SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, March 18, 2014

UMNO Online - “Malaysia Perlu Sedia Hadapi Satu Lagi Krisis Kewangan – Dr Mahathir” plus 9 more

UMNO Online - “Malaysia Perlu Sedia Hadapi Satu Lagi Krisis Kewangan – Dr Mahathir” plus 9 more

Link to UMNO Online

Malaysia Perlu Sedia Hadapi Satu Lagi Krisis Kewangan – Dr Mahathir

Posted: 17 Mar 2014 09:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Malaysia perlu bersedia untuk berdepan dengan satu lagi krisis kewangan dunia yang dijangka berlaku berikutan kenaikan harga dan kurang kuasa membeli.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata negara perlu merangka strategi berdasarkan pengalaman lalu dan mencari punca krisis.

tun-mahathir-mantan-bekas-pm-malaysia-presiden-umno-bn

“Dengan krisis kewangan semasa dan yang lepas, kita perlu meneliti dan seterusnya mencari idea-idea mengenai cara bagi menyediakan diri kita untuk mengatasinya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas sesi meja bulat antarabangsa Yayasan Kepimpinan Perdana, mengenai ‘Bertahan Dalam Krisis Kewangan Global Akan Datang’, di sini, Isnin.

Beliau berkata peringkat pertama akan melibatkan memahami mekanisme dan apabila dicapai, krisis berkenaan boleh diuruskan.

“Saya bekas doktor dan pendekatan kita perlu seperti seorang doktor,” kata beliau.

Sesi meja bulat itu membincangkan cara-cara untuk mengatasi krisis kewangan dan hasilnya akan dikemukakan kepada kerajaan.

Sesi itu dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana dan ditaja oleh YTL Corp Bhd, Malaysia Airlines, Bina Puri, Westports, AmBank, UEM dan Bank Rakyat.

Pesertanya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar, Timbalan Pengerusi Khazanah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi AmBank Tan Sri Azman Hashim, Pengarah Urusan YTL Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik, Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Symphony Life Tan Sri Azman Yahya dan Pengerusi ISIS Tan Sri Jawhar Hassan.

Sementara itu, Tun Mahathir berkata beliau sedih dengan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, sejak 8 Mac lepas.

“Anehnya ia tidak boleh dikesan melalui satelit dengan 20 negara membantu dalam usaha mencari dan menyelamat,” kata beliau.

10,000 Individuals From Medium Income Group To Benefit From MyHome Scheme

Posted: 17 Mar 2014 09:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 17 – About 10,000 individuals from the medium income group stand to receive financial aid of up to RM30,000 through the Private Affordable Ownership Housing Scheme (MyHome).

menteri-kesejahteraan-bandar-abdul-rahman-dahlan-najib-halimah-myhome-bajet-belanjawan

Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan said through the scheme, to be implemented next month, the eligible house buyers could use the aid as deposit payment for their house.

“There are buyers who complained saying that the advance or deposit payment for the house is too high.

“The financial aid will be a solution where the money given to them will be deposited into their housing development account,” he said in an interview on Radio24 Bernama’s Radar programme here today.

Abdul Rahman said the MyHome scheme was an incentive for housing developers so that they would build more medium low cost houses.

“We focus on housing developers who just got their licence, starting their projects or those who are able to get their housing project ready this year,” he added.

The MyHome scheme was announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak when tabling the 2014 Budget in October last year.

Malaysia Tidak Akan Sembunyikan Maklumat Mengenai MH370 – Hishammuddin

Posted: 17 Mar 2014 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan dakwaan bahawa Malaysia menyembunyikan maklumat mengenai pergerakan penerbangan MH370.

“Bagi para keluarga, saya faham setiap hari perasaan semakin terseksa. Saya faham kerana Malaysia juga kehilangan ‘anak-anaknya’. Ada 50 rakyat Malaysia dalam pesawat itu.

“Keutamaan kami pada sepanjang masa ialah mencari pesawat itu. Kami tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat yang dapat membantu. Akan tetapi kami juga mempunyai tanggungjawab untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat sehingga disahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa,” katanya dalam sidang media, di sini.

hishammuddin-menteri-pertahanan-pengangkutan-mh370-mas-kenyataan-hari-ke-10-

Katanya tanggungjawab itu bukan sahaja terhadap keluarga dan pasukan penyiasat, tetapi juga operasi mencari dan menyelamat kerana adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab untuk mengerahkan sejumlah besar aset hanya berasaskan maklumat yang tidak sah dan sahih.

“Sebaik sahaja wujud kemungkinan pesawat berpatah balik ke Selat Melaka, kami memperluas pencarian ke kawasan itu.

“Saya ingin mengulangi kenyataan pasukan penyiasat AS (Amerika Syarikat) berhubung keputusan itu: ‘berasaskan maklumat dan data yang diberi oleh pihak berkuasa Malaysia, pasukan AS berpandangan ada asas untuk pihak berkuasa Malaysia mengerahkan aset melakukan pencarian di sebelah barat Semenanjung Malaysia’,” katanya.

Hishammuddin berkata sebaik sahaja mereka mengesahkan dengan sahih maklumat terbaharu daripada satelit berhubung lokasi terakhir pesawat yang diketahui, mereka menyusun semula usaha pencarian di koridor utara dan selatan seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tempoh 48 jam yang lalu, beliau berkata Malaysia mengusahakan keperluan diplomatik, teknikal dan logistik berhubung pencarian MH370 dan terus mengetuai penyelarasan keseluruhan usaha mencari itu.

Beliau berkata bilangan negara yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat itu telah bertambah kepada 26 negara.

“Dalam tempoh 24 jam yang lalu Perdana Menteri telah berhubung dengan Perdana Menteri Australia (Tony Abbott) dan Perdana Menteri China (Le Keqiang). Kementerian Luar Malaysia telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Ini meliputi dua kumpulan, pertama negara-negara di koridor pencarian dan kedua, negara yang kita dapatkan bantuan serta kepakaran,” kata Hishammuddin.

Bagi negara di kedua-dua koridor pencarian, Hishammuddin berkata Malaysia meminta maklumat radar dan satelit serta aset-aset khusus bagi operasi mencari dan menyelamat.

“Kita meminta mereka berkongsi pelan tindakan mencari dan menyelamat meliputi udara, laut dan darat dengan Pusat Koordinasi Menyelamat di Malaysia supaya kita boleh menyelaraskan usaha mencari.

“Kita meminta agar dimaklumkan perkembangan terkini termasuk laporan harian mengenai kedua-dua aktiviti pencarian dan perincian sebarang maklumat yang diperlukan oleh Malaysia,” katanya.

Sebagai pihak berkuasa penyelaras, Malaysia mengumpulkan semua maklumat sebagai sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat serta tidak boleh mendedahkan maklumat daripada negara-negara tertentu.

Hishammuddin berkata operasi mencari dan menyelamat di koridor utara dan selatan sudah bermula, melibatkan inisiatif awal Malaysia, Australia, China, Indonesia dan Kazakhstan.

“Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia sudah mengerahkan aset ke koridor selatan. Dua kapal dikerahkan iaitu kapal peronda luar pesisir KD Kelantan dan KD Selangor. Kerahan ini turut melibatkan helikopter Super Lynx yang boleh beroperasi dari kedua-dua kapal.

“Australia mengerahkan pesawat P-3 Orion ke Kepulauan Cocos dan Krismas. Hari ini Perdana Menteri Australia mengesahkan Australia akan menghantar tambahan dua lagi pesawat P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules. Pesawat P-8 Poseidon AS akan terbang ke Perth hari ini bagi membantu pencarian,” katanya.

Beliau berkata semalam, pakar dari Jabatan Penerbangan Awam China menyertai pasukan penyiasat manakala pegawai dari Pejabat Siasatan dan Analisis untuk Keselamatan Penerbangan Awam Perancis pula hari ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lepas. Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Wakil Rakyat Tidak Boleh Jaga Kawasan Guna “Remote Control” – Razali

Posted: 17 Mar 2014 05:28 AM PDT

KAJANG, 17 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata setiap wakil rakyat tidak boleh menjaga kawasan yang diwakilinya dengan menggunakan "remote control".

"Kita tidak boleh jaga kawasan kita macam 'remote control'… kita duduk di pejabat tak pernah turun nak buat sesuatu. Sebab itu kawasan Permatang Pauh banyak tak selesai. Kalau kata kawasan itu parlimen pembangkang, kerajaan negeri adalah kerajaan negeri dia.

"Calon kita, Datin Paduka Chew Mei Fun saya boleh nampak banyak faedah yang akan diperolehi oleh penduduk Kajang jika diberikan mandat kerana bukan sahaja berdasarkan akujanji yang dibuat tetapi pengalaman di dalam kerajaan sebelum ini," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata manifesto yang dicanang oleh PKR pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bukanlah benda baru.

razali-ibrahim-jpm-muar-pengundi-turun-padang-johor

Sebaliknya jelas beliau ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan cukup-cukuplah mereka mencanangnya di seluruh kawasan kerana pengundi Kajang cukup memahami apa yang ditawarkan itu.

"Cukup-cukuplah cerita nak buat itu, nak buat ini kerana kerajaan yang sama selepas pilihan raya umum ke- 13 yang lalu. Pada saya apa yang dijanjikan bukan benda baru sebab itu memang tugas kerajaan negeri.

"Ramai terkeliru…mereka adalah kerajaan… yang jadi kerajaan di Selangor ini adalah PKR dan BN sebagai pembangkang. Ini bukan nak pilih kerajaan persekutuan..ini nak pilih wakil rakyat", ujarnya.

Beliau seterusnya menambah Keadilan Untuk Anwar yang dicanang pada pilihan raya kecil itu juga bertentangan dengan konsep 'pemisahan kuasa' yang seolah-oleh mengheret rakyat bersama mempertikai keputusan mahkamah.

"Itu tidak betul. Negara kita bukan hanya mengenai Anwar Ibrahim…Sebab itu kita perlu amalkan konsep "pemisahan kuasa"… itu keputusan mahkamah. Apa yang mereka laungkan sebagai Keadilan Untuk Anwar sebenarnya sedikit sebanyak bercanggahan dengan konsep 'pemisahan kuasa' .

'Kalau semua diajar dan dididik mempersoalkan keputusan mahkamah maka negara ini tidak boleh dibina dengan tertib dan sempurna," katanya. -MediaUMNO

Rizab Melayu Di Johor Akan Ditambah Bagi Imbangi Populasi Kaum

Posted: 17 Mar 2014 04:30 AM PDT

JOHOR BAHARU, 17 Mac – Kerajaan Johor akan menambah bilangan tanah rizab Melayu terutamanya di kawasan bandar untuk mengimbangi populasi kaum dan mengelakkan orang Melayu terus tercicir.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata pihaknya sedang mengenal pasti tanah-tanah untuk dijadikan rizab itu termasuk tanah sedia ada milik kerajaan dan tanah hampir tamat tempoh pajakan.

khaled-nordin-menteri-besar-johor-tambah-rizab-melayu-kampung-wawasan-gelang-patah

“Kita akan umumkan bila tiba masanya termasuk keluasan-keluasan tanah itu. Apabila ada rizab Melayu, maka, kehidupan orang Melayu akan terjamin kerana Melayu juga perlu tinggal di bandar,” katanya.

Beliau bercakap selepas majlis penyerahan Notis 5A kepada 261 penduduk Kampung Baru Wawasan, Gelang Patah, dekat sini, hari ini.

Mohd Khaled berkata penambahan rizab berkenaan perlu dilakukan demi menjamin kelangsungan masyarakat majmuk di negeri ini sekaligus mengeratkan perpaduan.

Beliau berkata dalam konteks pembangunan, adalah penting setiap Bandar diwakili setiap kaum supaya sesetengah kaum tidak tercicir dan tidak menerima kesan buruk untuk jangka masa panjang.

Mengenai pemberian Notis 5A yang memberi hak milik kepada setinggan ke atas tanah yang mereka duduki, beliau berkata ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam mencapai setinggan sifar dalam tempoh lima tahun ini.

Beliau berkata dianggarkan terdapat kira-kira 5,000 keluarga terutama di bandar raya Johor Baharu yang masih dikategorikan sebagai setinggan.

“Setinggan sifar di negeri ini memerlukan pendekatan berbeza-beza dalam penyelesaiannya.

“Ia bukan hanya soal pemberian tanah dan perpindahan penduduk tetapi lebih kepada usaha untuk memastikan keseimbangan pembangunan,” katanya.

Jangan Heret Keputusan Mahkamah Ke Jalanan – Ahmad Maslan

Posted: 17 Mar 2014 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Mana-Mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan mahkamah diingatkan agar tidak mengheret pertikaian mereka dengan mengadakan perhimpunan jalanan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pihak berkenaan seharusnya menyuarakan sebarang pertikaian pada saluran yang betul, iaitu dengan mengemukakan rayuan.

“Apabila hakim telah membuat keputusan bersalah, ini bererti kaedah seterusnya ialah ke Mahkamah Persekutuan, bukan ke jalanan.

ahmad-maslan-calon-bn-kajang-chew-mei-fun-kayuhan-basikal-turun-padang-walkabout

“Rakyat bukanlah hakim dalam kes jenayah yang dilakukan itu, jadi pada saya, apa yang mereka cuba lakukan hanya sekadar untuk mendapatkan publisiti murahan,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia mengulas pengumuman Anggota Parlimen Batu Tian Chua berhubung rancangan pakatan pembangkang mengadakan satu perhimpunan pada 21 Mac di Stadium Kajang sebagai bantahan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh.

Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Empat hari kemudian Karpal Singh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan menghasut kerana mempersoal keputusan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.

Statement By Acting Transport Minister Hishammuddin Today Over Missing MAS Plane

Posted: 17 Mar 2014 03:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 17  - Following is the statement by Defence Minister and acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein at a press briefing on the search for the missing Malaysia Airlines (MAS) Flight MH370, in Sepang, Selangor, today:

hishammuddin-menteri-pertahanan-pengangkutan-mh370-mas-kenyataan-hari-ke-10-

1. Diplomatic efforts

During the last 24 hours, the Prime Minister has spoken to the Prime Minister of Australia and the Premier of China. Malaysia's Ministry of Foreign Affairs has sent diplomatic notes to all countries involved in the search and rescue operation.

This includes two groups: first, countries in the search corridors; and second, countries from which we are seeking assistance and expertise.

For countries in the search corridors, we are requesting radar and satellite information, as well as specific assets for the search and rescue operation. We are asking them to share their land, sea and aerial search and rescue action plans with the Rescue Co-ordination Centre here in Malaysia, so that we can co-ordinate the search effort.

We have asked for regular updates, including daily reports on both search activities, and details of any information required from Malaysia.

We are not at liberty to reveal information from specific countries. As the co-ordinating authority we are gathering all information as part of the on-going search and rescue operation.

2. Search and rescue operations

Over the past 48 hours, Malaysia has been working on the diplomatic, technical and logistical requirements of the search for MH370. The number of countries involved in the search and rescue operation has increased to 26.

Malaysia continues to lead the overall co-ordination of the search effort. The southern corridor has been divided into two sections, according to International Civil Aviation Organisation (ICAO) demarcations.

These demarcations were agreed by the ICAO – of which Malaysia is a council member – before MH370 went missing. Australia and Indonesia have agreed to lead search and rescue operations in their respective regions as demarcated by the ICAO.

Today, I can confirm that search and rescue operations in the northern and southern corridors have already begun.

Countries including Malaysia, Australia, China, Indonesia and Kazakhstan have already initiated search and rescue operations.

The Royal Malaysian Air Force and the Royal Malaysian Navy have deployed assets to the southern corridor. Two Malaysian ships have been deployed: the offshore patrol vessels KD Kelantan and KD Selangor. This deployment also includes a Super Lynx helicopter, which can operate from either ship.

Australia has already moved a P-3 Orion aircraft to region of the Cocos and Christmas Islands. Today, the Prime Minister of Australia confirmed that Australia will send an additional two P-3 Orions and a C-130 Hercules. A US P-8 Poseidon aircraft will be travelling to Perth today to help with the search.

3.Expert involvement

Malaysia has been working with international investigators and aviation authorities since day one.

Yesterday, experts from the Civil Aviation Administration of China joined the investigations team.

Today, officials from the French Office of Investigations and Analysis for the Safety of Civil Aviation also joined the team. These authorities are working with Malaysia Airlines and the DCA to refine data that can help with the search.

4.Police investigation

On Saturday 8 March, the Royal Malaysia Police started investigations into all crew members on board MH370, including the pilot and co-pilot, as well as all ground staff handling the aircraft.

On Sunday 9 March, police officers visited the homes of the pilot and co-pilot. Officers also spoke to family members of the pilot and co-pilot.

Police visited the homes of the pilot and co-pilot again on Saturday 15 March. The pilot's flight simulator was taken from his house with the assistance of his family. The simulator was re-assembled at police headquarters.

At this point, I would like to stress that Malaysia has been co-operating with the FBI, Interpol and other relevant international law enforcement authorities since day one.

5.Malaysia's response

I would also like to address the speculation that Malaysia has held back information about MH370's movements.

For the families, I understand that every day prolongs the anguish. I understand because Malaysia, too, is missing its sons and daughters. There were 50 Malaysians on board the plane.

Our priority has always been to find the aircraft. We would not withhold any information that could help. But we also have a responsibility not to release information until it has been verified by the international investigations team.

This responsibility is not only to the families and to the investigation, but also the search and rescue operation. It would be irresponsible to deploy substantial assets merely on the basis of unverified and uncorroborated information.

As soon as the possibility emerged that the plane had carried out an air turn back to the Straits of Malacca, we expanded our search to that area. I would like to reiterate the US investigating team's statement about that decision: based on the information and data given by the Malaysian authorities, the US team was of the view that there were reasonable grounds for the Malaysian authorities to deploy resources to conduct search on the western side of peninsular Malaysia.

As soon as we verified and corroborated the new satellite information as to the possible last known whereabouts of the aircraft, we recalibrated our search efforts to the northern and southern corridors as announced by the Prime Minister. After my statement we will release a more detailed map of the northern and southern corridors.

6.Malaysia Airlines (MAS)

Malaysia Airlines has  set up operations centres in both Kuala Lumpur and Beijing, to care for the families of the crew members and passengers.

MAS has allocated each family a caregiver, who will be on 24hours duty. They have sent more than 100 staff and caregivers to Beijing.

The airline gives daily briefings to the families. They provide counselling sessions. And they contact families, that have elected not to come to Malaysia, between two and three times a day.

7.Concluding remarks

Over the past two days, we have been recalibrating the search for MH370. It remains a significant diplomatic, technical and logistical challenge. Malaysia is encouraged by the progress made during such a short period of time. We are grateful for the response by the heads of government that we have spoken to, all of whom have expressed a commitment of assistance.

With support from our many international partners, this new phase of the search is underway. Assets are being deployed, and search and rescue operations have begun. I wish to thank our partners from around the world for their continued support.

Keadilan Bagi Anwar Hanya Jika Keputusan Mahkamah Berpihak Kepadanya – Zahid

Posted: 17 Mar 2014 02:27 AM PDT

KAJANG, 17 Mac – Bekas Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Zahid Mat Arip menyelar kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila secara berterus-terusan mengatakan bahawa beliau adalah mangsa kezaliman dan ketidakadilan mahkamah apabila beliau disabitkan dengan hukuman bersalah di atas perbuatannya meliwat pembantunya, Saiful Bukhari dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

Menurut Zahid, Anwar bukanlah menjadi mangsa kezaliman tetapi sebenarnya beliaulah menzalimi dirinya sendiri.

"Bagi Anwar apabila dia tidak didakwa, apabila dia tidak dijatuh hukum, itulah keadilan bagi Anwar. Tapi sekiranya beliau disabitkan kesalahan, dijatuhi hukuman maka itu adalah kezaliman, itulah ketidakadilan bagi beliau.

"Tapi sekiranya beliau terlupa, saya nak ingatkan beliau di mana dalam kes pertamanya dulu,  dia minta penangguhan sebanyak 69 kali. Bukan enam kali, bukan 6.9 kali tetapi 69 kali penangguhan diberi kepada Anwar. Apakah ini keadilan bagi mereka yang juga terlibat dalam kes itu?

"Kalau dulu dia diadili seorang hakim,  kali ini dia diadili oleh tiga orang hakim dan ini lebih telus lagi. Dari segi majoriti, Anwar tetap kalah. 3-1. Namun seperti biasa, beliau takkan menerima keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepadanya," tegasnya

Tambah beliau, tiba-tiba pula tampil presiden Bar Council Christopher Leong membuat kenyataan menyelar hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah rayuan lima tahun terhadap Anwar, dengan menyatakan bahawa tidak patut dijatuhkan kerana perlakuan liwat berlaku suka sama suka.

"Jadi dalam hal ini, sudah terang lagi bersuluh dengan kenyataan Presiden Bar Counsil itu sememangnya Anwar buat perkara  itu. Ini disahkan oleh presiden Bar Council dan bukannya orang tepi longkang. Dan sekiranya perkara ini juga satu fitnah bagi beliau,  dan sekiranya Anwar dan Wan Azizah punyai maruah,mereka  patut saman Christopher Leong.

"Ini kerana Wan Azizah berkempen di Kajang,  beliau berkata suaminya dianiya, suaminya suci, bagaimana seorang yang suci, presiden Bar Council boleh kata melakukan hubungan liwat suka sama suka.

"Sebab itu saya minta mereka berdua saman, sekiranya ini perkara ini tidak betul. Tapi kalau mereka tak buat apa-apa tindakan terhadap Presiden Bar Council itu, maka terbukti perkara ini benar," tegasnya. -MediaUMNO

christopher-leong-presiden-majlis-peguam-bar-council-akui-anwar-liwat-saiful-bukhari-azlan-wan-azizah-calon-kajang

dia-pembuli-sistem-kehakiman-negara-gimik-politik-pusing-putar

BN Will Not Cease Helping The Bumiputera, Says Muhyiddin

Posted: 17 Mar 2014 01:56 AM PDT

MUKAH, March 17 – The Barisan Nasional (BN) government will not cease efforts that have been made to improve the standard of living of the bumiputera in the country, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said here today.

He said the efforts would be further enhanced, especially in terms of expanding education and business opportunities for the bumiputera.

“We have invested a lot to ensure the bumiputera progress and contribute to the country’s development.

“We have produced many bumiputera who are successful and we want more bumiputera children to succeed,” he said when opening the Mara Junior Science College, here.

The BN government, he said, had set up various agencies so that the bumiputera could be on par with the other communities.

Muhyiddin said the setting up of the Mara Junior Science College (MRSM) in a small town, like Mukah, clearly showed the BN’s determination to further widen the education opportunities for bumiputera children.

“Schools like this (MRSM) will not be set up in Peninsular Malaysia or the big towns only. We want the opportunity to study to be available in all places in the country,” he added.

On education infrastructure development in the Balingian state constituency, Muhyiddin, who is also the Education Minister, said he had ordered for the construction of the school building for Sekolah Kebangsaan (SK) Tellian and SK Balingian to be expedited.

The order was made not because of the Balingian by-election, but the priority given by the BN government in ensuring education for the people, he added.

Also present at the event were Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem and Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

TLDM Dan TUDM Cari Pesawat Hilang Di Koridor Selatan – Hishammuddin

Posted: 17 Mar 2014 01:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditugaskan mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang dengan mengerah aset mereka di kawasan koridor selatan, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Koridor selatan menjangkau dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi, manakala koridor utara pula dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand.

Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan, berkata jumlah negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini meningkat daripada 14 kepada 26 buah.

Negara berkenaan adalah Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan dan Vietnam.

“Kementerian Luar telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara di sepanjang koridor utara dan selatan serta semua negara yang kita memohon bantuan,” kata Hishammuddin.

Hishammuddin berkata nota diplomatik itu menggariskan sokongan dan bantuan khusus yang diperlukan, termasuk maklumat radar dan satelit; operasi mencari di darat, laut dan udara; pelan tindakan mencari dan menyelamat bagi negara berkaitan; dan perincian berkaitan apa jua maklumat yang diperlukan daripada Malaysia.

Beliau turut mengesahkan tiga pegawai daripada Agensi Penyiasatan Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) kini berada di Kuala Lumpur untuk membantu operasi SAR itu.

Pegawai berkenaan akan berkongsi kepakaran dan pengetahuan berdasarkan pengalaman yang mereka peroleh semasa mencari pesawat 447 Air France yang terjunam ke Lautan Atlantik di perairan Brazil ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris pada 1 Jun, 2009, mengorbankan kesemua 228 penumpang dan anak kapal.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT