SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, March 15, 2014

UMNO Online - “Jokowi Sah Bertanding Kerusi Presiden Indonesia Pada Pemilu 2014” plus 9 more

UMNO Online - “Jokowi Sah Bertanding Kerusi Presiden Indonesia Pada Pemilu 2014” plus 9 more

Link to UMNO Online

Jokowi Sah Bertanding Kerusi Presiden Indonesia Pada Pemilu 2014

Posted: 14 Mar 2014 06:50 AM PDT

JAKARTA, 14 Mac – Gabenor Jakarta Joko Widodo mengesahkan beliau akan bertanding merebut kerusi Presiden Indonesia pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2014 yang bakal berlangsung Julai ini.

Pengesahan tokoh itu, yang dikenali sebagai Jokowi, sekali gus menjawab teka-teki berhubung kedudukan beliau dalam kancah politik Indonesia.

Pengumuman Jokowi yang mewakili Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) itu juga menamatkan spekulasi kononnya Ketua Umum parti berkenaan Megawati Sukarnoputeri, yang sebelum ini dilaporkan berminat bertanding jawatan Presiden.

“Saya sudah mendapatkan mandat daripada Ketua Umum PDI Perjuangan Ibu Megawati Soekarnoputeri untuk menjadi capres (calon presiden) daripada PDI Perjuangan,” kata Jokowi di sini, Jumaat.

Sebaik mengumumkan keputusan yang selama ini ditunggu-tunggu banyak pihak, Gabenor Jakarta yang cukup popular itu mengucapkan Alhamdulillah dan menerima tepukan gemuruh daripada penyokongnya.

Jokowi kemudian mencium bendera merah putih sebagai tanda kesediaan beliau bertanding kerusi Presiden Indonesia pada Pemilu akan datang.

“Dengan mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim, saya siap melaksanakan amanat itu,” katanya.

‘Barisan Perpaduan Nasional’ Untuk Perkasa Perpaduan Kaum Melayu

Posted: 14 Mar 2014 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Sebuah badan dikenali sebagai Barisan Perpaduan Nasional (BPN) ditubuhkan hari ini dengan objektif memperkasa dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan kaum Melayu di negara ini.

BPN dianggotai barisan kepimpinan berpengalaman dalam pelbagai bidang, antaranya bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor, bekas Menteri Kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

abdul-hamid-mohammad-bekas-ketua-hakim-negara-malaysia

Tun Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi BPN yang turut dianggotai 55 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

“Setelah melihat kesungguhan dan harapan mereka, setelah memikirkan betapa runcingnya kedudukan bangsa Melayu dan umat Islam di negara kita pada masa ini, saya bersetuju (dengan penubuhan BPN).

“Apa yang hendak ditumpu adalah untuk mendapat kata sepakat dari NGO Melayu dan Islam mengenai perpaduan,” katanya dalam sidang media berhubung penubuhan BPN hari ini.

Abdul Hamid berkata beliau dan anggota BPN akan mengumpul input mengenai perpaduan dari seluruh masyarakat Islam di negara ini untuk dibincang dalam konvensyen badan itu.

“Hasil perbincangan itu akan dibawa kepada kerajaan, Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Fakta Ahli Majlis Di Selangor Gambaran Taraf Pas Dalam Pakatan Pembangkang

Posted: 14 Mar 2014 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Tentunya ada sesuatu yang tidak kena apabila kedudukan Pas di Selangor dilihat ibarat melukut di tepi gantang, bukan sahaja dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tetapi ia semakin menyerlah dengan adanya pilihan raya kecil DUN Kajang.

Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO, Haryaty Hamzah menganggap sewajarnya Pas memikirkan kembali kedudukan mereka bersama pakatan pembangkang ekoran pelbagai insiden dan kemelut yang semakin terserlah.

"Kewujudan Pas dalam kerajaan Negeri Selangor seakan tidak penting malah kedudukan mereka juga dilihat tidak dominan berbanding dengan PKR dan DAP biarpun Pas turut memenangi kerusi yang banyak dalam pilihan raya lalu," katanya kepada UMNO-Online.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, Pas bersama sekutunya, PKR dan DAP berjaya membentuk kerajaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 jumlah kerusi DUN Selangor. Daripada jumlah tersebut, Pas dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi DUN manakala PKR 14 kerusi.

"Jika sebelum ini Pas lebih berminat untuk menilai kedudukan UMNO bersama-sama Barisan Nasional (BN) dengan membuat macam-macam andaian, tohmahan dan tuduhan tidak benar jadi dengan macam-macam perkara yang berlaku di Selangor maka lebih elok sekiranya Pas sendiri meneliti dan melihat kepada parti mereka sendiri."

Ujarnya, antara yang perlu dinilai ialah hal berkaitan pengagihan pengurusan pihak berkuasa tempatan dalam Kerajaan Negeri Selangor yang mana Pas hanya dipertanggungjawabkan sejumlah 65 sedangkan PKR 73 dan DAP pula 87.

"Pas sewajarnya lihat perkara ini sebagai kegagalan mereka untuk diberikan pengiktirafan dalam kepimpinan sebuah kerajaan sedangkan jumlah kerusi yang diperolehnya dalam PRU lebih banyak tetapi agihan yang diberikan tidak setara.

"Pas patut lihat sendiri kedudukan dalam partinya yang mengikat ikatan bersama PKR dan DAP namun malangnya, kewujudan mereka seakan ada tak ada sahaja," katanya.

Tambahnya lagi, PRK DUN Kajang juga menyerlahkan apa yang tersirat apabila Pas Selangor dikatakan akan mengemukakan senarai calon sendiri untuk jawatan Menteri Besar jika benar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dan mengosongkan kerusinya sebagaimana dinyatakan oleh Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman sebelum ini.

"PRK DUN Kajang ini secara jelas menunjukkan bukan tanda kesepakatan dalam pakatan pembangkang sebaliknya ia lebih kepada usaha member nyawa politik kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana tentunya ia tidak ada dalam objektif dan fokus utama Pas.

"Persoalannya, sampai bila Pas akan berdiam diri atau sengaja mahu membiarkan keadaan semagin gawat?" - MediaUMNO

Wanita BN Turun Ke Kajang Bukan Sekadar Orang Politik Tetapi Sebagai Ibu – Shahrizat

Posted: 14 Mar 2014 04:22 AM PDT

KAJANG 14 Mac – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata mereka turun ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bukan hanya sebagai orang politik malah sebagai ibu.

Menurut beliau kerakusan parti pembangkang yang memecahbelah dan sebagainya lagi  adalah perkara yang tidak sepatutnya.

“Kita sebagai ibu tidak mahu pembangkang beterusan memecahbelah dan sebagainya. Sebab itu kami turun bukan hanya sebagai orang politik tetapi sebagai ibu.

shahrizat-umno-bn-kajang-yasin-tahlil-ibu-penumpang-mh370-hilang

“Semua yang BN buat seolah-olah salah. Kalau salah takkanlah rakyat dapat menikmati apa yang mereka kecapi hari ini.

“Saya juga dengar macam-macam di sini..cukup  terkilan bila mereka kempen pelbagai wajah…dengan kaum Cina lain, Melayu lain dan  india lain dan bagi kita hanya  ada satu sahaja kempen untuk semua,” katanya.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO seterusnya menambah walaupun PRK DUN Kajang mencabar tetapi pergerakan itu tidak pernah putus asa.

“DUN ini  memang mencabar tetapi kita tak pernah putus asa. Pokok pangkalnya akan cuba yang terbaik.  Dah masuk tiga hari berkempen  pengundi di sini pun boleh berfikir.

“Dan PKR  tidak boleh anggap laluan mudah untuk mereka. Kita  percaya kali ini akan ada peningkatan daripada pengundi,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau turut memberitahu 19,000 cawangan Wanita UMNO seluruh negara akan berterusan mengadakan solat hajat dan doa selamat   untuk penumpang serta anak kapal MH370 yang masih belum dijumpai hingga ke hari ini.

Terdahulu sebelum itu beliau bersama Jalinan Rakyat mengadakan solat hajat dan doa selamat di rumah keluarga salah seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, Nor Fadzilah Mat Rahim di Sungai Kantan, di sini, hari ini. -MediaUMNO

Housing Developers And Lawyers, Not Buyers, Must Settle Bank Loan If Projects Abondoned

Posted: 14 Mar 2014 04:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 14 – Instead of the buyers, housing developers and lawyers should be the first to be held responsible to settle bank loans if the housing project they involved in were abandoned.

Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said many house buyers were unaware that there was a term in the sale and purchase (S&P) agreement which stipulated that the developer or the lawyer was the one to be held responsible to settle the bank loan in the event that the housing project was incomplete or abandoned.

“In most cases, banks would chase the buyers and take action against them, claiming that they failed to find and communicate with the developers and lawyers. How can they say that after they approved the loans,” he told reporters at a press conference today.

Nadzim said the S&P agreement also stipulated that lawyer must endorse that the developer had met all requirements prior to loan approval by the bank.

“So, the lawyer should not just wash his or her hands because he or she was the one who endorsed and confirmed that the developers had met all the requirements,” he said.

Meanwhile, another PPIM’s activist Sheikh Abdul Kareem S Khadaied said only several buyers took their cases to court after being pressured by the bank.

“Hundreds of thousands of other buyers continue to live under duress because they were not aware, let alone understand, the term in the S&P agreement.”

“There are military and law enforcement officers who were laid off after being declared bankrupt by banks due to bad housing debts,” he said.

As such, he said PPIM would continue to increase consumer awareness and take the matter to the attention of the relevant authorities, including Bank Negara, Ministry of Urban Wellbeing, Housing and Local Government, as well as the Bar Council.

No Verification Missing Airliner Could Be In Indian Ocean – Minister

Posted: 14 Mar 2014 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 14  - There is no verification that a missing Malaysian airliner could be in the Indian Ocean, as stated by an international press report, said Defence Minister and acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.   

“The international team is currently working on verifying that detailed information, but we have nothing to confirm at the moment,” he said. 

He was commenting on reports of the possibility of the lost Malaysia Airlines (MAS) flight, MH370, being in the Indian Ocean as US vessels were searching for the plane in the area.  

“It’s my understanding that based on some new information that’s not necessarily conclusive, but new information, an additional search area may be opened in the Indian Ocean,” White House spokesman Jay Carney said as reported by the French news agency, AFP.

 MAS Flight MH370, carrying 227 passengers and 12 crew, vanished while en route from Kuala Lumpur to Beijing about one hour after departing from the KL International Airport at 12.41 am on Saturday. It should have landed in Beijing at 6.30 am on the same day.

On the day of the plane’s disappearance, the Royal Malaysian Air Force (RMAF) radar recorded an unidentified aircraft flying from the direction of MH370 route heading towards the west coast of the peninsula through the Straits of Melaka before it went missing 200 nautical miles off Penang’s northwest at 2.15 am.

Up to now, there is still no trace of the missing plane despite a massive multinational search.

At a media conference to state the progress of the Search and Rescue (SAR) operation that entered its seventh day today, Hishammuddin said the search areas had been expanded to further east into the South China Sea and further into the Indian Ocean.

“There are currently 57 ships and 48 aircraft in the search. Thirteen countries are now involved,” he said.

He said Boeing and Rolls Royce had confirmed that a media report that engine data showed the plane had kept flying for hours after last contact was not true.

Hishammuddin also said that the two oil slicks sighted in the South China Sea, about 60 nautical miles south of the last point of contact with MH370, were not of the missing aircraft.

“The first slick was investigated and analysed and found to contain tiny traces of jet fuel. No debris was found in the vicinity. We do not believe the slick is linked to MH370.

“Samples from the second slick were investigated and analysed and did not contain jet fuel,” he said.

Kedah May Ration Water Next Month If Drought Prolongs To End-March – Mukhriz

Posted: 14 Mar 2014 03:11 AM PDT

ALOR SETAR, March 14 – Kedah may ration water next month if the current drought stretches to the end of this month and rain does not fall as forecast, said Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

He said there was enough water in all the dams in the state, but the people should use water sparingly.

“The Muda Agriculture Development Authority (Mada) and the relevant agencies are monitoring the level of water in the dams. For the moment, the level has not dropped to below 50 per cent and the water is adequate,” he told reporters after attending Friday prayers and special prayers at the Zahir Mosque here.

Two special prayers were held at the mosque, one seeking rain and the other seeking the safety of the passengers and crew on board a Malaysian airliner that went missing last Saturday.

Altogether, almost 1,000 people attended the two prayers as well as the Friday prayers at the mosque. They included the state executive councillors and the Kedah state secretary Datuk Mohd Puad Mohd Ali.

Mukhriz said the people should ration water themselves as the planned cloud-seeding could not be carried out for lack of the necessary cumulus clouds.

“I suggest that we consumers try to save water. Let’s not wait until there is no more water and then start rationing,” he said.

Kedah Mufti Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad led the special prayers seeking the safety of the 227 passengers and 12 crew of Malaysia Airlines (MAS) Flight MH370 that disappeared while flying from Kuala Lumpur to Beijing last Saturday.

The Grand Imam of the Zahir Mosque, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim, led the special prayers seeking rain. 

PBB Terus Menguji Kaedah Perkongsian Kuasa

Posted: 14 Mar 2014 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk mencalonkan seorang Melanau Kristian di Balingian menunjukkan presiden baru parti itu Tan Sri Adenan Satem mahu meneruskan formula perkongsian kuasa dalam parti.

Bahkan, kata penganalis politik, keputusan untuk menghormati perjanjian yang telah lama wujud antara orang Islam dan Kristian sejak 50 tahun lepas adalah langkah bijak.

“Memandangkan jumlah penduduk Melanau Islam dan Kristian di Mukah hamper sama, bertepatan sekali langkah menghormati perjanjian yang telah lama dipersetujui,” kata penganalis politik dan pensyarah kanan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir.

Memandangkan PBB adalah hasil gabungan antara Parti Bumiputera Sarawak (hasil gabungan awal antara Berjasa dan PANAS) mewakili kaum Melanau/Melayu serta Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) mewakili kaum Dayak, parti itu perlu mewakili kedua-dua pihak.

Ekoran daripada gabungan itu, satu persefahaman dicapai bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada tiga wakil yang dipilih, di kalangan dua ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang ahli Parlimen di kawasan itu, terdiri daripada wakil masyarakat Kristian tempatan.

Ketiga-tiga mereka masing-masing mewakili kawasan pilihan raya Parlimen Mukah dan kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Balingian dan Dalat.

Pada masa ini wakil rakyat Dalat ialah Datuk Fatimah Abdullah, timbalan ketua Wanita PBB, mewakili masyarakat Islam dan menyandang jawatan Menteri negeri.

Kerusi Parlimen Mukah pula diwakili oleh Menteri Pelancongan yang juga timbalan pengerusi PBB Balingian, Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, beragama Kristian sebelum memeluk Islam pada 2006.

Balingian juga diwakili oleh seorang beragama Islam sejak 2001 iaitu bekas Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud sehingga perletakan jawatannya pada 28 Feb 2014.

Mengenai profil calon yang mungkin, Dr Jeniri percaya untuk Balingian, pucuk pimpinan akan memilih muka baru dengan latar belakang pentadbiran terutamanya apabila melihat kecenderungan parti sebelum ini memilih calon yang boleh menyelesaikan masalah tempatan.

Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa Pegawai Daerah Dalat, Yushibinosh Balo yang juga Kristian Melanau dan anak jati Balingian sebagai calon pilihan.

Di samping Yushibinosh dari Kampung Telian, Mukah, nama-nama lain yang disebut-sebut termasuk Anthony Valentine Laiseh, bekas timbalan residen Mukah, Adrian Alphonsus Dolhat, jurutera anak kelahiran Mukah, Paul Druce, ahli perniagaan dan Akit Sebli, mantan setiausaha tetap kementerian pelancongan negeri.

Menurut setiausaha agung PBB, Datuk Stephen Rundie Utom, calon yang dipilih telahpun dimaklumkan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama itu dalam sesi bertemu rakyat di Mukah, Sabtu ini.

Balingian adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 40 tahun lalu.

Daftar pemilih untuk pilihan raya kecil 29 Mac ini menunjukkan Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar dengan 68.6 peratus Melanau, 18.5 peratusIban dan 12.8 peratus Cina.

Pada 2011, Abdul Taib mengekalkan kerusinya dalam pertandingan tiga penjuru dengan menewaskan Suriati Abdullah dari PKR serta calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga sepupu Taib dengan undi majoriti sebanyak 5,154 undi.

PRK Kajang Tidak Lebih Sekadar Pilihan Raya Suami Isteri Balas Budi

Posted: 14 Mar 2014 02:47 AM PDT

KAJANG,  14 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar melihat Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lebih sekadar pilihan raya suami isteri dan membalas budi.

Menurut beliau ketika Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Ahli Permatang Pauh, beliau memberi peluang kepada suami tersayang menjadi Ahli Parlimen kawasan berkenaan apabila Wan Azizah sanggup meletakkan jawatan hingga terpaksa diadakan pilihan raya kecil dan Anwar menang serta menjadi Ketua Pembangkang.

“Hari ini apabila Anwar tidak layak menjadi calon… tak nampak dah siapa jadi calon. Yang nampak ialah isterinya…mungkin nak balas budi isteri beliau, Azizah pula jadi calon.

“Bagi kita, BN tidak kira siapa pun…letaklah siapa pun calon kita sedia kerana kerusi ini dikosongkan dan BN menawarkan diri untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di kajang ini,” katanya.

Tambah Noh lagi pihaknya akan tetap kerja keras untuk sama-sama membantu kemenangan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

“Kita akan tetap kerja keras. Calon kita ini, beliau pernah jadi ahli parlimen selama dua penggal. Pernah ada jawatan dalam kabinet, pemimpin yang berprinsip, tegas dan inilah pemimpin yang harus kita sokong.

“Nak banding dengan Wan Azizah.. saya hairan ada manifesto di Kajang ini… mereka buat manifesto dan kebanyakan manifesto itu pula tanggungjawab kerajaan negeri. Dulu sudah ada manifesto… Ini jelas untuk menipu rakyat kononnya kalau menang untuk selesaikan masalah rakyat..

“Rakyat perlu buka mata….sepanjang mereka memerintah apa yang dapat dibanggakan,” soal beliau. -MediaUMNO

MH370 : Cubaan Putar Belit Pembangkang Sampai Buat Tuduhan Tak Rasional

Posted: 13 Mar 2014 11:53 PM PDT

KAJANG, 14 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar sikap pembangkang yang menjadikan isu kehilangan kapal terbang MAS, MH370 sebagai satu polemik politik yang tidak rasional serta tidak menyumbang sebarang kebaikan kepada usaha pencarian yang diusahakan oleh kerajaan dengan bantuan beberapa negara lain.

Beliau meluahkan rasa sedihnya apabila di dalam parlimen juga dibangkitkan isu ini dengan ucapan-ucapan daripada Ketua Pembangkang yang telah mempertikaikan kewibawaan kerajaan dalam menangani isu MH370 ini.

"Ketua Pembangkang di dalam dewan parlimen cuba untuk menyamakan insiden ini dengan kejadian rampasan oleh tentera merah Jepun yang berlaku sekitar tahun 70-an dulu. Dan saya terpaksa bangun untuk mempertahankan kerajaan dengan mengatakan kepada beliau bahawa itu adalah satu contoh yang tak betul.

"Ini disebabkan di dalam rampasan kuasa itu sudah tentu kita tahu bangunannya di mana, dan kita tahu siapa yang menjadi penjenayah dan dalam tragedi itu kita tahu segala-galanya. Tetapi dalam kes kehilangan kapal terbang ini, kita sudah cuba yang terbaik. Kita tidak mempunyai maklumat yang cukup mantap untuk menentukan di mana kedudukan kapal terbang tersebut.

"Saya kira sekiranya beliau sendiri menjadi Menteri Pengangkutan, beliau tidak akan mampu untuk memberikan apa yang lebih daripada apa yang telah diberitahu oleh kerajaan sekarang ini. Kita mempunyai kekangan daripada segi informasi," ujarnya.

Katanya lagi, isu ini telah menjadikan negara menjadi tumpuan di mata dunia lantara itu beliau merasa kesal dengan sikap Ketua Pembangkang di mana Anwar sanggup bersekongkol dengan beberapa pihak di luar sana yang ingin memperlekehkan kerajaan kita.

"Dalam keadaan dan suasana yang begitu susah untuk mendapatkan maklumat bagi insiden tersebut dan kita tidak tahu apa yang berlaku, beliau sanggup menggunakan perkara itu untuk mengkritik kerajaan.

"Apabila kita kata jangan berbuat demikian, kita tunggu sampai bangkai kapal terbang itu dijumpai, tapi beliau memutar belitkan dengan mengatakan kononnnya ini adalah sekatan politik kepada beliau.

"Inilah yang menjadi permasalahan kepada kita bilamana kita mahukan pihak pembangkang bersama dengan rakyat yang inginkan satu penyelesaian yang cepat dalam isu ini dan janganlah sanggup bersekongkol dengan pihak-pihak yang ingin memperlekehkan kita," tegasnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT