SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, February 25, 2013

UMNO Online - “Sabah BN Can Repeat Success Of 2008 General Election – Musa” plus 9 more

UMNO Online - “Sabah BN Can Repeat Success Of 2008 General Election – Musa” plus 9 more

Link to UMNO Online

Sabah BN Can Repeat Success Of 2008 General Election – Musa

Posted: 24 Feb 2013 10:23 AM PST

KOTA KINABALU, Feb 24 – Chief Minister Datuk Seri Musa Aman is confident Sabah Barisan Nasional (BN) can repeat the success of the 2008 general election at  13th general election.

“Sabah BN’s strong unity and understanding will lead to another big win despite stiff challenge from the opposition.  Our supporters including Sabah Wanita BN are eager to ensure victory for our candidates,” he told reporters after launching Sabah Wanita BN’s ‘Gelombang Biru’ programme at Likas Sports Complex, here today.

Also present were Wanita BN chairman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and Sabah Umno deputy liaison chairman Datuk Seri Salleh Said Keruak.

During 2008 general election, Sabah BN nearly made a clean sweep, winning 59 of 60 state seats and 24 of 25 parliamentary seats contested.

On the number of Wanita BN candidates, Musa said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak would decide on candidates constesting the 13th general election.

Commenting on the statement by Datuk Nik Aziz Nik Mat of PAS who likened the distribution of BR1M as feeding livestock, he said it was an insult to the people who need aid.

“The Prime Minister gives BR1M 1.0 and BR1M 2.0 in good faith to lighten the burden of the people.

“We should be grateful for having a leader who is good hearted and have the people’s welfare at heart,” said Musa who is also Sabah BN chairman.

Mahdzir Says KUIN Staff Only Asking What’s Due To Them

Posted: 24 Feb 2013 10:21 AM PST

KUALA NERANG, Feb 24 – The staff of Kolej Universiti Insaniah (Kuin) are only asking for what’s due to them because of negligence on the part of the PAS-led Kedah government, said Kedah opposition leader Datuk Seri Mahdzir Khalid.

As such, he said it was wrong for Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak to label them as Umno agents.

“They (staff) have dared to go to the media, make police reports and submitted a memorandum to the MB himself. To me, they are only demanding what is due to them and this is happening because of the state government’s own inefficiency,” he told reporters after handing over 1Malaysia Book vouchers to students of Kolej Mara Kuala Nerang here today.

He was commenting on alleged remarks made by the MB that the staff of the college were being instigated by Umno so as to put the Kedah government in a bad light.

The staff resorted to the actions among others because salary deductions made in their pay slips for remittance to the Employees Provident Fund, finance and insurance institutions were allegedly not effected.

 

BR1M Hasil Perancangan Kerajaan BN Ke Arah Mantapkan Ekonomi – Khairy

Posted: 24 Feb 2013 10:13 AM PST

LUMUT, 24 Feb –   Pemberian wang tunai melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sememangnya menjadi hasrat kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), yang mempunyai perancangan berbeza ke arah kemantapan ekonomi, kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata BR1M juga merupakan impak positif transformasi ekonomi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan gimik atau umpan kepada rakyat menjelang pilihan raya. “BR1M telah diberi sejak tahun lepas… kalau ini umpan untuk pilihan raya, kerajaan BN beri tahun ini sahaja,” katanya pada majlis penyampaian BR1M kepada golongan muda di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung hari ini.

Khairy turut menafikan dakwaan wang BR1M adalah daripada hutang negara atau kutipan saman trafik.

Beliau juga berkata pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan baik juga berasaskan kepada situasi politik negara yang stabil, malah keadaan memberangsangkan ini turut memberi nilai dan makna kepada golongan berpendapatan sederhana.

Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, berkata pemberian BR1M, Baucar Buku serta Bantuan Awal Persekolahan adalah bukti ‘janji ditepati’ kerajaan BN dan ini berbeza dengan pembangkang di Selangor yang membuktikan ‘janji dikhianati.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melancarkan Skuad Gempur Pemuda BN Parlimen Lumut.

Pasaran Luar Tunggu Mandat Baharu Kerajaan BN, Kata Najib

Posted: 24 Feb 2013 10:09 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini percaya pasaran luar sedang menunggu kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mendapat mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini, yang akan menentukan keyakinan pelabur untuk melabur di negara ini.

Katanya beliau yakin sekiranya kerajaan BN diberi mandat yang kukuh, pasaran saham di negara ini juga akan melonjak.

“Saya yakin dan percaya kalau mandat itu menyebabkan kerajaan baharu yang kuat, saya percaya pada pasaran saham negara akan melonjak selepas berita kemenangan besar kepada BN (diumumkan),” katanya selepas menghadiri sambutan Chap Goh Meh anjuran BN Selangor di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Anggota Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Keyakinan itu, kata Najib, berdasarkan pandangan beberapa penganalisis ekonomi bahawa keyakinan pelabur akan melonjak sekiranya BN ‘menang besar’ pada pilihan raya kali ini.

“Di kalangan para penganalisis, mereka kata kalau BN menang besar, keyakinan pelabur akan melonjak. Ini mereka kata, bukan saya kata. (Jika analisis ini benar) ia akan membawa seribu rahmat,” katanya.

Najib berkata kejayaan ekonomi negara mencatatkan kadar pertumbuhan 6.4 peratus bagi suku terakhir tahun lepas juga menunjukkan dasar transformasi nasional yang dibawa kerajaan BN benar-benar berjaya.

Malah katanya kini dapat dilihat bahawa pengiktifaran dunia terhadap Malaysia juga semakin meningkat.

Bank Negara pada Khamis berkata ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus tahun lepas berbanding 5.1 peratus pada 2011.

Bank pusat itu berkata meskipun persekitaran ekonomi global yang mencabar, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 6.4 peratus pada suku keempat tahun lepas.

Selangor Akan Lebih Maju Di Bawah BN – Najib

Posted: 24 Feb 2013 10:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb –  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Selangor akan lebih maju jika berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana banyak masalah di negeri itu mampu diselesaikan.

Perdana Menteri berkata dengan kemajuan dicapai oleh Selangor, Malaysia akan lebih berjaya. Untuk itu, Najib yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Selangor berkata kerajaan BN tidak boleh membiarkan Selangor diperintah parti lain kerana negeri itu penting bagi masa depan negara.

“Selangor terlalu penting bagi masa depan negara…kita tidak boleh membiarkan Selangor diperintah oleh parti lain dan kerajaan pusat oleh parti lain.

“Banyak masalah yang berlaku (sekarang) sebab tidak datang dari parti yang sama,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran BN Selangor di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah di sini hari ini.

Justeru Najib menyeru rakyat Selangor untuk menyelesaikan segala ‘kemelut’ dan mengembalikan keyakinan serta mandat mereka kepada BN untuk menubuhkan kerajaan baharu di negeri itu.

“Jika (rakyat Selangor) beri mandat kepada BN di selangor, kita boleh tubuhkan sebuah kerajaan baharu, dan pertahan BN di peringkat pusat dengan mandat yang lebih kuat.

“Saya percaya Selangor akan lebih maju dan negara akan lebih berjaya. Jika kerajaan mempunyai lebih banyak kuasa, maka banyak masalah boleh diselesaikan,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, memorandum yang diterimanya untuk penubuhan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, di bawah Parlimen Pandan, mungkin dapat diselesaikan sekiranya kuasa diberi kepada BN.

“Tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tetapi sekiranya kita dapat kuasa (di Selangor), banyak masalah dapat diselesaikan…jadi faham-faham sahajalah…,” katanya yang disambut sorakan para hadirin.

Walaupun hujan lebat, kira-kira 10,000 warga Selangor, khususnya masyarakat di kawasan Parlimen Pandan, hadir memeriahkan acara dengan ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dirai penuh meriah dengan sorakan dan lambaian para pengunjung yang tidak berganjak walaupun basah kuyup.

Najib berkata majlis itu merupakan acara kelima yang dihadirinya hari ini, dan keletihan yang dirasainya ‘terubat’ apabila melihat kehadiran ribuan masyarakat.

Katanya hasil perpaduan dan penerimaan masyarakat di negara ini, masyarakat Cina juga dilihat sudah menerima amalan kaum Melayu yang merayakan hari raya selama sebulan selain saling berkongsi kemeriahannya dengan kaum lain.

“Ini menunjukkan bahawa konsep ‘kongsi’ ini sudah menjadi, masyarakat dapat menerima unsur-unsur daripada budaya kaum lain untuk dijadikan sebagai amalan kita.

“Inilah yang menjadikan Malaysia sebagai negara teristimewa dan sangat unik…kepelbagaian dari segi agama, kaum dan budaya tidak menjadi penghalang kepada kejayaan yang dapat kita lihat selama ini,” katanya.

Mengenai promo televisyen yang menunjukkan beliau memalu gendang Cina bersama persembahan tarian naga sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Najib berkata ia memperlihatkan bahawa beliau sebagai Perdana Menteri tetap menghormati budaya kaum Cina.

Untuk itu, beliau juga mahu masyarakat Cina menghormati budaya semua kaum lain di negara ini.

“Bila ada sikap sedemikian Malaysia akan sentiasa aman dan stabil,” katanya yang berharap kedatangan Tahun Ular akan membawa rahmat kepada seluruh rakyat.

Golongan Belia Nikmati Pelbagai Bantuan Di Bawah Pimpinan Najib – Shaziman

Posted: 24 Feb 2013 01:20 AM PST

TAMPIN, 24 Feb – Golongan belia hari ini menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan, sama ada dalam bidang pelajaran atau perniagaan sekali gus menunjukkan kerajaan memahami kehendak dan keperluan mereka.

Anggota Parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi golongan bujang, Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) untuk golongan muda merupakan bantuan yang tidak pernah diberikan sebelum ini apatah lagi oleh pemimpin pembangkang.

“Pada zaman Datuk Seri Mohd Najib (Tun Razak) ini yang menjadi Perdana Menteri, banyak perkara-perkara telah dilakukan untuk golongan muda yang tidak pernah dilakukan pemimpin lain,” katanya semasa berucap melancarkan Jentera Gerak Gempur dan Gelombang Biru Pemuda Barisan Nasional Bahagian Tampin, di Gemencheh, di sini semalam.

Shaziman yang juga Menteri Kerja Raya berkata pelbagai janji dan pujuk rayu sering dilontarkan oleh pihak pembangkang kononnya akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk golongan muda sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Namun katanya, semasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, tidak ada pun bantuan-bantuan sedemikian diberikan kepada golongan muda seperti yang telah dilakukan Najib.

Shaziman berkata apa yang dilakukan oleh pembangkang sebenarnya hanyalah untuk menarik sokongan golongan muda walaupun mereka tidak mampu mengotakan janji membantu golongan itu.

“Beliau (Anwar) pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tapi apakah sumbangan beliau pada waktu itu untuk golongan belia. Tidak ada. Mengapa beliau tidak pernah fikir mahu bagi BL1M, bagi BR1M dan sebagainya.

“Apa yang dia fikir hanya mengenai hal diri dia sendiri sahaja. Sebab itu hari ini Pemuda Barisan Nasional berdiri lebih kukuh bersama Datuk Seri Najib yang banyak membantu generasi muda,” katanya.      Beliau berkata keberanian dan kebijaksanaan Najib memimpin negara hari ini seharusnya dijulang sebagai “hero negara” terutamanya oleh golongan muda.

 

Wanita BN Tubuh Pasukan Khas Tangkis Tohmahan Pembangkang

Posted: 24 Feb 2013 01:12 AM PST

KOTA KINABALU, 24 Feb –  Wanita Barisan Nasional (BN) menubuhkan pasukan khas dari rumah ke rumah bagi memberi penerangan serta menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang, terutama ketika pilihan raya yang sering disasar kepada suri rumah.

Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pewujudan pasukan itu penting kerana kunjungan dari rumah ke rumah memberi kesan ketara dalam mempertingkat sokongan rakyat.

“Jentera pilihan raya Wanita BN kini berada di fasa terakhir, dan kita perlu lipatgandakan usaha bagi menangkis tohmahan dan fitnah yang dilempar pembangkang.

“Pembangkang sudah ketandusan isu dan hanya bersandarkan fitnah dan tohmahan untuk meraih sokongan rakyat. Kita mesti ingatkan pengundi supaya mengundi bukan mengikut emosi ataupun mengikut fitnah pembangkang, tetapi demi masa depan negara,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program ‘Gelombang Biru’

Wanita BN Negeri Sabah, yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kompleks Sukan Likas hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Armani Mahiruddin.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno pusat berkata pemerkasaan golongan hawa di bawah pimpinan Musa membuktikan sokongan Wanita BN kepada kepimpinan beliau amat baik sekali.

Beliau juga mengingatkan Wanita BN Sabah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum, yang dijangka amat mencabar.

“Dalam politik, ia seperti maraton, semangat kita mesti berkobar-kobar di saat-saat akhir ini kerana apabila kita melihat trend pembangkang melemparkan tohmahan, fitnah dan pelbagai cerita yang karut marut dan menjadi bahan kempen mereka.

“Jadi kita wanita bersiap sedia untuk masuk rumah ke rumah untuk menangkis segala tohmahan, fitnah dan cerita yang karut-marut ini. Jentera wanita akan menangkisnya berdasarkan fakta,” katanya.

Sebagai Perdana Menteri, Najib Tidak Akan Menjual Maruah Kerajaan

Posted: 24 Feb 2013 01:10 AM PST

SEREMBAN, 24 Feb –  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai Perdana Menteri beliau tidak akan menjual maruah kerajaan, menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan.

Katanya beliau tidak akan korbankan masa depan rakyat dan negara kerana hendakkan undi dalam pilihan raya.

“Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan, dalam hidup kita mesti ada prinsip sebab itulah pilihan raya umum bukanlah tentang siapa akan menang tapi destini negara kita…masa depan penentuannya akan kita tentukan tak lama lagi.

“Oleh itu, marilah kita kuatkan semangat, rapatkan barisan, tanam dalam hati bahawa kalau parti menang, masa depan dan hari esok masih ada,” katanya pada majlis perjumpaan kepimpinan akar umbi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Najib yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini sebelum itu mendengar taklimat BN negeri.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan; Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang; Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek.

Perdana Menteri berkata BN perlu berpakat dan mencari formula terbaik sebab kekuatan dalaman adalah amat penting kerana sekiranya BN kalah ini menunjukkan BN tidak bersatu dalam erti kata sebenarnya.

“Oleh itu, kenal lah diri sendiri, kekuatan kita, kelemahan kita, kelemahan musuh dan kekuatan musuh…segala kelemahan kita perbaiki, saya yakin dan percaya bumi Negeri Sembilan ini BN akan bertambah lagi kuat.”

Perdana Menteri berkata sokongan rakyat kepada BN pada hari ini semakin baik sebab rakyat sudah yakin.

“Hak sebelah sana (pembangkang) cakap, janji tapi yang buat kita (BN)…yang laksana BN lah. Senanglah nak janji, sesiapa boleh janji…janji mansuh PTPTN, tol, kurangkan minyak, free ini itu…senang…tidak payah ada kelulusan, siapa pun boleh cakap. Tapi pilihan raya memilih kerajaan yang bertanggungjawab, yang boleh bawa kita ke masa depan yang jauh lebih baik, yang menaikkan martabat, maruah bangsa dan negara.

“Inilah kerajaan kita, kerajaan BN. Kita tak tipu rakyat, kita tak menjual dasar populis, kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab untuk masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata rakyat kini semakin yakin dengan kerajaan BN kerana kerajaan memastikan setiap janji termasuk yang diumumkan dalam Belanjawan ditepati dan ditunaikan.

“Mereka (rakyat) terima BR1M 1(Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500 tapi saya diberitahu BR1M 2.0 lebih lagi penerimaannya…ada yang salam sampai kucup tangan, ada yang salam kata kali ini saya undi BN. Sebab tu kalau ada pemimpin yang sudah pun cakap celupar, yang telah sasau….saya tak hairan kerana rakyat akan mengadili pemimpin sebegini.

“Saya dah pergi banyak tempat…bila saya salam dengan orang, saya rasa salam macam dia nak sokong saya…tak taulah kalau kena tipu, tapi bila dia salam itu rasa macam betul-betul nak sokong kita.

“Rakyat biasa semua salam, tengok lain macam tapi kalau saya terlepas pandang dia panggil supaya saya salam dia. Ada yang kata I love you dan yang tak pandai bahasa Inggeris pun, orang, wanita kampung ini boleh cakap IM4U,” katanya.

Perdana Menteri berkata sejarah telah membuktikan kalau perubahan itu berlaku berdasarkan dari atas ke bawah dan mendasari kehendak rakyat, perubahan itu memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Kita boleh menyingkap sejarah peradaban Jepun misalnya dari atas ke bawah. Kita boleh bagi contoh lain dan yang terkini Arab Spring, belum lagi menampakkan apa yang diharapkan iaitu dividen keberhasilan daripada kejutan tersebut menghampa dan mengecewakan rakyat negara tersebut.

“Sebab itulah transformasi lebih baik daripada reformasi. Reformasi mengajar rakyat berdemonstrasi, akhirnya baling kerusi, tapi transformasi membawa kita kepada kejayaan dan manfaat kepada negara. Mereka (pembangkang) mengajar rakyat untuk tunjuk perasaan buat demonstrasi jalanan, kita (BN) membina sikap rakyat. Kalau tak setuju pun buatlah perjumpaan secara aman…patuhi undang-undang. Dia (pembangkang) suruh rakyat langgar undang-undang, kita (BN) didik rakyat supaya hormat undang-undang.

“Dia (pembangkang) janji macam-macam, bila kita buat janji, ditepati dan mereka gelisah,..sebab apa, sebab BN janji ditepati…pembangkang janji kosong,” katanya.

Projek Mega Datum Jelatek – PKNS Sudah Lari Dari Matlamat Asal Penubuhan

Posted: 24 Feb 2013 01:05 AM PST

KERAMAT, 24 Feb – Pengerusi Gerakan Rakyat Prihatin (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan mendesak kerajaan negeri Selangor agar membatalkan projek perumahan Datum Jelatek di Kg. Dato Keramat yang disifatkan beliau sebagai sebuah projek yang  menindas rakyat serta tidak memberikan sebarang manfaat dan keuntungan terhadap rakyat setempat.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menurut beliau perlulah merancang projek perumahan yang lebih sesuai mengikut keadaan sesebuah tempat dan sebagai sebuah syarikat perumahan untuk bumuputra, PKNS tidak perlu bersaing dengan syarikat perumahan swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata.

"Rakyat di sini telah meluahkan rasa kekecewaan yang amat sangat dengan PKNS,  Menteri Besar  dan juga Azmin Ali selaku pengerusi PKNS dengan hasrat mereka untuk melaksanakan projek mega seperti ini.

"Rakyat juga tahu bahawa projek Datum Jelatek turut melibatkan pelabur asing dari luar negara yang bakal mengambil hak-hak penduduk setempat di kawasan ini. Saya yakin dan percaya, dengan harga jualan kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik yang ditawarkan dari RM 956,000 hingga RM 11.6 itu, tidak ada  yang mampu untuk membeli dan memiliki rumah yang bakal di bina melalui projek itu," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Beliau seterusnya membidas perancangan PKNS yang mahu melaksanakan projek perumahan seperti ini yang begitu  jelas sekali tidak relevan untuk dibangunkan di kawasan tersebut, di mana harga rumah yang bakal dijual mencecah jutaan ringgit yang sudah pasti tidak mampu dimiliki oleh penduduk di kawasan tersebut.

"PKNS hari ini saya lihat sudah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya untuk membina rumah-rumah kos rendah dan mampu milik di Selangor. Dengan perancangan projek mega Datuk Jelatek ini, sudah  jelas bahawa PKNS telah menyimpang dari matlamat asalnya semata-mata mahukan keuntungan yang lebih dan sehingga sanggup mengenepikan hak-hak penduduk kawasan ini.

"Bahkan tindakan mereka yang sama sepertimana tindakan kerajaan Pulau Pinang yang membawa masuk pelabur-pelabur asing dari luar negara seperti Singapura ini dilihat sebagai satu ancaman terhadap pemilikan hartanah bumiputera di kawasan ini," tegasnya.

Terdahulu semalam, beliau bersama kira-kira 100 orang wakil persatuan penduduk beserta beberapa NGO telah mengadakan tinjauan ke tapak projek tersebut dalam satu demonstrasi aman bagi membantah perlaksanaan projek Datum Jelatek itu.

Antara pemimpin yang turut hadir dalam demonstrasi aman itu ialah Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Dato Megat Zulkarnain Omar Din, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, Presiden Gerakan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS),Hamidzun Kahiruddin  dan beberapa pemimpin penduduk setempat.

BN Selangor Optimis Rakyat Akan Beri Kepercayaan Pada PRU-13

Posted: 24 Feb 2013 01:00 AM PST

Shah Alam, 24 Feb- Barisan Nasional Selangor optimis bahawa peluang amat cerah untuk kembali memerintah Selangor selepas PRU ke 13 nanti.

Kesiapsiagaan parti juga berada dalam keadaan optimum dan bersedia untuk digerakkan semasa tempoh kempen. Malahan, gerak kerja terperingkat sudah pun dimulakan sehingga di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Setiausaha Barisan Nasional Selangor, Dato’ Hj. Mohammed Idris. B. Abu Bakar berkata, satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor dan semua Pengerusi BN Bahagian Selangor di telah diadakan pada 23 Feb di PWTC dan ianya dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

"Beberapa perkara penting telah diputuskan sebulat suara oleh semua JK Tertinggi iaitu lantikan jawatan YAB Dato’ Sri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihanraya BN Selangor manakala Koordinator BN Selangor, Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya Selangor.

Semua kepimpinan BN Selangor menyambut baik keputusan tersebut dan ianya akan menjadi pengorak langkah kepada usaha BN menawan kembali Selangor.

Satu simulasi khas Pilihanraya juga akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi membiasakan seluruh jentera termasuk memastikan segala persiapan dalam keadaan sempurna. Simulasi ini akan melibatkan semua peringkat parti dan cabang termasuk gerak kerja kempen yang bersepadu di peringkat PDM," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, jentera di peringkat PDM akan menjadi teras utama parti supaya segala bahan kempen dan maklumat dapat terus disampaikan kepada akar umbi. Persiapan diperingkat PDM juga akan diaudit bagi memastikan keselarasan tindakan.

"Kesepakatan dan kerjasama seluruh komponen dan peringkat dalam Barisan Nasional Selangor merupakan teras utama BN Selangor dalam menghadapi PRU akan datang.

Semoga hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan seterusnya memastikan usaha BN menawan Selangor menjadi kenyataan," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT