SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, March 7, 2013

UMNO Online - “Pembangkang Usah Perbodoh Rakyat, Manifesto Dulu Pun Tak Mampu Ditunaikan” plus 9 more

UMNO Online - “Pembangkang Usah Perbodoh Rakyat, Manifesto Dulu Pun Tak Mampu Ditunaikan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pembangkang Usah Perbodoh Rakyat, Manifesto Dulu Pun Tak Mampu Ditunaikan

Posted: 06 Mar 2013 03:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Manifesto baru pakatan pembangkang yang dilancarkan sebagai persediaan untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang ibarat memperbodohkan rakyat, kata Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nordiana Shafie.

Katanya, pakatan pembangkang boleh menjanjikan pelbagai perkara kepada rakyat tetapi masyarakat sedar bahawa ia bukanlah sesuatu yang boleh direalitikan sebaliknya berada jauh daripada jangkauan.

"Rakyat menilai apa yang berlaku dan manifesto mereka ini dibuat hanya sebagai alat pemikat sedangkan untuk dilaksanakan adalah tidak mungkin berdasarkan ukuran daripada apa yang berlaku sepanjang sepenggal mereka berkuasa di empat buah negeri apatah lagi manifesto yang dulu pun banyak tak ditunai," katanya kepada UMNO-Online.

Dilaporkan, manifesto baru pakatan pembangkang menggariskan 14 tawaran dalam cabang kesejahteraan rakyat yang antaranya ialah menurunkan harga minyak, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, keadilan warga Felda, caj elektrik lebih rendah, pendidikan percuma, hapus monopoli, perkhidmatan wad percuma di semua hospital kerajaan serta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan.

"Banyak perkara yang tidak logik dihidangkan oleh pakatan pembangkang dalam manifesto mereka dan apa yang dapat dilihat bahawa mereka seakan terdesak untuk mendapatkan undi sehinggakan akan melakukan apa saja sebagai tawaran kepada rakyat.

"Perkara yang tidak mungkin menjadi realiti dijadikan umpan oleh pakatan pembangkang sebagaimana dalam manifesto mereka pada 2008 dulu dan kerana itulah banyak janji-janji mereka yang tidak dapat dilaksanakan sehingga ke hari ini."

Katanya, barangkali para pemimpin dalam pakatan pembangkang boleh memberikan alasan kononnya janji-janji yang dibuat gagal dilaksanakan dalam tempoh yang pendek sebagaimana hanya sepenggal tetapi dalam janji mereka dulu pelbagai perkara akan dilaksanakan segera.

"Sepanjang penggal ini berapa banyak janji-janji pakatan pembangkang yang telah direalitikan kepada rakyat kerana yang dapat dilihat adalah sebaliknya," katanya yang merujuk kepada pentadbiran pembangkang di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan yang lebih banyak menimbulkan isu daripada membawa kemajuan.

Tegasnya yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Terengganu, pakatan pembangkang tidak peduli dengan kesan yang dialami kerana mereka lebih menumpukan kepada jawatan dan kuasa daripada inisiatif untuk menunaikan janji.

"Ini amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengutamakan realiti janji ditepati dengan setiap manifestonya dikaji sebelum dibentangkan, diteliti dan kesannya kepada masyarakat berdasarkan kemampuan kerajaan," tambahnya lagi - MediaUMNO

Hentikan Tentangan Dan Serah Diri Jika Mahu Berunding – Dr Mahathir

Posted: 06 Mar 2013 03:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah perlu menghentikan tentangan mereka terhadap pasukan keselamatan negara dan menyerah kalah jika mahu sebarang rundingan dilakukan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata rundingan tidak mungkin boleh dijalankan jika kumpulan bersenjata rakyat asing itu terus-menerus mahu mempertahankan tindakan mereka dengan cara kekerasan.

“Kalau nak berunding, nak apa pun, dia kena berhenti dulu…patut serah diri. Kalau tak serah diri payahlah nak berunding,” katanya selepas Majlis Program Bicara “Perkongsian Pengalaman Membina Negara’ di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata sebarang peluang rundingan tidak boleh diberikan dengan mudah sehingga ada jaminan sebarang keganasan tidak akan berulang lagi kerana ianya melibatkan keselamatan penduduk dan anggota keselamatan.

“Kita nak runding pun bukan boleh macam tu saja…mereka ni bunuh orang (anggota keselamatan) kita dengan cara yang kejam.

“Ini dah timbulkan kemarahan rakan-rakan dan anggota keluarga, kita tak boleh ambil ringan…kerana ia melibatkan perasaan waris orang-orang yang terkorban kerana pertahankan kita,” katanya.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan menyiarkan kenyataan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang dipetik Rappler.com bahawa beliau bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu pencerobohan ke atas Sabah.

“Ini perutusan saya kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya untuk memulakan perbincangan,” katanya.

Misuari dipetik sebagai berkata bahawa beliau juga secara peribadi bersedia ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan krisis yang bermula awal bulan lalu susulan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina menceroboh pantai Sabah dan berkubu di Lahad Datu.

Mengulas tindakan sesetengah media alternatif yang memanipulasi maklumat mengenai insiden di Lahad Datu, Dr Mahathir menasihatkan masyarakat supaya tidak terbawa-bawa dengan pendekatan tersebut.

Katanya, media propembangkang sememangnya mempunyai agenda melemahkan kerajaan dengan menyiarkan pelbagai cerita palsu dan memanipulasi keadaan yang berlaku.

“Jangan peduli…lama kelamaan akan terbukti siapa yang berbohong dan kita akan tahu mana maklumat salah dan yang mana betul,” katanya.

Politik Kebencian, Janji Bulan Bintang Tidak Mampu Alih Sokongan Rakyat Sabah

Posted: 06 Mar 2013 03:21 AM PST

KOTA KINABALU, 6 Mac – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin berkata pendekatan politik kebencian dan janji bulan bintang pakatan pembangkang tidak mampu menembusi pemikiran rakyat khususnya pengundi di negeri itu untuk beralih sokongan kepada mereka.

Ini kerana tegas beliau orang Sabah mementingkan keharmonian, perpaduan serta agenda pembangunan untuk manfaat mereka seperti mana yang telah dilakukan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Justeru beliau menolak dakwaan pembangkang kononnya mereka mampu memenangi sekurang-kurangnya 16 kerusi parlimen di negeri itu pada pilihanraya umum akan datang.

"Dakwaan menang 16 kawasan parlimen itu tidak berasas umpama angan-angan Mat Jenin.  Rakyat negeri ini tidak akan terpedaya dengan janji bulan bintang serta pendekatan politik kebencian yang dibawa pembangkang.

"Saya fikir dakwaan menang 16 kawasan itu hanyalah untuk memesongkan pemikiran rakyat di semenanjung.  Rakyat Sabah kenal dan tahu siapa pemimpin pembangkang ini.  Mereka adalah pemimpin bermusim yang selama ini hanya pandai bercakap dan berjanji kosong", katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama UMNO-Online.

Pada masa yang sama beliau turut berkata kekuatan BN di negeri ini adalah kerana kerajaan negeri mempunyai hala tuju yang jelas, manifesto yang rasional di mana terkandung janji-janji yang mampu ditunaikan.

Malah katanya komponen BN itu sendiri yang terdiri dari parti pelbagai kaum menepati kehendak rakyat di negeri itu apatah lagi dengan konsep 1Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata memberi nilai tambah kepada kekuatan BN yang sedia ada.

"Ini resepi kekuatan kita yang tidak ada pada pembangkang.  Malah kalau kita lihat pada pembangkang sampai sekarang pun tidak mampu bernaung di bawah satu logo.  Ini kerana masing-masing ada agenda, perjuangan yang huru hara, tiada persefahaman dan kesepakatan.

"Rakyat Sabah tidak akan perjudikan nasib mereka pada pakatan yang tidak tentu hala ini", ujarnya.

Mengenai tindakan beberapa pemimpin BN yang melompat keluar dari BN pula, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata keadaan itu tidak memberi kesan secara keseluruhan kepada BN negeri.

"Mereka yang lompat ini pun bukan berada dalam UMNO ketika UMNO ditubuhkan di Sabah.  Ketika UMNO sudah kuat mereka ingin sertai kita dan kita sambut mereka dengan baik.  Orang seperti ini memang suka melompat, rakyat pun tahu dan kenal mereka.

"Biarkan mereka terus melompat untuk mencuba nasib bagi mencapai agenda sebenar mereka. Apa yang berlaku tidak jejaskan kita malah kita lihat sebaliknya pembangkang terus berdepan kemelut hingga pembahagian kerusi pilihanraya pun masih tidak selesai", katanya.

Mengulas persiapan di Putatan pula beliau berkata jentera pilihanraya di kawasan itu sudah dipersiapkan sejak dua tahun yang lalu dan cukup bersedia untuk berdepan pilihanraya umum ke 13 nanti.

"Kerjasama dengan komponen BN juga cukup baik dan kita yakin mampu terus mempertahankan kerusi parlimen Putatan serta dua DUN iaitu DUN Tanjong Aru dan Petagas.

"Tiada apa masalah dan kita cukup bersedia untuk pertahankan kawasan-kawasan ini untuk terus kekal sebagai kubu kuat BN", ujarnya.

Jalinkan Hubungan Di Kalangan Masyarakat Melalui Sukan – Kamarlin

Posted: 06 Mar 2013 03:09 AM PST

BEAUFORT 6 Mac – Kejohanan sukan mampu merapatkan serta menjalin hubungan di kalangan masyarakat setempat terutama kepada kaum belia di samping dapat mambantu serta mengekang aktiviti kurang sihat di kalangan mereka.

ADUN Lumadan Datuk Kamarlin Ombi berkata, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap pembangunan belia di negara ini termasuklah usaha menyediakan pelbagai prasarana untuk aktiviti terbabit .

Menurutnya, Kejohanan Futsal  Mesra Belia anjuran Bersama Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Kuridak (PERBEKK) yanga diadakan itu sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sihat.

"Sukan futsal memang dikenali di kalangan belia dan mampu mewujudkan amalan hidup sihat kepada masyarakat kita khususnya golongan belia dari terjebak dengan aktiviti aktiviti yang negatif," katanya," ketika merasmikan kejohanan berkenaan di Kampung Gadong dekat sini, baru baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Sipitang berkata, dengan penganjuran aktiviti selain daripada riadah, ia juga mampu menjadi tempat untuk mencungkil bakat baru dalam aktiviti sukan serta menafaatkan kemudahn yang disediakan kerajaan.

"Pembangunan belia ke arah gaya hidup positif dapat ditakrifkan sebagai satu proses menyediakan golongan muda dan remaja menghadapi cabaran keremajaan dan kedewasaan melalui aktiviti yang diselaraskan kerajaan bagi mencapai satu tahap keupayaan sosial, moral, emosi, fizikal dan mental yang seimbang.

"Usaha memperkasa generasi belia negara memerlukan sokongan semua pihak ke arah membabitkan diri dalam aktiviti positif dan tidak bergantung kepada sesuatu pihak, semua harus membabitkan diri dalam menjayakan sesuatu aktiviti," katanya.

Menurutnya, kehidupan bermasyarakat amat penting dalam memastikan keharmonian kehidupan di kalangan rakyat apabila hubungan antara masyarakat dapat dijalinkan dengan baik melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan.

Gesaan Pemuda Pas Bukti Pembangkang Tidak Sehaluan – Awang Adek

Posted: 06 Mar 2013 03:03 AM PST

BACHOK, 6 Mac – Gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) agar seluruh rakyat negara ini berjihad membantu pasukan keselamatan memerangi  pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Sabah, menunjukkan pakatan pembangkang tidak sehaluan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, gesaan itu bercanggah dengan tuduhan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menganggap pencerobohan itu sebagai konspirasi UMNO dan kerajaan.

“Mereka tidak sepenuh hati dalam sokongan terhadap kerajaan bagi membanteras pencerobohan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Beris di sini petang hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan ketua DPPM, Nasrudin Hassan menggesa seluruh rakyat negara ini termasuk badan bukan kerajaan menawarkan diri untuk turun berjihad membantu pasukan keselamatan sebagai sukarela di Lahad Datu dan semporna, Sabah.

Nasrudin berkata, ini perlu bagi membantu memelihara kemuliaan Islam, kedaulatan negara dan keselamatan rakyat.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, gesaan itu hanya sebagai sandiwara kerana mereka tidak bersepakat memperjuangkan sesuatu isu lebih-lebih lagi membabitkan keselamatan negara.

Katanya, ini berbeza dengan parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kesepakatan dan satu perjuangan yang ditunjangi UMNO.

“Adakah rakyat mahu memilih sebuah kerajaan yang tidak mempunyai kesepakatan untuk mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum, budaya dan agama,” kata beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok.

Beliau yakin rakyat akan sedar apa yang pembangkang lakukan dan siapa sebenarnya yang layak diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13, dalam menjaga kedaulatan negara.

13 Mayat Pengganas Ditemui Di Kampung Tanduo

Posted: 06 Mar 2013 02:59 AM PST

LAHAD DATU, 6 Mac – Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata Sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara.

“Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata berlaku dua pertempuran di sekitar kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan operasi susulan dan penggeledahan.

“Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota kumpulan penceroboh itu.

“Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu,” katanya yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.

Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu.

Semalam, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb lepas.

Sesudah itu, gerakan susulan dan penggeledahan dilakukan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di kampung itu bagi memburu kumpulan pengganas itu.

Sejak isu pencerobohan sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata di Lahad Datu 12 Feb lepas, lapan orang anggota polis terkorban dan 32 penceroboh terbunuh.

Dua anggota komando polis VAT 69 terkorban Jumaat lepas dalam serangan di Kampung Tanduo manakala enam lagi anggota polis terkorban dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada Sabtu malam.

Hishammuddin berkata operasi susulan dan penggeledahan Op Daulat, yang masuk hari kedua hari ini, perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan pasukan keselamatan dan berikutan faktor bentuk muka bumi di kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Hishammuddin dan Ahmad Zahid meminta semua pihak memberi ruang kepada pasukan keselamatan menjalankan tugas mereka bagi memastikan kedaulatan dan keamanan di pantai timur Sabah terjamin.

MILF Does Not Want To Get Involved, Says Chairman

Posted: 06 Mar 2013 01:53 AM PST

JOHOR BAHARU, March 6 – The Moro Islamic Liberation Front (MILF), the largest rebel group in the Philippines, is not involved in the confrontation between the Sulu gunmen linked to the so-called Sulu Sultanate and Malaysia’s security forces in eastern Sabah.

Its chairman, Al-Haj Murad Ebrahim, said the confrontation between armed followers of the ‘Sultan of Sulu’ and Malaysia’s security forces in Lahad Datu and Semporna was a matter for Kuala Lumpur and the Manila administration to solve.

“The problem there (confrontation between Sulu gunmen and Malaysia’s security forces) is between the Malaysian Government and the Philippines. We leave it to them to solve it.

“Our people are not involved in the intrusion. We don’t want to get involved  the matter, we don’t want to complicate it,” he told Bernama in an exclusive interview via telephone from his stronghold at Camp Darapanan in Sultan Kudarat, Maguindanao, southern Philippines today.

After three weeks of failed negotiations, Malaysia yesterday despatched fighter jets and ground troops in armoured personnel carriers to storm the seaside village of Kampung Tanduo, Lahad Datu, where the Sulu gunmen are holed up.

The pre-dawn security operation, codenamed ‘Ops Daulat’, had been successful and attained its objectives, according to Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar and Armed Forces Chief Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain.

The security operation to flush out the terrorists, involving more than 2,000 combined forces of the police and the army, is ongoing at this point in time.

Since the intrusion three weeks ago, eight police personnel have been killed in two separate incidents, while 19 of the terrorists, followers of Jamalul Kiram III, were also killed in sporadic firefights.

On the action of the terrorists in invading eastern Sabah and claiming it as their ancestral homeland, the MILF chairman said he did not want to comment further, in line with the front’s non-interference stance taken on the matter.

Nevertheless, he earnestly hoped the Malaysian Government and the terrorists could solve the matter peacefully.

“We are hopeful that the problem will be solved peacefully,” he said.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, in his quest to solve the matter peacefully, had extended numerous deadlines to the terrorists to leave Kampung Tanduo and return to the Philippines.

However, the terrorists rebuffed Najib’s peace efforts to end the armed stand-off and maintained their ground in Kampung Tanduo, leaving the government with no choice.

On news reports coming from the Philippines stating the fighters from the Moro National Liberation Front (MNLF) were ready to join in the fray to help the terrorists, Al-Haj Murad said, he did not know about it as it involved another group.

On whether the peace deal between them and the Philippine Government which was brokered by Malaysia, suffered as a result of the Sabah intrusion, he said it did not.

“The peace process between MILF and the Philippine Government is a separate matter and will not be hampered by the Sabah incident. The peace process is ongoing.”

The MILF’s negotiation team and the Philippine Government, he said, were expected to meet in Kuala Lumpur for their latest round of negotiations in the last week of this month.

The MILF and the Philippine Government successfully inked a framework agreement, ending a long-running conflict between both parties which claimed thousands of lives and left the resource-rich Mindanao region impoverished.

The framework agreement between MILF and Manila was brokered by Malaysia and signed at the Malacanang Palace on Oct 15, witnessed by Najib and his counterpart, President Benigno Aquino III.

DAP Sanggup Bazir RM6.3 Billion Daripada Buat Rumah Untuk Rakyat Miskin

Posted: 06 Mar 2013 01:18 AM PST

PULAU PINANG, 6 Mac – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Mejar Huan Cheng Guan menuntut agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung pembinaan projek mega terowong bawah laut yang bernilai RM6.3 billion.

Beliau percaya projek ini mempunyai udang disebalik batu kerana pemberian projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal berbayar RM2 adalah tidak telus dan amat mecurigakan.

"DAP cakap projek pembinaan terowong ini dilakukan kerana ianya diminta oleh 1.6 juta orang. Saya rasa dia sudah gila… Penduduk Pulau Pinang mana mencapai jumlah tersebut. Buktikan bahawa ianya diminta oleh 1.6 juta orang.

"Pulau Pinang sebenarnya tidak memerlukanpun terowong ini. Cukup dengan dua buah jambatan. Daripada dia membazir duit untuk projek yang tidak pasti ini adalah lebih baik duit tersebut digunakan untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.

"Rumah mampu milik adalah lebih penting daripda membina terowong. Saya juga berasa hairan, daripada mana hasil wang yang mereka dapat untuk projek ini. Sebab itu saya amat mendesak agar SPRM dapat campur tangan dan menyiasat perkara ini," katanya kepada UMNO-Online.

Tambah Cheng Guan, dia berasa hairan mengapa DAP tidak mengutamakan perkara yang lebih penting kepada rakyat. Adakah kerana ianya tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka maka keperluan rakyat dipinggirkan.

Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan cadangannya untuk mewujudkan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau itu ke tanah besar. Projek yang bernilai RM6.3 juta ini dilihat tidak relevan berdasarkan keperluan semasa.

Projek yang diragui ketelusan ini telah mendapat bantahan daripada beberapa pihak kerana ianya diberi kepada syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan di samping kemampuan kewangan yang diragui.

Walaupun Kerajaan DAP Pulau Pinang telah membuat kenyataan dan menafikannya namun tiada bukti yang dikemukakan bagi menyokong kenyataan DAP itu. - MediaUMNO

Isu Siapa Bolot Jawatan PM Umpama Api Dalam Sekam

Posted: 06 Mar 2013 01:12 AM PST

KUALA LUMPUR 6 Mac – Kenyataan pemimpin pembangkang bahawa mereka tidak mempunyai masalah berhubung siapakah yang bakal menjawat jawatan Perdana Menteri jika berjaya menawan Putrajaya adalah sekadar untuk menutup kemelut isu yang berkenaan yang masih belum ada pemutusnya.

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norhayati Onn berkata pemimpin pembangkang terpaksa membuat kenyataan sebegitu untuk menutup kemelut yang berlaku serta khuatir akan kehilangan sokongan jika menggumumkan mana-mana individu untuk jawatan berkenaan.

"Pembangkang terpaksa berbuat begitu kerana takut hilang sokongan sebab itu sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi dari mereka berhubung jawatan berkenaan, pemilihan Anwar untuk jawatan berkenaan masih tidak dapat diterima oleh semua pihak terutama di kalangan penyokong Pas.

"Isu siapa bakal Perdana Menteri dibaratkan seperti `api dalam sekam' walaupun pemimpinnya mengatakan mereka tiada masalah, tetapi hakikatnya pembangkang masih belum dapat duduk untuk menyelesaikan masalah yang kini menghantui mereka.

"Bukan sahaja rakyat, penyokong mereka pun sudah hilang keyakinan kepada Anwar, sebab itu mereka masih tidak boleh umumkan siapa Perdana Menteri, walaupun sebelum ini mereka mengatakan Anwar yang lawayk untuk jawatan berkenaan," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pembangkang tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu pemilihan siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika menang PRU13.

Norhayati berkata, apa yangb berlaku itu menunjukkan pembangkang bukan sahaja bercelaru dalam menentukan isu berkenaan malah turut dilanda dengan pelbagai masalah dalam antara ketiga-tiga parti terbabit termasuk pembahagian jumlah kerusi yang akan dipertandingkan sama ada di peringkat DUN dan Parlimen.

Menurutnya, jika pembangkang tidak mempunyai masalah, mengapa sehingga kini masih terdapat suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan pakatan pembangkang terutama membabitkan beberapa yang hangat diperkatakan kebelakangan ini. -MediaUMNO

Sabah Wanita UMNO Leaders Slam Tian Chua For Belittling Sacrifices Of Security Forces

Posted: 06 Mar 2013 01:07 AM PST

KOTA KINABALU, March 6  - Sabah Wanita Umno leaders have slammed Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice-president Tian Chua for saying that the Lahad Datu intrusion was orchestrated by Umno.

They regarded the statement as disrespectful for the sacrifices of members of security forces killed in the intrusion by armed foreign groups.

Kota Kinabalu Wanita Umno division chief Rosimah Zakaria today lodged a police report over the statement at Karamunsing police station, near here today.

“Kota Kinabalu Wanita Umno calls on the government to take stern action against Tian Chua for saying the intrusion was orchestrated by Umno. This is not a joke but a tragedy,” she said after making the police report.

Rosimah said Tian Chua’s belittling of sacrifices made by members of security forces showed his inhumane attitude.

Kota Kinabalu Wanita Umno also slammed Jonathan Lin who in his Facebook described the two policemen killed in Lahad Datu as “Umno dogs.”

“Malaysians, especially the people of Sabah must not be influenced by elements that incite and lie to destroy the harmony,” she added.

Putatan Wanita Umno division chief Juriah Palasin also lodged a police  report against Tian Chua at Putatan police station today.

She demanded Tian Chua to apologise to security forces for claiming that the death of the two police officers were orchestrated by Umno to distract and scare the people.

Juriah said Tian Chua’s claim was baseless and disrespectful to the sacrifices of members of security forces, especially the two police officers killed.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT