SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, March 23, 2014

UMNO Online - “Jentera BN Jangan Termakan Provokasi Saat Akhir Pembangkang – Noh Omar” plus 9 more

UMNO Online - “Jentera BN Jangan Termakan Provokasi Saat Akhir Pembangkang – Noh Omar” plus 9 more

Link to UMNO Online

Jentera BN Jangan Termakan Provokasi Saat Akhir Pembangkang – Noh Omar

Posted: 22 Mar 2014 08:26 AM PDT

KAJANG, 22 Mac – Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar mengingatkan jentera BN yang bertugas esok agar berhati-hati dengan taktik dan provokasi di saat akhir pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk menghalang penyokong dan pengundi BN daripada keluar mengundi.

Menurut beliau, ini untuk memastikan peristiwa yang  berlaku pada PRU ke 13 di mana lebih 3900 lebih pengundi yang penyokong BN tidak keluar mengundi, tidak akan berulang pada PRK DUN Kajang ini.

"Kali ini jentera BN mesti memastikan pengundi yang menyokong kita dapat dibawa keluar ke kawasan pengundi. Justeru itu, selain daripada kereta, kita juga akan menyediakan motorsikal untuk mengangkut pengundi ke tempat pengundian sekiranya berlaku kesesakan jalan yang teruk.

"Saya juga bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada bapa-bapa angkat negeri dari seluruh negara yang turut membantu menyediakan kenderaan motorsikal untuk kita gunakan pada pada mengundi esok," jelasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga meminta agar petugas-petugas parti agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak timbul sebarang masalah ketika waktu pengundian berlangsung.

"Saya minta agar semua petugas patuh kepada arahan pihak berkuasa yang bertugas seperti pihak Polis dan lain-lain. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang  kejadian yang tidak diingini yang berlaku pada hari tersebut.

"Setakat ini sepanjang tempoh berkempen, jentera-jentera BN patuh terhadap sebarang undang-undang PKR yang telah ditetapkan oleh SPR dan pihak berkuasa dan tidak ada sebarang laporan salah laku terhadap petugas-petugas yang terlibat di dalam kempen selama hampir dua minggu ini," ujarnya.

Sementara itu, beliau menyeru kepada semua pengundi di DUN Kajang ini agar percaya dan yakin dengan kewibawaan calon BN dan menolak calon PKR yang ternyata telah mengkhianati kepercayaan dan amanah yang telah diberikan oleh pengundi sebelum ini.

"Memanglah kalau BN menang kita akan tetap menjadi pembangkang di Selangor tetapi kita beri jaminan biarpun kita menjadi pembangkang di Selangor, namun peruntukan daripada kerajaan pusat akan tetap disalurkan kepada calon BN sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat bagi DUN Kajang ini.

"Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato’ Abdul Rahman Dahlan juga telah mengumumkan akan menjadikan Kajang sebagai anak angkat kementeriannya sekiranya rakyat memberikan kepercayaan kepada BN dan ini merupakan satu peluang dan ruang yang dapat memberikan manfaat dan kebaikan bagi pengundi di kawasan ini," akhiri beliau.-MediaUMNO

Fokus Pengundi, Jangan Layan Provokasi Murahan – Pemuda

Posted: 22 Mar 2014 08:22 AM PDT

KAJANG, 22 Mac – Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairul Azwan Harun sedikit pun tidak terkejut dengan provokasi yang dilakukan terhadap bahan kempen BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang esok.

Menurut beliau perkara dan tindakan seumpama itu sudah dijangkakan dan pergerakan itu tidak akan terjerat dengan prokasi berkenaan khususnya menjelang waktu terakhir tempoh berkempen yang akan berkahir malam ini.

pemuda-bn-khairy-azwan-noh-omar-karnival-sukan-rakyat-kempen-kajang

“Kita dapat lihat  berlaku provokasi apabila signboard dikhianati, gambar calon disimbah cat dan sebagainya. Jadi ini semua kita telah jangkakakan dan Pemuda bersedia dengan provokasi seumpama ini dan jentera kita bukan jenis yang suka bermain dengan provokasi murahan sebegitu.

“Tindakan provokasi murahan ini  dapat dinilai oleh pengundi siapakah yang sebenarnya membawa permainan politik kotor…merosakkan demokrasi…Kita mintalah pengundi khususnya pengundi  muda  untuk menilai dan membuat pertimbangan sebaiknya esok,” katanya.

Serentak itu beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO meminta jentera pergerakan itu agar  jangan terlalu terikut-ikut dengan provokasi berkenaan.

“Ingat….fokus kita adalah untuk menjaga pengundi muda yang telah kita kenalpasti… pastikan esok pagi membuang undi awal pagi dan bawa keluar pengundi kita selain membantu jentera tempatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Subang Mohd Shahriza Amir Sharifudin meminta agar pemuda menjaga peradaban.

“Kita melihat  politik sebegini agak buruk. Walaupun kita turun membantu, perkara berkenaan perlu dilihat secara serius…provokasi secara keterlaluan.

“Pemuda perlu jaga peradaban sebab akhirnya pengundi akan dapat nilai mana satu  permata dan mana  satu kaca. Kita sama-sama bina peradaban politik matang,” ujarnya. -MediaUMNO

Elakkan Provokasi Melampau, Pastikan Pengundi Selamat Keluar Mengundi – Sohaimi

Posted: 22 Mar 2014 08:19 AM PDT

KAJANG, 22 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyeru pengundi untuk turun mengundi esok kerana inilah masa yang dinantikan untuk warga Kajang menentukan wakil yang akan mewakili mereka untuk menyuarakan segala permasalan yang dihadapi kepada kerajaan.

Beliau yakin pengundi telah matang dan menilai dari segenap sudut untuk membantu mereka mengundi calon pilihan mereka esok tetapi yang penting, keselamatan pengundi dari provokasi melampau dari kumpulan-kumpulan tertentu untuk menakut-nakutkan pengundi. "Kita mendapat maklumat, ada unsur-unsur provokasi, ugutan melampau dan ancaman namun kita yakin kemampuan pihak polis dan pihak berkuasa untuk mengawal, menjaga keselamatan dalam menentukan perjalanan pengundian sepanjang hari berjalan lancar dan teratur.

"Kita harap anak-anak muda yang terlibat dalam kempen saat-saat akhir menghentikan atau menolak provokasi melampau atau ancaman-ancaman yang boleh mencetuskan kemarahan, mencetuskan pelbagai insiden-insiden yang tidak diingini kerana sepanjang 12 hari ini kita telah sama-sama berkempen dalam suasana yang aman," ujarnya selepas membuat lawatan ke bilik-bilik gerakan Jentera Pergerakan Sayap petang tadi.

Ujarnya, setiap parti telah menjalankan tanggungjawab masing-masing sepanjang tempoh berkempen jadi peranan terakhir jentera setiap parti ialah mengeluarkan seberapa ramai pengundi esok bagi mereka menentukan masa depan warga Kajang.

"Kita juga kesal dengan sikap pihak-pihak tertentu yang membuat tindakan membaling cat merah ke poster dan billboard calon yang bertanding, merobohkan bilboard tersebut serta mengoyakkan poster calon, ianya satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun.

"Jadi, pengundi jangan risau untuk keluar mengundi esok, kita jamin kewibawaan pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan pengundi yang keluar esok," tambahnya.-MediaUMNO

Transkrip Komunikasi Yang Didedah Tidak Tepat – DCA

Posted: 22 Mar 2014 05:42 AM PDT

SEPANG, 22 Mac – Transkrip komunikasi yang dikatakan berlaku antara penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) dan kawalan trafik udara (ATC) pada malam pesawat dilaporkan hilang pada 8 Mac telah diklasifikasi sebagai tidak tepat dan “tidak sahih”.

“Transkrip itu tidak sahih dan tidak tepat. Saya perlu memaklumkan bahawa transkrip antara menara kawalan dan pesawat adalah tidak tepat,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau menyangkal transkrip yang disiarkan hari ini oleh media asing ‘The Telegraph’ semasa sidang media mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang masuk hari ke-15, di sini hari ini.

Turut hadir pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Ketika ditanya lagi tentang bahagian mana transkrip itu yang tidak tepat, Azharuddin tidak mahu mengulas tetapi berkata: “transkrip itu mengikut prosedur standard tidak boleh didedahkan kepada umum.”

The Telegraph dalam laporan esklusif bertajuk “Revealed: the final 54 minutes of communication from MH370′ mendedahkan komunikasi kokpit bermula semasa pesawat berada di landasan sehingga mesej terakhir pada 1.19 pagi iaitu ‘all right, good night’.

Transkrip komunikasi yang dikatakan antara pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid dan ATC bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang. Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Terdahulu, Hishammuddin berkata transkrip asal komunikasi antara MH370 dan menara kawalan telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang sedang menganalisis transkrip itu.

“Mengikut amalan standard dalam siasatan seperti ini, transkrip tidak boleh didedahkan pada peringkat ini. Saya bagaimanapun dapat mengesahkan bahawa transkrip tidak menunjukkan apa-apa luar biasa,” kata beliau.

Isu mengenai bateri lithium-ion yang dibawa di dalam kargo pesawat MH370 itu sekali lagi dibangkitkan media hari ini, meskipun Ahmad Jauhari telah menjelaskan secara terperinci mengenai perkara itu pada sidang media semalam, selain mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Bateri sebagai kargo adalah tidak berbahaya. Sebenarnya (bateri itu) tidak bahaya selagi dikendalikan mengikut spesifikasi garis panduan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA),” katanya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Nasib penumpang MH370 belum diketahui ketika 26 negara menggerakkan usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Objek-Objek Yang Dikesan Oleh Australia Belum Kelihatan

Posted: 22 Mar 2014 05:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Objek-objek yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa Australia berkait dengan pesawat MH370 belum ditemui dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) kehilangan pesawat itu, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata lima pesawat dan dua kapal dagang terbabit dalam operasi SAR di kawasan dua objek itu dikesan oleh statelit Australia, kira-kira 2,500km dari barat daya Perth, Australia di Lautan Hindi.

“Walaupun penggunaan kaedah mencari secara visual yang lebih baik, namun objek itu tidak kelihatan,” katanya pada taklimat media hari ini berhubung usaha SAR bagi menjejak pesawat jenis Boeing 777-200ER yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lepas.

Usaha mencari di bahagian selatan Lautan Hindi dimulakan selepas Perdana Menteri Australia, Tony Abbot memberitahu Parlimen negara itu mengenai dua objek berkenaan yang mungkin berkait dengan penerbangan MAS.

“Operasi SAR akan diteruskan dan hari ini, mereka bercadang mencari kawasan seluas kira-kira 10,500 batu nautika persegi,” kata Hishammuddin.

Berhubung hasil pencarian awal di koridor utara, beliau berkata China, Pakistan, India, Myanmar, Laos, Kyrgyztan dan Kazakhstan secara lisan memaklumkan bahawa pesawat itu tidak dikesan di radar negara masing-masing.

Beliau berkata Australia, selaku ketua penyelaras operasi SAR di koridor selatan, menjangkakan sebanyak enam pesawat iaitu empat pesawat tentera dan dua pesawat awam akan melakukan pencarian secara visual di kawasan tersebut.

Katanya dua kapal dagang akan turut menyertai operasi bersama kapal tentera laut Australia, ‘HMAS Success’, hari ini.

Hishammuddin berkata pencarian di koridor selatan amat mencabar kerana kedalaman lautan berbeza antara 1,150 meter dan 7,000 meter.

“Dalam kawasan kemungkinan objek-objek yang dikenal pasi oleh pihak berkuasa Australia itu, keadaan ombak yang tinggi dan laut bergelora,” katanya sambil menambah bahawa amaran taufan ‘Gillian’ telah dikeluarkan di koridor selatan itu.

Hishammuddin turut menyatakan penghargaan tinggi terhadap semua anggota SAR dari pelbagai negara yang mengambil risiko dalam operasi mencari pesawat berkenaan.

Beliau berkata dua lagi pesawat China, ‘Ilyushin IL-76s’ akan tiba di Perth untuk membantu dalam operasi SAR manakala pesawat ‘Shaanxi Y-8′, yang tiba semalam, akan beroperasi dari Pangkalan Udara Subang, dekat sini.

“China juga akan menghantar tambahan dua kapal dari Laut Andaman untuk menyertai lima kapal China yang sudah berada di koridor selatan,” katanya.

Selain itu, dua pesawat India — P-8 Poseidon dan C-130 Hercules — tiba di sini semalam untuk membantu operasi SAR.

Hishammuddin berkata kapal Britain, ‘HMS Echo, yang dilengkapi dengan sensor canggih yang boleh menyokong operasi kapal selam dan amfibia, kini dalam perjalanan dari Teluk Persia menuju ke koridor selatan.

Koridor utara merangkumi kawasan dari sempadan Kazakhstan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan pula dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Kedua-dua koridor tersebut meliputi 2.24 juta batu nautika persegi.

Keluarga Penumpang Dari China Dimaklumkan Penemuan Imej Objek

Posted: 22 Mar 2014 05:37 AM PDT

SEPANG, 22 Mac – Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 warga China yang kini berada di Malaysia telah dimaklumkan tentang penemuan imej objek yang dikesan satelit China di koridor selatan, yang mungkin berkaitan dengan pesawat itu.

Utusan Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting berkata keluarga terbabit turut menerima maklumat itu daripada laman web sebuah stesen televisyen China.

“Saya sedang berjumpa dengan keluarga terbabit secara informal bagi memaklumkan berhubung penemuan baharu itu yang saya terima melalui kedutaan China di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Ditanya tentang reaksi keluarga berkenaan, Ong berkata walaupun sedih, mereka mahukan pengesahan ke atas objek itu sebelum membuat keputusan untuk tindakan seterusnya.

Imej statelit China dilaporkan mengesan objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat MH370 itu terapung di koridor selatan, bersaiz 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

Pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Nasib penumpang masih belum diketahui ketika operasi mencari pesawat itu dilaksanakan melibatkan pelbagai negara yang sehingga kini belum membuahkan hasil.

Misi mencari dan menyelamat kini memasuki fasa baharu, di koridor utara dan selatan, dengan Australia dan Indonesia mengetuai pencarian di wilayah masing-masing.

Jangan Bermimpi Jadikan Wan Azizah PM Wanita Pertama – Zahid

Posted: 22 Mar 2014 05:34 AM PDT

KAJANG, 22 Mac – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyarankan Pakatan Rakyat agar tidak terus berangan-angan untuk mengangkat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri wanita pertama di negara ini.

wan-azizah-calon-pkr-pakatan-kajang-anwar-tak-kena-tertawa-takut-kanak-kanak

Mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang semalam bahawa Pakatan Rakyat mahu melantik Dr Wan Azizah sebagai perdana menteri sekiranya pakatan itu menang pada pilihan raya umum ke-14, Ahmad Zahid secara sinis berkata: “Jangan ada orang bermimpi pada waktu siang.”

Beliau berkata demikian selepas majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini. Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyifatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri Kajang yang dahagakan pembangunan cenderung untuk memilih calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu esok.

“Sokongan terhadap Chew sangat positif. Mereka ingin melihat perubahan memandangkan wakil rakyat sebelum ini tidak menunaikan janjikan seperti yang terkandung dalam manifesto,” katanya.

Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Hishammuddin Mengenai Pesawat MAS Hilang (22 Mac)

Posted: 22 Mar 2014 05:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, di Sepang, Selangor hari ini:

Usaha diplomatik, logistik dan teknikal berterusan dilakukan dalam pencarian MH370. Dalam kita menjalankan operasi mencari dan menyelamat, penekanan keseluruhn tetap sama: menggunakan segala kaedah yang ada bagi memperkecil kawasan pencarian di kedua-dua koridor.

Perkembangan Operasi
Di koridor utara, sebagai respons kepada nota diplomatik, kita boleh mengesahkan China, India, Pakistan, Myanmar, Laos, Kyrgyzstan dan Kazakhstan secara verbal memaklumkan operasi mencari dan menyelamat, berdasarkan analisis awal, tiada pengesanan pesawat pada radar mereka.

Di koridor selatan, hari ini dua Ilyushin IL-76s dari China akan tiba di Perth untuk memulakan operasi. Shaanxi Y-8 yng tiba semalam akan beroperasi di Pangkalan Udara Subang di Malaysia. China turut menghantar tambahan dua kapal dari Laut Andaman untuk menyertai lima kapal China yng sudah berada di koridor selatan.

Dua pesawat India, P-8 Poseidon dan C-130 Hercules tiba di Malaysia pada 18:00 malam tadi bagi membantu operasi.

HMS Echo kini berada di Teluk Parsi dan dalam perjalanan ke koridor selatan. Kapal ini dilengkapi alat sensor canggih yang membolehkan ia mencari di bawah air secara berkesan.

Kawasan mencari Asutralia.
Lima pesawat dan dua kapal dagang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di sekitar objek-objek dikenal pasti oleh pihak berkuasa Australia, lebih kurang 2,500km barat daya Perth. Walaupun penglihatan pencarian bertambah baik semalam, tiada kelihatan objek yang dicari.

Operasi berterusan, dan hari ini mereka merancang untuk mencari kawasan kira-kira 10,500 batu nautika persegi.

Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia menjangka enam pesawat, empat milik tentera dan dua awam akan mencari kawasan tersebut secara visual. Dua kapal dagang akan turut hadir semasa operasi mencari, dan HMAS Success dijangka tiba di kawasan pencarian pada 14:30 hari ini.

Secara umum, keadaan di selatan koridor adalah sangat mencabar. Kedalaman laut adalah antara 1,150 meter dan 7,000 meter. Di kawasan yang kemungkinan dua objek di kenal pasti pihak berkuasa Australia, arusnya kuat dan laut bergelora.

Amaran Taufan Trofika Gillian telah dikeluarkan, di koridor selatan. Angin terlalu kencang dan laut bergelora dijangka di sana hari ini.

Taklimat Keluarga
Taklimat kepada keluarga di Kuala Lumpur semalam berjalan lancar. Namun taklimat di Beijing, kurang produktif. Walaupun dengan niat terbaik, saya difahamkan wujud suasana tegang.

Saya menerima laporan dari pasukan peringkat tinggi Malaysia, selain salinan deklarasi dari keluarga China. Saya telah meminta Kementerian Luar, beserta pihak berkuasa di China, menyiasat apa yang berlaku.

Kami akan terus melibatkan keluarga-keluarga tersebut. Kami berusaha gigih dengan pihak berkuasa China dan kumpulan kerja China untuk menyediakan suasana yang lebih kondusif untuk taklimat. Saya telah mengarahkan pasukan teknikal saya untuk mengkaji semula kedua-dua taklimat agar kita dapat memperbaikinya.

Kami merayu kepada semua pihak agar memahami semasa keadaan luar biasa dan sukar ini. Rayuan saya kepada semua keluarga, di mana mereka berada, adalah sama: kami akan melakukan segala yang ada di bawah kuasa kami untuk terus memaklumkan kepada anda.

Transkrip
Transkrip asal perbualan antara MH370 dan pihak kawalan udara Malaysia berada dengan pasukan siasatan, di mana ia sedang dianalisis.

Seperti amalan standard dalam siasatan seperti ini, transkrip berkenaan tidak boleh dimaklumkan kepada umum pada peringkat ini. Namun saya boleh mengesahkan bahawa transkrip itu tidak menunjukkan sebarang perkara luar biasa.

Butiran Kargo
Berhubung kargo MH370, butiran kargo berada dengan pasukan penyiasatan, dan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai. Siasatan awal mengenai butiran kargo tidak menunjukkan sebarang kaitan dengan sebarang perkara yang mungkin menyumbang kepada kehilangan MH370.

Seperti yang dimaklumkan semalam, semua kargo yang dibawa di atas MH370 menepati piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa.

Penutup
Sejak dua minggu lepas, pencarian MH370 menghadapi pelbagai cabaran. Daripada imej satelit dan kenyataan saksi, kami telah mengikuti setiap petunjuk dan menyiasat setiap kemungkinan.

Hari ini kami memfokus kepada petunjuk-putunjuk dari imej satelit yang diumumkan pihak berkuasa Australia pada Khamis. Kami terus dimaklumkan dengan perkembangan semasa oleh pihak berkuasa Australia pada setiap waktu.

Saya tahu keadaan tidak menentu ini telah menyukarkan semua pihak, terutama bagi keluarga berkenaan. Kami berharap dan berdoa agar pencarian sukar ini dapat diselesaikan, dan membawa kepada pengakhiran kepada mereka yang pihak keluarga berada di atas pesawat.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua 26 negara yang bersama kami dalam usaha ini; dari orang biasa kepada pihak tertinggi kerajaan.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan khas kepada mereka dari kesemua negara yang meletakkan diri mereka dalam pencarian MH370.

Semasa kita bercakap, ada orang yang belayar melalui taufan untuk membantu mencari pesawat yang hilang. Kami sangat berbesar hati kepada semua rakan kami di atas usaha mereka.

PM Harap Pengundi Kajang Dapat Beri Kemenangan Kepada Calon BN

Posted: 22 Mar 2014 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi menyemarakkan lagi usaha memperkukuh kerjasama antara kaum dan pembangunan negara.

Perdana Menteri menarik perhatian bahawa PRK itu dikaitkan dengan apa yang dipanggil ‘Kajang Move’, dirancang PRK bagi kepentingan politiknya.

“Kita juga kesal kerana kempen pilihan raya kecil Kajang ini juga menjadi medan pemimpin parti pembangkang untuk mencemar bekas pemimpin negara yang telah lama bersara dari politik.

najib-selawat-perdana-habib-syech-al-seggaf-putrajaya

“Ini termasuklah serangan ke atas (bekas Menteri Kewangan) Tun Daim Zainuddin yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Najib berkata serangan dan tuduhan yang mengaibkan pemimpin lama, mencerminkan pembangkang tidak menghormati mereka yang berbakti kepada negara selama ini.

PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.

Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun berdepan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK yang akan diadakan esok.

Najib juga berkata kempen pilihan raya kali ini berlangsung ketika kerajaan terpaksa mengendalikan usaha antarabangsa secara besar-besaran mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal.

“Marilah kita terus berdoa agar usaha ini akan berjaya dan tidak sepatutnya MH370 dijadikan isu politik kerana apa yang sebenarnya berlaku masih menjadi tanda tanya pihak penyiasat,” katanya.

Satelit China Kesan Objek-Objek Terapung Di Koridor Selatan – Hishammuddin

Posted: 22 Mar 2014 04:11 AM PDT

SEPANG, 22 Mac – Imej statelit China telah mengesan objek-objek yang mungkin berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terapung di koridor selatan.

Maklumat ‘panas’ tersebut disampaikan oleh Duta China di Malaysia, Huang Huikang kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa taklimat media berhubung kehilangan pesawat itu di sini hari ini.

“Berita yang saya baru terima, Duta China menerima imej statelit objek-objek yang terapung di koridor selatan dan mereka kini menghantar kapal-kapal untuk mengesahkannya,” katanya.

Bercakap dengan menggunakan nota tertulis, Hishammuddin berkata objek berkenaan bersaiz 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

Beliau berkata kerajaan China akan mengumumkan butiran lanjut mengenai perkara itu dalam tempoh beberapa jam lagi.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT