SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, February 14, 2013

UMNO Online - “Konflik Dalaman Buat Pakatan Pembangkang Terus Parah!!” plus 9 more

UMNO Online - “Konflik Dalaman Buat Pakatan Pembangkang Terus Parah!!” plus 9 more

Link to UMNO Online

Konflik Dalaman Buat Pakatan Pembangkang Terus Parah!!

Posted: 13 Feb 2013 05:43 AM PST

Pakatan pembangkang semakin bergolak menjelang pembubaran Dewan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 pada bila-bila masa sahaja.

Kerjasama sesama PKR, Pas dan Dap semakin rapuh dan goyah dengan pemimpin-pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan.

Antara lapisan kepimpinan parti dan ahli-ahli di peringkat akar umbi sudah wujud benteng pemisahan menyebabkan anggota parti menjadi tidak keruan dan terumbang-ambing.

Ambil sahaja isu kalimah ALLAH yang dicetuskan oleh parti perkauman Cina Dap.

Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng menjadi juara untuk menjadikan kalimah suci ALLAH sebagai bahan politik untuk menjadi modal politik murahan.

Isu ini disokong pula oleh Ketua Umum PKR, seorang liberalis dan mendokong fahaman pluralisme dan gerakan LGBT.

Anwar sokong Guan Eng dalam isu ini untuk menarik undi di Sabah dan Sarawak di mana terdapat ramai penganut Kristian daripada kalangan ethnik Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya.

Anwar rela berdepan dengan kemarahan umat Islam di Malaysia asalkan beliau mendapat apa yang diidamkan iaitu menjadi Perdana Menteri.

Sokongan pengundi Kristian dianggap kritikal baginya sekiranya beliau mahu menawan Putrajaya tapi malangnya strategi tersebut ‘backfire’ atau memakan diri sendiri.

Walaupun Pas pada mulanya terpaksa tunduk dengan desakan Anwar, Lim Kit Siang, Guan Eng dan Karpal untuk menyetujui pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah ALLAH namun ia berpusing 180 darjah tidak lama kemudian.

Ini kerana Pas melihat sokongan terhadap parti itu sudah mula luntur dan terjejas teruk berikutan majoriti ahlinya tidak bersetuju dengan dasar tersebut.

Isu siapa mendapat jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU13 juga semakin merenggangkan hubungan PKR, Pas serta Dap.

Karpal sebagai Pengerusi Kebangsaan Dap bertegas mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri walhal pada masa yang sama beliau mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti seks songsang liwat.

Melihat kepada keadaan ini, sokongan lisan yang disuarakan oleh Karpal hanyalah satu taktik politik yang tidak mempunyai makna.

Ini kerana Dap mahu menunggang atas pengaruh Anwar untuk mendapat lebih kerusi parlimen atas undi penyokong PKR dan Pas.

Pas pula mahu presidennya Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan ini telah dinyatakan beberapa kali.

Malah terkini Majlis Syura Ulama parti itu dikatakan telah menolak Anwar sebagai calon jawatan itu atas alasan moral yang rendah serta sikapnya yang pro-Kristian.

Rundingan Pakatan Rakyat dengan Parti Maju Sabah (SAPP) juga sudah terbengkalai.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan pintu rundingan dengan SAPP sudah ditutup kerana sikap keras kepala dan individualistik Yong Teck Lee.

Anwar pula menyanggah kenyataan anak emasnya itu dengan mengatakan pintu rundingan sentiasa terbuka untuk meneruskan rundingan dengan SAPP.

Pada hakikatnya pembangkang menipu diri mereka sendiri dengan berfikir kedudukan mereka adalah kukuh untuk menjadi kerajaan pusat PRU13 nanti.

Hinggakan Timbalan Pengerusi Dap Perak A. Sivakumar dengan angkuhnya mensasarkan pembangkang mampu merangkul 40 kerusi DUN di negeri itu.

Mungkin Sivakumar masih di alam mimpi atau fantasi melampau kerana sejak kerajaan negeri beralih tangan kepada Barisan Nasional pada Mach 2009, banyak perubahan sudah berlaku.

Mungkin pada awal episod pergolakan politik Perak, ramai yang terkeliru lalu marah kepada BN.

Ini adalah hasil dakyah dan fitnah pembangkang yang tidak memberi penerangan yang sebenar mengapa Pakatan Rakyat tumbang di Perak setelah hanya sebelas bulan memerintah.

Di bawah pentadbiran BN, banyak perubahan telah dilakukan bukan sahaja dalam skop pembangunan dan kebajikan rakyat tetapi juga dasar keterbukaan yang diamalkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Kadir.

Jadi jika pembangkang berfikir mereka boleh menang sebanyak kerusi yang mereka katakan, eloklah sedar daripada mimpi itu dan melihat kepada realiti politik di Perak kini.

malaydelima.blogspot.com

Skandal Tanah : Sampai Bila Rakyat Kelantan Mahu Bersabar?

Posted: 13 Feb 2013 05:23 AM PST

Dikira dari usia pemerintahan Pas di Kelantan sejak 1959 – 1978 (19 tahun) diikuti dengan pusingan kedua bermula 1990 – 2013 (23 tahun), bermakna sudah 42 tahun negeri Serambi Mekah ini berada dalam genggaman Pas.

Suka atau tidak, rakyat Kelantan perlu akui selama tempoh lebih empat dekad ini sudah sekian banyak skandal tanah melibatkan keluasan puluhan ribu ekar tanah dan hasil bumi negeri ini telah dipajak gadai dan terjual kepada orang luar.

Dulu dalam tahun 1964 hingga pertengahan 1975, rakyat Kelantan pernah tercabar maruahnya apabila Kerajaan Pas Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Ramai pemimpin Pas negeri tika itu yang kaya raya hasil dari tindakan tersebut, sementara rakyat bawahan pula hanya mampu menangis tak berlagu mengenangkan maruah diri dan negeri tumpah darah bagaikan telah menjadi milik orang lain.

Kini di abad millenium, peristiwa hampir serupa berulang kembali apabila Kerajaan Pas Kelantan dengan berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat telah ‘bermurah hati’ memajakkan tanah seluas lebih 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat-syarikat luar.

Kononnya melalui projek Ladang Rakyat ini akan membantu membasmi masalah kemiskinan di mana lebih 4,000 orang penduduk di Hulu Kelantan bakal beroleh manfaatnya. Mereka dijanjikan dengan habuan hak milik tanah dan tapak rumah, namun sampai sekarang hanya debu-debu tanah sahaja yang kelihatan.

Sebaliknya yang berlaku tauke-tauke syarikat yang sudah sedia kaya semakin kaya raya, manakala ramai pemimpin Pas yang dulunya hanya memiliki rumah kayu kini bertukar menjadi rumah batu bertingkat, dari satu motokar kecil sekarang berbuah-buah kenderaan tersusun di depan rumah.

Pemimpin Pas yang dulunya setia pada isteri nan satu kini memasang cawangan baru, tidak cukup dua ditambah menjadi tiga. Puas melabuh sauh dalam negara ada yang merantau hingga ke Kemboja untuk mendapatkan selera baru yang berkenan di mata.

Di masa yang sama berbelas orang pemimpin Pas negeri menikmati laba keuntungan apabila bertuah memperoleh hak milik tanah di kawasan tersebut. Anak dan isteri pemimpin Pas tidak ketinggalan menikmatinya tapi rakyat yang menanti terus kempunan.

Rakyat terus termangu-mangu menantikan janji bulan jatuh ke riba dan terus hiba hatinya lebih-lebih lagi melihatkan tanah yang dulunya diteroka kini sesuka hati dirodok dan dinikmati hasil mahsulnya oleh tauke-tauke Cina yang begitu akrab dengan pemimpin Pas negeri.

Rakyat terus termangu-mangu menantikan janji bulan jatuh ke riba dan terus hiba hatinya lebih-lebih lagi melihatkan tanah yang dulunya diteroka kini sesuka hati dirodok dan dinikmati hasil mahsulnya oleh tauke-tauke Cina yang begitu akrab dengan pemimpin Pas negeri.

Dalam tempoh beberapa ketika berlalu, juga bertempat di Hulu Kelantan lebih 10,000 ekar tanah yang kaya dengan kayu kayan balak bernilai tinggi kini pula telah menjadi milik pemimpin Cina DAP dari Perak untuk selama lebih setengah abad mendatang.

Sekali lagi rakyat termangu sendirian mengenangkan apa malangnya nasib mereka sering kali di anak tirikan oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Entah sampai bila mahu bersabar, lagi lama ditahan entah-entah lebih banyak tanah tergadai dan maruah negeri diinjak-injak oleh orang luar dan hasil buminya mengalir tanpa memberi manfaat pada rakyat pribumi sendiri.

Tidak cukup apa yang berlaku di Hulu Kelantan, di pusat bandar Kota Bharu yang khabarnya gah dilabelkan sebagai bandaraya Islam contoh oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih 300 ekar tanah sudah sah dipajak hak miliknya kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Katanya mahu mengindahkan tebing sungai Kelantan melalui projek yang dikenali sebagai Lembah Sireh. Maka para petani yang dulu mendapat rezeki lumayan hasil tanaman di tebing sungai itu dipindahkan dan hanya mendapat sedikit pampasan wang ringgit antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun.

Hasil projek itu maka berdiri megahlah sebuah pasaraya besar Tesco yang dianggap oleh MB Kelantan sebagai simbol kemajuan negeri ini, sedangkan projek utama yang sepatutnya diutamakan seperti sebuah masjid, dua buah jambatan, sebuah stadium dan gerai jualan yang mempunyai kepentingan umum hingga sekarang gagal dibina.

Mujur ada Kerajaan Pusat yang prihatin menyegerakan pembinaan salah satu jambatan tersebut iaitu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang kini sudah boleh digunakan, jika ditunggu-tunggu syarikat kepercayaan Kerajaan Pas Kelantan membinanya, tujuh keturunan pun belum tentu siap sebatang tiang konkrit pun.

Namun di sebalik kegagalan syarikat swasta itu mematuhi perjanjian sumbangan projek sebagai galang ganti pemindahan hak milik tanah, Kerajaan Pas Kelantan terus berlembut tanpa sebarang tindakan tegas, sedangkan hampir sebahagian tanah ini telah pun dipajak pula kepada institusi kewangan bagi membolehkan syarikat tersebut beroleh pinjaman berpuluh juta ringgit.

Entah apa malang nasib rakyat Kelantan, dalam kesukaran mereka mendapatkan hak milik tanah walaupun wang deposit sudah dibayar, mudah pula bagi syarikat-syarikat luar dan pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan dengan Kerajaan Pas Kelantan memperoleh tanah yang berekar-ekar luasnya.

Sampai bila agaknya rakyat pribumi sanggup bersabar membiarkan tanah negeri dan hasil bumi terus mengalir ke tangan orang lain? PRU 13 yang sudah tidak berapa lama lagi adalah satu-satunya peluang besar untuk rakyat Kelantan mengubah senario yang berlaku.

Jika tidak sekarang, sanggupkah kita menunggu 5 tahun lagi yang mungkin tika itu sudah terlambat apabila hampir setiap inci tanah negeri ini dipajak kepada pihak lain, barulah tika itu terdetik kesedaran untuk kita bangkit memprotes demi mempertahankan hak anak negeri? Tepuk kepala tanya akal yang waras!!!

Mr Beruang Biru

UMNO Yakin Tawan Semula Kerusi Parlimen, DUN Di Parit Buntar Dan Bagan Serai

Posted: 13 Feb 2013 04:30 AM PST

PARIT BUNTAR, 13 Feb  - Barisan Nasional (BN) mempunyai potensi untuk mengambil kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parit Buntar dan Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata naib presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata keyakinan BN untuk menawan semula kerusi Parlimen dan DUN itu timbul berikutan kegagalan penyandang kerusi dari parti pembangkang membawa pembangunan di kawasan berkenaan.

“Apa yang kita dapat bila kita memilih calon pembangkang?…rakyat perlukan pembangunan,” katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bertemu rakyat di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Piandang, di sini, hari ini.

Pada PRU ke-12 pada 2008, kerusi Parlimen Parti Buntar dimenangi oleh Dr Mujahid Yusof Rawa dari Pas dan dua kerusi DUN di bawah Parlimen itu iaitu Titi Serong disandang oleh Dr Khalil Idham Lim (Pas) dan Kuala Kurau oleh Abdul Yunus Jamahari dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kerusi Parlimen Bagan Serai dimenangi oleh calon PKR, Muhsin Fadzli Samsuri manakala kerusi DUN Alor Pongsu dimenangi calon BN Sham Mat Sahat dan DUN Gunung Semanggol oleh calon PAS, Ramli Tusin.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata kekalahan BN di kawasan tersebut bukan disebabkan pembangkang kuat sebaliknya ia disebabkan oleh masalah dalaman dan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli parti.

Justeru itu, beliau berkata permasalahan lama yang dihadapi oleh jentera pilihan raya BN di kedua-dua kawasan itu harus diselesaikan segera supaya dapat bangkit semula daripada kekalahan lima tahun lepas.

Beliau turut memberi jaminan bahawa calon BN pada PRU ke-13 di kawasan itu adalah daripada kalangan anak tempatan.

“Rakyat kena sokong siapa sahaja calon supaya BN dapat semula kerusi di kawasan-kawasan itu sekiranya mahu kawasan itu membangun dan menikmati pelbagai kemudahan,” katanya.

Tsunami Politik Di Sabah Hanya Dakwaan Politik Murahan Anwar

Posted: 13 Feb 2013 04:24 AM PST

KOTA KINABALU, 13 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyangkal dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya akan berlaku tsunami politik di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang akan memudahkan laluan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Beliau berkata majoriti rakyat Sabah terutama golongan belia menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Dakwaan terbaru ini menunjukkan Anwar benar-benar mahu merasai kerusi Putrajaya dan mempunyai keinginan menjadi pemimpin nombor satu negara, tetapi kita dalam pimpinan BN tidak sekali-kali terjejas atau gentar dengan gimik politik ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Bangunan UMNO, dekat sini hari ini..

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar itu semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Keadilan Rakyat Kota Kinabalu Ahad lepas.

Sambil menyifatkannya sebagai politik murahan pembangkang, beliau mengingatkan rakyat supaya mengimbas pembohongan Anwar pada 16 Sept 2008 yang mendakwa pihaknya mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu peringkat Persekutuan, tetapi ternyata tidak benar.

Mengenai kempen pakatan pembangkang kononnya kerusi Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran dalam genggaman mereka, Rosnah yakin BN mampu mempertahankan ketiga-tiga kerusi itu pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Puteri UMNO akan bekerja keras bagi membantu BN mencapai kemenangan di kawasan itu,” katanya.

Parlimen Beaufort kini diwakili bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.

Pada Julai tahun lepas, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua UMNO bahagian Beaufort dan mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong pakatan pembangkang.

Parlimen Tuaran pula diwakili bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang kini mengetuai badan NGO Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfred Bumburing. Bumburing sebelum ini mengumumkan keluar daripada BN dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Sementara itu, Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berpuas hati dengan persedian Puteri UMNO Sabah bagi menghadapi PRU-13.

28 NGO Di Bagan Serai Serah Memorandum Sokong BN

Posted: 13 Feb 2013 04:19 AM PST

BAGAN SERAI, 13 Feb –  Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah Bagan Serai hari ini menyerahkan memorandum menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Memorandum itu diserahkan kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr AhmadZahid Hamidi pada majlis di sini.

Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising dan Persatuan Ketua-ketua Kampung Parlimen Bagan Serai.

Anggota Jawatankuasa Persatuan Bekas Angkatan Tentera Daerah Kerian,Ibrahim Ismail berkata penyerahan memorandum itu menunjukkan sokongan paduterhadap kepimpinan BN sedia ada yang memastikan negara aman dan pesat membangun.

Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Daud Zakaria berkata memorandum itu menunjukkan penyatuan pelbagai bangsa terutama dalamusaha menjamin perpaduan dan seterusnya menolak pembangkang pada PRU-13.

Setiausaha Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising, Parmasivam Krishna berkata 500 anggota berdaftarnya akan turun padang membantu memastikan BN menang padaPRU-13.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat

Be Too Obsessed With Changing Govt, Believing It Can Effect Transformation – Dr Mahathir

Posted: 13 Feb 2013 04:18 AM PST

PUTRAJAYA, Feb 13 – Some young people are so obsessed with change and believe that only a change of government will change their lives, says former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said this group wished to see a change of government administration only because they believed in the promises made by the opposition.

“Whatever said by Barisan Nasional (BN) seems to have no effect on them although it is clear and true, because they believe that a change of government will change their lives for the better. That is why the sitation now is different from the yesteryear,” he said in an interview with Bernama at the Perdana Leadership Foundation building, here, today.

He said when there was not that much development in the country and Malaysian was still regarded as a developing country, every transformation was appreciated, which was different with today’s young people who were born after the country had achieved much development.

Dr Mahathir said today’s young generation did not experience the kind of situation faced by poor countries where there were limited educational, job and career advancement opportunities, hence they took things for granted and were not really appreciative of the country’s current development.

He said they were also too exposed to western influences, for instance, on the principle of freedom, hence they felt there was still not enough freedom in many matters.

He admitted that there were still a lot to be done by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to win the hearts of the younger generation within a limited time as the election fever was close approaching.

Dr Mahathir said since the last general election in 2008, the BN government under Najib               ‘s  leadership had been seen working earnestly to win back the trust and support of voters and to some extent, he had been successful.

He said Najib did not have much time left now and while he worked tirelessly to get close to as many people as possible, he had to face various demands from many groups.

“During my time (as prime minister) the people did not know when the elections would be held, so before they could make all kinds of demand, we held the elections.

“However, when we wait at the last minute to dissolve Parliament, there is no longer the element of surprise. So, as the general election draws near, we receive more and more demands (from the public),” he noted.

On the 1Malaysia concept, Dr Mahathir said it was a good concept that should be supported by all communities in the country.

He said the prosperity and harmony that had been prevailing in this country was the result of consensus among the various races to share power, hence avoiding turmoil.

“With this, the country could develop. If today the various communities want to get everything they demand for, there will be dissatisfaction for others who don’t get all, and this can destabilise the country.

“The development targets cannot be achieved and the economy will not grow, hence no development benefits for us to enjoy. All the communities in this country must understand that,” he said.

Alumni, Warga UiTM Kesal Insiden Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Raja Permaisuri Agong

Posted: 13 Feb 2013 04:09 AM PST

SHAH ALAM, 13 Feb – Lebih 700,000 alumni, warga kerja dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) melahirkan rasa kesal dan sedih terhadap tindakan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, Isnin lepas.

Timbalan Presiden Persatuan Alumni UiTM Datuk Ahmad Shafee Sabaruddin berkata perbuatan suspek berusia 29 tahun itu merupakan satu penghinaan kepada seluruh institusi raja Melayu dan bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.

“Secara langsung ia adalah satu penghinaan terhadap warga kerja, pelajar serta alumni UiTM di mana Yang di-Pertuan Agong adalah Canselor UiTM.

“Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh danmengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki itu atas perbuatan melampaunya,” katanya  selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu diIbu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini petang Rabu.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari, Isnin lepas, suspek yang juga graduan darisebuah universiti di Scotland dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketikakenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.

Lelaki itu dikatakan bertindak demikian selepas berlaku pertengkaran antara suspek dengan bapanya menyebabkan dia melepaskan geram dengan menunjukkan isyarat lucah dan secara kebetulan kereta Permaisuri Agong lalu di kawasan itu.

Suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk membantu siasatan mengikutSeksyen 294 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mengenai kesopanan di tempatawam, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga bulan atau denda ataukedua-duanya sekali.

Ahmad Shafee berkata laporan polis itu juga dibuat bagi memberi pengajaran kepada pihak lain supaya tidak sewenang-wenangnya memperlekeh kesultanan Raja Melayu.

“Kadang-kadang kita rasa dihina, bila mereka lakukan perbuatan biadap dengansatu perkataan ‘maaf’ sahaja kita dah maafkan, lain kali orang lain juga akanlakukan perkara yang sama juga.

“Kami harap perbuatan biadap ini diambil serius dan meminta polis menyiasatserta mengambil tindakan sewajarnya berpadanan dengan tindakan lelaki itu,” katanya.

Kira-kira 1,000 Dijangka Tinggalkan Pas Menjelang Mac Dalam Program Selamat Tinggal Pembangkang

Posted: 13 Feb 2013 04:06 AM PST

SHAH ALAM, 13 Feb –  Kira-kira 1,000 anggota pembangkang terutamanya Pas dijangka meninggalkan parti itu menjelang Mac ini dalam program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) anjuran UMNO Bahagian Besut, kata Ketuanya Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan semakin ramai anggota Pas yangsudah mula hilang keyakinan dengan konsep perjuangan parti itu lebih-lebih lagiapabila sanggup menjalin pakatan dengan DAP yang ternyata tidak menerima negeri berkonsepkan Islam.

“Awal bulan ini kita telah terima hampir 400 anggota Pas majoritinya yang mahu menyertai UMNO selepas muak dan tidak boleh menerima pendekatan parti itu yang semakin menyimpang dari perjuangan Islam termasuk dalam isu berkaitan kalimah Allah,” katanya di sini Rabu.

Idris berkata rata-rata penyokong turut melahirkan rasa keliru apabila melihat perjuangan Pas pada hari ini yang berbeza dengan matlamat asalnya termasuk menghalalkan wanita tampil berceramah mewakili parti itu.

“Dulu wanita nak masuk tilawah Al-Quran pun dihalang, dengan alasan suara aurat tetapi sekarang sanggup ambil artis wanita berceramah wakili mereka, apa sudah jadi?.

“Demi cita-cita mahu ke Putrajaya mereka halalkan semua, kalau nak sangat ke Putrajaya saya boleh sediakan bas, pergilah tak payah nak tunggu lepas pilihan raya,” katanya.

Pada 5 Feb lepas, seramai 388 anggota Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno selepas hilang kepercayaan terhadap parti mereka dalam perhimpunan STP di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut di Terengganu.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata penyertaan anggota parti pembangkang itu membuktikan UMNO dikagumi dan dipercayai kerana sentiasa konsisten dalam perjuangan yang tidak pernah terkeluar dari landasan agama.

“Baru-baru ini ada orang kuat Pas jumpa saya sembunyi-sembunyi dalam kereta beritahu sudah tidak tahan dengan perjuangan parti itu yang semakin lemah danjelas dipergunakan oleh pakatan lain termasuk DAP,” katanya.

Idris berkata beliau percaya lebih ramai akan menyertai UMNO dalam masa terdekat dan ini merupakan petanda baik bahawa BN Terengganu semakin kukuh dan mantap di hati rakyat.

Pemuda UMNO Anjur Forum ‘Muflis@Bankrap – Anda Masih Ada Peluang Kedua’ 18 Feb Ini

Posted: 13 Feb 2013 03:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Menunaikan janji kepada mereka yang disenaraihitamkan serta diisytihar muflis, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda UMNO (BePU) akan mengadakan satu forum bagi mencari penyElesaian kepada isu yang berlanjutan sekian lama itu.

Bertajuk `Muflis@Bankrap- Anda Masih Ada Peluang Kedua', ia dijadikan platform kepada pihak terbabit mengupas masalah itu dan mencari satu formula terbaik untuk di bawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk perubahan kepada Akta Kebankrapan 1967.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, forum ini akan diadakan pada 18 Februari ini di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), akan menghimpunkan beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Bank Negara Malaysia serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, forum berkenaan dijangka akan mencapai satu kesepakatan mengenai bagaimana status muflis yang kini membabitkan 240,000 individu pelbagai sektor di negara ini mempunyai ruang dan ‘kelonggaran’ untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

“Daripada senarai itu, kita dapati sebahagian besar yang diisytihar muflis adalah golongan muda berumur di bawah 40 tahun dan menerusi pengumpulan maklumat di laman sosial facebook dan twitter, Pemuda Umno bersama gabungan NGO membawa semua pendapat berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib,” katanya pada satu sidang media di sini, sebentar tadi.

Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpul sejak 18 Disember lalu, terdapat lebih 1,000 maklum balas termasuk pendapat serta pandangan berhubung isu berkenaan dan menerusi forum itu nanti, pelbagai persoalan mengenainya dapat diselesaikan.

Berdasarkan rekod, pihaknya mendapati, ramai yang bankrap disebabkan pinjaman sewa beli kenderaan iaitu sekitar 26 peratus, pinjaman perumahan (12 peratus), hutang (21 peratus), pinjaman persendirian (13 peratus) dan pinjaman perniagaan sebanyak 11 peratus.

“Kita juga menjemput ahli panel yang arif mengenai isu ini termasuk Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim johan serta Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua, Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk sama-sama mengupas permasalahan ini,” katanya.

Justeru jelas beliau Pemuda berharap orang ramai turut serta di dalam perbincangan ini dan memberikan pandangan.

“Hasil maklumat itu, kita akan bawa kepada pengetahuan pihak berkuasa. Saya yakin, akta baru akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini lebih memberikan lebih ruang kepada orang bankrap mendapat peluang kedua,” katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau facebook dan twitter Muflis Peluang Kedua atau menghubungi sekretariat di talian 017-7157171. -MediaUMNO

ADUN Kuah Azam Jadikan Langkawi Hub Pelancongan Dan Pendidikan

Posted: 13 Feb 2013 02:29 AM PST

LANGKAWI 13 Februari – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah Datuk Nawawi Hj Ahmad berhasrat untuk terus memajukan lagi Pulau Langkawi yang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan ke tahap yang lebih membanggakan.

Justeru beliau yang juga Ketua UMNO bahagian berkenaan mengajak rakyat khususnya kalangan penduduk setempat untuk terus bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menjayakan hasrat tersebut.

"Visi saya adalah untuk memastikan Langkawi sebagai pusat pelancongan tersohor di rantau ini sepertimana saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk menjadikan Langkawi sebagai pulau ke sepuluh dari segi pelancongan.

"Atas dasar itu, maka saya nampak Langkawi perlukan banyak agenda pelancongan…. dan inilah misi serta visi saya. Keduanya kita mahu tumpukan kepada sektor pendidikan.Insyaallah kita telah memohon kepada Perdana Menteri supaya diadakan Universiti di pulau ini supaya ada dua sektor. Pertamanya sektor pelancongan dan keduanya sektor pendidikan.

"Kombinasi kedua-duanya  sudah tentu akan menyemarakkan lagi pembangunan Pulau Langkawi dan insyaallah Langkawi akan jadi hub pelancongan serta hub pendidikan," katanya dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online.

Beliau seterusnya berazam untuk merangka sesuatu yang baru serta unik untuk para pelancong yang datang ke pulau berkenaan.

"Insyaallah kita akan berganding bahu dengan LADA untuk menghasilkan "new produk" dan bukannya produk yang sama setiap kali pelancong datang ke pulau ini. Mungkin kita akan tukar setiap enam bulan sekali. Maknanya ada benda yang baru untuk mereka dan bukannya produk yang sama.

"Begitu juga dalam infrastruktur hotel….Kadangkala waktu "pick time", hotel-hotel yang ada tidak mencukupi. 8,000 bilik masih belum cukup untuk menampung jumlah pelancong yang datang. Dan insyaallah, kita juga bercadang untuk membina satu lagi jeti baru daripada Kuala Perlis ke Langkawi.

"Hari ini, masa yang diperlukan untuk sampai ke Langkawi memakan masa sejam daripada Kuala Perlis dan sejam lebih daripada Kuala Kedah, mungkin dengan adanya jeti baru itu kelak, harganya pun lebih murah dan waktu perjalanan  pun akan singkat…mungkin hanya memakan masa 20 minit.

"Semua ini adalah untuk memastikan keselesaan para pelancong selain bertujuan untuk meningkatkan lagi ekonomi yang akhirnya limpahan tersebut akan dapat dinikmati oleh penduduk setempat selain merancakkan lagi pembangunan di Pulau Langkawi hari ini. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT