SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, March 11, 2014

UMNO Online - “Siapa Sebenarnya Calon Kambing Hitam?” plus 9 more

UMNO Online - “Siapa Sebenarnya Calon Kambing Hitam?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Siapa Sebenarnya Calon Kambing Hitam?

Posted: 10 Mar 2014 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Mac – Siapa calon kambing hitam yang sebenarnya… Jika sebelum ini calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun kononnya dianggap calon kambing hitam oleh pemimpin PKR, hari ini nampaknya kata-kata tersebut terpalit ke muka calon mereka sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Mana tidaknya…. Mereka melihat Presiden PKR itu akan menemui nasib yang sama seperti peristiwa pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan itulah yang bakal berlaku di Kajang kelak.

wan-azizah-kambing-hitam-bukan-chew-mei-fun

Ketua UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata jika para pengundi memberikan kemenangan kepada Wan Azizah itulah senario yang boleh dijangkakan dan sudah terang lagi bersuluh sekali lagi pengundi Kajang akan menjadi mainan politik parti anak beranak berkenaan.

Menurut beliau Permatang Pauh boleh menjadi saksi kepada politik berkenaan dan atas dasar itu pengundi Kajang seharusnya berfikir dengan matang dan bijak sebelum membuat sebarang keputusan kelak.

"Datanglah ke Permatang Pauh..Sepanjang perkhidmatan kedua-dua pemimpin tersebut baik Anwar mahu pun Azizah, tidak ada satu pun yang boleh dibanggakan apatah lagi dalam membantu rakyat disaat mereka diperlukan.

"Dengan kata lainnya kedua-dua pemimpin tersebut sama sahaja. baik si isteri yang menjadi Ahli Parlimen buat seketika dan begitulah suaminya. Apakah wakil rakyat seperti ini yang pengundi Kajang mahuka?” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah pengundi Kajang akan membuat satu kesilapan besar jika Wan Azizah menjadi pilihan mereka kerana segala-galanya telah dapat dilihat di Permatang Pauh.

"Sekadar calon pelengkap tidak ada maknanya…Pegang jawatan lepas tu letak balik tidak ada manfaatnya. Itulah kesimpulan yang kita dapat buat. Apa pun janganlah jadikan Kajang sebagai Permatang Pauh kedua," ujar beliau.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang yang bakal berlangsung 23 Mac ini.

Perubahan calon PKR bagi PRK Dun Kajang ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes dakwaan Liwat 2 dan dihukum penjara lima tahun menyebabkan beliau gugur hak bertanding.

Wan Azizah sebelum ini melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding. -MediaUMNO

Wan Azizah Terus Dijadikan “Bahan Pengawet” Kerjaya Politik Anwar

Posted: 10 Mar 2014 05:29 AM PDT

Dr. Wan Azizah telah pun diumumkan sebagai calon bertanding untuk PRK Kajang dalam satu sidang akhbar khas baru-baru ini. Pencalonan ini dikhabarkan telah dipersetujui oleh Lim Kit Siang yang mewakili DAP dan Dr. Hatta Ramli mewakili PAS.

Apa yang pasti PKR akan menggunakan strategi undi simpati, dan deraian serta air mata yang berbondong-bondong milik Wan Azizah  bakal menghiasi siri ceramah dalam kempennya bermula malam ini.

Bijaknya Anwar, dia terus meletakkan dirinya di gelanggang publisiti agar menjadi perhatian dunia, dan pencalonan Wan Azizah tidak ubah seperti alat dan perkakas publisiti untuk Anwar Ibrahim.

keluarga-isteri-anak-diguna-peralat-awet-rakus-politik-anwar-ibrahim

Persoalannya, sejauh mana PKR, sebuah parti politik yang berbangga dengan slogan "demi rakyat", boleh difikirkan rasional meletakkan Wan Azizah sebagai calon dan bakal mewakili 39,279 pengundi DUN Kajang sekiranya menang kelak?

Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau "mayat hidup" kepada survival politik Anwar Ibrahim?

Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau "mayat hidup" kepada survival politik Anwar Ibrahim?

Lebih molek sekiranya kita mengimbas kembali apa yang pernah dilakukan oleh Wan Azizah sewaktu bergelar Yang Berhormat Permatang Pauh. Permatang Pauh adalah kerusi tradisi milik Anwar dan keluarganya yang diwakili selama lebih 25 tahun mulai 1982 sehingga 2008.

Namun pada 1999, Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara berikutan salahguna kuasa ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang kemudiannya disusuli pula dengan kes seks di luar tabii.  Kerusi tersebut terus diwarisi kepada Wan Azizah sejak 1999 hingga 31 Julai 2008.

Pada ketika inilah, Wan Azizah telah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada sang suami.

Kini, perkara yang sama berulang. Wan Azizah sekali lagi terus dijadikan "bahan pengawet" kerjaya politik Anwar Ibrahim.

Sekali lagi, rakyat dapat menelaah bahawa tindakan mencalonkan Wan Azizah untuk PRK Kajang bukanlah untuk membantu atau berkhidmat untuk rakyat. Sejuta alasan dari Wan Azizah sekalipun, tidak akan memadamkan realiti bahawa politik PKR adalah demi Anwar semata-mata.

Benarlah kata-kata Tun Mahathir, bahawa PKR adalah parti yang ditubuhkan esklusif untuk memperjuangkan Anwar Ibrahim, sekaligus menyongsangkan idea penubuhan parti politik; iaitu untuk memberi manfaat untuk rakyat, bukan individu.

Kini, terpulang kepada pengundi N.25 Kajang, samada mahu seorang wakil rakyat yang berkhidmat untuk mereka, atau wakil rakyat yang sekadar bertaraf "alat dan perkakas" politik.

Ameen Latif

Doakan Yangt Terbaik #MH370…. Hentikan Spekulasi

Posted: 10 Mar 2014 05:25 AM PDT

Umum mengetahui isu kehilangan pesawat MAS #MH370 yang menjadi misteri, telah menarik perhatian dunia. Selain memberikan ucapan simpati dan takziah, ramai yang semakin tertanya-tanya apakah nasib sebenar yang menimpa semua para penumpang dan anak-anak kapal itu?

Namun di sebalik kisah misteri pesawat #MH370 itu, wujud pelbagai berita dan maklumat kononnya pesawat tersebut telah pun mendarat di China, namun kerajaan sengaja merahsiakan mengenainya. Malah ada juga yang memberikan pandangan yang tidak masuk akal seperti meminta kerajaan mengupah pengamal 'paranormal' dan sebagainya.

bertenang-berdoa-mh370-bn-mas-barisan-nasional

Paling menarik, ada seorang kenalan memberitahu, pada ketika ini ramai yang cuba menjadi wartawan dengan melaporkan berita-berita yang tiada asasnya. Ada yang mengatakan, mereka menerima maklumat dari saudara, kenalan dan mereka yang rapat dengan mangsa semata-mata untuk meyakinkan masyarakat dengan 'khabar angin yang dibawanya itu.

Tetapi dalam banyak-banyak komen, pendapat, andaian, teori dan sebagainyaada segelintir di kalangan penyokong pembangkang yang cuba mempolitikkan isu ini. Mereka mendakwa kononnya kehilangan pesawat MH#370 adalah merupakan sebahagian dari konspirasi kerajaan.

Kononnya ia bertujuan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap keputusan mahkamah di dalam ke liwat II yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Tanpa mempedulikan hati dan perasaan kaum keluarga dan waris semua mangsa yang terlibat, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang jelas tiada asasnya.

Sedangkan pada ketika ini, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita seharusnya saling mendoakan yang terbaik buat semua yang terlibat. Ia secara tidak langsung dapat memberikan sokongan moral kepada semua kaum keluarga penumpang dan anak kapal yang pada ketika ini sedang bersedih dan risau.

Apa yang penting pada ketika ini mengharapkan agar misi mencari pesawat #MH370 dapat diselesaikan dengan segera.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Buat mereka yang terlibat hentikan spekulasi!!!!!!!!!

Kapten Selamat

Boikot Sidang Parlimen : Pembangkang Tak Hargai Kepercayaan Rakyat

Posted: 10 Mar 2014 05:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mac  - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan tindakan pembangkang yang mahu memboikot sidang Dewan Rakyat esok hanya merugikan diri sendiri kerana rakyat tidak dapat mengetahui apakah soalan yang akan dibangkitkan oleh wakil rakyat mereka.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata ia juga membazirkan kepercayaan rakyat yang memilih pemimpin untuk berkhidmat kepada mereka serta menyatakan suara dan kehendak mereka di Parlimen untuk tindakan kerajaan.

“Setiap soalan (di sidang Dewan Rakyat) kita telah sediakan jawapan, rugilah rakyat tak dapat dengar apa soalan yang ditanya anggota Parlimen berkenaan,” katanya.

pakatan-pembangkang-anwar-16-persen-parlimen-boikot-keluar-dewan

Shahidan berkata pembangkang sepatutnya memanfaatkan sidang Dewan Rakyat sebagai medium untuk mereka membahaskan pelbagai isu yang ingin dibangkitkan.

“Sini (Dewan Rakyat) tempat kita berbahas dan menggubal undang-undang, tak perlu pergi berbahas di Kajang, Kajang tak boleh bahas undang-undang, Kajang ialah tempat penentuan memilih wakil rakyat.

“Tak payah boikotlah..hadir…kita berbahas di sini (Dewan Rakyat), apa yang tak puas hati, apapun…kita bahas di sini,” katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kesemua 89 wakil rakyat pembangkang bertegas untuk tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat esok sebagai membantah hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya bagi pertuduhan meliwat Jumaat lepas.

Sebaliknya mereka akan hadir pada proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang esok.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Peringatan Agong Mengenai Perpaduan Perlu Jadi Panduan Anggota Parlimen

Posted: 10 Mar 2014 04:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengenai isu perpaduan pada perasmian pembukaan mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-13 perlu dijadikan panduan kepada semua anggota Parlimen.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata titah Tuanku Abdul Halim yang menekankan mengenai kepentingan perpaduan merupakan peringatan tepat pada waktunya.

“Titah Tuanku yang menyentuh mengenai perkara asas seperti pembinaan Negara bangsa perlu dilihat jauh ke hadapan serta bersandarkan kepada perkara pokok yang berhubung kait dengan perpaduan, integriti, kredibiliti dan agama,” kata anggota Parlimen Sembrong itu.

dymm-agong-sultan-abdul-halim-muadzam-shah-kedah-malaysia

Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa pula berkata titah baginda akan membawa kepada satu siri perbahasan yang menarik merangkumi aspek situasi semasa negara.

“Baginda telah memberikan penekanan kepada perkara-perkara tertentu keseluruhannya terutama mengenai menjaga negara bangsa dengan baik dan tugas ahli-ahli Parlimen pula adalah untuk memperkasakannya dengan memberi input kepada rakyat di kawasan diwakili masing-masing,” katanya.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata titah tersebut selain mengingatkan tentang perpaduan, turut member peringatan agar anggota Parlimen mengambil jalan sederhana dalam setiap tindakan dan kenyataan yang akhirnya boleh memberikan kebaikan kepada negara

“Sebarang tindakan di luar kawalan boleh membawa bencana kepada negara, justeru dalam setiap perbuatan kita tidak perlu menjadi pelampau supaya keamanan negara tidak tergugat,” katanya yang juga anggota Parlimen Padang Terap.

Bagi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, titah Tuanku Abdul Halim menyentuh semua perkara secara menyeluruh.

“Tuanku menyentuh apa yang telah kerajaan buat, juga memberitahu apa yang tuanku sendiri inginkan dari ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sesi persidangan kali ini.

“Jadi maknanya semua ahli Yang Berhormat dipertanggungjawabkan untuk mematuhi setiap perkara ketika menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai ahli Yang Berhormat,” katanya.

Anggota Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin pula berpendapat kesejahteraan dan perpaduan rakyat menjadi satu kepentingan yang perlu dipertahankan ketika ini.

Ketua Puteri UMNO itu berkata selain menyentuh dua perkara tersebut, titah ucapan baginda turut menyentuh mengenai perkembangan anak muda masa kini.

“Tuanku ternyata prihatin dengan perkara-perkara yang membawa kemakmuran kepada rakyat termasuk apa yang diperlukan oleh generasi muda masa kini,” katanya.

Terdahulu, Tuanku Abdul Halim semasa bertitah pada perasmian pembukaan mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen hari ini, antara lain menyeru semua anggota Parlimen menumpahkan taat setia tidak berbelah-bahagi kepada negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Baginda juga berharap semua anggota Parlimen melaksanakan tugas dengan jujur, amanah, penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Pengundi Kajang Mahu Wakil Rakyat Berkhidmat Untuk Rakyat Bukan Berkhidmat Untuk Suami

Posted: 10 Mar 2014 04:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya dijadikan ‘umpan’ oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menagih simpati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabhee.

“Wan Azizah adalah umpan Anwar, ini bermakna jika pembangkang menang, Wan Azizah hanya akan berkhidmat kepada suaminya, bukan kepada pengundi di DUN Kajang, inilah politik kepentingan anak beranak,” tegasnya.

Katanya, tindakan menamakan Wan Azizah sebagai calon DUN  Kajang dibuat setelah Anwar hilang kelayakan untuk bertanding  apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

wan-azizah-ganti-anwar-ibrahim-penjara-kes-mahkamah-salah-liwat-kajang-lim-kit-siang

“Untuk menagih simpati pengundi kononnya Anwar menjadi mangsa politik, maka beliau memilih Wan Azizah sebagai calon PKR di DUN  Kajang,” katanya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.com.

Katanya,  tindakan tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemimpin PKR Selangor kerana ada di kalangan mereka lebih berkelayakan daripada Wan Azizah.

Malah jelas beliau, sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution disebut-sebut sebagai calon PKR di DUN Kajang menggantikan Anwar.

Pemilihan Wan Azizah sebagai calon pembangkang pada PRK DUN Kajang diumumkan oleh Anwar di Bilik Gerakan PRK Kajang Batu 12, Kajang semalam.

Presiden PKR itu bakal ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA,  Datin Paduka Chew Mei Fun.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini menawarka diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN  Kajang difahamkan telah menarik diri.

Menurut Syed Ali lagi, pemilihan presiden boneka PKR itu juga bertujuan mengukuhkan penguasaan keluarga Anwar dalam politik yang sebelum ini anaknya, Nurul Izzaah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menyifatkan PKR sebagai parti anak-beranak, Syed Ali menyelar Anwar kerana menjadikan PRK DUN Kajuang perjuangan agenda peribadi.

Kata beliau, PRK DUN  Kajang merupakan proses pemilihan semula wakil rakyat yang benar-benar mampu memberi khidmat kepada penduduk setempat setelah wakil rakyat sebelum ini  mengkhianati mandat pengundi.

“Meletakkan Wan Azizah di DUN Kajang tidak memberi sebarang makna kepada pengundi kerana Wan Aziah sekadar pak turut dan jurucakap kepada Anwar,” tegasnya.

Pemimpin jenis itu tambah beliau, tidak layak untuk diberikan mandat sebagai wakil rakyat.

Beliau kesal kerana Wan Azziah berterusan kekal sebagai tunggul kepada Anwar dan tidak berani untuk membuat sebarang keputusan sejajar dengan kedudukannya sebagai presiden PKR.

“Jika Anwar dan Wan Azizah jujur dan tidak mempunyai kepentingan peribadi, sepatutnya pemimpin PKR Selangor yang ditonjolkan sebagai calon di DUN Kajang,” ujarnya.

Menurut beliau, tindakan Anwar menamakan isterinya bertanding juga memberikan gambaran bahawa tidak ada pemimpin PKR Selangor yang berkelayakan untuk diberi peluang bertanding di DUN Kajang.

Oleh sebab katanya, Anwar  sanggup mengumpan Wan Azizah sebagai calon PKR menggantikan beliau bertanding di DUN Kajang bukan bertujuan untuk kepentingan rakyat.

Tambah beliau, proses pilihan raya termasuk pilihan raya kecil bukan satu acara sekadar untuk berseronok-seronok atau bersukaria.

“Pilihan raya merupakan proses pemilihan wakil rakyat yang benar-benar berwibawa dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundi yang diwakili menerusi pengundian,” katanya.

Beliau kesal kerana Anwar dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) sanggup mengetepikan kepentingan rakyat terutama di DUN Kajang.

Sehubungan itu, beliau mengajak pengundi di DUN Kajang supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih wakil rakyat yang mampu membawa kesejahteraan kepada mereka.

“Jangan terpedaya dengan pembangkang kerana mereka bertanding kerana agenda politik peribadi,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali membidas Anwar kerana menyalahkan sistem penghakiman di negara ini berikutan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuan 5 tahun penjara terhadap beliau.

“Bukan perkara pelik, kerana sewktu dia dibebaskan, dia kata undang-undang adil, tetapi sekarang salahkan pula mahkamah, inilah Anwar pemimpin politik yang suka cakap putar belit,” tegasnya.

Menurut beliau, keputusan tersebut tidak ada kaitan dengan agenda politik mana-mana pihak sepertimana dakwaan pembangkang  keputusan tersebut sebagai cubaan menghalang pengaruh Anwar.

“Kes itu membabitkan dia dengan Saiful, soal nak halang pengaruh Anwar tidak timbul kerana Anwar sebenarnya sudah hilang pengaruh.

Katanya, pihak pembangkang akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat kononnya Anwar tidak bersalah.

PM Umum Dana RM200 Juta Bantu Syarikat Bumiputera

Posted: 10 Mar 2014 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mac  - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Dana Pengembangan Perniagaan Bumiputera sebanyak RM200 juta untuk membantu syarikat Bumiputera berteraskan teknologi memperluas perniagaan di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata buat permulaan, dana sebanyak RM25 juta telah diperuntukkan kepada Unit Peneraju Agensi Bumiputera (TERAJU), dan akan dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

“Dana ini menyediakan pinjaman bersifat fleksibel, tanpa cagaran dan tempoh bayaran balik enam tahun bermula pada tahun kedua selepas pembiayaan dikeluarkan.

“Namun begitu, setiap projek yang dicadangkan perlu mempunyai prospek keuntungan, dan kertas cadangan mestilah tertumpu kepada aktiviti pengembangan perniagaan,” katanya.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), di Parlimen hari ini.

Najib berkata sektor perniagaan yang layak menerima pembiayaan ini terdiri daripada perniagaan berasaskan teknologi dalam bidang Bioteknologi, Teknologi Hijau, Minyak dan Gas, Elektrik dan Elektronik, Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT), Teknologi Nano dan Teknologi Makanan.

Perdana Menteri turut mengumumkan tujuh lagi syarikat Bumiputera akan menerima geran Dana Mudahcara berjumlah hampir RM20juta untuk melaksanakan pelbagai projek.

“Ia terdiri daripada Grand Ten Holdings Sdn Bhd, PEPS-JV (M) Sdn Bhd, Dimension Bid Sdn Bhd, Faiza Marketing Sdn Bhd, Mansalin Education Sdn Bhd, Al Ameen Development Sdn Bhd dan Majpadu Bricks Sdn Bhd.”

“Syarikat-syarikat ini sudah menandatangani perjanjian bersama TERAJU bagi melaksanakan projek yang dicadangkan, yang dijangka menarik keseluruhan pelaburan swasta berjumlah RM128.7 juta dan berupaya mewujudkan hampir 700 peluang pekerjaan.

“Saya berharap dengan adanya kemudahan geran Dana Mudahcara ini, ada banyak lagi syarikat Bumiputera tampil kehadapan untuk melaksanakan projek berimpak tinggi serta berpotensi besar yang mampu menjana ekonomi negara, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat terutama dalam bidang pekerjaan,” katanya.

Dana Mudahcara yang diperkenalkan pada Ogos 2012 dengan peruntukan RM2 bilion, merupakan geran untuk membiayai sehingga 15 peratus keseluruhan kos projek bernilai sekurang-kurangnya RM5 juta, dan mempunyai komponen infrastruktur, jentera dan peralatan.

Najib berkata sehingga Februari tahun ini, Dana Mudahcara meluluskan RM1.4 bilion untuk 132 projek melalui kerjasama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), TERAJU dan wilayah-wilayah ekonomi.

Menurutnya ia melibatkan jumlah pelaburan swasta sebanyak RM15.12 bilion  dalam sektor seperti minyak, gas & tenaga, pembangunan hartanah, pembinaan dan pemborongan serta peruncitan.

Katanya melalui program Dana Mudahcara yang disediakan TERAJU ini, syarikat Bumiputera yang terlibat dijangka menyediakan lebih daripada 23,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat di negara ini.

Najib berkata setiap inisiatif yang diumumkan itu mencerminkan keprihatinan dan usaha berterusan oleh kerajaan untuk menekankan pemerkasaan agenda Bumiputera sebagai agenda nasional yang penting.

“Saya yakin, langkah-langkah baharu dan sinergi antara agensi kerajaan ini akan memanfaatkan usahawan Bumiputera untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka,” katanya.

Pasukan Khas Dari China Tiba Bantu Usaha Cari Pesawat Hilang

Posted: 10 Mar 2014 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Pasukan khas dari China yang terdiri daripada para pegawai berkedudukan tinggi, tiba di sini semalam bagi membantu usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370, yang hilang sejak Sabtu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pasukan yang dianggotai wakil parti politik dan menteri-menteri berkaitan akan membantu dalam tiga aspek iaitu mencari pesawat, membantu dalam siasatan dua individu yang dikesan menggunakan pasport palsu sebagai penumpang dan membantu keluarga penumpang pesawat itu dari China.

pemangku-menteri-pengangkutan-hishammuddin-hari-ketiga-klia

Keluarga penumpang dari China yang akan dibantu ada yang telah tiba di sini lebih awal, kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen selepas majlisperasmian pembukaan penggal kedua Parlimen Ke-13 hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menunggu maklum balas hasil perbincangan dengan pihak-pihak terlibat seperti Polis dan Jabatan Imigresen untuk melihat keperluan meningkatkan lagi protokol keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

“Ia melibatkan agensi lain juga, cuma saya belum sempat bercakap dengan (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini, ketua polis negara juga bersama kami dengan Jabatan Imigresen,” kata Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan.

Beliau berkata perbincangan dengan agensi perisikan antarabangsa juga akan dijalankan mengenai hal itu.

Hishammuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak menyembunyikan sebarang fakta daripada orang ramai mengenai apa sahaja perkembangan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370.

“Jadi sesiapa yang bertanggungjawab dalam kenyataan akhbar akan maklumkan pada masa yang sesuai dan kalau ada soalan-soalan yang berkisar kepada fakta, tidak ada perkara yang kita (kerajaan) tidak akan maklumkan kepada orang ramai, maksudnya tiada apa yang disembunyikan pun,” katanya.

Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan terputus hubungan pada pagi Sabtu, kira-kira sejam selepas berlepas dari KLIA di Sepang. Ia sepatutnya dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Pemuda BN Mula Gerakkan Strategi Untuk PRU14 – Khairy

Posted: 10 Mar 2014 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) hari ini mula menggerakkan tumpuan ke arah Pilihan Raya Umum ke-14 dengan setiap Parti Kompenan BN ditugaskan untuk meningkatkan sokongan dari golongan pengundi muda dari masyarakat ataupun di kalangan masyarakat masing-masing.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda BN juga akan memperkuatkan lagi sistem penyampaian maklumat terutamanya melalui media sosial memandangkan perang di media sosial ini menjadi antara tanggungjawab utama Pemuda BN untuk membantu BN pada PRU14.

khairy-ketua-exco-pemuda-umno-bn-mesyuarat-pwtc

"Kita juga membincangkan soal persiapan untuk PRK Kajang, Selangor dan PRK Baligian di Sarawak. Pemuda BN sebulat suara memberikan sokongan padu kepada calon kita di Kajang iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA dan calon kita di Baligian iaitu dari PBB, yang akan diumumkan oleh Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

“Untuk kedua-dua PRK ini, semua komponen Pemuda BN akan turun beramai-ramai dan kita akan agihkan tugas di Semenanjung dan di Malaysia Timur untuk kita membantu calon BN untuk mendapat kemenangan dalam kedua-dua PRK tersebut," ujarnya di Sidang Media selepas Mesyuarat Pertama Pemuda BN di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, Pemuda BN juga akan mengadakan Retreat Pemuda BN selepas PRK Balingian kelak, bagi membincangkan strategi dan gerak kerja untuk tiga tahun akan datang menjelang PRU14.

"Hari ini kita telah buat keputusan bahawa pengagihan tugas bagi Pemuda BN perlulah berubah dari dahulu dan kita harus memberikan tanggungjawab yang lebih besar kepada setiap parti-parti kompenan berbanding apa yang kita amalkan sebelum ini," tambahnya.

Mengenai pengumuman Datin Seri Wan Azizah, presiden PKR bagi mengantikan Anwar Ibrahim di Pilihan Raya Kecil Kajang pula Khairy berkata perkara itu tidak memberikan kesan yang besar kepada jentera Pemuda BN.

Ini kerana tegas beliau tidak kira sesiapapun yang bertanding mewakili PKR, gerak kerja dan strategi Pemuda BN sama kerana mahu memastikan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dapat berjumpa dengan seramai mungkin rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang.

Tambahnya lagi  amat penting untuk Datin Paduka Chew Mei Fun berjumpa dengan seramai mungkin pengundi di DUN Kajang untuk  memberikan maklumat dan  juga penerangan serta penjelasan tentang program dan polisi Kerajaan BN selain menjawab isu-isu semasa.

"Ini tidak akan berubah semata-mata ada perubahan calon di pihak lawan. Sesiapa pun calon pihak lawan, kita akan teruskan dengan kempen kita untuk kita mempromosikan calon kita dan juga kita jelaskan isu-isu yang perlu diberikan penerangan kepada rakyat khususnya di DUN Kajang," ujarnya. -MediaUMNO

Wan Azizah Teruskan Agenda Terhalang Anwar Di Kajang

Posted: 10 Mar 2014 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Pemilihan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dilihat sebagai usaha meneruskan agenda politik suaminya yang terhalang.

Pemilihan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dibuat selepas Penasihat PKR itu yang sebelum ini dinamakan sebagai calon pembangkang pada PRK itu, dilaporkan tidak boleh bertanding bagi meneruskan apa yang dilihat sebagai usaha untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Jumaat lepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat pembantu peribadinya, kira-kira enam tahun lepas.

wan-azizah-ganti-anwar-ibrahim-penjara-kes-mahkamah-salah-liwat-kajang-lim-kit-siang

Beberapa penganalisis politik berpandangan pemilihan isteri Anwar juga antara lain untuk meneruskan kesinambungan dinasti keluarga Ketua Pembangkang itu dalam PKR. Anak sulung pasangan itu, Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR dan anggota Parlimen Lembah Pantai.

Dekan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib melihat pemilihan Dr Wan Azizah sebagai strategi Anwar untuk meneruskan agendanya yang tersekat.

Perkara sama dilontarkan oleh penganalisis politik yang juga pensyarah di universiti itu, Dr Amini Amir Abdullah yang membayangkan kemungkinan Dr Wan Azizah hanyalah menjadi boneka kepada suaminya .

“Adakah Wan Azizah juga akan diangkat sebagai Menteri Besar Selangor kelak?,” soalnya sambil menambah jika itu senarionya, Selangor mungkin hanya mempunyai boneka sebagai menteri besar.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed menggambarkan pemilihan Dr Wan Azizah itu sebagai lebih kepada urusan keluarga Anwar kerana isterinya dipilih walaupun ramai lagi calon lain yang boleh diketengahkan.

Ia juga dilihat sebagai usaha kesinambungan dinasti keluarga Anwar dalam parti itu.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Dr P. Sivamurugan berpendapat pemilihan Dr Wan Azizah itu mungkin strategi Anwar untuk raih undi simpati susulan keputusan mahkamah itu.

Pertembungan Dr Wan Azizah dan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun menarik perhatian ramai memandangkan kira-kira 50 peratus daripada kira-kira 39,000 pengundi DUN Kajang adalah wanita.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata BN, pada dasarnya, tidak akan mengubah strategi pilihan raya mereka berikutan pemilihan Dr Wan Azizah sebagai calon.

“Sama ada Anwar atau Wan Azizah, strategi kita tidak berubah,” katanya.
Chew pula mengulangi pendiriannya bersedia untuk menghadapi siapa jua di PRK Kajang dan akan terus berusaha agar BN boleh merampas semula kerusi itu daripada PKR.

Hari penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian 23 Mac.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT