SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, March 26, 2013

UMNO Online - “Strategi Pembangkang Serang Johor Bakal Makan Diri” plus 9 more

UMNO Online - “Strategi Pembangkang Serang Johor Bakal Makan Diri” plus 9 more

Link to UMNO Online

Strategi Pembangkang Serang Johor Bakal Makan Diri

Posted: 25 Mar 2013 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Strategi politik parti pembangkang yang meletakkan pemimpin-pemimpin utama mereka di Selatan tanah air iaitu Johor dilihat bakal menjerat leher mereka sendiri kelak.

Exco Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda Kulai, Ali Mazat Salleh berkata perkara itu telah mula kelihatan hari ini yang mana sudah timbul beberapa cerita dan pelbagai desas-desus berhubung perkara berkenaan.

Justeru beliau menaruh keyakinan keghairahan parti-parti pembangkang untuk menyerang negeri itu dengan meletakkan beberapa pemimpin utama mereka pada pilihan raya umum ke-13 kali ini akan menjerat leher mereka kelak.

"Belum apa-apa lagi kita dah dengar macam-macam… dan budaya sebegini ditolak oleh pengundi Johor. Kita tidak menghalang sesiapa sahaja untuk bertanding tetapi berpaksikan kepada realiti dan keadaaan yang sebenarnya rakyat Johor tidak akan terima budaya sedemikian.

"Macam mana tiba-tiba sahaja orang luar bertanding di kawasan mereka sedangkan sebelum ini mereka sudah selesa dan kenal bagaimana wakil rakyat yang telah melaksanakan tugas serta tanggungjawab," katanya.

Kata beliau lagi bukanlah hasratnya untuk menidakkan mana-mana pihak meletakkan calon daripada luar, tetapi itulah yang perlu difikirkan kerana tugas dan tanggungjawab kepada pengundi adalah yang diutamakan.

Tegas beliau jangan hanya kerana kuasa dan kepentingan politik semata-mata, perkara itu menjadi bahan permainan yang akhirnya rakyat akan menjadi mangsa.

"Apa pun terpulanglah kepada mereka, yang pasti bagi saya rakyat Johor tidak akan terima calon-calon sedemikian kerana mereka tidak ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Lompat daripada satu kawasan ke satu kawasan yang lain.

"Selain itu, ianya sekadar dilihat gimik politik semata-mata dalam usaha menujukkan kepada umum bahawa mereka telah melebarkan pengaruh dan sebagainya, tetapi mereka jangan lupa rakyat hari ini cukup matang untuk memilih siapa yang menjadi wakil rakyat mereka," katanya. – MediaUMNO

Lompat Kawasan Hanya Pentingkan Diri, Jadi Juara Pentas Tapi Tewas Laman Sendiri

Posted: 25 Mar 2013 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Tindakan pemimpin pembangkang yang suka melompat kawasan setiap kali pilihan raya adalah di kalangan mereka yang hanya lebih mengutamakan kepentingan diri dan parti masing-masing daripada membela nasib rakyat.

Ketua Puteri Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman menyifatkan perbuatan pemimpin terbabit sebagai tidak ikhlas dalam perjuangan mereka yang kononnya menjadi pejuang kepada nasib rakyat sebaliknya apa yang dilakukan itu adalah untuk kepentingan sendiri.

"Mereka ini suka membuat janji-janji manis dan berjaya mempengaruhi serta memperdaya rakyat untuk menyokong mereka, tetapi apabila dipilih nasib rakyat di kawasan berkenaan diabaikan kerana mereka asyik berceramah daripada melakukan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

"Amanah yang diberikan disalahguna untuk memperkukuhkan politik mereka, apakah pemimpin seperti ini yang harus kita jadikan wakil untuk membela nasib rakyat," katanya kepada UMNO-online.

Nor Hafizah berkata demikian ketika diminta mengulas sikap pemimpin pembangkang yang suka melompat dari satu kawasan ke kawasan yang lain seperti apa yang dilakukan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan melakukan perbuatan serupa.

Beliau berkata, mungkin apa yang dilakukan itu adalah untuk menutup kelemahan berikutan kegagalan mereka sebagai wakil rakyat dan khuatir tidak mendapat sokongan di kawasan yang pernah diwakilinya sebelum ini.

"Pemimpin pembangkang ini biasanya pandai bercakap sahaja, mereka sebenarnya hanyalah juara di pentas, bukannya mengambil berat nasib rakyat yang diwakili, sebab itu mereka lari ke tempat lain kerana takut tembelang mereka pecah. Mereka ini juara di luar tapi tewas di laman sendiri.

"Itulah fungsi sebenar pembangkang yang inginkan kuasa tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan kuasa yang ada di tangan kecuali menggunakan untuk kepentingan diri dan parti. Pakatan pembangkang tidak serius menjaga kebajikan pengundi," katanya.

Nor Hafizah berkata, alasan yang mengatakan mereka berpindah ke kawasan lain atas permintaan rakyat di kawasan terbabit hanyalah satu helah untuk menutup kelemahan dan memastikan karier mereka terus selamat.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku menunjukkan pemimpin pembangkang itu sudah hilang keyakinan di kawasan yang diwakilinya apabila menyedari rakyat sudah membuaka mata dan ingin wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk membela nasib rakyat. – MediaUMNO

Change In Government Does Not Mean Better Life – Kayveas

Posted: 25 Mar 2013 03:07 AM PDT

SEPANG, March 25 – Malaysia is a land of vast opportunities, providing the people with all means to improve themselves and take their potential to the optimum.

Some did not realise this and instead of improving themselves, resort to attempting to change the government, noted People’s Progressive Party (PPP) president Datuk Seri M. Kayveas.

He said, what such people did not realise was that changing the government did not guarantee a better life.

“If you change the government, you are handing over the fate of the country to someone, (and) you might not be handing it to the right people,” he said in his speech after receiving the Exemplary Leadership Excellence Award from the Toastmasters International Club at the Sama-sama Hotel here today.

The exemplary award was presented by Toastmasters International president John Lau.

Also present at the function was Information Communication and Culture Deputy Minister Datuk Maglin Dennis D’ Cruz.

Lau, from Kuching, is the first Malaysian to be elected Toastmasters International president for the 2012-2013 term.

220 Ketua Isi Rumah Dan 66 Individu Bujang Di Sekong Terima BR1M

Posted: 25 Mar 2013 03:06 AM PDT

SANDAKAN, 25 Mac – Seramai 220 ketua isi rumah dan 66 individu bujang di kawasan Sekong di sini, hari ini menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Bantuan RM500 bagi setiap isi rumah dan RM250 bagi setiap individu bujang itu disampaikan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Seorang daripada penerima, Norhusin Tutih, 23, melahirkan rasa syukur dan terharu dengan bantuan itu yang dapat meringankan bebanannya menanggung perbelanjaan dirinya dan dua adiknya.

“Saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia di bawah pemerintahan dan pembelaan kerajaan Barisan Nasional yang mengutamakan rakyat, prihatin kepada rakyat serta menyediakan begitu banyak kemudahan demi rakyat.

“Saya percaya hanya negara Malaysia di bawah pucuk pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja yang begitu mulia mengambil peduli soal kebajikan dan keperluan rakyat,” katanya kepada pemberita.

Norhusin bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di sini.

Sembang Santai Ruang Untuk Dekati Rakyat Dan Bantu Selesai Permasalahan

Posted: 25 Mar 2013 02:43 AM PDT

LIBARAN, 25 Mac- Wanita UMNO Libaran menganjurkan program Sembang Santai dalam usaha untuk mendekati dan memberi penerangan kepada rakyat terhadap apa sahaja perkembangan yang berlaku.

Ketua Wanita UMNO Libaran, Datuk Armani Maharuddin berkata program yang dianjurkan itu dalam kelompok kecil membabitkan rakyat berbilang kaum.

"Program ini mendapat sambutan di kalangan rakyat kerana mereka yang hadir dapat meluahkan apa jua permasalahan yang dialami dan pihak kami akan cuba membantu atau menghulurkan pertolongan kepada mereka yang mereka memerlukan.

"Di samping itu, ia dapat memberi ruang kepada Wanita UMNO untuk memberikan penerangan terutama menangkis segala fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh pembangkang terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya.

Armani berkata, Sembang Santai yang dianjurkan itu adalah lanjutan daripada program Salam Sayang yang dilakukan oleh Wanita UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk mendekati pengundi.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Sabah berkata, program Sembang Santai itu akan diperluaskan ke seluruh Sabah kerana keberkesanannya berdasarkan daripada sambutan yang diterima daripada orang ramai yang menyertainya.

Menurutnya, ramai di kalangan yang hadir terutama suri rumah dan warga emas mengesa supaya program sebegitu diteruskan kerana banyak memberi faedah disamping penerangan yang diberi dapat memberi ruang kepada mereka untuk mengemukakan apa jua masalah yang dihadapi.

"Ramai di kalangan suri rumah tidak berpeluang untuk menyertai mana-mana aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, ini disebabkan oleh tugasan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarga masing-masing," katanya. – MediaUMNO

Satu Briged PGA Ditempatkan Di ESSZONE- Hishammuddin

Posted: 25 Mar 2013 02:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Satu briged Pasukan Gerakan Am (PGA) akan diletakkan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bertujuan memperkukuh ketenteraman awam dan kesejahteraan penduduk di kawasan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penempatan PGA itu sebagai kekuatan tambahan kepada lima batalion Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di kawasan berkenaan.

“Kita akan tambah briged PGA itu di peringkat polis yang ada di Sabah dan bergabung dengan lima batalion ATM untuk memperkukuhkan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas majlis peringatan Hari Polis ke-206 di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan ESSZONE membabitkan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau yang berkuat kuasa hari.

Berikutan itu, jumlah polis sokongan di negeri berkenaan dijangka ditambah selain memperluas Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Kita sedang fikir untuk menambah polis sokongan di estet-estet dan kawasan Felda di Sabah dan perluaskan URB seluruh negara yang mana di Sabah, URB akan beroperasi di taman-taman perumahan termasuk di Sandakan dan Kota Kinabalu,” kata Hishammuddin.

URB menggunakan motosikal Kawasaki Ninja berkuasa 250 cc. Daripada 1,000 unit yang diperuntukkan untuk peringkat awal, 560 dibekalkan kepada polis di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, manakala baki akan diagih secara berperingkat bagi tujuan rondaan di kawasan perumahan dan perniagaan.

Hishammuddin berkata perdana menteri turut meluluskan peruntukan untuk pembelian tambahan motosikal itu kerana yakin terhadap kemampuan URB dalam mengurangkan jenayah.

Dalam pada itu, beliau berkata tujuh balai polis akan dibina di pulau-pulau strategik, manakala tempat keluar masuk yang dikenal pasti akan mempunyai pusat kawalan imigresen serta Kompleks Kastam dan Kuarantin (CIQ).

Menurutnya, tiga balai polis sementara menggunakan kabin telah tiba di Lahad Datu dan akan beroperasi dalam masa terdekat sementara menunggu pembinaan tujuh balai polis tetap.

Mengenai rakyat di Sabah yang terpaksa dipindahkan bagi tujuan keselamatan, Hishammuddin berkata beberapa lokasi telah dikenal pasti bagi tujuan itu dan lokasi tersebut boleh diterima penduduk terlibat.

Antara kawasan terlibat ialah perkampungan air dan beberapa kawasan perkampungan di bandar yang menjadi kawasan panas jenayah, katanya sambil berharap tiada pihak cuba mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan penduduk berhubung perkara itu.

20,000 People Can Benefit From First Urban PI1M Centre In Pantai Dalam – Rais

Posted: 25 Mar 2013 01:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 25 – About 20,000 people are expected to benefit from the first urban 1Malaysia Internet Centre (PI1M) that started operations at the Seri Pantai People’s Housing Scheme in Kerinchi, Pantai Dalam, here, today.

The centre was jointly launched by Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Rais Yatim and Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Rais in his speech urged the people living in Kerinchi to make good use of the facilities made available by the government, for their well being.

“Use the internet to enhance unity…to strengthen our struggle for the nation,” he said during the launch which was part of the ‘Knowing Your Neighbours’ programme.

Rais said there are 306 rural PI1M centres throughout the country and another 100 urban PI1M centres would be set up in two phases, this year.

The urban PI1M is part of the government’s initiative announced during the 2013 Budget to enable the lower income group to access high speed internet services as well as provide training in the field of ICT, provide high speed broadband services and WiFi.

For WiFi services, users need to pay RM5 for registration while internet services are provided free for the first 30 minutes but subsequent usage would be charged RM1 an hour for adults and 50 sen for children.

Rais said ‘Knowing Your Neighbours’ programme was initiated to strengthen goodwill and unity among the people living in the same area although they may come from different background, race and religion.

“Such programmes are needed because the culture of interacting with neighbours, helping each other no matter what race or religion or political alliance is becoming rare,” he said.

Agenda Sebenar DAP Bukan Bina Terowong Tapi Jual Tanah – Zainal

Posted: 25 Mar 2013 12:57 AM PDT

PULAU PINANG, 25 Mac – Alasan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenakan bayaran tol bagi terowong dasar laut yang mahu dibinanya adalah tidak masuk akal, ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Jelas beliau, sejak dahulu Guan Eng sering bertindak dahulu dan berfikir kemudian dengan tidak memikirkan impak daripada percakapan atau kenyataan yang dibuatnya, maka jika sudah terperangkap akan menyalahkan Kerajaan Pusat dan UMNO sebagai solusinya keluar daripada masalah.

"Dari dahulu kerja Guan Eng hanya salahkan kerajaan dan UMNO. Dia sendiri sebenarnya yang suka cakap berbelit-belit. Dulu sebelum dapat memerintah di Pulau Pinang janji akan hapuskan tol Sungai Nyior tapi sampai sekarang kita masih bayar lagi di tol ini.

"Bila ditanya jawapannya tol terbabit di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kini, bila nak bina terowong dasar laut dan dikenakan tol maka bagi alasan takut dituduh sabotaj projek kerjaan Pusat. Walaupun ramai yang membantah projek ini namun Guan Eng tetap teruskan juga.

"Sebenarnya, alasan utama mengapa Guang Eng tetap mahu teruskan projek ini adalah kerana agenda utamanya ialah menjual tanah. Dulu tanah di Bayan Mutiara sehinggakan tapak masjid dan sekolah turut menjadi mangsa.

"Kemudian tanah di Taman Manggis pula dijual pada harga lebih RM1 billion sedangkan tanah ini adalah kawasan perancangan untuk pembinaan rumah mampu milik dan terkini dasar laut pula menjadi mangsa," ujar Zainal Abidin.

Tambah beliau, walaupun projek ini merupakan pembaziran wang rakyat paling besar dan akan mengakibatkan nelayan bakal hilang mata pencarian namun kerana tamak maka ia tetap diteruskan.

"Tidak hairanlah mengapa 10,000 orang pelbagai bangsa boleh berhimpun dan membantah pentadbiran DAP kerana selama lima tahun mentadbir negeri ini, DAP gagal melaksanakan tanggungjawab dan menyebabkan kehidupan rakyat semakin terhimpit.

"Daripada membazir wang berbillion ringgit untuk membina terowong ini adalah lebih baik Guan Eng bina rumah mampu milik untuk rakyat.

"Seperkara lagi yang boleh dipertikaikan adalah mengapa umumkan projek ini secara tergesa-gesa ketika pilihan raya sudah terlalu hampir. Ini semua adalah agenda politik kotor DAP yang hanya mementingkan diri mereka dan menjadikan rakyat sebagai korban," terangnya lagi.

Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu menghubungkan Gurney Drive di pulau ini dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar atas alasan bertujuan mengurangkan kesesakan serta menambah pendapatan negeri. – MediaUMNO.

Hasan Ali Yakin Ulama Pondok Buat Kajian Sebelum Putus Undi Pas Haram

Posted: 25 Mar 2013 12:47 AM PDT

MUAR, 25 Mac – Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yakin kumpulan ulama muda dan pondok di Kelantan telah membuat kajian sebelum memutuskan mengundi PAS dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Beliau percaya mereka membuat keputusan itu setelah merujuk kepada kitab-kitab dan menghubungi ulama-ulama besar termasuk dari luar negara.

“Selain itu, mereka juga (mungkin) telah menilai apa yang dilakukan pimpinan PAS sekarang jauh menyimpang berbanding semasa (di bawah pimpinan) Allahyarham Dr Burhanuddin Helmi, Zulkifli Mohamad, Yusuf Rawa serta Ustaz Fadzil Noor.

“Kalau mereka berada pada zaman itu, saya percaya ulama-ulama pondok dan ulama muda ini tidak akan membuat kenyataan seperti itu,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada majlis anjuran Gerakan Belia 4B kawasan Parlimen Ledang di Dataran Stulang, Tanjung Agas di sini.

Beliau mendakwa PAS kini terlalu tunduk pada tekanan DAP dan menjadi alat kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merealisasikan hasrat beliau untuk menjadi perdana menteri.

“Ini menyebabkan PAS bukan lagi meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka, jadi lebih eloklah orang Melayu dan umat Islam memastikan mereka tidak memberi undi kepada pembangkang pada PRU-13 nanti,” katanya.

Dalam ceramahnya itu beliau turut menggesa orang Melayu dan umat Islam di Johor supaya tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk memenangi sebarang kerusi di kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini.

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor itu yang dipecat kerana ketegasannya menangani isu murtad itu berkata, umat Islam Malaysia akan berhadapan dengan masalah jika membenarkan pembangkang berkuasa.

“Ini kerana pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim memperjuangkan Islam liberal. Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat mempertahankan kerajaan sedia ada bagi mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi negara selama ini.

Pusat Internet 1M’sia Bandar Pertama Dilancar Di Pantai Dalam

Posted: 25 Mar 2013 12:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) pertama dalam kawasan bandar yang kini beroperasi di Projek Perumahan Rakyat Seri Pantai, Kerinchi, Pantai Dalam di sini dijangka memanfaatkan hampir 20,000 penduduk setempat.

Ia dilancarkan bersama oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Dalam ucapannya, Rais menggesa penduduk Kerinchi menggunakan sebaik-baiknya kemudahan yang disediakan kerajaan itu untuk kesejahteraan bersama.

“Gunakan internet ini demi perpaduan kita…supaya kita lebih teguh dalam perjuangan kita,” katanya pada majlis pelancaran itu yang menjadi sebahagian daripada penganjuran program ‘Kenali Jiran Kita’.

Rais berkata sehingga kini, 306 PI1M luar bandar telah beroperasi di seluruh negara.

PI1M di bandar adalah sebahagian inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2013 untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah di bandar menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi selain perkhidmatan lain seperti latihan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sebanyak 100 PI1M bandar akan dibina dalam dua fasa tahun ini.

Selain kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan WiFi dan latihan ICT juga akan disediakan melalui PI1M bandar.

Bagi perkhidmatan WiFi, pengguna hanya perlu membayar yuran pendaftaran RM5 untuk menggunakannya manakala perkhidmatan internet di PI1M adalah percuma untuk 30 minit pertama dan setiap sejam berikutnya dicaj RM1 dan 50 sen masing-masing untuk dewasa dan kanak-kanak.

Mengenai program ‘Kenali Jiran Kita’, Rais berkata ia bertujuan menyuburkan semangat kejiranan dan perpaduan penduduk bandar terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Rais menarik perhatian ini berikutan gaya hidup di bandar sedikit sebanyak memberi kesan kepada semangat kejiranan yang dipegang teguh terutama dalam kalangan masyarakat luar bandar.

“Sudah jarang sekali kita bertegur sapa, tolong menolong sesama kita tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT