SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, February 24, 2013

UMNO Online - “Masalah Dalaman Pas Di Kedah Menunjukkan Azizan Gagal Mentadbir – Mukhriz” plus 6 more

UMNO Online - “Masalah Dalaman Pas Di Kedah Menunjukkan Azizan Gagal Mentadbir – Mukhriz” plus 6 more

Link to UMNO Online

Masalah Dalaman Pas Di Kedah Menunjukkan Azizan Gagal Mentadbir – Mukhriz

Posted: 23 Feb 2013 10:01 AM PST

JERLUN, 23 Feb –  Masalah dalaman Pas di Kedah sehingga anggota parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Siputeh mendesak Menteri Besar meletak jawatan menunjukkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menyelesaikan masalah dalaman parti dan negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kegagalan Azizan menyelesaikan masalah itu adalah perkara serius dan tidak boleh dipandang ringan.

“Dalam soal ini, Azizan telah gagal di peringkat parti dan juga negeri. Bagaimana beliau mahu menjadi pentadbir yang baik dan cekap,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di Wisma Umno Jerlun di sini hari ini.

Semalam 200 anggota PAS Kota Siputeh mengadakan perhimpunan aman di Megat Dewa, dekat sini mendesak Azizan meletak jawatan dengan segera bagi mengelak lebih banyak penutupan Unit Peti Undi (UPU) parti di negeri ini.

Lima UPU dalam DUN Kota Siputeh yang ditutup setakat ini ialah Megat Dewa, Kampung Pering, Kampung Sanglang, Kampung Kandeh dan Kuala Sanglang.

Pada perhimpunan aman itu mereka membangkitkan mengenai konspirasi untuk menjatuhkan calon yang dipilih oleh akar umbi melalui undi manakala calon yang didakwa menjadi kesayangan Azizan diketengahkan.      Mukhriz berkata UMNO tidak perlu campur tangan dalam perkara itu.

Pemimpin Pembangkang Sebenarnya Takut Tandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya – Nazri

Posted: 23 Feb 2013 09:54 AM PST

IPOH, 23 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan pemimpin pembangkang yang memberi pelbagai alasan untuk tidak menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International menunjukkan mereka takut kerana menyembunyikan sesuatu.

“Kalau dia (pemimpin pembangkang) tidak mahu tandatangan maknanya ada sesuatu yang dia tidak berani untuk tandatangan kerana pengakuan dia itu tidak sama dengan apa yang dia buat.

“Sekiranya tiada masalah, tidak ada kebimbangan untuk menandatangani ikrar ini cuma orang yang takut memberi pelbagai alasan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina dan perasmian khidmat bas ekspres ke Cameron Highlands di Terminal Amanjaya di sini hari ini.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menegaskan bahawa pihak PAS tidak akan berbuat demikian dengan alasan niat dalam hati adalah lebih penting daripada menandatangani ikrar.

“Masa dia (Nik Aziz) dilantik sebagai Menteri Besar dia angkat sumpah depan Sultan kan…sepatutnya dia kena bagi tahu Sultan tak perlu tandatangan, yang penting dalam hati. Ini semua cakap tak serupa bikin, ini cuma politik saja, kalau tak buat salah tandatangan sajalah,” katanya.

Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas berkata beliau akan mengikut jejak langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menandatangani ikrar itu.

“Sampai masa saya akan tandatangan bagi menyatakan yang saya tidak terlibat dengan rasuah, jenayah, saya tidak ada hutang dengan kerajaan,” katanya.

Beliau juga yakin semua calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan menandatangani ikrar itu.

Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International pada Rabu, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.

Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.

Calon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri.

Nik Aziz Pelopor ‘Beri Ayam & Lembu Makan’ Apabila Beri Bantuan Pada Rakyat

Posted: 23 Feb 2013 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebenarnya telah terlebih dahulu menganggap rakyat yang menerima bantuan kewangan sebagai haiwan ternakan iaitu ayam atau lembu sebagaimana yang dilakukannya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Galas dengan memberikan wang kepada pengundi orang asli di kawasan terbabit, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir Idris Haron.

"Menteri Besar Kelantan itu telah hina rakyat apabila menyamakan penerima BR1M sebagai ayam dan lembu sedangkan Nik Aziz sendiri telah lebih awal lagi memberikan wang kepada rakyat dan tentunya beliaulah pelopor kepada 'memberikan haiwan makanan'," katanya kepada UMNO-Online.

Baru-baru ini, Nik Aziz berkata pemberian BR1M tersebut mendapat sambutan rakyat dan mengibaratkan penerima "sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari."

"Beliau bukan saja menghina rakyat Malaysia secara keseluruhan tetapi juga para pengundinya sendiri serta ahli-ahli Pas yang tentunya ada yang turut menerima bantuan terbabit," katanya lagi. – MediaUMNO

Manifesto BN Dalam Proses ‘Sentuhan Terakhir’ – Tengku Adnan

Posted: 23 Feb 2013 02:09 AM PST

PUTRAJAYA, 23 Feb – Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) kini berada di peringkat ‘sentuhan terakhir’ dan akan dilancarkan Pengerusi Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa yang sesuai.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata apa yang pasti, setiap janji yang terkandung dalam manifesto tersebut akan ditepati, bukan seperti pembangkang yang hanya memberikan janji kosong.

“Sudah pasti janji ditepati, kata dikota, janji dilaksana kerana parti kita BN dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat.

“Apa yang kita janji dalam manifesto kita tunaikan, sebab kita punya kerja ialah untuk memastikan rakyat mendapat apa yang mereka kehendaki,” katanya yang juga anggota Parlimen Putrajaya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini hari ini.

Mengenai manifesto pembangkang yang bakal dilancarkan Isnin depan, Tengku Adnan berkata beliau hairan mengapa mereka masih mengeluarkan manifesto sedangkan mereka sendiri mengakui bahawa manifesto bukanlah janji yang harus ditunaikan.

“Tak perlu ada manifestolah, sebab kerja mereka hanya menipu. Apa yang dijanjikan di Selangor pun tak dapat ditunaikan sehingga ibu-ibu tunggal semua menyuarakan ketidakpuasan hati,” katanya.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipimpin Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata bahawa manifesto pembangkang pada pilihan raya umum lalu, bukanlah janji yang perlu ditunaikan.

Mengenai bantuan BR1M 2.0 itu, Tengku Adnan berkata 9,401 penduduk di sini layak menerima bantuan itu dengan kira-kira 5,000 baucar bantuan diserahkan hari ini setelah 3,000 baucar diberikan sebelum ini.

Menurut Tengku Adnan penyerahan bantuan itu akan diselesaikan sebelum akhir bulan ini dan mereka yang tidak berkesempatan hadir ke majlis penyampaian itu boleh mengambil baucar itu di Pejabat Wakil Rakyat di Presint 14 pada waktu pejabat.

Penerima Bantuan BR1M Umpama Haiwan – Mursyidul Am Pas Hina Rakyat Miskin

Posted: 23 Feb 2013 01:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung penerima BR1M secara jelas merupakan satu penghinaan terhadap rakyat yang menerima bantuan tersebut.

Jelas beliau, usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan pelbagai bentuk bantuan termasuk BR1M ini bukan saja cuba dimomokkan sebagai perbuatan rasuah dan sebagainya oleh Pas, malah hari ini kepimpinan tertinggi Pas menghina pula rakyat yang menerima bantuan tersebut.

"Mursyidul Am Pas kena ingat, beliau juga hulur duit ketika pilihan raya di Galas baru-baru ini. Kalau dia tak boleh nak bantu rakyat, janganlah kutuk atau hina rakyat yang ambil bantuan daripada kerajaan.

"Sudahlah Pas tidak pernah mengajar anak-anak buahnya untuk ucap terima kasih bila terima bantuan dan ini bila rakyat terima bantuan mereka dihina pula. Sepatutnya, kalau dah tak tahu nak ucap terima kasih, tak payahlah nak kutuk kerajaan atau rakyat yang menerima bantuan kerajaan," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Pas juga turut melakukan perkara yang sama iaitu menawarkan ganjaran kewangan seperti bantuan kepada rakyat melalui manifesto-manifesto pilihan raya mereka sebelum ini dan tidak pernah dibantah oleh beliau selaku pemimpin dalam Pas.

"Kalau Pas buat tawaran, kalau mereka yang bagi duit atau bantuan, semua halal belaka. Bagi mereka itu dianggap sebagai satu sedekah. Tetapi bila kerajaan BN bagi bantuan, bagi duit BR1M, bagi duit bantuan persekolah, itu semuanya rasuah, itu semua sogokan," katanya.

Jelas beliau, inilah sikap kepimpinan Pas, yang sejak dari dulu apa cuba memberikan imej negatif terhadap apa saja kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan yang dianggap sebagai haram dan tidak berlandaskan syariat Islam, tetapi apa yang dilakukan oleh beliau dan kepimpinan serta ahli-ahlinya semuanya halal dan baik belaka.

"Inilah sikap dan pemahaman yang didoktrin oleh Pas terhadap ahli-ahli dan pengikutnya, dimana atau apa saja yang dilakukan oleh kerajaan semua tidak kena belaka. Semuanya yang kerajaan BN buat, semua bantuan yang diberikan kerajaan BN haram belaka, tetapi kalau mereka yang bantu, semua halal… entah fatwa dari mana ajaran Pas ini," ujarnya. – MediaUMNO

Peruntukan RM15 Juta Baik Pulih Sekolah, Bina Pusat Sukan Di Pensiangan

Posted: 23 Feb 2013 01:04 AM PST

PENSIANGAN, 23 Feb – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membaik pulih sekolah-sekolah dan RM5 juta bagi pembinaan sebuah pusat riadah dan sukan di daerah Pensiangan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ketika mengumumkan peruntukan itu, berkata kerajaan amat prihatin dengan kebajikan pelajar di luar bandar termasuk di Pensiangan yang mempunyai generasi muda yang ramai.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga ada kelemahan tetapi kita akan cuba memperbaiki kelemahan kita sebaik mungkin.

“Misalnya sekolah. Saya difahamkan di Pensiangan ada banyak sekolah. Sekolah yang (keadaannya) baik dan ada juga sekolah yang mempunyai kerosakan, sebab itu kita bagi peruntukan untuk memperbaiki…yang penting kita jangan abaikan, mesti perbetulkan (kelemahan),” katanya pada Majlis Bersama Rakyat Pensiangan di Nabawan di sini hari ini.

Beliau berharap rakyat akan terus menyokong BN sebagai kerajaan bagi membolehkan lebih banyak bantuan dapat disalurkan.

Beliau berkata antara bantuan kerajaan yang akan diteruskan jika rakyat terus memberi mandat kepada BN ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kalau tak sokong BN, maka tak ada lagi BR1M. Ini umpama tolak rezeki. Lebih banyak kita (kerajaan) beri bantuan, rezeki pun makin bertambah. Jadi kita dapat beri banyak bantuan lagi.”

Muhyiddin juga meminta rakyat supaya tidak berkira siapa calon BN yang akan diletakkan bertanding pada pilihan raya umum nanti kerana menurutnya semua calon BN merupakan calon yang boleh menang dan mampu melaksanakan tugas untuk rakyat.

Tolak Pembangkang Kerana Hina Rakyat Yang Terima Bantuan Kerajaan BN – Najib

Posted: 23 Feb 2013 12:58 AM PST

KUALA TERENGGANU, 23 Feb – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

“Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih  20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.

“Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain. Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan,” katanya.

Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

“Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR (Parti Keadilan Rakyat), adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

“Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam,” katanya.

Perdana Menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

“Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, ” katanya.

Sebaliknya, Najib berkata PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

“Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam),” katanya.

 

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT