SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, March 29, 2013

UMNO Online - “Anwar Tiada Pilihan Lain…” plus 9 more

UMNO Online - “Anwar Tiada Pilihan Lain…” plus 9 more

Link to UMNO Online

Anwar Tiada Pilihan Lain…

Posted: 28 Mar 2013 04:49 AM PDT

“Jangan hiraukan Anwar Ibrahim ni. Dia paling tidak suka jika tiada siapa yang menghiraukan dia”. Itu antara kata-kata Tun Daim.

Tepat sekali. Makin tak dihirau makin dia sakit jiwa. Makin sakit jiwa makin melalut pertuturannya. Makin melalut pertuturannya, makin banyak dan makin jelas penipuan, pembohongan dan pendustaannya.

Bagus juga. Anwar mempunyai “perasaan” semua orang percaya cakap dia, tapi hakikat yang gagal dikesannya ialah rakyat semakin hari semakin “yakin” ada yang tak kena dengan Anwar.

Pemikiran, cara tindakan dan perbuatannya semakin hari semakin diragui dan telah menimbulkan persoalan dan kebimbangan majoriti rakyat.

“Perasaan Anwar sedang bergerak secara songsang” dengan “apa yang sebenarnya” sedang bermain di fikiran majoriti rakyat.

Kesongsangan fikiran dan tindakan Anwar ini adalah sebahagian dari bukti jelas yang menunjukkan bahawa tiada siapa yang mampu mengatasi perancangan Allah.

Anwar merasakan “BN Sabah” tidak mungkin boleh digugat melalui sistem PRU. Trend BN Sarawak pun sama.

Oleh itu suatu kaedah luar kotak harus dirancang bagi memecahkan kekuatan BN di ke dua-dua negeri.

Perjudian Anwar memperdagangkan “kalimah Allah for All” tetapi bukan “for all” untuk semua manusia, sebaliknya untuk semua agama adalah untuk mensasarkan undi penganut kristian yang tinggi di ke dua-dua negeri.

Begitu juga dengan perancangan rapi bersama Nur Misuari untuk mendapat undi kaum suluk yang sudah menjadi warganegara dan berdaftar sebagai pengundi yang agak besar angkanya.

Anwar selaku TPM adalah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pendatang Asing Tanpa Izin ketika itu. Dialah yang bertanggungjawab secara langsung dalam isu PATI Sabah. Bukan Mahathir.

Anwar selaku TPM adalah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pendatang Asing Tanpa Izin ketika itu. Dialah yang bertanggungjawab secara langsung dalam isu PATI Sabah. Bukan Mahathir.

Dia sedar “sentimen suluk” di Sabah tidak bertuan kepada Manila, sebaliknya orang-orang suluk ini bertuankan pemimpin dan pertubuhan suluk di kepulauan Sulu dan Mindanao.

Antara individu yang berpengaruh di kalangan Bangsa Moro/Sulu/Taulug ini antaranya ialah Misuari, keturunan-keturunan yang mengaku sultan sulu, MNLF dan MILF.

Anwar membuat perkiraan bahawa “isu kad pengenalan Sabah” ini amat penting bagi pembangkang dan boleh dimanipulasi sepenuhnya untuk menghadapi PRU13.

Anwar mencongak, sokongan dari kaum asal Sabah mungkin boleh diperolehi jika "kena gaya' dalam memainkan isu Kad Pengenalan dan PATI di Sabah, manakala sokongan dari kaum sulu yang sudah menjadi warganegara dan menjadi pengundi pula,

Anwar menggunakan Misuari yang juga mempunyai agenda tersendiri untuk memulihkan pengaruhnya di wilayah autonomi yang semakin terpinggir.

Di sini boleh dilihat, Anwar tetap tidak boleh lari dari amalan politik sesumpah yang sudah menjadi darah dagingnya.

Anwar tetap mahu beroleh menafaat politik dari semua pihak dan di semua keadaan. Walaupun masing-masing pihak itu tidak boleh duduk semeja, Anwar akan berusaha untuk memanafaatkan ke dua-dua pihak yang bertelagah ini dengan menggunakan 'pendekatan yang berlainan' untuk dia beroleh sokongan dan pengaruh.

Permainan politik Anwar ini sudah sampai ke tahap sangat merbahaya dan berpotensi untuk menyebabkan maraknya api pertelagahan dan konflik antara negara dan lupusnya keharmonian antara etnik dan agama yang wujud di Sabah.

Permainan politik Anwar ini sudah sampai ke tahap sangat merbahaya dan berpotensi untuk menyebabkan maraknya api pertelagahan dan konflik antara negara dan lupusnya keharmonian antara etnik dan agama yang wujud di Sabah.

Jika kerajaan Malaysia tidak berhati-hati dan tidak bijak menangani isu pencerobohan tentera Kiram-Misuari di Lahad Datu tempohari, kemungkinan besar hubungan di antara Malaysia dan kerajaan Filipina sudah memasuki fasa merbahaya.

Etnik asal di Sabah mungkin sudah menyalahkan bulat-bulat kerajaan Barisan Nasional. Warganegara di kalangan kaum Suluk pula mungkin turut memusuhi kerajaan dan rakyat asal Sabah.

Konflik terbuka di antara rakyat asal dan kaum Sulu di Sabah juga mungkin sudah berlaku. Lain-lain parti komponen BN di Sabah mungkin akan bertelagah secara terbuka dengan UMNO.

Inilah di antara senario-senario atau 'snowball effect' yang diharapkan oleh Anwar supaya berlaku hasil dari percaturan dan perancangan rapinya yang sudah dan sedang terbongkar satu demi satu.

Kegusaran Anwar apabila senario yang diharapkan berlaku ini tidak menjadi sudah boleh dilihat sekarang.

Damage control sedang dilakukan dengan mencari setiap ruang untuk meletakkan beban kesalahan dan kelemahan yang membawa kepada pencerobohan asing ini kepada UMNO dan DS Najib secara khusus.

Dalam masa yang sama pelbagai isu lain sedang di'spin' untuk mengalihkan fokus rakyat terhadap tangan-tangan ghaib Anwar sebagai pencetus yang membawa kepada terjerumusnya Kiram-Misuari dalam pencerobohan terhadap kedaulatan Negara Malaysia.

Anwar boleh lakukan apa saja untuk membersihkan tangannya yang sudah membawa kepada terkorbannya 10 anggota keselamatan kita. Tetapi majoriti rakyat sudah tahu 'belang sebenar' Anwar.

Jangan hiraukan apa saja tindakan provokasi yang sedang dilakukan Anwar. Dia melakukannya hanya untuk mempertahankan dirinya dari dicop oleh sejarah sebagai pengkhianat negara yang tiada tolok banding.

Sampai ketikanya, paling lama 2 bulan dari sekarang, Anwar akan menerima kenyataan sebenar, "penolakan secara total dari majoriti rakyat". Pakatan akan tumbang dan patah tiga.

Kamarulzaman Kamdias

Tarikh Akhir Pembubaran Parlimen 30 April – SPR

Posted: 28 Mar 2013 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis memperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.

Beliau berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

“Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Ini adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira,” katanya.

Sebelum ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar sendiri pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Bagaimanapun, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung.

Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas tarikh PRU ke-12. -

BN Sambut Hasrat Kit Siang Cuba Nasib Di Pasir Gudang

Posted: 28 Mar 2013 03:50 AM PDT

PASIR GUDANG, 28 Mac –  Barisan Nasional (BN) Pasir Gudang tidak gentar jika veteran DAP Lim Kit Siang mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Malah kata Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mereka mengalu-alukan Lim bertanding di situ jika penasihat DAP itu sanggup menerima malu ditolak pengundi kawasan Parlimen Pasir Gudang.

“BN Pasir Gudang akan jadikan keputusan Lim (bertanding di DUN Johor Jaya)sebagai pecaturan paling tidak tepat yang pernah dibuatnya,” katanya  di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang diminta mengulas mengenai desas-desus Lim sedang ‘mengintai’ kerusi DUN Johor Jaya yang terletak dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang, selain bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Kerusi DUN Johor Jaya disandang Tan Cher Puk daripada MCA yang mengatasi Md Nasir Ab Wahab (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 10,488 undi pada pilihan raya umum 2008.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Ipoh Timur itu bahawa pakatan pembangkang yakin akan merampas kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor Baharu dan Pasir Gudang, Mohamed Khaled berkata itu hanya ‘cakap-cakap’ bagi melemahkan semangat BN.

“Rakyat pun tahu siapa sebenarnya juara mereka dan kita mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat berbanding pembangkang yang hanya pandai mengambil kesempatan,” katanya.

Lim dalam ceramahnya di Taman Desa Harmoni di sini malam semalam, berkata pakatan pembangkang mampu menawan semua kerusi termasuk kerusi DUN di bawah ketiga-tiga kawasan parlimen itu.

Bab Temberang Pecah Tanah.. Pas Adalah Pelopor Tersohor

Posted: 28 Mar 2013 03:30 AM PDT

Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga, Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.

“Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua,” kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk “Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” tidak lama dahulu.

Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan  yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP.

Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti 'ultra kiasu', mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan 'langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia".

Lebih malang lagi, 'baiah' Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.

Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan.

Malah bukan itu sahaja, Pas sekarang ini, sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.

Pas juga begitu bangga menyatakan, kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.

Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah nitanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta.

Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.

Oleh yang demikian tindakan pemimpin Pas ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.

Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.

Sebaliknya, BN yang sebelum ini tewas, terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.

Apapun, rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka.

gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Salah Taip Kos Projek Mega? Guan Eng Jangan Ingat Rakyat Bodoh – Idris

Posted: 28 Mar 2013 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Datuk Idris Haron membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang memberi alasan tersalah taip sehingga menyebabkan kos pembinaan terowong bawah tanah di Pulau Pinang berlebihan sebanyak RM2.2 bilion

Menurut Idris, sikap kepimpinan DAP yang  seringkali memberikan alasan yang remeh temeh bagi isu-isu besar seperti itu seolah-olah  menganggap bahawa rakyat di negara ini bodoh-bodoh belaka.

"Macam mana mahu memerintah Malaysia kalau asyik tersalah kira, tersalah taip? Sebelum ini, akibat tersalah kira kononnya, maka ahli jawatankuasa pusat DAP semuanya orang Cina. Hari ini, akibat tersalah taip, maka kos projek meningkat lebih RM2.2 bilion.

"Untuk pengetahuan kepimpinan DAP, rakyat di negara ini sudah bijak-bijak belaka. Jadi, saya nasihatkan agar kepimpinan DAP tidak memberikan alasan-alasan yang begitu remeh temeh seolah-olah menghina kewarasan dan rasional pemikiran rakyat di negara ini," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Isu kos pembinaan terowong bawah tanah yang meningkat dari harga asal sebanyak RM4.08 bilion kepada RM6.3 bilion telah dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda BN, H'ng Khoon Leng,  yang mendesak  Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri supaya memberi penjelasan berkenaan hal itu.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu seterusnya berkata, rakyat hari ini sudah mula melihat dengan jelas kelemahan dan kecuaian DAP dalam mentadbir Pulau Pinang, malah sudah mula meluat dengan alasan-alasan tidak masuk akal yang diberi untuk menutup kesilapan mereka.

"Saya yakin rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap parti-parti gabungan Pakatan Pembangkang, terutamanya seperti DAP yang kerap menuduh UMNO dan BN sebagai kerajaan yang mengamalkan rasuah, menipu rakyat dan pelbagai lagi fitnah dan tohmahan yang tidak benar, sedangkan hakikatnya merekalah yang bersikap seperti itu.

"Sebab itu, pemimpin DAP cuba mendoktrin pemikiran rakyat dengan mengatakan parti mereka suci bersih dari rasuah,  namun jelas akhirnya muncul juga kebenaran apabila  pendedahan rasuah termasuklah dari bekas naib Presiden DAP sendiri, Tunku Aziz.

"Begitu juga dengan pemilihan CEC yang penuh kontroversi dan dibantah oleh ramai ahli DAP sendiri. Inilah yang dikata bak pepatah Melayu, bangkai Gajah tidak dapat ditutup dengan daun pisang," jelasnya.

Menurutnya, ini amat berbeza dengan sikap kerajaan BN yang sentiasa rasional dan waras serta tidak pernah menganggap sebagai yang terbaik, namun tetap terbukti sehingga ke hari ini dapat memberikan perkhidmatan dan membela nasib rakyat dengan semaksima yang mungkin.

"Program-program transformasi dan perlaksanaan subsidi seperti BR1M yang diberi terus kepada rakyat cukup menjadi bukti bahawa kerajaan BN hari ini sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat rakyat dan negara, di samping sentiasa mencari idea-idea baru untuk menampung segala kelemahan yang ada," ujarnya. -MediaUMNO

Hentikan Provokasi Kerajaan Tidak Sah Untuk Kelirukan Rakyat

Posted: 28 Mar 2013 02:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pakatan Pembangkang diminta menghentikan provokasi dengan  mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional hari ini sudah habis mandat sedangkan mengikut perlembagaan, kerajaan hari ini masih sah sebagai pemerintah sehinggalah tarikah akhir pembubaran parlimen pada 28 April 2013 ini, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Suffian Awang.

Menurut beliau lagi, ini merupakan satu provokasi politik Pakatan Pembangkang yang cuba memberi gambaran kepada rakyat bahawa kerajaan BN hari ini memerintah Malaysia secara tidak sah.

"Kita semua sudah dimaklumkan, tarikh akhir pembubaran parlimen pada 28 April ini. Samada kerajaan umumkan pembubaran atau tidak, pada tarikh tersebut secara automatiknya parlimen Malaysia akan terbubar.

"Jadi sebenarnya tidak timbul isu soal kerajaan sekarang ini sah atau tidak. Sebagai contoh, kerajaan Negeri Sembilan masih lagi sebagai pemerintah yang sah walaupun DUN sudah terbubar dengan sendirinya. Kerajaan negeri masih boleh meneruskan dan melaksanakan dasar-dasar yang sedia ada," beritahu beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Suffian yang juga seorang peguam seterusnya berkata  cuma kerajaan negeri tidak boleh membuat keputusan berkenaan dasar, polisi atau memberi kelulusan kewangan baru yang tidak menjadi dasar kerajaan sebelum ini.

"Tetapi kerajaan pusat masih boleh meneruskan perlaksanaan dasar lama dan boleh membuat keputusan untuk dasar atau polisi baru sehinggalah tiba tarikh akhir pembubaran parlimen pada 28 April ini.

"Justeru saya minta kepada rakyat jangan terpengaruh dengan provokasi-provokasi politik Pakatan Pembangkang yang cuba memutar belitkan  isu sah atau tidak sahnya kerajaan yang memerintah pada saat ini. Soal ini tidak timbul kerana SPR sendiri sudah menetapkan 28 April sebagai tarikh akhir kerajaan BN sebagai pemerintah yang sah sebelum PRU yang baru diadakan," ujarnya. -MediaUMNO

Govt Allocates RM200 Million For Esszone – Zahid Hamidi

Posted: 28 Mar 2013 01:40 AM PDT

LANGKAWI, March 28  - The government has allocated RM200 million for the security forces in Eastern Sabah Safety Zone (Esszone), including for the purpose of increasing security assets and strengthening the operation in the zone.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the allocation would be used to purchase new speed boats to complement the DB90 fast-attack boats owned by the Royal Malaysian Navy (RMN).

The allocation will also be used to build security forces personnel cabins in the 10 districts in the Esszone, namely Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau, he told reporters at the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA 2013) here today.

Ahmad Zahid said they would also use the allocation to upgrade two helicopters and three fixed-wings aircrafts to be used as Maritime Patrol Aircraft (MPA).

The minister, however, did not dismiss the possibility for the government to purchase new MPA following the intrusion by armed Sulu militants in Lahad Datu, Sabah.

In the Sabah’s intrusion tragedy, eight police personnel were killed, together with two military personnel, one of whom died in a road accident.

The offensive launched by the government on March 5, dubbed Ops Daulat, had killed 65 terrorists so far.

Ahmad Zahid also anticipated more allocation to be given to the security forces in the near future, especially for the acquisition of new security assets in Esszone.

“I expect more allocation will be provided to the security forces, but for now, we will use the allocation to purchase only vital assets,” he added.

EC Has No Power To Make Guidelines For Caretaker Governments – Abdul Aziz

Posted: 28 Mar 2013 01:36 AM PDT

PUTRAJAYA, March 28  - Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said it has no power to make guidelines for caretaker governments as there is no provision under the constitution and the law.

“Even if the EC has guidelines on the matter, there is no guarantee that they will adhere to it,” he told reporters when asked whether it can make guidelines for caretaker governments.

However, the EC felt the state goverments and the federal government should have guidelines on the do’s and dont’s for caretaker governments.

Minister in Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz had asked the Attorney-General’s Chamber to make guidelines for caretaker governments.

In another development, the EC denied claims that it did not give feedback to a letter sent by Member of Parliament for Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar on March 4 on 4,637 ‘dubious’ voters in the constituency.

“As of this morning, the EC has not received the letter in question. Who knows, it may arrive after this. If the letter had been received, the EC would certainly take note and revise it,” said Abdul Aziz.

Newspapers yesterday reported that Nurul Izzah had filed for judicial review to strike out 4,637 Lembah Pantai voters she claimed to be dubious from the electoral roll.

BANGUN BELIA BANGUNKAN NEGARA

Posted: 28 Mar 2013 01:27 AM PDT

Olahraga dan sukan terus dimajukan,

Stadium, dewan, gelanggang dan pusat rekreasi,

Segala kemudahan kerajaan sediakan,

Pegawai dan jurulatih semua diberi.

 

Mereka dilatih cara teratur,

hingga ke peringkat antarabangsa,

Latihan diberi makanan diatur,

Mereka berlatih demi Negara.

 

Menyertai pertandingan antarabangsa,

Hingga sampai ke luar NEgara,

Masuk bertanding berbagai acara,

Kehebatan mereka membanggakan kita.

 

Kegiatan belia diperbagai,

Semua kemudahan juga disediakan,

Kehebatan belia tak perlu disangkal,

Terlalu hebat boleh dibanggakan.

 

Belia beliawanis bersatu hati,

Jadi sukarelawan mengisi waktu,

Bencana alam mereka berbakti,

Sentiasa membantu dimana perlu.

 

Hingga sampai ke luar NEgara,

Menjadi sukarelawan antarabangsa,

Sumbangan mereka kita berbangga,

Kasih sayang sesama manusia.

 

Lautan direnang gunung didaki,

Berbasikal seluruh Negara,

Belia membangun penuh aktiviti,

Badan sihat belia berjaya.

 

Belia dilatih kemahiran Negara,

Di Pusat Latihan Belia Negara,

Ditambah lagi Latihan MARA,

Membantu belia mendapat kerja.

 

Kalau tak layak masuk Universiti,

Boleh masuk Latihan Belia,

Tak mampu ke pengajian tinggi,

Latihan BElia boleh berjaya.

 

Kerajaan sediakan pusat latihan,

Percuma dengan semua kemudahan,

Pembangunan belia tidak dibiarkan,

Belia dilatih dibidang kemahiran.

 

Berbagai bidang belia dilatih,

Sambil belajar ilmu usahawan,

Belia berjaya belia terlatih,

Ada yang sudah mempunyai perusahaan.

 

Pusat Latihan Khidmat Neagra,

Untuk belia lepasan sekolah,

Mereka dilatih berdisplin tentera,

Di tingkatan lima dipilih sudah.

 

Berkawad, bersukan dan berlari,

Merempuh halangan ala tentera,

Latihan kecemasan juga diberi.

Bahkan dilatih menggunakan senjata.

 

Negara maju belia berjaya,

Berbilang bangsa mereka bersatu,

Hidup aman belia jaya,

Bersama NEagra memacu maju.

 

Pemuda pemudi tiang Negara,

Kedaulatan Negara dipertahankan,

Bangun belia bangunkan Negara,

Kehancuran Negara jangan dibiarkan.

 

Life As Usual In Negeri Sembilan Under Caretaker Government

Posted: 28 Mar 2013 12:57 AM PDT

REMBAU, March 28  - The people of Negeri Sembilan today woke up to a caretaker state government in power, and life and business go on as usual.

“There’s no problem. The only difference is that as a caretaker government we cannot make decisions on policy which can have implications on the people and the next government,” Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said here.

The Negeri Sembilan State Legislative Assembly dissolved automatically at midnight last night, marking a historic first for the state and probably for the country. The automatic dissolution was in accordance with the state constitution.

The 36-member assembly, which was sworn in on March 27, 2008 and had its first sitting on April 25, 2008, had served the full five-year term, making it the first state legislative assembly in the country to automatically dissolve.

The menteri besar and the state executive councillors would see to the day-to-day running of the government.

Mohamad said: “We are still a government which takes care of the welfare of the people. Without a government, there will be anarchy,” he told reporters after handing over land titles to 55 people of Kampung Pasir Siliau and Kampung Pasir Tengah, Rantau, here.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT