SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, March 22, 2014

UMNO Online - “Anwar Manipulasi Sistem Demokrasi Demi Kepentingan Diri dan Keluarganya – Zul Nordin” plus 9 more

UMNO Online - “Anwar Manipulasi Sistem Demokrasi Demi Kepentingan Diri dan Keluarganya – Zul Nordin” plus 9 more

Link to UMNO Online

Anwar Manipulasi Sistem Demokrasi Demi Kepentingan Diri dan Keluarganya – Zul Nordin

Posted: 21 Mar 2014 09:00 AM PDT

KAJANG, 22 Mac – Bekas peguam peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk  Zulkifli Nordin berpendapat bahawa pilihan raya DUN Kajang ini diadakan hanyalah semata-mata untuk memuaskan nafsu politik Ketua Pembangkang dan bukanlah dengan niat sebenar untuk memelihara dan membela nasib rakyat.

Menurut beliau, tujuan pilihan raya DUN Kajang adalah untuk memberikan laluan kepada Anwar untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid yang dikatakan mempunyai corak kepimpinan yang tidak disenangi oleh orang-orang kanan Anwar termasuk beliau sendiri.

"Dan bagi saya, jawatan Menteri Besar itu merupakan strategi Anwar untuk berhadapan dengan rayuan liwat Saiful Bukhari di mahkamah rayuan. Mungkin strategi beliau semasa itu, mahkamah akan membicarakan kes tersebut selepas PRK ini, namun jangkaan beliau meleset apabila mahkamah akhirnya mensabitkan beliau bersalah sebelum berlansung PRK Kajang ini.

"Justeru itu, perancangan Anwar  telah gagal namun calon bagi Kajang Move ini tetap perlu diisi dan akhirnya beliau memilih isterinya sendiri sebagai calon di kawasan tersebut. Tetapi kenapa Wan Azizah yang beliau pilih?

" Ini disebabkan perancangan untuk menjadi MB itu masih ada dan Anwar perlu meletakkan orang yang paling dipercayainya untuk menggantikan tempat beliau di situ dan sekiranya beliau meminta Wan Azizah untuk mengosongkan kerusi itu bila perlu, maka Wan Azizah akan lakukannya seperti yang pernah beliau lakukan di Permatang Pauh sebelum ini," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Berdasarkan perkara tersebut menurut beliau lagi, Wan Azizah hanyalah sekadar calon sementara sahaja seperti mana sebelum-sebelum ini.

"Itulah tugas Wan Azizah yang benar-benar setia berkhidmat untuk suaminya. Wan Azizah ini memang sejak tercetus reformasi pada tahun 1998 sehinggalah sekarang, sentiasa menjadi 'stand in' untuk Anwar Ibrahim.

Tambahnya lagi, sekiranya ditakdirkan Anwar terlepas dalam penghakiman mahkamah persekutuan kelak, maka beliau pasti akan meminta Wan Azizah mengosongkan kerusi DUN Kajang ini.

"Dan hanya Wan Azizah saja yang beliau percaya untuk mengosongkan kerusi ini untuk memberikan laluan kepada Anwar untuk meneruskan perancangan menjadi Menteri Besar sekiranya diminta berbuat demikian kelak.

"Yang keduanya, sekiranya Anwar tidak terlepas daripada keputusan mahkamah persekutuan, maka saya punya bacaan di mana kemungkinan Wan Azizah akan dilantik menjadi MB Selangor bagi menggantikan Khalid, yang mana semua orang tahu bahawa Khalid merupakan 'orang' Wan Azizah.

"Saya  tidak terkejut sekirany tiba-tiba PKR memalu kompang dan mencanangkan ke satu Malaysia kononnya dengan perlantikan itu Wan Azizah akan menjadi wanita pertama yang akan menjadi MB dalam sejarah politik Malaysia," ujarnya.

Apa yang jelas hari ini, Anwar telah memanipulasikan sistem demokrasi yang ada di negara ini untuk kepentingan peribadi beliau. Tidak ada langsung tujuan PRK ini adalah untuk kepentingan rakyat di DUN Kajang dan sebagainya.

"PRK di DUN Kajang ini hanyalah untuk kepentingan Anwar Ibrahim, keluarga Anwar dan juga untuk menyelesaikan kemelut dan krisis dalaman dalam parti PKR. PKR ini sebenarya langsung tidak ada kena mengena dengan rakyat di Kajang," tegasnya. -MediaUMNO

Kenyataan Media Pemangku Menteri Pengangkutan Mengenai MH370 (21 Mac)

Posted: 21 Mar 2014 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, di Sepang, Selangor, Jumaat:

“Malaysia terus berusaha menangani cabaran diplomatik, teknikal dan logistik melibatkan operasi mencari MH370.

“Kami masih menunggu maklumat daripada operasi mencari dan menyelamat Australia mengenai sama ada objek dipaparkan dalam imejan satelit dikeluarkan Australia semalam benar-benar berkaitan dengan MH370.

“Pada masa yang sama, kami meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kawasan koridor selatan dan koridor utara yang masih belum diliputi. Kini, saya akan berikan taklimat perkembangan terkini operasi.

Perkembangan operasi

“Usaha mencari di barat daya Perth diteruskan, dan pihak berkuasa Australia mempergiatkan usaha mereka di kawasan itu. HMAS Success dijangka sampai ke kawasan objek itu esok.”

“China menghantar lima kapal dan tiga helikopter yang kini sedang menuju ke koridor selatan. Tiga pesawat China (dua Ilyushin IL-76s dan satu Shaanxi Y-8) tiba di Malaysia pada 11 pagi ini. Ia juga akan melakukan pencarian di koridor selatan.

“Jepun menghantar asetnya ke Perth, termasuk dua pesawat P-3 Orion, untuk membantu Australia dalam usaha mencari.

“Pagi ini saya bercakap dengan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom yang mengesahkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah bercakap dengan Perdana Menteri UK (David Cameron), dan HMS Echo sudah dalam perjalanan menuju ke selatan Lautan Hindi untuk membantu usaha mencari. Beliau turut mengesahkan bahawa UK akan memberikan kita senarai aset yang mungkin boleh dikerahkan jika perlu.

“Beliau turut mengesahkan bahawa, sebagai tambahan kepada bantuan teknikal diberikan setakat ini, ia juga bersedia memberikan bantuan pakar pencarian dan penyiasatan sebaik sahaja lebih banyak maklumat mengenai nasib MH370 diketahui.

“Saya juga berhubung dengan delegasi Perancis, diketuai Duta Besar Perancis di Malaysia, dan termasuk individu yang mengetuai penyiasatan nahas Air France 447 terhempas. Mereka telah bersetuju untuk membantu kita berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka.”

“Saya juga akan menghubungi Setiausaha Pertahanan AS pada 21:15 malam ini, untuk memohon aset khusus lain untuk membantu usaha mencari dan menyelamat, termasuk kenderaan beroperasi menggunakan alat kawalan jauh bagi pencarian di laut dalam.

“Pihak Kazakhstan telah memberi jaminan kepada kami bahawa mereka tidak menemui sebarang kesan MH370, dan kami sedang menunggu kebenaran bagi Kazakhstan digunakan sebagai pusat bagi operasi mencari.

“Mengenai penyiasatan polis, polis Ukraine telah mengesahkan pemeriksaan latar belakang terhadap penumpang warga Ukraine mendapati mereka ‘bersih’.

Pemerosesan data satelit

“Saya mahu bincangkan secara ringkas pemerosesan data Inmarsat.

“Pasukan penyiasat menerima data kasar satelit Inmarsat yang lengkap termasuk enam ‘handshake’ pada kira-kira 15:00 Rabu, 12 Mac.

“Data jenis ini biasanya tidak digunakan dalam penyiasatan seperti ini. Oleh kerana kita hanya mempunyai begitu sedikit maklumat lain untuk digunakan dalam situasi sukar dan tidak pernah berlaku sebelum ini, menyebabkan data ini digunakan.

“Sebaik menerima data kasar, pihak berkuasa Malaysia serta merta berbincang dengan pasukan AS mengenai bagaimana data ini boleh digunakan. Pasukan AS dan pasukan penyiasat kemudian menghantar data ini ke AS, kerana ia memerlukan pemerosesan lebih lanjut sebelum boleh digunakan.

“Keputusan awal diterima pada Khamis 13 Mac pada kira-kira 13:30, tetapi telah dipersetujui oleh pasukan AS dan pasukan penyiasat bahawa ia perlu diperhalusi lagi, jadi data itu sekali lagi dihantar ke AS.

“Keputusan diterima pada kira-kira 14:30 Jumaat 14 Mac, dan dibentangkan kepada pasukan penyiasat pada mesyuarat peringkat tinggi pada 21:00 Jumaat. UK AAIB, yang turut memproses data ini secara bebas, membentangkan keputusan mereka – yang selaras dengan keputusan kami dan pasukan AS – pada mesyuarat itu.

“Perdana Menteri diberikan taklimat mengenai maklumat satelit ini pada 08:00 Sabtu, 15h Mac, dan mengumumkannya pada sidang akhbar pada waktu makan tengah hari Sabtu. Operasi mencari dan menyelamat dialih ke koridor utara dan koridor selatan.

“Data jenis ini biasanya tidak digunakan dalam penyiasatan seperti ini. Oleh kerana kita hanya mempunyai begitu sedikit maklumat lain untuk digunakan dalam situasi sukar dan tidak pernah berlaku sebelum ini, menyebabkan data ini digunakan.

“Sebaik menerima data kasar, pihak berkuasa Malaysia serta merta berbincang dengan pasukan AS mengenai bagaimana data ini boleh digunakan. Pasukan AS dan pasukan penyiasat kemudian menghantar data ini ke AS, kerana ia memerlukan pemerosesan lebih lanjut sebelum boleh digunakan.

“Keputusan awal diterima pada Khamis 13 Mac pada kira-kira 13:30, tetapi telah dipersetujui oleh pasukan AS dan pasukan penyiasat bahawa ia perlu diperhalusi lagi, jadi data itu sekali lagi dihantar ke AS.

“Keputusan diterima pada kira-kira 14:30 Jumaat 14 Mac, dan dibentangkan kepada pasukan penyiasat pada mesyuarat peringkat tinggi pada 21:00 Jumaat. UK AAIB, yang turut memproses data ini secara bebas, membentangkan keputusan mereka – yang selaras dengan keputusan kami dan pasukan AS – pada mesyuarat itu.

“Perdana Menteri diberikan taklimat mengenai maklumat satelit ini pada 08:00 Sabtu, 15h Mac, dan mengumumkannya pada sidang akhbar pada waktu makan tengah hari Sabtu. Operasi mencari dan menyelamat dialih ke koridor utara dan koridor selatan.
Penjagaan keluarga

“Malam tadi di Kuala Lumpur kami mengadakan taklimat untuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Seperti saya nyatakan dalam kenyataan semalam, taklimat itu untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada anggota keluarga, dan untuk menjawab soalan dan menjelaskan sebarang kekeliruan.

“Mesyuarat itu telah dihadiri anggota keluarga dari negara berlainan, termasuk Malaysia, dan wakil Kedutaan China di Kuala Lumpur.

“Delegasi peringkat tinggi Malaysia, termasuk wakil Malaysia Airlines, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara turut menghadiri mesyuarat.

“Perbincangan berlangsung secara konstruktif dan berterus terang. Walaupun kami menjawaB hampir semua soalan dikemukakan, kami tidak dapat menjawab semuanya. Taklimat ini akan diteruskan – mengikut kesesuaian keluarga – selagi keluarga mahukannya.

“Taklimat menjadikan anggota keluarga dan pihak berkuasa Malaysia lebih rapat, bukan sahaja dari segi berkongsi maklumat, tetapi juga dari segi mendengar suara hati anggota keluarga.

“Duta Khas Perdana Menteri ke China akan menyelaraskan taklimat di Kuala Lumpur mulai sekarang.
“Pasukan peringkat tinggi saya umumkan semalam tiba di Beijing malam tadi. Hari ini mereka bertemu dengan anggota keluarga selama tiga jam setengah.

Kenyataan penutup

“Usaha mencari akan diteruskan melibatkan pelbagai negara dari seluruh dunia dan diselaraskan Malaysia. Kami terus menerima tawaran bantuan, termasuk aset khusus yang dapat membantu operasi mencari dan menyelamat. Kami mengalu-alukan semua bantuan tatkala kami meneliti semua petunjuk berwibawa. “

Wan Azizah & PKR Tersilap Jalan – Kajang Bukan Laluan Untuk Ke Putrajaya

Posted: 21 Mar 2014 08:42 AM PDT

KAJANG, 21 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cita-cita pembangkang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah sia-sia dan menyusahkan rakyat sebaliknya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersilap langkah jika menganggap 'langkah Kajang' yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai laluan kepada pembangkang untuk ke Putrajaya.

"Tadi waktu saya datang ingat sudah tersalah tempat… saya nampak poster Wan Azizah tulis dari Kajang ke Putrajaya.

tun-mahathir-bergambar-selfie-program-kempen-bn-kajang-belia-muda-sokong

"Beliau silap jalan tu… tujuan PRK ini untuk pilih wakil rakyat Kajang dalam DUN Selangor," katanya ketika berucap pada majlis sepetang bersama Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di sini, petang tadi.

Turut hadir ialah calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

PKR memulakan 'langkah Kajang' apabila wakil rakyatnya sebelum ini, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lalu.

Menerusi kempen PRK Kajang, PKR menggunakan slogan 'dari Kajang ke Putrajaya' sebagai strategi meraih undi kononnya ia sebagai sebahagian daripada rancangan politik pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berharap pengundi DUN Kajang tidak terpedaya dengan mainan politik PKR yang bertujuan untuk memenuhi matlamat politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pilihan raya ini semuanya berpusing-pusing dengan Anwar dan keluarganya sahaja. Bila beliau tak dapat bertanding, bila suruh isterinya jadi calon. Perjuangan mereka ini adalah perjuangan keluarga Anwar untuk jadikannya perdana menteri," ujarnya yang juga Bekas Presiden UMNO. -MediaUMNO

Pertahan Islam, Tolak Tuntutan Comango – Yadim

Posted: 21 Mar 2014 05:19 AM PDT

MARAN, 21 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mahu umat Islam di negara ini bersatu menolak tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) bagi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana ia jelas bercanggah dengan Islam.

Yang Dipertua Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata umat Islam perlu meletakkan kepentingan agama terlebih dahulu berbanding perkara lain.

dipertua-yadim-yayasan-dakwah-islamiah-dr-asyraf-wajdi-dusuki-majlis-tertinggi-umno-bn-malaysia

“Bantahan kerajaan terhadap tuntutan Comango ini jelas membuktikan kerajaan amat tegas dalam mempertahankan agama Islam sebagai agama persekutuan, mempertahankan budaya dan nilai-nilai yang masih menjadi asas kepada struktur kenegaraan kita,” katanya selepas menghadiri Karnival Bicara Sakinah di sini hari ini.

Comango pada Oktober tahun lepas dilaporkan menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender kepada Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland.

Semalam, kerajaan Malaysia tegas mempertahankan kedaulatan Islam apabila menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam 232 syor negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam sesi penerimaan muktamad mengenai hak asasi manusia di Geneva.

Kebanyakan syor yang ditolak ialah tuntutan dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Okt 2013.

Dr Asyraf yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata pendirian kerajaan itu merupakan satu perkembangan yang sangat baik dalam usaha mempertahankan Islam di negara ini, namun ancaman itu dijangka berterusan kerana Comango dijangka terus membuat pelbagai tuntutan sehingga sesi berikutnya pada 2017.

“Ini bermakna kejayaan ini tidak akan bertahan, Comango akan ada susulan kerana semakan ini empat tahun sekali dan desakan ini akan terus berlaku.

“Apabila kita bersatu dengan sendirinya apa jua tuntutan asing yang dibawa akan tertolak dan pada masa yang sama Yadim akan teruskan sokongan kepada NGO Islam untuk kita merangka pelan jangka panjang untuk kita berjuang,” katanya.

Gov’t Never Doubt Loyalty Of Civil Servants – Muhyiddin

Posted: 21 Mar 2014 05:10 AM PDT

SERDANG, March 21 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the government has never doubted the loyalty and the support of civil servants and civil service pensioners.

He said the excellence achieved by the nation was the result of the compatibility existing between the civil servants and the government.

“We have to accept the reality that the achievements and excellence in numerous fields all this while are the result of our joint efforts,” he said in his speech at a meeting with civil servants here, today.

However Muhyiddin said civil servants also had the right to make their own choices in any fields, including those involving politics.

“This is our right and we will decide the shape we desire despite being civil servants and pensioners,” he said.

He said that in an increasingly complex world, it was not easy to run a nation, making it necessary the existing relations between the government and civil servants was further strengthened.

“In a complex situation, the experience to administer a nation is also very important. Maybe it is easy for people to make remarks…what is so difficult. It can be done by anybody but the experience of the opposition is negligible.

“The Barisan Nasional (BN)-led government is familiar to whatever is the national situation, so do not use emotion and sentiment to deny the good and efforts being done by the government all this while,” he said.

Muhyiddin said it was undeniable that there were still weaknesses in the country’s administration but the government always endeavoured to overcome them.

“On corruption, for example, the government has never compromised with the problem but any accusation must be based on proof, do not make accusation arbitrarily. The action taken must follow procedure.

“Give suggestion, if it is felt the corruption prevention measures implemented by the government is ineffective, how to improve on it, do not just accuse the BN government is corrupted,” he said.

On the issue of rising living costs, which was often harped by the opposition, Muhyiddin said, the government was not being idle as numerous measures and effort had been made to lighten the people’s burden.

He said the government was not being defensive but every allegations hurled by certain quarters, if untrue, must be defended against.

Hormati Undang-Undang, Jangan Termakan Provokasi Saat Akhir Pihak Lawan

Posted: 21 Mar 2014 03:10 AM PDT

KAJANG 21 Mac – Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang , Datuk Seri Noh Omar mengingatkan jentera parti agar sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak terikut-ikut dengan sebarang provokasi mana-mana pihak.

Menurut beliau apa yang penting selain kemenangan  pilihan raya menerusi sistem demokrasi, undang-undang negara juga mesti dihormati agar tidak terpengaruh dengan cara mereka.

“Saya berharap jentera BN yang mungkin ramai akan  turun pada PRK ini perlu mematuhi undang-undang negara dan juga SPR. Begitu juga pada hari mengundi nanti…kita kena mematuhi pihak berkuasa ,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dalam pada itu Noh turut menambah jentera parti dipertingkatkan hingga saat-saat akhir.

“Baki tempoh berkempen yang ada sambutan rakyat agak positif termasuk daripada komponen. Ada tempat yang dulunya tidak boleh masuk tetapi nampak sekarang ni dah boleh masuk. Dulu ada tempat yang jentera kita tak pernah sampai tetapi kali ini jentera kita boleh sampai di situ.

“Nampaknya boleh kita menarik pengundi atas pagar, dan perubahan ini  kalau istilah kita hitam dah jadi kelabu. Jadi kita harap jentera parti akan terus dapat bertahan hingga saat akhir,” ujarnya.

Beliau seterusnya menambah komitmen daripada komponen juga cukup baik.

“Saya tengok komponen pun ada beberapa tempat jenteranya agak baik bersama jalinan rakyat  kita dan ini nampak satu perubahan. Harap dengan usaha ini ianya  boleh menarik rakyat dan pengundi untuk memberi sokongan kepada BN.

“Kali ini  pendekatan kita  berbeza. Tidak ada tabur janji…Kita hanya pergi rayu kerana kerusi ini kosong dan BN  tawarkan diri untuk beri perkhidmatan yang baik. Kalau PKR  dengan cogankatanya ‘Kajang To Putrajaya’  kita pula nak janjikan Kajang ini langkah pertama untuk pru 14 nanti”, katanya. -MediaUMNO

MH370 : Masih Belum Ada “Bukti Konklusif”, Kata Hishammuddin

Posted: 21 Mar 2014 03:03 AM PDT

SEPANG, 21 Mac – Semua aset Malaysia dihantar ke selatan Lautan Hindi belum berhasil menemui sebarang “bukti konklusif” walaupun Australia menerima imejan satelit dua objek yang mungkin berkaitan dengan penerbangan MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

menteri-luar-anifah-aman-pengangkutan-pertahanan-hishammuddin-sedih-sebak-sidang-media-mh370-klia

“Banyak kapal dan pesawat menuju ke arah itu, tetapi tatkala kami bercakap mengenainya ketika ini, pihak berkuasa masih belum menemui apa-apa yang konkrit,” katanya di lobi Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata semua laporan dan sebarang petunjuk perlu diteliti dengan terperinci dan konsisten bagi memastikan semua petunjuk diperakui dan disahkan.

Ditanya sama ada pihak berkuasa Malaysia berharap untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan sejawatan Australia, beliau berkata:

“Kami mendapat maklum balas secara tetap dan sentiasa memantaunya sejak sidang akhbar terakhir. Setakat ini, mereka masih belum menemui apa-apa serpihan tetapi anda perlu hargai bahawa pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang melakukan pencarian di kawasan yang luas.”

Menegaskan keadaan cuaca turut memainkan peranan penting dalam operasi mencari dan menyelamat, Hishammuddin memberikan jaminan bahawa kapal P-8A Poseidon dan pesawat P3 Orion adalah antara aset paling canggih dalam operasi itu.

“Usaha ini membabitkan pelbagai negara. Saya mendapat sokongan dan doa daripada seluruh dunia, dan ini memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan SAR.

“Usaha ini melampaui sempadan bangsa, agama dan merupakan kerjasama dalam kalangan negara-negara,” katanya.

Penerbangan Malaysia Airlines MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam sebelumnya. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Melayu Dan Islam Perlu Pertahan Perlembagaan Negara – Muhyiddin

Posted: 21 Mar 2014 03:00 AM PDT

KAJANG, 21 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa, penting bagi orang Melayu dan umat Islam mempertahankan Islam sebagai agama rasmi, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan perdana menteri berkata kini telah wujud golongan yang sengaja mempertikai perkara itu walaupun dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan yang penganut agama lain bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.

“Pokoknya yang penting dan tidak boleh kita korbankan ialah untuk kita terus mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Jangan sampai esok ada orang katakan…tak apalah nanti kita buat referendum, kalau orang setuju kita kekalkan, kalau tak setuju kita pinda,” katanya dalam ucapan pada Majlis Jamuan Rakyat di perkarangan Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang di sini.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Jumaat bersama jemaah dari kawasan berhampiran, di masjid berkenaan.

Muhyiddin berkata perkara itu jika berlaku, bukan sahaja akan mengorbankan prinsip dan asas perjuangan pemimpin terdahulu bahkan boleh menggugat masa depan umat Islam dan negara.

Sehingga kini, beliau berkata Malaysia menjadi contoh dan diiktiraf oleh beberapa negara luar dalam usaha memartabatkan syiar Islam walaupun mempunyai rakyat pelbagai agama dan bangsa.

Kejayaan itu adalah hasil kesatuan dan kerjasama yang berteraskan kepada konsep perkongsian kuasa yang diamalkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, katanya.

Mungkin `Ada Yang Tak Kena’ Pada Wan Azizah Hingga Jentera Pas Dingin Di Kajang

Posted: 21 Mar 2014 01:51 AM PDT

KAJANG, 21 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dazma Shah Daut mengakui kehadiran jentera Pas di dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ini bermula pada hari penamaan calon, 11 Mac lalu sehingga ke hari ini nampak tidak memberangsangkan, seperti ada yang tidak kena sehingga menyebabkan sikap dingin jentera Pas kali ini.

Tambahnya, kalau ada pun jentera Pas ia kelihatan sekadar melepaskan batuk di tangga untuk membantu calon dari PKR, Datin Seri Wan Azizah yang merupakan Presiden PKR sendiri.

"Saya rasa ini disebabkan kemungkinan Pas sendiri yang tidak begitu setuju dengan calon yang ditampilkan PKR, kerana Wan Azizah ini bukanlah calon yang menjadi pilihan rakyat tetapi calon yang menjadi pilihan suaminya, Anwar Ibrahim.

wan-azizah-calon-pkr-pakatan-kajang-anwar-tak-kena-tertawa-takut-kanak-kanak

"Nampak gayanya, cara PKR berkempen dalam PRK Kajang ini lebih kepada meraih simpati untuk Anwar Ibrahim daripada memperjuangkan nasib rakyat khususnya di kawasan Kajang ini," ujarnya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau, untuk mereka menang dalam PRK Kajang ini, mereka menggunakan Wan Azizah kerana percaya ketrampilan Wan Azizah yang boleh meraih simpati rakyat untuk sama-sama memperjuangkan kezaliman yang kononnya kerajaan BN buat terhadap Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, selepas 10 hari berkempen di Kajang, beliau nampak perubahan sokongan khususnya anak muda untuk menyokong BN dan mengundi Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23 Mac nanti.

"Sumbangan jentera dan tenaga orang muda berpihak kepada BN," ujarnya lagi yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. -MediaUMNO

wan-azizah-calon-pkr-pakatan-kajang-pasar-malam-muka-ayam-ketawa-gila

Rakyat Di Balingian Sedar Pendidikan “Joran” Kejayaaan – Yussibnosh

Posted: 21 Mar 2014 01:48 AM PDT

MUKAH, 21 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Balingian, Yussibnosh Balo gembira melihat perubahan positif dalam kalangan penduduk setempat yang semakin sedar akan kepentingan pendidikan.

Katanya isu pendidikan dan sekolah antara yang paling popular dibangkitkan oleh rakyat kepada beliau sepanjang turun berkempen sejak lima hari lepas.

“Mereka sudah melihat betapa pentingnya pendidikan. Mereka sudah tahu (dengan) pendidikan (yang lebih baik, mereka) akan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya semasa ditemui di Kampung Jebungan di sini.

Yussibnosh berkata pemerhatiannya juga mendapati semakin ramai rakyat menyedari pemberian subsidi oleh kerajaan sama seperti diberi ikan yang habis apabila dimakan.

“Kalau kita beri pendidikan yang bagus kepada mereka samalah seperti memberi pancing kepada mereka (sebagai cara untuk menyara kehidupan lebih baik),” katanya yang gemar memancing pada waktu lapang.

Katanya pendidikan yang dimaksudkan tidak bererti tahap universiti semata-mata tetapi juga pengajian teknikal yang pada masa ini menjanjikan pendapatan lumayan.

Mengenai kempen beliau, Yussibnosh, 48, berkeyakinan penuh dapat mempertahankan kerusi itu yang sebelum ini disandang oleh bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya jentera pilihan raya BN juga lancar, jauh berbeza dengan jentera pihak lawan yang banyak bergantung kepada tenaga parti dari luar Sarawak untuk berkempen.

Dalam pilihan raya kecil pada 29 Mac ini, Yussibnosh yang juga bekas Pegawai Daerah Dalat berdepan cabaran calon PKR Abdul Jalil Bujang.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT