SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, March 10, 2013

UMNO Online - “Pemimpin MIC Bidas Kenyataan Anwar Berhubung Manifesto Pembangkang” plus 4 more

UMNO Online - “Pemimpin MIC Bidas Kenyataan Anwar Berhubung Manifesto Pembangkang” plus 4 more

Link to UMNO Online

Pemimpin MIC Bidas Kenyataan Anwar Berhubung Manifesto Pembangkang

Posted: 08 Mar 2013 10:10 PM PST

SHAH ALAM, 9 Mac – Seorang pemimpin MIC membidas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau bersedia ‘menghalusi’ manifesto pilihan raya pakatan pembangkang bagi memenuhi keperluan masyarakat India.

Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat parti Mohana Muniandy berkata pelan pembangunan bagi masyarakat India sepatutnya telah dimasukkan ke dalam manifesto sejak awalnya dan bukan selepas kritikan dibuat pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat India.

“Ini sepatutnya tidak berlaku kerana ia jelas menunjukkan wakil kaum India daripada pakatan pembangkang tidak mampu merangka pelan bagi masyarakat India,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM70,000 daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Kuil Mahamariamman di Kota Kemuning di sini malam tadi.

Anwar dipetik dalam sebuah portal berita sebagai berkata manifesto pilihan raya yang dilancar pakatan pembangkang pada 25 Feb masih terbuka untuk maklum balas dan cadangan daripada pemimpin masyarakat India untuk membolehkan ia diperhalusi.

Mohana berkata kesediaan Anwar untuk memperhalusi manifesto bagi memenuhi keperluan kaum India menunjukkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu sangat terdesak untuk memenangi hati masyarakat India.

Dalam perkembangan lain, Mohana yang juga Presiden Power Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan yang mesra Barisan Nasional, berkata beliau merancang menubuhkan sebuah majlis untuk menyelaraskan semua kuil Hindu dalam kawasan Parlimen Kota Raja.

Sementara itu, pengerusi Kuil Mahamariamman Datuk Nathan Suppiah berkata jawatankuasa itu memerlukan sekurang-kurangnya RM1.6 juta untuk menyiapkan fasa pertama kuil itu.

Beliau berkata kuil itu akan dijadikan tempat untuk aktiviti pembangunan sosial golongan belia India.

“Kita juga merancang untuk membina dewan serba guna tiga tingkat dalam kawasan kuil yang boleh menampung kira-kira 1,000 orang pada satu-satu masa,” katanya dan menambah pembinaan kuil itu dijangka siap Februari tahun depan.

Terdahulu, penganut agama Hindu mengadakan sembahyang khas di kuil itu untuk mendoakan keselamatan rakyat dan anggota keselamatan di Sabah ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. – MediaUMNO

Muhyiddin Gesa Rakyat Terus Sokong BN

Posted: 08 Mar 2013 09:40 PM PST

GEORGE TOWN, 9 Mac – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa rakyat untuk terus menyokong Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pengalaman mentadbir negara dengan baik sedangkan pakatan pembangkang berdepan kesukaran malahan untuk menunaikan janji-janji mereka.

Beliau berkata rakyat tidak patut memperjudikan nasib dengan memberi mandate kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana masih banyak janji pilihan raya di negeri ditadbir mereka belum tertunai.

“Rakyat kena fikir, jangan dok salah pangkah, jangan pangkah (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim…dia (Anwar) kata dah lama BN memerintah, jadi kena ubah.

“Sedangkan kita (BN) dah mentadbir lebih 55 tahun, bermakna kita (BN) sudah ada pengalaman mentadbir. Apa sebab kita nak ubah sedangkan ekonomi negara kita sudah berkembang dan stabil, negara juga selamat, aman serta makmur,” katanya semasa berucap pada program santai dan ramah mesra bersama penduduk di Kampung Nelayan Teluk Kumbar, dekat sini.

Pada program itu Muhyiddin turut bersarapan pagi bersama kira-kira 1,000 penduduk kampung yang hadir untuk bertemu timbalan perdana menteri.

Beliau berkata tidak perlu menggadai negara kepada pihak yang belum tentu mampu mentadbir lebih baik daripada BN hanya kerana kecewa dengan perkara kecil.

“Ada sesetengah permintaan rakyat yang kita tidak dapat laksanakan kerana sumber terbatas tetapi pelbagai bantuan telah kita salurkan untuk meringankan beban dan kemudahan mereka.

“Saya sedar dalam kerajaan ada juga kelemahan dan kesalahan, jadi janganlah hanya satu dua perkara yang kita kecewa, kita terus nak tukar kerajaan sedangkan selama ini kita (kerajaan) sentiasa prihatin dan jaga kebajikan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut memberi jaminan semua dasar kerajaan yang memberi manfaat dan diterima baik oleh rakyat akan diteruskan pada masa hadapan.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan awal persekolahan, elaun nelayan tetap diteruskan dan ia bukan hanya diberi sebagai gimik pilihan raya, tahun lepas kita bagi juga tetapi tiada pilihan raya,” katanya.

Muhyiddin berkata pelbagai janji yang dibuat oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas tetapi sampai hari ini masih belum ditunaikan.

“Macam di Pulau Pinang apa istimewa (ketua menteri) Lim Guan Eng kepada rakyat negeri ini…dia janji bulan dan bintang dan sebagainya tetapi sampai sekarang dia tidak buat pun.

“Sama juga di Selangor, dia (pakatan pembangkang) buat manifesto, tunggu-tunggu janji sampai sekarang rakyat tidak dapat apa pun. Rakyat sudah mula mempersoalkannya, jadi kita kena fikir takkan mereka layak mentadbir negara,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut mempersoalkan projek terowong bawah laut kerajaan negeri Pulau Pinang dan menyifatkan ia bukan keperluan rakyat.

“Kerajaan Pulau Pinang buat apa, dia tidak fikir untuk rakyat pun, ni nak buat untuk siapa (terowong)? Jambatan Pulau Pinang dah ada, yang kedua pun belum guna lagi. Kat siapa yang dia nak bagi tidak tahulah,” katanya. – MediaUMNO

Generasi Muda Perlu Tahu Dan Faham Sejarah negara – Abu Zahar

Posted: 08 Mar 2013 06:47 PM PST

MACHANG, 9 Mac – Generasi muda terutama para pelajar perlu mengetahui sejarah sebenar negara terutama berkaitan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata dengan mengetahui sejarah negara, generasi muda akan dapat mengukuhkan lagi jati diri mereka dan tidak boleh diperkotak-katikkan oleh pihak yang mahu merosakkan negara.

“Sudah 55 tahun negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara aman. Pelajar hari ini adalah pemimpin masa hadapan yang perlu memahami apa itu perlembagaan yang merupakan ibu kepada undang-undang.

“Generasi muda perlu pandang ke hadapan untuk sama-sama memajukan negara yang berlandaskan kepada perlembagaan negara,” katanya ketika menjadi pembicara utama pada Program Forum Rakyat ‘Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan Di Malaysia’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Datuk Abdul Rahman Sulaiman selaku anggota penal forum dan anggota Majlis Tertinggi Mubarak Datuk Mohd Rozali Isohak.

Abu Zahar berkata uniknya tidak ada negara lain yang mengamalkan konsep raja berperlembagaan kecuali Malaysia yang menjaga hak-hak raja Melayu yang berdaulat.

Beliau juga mengingatkan generasi muda yang cukup umur agar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 kerana ia penting kepada negara.

“Jangan abaikan hak mengundi kerana kita mahu menentukan kerajaan,” katanya.

Menurutnya mereka perlu matang dalam berpolitik dengan tidak terpengaruh dengan emosi yang boleh merosakkan diri dan negara.

Abu Zahar juga meminta mereka menjadikan isu di Lahad Datu sekarang sebagai contoh terbaik apa yang dilakukan kerajaan dalam mengekang pencerobohan bersenjata itu.

“Apa yang dilakukan kerajaan sebelum ini sebenarnya adalah untuk mengelak daripada pertumpahan darah tetapi demi kedaulatan negara kita terpaksa mengambil langkah yang ada sekarang.

“Atas semangat kejiranan, kita tidak mahu mengambil langkah yang melulu,” katanya.

Sementara itu Abdul Rahman yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) meminta para pelajar mengetahui dan bijak membuat penilaian terhadap parti politik di negara ini.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didokongi Umno adalah tunjang dalam mempertahankan perlembagaan negara yang kini sudah ada pihak yang berani mempertikaikannya.

“Jasa terbesar UMNO itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara adalah kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak-hak orang Melayu, agama Islam dan juga seperti yang terkandung dalam sosial kontrak,” katanya.

Beliau berkata pelajar tidak perlu terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu mengenai negara sekular kerana apa yang termaktub dalam perlembagaan negara itu menepati syariat Islam.

Ketika sesi dialog beberapa isu semasa dibangkitkan termasuk kebebasan bersuara, konsep Janji Ditepati dan Akta Universiti dan Kolej Universiti. – MediaUMNO

340 PKR Members Exit Party, Join UMNO

Posted: 08 Mar 2013 06:38 PM PST

KAMPUNG GAJAH, March 9 – Some 340 Parti Keadilan Rakyat (PKR) members from Felcra Seberang Perak 1, 2 and 16 in Malinja Jaya here have quit the party to join UMNO.

Led by Pasir Salak PKR division secretary Mokhtar Ridzuan they handed over their UMNO membership forms to Pasir Salak Umno head Datuk Tajuddin Abdul Rahman, who is also the MP for Pasir Salak, at a ceremony in Taman Malinja Jaya here at 11pm tonight.

Mokhtar said they had lost faith in PKR’s leadership and had decided to form their own UMNO branch.

He added that he would go on a roadshow to get other PKR members to join UMNO because only UMNO could guarantee the future of the Malays and Islam in the country without sidelining the interests of the other races. – MediaUMNO

340 Ahli PKR Felca Seberang Perak Masuk UMNO

Posted: 08 Mar 2013 06:21 PM PST

KAMPUNG GAJAH, 9 Mac – Seramai 340 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16 di Malinja Jaya di sini mengisyitiharkan keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO.

Bekas Setiausaha Cabang PKR Pasir Salak, Mokhtar Ridzuan berkata mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu kerana sudah tidak yakin dan kecewa dengan kepimpinan parti itu.

“Kami anggota PKR sudah tidak percaya lagi kepada pemimpin pakatan yang diterjui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, di Taman Malinja Jaya, di sini, malam ini.

Mokhtar menegaskan bahawa kumpulan itu menyertai Umno bukan atas desakan mana-mana pihak atau menerima sogokan daripada Umno.

Beliau berkata penyertaan mereka dalam Umno adalah kerana percaya dan yakin, parti itu sahaja yang dapat membela nasib orang Melayu dan agama Islam tanpa meminggirkan nasib kaum lain di negara ini.

Katanya kumpulan itu bercadang membuka cawangan baharu UMNO di Taman Malinja Jaya selepas permohonan mereka diterima oleh pucuk pimpinan parti. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT