SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, March 22, 2013

UMNO Online - “Anwar Silap Saman Papagomo” plus 9 more

UMNO Online - “Anwar Silap Saman Papagomo” plus 9 more

Link to UMNO Online

Anwar Silap Saman Papagomo

Posted: 21 Mar 2013 05:36 AM PDT

Bak kata Vincent Tan, saman yang dikemukakan mestilah kepada orang yang berduit, kalau tidak ia membuang masa kerana walau menang saman sekalipun tetapi tidak dapat duit sedangkan duit dibelanjakan kepada peguam habis duit berjuta.

Hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya, N. Surendran memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papagomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki, minggu lalu.

 

Dipercayai N Surendran merujuk kepada gambar-gambar sepertimana yang disiarkan rajagoyang360.blogspot.com yang tidak menamakan pelaku itu sebagai Anwar Ibrahim.

Ini bukan kes pertama yang dikendali N. Surendran, malah banyak kes lain melibatkan Anwar dan PKR kebiasaannya dikendalikan oleh peguam Naib Presiden PKR itu.

"Saya cuma link blog Rajagoyang pada blog saya tapi sendiri tidak kenal siapa orangnya yang kendali blog berkenaan,"kata Papa Gomo kepada Agendadaily.

Katanya dia mendapat tahu mengenai kisah panas di blog itu menerusi rakan-rakan.

"Apapun lawan tetap lawan. Saya memang sudah lama tunggu saman dari Anwar.Lama sangat kata nak saman tapi baru hari ini saman sekalipun saya bukan blogger Rajagoyang," tegasnya.

Papagomo berpendapat isu utama di sini sepatutnya ialah bukan siapa identiti Rajagoyang tetapi 'betul ke tidak betul lelaki dalam gambar itu Anwar'.

Serentak dengan itu Papagomo mempersoalkan kenapa Anwar sampai hari ini tidak berani saman Datuk Shahzryl Eskay Abdullah yang mendedahkan isu dakwaan video seks dengan China Doll yang disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar luar negara.

Katanya dia hanya link sahaja sebuah blog ke blognya sedangkan Eskay ialah batang tubuh yang secara terbuka mendakwa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Eskay sendiri sudah isytihar beliau sedia disaman oleh Anwar.

Malah Eskay sudah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur semasa kehangatan isu itu untuk menunjukkan beliau cakap benar.

Hari ini, papagomo mula memuat naik klip video didakwa membabitkan Anwar dengan seorang mahasiswa dari Sabah.

Klip video satu minit 20 saat berjudul 'Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Bersama Mahasiswa Yang Diliwat, Musim 7, episod 1′ dimuat naik pukul 4 petang tadi.

Klip pertama ini tidak mengandungi adegan ranjang, tetapi menunjukkan seorang yang mirip wajah Anwar duduk dan berbual dengan seorang yang membelakangi kamera.

Dalam video terbaru ini, lelaki mirip Anwar memberitahu bahawa beliau telah bergerak daripada rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.

Lelaki mirip Anwar kemudian menerangkan mengenai capaian twitternya kepada mahasiswa berkenaan.

Klip itu berakhir di situ dengan papagomo menjanjikan "episod kedua" secepat mungkin.

anwaraidc.com

SPR Tolak Dakwaan Pihaknya Boleh Tahu Calon Yang Dipilih Pengundi

Posted: 21 Mar 2013 05:06 AM PDT

IPOH, 21 Mac –  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu boleh mengetahui calon yang dipilih pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kerahsiaan undi setiap pengundi terjamin.

“Kerani SPR di pusat pengundian tidak dibenarkan dan tidak boleh mencacat, menulis nombor atau apa-apa. Ini ialah undang-undang,” katanya  selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus pilihan raya, ketua penguatkuasa SPR dan ketua polis daerah di Perak, di sini, Khamis.

Beliau menjelaskan apabila pengundi masuk ke tempat pengundian, kerani akan menyemak nama dan mengesahkan bahawa individu berkenaan ialah pengundi sebenar sebelum dakwat dicalit pada jari pengundi dan diberi kertas undi.

“Dalam setiap buku, ada 50 kertas undi dan ia akan diberikan mengikut turutan. Jangan pula ada pengundi yang kata dia tak nak kertas undi pertama, hendak yang tengah. Itu melanggar undang-undang dan peraturan.

“Kertas undi ada nombor siri. Sebagai contoh, nombor siri 100. Apabila kita buka mana-mana helaian buku kertas undi, nombor sirinya ialah 100 kerana nombor itu unik dan digunakan untuk saluran mengundi berkenaan sahaja,” katanya.

Beliau berkata langkah itu bagi memudahkan pengiraan kertas undi yang diberikan kepada pengundi dan memudahkan SPR mengesan kemungkinan pengundi menggunakan kertas undi berkenaan di saluran lain.

“Di saluran lain akan guna nombor siri lain pula, takut kalaulah ada orang mengambil kesempatan bawa kertas undi daripada saluran lain masuk dalam poket, konon nak tambah kertas undi, pergi masukkan ke dalam peti undi di saluran lain,” katanya.

Oleh itu, katanya tidak ada pihak yang boleh mengetahui calon mana yang di pilih oleh pengundi.

“Orang yang datang mengundi, kita bukan tahu pukul berapa dia nak datang. Pusat pengundian dibuka satu hari daripada jam 8 pagi hingga 5 petang. Macam mana boleh buat imaginasi boleh ‘match’ (padankan) orang yang datang mengundi dengan benda ini (kertas undi),” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan supaya tidak mengajar ‘ajaran sesat’ kepada pengundi dengan memberi maklumat salah berhubung pengundian bertujuan menimbulkan kesulitan dan kekecohan.

Dakwaan Bina 12 Masjid, Pas Nyata Buat Satu Pembohongan – Johari

Posted: 21 Mar 2013 03:49 AM PDT

CHANGLUN, 21 Mac – Kenyataan kerajaan Kedah membina 12 masjid seperti terkandung dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ adalah satu pembohongan ketara, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharum.

Beliau yang juga Ketua UMNO Kubang Pasu seterusnya berkata semua masjid itu dibina menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, berjumlah RM24 juta.

“Kita ada semua maklumat mengenai kontraktor dalam pembinaan, lantikan semua kontraktor dan dokumen perlantikan kontraktor serta tender untuk membina masjid tersebut,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba, di sini hari ini.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata empat daripada masjid itu telah siap dan diguna orang ramai manakala sebuah surau yang dinaik taraf menjadi masjid di Batu 8, Sik, dibiayai sepenuhnya oleh orang perseorangan.

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tampil memberi penjelasan berhubung buku tersebut yang diterbitkan kerajaan negeri untuk rakyat di Kedah.

Beliau berkata sejak 2008, kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional(BN) telah membina 22 masjid baharu di negeri itu dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.

Kandungan buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ yang diterbitkan kerajaan negeri pimpinan Pas itu menyatakan sebanyak 12 masjid dibina oleh kerajaan negeri sejak 2008 hingga tahun lepas.

Dalam buku itu dinyatakan dua masjid dibina pada 2008, sebuah pada 2010, empat pada 2011 dan lima pada 2012.

Buku itu diedarkan secara percuma kepada rakyat menerusi pemimpin masyarakat sejak awal bulan ini sebelum dilancarkan secara rasmi pada 17 Mac lalu.

“I Was Asked And Paid,” Says Accused

Posted: 21 Mar 2013 03:21 AM PDT

TAWAU, March 21 – The High Court here today was told by one of the men charged with engaging in terrorism in Sabah that he was asked and paid to do so by someone.

Hooland Kalbi, who spoke in the Bajau language and translated by the court interpreter, said this in the trial of the eight Filipinos charged with the offence, including two of them who were also charged with waging a war against the Yang di-Pertuan Agong.

He also said he was foolish for doing so, but judge P. Ravinthran told the court interpreter to explain to him (accused) that it was not necessary for him to say that as his plea would only be recorded after he had obtained a lawyer.

At today’s proceeding, Ravinthran gave all the accused the opportunity to tell the court the charges made against them and also told the court interpreter to explain to the accused the punishment involved.

Hooland was among the eight Filipino charged in the High Court here today with engaging in terrorist activities in Sabah.

This is the second time that a charge for waging a war against the Yang di-Pertuan Agong is made in the country after an incident by the Al Maunah group at Bukit Jenalik Sauk, Perak, in 2000.

Meanwhile, Timhar Hadir, who is also charged with engaging in terrorism, told the court that he entered Malaysia last February using an international passport.

He was prevented from saying more by Ravinthran without consulting his lawyer.

Another accused charged with the same offence was Habil Suhaili, who took quite sometime to understand the charge made against him.

Habil, believed to be in his 60s, was not worn the straight jacket like the other accused.

The charge was read to him several times in Suluk.

Habil said he did not commit the offence, but was told by the judge that his plea would not be recorded.

The first accused, Atik Hussin Abu Bakar, who spoke in Bajau, sought the court to explain the charges made against him.

Besides being charged with engaging in terrorism, he is also charged with waging a war against the Yang di-Pertuan Agong.

The other four accused, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung and Lating Tiong, said they had nothing to say.

Basad is charged with engaging in terrorism and waging a war against the Yang di-Pertuan Agong, while Lin is charged with engaging in terrorism.

Kadir and Lating are charged with protecting the terrorist group.

All the accused were not allowed bail.

Meanwhile, journalists and photographers covering the case were strictly monitored by armed policemen. Only one journalist from each media organisation is allowed into the court and they are only allowed to bring in their note book and pen.

No foreign journalist is seen covering the proceeding today.

Pembangkang Patut Malu Dan Belajar Bagaimana Kejayaan GTP, ETP

Posted: 21 Mar 2013 02:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Tidak ada apa yang terbaru dalam manifesto pakatan pembangkang kerana apa yang dijanjikan di dalamnya telah lama dilaksanakan oleh kerajaan hari ini iaitu Barisan Nasional (BN), malah apa yang dilaksanakan telah terbukti hasilnya berbanding realiti pembangkang banyak kegagalan.

Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat apa yang dituliskan dalam manifesto pembangkang yang bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat', tidak menggambarkan situasi terkini kerana ada janji-janji yang dilutis di dalamnya pernah diluahkan sebelum ini tetapi tidak dilaksana dan kini ia dikitar semula ibarat rakyat telah lupa.

"Mereka menyebut berkaitan penglibatan wanita sebanyak 30 peratus dalam peringkat pengurusan dan kepimpinan tetapi perkara tersebut telah pun diaplikasikan dalam pentadbiran negara dan dijadikan dasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini bukan perkara baru tetapi telah menjadi amalan dalam BN," katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, manifesto yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang tidak ada bukti dan tanpa disertakan dana atau peruntukannya untuk pelaksanaannya berbanding BN yang telah menepati janji dengan membawa kemajuan dan pembangunan berterusan kepada negara.

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bermula masing-masing pada tahun 2010 dan 2011 bersama-sama dengan Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Sosial (PTS) dengan meletakkan Malaysia dilandasan betul untuk mencapai matlamat negara maju yang turut diiktiraf di peringkat global.

"BN dah realitikan pelbagai janji yang disebutkan dalam manifestonya sebelum ini malah ada yang tidak pernah dijanji pun diberikan sekiranya menepati keperluan rakyat.

"Pembangkang menjanjikan dalam manifestonya untuk memperjuangkan gaji minima RM1,100 sebulan tanpa melihat kepada skop ekonomi yang lebih luas walhal kerajaan sentiasa memastikan kebajikan rakyat dengan melihat aspek keseluruhan termasuk sektor kerajaan dan sektor swasta untuk peluang pekerjaan."

Dalam hal ini, beliau turut mengaitkan dengan kejayaan BN sebagai tunjang kerajaan yang mampu melakukan peningkatan taraf hidup melalui angka-angka sebagaimana hasil daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) 2012 menunjukkan bahawa, isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada 4,025 ringgit pada tahun 2009 kepada 5,000 ringgit pada tahun 2012. Ini adalah peningkatan lebih daripada 1,200 peratus, sejak PPIR dimulakan pada tahun 1974.

"Dalam manifestonya, pakatan pembangkang juga menuntut harga minyak diturunkan sedangkan realitinya, kajian yang dilakukan mendapati bahawa harga minyak di negara kita adalah yang ke-8 termurah di dunia dan termurah di peringkat Asia Tenggara, malah dengan gaji yang kita peroleh hari ini kita masih ada kuasa beli serta mampu menggunakannya; juga hasil daripada bantuan kerajaan.

"Jika mereka bercakap berkaitan harga barang keperluan yang mahal, sebagai pengguna kita masih ada pilihan untuk membeli dan untuk ini kerajaan juga mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia sebagai alternatif kepada rakyat," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru pakatan pembangkang yang telah terbukti gagal agar ditolak dan mengekalkan BN sebagai teraju dalam kerajaan. – MediaUMNO

Pengganas Amal Ilmu Hitam, Mayat Cepat Reput

Posted: 21 Mar 2013 02:41 AM PDT

LAHAD DATU, 21 Mac –  Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

“Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka,” katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar. “Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari,” katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mejar Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia. “Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya,” katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya. Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Itu mungkin kepercayaan mereka,” katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini pada Rabu.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.

“Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.

“Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas,” katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat.

Azzimudie Kiram Left Sabah Since March 11

Posted: 21 Mar 2013 02:31 AM PDT

LAHAD DATU, March 21 – Sulu terrorist leader Azzimudie, or Agbimuddin Kiram, had left the country on March 11 and is now hiding in the small islands of southern Philippines.

Armed Forces Chief General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin said security intelligence confirmed this, adding that Azzimudie left his followers in Sabah and fled from one island to another for shelter.

“Azzimudie is believed to have done so to avoid his location from being detected by the Moro people, and for fear that he will be arrested by the Philippine authorities,” he said at a news conference with Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar at the Felda Sahabat 16 Operations Headquarters, near here today.

He was commenting on recent allegations in a blog (mymassa.blogspot.com) that Azzimudie Kiram was shot dead by his own guard and that his body was buried in a place only known by his elite followers.

In reply to a question on whether the security forces will track down Azzimudie in the Philippines, Zulkifeli said that it was out of their jurisdiction.

He believed that further action can be taken through the country’s bilaterial ties.

Azzimudie Kiram led the intrusion with about 200 armed terrorists from southern Philippines on Feb 12 which saw the death of 63 terrorists, including one shot dead yesterday morning, as well as the death of 10 Malaysian security personnel.

Berdiam Diri Cara Anwar Menyelesaikan Masalah

Posted: 21 Mar 2013 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Mac – Pertembungan antara Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan timbalannya, Azmin Ali bukan perkara baru, walaupun perkara itu cuba disembunyikan namun perkara itu terus menjadi bualan yang merimaskan penyokong kedua-dua pihak terutama dalam persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Tindakan berdiam diri, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan pelbagai persoalan kerana sehingga ini tiada usaha yang dilakukannya untuk meredakan permasalahan antara kedua-dua tokoh besar parti berkenaan.

Pengarah Institut Wassatiyyah Malaysia, Mohd Yusof Din berkata sudah menjadi kelaziman kepada Anwar untuk tidak mengambil sebarang tindakan dan membuat pendekatan jalan selamat dengan mendiamkan diri terhadap apa sahaja isu yang mempunyai hubungkait dengan dirinya.

"Anwar akan berdiam diri, itulah yang biasa dilakukannya jika ada sesuatu masalah, mengenai isu yang membabitkan isterinya dengan Azmin, sudah pasti dia tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana membabitkan orang yang paling rapat dengannya.

"Masalah yang berlaku antara kedua-dua ini sudah lama dan Anwar sememangnya mengetahui perkara itu, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan, Anwar amat memerlukan kedua-duanya untuk memastikan karier politik terus hidup, sebarang tindakan yang diambil boleh membawa kesan besar bukan sahaja kepada PKR malah pakatan pembangkang," katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan berdiam diri Anwar berhubung kemelut yang berlaku antara Wan Azizah dan Azmin, jika sebelum ini kemelut itu terbongkar membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Pendedahan surat terbuka Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin, Mohd Fareez Kamal turut menguatkan lagi pertembungan antara kedua-dua pemimpin utama PKR.

Yusof berkata tindakan Anwar itu menunjukkan bahawa dia sebagai tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin kerana tidak berkemampuan untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berlaku dan mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri daraipaad terus membicarakannya,

"Macam mana nak jadi pemimpin negara, jika masalah yang kecil sebegitupun tidak mampu diselesaikan, takkan jika apa masalah yang berlaku dia nak berdiam diri sahaja, apa akan jadi kepada negara jika mempunyai pemimpin seperti Anwar,' katanya.

Justeru itu, Yusof mengesa menolak pemimpin seperti Anwar yang lebih mementingkan dirinya sehingga sanggup mengambil sikap berdiam diri terhadap apa jua masalah yang berlaku untuk memastikan kepentingannya terus terjaga. -MediaUMNO

KDN Rangka Penyelarasan Peranan Semua Pihak Dalam ESSCOM

Posted: 21 Mar 2013 01:29 AM PDT

PUTRAJAYA, 21 Mac –  Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang bekerja keras merangka tugas serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semua pihak yang terlibat di Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), untuk diselaraskan.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penyelarasan tiga komponen utama iaitu orang awam, tentera dan polis adalah penting bagi menjamin keamanan dan keselamatan di kawasan kira-kira 1,400km pesisir pantai timur Sabah itu.

Beliau berkata orang ramai merupakan komponen amat penting dalam membina keyakinan masyarakat setempat, bahawa keadaan dalam negeri adalah selamat serta terkawal, dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang khabar angin pihak tertentu.

“Barisan pertama pertahanan mestilah komuniti, sebab itu kita ada RELA, JPAM (Jabatan Pertahanan Awam), ketua kampung, pertubuhan JKKK, dan sebagainya semua digerakkan bersama, supaya orang ramai boleh menjadi mata dan telinga dalam usaha menjaga keselamatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat KDN di sini bagi membincangkan aspek berkaitan penyelarasan tugas dan tanggungjawab pihak berkaitan ESSCOM.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri Sabah.

Sementara itu Hishammuddin berkata operasi pembersihan bagi memburu saki-baki pengganas di Sabah diteruskan di sekitar Kampung Batu dan Kampung Tanjung Labian, apabila antara 20 dan 50 orang dipercayai masih bersembunyi.

Beliau berkata sehingga semalam 350 orang ditahan atas pelbagai kesalahan, 107 daripadanya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Katanya banyak lagi akta boleh digunakan bagi mendakwa mereka yang ditahan itu di mahkamah, seperti Akta Imigresen dan Akta Bahan Letupan.

Pasukan tentera dan polis masih ditempatkan Kampung Tandou dan Sungai Nyamuk yang diisytihar bersih daripada pengganas sebelum ini, sebagai langkah berwaspada dalam memastikan pengganas tidak kembali ke kawasan itu, katanya.

Hasrat Lompat Kawasan Bayangan Anwar Takut Dimalukan Di Permatang Pauh

Posted: 21 Mar 2013 12:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Mac – Desas-desus yang menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan bertanding di Perak  atau Selangor bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan dan perkara itu sudah dijangka sejak tahun lalu.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata keadaan tersebut menujukkan kepada rakyat bagaimana Ketua Pembangkang berkenaan makin gusar dan gelabah dengan sokongan pengundi di kawasan beliau sendiri.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti turut percaya desas-desus berkenaan mungkin berpunca daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh hari ini yang mana rata-rata sudah muak dengan karenah Anwar.

"Anwar boleh cakap apa sahaja…dapat jemputan untuk bertanding di negeri itu dan di negeri ini. Tetapi saya percaya kemungkinannya adalah gara-gara penolakan pengundi Permatang Pauh itu sendiri.

"Yerlah…bukankah Ahli Parlimen mereka itu terpalit dengan pelbagai dakwaan. Dan mungkin juga Anwar sendiri merasakan bahang penolakan tersebut makin dirasai. Justeru jalan keluar adalah mencari kawasan yang dia fikirkan selamat untuk survival politik dia," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut, Fairus seterusnya menambah hasrat Anwar untuk bertanding di mana-mana sahaja bukanlah satu masalah besar.

Sebaliknya ia adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh rakyat negara ini untuk memberikan pengajaran sewajarnya terhap Ketua Pembangkang berkenaan.

“Beliau boleh bertanding di mana-mana sahaja…Maklumlah kemungkinan kawasan beliau sendiri dah tolak, dia carilah kawasan lain. Apa pun rakyat tentunya tertunggu-tunggu dan kita lihat apa episod seterusnya," ujar beliau.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan beliau mungkin akan bertanding di Perak atau Selangor pada pilihanraya umum nanti.

Beliau yang ditanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini tentang hasrat beliau sama ada untuk terus mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh beliau sebelum ini di Permatang Pauh atau tidak.

Anwar memberitahu, sehingga sekarang beliau  berhasrat untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Namun, beliau turut memberitahu ada menerima pelawaan untuk beliau bertanding di Selangor dan juga di Perak.

“Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk mempertahankan kerusi di Permatang Pauh, namun saya juga turut menerima jemputan agar bertanding di Selangor dan juga Perak.

“Tetapi di Selangor mungkin tidak, mungkin saya akan bertanding di Perak,” jelas beliau dengan senyuman. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT