SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, February 21, 2013

UMNO Online - “Stability Is Key To Rapid Developement Of National Type Chinese Schools – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Stability Is Key To Rapid Developement Of National Type Chinese Schools – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Stability Is Key To Rapid Developement Of National Type Chinese Schools – Najib

Posted: 20 Feb 2013 04:19 AM PST

MIRI, Feb 20 – Datuk Seri Najib Tun Razak today urged the people to make the correct choice to ensure that the peace and stability prevailing in the country, including the development of national type Chinese schools, would continue.

“In other countries, there is no choice (in the education system) but in Malaysia, we adopt an open attitude,” the Prime Minister said when opening the Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan costing RM6 million, here today.

“There is a choice in this country whether to seek education at the Sekolah Kebangsaan (SK) or SKJC,” he said, adding that the country’s special educational feature should be appreciated by everyone.

Najib said Malaysia was the only country outside China and Taiwan to have a Chinese education system thus proving the government’s commitment and concern for the Chinese community in the country.

He gave an assurance that SJKC in the country would not be neglected because it was provided for in the national education system through the Education Act 1996.

He said peace and stability in the country had also led to an encouraging national economic growth with the Bank Negara announcing today a growth rate of 6.4 per cent last year which was among the highest in the world.

On the SJKC Chung Hua Tudan, Najib said the establishment of the school was approved during his tenure as the Education Minister and at the same time, the establishment of the Curtin University off campus in Miri was also approved.

He gave an assurance that he would provide an additional allocation to the SJKC Chung Hua Tudan to build a new block.

Earlier, the deputy chairman of the Management Board of SJKC Chung Hua Tudan, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, requested for government assistance of RM1 million for the construction of the new block to cater for the increased student enrolment.

PRU13 : PM Ikrar Banteras Rasuah

Posted: 20 Feb 2013 03:59 AM PST

PUTRAJAYA, 20 Feb -Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berikrar akan memberikan komitmen terhadap agenda pembangunan nasional terutamanya dalam membanteras gejala rasuah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menerusi dokumen ikrar yang ditandatangani Najib, beliau menyatakan bahawa hanya pemimpin yang adil boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang diterima rakyat.

“Saya percaya sebagai pemimpin BN yang sebenar, saya perlu menjadi contoh yang baik bahawa hanya calon yang bertanding secara adil dan bebas akan mewujudkan sebuah kerajaan yang dipercayai dan dihormati rakyat,” katanya seperti dipetik menerusi dokumen berkenaan.

Ikrar berkenaan merupakan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Integriti Antarabangsa Malaysia (TI).

Majlis menandatangani ikrar berkenaan disaksikan Presiden TI, Datuk Paul Low.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta beberapa pemimpin komponen BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.

Ikrar berkenaan merupakan satu kontrak sosial yang dibuat secara sukarela oleh calon-calon PRU-13 bagi menggalakkan integriti, sistem tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan serta demi menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Bakal-bakal calon daripada parti komponen BN sudah melalui proses tapisan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), jadi ia terbukti bahawa mereka juga memikul komitmen untuk memastikan pilihan raya bersih dan adil.

“Ini merupakan satu lagi langkah kehadapan dengan menandatangani ikrar integriti. Marilah kita bekerja bersama-sama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu menurut Najib, beliau akan memastikan semua calon BN menandatangani ikrar berkenaan selepas senarai calon diumumkan.

Sementara itu Low berkata kandungan ikrar berkenaan turut akan dimuatkan dalam laman web rasmi Integriti Antarabangsa Malaysia (TI).

“Langkah seterusnya ialah menjadi tanggungjawab awam adalah untuk menjadi mata dan telinga bagi memantau sama ada bakal-bakal calon mematuhi ikrar itu atau pun tidak.

“Selain itu orang ramai turut berpeluang memberikan maklum balas mengenainya di laman Facebook dan Twitter,” katanya.

Empat teras utama yang terkandung dalam ikrar berkenaan ialah:

1. Calon perlu mematuhi prinsip kebenaran, integriti, tingkah laku yang beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dalam apa-apa cara dalam amalan rasuah;

2. Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan;

3. Melakukan tadbir urus yang baik dan telus;

4. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di Malaysia.

Kira-kira 17,200 Penduduk Di Sarawak Bakal Dapat Manfaat KAR1SMA

Posted: 20 Feb 2013 03:48 AM PST

KUCHING, 20 Feb – Kira-kira 17,200 penduduk di Sarawak, yang berpendapatan rendah, miskin dan kurang bernasib baik, merupakan antara 200,000 di seluruh negara yang dikenal pasti layak menerima baucar RM300 setiap seorang di bawah Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) @ Hati Rakyat.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata baucar berkenaan bagi digunakan untuk menebus barang keperluan bagi golongan sasaran di kedai yang berdaftar di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan mesti ditebus guna sebelum atau pada 31 Mac ini.

“Orang yang layak memohon adalah termasuk yang belum  menerima  bantuan daripada kerajaan, permohonan bantuan yang telah ditolak atau masih dalam proses penerimaan dan miskin tegar,” katanya pada sidang media sempena pelancaran KAR1SMA peringkat negeri di kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Pemberian baucar itu dibuat secara ‘one-off’ atau sekali sahaja.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama unit penyelarasan Jabatan Perdana Menteri mendapat peruntukan khas RM50 juta, yang disalurkan kepada KPWKM sebagai peneraju program bagi tujuan tersebut.

KARIS1MA, yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  dilancarkan pada 15 Feb lepas sebagai satu inisiatif untuk mendekati rakyat berpendapatan rendah, miskin dan tidak bernasib baik di peringkat akar umbi.

Semua Pemimpin BN Wajar Ikut Jejak PM – Ahmad Maslan

Posted: 20 Feb 2013 03:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Feb  - Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) seharusnya mencontohi langkah Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata langkah itu membuktikan bahawa BN, sebuah parti yang menepati janji dan mendengar denyut nadi rakyat.

“Rakyat mahukan pemimpin berintegriti, yang amanah, kerja kuat dan mendahulukan rakyat. Aspirasi rakyat sudah termaktub dalam Perlembagaan UMNO serta perjuangan BN dan kami realisasikan sejak dahulu lagi.

“Transformasi iaitu perubahan ke arah kebaikan dalam pelbagai bidang sedang perdana menteri terajui berlandaskan gagasan 1Malaysia,” kata Ahmad, yang juga Ketua Penerangan UMNO, dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, mengulas langkah yang diambil Najib, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata ia adalah satu langkah yang baik dan perlu diikuti pihak lain.

“Ini mengambarkan keseriusan perdana menteri untuk memerangi rasuah dan dalam masa sama akan membantu meningkatkan indeks persepsi rasuah (CPI) negara,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Perdana Menteri hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutama pada pilihan raya umum ke-13.

Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.

Calon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri.

Apa Guna Lancar Manifesto Baru Jika Manifesto Ditarif Sebagai Bukan Janji…

Posted: 20 Feb 2013 03:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Feb. – Pakatan pembangkang dilaporkan akan melancarkan manifestonya sebagai persediaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang namun apakah ia akan direalitikan atau dianggap 'manifesto bukan janji' sebagaimana diungkapkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun lalu.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan menegaskan bahawa masyarakat akan memilih atau menilai parti politik berdasarkan kepimpinannya dan manifesto yang dinyatakan kerana ia adalah perkara yang sewajarnya menjadi bukti dan manifestasi kepada rakyat.

"Manifesto bukanlah niat atau hasrat tetapi ia lebih besar dari itu iaitu melibatkan perkara yang mesti dilakukan, dapat dilihat dan dibuktikan dan apabila ditulis sebagai satu manifesto maka bererti ia juga adalah satu janji apatah lagi bila melibatkan parti politik; maka sekiranya tidak ditepati ia ibarat cakap-cakap kedai kopi sahaja," katanya kepada UMNO-Online.

Dilaporkan, pakatan pembangkang akan melancarkan manifestonya bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' pada konvensyen keempat perikatan itu awal minggu depan.

"Manifesto melibatkan idealogi dan pemikiran daripada parti dan kepimpinan politiknya dan sebagaimana pakatan pembangkang pernah nyatakan bahawa PTPTN akan dihapuskan, cukai kereta akan diturunkan selain pelbagai janji-janji lain juga maka tentunya apa yang paling penting adalah bagaimana ia akan dilaksanakan, daripada mana sumber atau dana akan diperoleh untuk memajukan negara bagi menggantikan wang tersebut.

"Rakyat perlu dimaklumkan dengan perancangan teliti dan jangan hanya membuat tuduhan kepada kerajaan yang ada hari ini kononnya akan bankrap kerana memberikan bantuan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk sama ada BR1M, baucer buku dan bantuan kepada belia sedangkan tindakan dan janji-janji mereka sendiri lebih terarah membawa negara kepada muflis ekoran tindakan populis yang dibuat untuk tagih simpati."

Ujar beliau, alasan-alasan berkaitan emosi tidak sesuai lagi digunakan dalam keadaan masyarakat hari ini yang umumnya mempunyai pendidikan dan kadar celik huruf yang tinggi serta menuntut kepada tindakan yang rasional.

"Janganlah menjanjikan sesuatu yang belum pasti untuk dilakarkan dalam manifesto sedangkan apabila mendapat kuasa ia tidak dilaksanakan, malah seorang tokoh dalam pakatan pembangkang sewaktu menjawat Menteri Kewangan telah bertindak menaikkan beberapa cukai sehinggakan memberi bebanan kepada rakyat tetapi kemudiannya ia dikawal semula dengan kebijaksanaan Perdana Menteri pada masa itu.

"Manifesto adalah catatan bertulis kepada rakyat dan sekiranya gagal direalitikan maka ia boleh dituntut dan kerana itulah juga ia dibawa ke mahkamah sebagaimana yang telah dilakukan oleh ibu-ibu tunggal di Selangor," katanya.

Dalam hal ini beliau merujuk kepada tindakan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya untuk mengetepikan saman yang difailkan oleh 2,020 orang ibu tunggal berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan elaun yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008. Dalam perkara ini mahkamah mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan bagi tunggakan berjumlah RM10.9 juta.

"Manifesto adalah dokumen utama yang boleh dibawa kemuka pengadilan dan menjadi bahan bukti yang sahih."

Memetik kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata bahawa manifesto yang bakal dibentangkan oleh pakatan pembangkang adalah satu cara mempercepatkan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.

"Siapa saja boleh mendesak untuk diadakan pilihan raya tetapi tindakan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang mana beliau melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

"Rakyat perlu didedahkan dengan politik kematangan dan bukannya kaedah yang menyemai kebencian antara satu sama lain malah di Barat sendiri dapat dilihat antara parti-parti politiknya tidaklah sehingga memecahbelahkan masyarakat sebaliknya akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya atas semangat demokrasi."

Tambahnya lagi, pakatan pembangkang telah menanamkan momentum untuk membenci BN dengan melabelkan badan dan organisasi bebas sebagaimana polis, SPRM dan SPR tidak telus dan bersikap berat sebelah. – MediaUMNO

Tiga Elemen Serlahkan Gelombang Keyakinan Rakyat Kedah Terhadap BN

Posted: 20 Feb 2013 02:52 AM PST

ALOR STAR 20  Feb – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Mahdzir Khalid percaya kombinasi tiga elemen bakal membawa satu lonjakan perubahan untuk negeri berkenaan pada pilihan raya umum nanti.

Menurut beliau tiga kombinasi berkenaan iaitu populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bertunjangkan modul pembangunan rakyat serta komitmen kepimpinan BN semua peringkat dan paling penting 'wave' atau gelombang rakyat untuk sama-sama melihat perubahan.

"Pas Kedah ini rata-rata melihatnya gagal dalam semua aspek. Daripada sudut  hubungan pemerintah dengan pentadbir, dasar yang tidak jelas, kegagalan projek pembangunan untuk rakyat dan sebagainya lagi semuanya ada pada kerajaan Kedah hari ini.

"Projek rakyat seperti baiki rumah, bantuan anak sekolah, baiki jalan ….ini semua dibuat oleh kerajaan persekutuan dan  ini yang ditunjukkan kepada penduduk setempat beza antara kerajaan BN dan pembangkang

"Atas faktor berkenaan, kita yakin dan insyaallah semua lapisan masyarakat di Kedah ini daripada petani, nelayan, penoreh getah, kerja ladang, industri, kakitangan kerajaan dan sebagainya lagi kini berada pada tahap gelombang yang tinggi untuk beri kepercayaan semula kepada BN. Ombaknya cukup kuat termasuklah  rakan-rakan kita daripada masyarakat Cina, Siam, India dan lain-lain," katanya dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online..

Beliau yang juga ADUN Pedu dan Ketua UMNO Padang Terap turut yakin pusingan akhir persiapan jentera di bahagian berkenaan berada dalam momentum dan 'mood' yang cukup tinggi untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Pusingan akhir berkenaan diyakini bakal menterjemahkan satu kekuatan yang cukup padu selain sokongan yang tidak berbelah bagi daripada kalangan penduduk setempat untuk membantu kemenangan BN kelak," katanya.

 

Wanita UMNO Desak Azizan Tubuh Jawatankuasa Khas Tangani Masalah KUIN

Posted: 20 Feb 2013 02:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendesak agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah yang melanda kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Tegasnya, Azizan patut lebih bertanggungjawab dan menangani masalah ini dengan lebih bijak dan adil.

"Saya ingin bertanya kepada Azizan, dahulu mereka sanggup menukar perjuangan parti mereka dari memperjuangkan Islam kepada kebajikan.

"Tetapi kini bila ianya dituntut mengapa Azizan berdiam diri malah menuduh mereka yang bangkit menuntut hak dan kebajikan mereka dibela sebagai ejen yang diupah oleh UMNO. Sudahlah guna taktik yang sama… Dah basi… tuduhan ini sebenarnya merupakan satu penghinaan kepada semua kakitangan dan pelajar KUIN yang menuntut hak mereka," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas perjumpaan khas bersama wakil kakitangan KUIN di Ibu Pejabat Pergerakan Wanita UMNO di PWTC, hari ini.

Pertemuan bersama wakil kakitangan KUIN ini juga disertai dengan wail-wakil peguam yang bersiap sedia untuk membantu khidmat nasihat peguam percuma.

Jelas Shahrizat khidmat nasihat guaman percuma ini adalah bertujuan memastikan hak dan kebajikan kakitangan dan saraan hidup keluarga mereka terbela.

"Kita melihat isu kakitangan KUIN menuntut hak dan kebajikan mereka adalah isu kemanusiaan kerana selain daripada lewat dibayar gaji, kakitangan juga berdepan masalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan Lembaga Tabung Haji serta ansuran bank tetapi malangnya mereka kini diancam dengan tindakan tatatertib. Ada juga yang bakal diisytihar muflis.

"Bayangkan bagaimana mereka mahu hidup sekiranya mereka tidak bayar gaji tidak menentu dan diisytihar muflis. Lihat, isu KUIN inipun Azizan gagal tangani apatahlagi mahu mentadbir negeri dan seterusnya negara," ujarnya lagi. – MediaUMNO

BL1M Terus Dapat Sambutan Hangat, Hampir Mencecah 150,000 Pemohon

Posted: 20 Feb 2013 12:25 AM PST

KUALA LUMPUR 20 Feb – Batuan Lesen 1Malaysia (BL1M) terus mendapat sambutan hangat apabila jumlah mereka yang memohon hingga ke hari ini hampir mencecah 150,000 pemohon.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata jumlah berkenaan bukan sahaja melepasi sasaran awal malah mungkin akan melepasi sasaran kedua sebanyak 150,000.

Menurut beliau dalam usaha memberi kemudahan serta keselesaan kepada orang ramai menerusi program berkenaan, pihaknya telah mengambil beberapa inisiatif baru termasuklah memperluaskan wakil di seluruh negara yang kini berjumlah 737.

"Dan hari ini kita turut mengadakan kerjasama bersama Persatuan Sekolah Institut Memandu Malaysia (PERPISMA) selain beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan lain seperti Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B Malaysia dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ke arah penambahbaikan lagi program ini.

"Menerusi kerjasama ini, PERPISMA akan menjadi penasihat kepada BL1M dalam proses pembelajaran peserta di institut memandu mengikut panduan dan undang-undang yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ).

"Dan menerusi kerjasama dengan NGO pula, Majlis Belia Felda dan rakan-rakan NGO yang lain akan terus membantu dari segi pendaftaran kepada mana-mana mereka yang layak untuk emndaftar di seluruh negara," katanya.

Jelas beliau lagi proses selanjutnya akan bermula sejurus tarikh pendaftaran BL1M akan berakhir pada hujung bulan ini.

Tengku Azman berkata demikian pada sidang media majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara BL1M dengan wakil PERPISMA yang diwakili Harun Shafie, manakala Gerakan belia 4B diwakili Muammar Gaddafi dan GPMS diwakili Jais Abdul karim. BL1M pula diwakili Tengku Azman Zainol Abidin.

Justeru beliau mengalu-alukan orang ramai untuk terus mendaftar program berkenaan menerusi pelbagai saluran yang disediakan.

"Kita merasakan wakil kita ada di mana-mana…bukan sahaja Pejabat UMNO bahagian, malah menerusi laman web kita www.bl1m.my, kaunter ibu pejabat UMNO, dan pelbagai saluran yang kini berjumlah 737. 

"Jadi jika ada yang masih merungut seperti sukar untuk mendapatkan borang dan sebagainya, kita merasakan itu adalah sesuatu yang mustahil," katanya. -MediaUMNO

DAP Patut Tukar Nama Dictator Action Party – Jais

Posted: 20 Feb 2013 12:21 AM PST

KLUANG, 20 Feb – Ketua UMNO Bahagian Kluang, Jais Sarday berkata kepimpinan tertinggi parti DAP patut menukar nama parti terbabit daripada Democratic Action Party kepada Dictator Action Party.

Ini kerana jelas beliau DAP dilihat sentiasa mahu mengawal rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang dan sekiranya ahli mereka sendiri  membantah setiap tindak tanduk pemimpin tertinggi, mereka akan dipecat.

"Kita ambil contoh isu kalimah Allah… Guan Eng pernah cakap kalau kalau pakatan berjaya memerintah negara maka kalimah Allah akan dibenarkan digunapakai dalam Baible versi Melayu.

"Ini isu lama dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kalimah Allah adalah hak orang Islam tetapi Guan Eng bangkitkan kembali isu ini. Sebab apa? Sebab dia mahu meraih undi kaum tertentu dan memecahbelahkan orang Melayu.

"Majlis Syura juga telah bersetuju bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan untuk digunakan dalam Bible bahasa Melayu namun DAP tetap bertegas dengan kehendak mereka. Sepatutnya DAP harus menghormati Majlis Syura.

"Asas perpaduan berbilang kaum adalah saling menghormati agama dan bangsa setiap orang. Inipun DAP tidak mampu untuk lakukan jadi bagaimana DAP mahu memerintah negara.  Mereka ini akan lakukan apa sahaja untuk mencapai agenda busuk mereka," ujarnya kepada UMNO-Online.

Jais yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota turut menambah, apa yang berlaku di Gelang patah juga merupakan contoh terbaru bahawa DAP terlalu 'perasan' bahawa rakyat menyokong mereka sekaligus memberikan gambaran bahawa memang tiada muafakat di antara DAP, PKR mahupun Pas.

"Dalam soal penentuan kerusi pun mereka gagal meraih kata sepakat sehingga sanggup menikam rakan sendiri, bayangkan sekiranya mereka memerintah negara. Apa akan jadi kepada masa hadapan negara dan juga rakyat.

"Ini jauh berbeza dengan BN. Kita sentiasa berpakat dan bermuafakat. Setiap parti komponen menghormati keputusan dan penentuan kerusi. Kita tidak bercakaran dan menyokong segala keputusan yang telah dibuat.

“Sekiranya ada percanggahan pendapat, kita akan selesaikan dengan baik dan akhirnya akan akur kepada pucuk pimpinan parti. Apa yang penting adalah perjuangan parti untuk keharmonian negara dan rakyat," ujarnya lagi. - MediaUMNO

PM Signs Transparency International’s Election Intergrity Pledge

Posted: 20 Feb 2013 12:13 AM PST

PUTRAJAYA, Feb 20 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today signed the Transparency International’s Election Integrity Pledge, making a public declaration to uphold integrity and reinforcing his commitment to the nation’s agenda in fighting corruption especially in the upcomming 13th general election.

Transparency International’s Election Integrity Pledge is a voluntary social contract where candidates who will be standing for the general election, pledge to promote integrity, good governance, transparency and accountability in government and to uphold the rule of law.

The candidates who signed the pledge agree to adhere to Election Offences Act 1954 and its regulations; and ensure that their actions and decisions are for the benefit of the general public and not self-serving.

Under the ‘Further Information’ section, right after the sentence – ‘I am signing this Election Integrity Pledge because:’ Najib wrote “I believe that as the BN leader I have to set a strong tone. Only a candidate who is deemed to have fought clean and fair election will lead to a trustworthy government respected by the people”.

TI-Malaysia President Datuk Paul Low Seng Kuan signed the document as a witness, and also present at the signing ceremony at the bangunan Perdana Putra was Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, Umno Secretary-General Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, and the Barisan Nasional component party leaders.

The Pledge states that the candidates shall observe the principles of truth, integrity, ethical conduct and accouuntability, including not accepting or giving bribes, or involved in any way in corrupt practices.

The candidates shall also uphold and give priority to the interests of the rakyat as a whole, practice good governance and transparency; and comply with applicable laws and regulations of Malaysia.

According to a statement from the Prime Minister’s office, the Prime Minister said once the Barisan Nasional nominees for the general elections are announced, he will ensure that all candidates will sign the pledge.

“Nominees from Barisan Nasional and its component parties have gone through a review process with the MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission), it is fitting that they now take their commitment for clean and fair elections a step further by signing this Election Integrity Pledge.

“The responsibility of fulfilling the pledge lies with the signatories of the pledge and it is the prerogative of the general Malaysian public to hold them accountable to it. Let us work together towards strengthening the election process,” he said.

He pointed out that as the pledgee’s contact details will be available in the Transparency International website, the responsibility of the public is therefore to be the eyes and ears to monitor their elected representative’s adherence to these standards.

Meanwhile when approached after the ceremony, Paul Low said the public could communicate with the candidates using the contact information provided by them in the TI website http://timalaysia-electionpledge.org.my.

He said as the pledge is not about the party, but individual; he expects that all the candidates and party leaders, from the government party, the opposition, or any independant standing in the comming election; to step forward and sign the pledge.

“Because I believe that for Malaysia, we need to change this political culture, to ensure that integrity and fighting corruption is the priority of every lawmaker,” he said.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT