SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, March 20, 2014

UMNO Online - “Anwar!! Sila Terangkan Apa Maklumat Kerajaan Sembunyi Dalam Isu MH370?” plus 9 more

UMNO Online - “Anwar!! Sila Terangkan Apa Maklumat Kerajaan Sembunyi Dalam Isu MH370?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Anwar!! Sila Terangkan Apa Maklumat Kerajaan Sembunyi Dalam Isu MH370?

Posted: 19 Mar 2014 08:47 AM PDT

Anwar mendabik dada mendakwa dia lebih layak menguruskan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lepas.

Kononnya BN tidak menguruskan tragedi ini dengan baik dan menyembunyikan maklumat – tanpa menjelaskan apakah dia maklumat yang disembunyikan.

Yang penulis tahu, Anwar tu yang sebenarnya banyak berahsia dalam hal ini, terutama hubungan kekeluargaannya dengan juruterbang pesawat tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

tuduhan-anwar-kapten-zaharie-kerajaan

Penulis tak lupa Anwar ini kaki hasut. Semasa reformasi 1998, diakui sendiri oleh bekas-bekas pemimpin PKR seperti Zulkifli Nordin, ada cubaan untuk bakar Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam perasmian Sukan Komanwel.

Ada juga cubaan untuk membunuh Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir dengan membakar kediaman rasminya di Seri Perdana (lama). Nasib baik polis sempat gagalkan semua cubaan tersebut, kalau tidak huru hara negara kita.

Malah, Anwar boleh hasut beribu-ribu orang untuk turun ke jalan raya mempertahankan dirinya yang konon dianiayai kerajaan dalam kes dia meliwat Saiful walaupun fakta menunjukkan DNA dari air mani Anwar ditemui sejauh 4 cm dalam dubor Saiful.

Jadi penulis langsung tak pelik kalau Anwar boleh pengaruh satu orang untuk buat kerja bodoh seperti melarikan pesawat, menghempaskan pesawat dan yang seperti itu – penulis tak merujuk mana-mana kes secara spesifik.

Menunjukkan disitu, bukan kerajaan yang sembunyi rahsia tapi Anwar.

Kerajaan mana boleh sembunyi apa-apa maklumat, apatah lagi dalam keadaan kes kehilangan MH370 ini sedang menjadi perhatian dunia. Kalau dakwa media tempatan dikawal kerajaan, siapa pula yang boleh kawal media asing?

Kesimpulannya, Anwar sedang cakap merapu dan dakwaan kononnya kerajaan tidak cekap menangani krisis ini hanyalah satu kenyataan politik, tidak lebih dari itu.

Majoriti rakyat sekarang mahu pesawat tersebut dijumpai, bukan nak lantik jurucakap baru. Cakap banyak tapi kalau pesawatnya tak jumpa-jumpa nak buat apa?

mykmu.net

tuduhan-anwar-kapten-zaharie-kerajaan-hisham-fokus-sar-carian-menyelamat

najib-anwar-beza-cara-tangani-krisis-politik-negara

Pihak Luar Perlu Hormat Gerak Kerja SAR Malaysia – Tun Dr Mahathir

Posted: 19 Mar 2014 07:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pihak luar menghormati serta memberi ruang kepada Malaysia dalam menguruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Bekas perdana menteri itu berkata pihak luar khususnya media asing sentiasa mencari kesalahan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguruskan operasi SAR yang kini memasuki hari ke-12.

“Media asing memang apa kita buat semua tak kena, kalau kita layan mereka baik sekalipun, mereka tidak berterima kasih.

“Biarlah apa mereka cakap, yang penting kita tahu apa kita buat dan dakwaan mereka tidak betul sama sekali,” katanya selepas memberi ucaptama pada Minggu Kepimpinan Universiti Antarabangsa UNITAR 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya kerajaan Malaysia lambat melaporkan sebarang perkembangan mengenai usaha operasi SAR serta menyembunyikan fakta misteri kehilangan pesawat berkenaan.

Pesawat B777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum hilang daripada radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada tengah malam sebelumnya.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Ditanya mengenai pelbagai spekulasi dibuat masyarakat dari dalam dan luar negara serta beberapa dakwaan media, kerajaan cuba menyembunyikan maklumat yang ada, Dr Mahathir berkata: “Jangan buat spekulasi”.

“Kita tidak tahu apa perkara sebenar, juruterbang MH370 pun kita tidak kenal. Saya sendiri tidak boleh cakap sebarangan melainkan ada bukti jelas dan kukuh,” katanya.

Tambahnya, sebarang perbuatan spekulasi perlu dihentikan segera dan menasihati orang ramai agar menunggu berita rasmi dan sahih sahaja kerana spekulasi hanya akan mengeruhkan keadaan selain menjejaskan operasi SAR.

“Jangan buat spekulasi, kasihanlah pada orang juga, keluarga yang menderita dan anda akan memburukkan lagi keadaan yang mereka hadapi,” katanya.

Setakat ini, 26 negara terlibat dalam operasi SAR pesawat MH370 itu dengan menggerakkan aset masing-masing menjejaki pesawat berkenaan di kawasan lautan luas meliputi 2.24 juta batu nautika persegi.

MH370 : Dakwaan Pesawat Dilihat Di Maldives Tidak Benar

Posted: 19 Mar 2014 07:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan laporan yang mendakwa bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang itu dilihat terbang rendah di Maldives.

“Saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera Malaysia telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang mengesahkan bahawa laporan (media) itu tidak benar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebuah portal berita Maldive, Haveeru, melaporkan bahawa penduduk pulau Maldives mendakwa melihat sebuah jet terbang rendah pada 8 Mac, pada hari pesawat Boeing 777-200ER hilang.

Haveeru melaporkan penduduk di pedalaman Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di kepulauan Maldives mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah pada hari Penerbangan MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada skrin radar.

Hishammuddin juga menafikan spekulasi bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu.

“Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI. Tiada titik laluan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing,” katanya.

Mengenai barisan depan diplomatik, Hishammuddin berkata kesemua 26 negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat telahpun secara lisan bersetuju membantu operasi ini dan Malaysia secara rasmi sudah memohon kerjasama dari semua negara yang berkaitan.

“Sejumlah aset, yang sudahpun komited, kini hanya menunggu kebenaran diplomatic bagi memulakan operasi. Sebaik menerima kebenaran rasmi, kami boleh mempercepatkan penempatan aset di sepanjang koridor carian,” katanya.

Beliau berkata meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakannya kini mengambil alih operasi di wilayah mereka dan di sektor yang dipersetujui.

“Kami mengalu-alukan langkah ini dan sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan atas bantuan serta sokongan mereka yang berterusan,” katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa bahawa beberapa data radar diterima namun tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh dari negara lain.

“Saya merayu kepada semua rakan kita untuk terus secara sukarela memberi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan pencarian MH370,” katanya.

Berhubung siasatan polis ke atas semua penumpang, juruterbang dan anak kapal, Hishammuddin berkata mereka adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Beliau berkata pihak berkuasa telahpun menerima laporan berkaitan latar belakang penumpang dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia, yang kedua-dua rakyatnya turut berada dalam pesawat itu. Setakat ini, tiada maklumat yang didapati signifikan berkaitan mana-mana penumpang.

“Demi keluarga mereka, saya minta agar kita jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menyulitkan lagi keadaan,” katanya.

Beliau berkata kepakaran tempatan dan antarabangsa diambil untuk meneliti simulator penerbangan juruterbang terbabit dan kerja-kerja forensik untuk mendapatkan kembali beberapa data yang dipadam daripada simulator itu sedang dilakukan.

Hishammuddin berkata Malaysia kini sedang menghimpunkan pasukan peringkat tinggi yang akan berlepas ke Beijing secepat mungkin untuk memberi taklimat dan perkembangan kepada waris keluarga penumpang berhubung perkembangan terkini dan pelan operasi mencari dan menyelamat.

“Pasukan itu termasuk wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.

Pasukan itu akan diketuai (Komander Operasi TUDM) Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, dibantu oleh (Pengarah Perkhidmatan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam) Ahmad Nizar Zolfakar serta membabitkan seorang juruterbang kanan pesawat Boeing 777,” katanya.

Misi mencari pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal masuk hari ke-12 hari ini tanpa dapat dikesan.

KBS Kaji Semula Garis Panduan Penganjuran Konsert Dan Program Hiburan

Posted: 19 Mar 2014 07:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji semula garis panduan bagi penganjuran konsert dan program hiburan yang melibatkan belia pada masa akan datang.

Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata langkah itu penting bagi memastikan budaya negatif seperti penyalahgunaan dadah dalam kalangan orang muda tidak berlaku.

“Sama ada konsert atau pun apa-apa program yang hendak dianjurkan mestilah ada garis panduan yang jelas dan ketat supaya tidak berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.

“Kami akan kaji setiap aspek penganjuran konsert dalam negara pada masa depan supaya bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Sabtu lepas, enam individu maut akibat pengambilan dadah berlebihan ketika menonton konsert Festival Future Music Asia (FMFA) 2014, di Stadium Bukit Jalil di sini.

Dalam pada itu, Khairy berkata kementerian itu juga akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi merangka program khas bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.

“Saya sudah bincang perkara ini dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) dua hari lepas, jadi kami akan rangka satu program untuk meningkatkan kesedaran belia mengenai dadah dan pengambilan dadah.

“Dulu kita buat (program) pada zaman 80-an dan 90-an di mana sasaran kita pada dadah seperti heroin tetapi sekarang ini sudah ada dadah jenis baharu seperti metaphitamine, ecstacy…ini membawa kepada satu risiko yang berbeza,” katanya.

Taklimat MH370 Hilang Kepada Anggota Parlimen Inisiatif BNBBC

Posted: 19 Mar 2014 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Taklimat tertutup berhubung pesawat MH370 yang hilang oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kepada anggota Parlimen kerajaan semalam dianjurkan atas permintaan dan inisiatif Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Pengerusinya Tan Sri Shahrir Samad berkata tiada sebarang maklumat tambahan diterima anggota BNBBC selain daripada apa yang telah diberitahu kepada media sebelum ini.

“Tiada maklumat (berkenaan MH370) disembunyikan, apa yang diketahui umum itulah yang dimaklumkan kepada kami.

“Taklimat tersebut juga sebagai platform untuk anggota BNBBC berkongsi rasa empati dan simpati terhadap apa yang berlaku pada pesawat MH370,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

shahrir-khalid-samad-adik-beradik-parlimen-umno-pas-malaysia-bnbbc

Shahrir yang juga anggota Parlimen Johor Baharu menegaskan bahawa perkara seperti ini tidak perlu dipolitikkan kerana negara sedang berusaha keras menangani insiden itu.

Semalam, beberapa anggota Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan kerajaan kononnya enggan berkongsi maklumat mengenai kehilangan pesawat itu dengan semua anggota Parlimen tanpa mengira perbezaan parti.

Anggota Parlimen Ayer Hitam Datuk Dr Wee Ka Siong yang turut menghadiri taklimat itu berkata tiada sebab untuk anggota Parlimen pembangkang mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput ke majlis berkenaan.

“Kalau BNBBC yang minta untuk buat sesuatu majlis kenapa pula kita perlu jemput mereka (pembangkang) jadi ahli bersekutu…kalau nak, pembangkang aturkan satu, kami tiada masalah,” kata Dr Wee yang juga Timbalan Presiden MCA.

Selain itu, anggota Parlimen Tanjung Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata sesi taklimat seperti itu bukanlah perkara baharu kepada anggota BNBBC kerana sebelum ini kelab itu telah menganjurkan taklimat tertutup mengenai pelbagai isu termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Jadi, usaha ini kerap dianjurkan BNBBC sebagai satu cara mempertingkatkan pengetahuan anggota Parlimen BN dalam setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.

kit-siang-pakatan-pembangkang-hina-keji-tragedi-mh370-kempen-kajang-taklimat-bnbbc-parlimen-rahman-dahlan

Fokus Masih Lagi Kecilkan Koridor Pencarian MH370 – Hishammuddin

Posted: 19 Mar 2014 06:50 AM PDT

SEPANG, 19 Mac – Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Pemangku Hishammuddin Tun Hussein berkata, tumpuan masih lagi mencari dan menyelamat dengan mengecilkan dua koridor pencarian, dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang memasuki hari ke12 pada Rabu.

Bercakap pada sidang media pada Rabu, beliau berkata Malaysia menerima beberapa data radar, tetapi enggan mendedahkan nama negara-negara itu.

Malaysia juga mendapat latar belakang semua penumpang kecuali dari Rusia dan Ukraine, tetapi setakat ini tiada maklumat penting ditemui.

Misi pencarian pesawat MH370 kini meliputi 2.24 juta batu nautika persegi, atau empat per lima saiz Amerika Syarikat (AS), dan melintasi dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan di Asia Tengah sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Ia adalah masa yang paling lama mana-mana pesawat awam sebesar ini dikesan. Pada 2007, usaha mencari sebuah pesawat Adam Air yang terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Manado mengambil masa 10 hari untuk mencarinya.

Dengan beberapa petunjuk yang dapat dilihat bahawa “semua usaha kini akan mengecilkan kawasan tumpuan,” kata Hishammuddin.

Kos Pilihan Raya Kecil Sejak 2008 Cecah RM15.6 Juta

Posted: 19 Mar 2014 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Kerajaan membelanjakan sejumlah RM15,571,755.93 bagi kos pembiayaan 20 pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sejak tahun 2008.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata perbelanjaan untuk mengadakan sesuatu PRK adalah besar bagi menampung pelbagai kos seperti cetakan kertas undi, logistik dan kos untuk melantik pegawai dan pekerja PRK.

“Kosnya bukan sedikit, lebih baik kos itu dibelanjakan untuk kebaikan rakyat, (wakil rakyat) jangan suka-suka letak jawatan sebab nak bagi orang lain bertanding, sekurang-kurangnya habiskanlah penggal, ini bagi mengelak berlakunya PRK,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Shahidan berkata antara PRK yang menelan kos tinggi ialah Hulu Selangor, Batu Sapi dan Sibu iaitu sebanyak RM1.2 juta; Tenang dan Sungai Limau (RM1.1 juta); manakala Galas (RM1.043 juta).

Dua puluh PRK itu ialah Permatang Pauh pada 2008; Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bagan Pinang (2009); Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi dan Galas (2010); Tenang, Merlimau dan Kerdau (2011); Kuala Besut dan Sungai Limau (2013); Kajang dan Balingian (2014).

Kempen Kotor Tidak Patahkan Semangat, Bukti Lawan Kini Tertekan – Mei Fun

Posted: 19 Mar 2014 06:30 AM PDT

KAJANG,  19 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun bukan sahaja tidak patah semangat malah lebih komited untuk menghabiskan baki tempoh berkempen walaupun pelbagai bentuk kempen kotor berlegar di kawasan berkenaan.

Menurut beliau kempen yang memburukkan dirinya hanyalah menjelaskan senario yang sebenar bahawa lawannya berada dalam situasi tertekan.

chew-mei-fun-calon-kajang-pesara-pengundi-bn-mesra

“Mereka tidak ada isu untuk serang saya… dengan itu mereka  cari cara-cara tertentu burukkan saya. Kadangkala isu yang dibangkitkan pun langsung tidak ada kaitan dengan saya.

“Lagi pun ‘track record’  mereka sebeginilah. Oleh itu kita akan  meneruskan apa yang perlu kita buat dan cuba untuk jumpa seramai mungkin pengundi di kawasan ini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pelbagai bentuk kempen kotor mula dikesan di Kajang khususnya menjelang baki terakhir tempoh berkempen yang akan tamat Sabtu ini.

Beliau seterusnya menyeru para pengundi agar tidak mendengar apa yang dilontarkan daripada sebelah pihak sahaja.

“Kepada penduduk dan pengundi di sini,  janganlah  hanya dengar apa yang pakatan pembangkang sebut semata-mata. Apa yang diungkapkan oleh BN pun kita kena dengar. Dengan itu barulah kita boleh buat keputusan yang betul.

“Justeru saya merayu  agar berilah peluang kepada saya untuk saya tunaikan janji di sini. Jika tidak ditunaikan, pilihan raya akan datang pengundi boleh menolak saya,” ujarnya.  -MediaUMNO

Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Mengenai MH370 (19 Mac)

Posted: 19 Mar 2014 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 di Sepang, Selangor hari ini:

Kenyataan pengenalan

Pencarian MH370 diteruskan. Seperti yang saya nyatakan dalam sidang akhbar semalam, usaha kini membabitkan masyarakat antarabangsa.

Fokus utama kami kekal operasi mencari dan menyelamat. Kami kini berusaha mengecilkan koridor carian melalui:

- pengumpulan maklumat satelit

- menganalisis data radar

- menambah aset udara, laut serta darat, dan

- menambah bilangan pakar teknikal.

Kami turut mengambil langkah untuk menangani keperluan keluarga pada masa yang sukar ini.

Perkembangan terkini operasi

Saya akan mulakan dengan memberi taklimat berhubung perkembangan terkini operasi.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, pencarian MH370 membabitkan cabaran dari segi diplomatik, teknikal dan logistik.

Sehubungan itu, pasukan teknikal utama yang mengendali operasi mencari dan menyelamat dipecah kepada tiga kumpulan:

- satu pasukan diplomatik diketuai Kementerian Luar

- satu pasukan penempatan aset dan logistik diketuai Angkatan Tentera Malaysia

- satu kumpulan teknikal yang mengekalkan kawalan keseluruhan operasi diketuai Jabatan Penerbangan Awam.

Di barisan depan diplomatik, kesemua 26 negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat telahpun secara lisan bersetuju membantu operasi ini dan Malaysia secara rasmi sudah memohon kerjasama dari semua negara yang berkaitan.

Sejumlah aset kini hanya menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi.

Sebaik menerima kebenaran rasmi, kami boleh mempercepat penempatan aset di sepanjang koridor carian.

Seperti yang saya nyatakan semalam, meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakan kita kini mengambil alih operasi di wilayah mereka dan di sector yang dipersetujui. Kami mengalu-alukan langkah ini dan sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kita atas bantuan serta sokongan mereka yang berterusan.

Saya boleh mengesahkan bahawa kami menerima beberapa data radar namun tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh dari negara lain.

Saya merayu kepada semua rakan kita untuk terus secara sukarela memberi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan pencarian MH370.

Mengenai laporan bahawa pesawat itu dilihat di Maldives, saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang kemudian mengesahkan bahawa laporan itu adalah tidak benar.

Titik Laluan

Saya sedar tentang spekulasi yang menyatakan bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu. Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI.

Tiada titik laluan tambahan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing.

Siasatan Polis

Berhubung siasatan polis, sepertimana yang disahkan oleh ketua polis negara, kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan. Semua penumpang, anak kapal dan kakitangan yang mengendali pesawat sedang disiasat.

Kami berkongsi semua maklumat berkaitan kes ini dengan semua agensi penyiasatan antarabangsa yang memerlukannya.

Kami telahpun menerima laporan berkaitan latar belakang penumpang dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia, yang kedua-dua rakyatnya turut berada dalam pesawat itu. Setakat ini, tiada maklumat yang didapati signifikan berkaitan mana-mana penumpang.

Kepakaran tempatan dan antarabangsa diambil untuk meneliti simulator penerbangan juruterbang terbabit. Beberapa data didapati telahpun dipadam daripada simulator itu dan kerja-kerja forensik untuk mendapatkannya kembali sedang dilakukan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang dan anak kapal adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Demi keluarga mereka, saya minta agar kita jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menyulitkan lagi keadaan.

Pasukan Peringkat Tinggi

Saya ingin mengumumkan bahawa sebagai tambahan kepada pasukan sedia ada di lapangan, Malaysia kini menghimpun satu pasukan peringkat tinggi yang akan berlepas ke Beijing secepat mungkin.

Pasukan ini akan memberi taklimat dan perkembangan kepada waris berkaitan situasi terkini dan pelan operasi mencari serta menyelamat.

Pasukan itu termasuk wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.

Pasukan itu akan diketuai Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal Abdul Samad (Komander Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia), dibantu oleh Ahmad Nizar Zolfakar (Pengarah, Perkhidmatan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam) serta membabitkan seorang juruterbang kanan pesawat 777.

Kenyataan Penutup

Kami akan berusaha bersungguh-sungguh. Fokus utama kami ialah operasi mencari dan menyelamat. Kami kini melakukan segalanya bagi mengecilkan kedua-dua koridor carian.

Hampir 90 Peratus Pengundi Awal Kajang Keluar Mengundi

Posted: 19 Mar 2014 06:12 AM PDT

KAJANG, 19 Mac – Sejumlah 88.39 peratus atau 1,050 orang daripada 1,197 pengundi awal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jumlah itu meliputi tiga pusat pengundian iaitu Dewan Sultan Haji Ahmad Shah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

bh-undi-awal-kajang-selfie-polis-wanita

“Sebanyak 308 (80.63 peratus) telah mengundi di Maktab PDRM, Dewan Forensik sebanyak 101 (82 peratus) manakala 641 (93.85 peratus) mengundi di IPD Kajang,” katanya hari ini.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi dan ditutup pada 5 petang di ketiga-tiga pusat pengundian.

PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Jan lepas.

Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mewakili Barisan Nasional (BN), bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden parti itu.

SPR menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT