

POKOK SENA, 7 Feb – Pelancaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) peringkat Parlimen Pokok Sena hari ini mendapat sambutan di luar dugaan apabila lebih 1,000 belia hadir untuk menyertai program itu.

Mereka tiba di Dataran Bunga Sena di sini sejak awal pagi untuk mendaftar di 10 kaunter yang disediakan Pemuda UMNO Pokok Sena bagi mendapat lesen motosikal Kelas B2 pada harga rendah RM199.

Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena Harris Che Mat berkata berdasarkan sambutan hari ini pihaknya menjangka program itu akan disertai lebih 3,000 orang dari daerah berkenaan.

“Bagi memberi peluang lebih ramai mendapat kemudahan ini, saya akan membuka kaunter pendaftaran dari 9 pagi hingga 5 petang di rumah saya di Nombor 47, Taman Bunga Sena di sini, bermula esok sehingga 14 Feb ini,” katanya.

Harris yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Lada turut meminta pemohon membeli Wang Pos bernilai RM199 atas nama MyEasy Service Sdn Bhd bagi memudahkan pemprosesan permohonan mereka.

Katanya pemohon akan dihubungi syarikat itu dalam tempoh dua minggu bagi menduduki ujian statik dan komputer.

Perdana Menteri  Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan BL1M pada Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di Alor Setar pada 31 Jan lepas.

Di bawah program itu pemohon hanya perlu membayar RM199 bagi mendapatkan lesen B2, iaitu pengurangan separuh harga yang biasa dikenakan oleh pengusaha sekolah memandu.

Nilai Kerja Pemimpin Bukan Dakyah – Nong Chik

Posted: 06 Feb 2013 11:31 PM PST

KUALA LUMPUR, 7 Feb –  Rakyat, terutama pengundi, harus menilai kerja yang dilakukan seseorang pemimpin dan bukan mendengar dakyah pihak tertentu dalam menentukan kewibawaan pemimpin berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata dakyah bukan pengukur kemampuan pemimpin terbabit, apatah lagi jika pemimpin itu tidak terlibat dalam isu yang diperkatakan.

“…yang penting kita usaha, pengundi jangan terpengaruh oleh kerana skandal sana sini (yang ditimbulkan), you tengok (hasil) kerja (saya),” katanya selepas tinjauan mesra dan penyerahan 900 kotak limau mandarin sempena Tahun Baru Cina kepada peniaga dan pengunjung di tapak pasar pagi Lucky Garden, Bangsar, di sini ,Khamis.

Raja Nong Chik yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai berkata demikian ketika ditanya sama ada skandal Pusat Fidlot Nasional yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan menjejaskan peluangnya merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau sebelum ini dilapor mengesahkan bakal bertanding di kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang. Kerusi itu pernah disandang Shahrizat sebelum tewas kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pada pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut, beliau berkata Shahrizat banyak menabur jasa kepada penduduk di Lembah Pantai sepanjang tiga penggal menjadi anggota parlimen kawasan itu.

“Jika diberi mandat kepada kita (Barisan Nasional), kita akan teruskan agenda transformasi kerajaan BN.

“Saya serah kepada warga Lembah Pantai, dia orang (pengundi) yang akan menentukan, kalau mereka nak orang yang memberi perkhidmatan, saya sedia berkhidmat dan saya sudah buktikan bukan saja di kawasan Bangsar tetapi juga di Pantai Dalam dan lain-lain kawasan,” katanya.

Kerajaan Pusat Peruntuk Wang Ihsan RM3 Juta Untuk Mangsa Banjir Kuantan

Posted: 06 Feb 2013 11:29 PM PST

KUANTAN, 7 Feb – Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM3 juta sebagai wang ihsan kepada kira-kira 6,000 mangsa banjir di kawasan Parlimen Kuantan.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata setiap mangsa menerima RM500 bagi meringankan beban mereka ekoran bencana banjir kilat yang melanda  bandar itu Disember lepas.

“Bantuan wang ihsan ini diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau merasmikan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China dua hari lepas.

“Wang ihsan ini diberikan kepada mangsa banjir yang tidak dipindahkan ke pusat pemindahan, manakala bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan telah diberi perdana menteri pada 15 Jan lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan wang ihsan itu di sini hari ini. Turut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mohamad Safian Ismail.

Dalam pada itu Adnan meminta mangsa banjir yang namanya tidak tersenarai sebagai penerima bantuan wang ihsan berkenaan membuat rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tadi ada dua tiga orang yang balik sebab namanya tidak tersenarai sebagai penerima, jangan sedih dan risau, boleh buat rayuan kepada MKN dan mereka akan pertimbangkan rayuan tersebut,” katanya.

Pas Patut Tahu Beza Antara Masjid, Tokong, Kuil Dan Gereja

Posted: 06 Feb 2013 11:24 PM PST

TEMERLOH, 7 Feb –  Jika sebelum ini Pas dengan bangganya mengumumkan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang  telah sebulat suara mencapai kata sepakat bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan  maka kini Pas seharusnya menyatakan pendirian sebenar apabila Majlis Syura Ulama Pas mengatakan pendirian yang berbeza.

Selepas bermesyuarat Pemimpin Tertinggi Pakatan Pembangkang  yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Januari lalu, Hadi Awang telah mengumumkan perjanjian yang dibuat berkenaan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu.

Namun selepas Majlis Syura Pas bermuzakarah, keputusan bertentangan pula dicapai tetapi sehingga ke hari ini kepimpinan Pas masih tidak menyatakan pendirian sebenar mereka.

Menurut Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin Pas seharusnya mendahulukan agama dan bukan hanya mementingkan politik semata.

"Sebagai parti yang kononnya melambangkan Islam, Pas harus menyatakan pendirian sebenar. Jangan hanya mengikut telunjuk rakan sekutu sehingga boleh mengelirukan orang bukan Islam mengenai agama yang suci ini.

"Saya bagi contoh, mengapa tempat beribadat kita panggil tokong untuk orang Cina, masjid untuk orang Islam, gereja untuk Kristian dan kuil untuk India… Ini kerana bagi mengelakkan kekeliruan. Sama juga dengan kalimah Allah. Allah itu adalah kata nama khas yang hanya digunapakai oleh agama Islam.

"Sekiranya bangsa lain boleh menggunakan kalimah ini, bagaimana kita hendak membezakan agama nanti… Jadi, agama lain harus menghormati hak orang Islam ini," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Pas seharusnya lebih prihatin dan peka berkenaan isu ini.

Pas tegas beliau harus menyatakan pendirian sebenar dan mempertahankan walau rakan sekutu politik mereka cuba untuk mempolitikkan isu kalimah Allah.

"Jika isu inipun Pas tidak boleh pertahankan, bagaimana dia mahu mempertahankan perkara lain. Tidak perlulah kita politikkan isu kalimah Allah kerana sebagai orang yang beragama Islam, kita harus bersatu walaupun kita berlainan fahaman politik. Kalimah Allah hanya untuk orang Islam," ulas Sharkar. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT