SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, March 24, 2014

UMNO Online - “MH370 : Imej Baharu Beri Harapan” plus 9 more

UMNO Online - “MH370 : Imej Baharu Beri Harapan” plus 9 more

Link to UMNO Online

MH370 : Imej Baharu Beri Harapan

Posted: 23 Mar 2014 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Imej baharu satelit daripada pihak berkuasa Perancis yang membayangkan bahawa objek berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 di sekitar koridor selatan memberi harapan baharu bagi misi pencarian pesawat.

Kementerian Pengangkutan berkata Malaysia menerima imej itu daripada pihak berkuasa Perancis pagi ini dan segera menyampaikan maklumat itu kepada pusat koordinasi penyelamat Australia.

777-200ER

Perkembangan terkini mengenai operasi mencari MH370 dimaklumkan melalui kenyataan kerana tidak ada sidang media pada Ahad.

Sidang media harian pada pukul 5.30 petang di Hotel Sama-Sama dekat Lapangan Terbang Antarabangsa KL sejak 8 Mac telah dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai, Ahad.

Sebelum ini, Australia dan China telah mengeluarkan imej satelit menunjukkan objek yang bermungkinan mempunyai kaitan dengan MH370, di sekitar koridor selatan.

“Semua maklumat ini telah disalurkan kepada Australia sebagai negara yang mengetuai misi pencarian di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian berkata Malaysia telah dimaklumkan oleh para pegawai Australia bahawa mereka tidak membuat apa-apa penemuan baharu berhubung MH370 setakat pukul 2.30 petang Ahad.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata operasi hari ini membabitkan pencarian visual.

Pengurus besar AMSA John Young memberitahu sidang media di Canberra hari ini bahawa walaupun pencarian visual mengambil masa dan mungkin sukar tetapi keputusan yang dipersetujui adalah untuk meneruskan pencarian.

AMSA berkata imej satelit objek terapung di koridor selatan yang dirakamkan oleh China, semalam termasuk dalam kawasan pencarian.

Pencarian pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan anak kapal masuk hari ke-16 pada Ahad.

MH370 : Kenyataan Media Oleh Kementerian Pengangkutan (23 Mac)

Posted: 23 Mar 2014 07:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mac - Berikutan kenyataan media oleh Kementerian Pengangkutan mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Ahad.

1. Perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat

a. Operasi mencari dan menyelamat tetap menjadi usaha antarabangsa yang diselaraskan oleh Malaysia. Beberapa negara mengetuai misi pencarian di kawasan masing-masing dan semua negara terlibat mempamerkan tahap kerjasama yang tidak pernah berlaku dahulu.

b. Pagi tadi, Malaysia menerima imej satelit daripada pihak berkuasa Perancis yang menunjukkan objek-objek yang berpotensi di sekitar koridor selatan. Malaysia dengan segera menyalurkan imej ini kepada pusat koordinasi penyelamat Australia.

c. Dua buah pesawat Ilyushin IL-76s China telah tiba di Perth, dan akan berlepas bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat esok pada 05:00 dan 06:00.

d. Dua buah pesawat P3 Orion Jepun hari ini berlepas dari lapangan terbang Subang menuju Perth.

e. Pusat Koordinasi Menyelamat Australia akan menggerakkan lapan pesawat (empat pesawat tentera dan empat pesawat awam) ke koridor selatan hari ini untuk menjalankan pencarian visual.

f. Kapal Pertahanan Australia ‘Ocean Shield’, yang dilengkapi “sub-sea remotely operated vehicle” kini dalam pelayaran ke koridor selatan.

g. Sehingga pukul 2:30 petang waktu Malaysia, para pegawai Australia telah memaklumkan kepada kita bahawa mereka belum menghasilkan apa-apa penemuan baharu berhubung MH370.

h. Sebuah pesawat P8 Poseidon tentera laut India dan sebuah pesawat C130 Tentera Udara India berlepas dari lapangan terbang Subang hari ini untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat di bahagian utara koridor selatan, yang diketuai oleh Indonesia.

i. Beberapa penerbangan lain dari lapangan terbang Subang ke koridor selatan dibatalkan hari ini kerana cuaca buruk disebabkan oleh taufan Gillian.

j. Australia, China dan Perancis kini menyiarkan imej satelit yang menunjukkan objek berpotensi yang mungkin ada kaitannya dengan MH370, di perkarangan koridor selatan. Semua maklumat ini telah disalurkan kepada Australia, sebagai negara yang mengetuai misi pencarian di kawasan berkenaan.

2. Taklimat keluarga

a. Pasukan peringkat tertinggi Malaysia mula memberi taklimat di Beijing pagi tadi untuk sanak saudara penumpang MH370. Taklimat itu berlangsung lebih enam jam. Ini merupakan taklimat ketiga seumpamanya yang diadakan. Pasukan itu menyampaikan maklumat kepada ahli keluarga dan menjawab soalan. Kerajaan ingin mengulangi komitmen dan usaha yang berterusan kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH370.

3. Perkembangan terkini mengenai transmisi alat Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS).

a. Transmisi terakhir ACARS, yang dihantar pada 1.07 pagi menunjukkan tiada apa-apa yang luar biasa. Transmisi pada 1.07 pagi itu menunjukkan rutin biasa sepanjang masa ke Beijing.

Sokongan Pengundi Cina Terhadap BN Di Kajang Meningkat – Presiden MCA

Posted: 23 Mar 2014 07:39 AM PDT

KAJANG, 23 Mac – Walaupun berpihak kepada PKR, keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyaksikan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN), kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, sokongan pengundi Cina terhadap BN meningkat tujuh peratus kepada 25 peratus berbanding keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Secara keseluruhan kami amat berpuas hati dengan pencapaian jentera BN walaupun tewas pada PRK ini.

"Peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap kami membuktikan pengorbanan serta kerja keras kami tidak sia-sia," kata Liow ketika ditemui di Bilik Gerakan Induk MCA di sini malam ini.

chow-mei-fun-calon-mca-bn-pengundi-cina-kajang-meningkat

Liow menyifatkan PRK itu sebagai satu permulaan buat MCA untuk meneruskan misi mentransformasikan parti.

Keputusan PRK itu memihak kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 16,741 undi berbanding 11,362 undi untuk calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun, iaitu majoriti 5,379 undi.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Lee Chin Cheh daripada PKR menang kerusi DUN itu dalam pertandingan enam penjuru dengan majoriti 6,824 undi.

"Melalui PRK ini, kita dapat mengetahui mana kekuatan dan kelemahan kita dan kita akan cuba membaikinya supaya dapat mentransformasikan parti secara berkesan," kata Liow.

Bagi Chew sendiri, beliau menghargai segala sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diterimanya daripada jentera BN sepanjang dua minggu berkempen di Kajang.

"Walaupun keputusan tidak berpihak kepada BN, namun kami berjaya menurunkan majoriti calon lawan dan memperoleh peratusan undi Cina lebih tinggi berbanding PRU13," kata Naib Presiden MCA itu.

Chew berkata beliau selepas ini akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti, termasuk menggerakkan kerja dalam ketiga-tiga jawatankuasa dan biro di bawah jagaannya iaitu Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendidikan Politik dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang.

Beliau juga berharap Wan Azizah melaksanakan tugasnya sebagai Anggota DUN Kajang dengan penuh dedikasi dan menunaikan janji dalam manifesto yang dikemukakan.

PKR Menang, Majoriti Susut Di Kajang

Posted: 23 Mar 2014 07:30 AM PDT

KAJANG, 23 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti  5,379 undi.

Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berjaya memperoleh sebanyak 16,741 undi.

keluarga-isteri-anak-diguna-peralat-awet-rakus-politik-anwar-ibrahim

Dengan keputusan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman kira-kira pukul 9.05 malam, Ahad.

Turut hadir di pusat penjumlahan undi di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Sehingga proses pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 5 petang tadi, seramai 28,314 atau 72 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pada PRU-13, PKR menang di kerusi DUN Kajang menerusi wakilnya, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824.

Lee bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil menerusi rancangan ‘langkah Kajang’ yang dirancang PKR.

Hanya 72 Peratus Keluar Mengundi Di PRK DUN Kajang – SPR

Posted: 23 Mar 2014 04:43 AM PDT

KAJANG, 23 Mac – Sejumlah 28,314 pengundi atau 72 peratus daripada keseluruhan 39,278 pengundi berdaftar, telah mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.

spr-prk-kajang-abdul-aziz-mohd-yusof

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah ini bagaimanapun menurun sebanyak 16 peratus berbanding 88.4 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Ini bermakna tanggapan saya pagi tadi menjangkakan jumlah pengundi keluar mengundi lebih 80 peratus tak tercapai.

"Tapi peratusan ini pun ok bagi saya…SPR akan kaji dan teliti apa sebab berlaku begini dari 88 peratus pada PRU lepas, sekarang turun pada 72 peratus," katanya pada sidang media di pusat penjumlahan rasmi undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi, di sini.

Ditanya sama ada jumlah itu adalah terendah dalam sejarah PRK, Abdul Aziz berkata beliau tidak dapat mengesahkan rekod secara keseluruhan, namun peratusan ini adalah terendah berbanding PRK Kuala Besut dan Sungai Limau yang masing-masing mencatatkan 79.7 dan 88.5 peratus.

Abdul Aziz berkata penurunan peratusan mengundi itu tidak sepatutnya berlaku berdasarkan keadaan cuaca hari ini, tempoh kempen yang panjang dan pengurusan baik daripada pihak SPR dan polis.

Mengenai perjalanan tempoh pengundian, beliau berkata pada keseluruhannya berjalan lancar walaupun difahamkan berlaku sedikit provokasi di beberapa pusat mengundi.

Felcra To Seek Land From Sarawak Govt To Expand Programme

Posted: 23 Mar 2014 04:05 AM PDT

MUKAH, March 23 – Felcra Bhd plans to forward its application to the Sarawak state government for new land to expand its development programme in the state.

Chairman Datuk Bung Mokhtar Radin said with the increase in hectarage, the company hoped that it would help boost the earnings of the settlers via cluster land development.

He said since Felcra's operation in Sarawak 11 years ago, the company has succeeded to develop 50,000 hectares in the state and paid dividends of RM56 million to about 9,000 settlers undeer its development programme.

"Under the programme, we can build houses, roads, have electricity and have an orderly development of the area," he told a media briefing after attending a Felcra community meeting here today.

Bung Mokhtar said Felcra did not specified the hectarage it sought from the state government.

He said he would leave it to the state to decide.

Pencarian MH370 – Misi Tidak Mengaku Kalah

Posted: 23 Mar 2014 03:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Lt. Erica Ross, komander pesawat P-3 Orion milik tentera laut Amerika Syarikat dan pegawai tentera laut Francis Enriquez tetap bersemangat tinggi sekalipun sudah melakukan penerbangan selama 75 jam tanpa sebarang hasil yang dapat membantu penemuan pesawat Malaysia Airlines (MAS).

"Kami tidak temui apa-apa hari ini. Kami akan sambung esok," kata Ross bersahaja.

777-200ER

"Tidak ada tempoh masa ditetapkan. Kami akan berada di sini selagi kami diperlukan," kata Enriquez pula tanpa menunjukkan sebarang tanda bosan.

Mereka berdua ialah antara 11 kru P-3 Orion yang menyertai operasi yang boleh dianggap sebagai 'misi tidak mengaku kalah'.

Mereka membantu Malaysia mencari pesawat MAS Boeing 777-200ER yang hilang bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Usaha mengesan pesawat dilakukan di Laut China Selatan sebelum diperluas ke sebahagian besar perairan di barat Semenanjung Malaysia termasuk Lautan Hindi, apabila ada penemuan menunjukkan pesawat mengubah haluan selepas sistem komunikasinya dimatikan secara sengaja oleh pihak tertentu di dalam pesawat tersebut dan pesawat terbang selama tujuh jam selepas itu.

Pencarian kemudian ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Penulis menaiki P-3 Orion pada Sabtu, dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ke selatan Lautan Hindi berhampiran Kepulauan Cocos dan Krismas, penerbangan yang mengambil masa tujuh jam untuk pergi dan balik.

Tiga jam dihabiskan untuk meninjau sukuan yang ditetapkan bagi pesawat itu di kawasan carian seluas 25,000 batu nautika persegi, untuk mengesan sebarang petunjuk yang dapat dikaitkan dengan MH370.

Sepanjang tiga jam itu Enriquez, pegawai udara kelas pertama dari pangkalan tentera laut AS di Okinawa, Jepun, terpaku di hadapan skrin lima buah radar.

Beliau memantau skrin itu yang berupaya menyalurkan paparan ke kamera pemantauan dalam pesawat.

Enriquez juga memantau skrin graf yang akan menunjukkan sebarang anomaly elektromagnetik yang dikesan oleh peranti pengesan logam yang terletak di bahagian ekor pesawat tersebut.

Katanya peranti itu berupaya mengesan logam di atas dan di bawah permukaan laut.

Itulah tugas beliau dalam setiap penerbangan sejak 9 Mac, sehari selepas penerbangan MH370 hilang.

"Kami datang ke sini untuk membantu kerajaan Malaysia mencari MH370," katanya.

Penerbangan pada Sabtu itu merupakan yang ketujuh bagi pesawat P-3 Orion berkenaan.

Ross berkata 90 peratus masa penerbangannya adalah dengan anak kapal yang lama.

"Kami mempunyai anak kapal yang bagus," kata wanita itu.

Sekalipun tidak menemui apa-apa, Ross dan Enriquez tidak berputus asa. Esok mereka akan meneruskan operasi dengan harapan yang baharu.

Pemuda BN Sokong Tindakan Sekat Kemasukan ‘Pembuat Kacau’ Ke Sarawak

Posted: 23 Mar 2014 03:46 AM PDT

MUKAH, 23 Mac – Pemuda Barisan Nasional (BN) menyokong tindakan kerajaan Sarawak untuk menghalang 'pembuat kacau' terdiri daripada ekstremis agama dan kaum ke negeri ini kerana golongan itu boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negeri.

khairy-pemuda-bn-mukah-balingian-fadillah-sarawak

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata tindakan Sarawak adalah tepat kerana ia berlandaskan perlembagaan diperuntukkan kepada kerajaan negeri dan undang-undang sedia ada.

"Sarawak sudah lama harmoni, jangan ada pengaruh luar negatif mengganggu keamanan sedia ada," katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia di Dewan Tertutup Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) hari ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum ini mengumumkan akan mengharamkan kemasukan golongan yang telah dikenal pasti sebagai ekstremis agama dan kaum ke Sarawak.

Beliau mempunyai senarai individu terbabit.

Mengenai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian, Khairy berkata setakat ini ia berjalan baik dengan pendekatan mesra golongan sasaran sebagai strategi menarik hati pengundi.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan memberi jaminan akan memberi perhatian serius dalam membina infrastruktur sukan dan rekreasi di Mukah.

"Saya tak nak umum apa-apa sebab yang penting komitmen kerajaan selepas pilihan raya, dan bagi permohonan peruntukan, saya sedia mempertimbangkan dengan serius dengan syarat mesti ditubuhkan persatuan supaya mudah menyalur peruntukan,'katanya.

Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ketua Pemuda BN Sarawak dan calon BN bagi PRK Balingian Yussibnosh Balo.

PRK Balingian akan diadakan pada 29 Mac ini.

Proses Pengundian Lancar – Ada Harapan Kemenangan Berpihak BN

Posted: 23 Mar 2014 01:56 AM PDT

KAJANG, 23 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal yakin proses pengundian yang berjalan lancar hari ini diharap dapat mengeluarkan lebih ramai pengundi untuk keluar mengundi bagi menentukan wakil rakyat pilihan mereka.

“Saya lihat ada petanda baik untuk Barisan Nasional dan Datin Chew Mei Fun untuk menang namun para petugas dan jentera BN harus terus bekerja keras untuk mencari lebih ramai pengundi yang belum keluar sebelum penamat proses pengundian, jam 5 petang nanti.

shafie-apdal-selangor-prk-kajang-chew-mei-fun-bn-boleh-menang

“Alhamdulillah, setakat ini tidak ada kejadian yang tidak diingini walaupun ada unsur-unsur provokasi melampau pihak lawan yang sengaja dicetuskan untuk menimbulkan kekacauan dan pergaduhan antara penyokong dan jentera parti,” ujarnya selepas melawat ke Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan tengahhari tadi.

Tambahnya, janganlah ada kekacauan, biarlah pengundi keluar untuk mengundi dengan aman kerana yakin, mereka sudah ada pilihan mereka sebelum keluar mengundi.

“Nasihat kepada jentera BN, jangan layan provokasi melampau pihak lawan, jangan ikut rentak mereka, kerana kita mengamalkan proses demokrasi yang menjamin keadilan untuk semua dan penghargaan kepada pihak berkuasa yang berjaya mengawal keamanan, demi memastikan proses pengundian hari ini berjalan lancar,” tambahnya. -MediaUMNO

Laporan Layanan Buruk Polis Tidak Benar – Ibu Warga China

Posted: 23 Mar 2014 12:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Warga China Liu Guiqui, ibu kepada Li Le, penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, menyangkal laporan kononnya beliau dilayan buruk oleh polis semasa sidang akhbar yang diadakan pada 19 Mac di Hotel Sama-Sama Sepang.

Liu dalam temu bual dengan China Central Television (CCTV), berkata beliau membuat keputusan pergi ke sidang akhbar itu, kerana beliau mahu bertanyakan ahli politik Malaysia mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap anak lelaki beliau, yang ketika itu telah hilang selama 12 hari, kerana beliau tidak faham kenapa tiada sebarang berita yang diterimanya.

“Itu tidak benar. Saya dikerumuni oleh pemberita. Ada seorang anggota polis muda yang pada mulanya saya ingatkan mahu menarik saya.

“Pada mulanya saya tidak faham apa yang berlaku tetapi seseorang memberitahu saya jangan panik. Mereka meyakinkan saya, mereka berada di situ untuk melindungi saya,” kata Liu.

Liu terbang ke Kuala Lumpur kerana beliau mahu menjadi orang yang pertama menyambut Li bila anaknya itu kembali. Beliau menyifatkan Le yang mempunyai seorang anak perempuan, sebagai orang yang murah hati, baik, setia dan melayani semua orang dengan perasaan hormat.

Ditanya mengenai cakap-cakap kononnya kerajaan Malaysia tidak mendedahkan semua maklumat, Liu berkata beliau tidak peduli semua itu kerana apa yang beliau mahukan semata-mata anaknya dan semua penumpang dalam kapal terbang itu kembali dengan selamat.

Malah beliau berterima kasih dengan kerajaan dan rakyat Malaysia kerana menjaganya setiap hari dan beliau tidak percaya kepada mereka yang mendakwa kerajaan tidak mengambil berat tentang keluarga penumpang pesawat itu.

“Saya tidak percaya perkara itu berlaku. Saya percaya mereka juga amat tertekan. Saya faham bahawa mereka kini sibuk mencari pesawat yang hilang itu.

“Oleh itu memang patutlah mereka (kerajaan) tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada keluarga yang terlibat,” kata Liu.

Bila ditanya apa yang akan dikatakan kepada anak lelakinya jika dia boleh mendengar ibunya, Liu menangis sambil berkata: “Ibu menunggu kamu. Pulanglah segera. Ibu percaya kamu akan pulang dengan selamat.”

Liu juga menunjukkan tanda penghargaannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang turut berusaha mencari pesawat itu.

“Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana berusaha mencari keluarga kami,” katanya penuh perasaan sambil duduk melutut.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT