SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, February 2, 2013

UMNO Online - “Nik Aziz Juga Zalim Terhadap Rakyat Kelantan – Zawawi” plus 8 more

UMNO Online - “Nik Aziz Juga Zalim Terhadap Rakyat Kelantan – Zawawi” plus 8 more

Link to UMNO Online

Nik Aziz Juga Zalim Terhadap Rakyat Kelantan – Zawawi

Posted: 01 Feb 2013 01:38 AM PST

PASIR PUTEH, 1 Feb  - Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, membidas kenyataan Datuk Seri Nik Aziz yang mendakwa menteri yang tidak tunaikan amanah akan masuk neraka, yang secara sinis ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung isu royalti seumpama pepatah menepuk dulang terpercik ke muka sendiri.

Menurut beliau, tidak sepatutnya Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana isu syurga dan neraka bukanlah hak manusia untuk menilai tetapi syurga dan neraka itu adalah hak Allah swt semata-mata.

"Dalam isu royalti minyak ini, ia merupakan isu  bukanlah Datuk Seri Najib menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya. Wang royalti minyak itu jelas digunakan untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat. Lainlah kalau PM kita gunakan untuk kepentingan peribadinya.

"Saya nak tanyabeliau  pula, bagaimana dengan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar Kelantan? Apakah beliau sebagai seorang pemimpin sudah menunaikan tanggungjawab beliau terhadap rakyat Kelantan? Beliau juga dilihat gagal dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, jelas hari ini  beberapa isu asas hak rakyat Kelantan seperti isu air pun masih tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri. Sudah hampir 23 tahun Pas memerintah, namun perkara asasi seperti  air bersih pun mereka tidak dapat bekalkan kepada rakyat di negeri ini,.

"Itu belum lagi kita ungkit tentang tujuh janji kerajaan Pas kepada rakyat Kelantan yang  kini hanya tinggal janji. Begitu juga soal pembangunan, soal pekerjaan dan sebagainya. Bukankah beliau sendiri tidak tunaikan amanah yang diberikan Allah kepadanya sebagai seorang pemimpin?

"Maknanya beliau sendiri menzalimi rakyat Kelantan. Kalau beliau tidak menzalimi rakyat di Kelantan, takkankanlah beliau dikejar oleh penduduk di Gua Musang disebabkan isu tanah penduduk yang dirampas oleh kerajaan negeri.Tapi Menteri Besar tak rasa beliau menzalimi rakyat Kelantan.   Sebab itu saya katakan, kenyataannya itu bak kata pepatah menepuk dulang terpecik air ke muka sendiri," tegasnya.

Katanya lagi, terlalu banyak kenyataan dari kepimpinan Pas yang sebenarnya khususnya soal agama yang telah membuatkan rakyat di negara ini menjadi keliru dan berpecah belah.

"Sebenarnya kepimpinan Pas telah banyak mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang amat-amat bercanggah dengan prinsip dan pendirian Islam sebenar. Amanat Haji Hadi, isu syurga dan neraka telah menyebabkan perpecahan yang amat serius berlaku di kalangan umat Islam di negara ini.

"Kalau Pas bagi duit, itu dikatakannya sedekah. Tetapi kalau UMNO bagi duit, itu dikatakannya rasuah. Apa semua ini?  Kalau wayang kulit, bola sepak dikir barat, cara Islam. Pas buat semuanya ikut Islam, tapi UMNO buat tidak ikut  Islam. Apa UMNO bukan parti Islamkah? Jelas nampak ada diskrimasi di situ.

"Saya cabar Datuk Nik Aziz, buat satu kenyataan secara jelas, bukan secara sinis, katakan bahawa ahli UMNO ini kafir. Jangan sindir-sindir. Jangan buat kenyataan sinis. Nyatakan terang-terang, bahawa ahli UMNO, penyokong UMNO ini kafir dan tidak ikut Islam. Bawa dalil hujah dari Quran dan Sunnah. Jangan sampai kafir ini berbalik kepada orang yang mengkafirkan nanti," ujarnya.

Rakyat Malaysia Di Mesir Diminta Elak Kawasan Darurat

Posted: 31 Jan 2013 10:43 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Rakyat Malaysia yang menetap di Mesir dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang perjalanan ke tiga buah bandar utama iaitu Port Said, Suez dan Ismailia yang kini di bawah perintah darurat.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah mengeluarkan notis kepada rakyat Malaysia berikutan perintah darurat yang dikeluarkan oleh kerajaan Mesir.

Beliau berkata situasi di beberapa bandar raya Mesir masih lagi berada dalam keadaan bergolak dan tidak menentu berikutan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan yang dijangka akan berlarutan.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya mengelak daripada berada di Dataran Tahrir dan kawasan berhampiran iaitu Kementerian Dalam Negeri, bangunan Parlimen, persisiran Sungai Nil dan Istana Presiden,” katanya dalam kenyataan di sini, KHamis malam.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada laporan mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam pertempuran tersebut.

Anifah juga menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang ke Mesir untuk sentiasa berhati-hati dan peka serta tidak melakukan perjalanan ke kawasan berkonflik tinggi.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa bergerak dalam kumpulan dan mengelak daripada menyertai sebarang perhimpunan besar dan demonstrasi,” katanya.

Beliau meminta rakyat Malaysia di negara itu supaya sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia yang beralamat 21, El Aanab Street, Mohandesseen, Giza, Mesir.

Kedutaan tersebut juga boleh dihubungi di talian (202) 37610013/19/68/73 atau (202) 37610216 (Faks).

1Malaysia Brothers To Mobilise Machinery To Help BN Face GE13

Posted: 31 Jan 2013 10:42 PM PST

GEORGE TOWN, Feb 1 – The 1Malaysia Brothers (1MB) club is ready to mobilise its election machinery to assist the Barisan Nasional (BN) in facing the 13th general election at any time, said its patron, Datuk Hamzah Zainuddin.

He said the 1Malaysia Brothers club, which merges all non-governmental organisations (NGO), had set up its election machinery voluntarily to support the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“I notice there is a strong solidarity among the members of the NGO regardless of race and background in conjunction with its first general meeting today and there were several other non-governmental organisations that were keen to be affiliated and support our cause,” he told reporters at the Han Chiang College, here last night.

Hamzah, who is also the Deputy Minister of Plantation Industries and Commodities, believed the 1MB could provide a significant influence in changing the political landscape in the state after the election.

“This is because they (1MB members) believe that if the BN continues to lead the country and take over Penang, many development agenda for the people would be brought into the state and the welfare of the people would be safeguarded,” he said.

BL1M Application Forms Distributed Starting Today

Posted: 31 Jan 2013 10:40 PM PST

KUALA LUMPUR, Jan 31 – Application forms for the 1Malaysia Licence Aid (BL1M) will be distributed for the next two weeks starting today.

MYEG Services Berhad executive chairman Datuk Norraesah Mohamad said the forms could be obtained from Barisan Nasional component party offices in 222 parliamentary constituencies nationwide as well as online at www.bl1m.my or www.myeg.com.my.

Applicants can pay the RM199 fee imposed by money order when submitting the completed form at authorised centres as cash payment would not be accepted, she said in a statement.

The programme under the purview of the BN Youth Urban Affairs Secretariat, which is aimed at making it easier for youths to obtain the B2 motorcycle licence, was launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today.

The public can visit www.bl1m.my or contact 03-7801 8888 for more information.

UMNO Never Advocates Burning Malay – Language Bibles Using “Allah” – Mahathir

Posted: 31 Jan 2013 10:38 PM PST

KUALA LUMPUR, Jan 31 – Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today UMNO had never advocated burning the Malay-language bibles which use the word “Allah”.

He said what Datuk Ibrahim Ali, president of the Malay right-wing group Perkasa, said did not reflect the views of UMNO.

“Ibrahim is not a member of UMNO. He may support UMNO but he is not a spokesman for UMNO,” he said in his latest entry on his blog, www.chedet.cc.

Mahathir said it was unfortunate that Ibrahim should suggest burning the newly-printed bibles.

“That may be the way we rid ourselves of unwanted publications. It cannot be done for the Bible any more than it can be done for the Quran.

“But what Ibrahim said does not reflect the views of UMNO. Unfortunately, some politicians would like to make it so in order to gain political mileage,” he said.

Mahathir said he regarded the attempt to imply Ibrahim's support for UMNO “to mean what he says is what is subscribed to by UMNO as mischievous”.

He said that while Malaysians could have political differences, they should not resort to religious differences to win elections.

“It is a double-edged sword and those who live by the sword shall die by the sword.

“Let this controversy be settled behind closed doors by responsible people. Let not the extremists take over and exploit religious issues. It may be a denial of freedom of speech but freedom even in a liberal democracy has limits if we really want democracy to work.

“I would like to appeal to all parties to stop trying to abuse this issue,” he said.

Kerajaan Luluskan 34,700 Permohonan BR1M 2.0 Masyarakat Orang Asli

Posted: 31 Jan 2013 10:33 PM PST

KUANTAN, 1 Feb – Kerajaan meluluskan 34,700 atau 66 peratus daripada 52,415 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) masyarakat Orang Asli membabitkan peruntukan RM14.8 juta.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata mereka yang layak itu akan menerima BR1M 2.0 masing-masing bermula awal bulan ini.

“Pecahan penerima BR1M dari kalangan masyarakat orang asli ialah bagi individu bujang yang akan menerima RM250 seorang, berjumlah 10,139 orang melibatkan peruntukan RM2.5 juta.

“Manakala bagi ketua isi rumah yang akan menerima RM500 setiap seorang berjumlah 24,561 orang dan melibatkan peruntukan RM12.2 juta,” katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Perpaduan Jabatan Kemajuan Orang Asli, (JAKOA) kesembilan di sini hari ini.

Hasan berkata baki 34 peratus lagi permohonan akan disemak lebih mendalam oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima bantuan berkenaan.

“Kita melihat permohonan BR1M kali ini adalah respons positif kepada inisiatif kerajaan dalam usaha membantu masyarakat Orang Asli menjalani kehidupan seperti kaum-kaum yang lain di negara ini.

“Ini sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang sering membuat tohmahan yang mengatakan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional mengabaikan kebajikan masyarakat Orang Asli di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata karnival berkenaan bakal menjadi medan mencungkil atlet berpontensi dalam kalangan masyarakat Orang Asli menerusi acara sukan.

“Mereka ini sebenarnya mempunyai tenaga dan kudrat yang kuat, dan jika diketengahkan bakat-bakat yang berpotensi dalam apa juga jenis sukan,   sebenarnya masyarakat Orang Asli juga mampu mengharumkan nama negara dalam bidang sukan.

“Ia turut membuktikan masyarakat Orang Asli juga mampu mengukir nama dan berjaya seperti kaum-kaum lain di negara ini, asalkan mereka diberi peluang membuktikan kebolehan mereka dalam apa jua bidang, termasuk sukan,” katanya.

Karnival empat hari itu disertai kira-kira 900 tenaga kerja JAKOA dan masyarakat Orang Asli dari seluruh Semenanjung.

Tidak Mahu Bekerjasama Dengan UMNO, Kenyataan Hadi Angkuh

Posted: 31 Jan 2013 10:31 PM PST

SHAH ALAM, 1 Feb – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai angkuh apabila membuat kenyataan parti itu tidak boleh bekerjasama dengan UMNO.

Beliau berkata kenyataan Abdul Hadi itu juga jelas menggambarkan pemimpin Pas berkenaan tidak berfikir secara matang dan berpandangan jauh dalam arena politik.

“Sikap Abdul Hadi itu juga jelas menunjukkan dirinya seorang pemimpin politik yang sudah tidak relevan pada masa kini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2013 di sini hari ini.

Mohd Puad mengulas kenyataan Abdul Hadi yang dilapor sebuah akhbar hari ini bahawa Pas tidak boleh bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana parti itu (BN dan UMNO) tidak tahu memerintah.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata sikap Pas itu juga jelas tersasar dengan pendirian parti yang kononnya memperjuangkan Islam apabila sanggup bekerjasama dengan DAP yang berbeza agama tetapi menolak UMNO.

“Sejarah sendiri jelas membuktikan bahawa UMNO dan Pas pernah bekerjasama sebelum ini dan sangat menghairankan apabila Pas sanggup bersama pakatan yang menolak Islam termasuk dalam isu kalimah Allah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Puad turut mencabar Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mengambil tindakan terhadap beberapa penyokong Pas yang baru-baru ini mengadakan demonstrasi membantah gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

“Saya telah kenal pasti tiga daripada mereka yang terlibat adalah anggota Pas yang turut memijak poster Guan Eng dan lambang parti DAP, jadi Karpal sebagai peguam patut ambil tindakan dan desak untuk memecat mereka yang terlibat,” katanya.

Pada 27 Jan lepas, beberapa penyokong Pas mengadakan perhimpunan aman di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah, mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.

BN Mahu Semua Negeri Nikmati Pembangunan – TPM

Posted: 31 Jan 2013 10:21 PM PST

PASIR PUTEH, 1 Feb – Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu nikmat kemajuan pembangunan yang dicapai negara ini turut dinikmati semua negeri termasuk Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata menjadi perjuangan BN untuk seluruh rakyat dapat nikmat yang saksama dan adil tetapi perkara itu tidak berlaku di Kelantan kerana kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pas mentadbir negeri itu selama 22 tahun.

“Saya nak nyatakan dalam tempoh Pas terajui negeri Kelantan lebih 22 tahun lamanya, kalau dalam tempoh itu sepatutnya Kelantan menjadi salah sebuah negeri termaju di negara ini,” katanya ketika berucap pada Program Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai, di sini, Khamis malam.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Pelancongan merangkap Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Muhyiddin, yang dalam lawatan sehari ke negeri ini, berkata beliau yang kerap melawat negeri itu mendapati kemudahan asas jauh ketinggalan serta ramai penduduk miskin terutamanya di kawasan luar bandar.

“Saya merasa sedih masih terdapat agak ketara peratus kemiskinan rakyat Kelantan lebih tinggi berbanding negeri lain, saya lihat kemudahan asas tidak disediakan, jalan kampung tidak dibina, masalah bekalan air yang kotor terus berlarutan,” katanya.

Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO dan Menteri Pelajaran, berkata keadaan itu amat malang bagi rakyat negeri itu yang terkenal dengan kebijaksanaan dan semangat keusahawanan yang tinggi, namun tidak mampu direalisasikan oleh kerajaan Pas.

Justeru, beliau menyeru rakyat Kelantan menolak Pas dan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak ada keupayaan dan kemahiran untuk menjadikan negeri ini maju setanding dengan negeri lain.

Beliau berkata selain tujuh projek besar yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, banyak lagi projek besar yang akan dilaksanakan di negeri ini sekiranya BN diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau juga membidas Nik Aziz yang terus mengeluarkan ‘fatwa’ kononnya jika pemimpin gagal menunaikan janji mereka tidak akan dimasukkan dalam syurga.

Sebenarnya, Muhyiddin berkata kerajaan BN mampu menunaikan janji yang dibuatnya kerana mempunyai kemampuan untuk melaksanakanya bagi kepentingan rakyat.

Terima Kasih Bubarkan DUN Awal, Bukti Daftar Pemilih SPR Bersih

Posted: 31 Jan 2013 10:18 PM PST

SHAH ALAM, 1 Feb  - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.

Noh berkata, kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.

Beliau berkata, pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.

“Kita mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya. Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih,” katanya kepada Sinar Harian, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh hujung bulan ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, jentera BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.

“Kita berharap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti. Kita tidak mahu apabila kalah, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN.

“Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang,” katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor membubarkan Dun, Noh berkata, itu membuktikan bahawa pakatan pembangkang semenangnya tidak pernah sepakat.

“Dalam membuat keputusan yang begitu besar yang melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan, ini menunjukkan pakatan pembangkang sdebenarnya sebuah parti yang cacamarba. Mereka tidak layak untuk mentadbir sebuah negeri mahpun negara,” katannya.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menasihati rakyat agar membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kebajikan dan masa depan yang terbela.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT