SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, March 10, 2014

UMNO Online - “Siasatan Dalaman Terhadap Jabatan Imigresen Susulan Penggunaan Pasport Curi Dalam MH370 – Zahid” plus 9 more

UMNO Online - “Siasatan Dalaman Terhadap Jabatan Imigresen Susulan Penggunaan Pasport Curi Dalam MH370 – Zahid” plus 9 more

Link to UMNO Online

Siasatan Dalaman Terhadap Jabatan Imigresen Susulan Penggunaan Pasport Curi Dalam MH370 – Zahid

Posted: 09 Mar 2014 04:54 AM PDT

PUTRAJAYA, 9 Mac – Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

ahmad-zahid-hamidi-menteri-kdn-umno-bn-malaysia

“Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia,” katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat.

Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri.

Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Jangan Cepat Percaya Khabar Angin Di Internet – Ahmad Shabery

Posted: 09 Mar 2014 04:51 AM PDT

SEPANG, 9 Mac – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta rakyat Malaysia agar tidak mudah percaya kepada khabar angin yang disiarkan Internet berhubung kehilangan pesawat MH370.
“Ada (maklumat) yang cepat datang tetapi tidak sahih, atau tak sah dan tak boleh dipakai.

“Saya minta rakyat tidak cepat mempercayai apa yang dikeluarkan dalam Internet dan sebagainya, Internet tempat ada ubat tetapi ada juga sampah,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media di Hotel Sama-Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

shabery-cheek-menteri-komunikasi-lawatan-klia-keluarga-mas-mh370-media

Beliau turut mengulas tohmahan sesetengah pihak terhadap pihak berkuasa negara ini yang didakwa lambat menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu.

“Tidak guna juga jika (maklumat) hanya berbentuk spekulasi yang akan menyakitkan hati mereka yang sangat memerlukan maklumat.

“Lebih baik kita berikan kepada pihak yang profesional untuk mengendalikan perkara ini, termasuk usaha mencari dan mendapatkan maklumat secara terperinci menggunakan pelbagai kaedah yang ada, supaya kita mendapat sesuatu yang benar-benar sahih,” katanya.

Ahmad Shabery berkata usaha mencari dan menyelamat pesawat itu juga bukanlah sesuatu yang mudah.

“Kita tahu peristiwa yang berlaku kepada Air France beberapa tahun lalu merupakan satu contoh tidak semestinya mudah untuk mengendalikan peristiwa seperti ini walaupun ia dikendali oleh negara yang lebih maju,” katanya.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilapor hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, iaitu kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Kerajaan Semak Semua Protokol Dan Tingkatkan Keselamatan KLIA Jika Perlu – Najib

Posted: 09 Mar 2014 04:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kerajaan akan menyemak semula semua protokol yang terlibat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan bersedia meningkatkan lagi protokol dan keselamatannya jika ada keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas tentang kemungkinan ada unsur ancaman pengganas terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Najib berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh.

tiong-lai-muhyiddin-najib-hishammuddin-mas-mh370-klia

“Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini, hari ini.

Insiden pesawat penumpang MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lepas itu menjadi lebih menarik apabila Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan dua penumpang pesawat itu menggunakan pasport palsu sewaktu menaiki pesawat.

Susulan itu, Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia telah memaklumkan kepada agensi-agensi anti-pengganas di beberapa negara mengenai dua penumpang terbabit.

Sehingga kini tidak diketahui nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal.

PDRM Bekerjasama Dengan Agensi Antarabangsa Siasat Kehilangan MH370

Posted: 08 Mar 2014 11:26 PM PST

KEMAMAN, 9 Mac -Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan agensi perisikan antarabangsa bagi menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya PDRM sedang mengumpul maklumat daripada pelbagai pihak selain meneliti semula rakaman kamera litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian sehingga pesawat berlepas.

kpn-ketua-polis-negara-malaysia-khalid-abu-bakar

Polis tidak meletakkan ancaman pengganas sebagai faktor utama kehilangan pesawat MH370 itu tetapi tidak menolak
kemungkinan tersebut, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung identiti penumpang yang dilapor menaiki pesawat berkenaan menggunakan pasport palsu.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata nama keempat-empat penumpang yang didakwa menggunakan pasport palsu itu sudah diserahkan kepada agensi perisikan negara dan antarabangsa untuk siasatan lanjut.

Mengulas lanjut, Khalid berkata PDRM juga akan menggerakkan anggotanya bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat Boeing 777-200 yang mengendalikan penerbangan MH370 ke Beijing itu dilapor hilang daripada radar menara kawalan trafik udara kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal.

Terdahulu Khalid menyampaikan sumbangan kepada 147 anggota PDRM yang terjejas banjir buruk awal Disember lepas.

Daripada jumlah itu, warga PDRM Kuantan paling banyak menerima bantuan iaitu 95 orang diikuti Dungun (45), Kuala Terengganu (5) dan Marang (2).

Masing-masing menerima bantuan RM530, sumbangan Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

MCA Tawar Khidmat Terjemahan Untuk Keluarga Penumpang Pesawat

Posted: 08 Mar 2014 11:19 PM PST

KAJANG, 9 Mac – MCA menawarkan khidmat terjemahan kepada keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, dari Negara China dan pihak kedutaan China di Kuala Lumpur.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bantuan itu perlu bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat.

liow-tiong-lai-mca-hishammuddin-umno-bn-keluarga-waris-pesawat-mh370-klia

“Kebanyakan penumpang pesawat merupakan warga China dan mungkin anggota keluarga atau rakan niaga yang menetap di negara ini memerlukan khidmat terjemahan ketika mahu memperoleh maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan jentera Pemuda MCA bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kajang, di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden MCA yang juga calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil itu Datin Paduka Chew Mei Fun.

Pesawat MH370 tersebut yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dalam perjalanan ke Beijing.

MCA turut menganjurkan majlis mendoakan keselamatan penumpang pesawat dengan menyalakan lilin yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di sini malam tadi.

Three More Aircraft Join Search For MAS Flight MH370

Posted: 08 Mar 2014 11:12 PM PST

SEPANG, March 9 – Three more aircraft were added to the search and rescue operation for the Malaysia Airlines (MAS) flight MH370 plane, said Department of Civil Aviation (DCA) director-general Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

He said operations from last night till this morning could not locate anything.

“There is nothing to report and nothing could be seen by the (search and rescue) team in the South China Sea or at the location where the plane was reported missing from the radar,” he told a news conference here today.

Azharuddin said a ship was also deployed in the operation from last night ill this morning.

MAS Flight MH370 went missing en route from Kuala Lumpur to Beijing after taking off from KLIA at 12.41 am Saturday. It should have landed in Beijing at 6.30 am.

More Counsellors Ready To Assist Passenger’s Families

Posted: 08 Mar 2014 11:08 PM PST

KUALA LUMPUR, March 9 – The Women, Family and Community Development Ministry is ready to provide more counsellors as well as psychological support services to family members of passengers and crew of the missing Malaysia Airlines plane.

“I believe in this kind of situation, the services of counsellors are needed to help reduce the stress and control the emotions of the family members to resign themselves to accept any eventualities,” said its minister, Datuk Seri Rohani Abdul Karim in a statement today.

The Welfare Services Department yesterday deployed 15 counsellors to assist the family members in coping with the situation.

MAS Flight MH370 went missing en route from Kuala Lumpur to Beijing after taking off from KLIA at 12.41 am on Saturday. It should have landed in Beijing at 6.30 am.

Mat Taib Jauh Tersasar, Tidak Bercakap Atas Realiti Sebenar – Pemuda

Posted: 08 Mar 2014 11:04 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan melihat kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Mohd Taib bukan sahaja jauh tersasar malah tidak bercakap atas fakta serta hakikat yang sebetulnya apabila mendakwa bahawa kini tidak ada lagi individu yang berkaliber di dalam UMNO.

Soal beliau asas apakah yang digunapakai oleh pemimpin yang dikitar semula oleh parti pembangkang itu kononnya UMNO tidak lagi mempunyai pemimpin berwibawa hari ini.

“Kenyataan Mat Taib ini jauh tersasar. Mungkin ini sindrom orang yang rasa kesal tinggalkan UMNO sehingga terpaksa menyedapkan hati kononnya orang berwibawa dah tak ada dalam UMNO, walhal orang-orang yang keluar UMNO adalah individu seperti beliau.

“Satu saja yang saya nak tanya balik pada beliau…berapa ramai pula yang keluar daripada PKR, berapa ramai rakan-rakan karib Ketua Umumnya yang lari meninggalkan parti berkenaan sejak penubuhannya hingga ke hari ini jika dihitung satu persatu?

mat-taib-pas-selangor-mat-sabu-diperalat-diperguna-anwar-pakatan

“Siapa yang tidak kenal Dr Chandra Muzaffar, siapa pula Ezam Mohd Noor yang mana mereka adalah antara yang rapat dengan Anwar, terlibat dalam penubuhan parti terbabit namun akhirnya jalan yang diambil ialah meninggalkan parti terbabit.” katanya kepada UMNO-online, di sini hari ini.

Soal beliau lagi apakah itu menggambarkan PKR jauh lebih baik atau sebaliknya yang berlaku?

“Jika melihat kepada senario di atas, siapa yang tidak berwibawa? Bukankankah terbukti bahawa PKR yang tak berwibawa kerana disebabkan ramai pemimpin mereka yang meninggalkan parti, jadi mustahillah perkara ini tidak disedari.

"Apa pun kita tidak peliklah dengan apa yang diperkatakan itu kerana sebagai pemimpin yang dikitar semula oleh pembangkang, mungkin itu adalah salah satu peranan beliau,” katanya.

Tambah Shahril lagi UMNO dan BN hari ini sebenarnya telah mengorak langkah jauh ke depan selaras dengan transformasi yang dibawa oleh pucuk pimpinan parti.

"Daripada sudut segmen orang muda pula, kita makin nampak perubahan ke arah itu dan insyaallah kita dalam Pemuda khususnya akan berusaha untuk memastikan UMNO bukan sahaja relevan malah menjadi sebuah parti yang penuh berwibawa," katanya.

Muhammad Taib dilaporkan berkata demikian ketika berucap pada pada program Pelancaran Jentera Pas PRK Kajang di Taman Jenaris dalam kempen pilihan raya DUN Kajang – MediaUMNO.

Shahrizat Minta Hentikan Spekulasi Tentang MH370

Posted: 08 Mar 2014 11:02 PM PST

SEPANG, 9 Mac – Orang ramai diminta berhenti membuat spekulasi khususnya menerusi laman sosial berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata orang ramai sepatutnya menunggu berita daripada pihak berkuasa bagi mengetahui status sebenar kejadian.

“Kerajaan sebenarnya tidak lambat untuk bertindak sebaliknya cuba sebaik mungkin memastikan maklumat tepat (sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum) sebab (itu) mereka perlu berhati-hati.

shahrizat-wanita-umno-bn-lawat-waris-keluarga-pesawat-hilang-mas-mh370-klia

“Saya berharap semua pihak termasuk ahli keluarga penumpang pesawat tersebut terus bersabar,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.

Dalam masa sama beliau turut mengajak rakyat di negara ini, khususnya umat Islam melakukan solat hajat mendoakan keselamatan penumpang dan kru pesawat itu.

“Saya sudah mengarahkan kesemua 191 bahagian Wanita Umno di seluruh Negara untuk menunaikan solat hajat bagi memohon semuanya selamat dan diberi kekuatan kepada keluarga serta pihak tersayang agar dapat menerima dugaan ini.

“Kami bersimpati dengan nasib yang menimpa penumpang pesawat dan juga ahli keluarga mangsa,” katanya.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Juruterbang Mungkin Lakukan ‘Air Turn Back’ – Hishammuddin

Posted: 08 Mar 2014 10:58 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata ada kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang itu melakukan ‘air turn back’.

Sehubungan itu, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat diperluas bagi mengesan penerbangan MH370 yang dilapor hilang di perairan Laut China Selatan pada awal Sabtu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Menurut terminologi penerbangan, ‘air turn back’ adalah prosedur pesawat berpatah balik ke lapangan terbang asal akibat pincang tugas atau disyaki pincang tugas sebarang peralatan pada pesawat.

pemangku-menteri-pengangkutan-hishammuddin-klia-pesawat-hilang-mh370

Hishammuddin juga mengesahkan penemuan tumpahan minyak di perairan Vietnam dan pihak berkuasa negara berkenaan sedang berusaha mengesahkan sama ada tumpahan itu berpunca daripada pesawat.

“Saya sahkan memang ada tumpahan minyak tetapi tiada serpihan. Saya dimaklumkan pesawat Vietnam berada di lokasi sekarang bagi mengesahkan apa yang sebenarnya di permukaan air itu,” katanya dalam sidang media, di sini.

Hishammuddin juga berkata perbincangan lanjut akan diadakan melibatkan khususnya pegawai Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pakar penerbangan.

Penerbangan MAS MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu. Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Mengenai laporan bahawa empat penumpang menggunakan pasport palsu, Hishammuddin berkata: “Nama keempat-empat penumpang yang didakwa menggunakan pasport palsu itu sudah dihantar ke agensi perisikan kita dan juga antarabangsa”.

Beliau berkata agensi perisikan antarabangsa termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dari Amerika Syarikat bersetuju membantu negara dalam melakukan siasatan.

Hishammuddin turut menegaskan bahawa belum dapat disahkan ada ancaman keselamatan dan pihak berkuasa menyiasat senarai seluruh penumpang, bukan hanya empat yang berkenaan.

Dalam sidang media sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan tidak ada sebarang komunikasi dilakukan oleh juruterbang MH370 sebelum pesawat itu hilang pada awal pagi Sabtu.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT