SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, March 20, 2013

UMNO Online - “Dr Boo In Tight Spot Over Kit Siang’s Candidature” plus 9 more

UMNO Online - “Dr Boo In Tight Spot Over Kit Siang’s Candidature” plus 9 more

Link to UMNO Online

Dr Boo In Tight Spot Over Kit Siang’s Candidature

Posted: 19 Mar 2013 05:26 AM PDT

JOHOR BAHARU, March 19 – DAP adviser Lim Kit Siang’s decision to contest the Gelang Patah parliamentary seat and spearhead the party’s Johor election machinery has been likened to a vote of no confidence against state DAP chairman Dr Boo Cheng Hau.

Gelang Patah Umno division head Datuk Abdul Aziz Sapian said Lim’s candidature would cause dissatisfaction not only among Dr Boo’s supporters in Gelang Patah, but also Parti Keadilan Rakyat (PKR) members.

“It’s clear that DAP top leaders have lost faith in Dr Boo to lead the state election machinery by sidelining him. The cracks in Johor DAP are worsening,” Abdul Aziz told Bernama.

Kit Siang’s candidature was confirmed by PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim in Skudai last night.

Abdul Aziz, who is also Nusajaya assemblyman, said PKR members would be angry for they had lost a seat they had been contesting in previous general elections.

“Dr Boo’s supporters may not be able to accept the decision for their boss had been openly embarrassed,” said Abdul Aziz, adding that this was the culmination of cold relationship between Dr Boo and Kit Siang and his son, Lim Guan Eng, who is DAP secretary-general.

Dr Boo, who is also Skudai assemblyman, had been eyeing for the Gelang Patah seat to unseat incumbent Member of Parliament Tan Ah Heng of Barisan Nasional who won by a majority of over 8,000 votes in 2008.

Dr Boo had been embroiled in an open verbal war with Johor PKR chairman Datuk Chua Jui Meng over the right to contest the Gelang Patah seat.

However, Dr Boo declined comment when asked about Kit Siang contesting in Gelang Patah.

BN Sarawak Tidak Akan Ikut Taktik Sabotaj Pembangkang

Posted: 19 Mar 2013 05:22 AM PDT

KUCHING, 19 Mac – Barisan Nasional (BN) di Sarawak tidak akan terikut-ikut dengan taktik kotor pembangkang yang sejak kebelakangan ini cuba mensabotaj program pemimpin bersama rakyat yang dianjur kerajaan.

Ketua Kelab Penyokong BN Sarawak Abdullah Saidol berkata berbanding pembangkang yang gemar membuat kecoh pada program BN, kelab itu memilih untuk terus mengemukakan bukti pembohongan pembangkang kepada rakyat.

“Kita tidak akan menggunakan taktik kotor pembangkang yang cuba membuat kecoh semasa apa-apa program (majlis bersama rakyat) kerajaan. Kalau mereka (pembangkang) nak berceramah, kita akan biarkan tapi kita akan buktikan pembohongan mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat untuk penceramah parti-parti komponen BN Sarawak yang dirasmikan Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan.

Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak diminta mengulas beberapa insiden membabitkan kumpulan penyokong pembangkang berdemonstrasi pada majlis-majlis yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud kebelakangan ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada umumnya usaha kumpulan terbabit untuk mencetuskan kekecohan pada majlis berkenaan tidak berjaya kerana tidak mendapat sambutan langsung daripada rakyat di Sarawak.

Sehingga kini pembangkang di negeri ini gagal menggugat sambutan rakyat terhadap program pemimpin negara dan negeri yang dapat disaksikan menerusi kehadiran begitu ramai masyarakat setempat, katanya.

“Baru-baru ini sahaja, di tempat kecil seperti Long Lama (dalam kawasan Parlimen Baram), kita mula-mula hanya menjangkakan sekitar 3,000 orang menghadiri program Rakyat Bersama Ketua Menteri tetapi yang hadir sebenarnya melebihi 6,000 orang,” katanya.

Katanya secara purata tidak kurang daripada 3,000 menghadiri program membabitkan Perdana Menteri, Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Taib yang diadakan di 20 daripada 31 kawasan parlimen di Sarawak.

Yang penting bagi parti komponen BN Sarawak adalah memastikan rakyat di negeri ini tidak terpengaruh dengan pembohongan pembangkang, katanya.

Pas Patut Tukar Nama Yang Lebih Sesuai Dengan Wajah Politik Mereka Sekarang

Posted: 19 Mar 2013 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh menyarankan  Parti Islam SeMalaysia (Pas) supaya menukar nama parti tersebut dengan membuangkan perkataan Islam,  kerana parti tersebut hari ini tidak lagi dilihat memperjuangkan Islam sepertimana diawal penubuhannya dulu.

Menurut beliau, ini memandangkan tidak ada satu pun agenda negara Islam termasuk hukum hudud yang menjadi asas perjuangan Pas  dimuatkan di dalam manifesto Pakatan Pembangkang, yang secara jelas membuktikan bahawa parti tersebut telah meninggalkan perjuangan Islam apabila bersetuju dengan manifesto bersama DAP dan PKR.

"Itu sudah cukup untuk membayangkan sikap dan pendirian kepimpinan Pas terhadap perjuangan negara Islam dan hudud yang mereka perjuangkan selama ini. Bagi saya, manifesto itu secara jelas membuktikan bahawa Pas kini tidak lagi berjuang atas nama Islam.

"Sebab itu saya cadangkan agar Pas menukar nama, kerana nama Parti Islam SeMalaysia itu sudah tidak lagi relevan dengan Pas. Hari ini, Pas bukan lagi sebuah parti politik yang memperjuangkan agenda Islam sebaliknya Pas kini hanyalah sebuah parti politik yang lebih cederung dan tunduk  kepada agenda politik Pakatan Pembangkang, terutamanya DAP," katanya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, biarpun begitu namun kepimpinan Pas di peringkat atasan mahupun di peringkat akar umbi masih lagi mendendangkan isu negara Islam dan hukum hudud, bagi meyakinkan ahli dan penyokong mereka bahawa perjuangan negara Islam dan hudud masih lagi menjadi teras perjuangan parti tersebut.

"Kepimpinan Pas hari ini, baik diperingkat atasan dan akar umbi boleh diumpamakan seperti pepatah menanam tebu dibibir apabila mereka berbicara tentang negara Islam dan hukum hudud. Sedangkan pada hakikatnya, mereka telah bersetuju untuk tidak melaksanakan sebarang agenda negara Islam dan hudud bersama dengan kepimpinan PKR dan DAP sekiranya Pakatan Pembangkang memang PRU ke 13 ini.

"Mereka hanya mahu memancing undi rakyat dengan terus menjaja isu negara Islam dan hudud. Bagaimana kepimpinan Pas mahu menegakkan negara Islam dan hudud apabila mereka sendiri tunduk dan kecut dengan DAP sehingga terpaksa menukar dasar perjuangan parti mereka sendiri," jelasnya.

Tambahnya lagi, rakyat terutamanya orang Melayu tidak boleh menaruh harapan dan memberikan mandat kepada Pas bagi menggantikan UMNO sebagai wadah perjuangan umat Islam di negara ini.

"Memang UMNO tidak sempurna namun Pas tidak mampu untuk bersikap seperti UMNO yang tegas dan tidak berkrompomi dengan sebarang agenda yang boleh menjejaskan Islam, Melayu dan Raja-Raja. UMNO juga merupakan parti tonggak kepada BN yang pastinya mempunyai pengaruh yang besar di antara parti-parti komponen yang lain.

"Ini amat berbeza dengan Pas yang selama ini dilihat begitu lemah pengaruhnya di dalam Pakatan Pembangkang bahkan terpaksa tunduk dan melutut kepada sebarang agenda DAP dan PKR sehinggakan terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan Islam yang selama ini menjadi teras perjuangan parti tersebut," tegasnya. -MediaUMNO

Kerusi PRU Pun Undang Kemelut Apatah Lagi Nak Berkerajaan

Posted: 19 Mar 2013 02:48 AM PDT

KLUANG, 19 Mac – PKR, DAP dan Pas terbukti gagal mencapai kata sepakat biarpun parti-parti terbabit telah membentuk satu pakatan bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), berdasarkan kepada kegagalan mereka menyelesaikan kemelut dalam pembahagian kerusi mejelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ahli Dewan Undangan Mahkota, Jais Sarday menegaskan bahawa pakatan pembangkang sememangnya amat berbeza dengan pendekatan yang diaplikasikan dalam Barisan Nasional (BN) apabila semua anggotanya duduk semeja dan berbincang bersama tanpa ada sebarang keciciran atau pertelingkahan dalaman.

"Kalau soal pembahagian kerusi untuk PRU pun tidak boleh dibincangkan dalam suasana muafakat sehinggakan berlaku pertelingkahan dan kemelut yang berpanjangan maka bayangkanlah pula bagaimana jadinya kerajaan yang ada sekiranya mereka berkuasa," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor seterusnya berkata pakatan pembangkang sering menafikan kononnya mereka tidak berdepan dengan sebarang kerumitan dalam soal agihan kerusi dan ia akan dimuktamadkan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

"Bukan sahaja di Johor, malah beberapa negeri lain turut mengalami masalah serupa seperti di Pulau Pinang, Sabah, Kedah dan Perak, masing-masing cuba mendapatkan jumlah kerusi melebihi pilihan raya lalu atas alasannya mempunyai ramai pengundi yang menyokong mereka dan yakin boleh menang berbanding parti lain.

"Ini kerana parti yang dominan atau parti yang mempunyai kerusi terbanyak mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negeri atau parti mereka sendiri apatah lagi antara PKR, DAP dan Pas mempunyai idealogi yang berbeza."

Dilaporkan, perebutan kerusi sebelum ini mencetus pergeseran di antara ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan ketua PKR negeri Datuk Seri Chua Jui Meng.

"Pakatan pembangkang baru sepenggal bersama tetapi sudah pelbagai kemelut yang timbul sedangkan dalam BN telah mengamalkan perkongsian dan persefahaman sejak dulu lagi malah ikatan antara tiga kompenan utama iaitu UMNO, MCA dan MIC telah membawa kepada kemerdekaan negara dan kerajaan yang kukuh hingga hari ini.

"Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun merdeka adalah bukti terbaik yang perlu dijadikan penilaian oleh rakyat berbanding dengan pakatan pembangkang yang lebih popular dengan pelbagai sandiwara dan krisis dalaman berbanding kerja-kerja yang diamanahkan rakyat."

Pada PRU 2008, pakatan pembangkang berjaya memenangi 81 kerusi Parlimen dengan PKR memenangi 31 kerusi, DAP 27 dan Pas 23 dan berjaya menguasai lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan mengekalkan Kelantan.

Bagaimanapun, kemelut dalaman yang berlaku telah menyebabkan tujuh anggota Parlimen daripada PKR memutuskan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas manakala BN mengambil alih Perak setelah tiga Adun (dua daripada PKR dan seorang daripada DAP) keluar daripada parti masing-masing dan menjadi wakil rakyat bebas. - MediaUMNO

Mohd Rafizi’s Allegation Is Always Targetted At Me, Says Shahrizat

Posted: 19 Mar 2013 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 19 – Former women, family and community development minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil maintained her stand at the High Court here today, that Parti Keadilan Rakyat (PKR) strategic director Mohd Rafizi Ramli’s allegation was always targetted at her.

Quizzed by Mohd Rafizi’s counsel, Ranjit Singh, the Wanita Umno chief had several times did not agree to the counsel’s suggestion that Mohd Rafizi’s allegation was made against the National Feedlot Corporation (NFCorp), her husband and family, and not primarily at her.

“No, I do not agree with the counsel’s suggestions. I maintain that the target is me,” replied Sharizat when Ranjit suggested that the statements were not targetted primarily on her.

Referring to one of Mohd Rafizi’s statements, Ranjit said the reason why his client wanted Shahrizat to apologise to Malaysians over the NFCorp issue was based on her responsibility as minister and Wanita Umno leader.

Shahrizat replied firmly that “I would apologise if I have done wrong. Nobody asked the president of Parti Keadilan to apologise for the action of her husband”.

She said this when testifying in her suit against PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin and Mohd Rafizi, which was filed on Jan 19, last year, over an alleged defamatory statement the duo had made about her on the NFCorp issue.

She is seeking RM100 million in general, exemplary and aggravated damages.

She has also applied for an injunction to prevent the defendants from issuing the statement concerned, either verbally or in print, against her, NFCorp or its associate companies.

Questioned further on the awarding of the project given to NFCorp, Shahrizat said she had nothing to do with the awarding.

“Nobody discussed with me about it, it was also never brought to the Cabinet meeting, and (has) nothing to do with my portfolio,” she said, dismissing the allegation that she was involved in the award.

Shahrizat also said that as a result of Mohd Rafizi’s statement, she had requested the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate her over the matter.

Replying to Ranjit’s question, the former minister said she was also aware of the purchase of a Mercedes-Benz car worth over RM500,000 on Dec 9, 2009, using NFCorp funds.

She explained that there were four directors and they bought the Mercedes-Benz as company car and they had paid downpayment on hire purchase.

To another question, Shahrizat said she knew of the purchase of three units of condominum in Singapore under her family’s name.

The hearing before Judicial Commissioner Vazeer Alam Mydin Meera continues on April 10 and 11.

Titah Raja Nazrin Dimanipulasi Pihak Tertentu Untuk Kepentingan Politik

Posted: 19 Mar 2013 02:33 AM PDT

KUALA KANGSAR, 19 Mac –  Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat pihak tertentu yang memanipulasi dan mengolah semula kandungan titah baginda bagi menggambarkan seolah-olah baginda menyokong secara terbuka kumpulan politik tertentu dan pada masa yang sama memperkecilkan kumpulan politik lain.

Baginda bertitah perbuatan itu memberi gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham di kalangan sebahagian rakyat.

“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh Beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-85 Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Raja Nazrin bertitah institusi Raja dan takhta pada setiap masa wajib berada di atas politik kepartian, memisah dan menjauhkan diri daripada terlibat secara langsung dalam urusan dan kegiatan politik kepartian.

“Takhta pemerintahan wajib terus dipelihara berpendirian berkecuali, berada di atas politik kepartian agar dapat berperanan secara saksama sebagai payung negeri serta dapat diterima tanpa ragu sebagai institusi penyatuan dalam kepelbagaian, terutama untuk menangani sebarang pertentangan dan pertelagahan yang berlaku di kalangan rakyat,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah raja pemerintah mempunyai tanggungjawab luas dalam memastikan bahawa semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang digubal serta kepentingan lebih besar negara dan rakyat perlu sentiasa dilindungi.

“Pada pertengahan abad kesembilan belas, Walter Bagehot memperkenalkan konsep triniti klasik, dengan menggariskan bahawa Raja Berperlembagaan memiliki tiga hak; pertama: hak untuk dirunding, kedua: hak untuk memberi nasihat, ketiga: hak untuk memberi peringatan,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah mengambil pedoman daripada konsep itu, baginda melalui sesi tertutup atau terbuka, dalam perbincangan atau melalui titah, telah dari semasa ke semasa menzahirkan kupasan dan ulasan berbentuk nasihat dan pandangan, galakan dan dorongan serta peringatan dan teguran, secara umum dan menyeluruh terhadap perkara menyentuh kepentingan rakyat.

Titah baginda perkara itu dilakukan bagi penambahbaikan pelbagai jabatan, agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pihak swasta serta pertubuhan sukarela, kebajikan dan sukan.

“Dari masa ke masa Beta menzahirkan ulasan menyentuh perkara-perkara berkaitan agama Islam, perpaduan warga, keselamatan negara, pembangunan sosio-ekonomi, kewangan, pendidikan, kebebasan kehakiman, penyalahgunaan kuasa, rasuah, urus tadbir yang cekap lagi telus dan pelbagai subjek lagi, atas hasrat untuk memastikan bahawa negara terus kukuh dan aman serta terus sejahtera dan makmur,” titah baginda.

Institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa, titah baginda.

Sebenarnya, titah Raja Nazrin, kehadiran Raja bagi membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuh cabang eksekutif, perundangan dan kehakiman dalam negara.

“Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan, payung penyatuan serta berperanan mengukuh dan mengekalkan amalan demokrasi agar dapat ditingkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan berteraskan amalan demokrasi dan berpandukan doktrin pemisahan kuasa.

“Raja memerintah dan tidak mentadbir. Raja berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian. Dengan berada di strata yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan,” titah baginda.

Raja Nazrin turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mencemarkan adat resam dan budaya bangsa dalam keghairahan mendapat sokongan politik menjelang pilihan raya umum ke-13 ini.

Dalam keadaan negara yang sedang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk pencerobohan yang berlaku di Sabah, baginda mengingatkan kumpulan politik dan rakyat supaya tidak melakukan perkara yang menambah beban kerja pasukan keselamatan.

“Keamanan dan ketenteraman negara adalah tanggungjawab bersama. Hormatilah undang-undang dan peraturan yang ada, bertindaklah secara berhemah dan beretika dan berhentilah dari melakukan manipulasi hingga ke peringkat mencemar kemuliaan takhta pemerintahan,” titah baginda.

Pada istiadat berkenaan, Raja Nazrin turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Ops Daulat daripada Yayasan Sultan Azlan Shah.

“Di samping itu, ahli-ahli Dewan Negara Perak semasa mesyuarat yang berlangsung pada 12 Mac lalu, setiap seorang telah bersetuju menghulurkan sumbangan RM500 kepada tabung yang sama,” titah baginda.

KERAJAAN BN TIADA GALANG GANTI

Posted: 19 Mar 2013 02:20 AM PDT

Untuk memberi khdimat cemerlang,

Kita diminta bersatu-padu,

Kerajaan dan rakyat bersatu gemilang,

Rakyat bahagia Negara maju.

 

Musuh BN parti pembangkang,

Akan berlawan cara demokrasi,

Pilihanraya ke-13 akan datang,

BN mempertahankan diri.

 

Majoriti 2/3 dalam pilihanraya,

Baru dapat mandat memerintah Negara,

Kita berdoa BN Berjaya,

Demi rakyat Malaysia tercinta.

 

PM minta rakyat bersatu,

Bersama beliau berganding bahu,

Agenda Negara akan dipacu,

Untuk menuju Negar maju.

 

Kita berdoa BN menang,

Diberi mandat memerintah Negara,

Negara Berjaya rakyat senang,

Berbilang bangsa hidup bahagia.

 

Tiga belas negeri satu wilayah,

Jumlah semua jadi empat belas,

Dua belas kali BN memerintah,

Kali ini menang semua Insyallah.

 

Pilihanraya 12 bawa masalah,

Pilihanraya 13 tak lama lagi,

Yang dulu lima Negeri BN kalah,

Hendaklah BN muhasabah diri.

 

Kepada Allah kita berserah,

Minta rakyat hidup bahagia,

Lima negeri BN kalah.

Tapi masih memerintah Negara.

 

Kalau kita ke Pulau Pinang,

Gunakan jambatan atau feri,

rakyat dibantu supaya senang,

Undi Barisan tidak akan rugi.

 

Pengundi tetap tidak akan berubah,

Pengundi baru kita merayu,

Pada pembangkang katakan tidak,

Pada Barisan tidak akan rugi.

 

Pengundi tetap tidak berubah,

Pengundi baru kita merayu,

Pada pembangkang katakan tidak,

pada Barisan katakan setuju.

 

Agenda Negara pada Barisan,

Untuk menjana kemajuan Rakyat,

Undi Barisan kita teruskan,

Sokongan pengundi membawa semangat.

 

PM kita bertukar ganti,

Barisan Nasional terus memerintah,

Kerajaan Barisan jangan diganti,

Tidak perlu bersusah payah.

Konsortium Bina Terowong Dasar Laut Didakwa Boleh Untung RM0.27 Bilion

Posted: 19 Mar 2013 02:14 AM PDT

GEORGETOWN, 19 Mac – Syarikat konsortium bagi pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang diandaikan boleh memperoleh keuntungan sehingga RM0.27 bilion menerusi kutipan tol untuk tempoh 30 tahun, kata Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Barisan Nasional (BN) negeri Teh Leong Meng.

Beliau berkata andaian itu berdasarkan kiraan bayaran tol sebanyak RM10 yang akan dikenakan kepada anggaran 21.9 juta kenderaan yang akan menggunakan terowong setiap tahun, diandaikan sebanyak 60,000 kenderaan akan menggunakan terowong itu setiap hari.

“Dalam tempoh 30 tahun syarikat konsesi akan memperolehi pendapatan sebanyak RM6.57 bilion (berdasarkan kiraan 21.9 juta x RM10 x 30 tahun), kos pembinaan terowong ialah RM6.3 bilion, jadi syarikat konsortium boleh mendapat keuntungan sebanyak RM0.27 bilion.

“Menerusi andaian kiraan ini, ia menjadikan penggunaan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar itu diberi secara percuma kepada syarikat konsortium tersebut,” katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Dalam hal ini, katanya jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak cekap dalam aspek pengurusan kerana sanggup mengenepikan keperluan dan kebajikan untuk rakyat.

“Kos untuk pembinaan terowong sudah lebih dari cukup untuk pembinaan lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat, pembinaan terowong bukan penyelesaian terhadap masalah trafik, kerajaan negeri sepatutnya meningkatkan tahap kecekapan pengangkutan awam.

“Selain itu kerajaan negeri juga sepatutnya menggunakan tanah yang ditebus guna itu untuk membina rumah mampu milik bagi membolehkan penduduk di bahagian pulau memiliki rumah sendiri,” katanya.

Ketua Menteri Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar, projek mega itu juga melibatkan pembinaan tiga lebuh raya utama.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat – Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Sementara itu, Teh mahu Ketua Menteri menghentikan membuat kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat khususnya berhubung tanah tambak di Seri Tanjong Pinang.

Beliau berkata BN tidak pernah menjual tanah seperti yang didakwa Lim sebaliknya ia hanyalah melibatkan pembayaran premium untuk tebus guna tanah di kawasan tersebut.

“Bagaimana beliau boleh dakwa kita jual tanah sedangkan tanah pun tidak wujud? Yang ada di kawasan berkenaan pada waktu itu adalah laut. Bila ia melibatkan laut, ia bukan penjualan tanah sebaliknya hanyalah pembayaran premium kepada kerajaan negeri untuk tebus guna tanah yang ditambak yang berharga RM1 satu kaki persegi,” katanya.

Teh berkata tanah tambak itu juga tidak boleh dikira sebagai dijual kerana syarikat pemaju perlu menebus guna dan menanggung kos kerja penambakan tanah di laut.

Selain itu, katanya syarikat pemaju juga perlu menjelaskan beberapa kos lain termasuk bayaran premium untuk penjajaran tanah, subsidi kos pembinaan bagi rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dan premium untuk tukar syarat.

Teh berkata kerajaan BN yang terdahulu bercadang membina rumah pangsapuri kos rendah dan pangsapuri kos sederhana rendah di kawasan Seri Tanjong Pinang.

Melompat-lompat Kawasan Bukti Kit Siang Tak Ikhlas Berkhidmat Untuk Rakyat

Posted: 19 Mar 2013 02:13 AM PDT

JOHOR BAHARU, 19 Mac – Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali menyifatkan keputusan penasihat kebangsaan DAP, Lim Kit Siang yang berhasrat untuk bertanding di kawasan Gelang Patah hanyalah  demi kepentingan survival politik mereka dan bukannya benar-benar untuk berkhidmat untuk rakyat.

Menurut beliau, jika benar dakwaan Lim Kit Siang bahawa DAP merupakan parti multirasional yang berkhidmat untuk semua bangsa, mengapa beliau memilih untuk bertanding di Gelang Patah di mana majoriti pengundinya adalah berbangsa Cina.

"Jika dakwaan beliau bahawa DAP kini diterima oleh orang Melayu, maka Kit Siang sepatutnya bertanding di kawasan majoritinya Melayu. Jangan hanya berkokok saja lebih. Tindakan pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Lim Kit Siang yang melompat sana, melompat sini untuk bertanding adalah sesuatu yang memalukan dan satu perbuatan yang tidak bermaruah.

“Mereka bertanding dengan harapan untuk mengekalkan jawatan mereka dan bukanlah dengan niat untuk membantu rakyat setempat. Mereka sebenarnya telah menodai kepercayaan rakyat yang selama ini memberikan undi kepada beliau," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, tindakan Lim Kit Siang mengumumkan untuk bertanding di kawasan Gelang Patah itu dilihat sebagai  satu strategi untuk DAP cuba menerobos masuk ke negeri yang menjadi kubu kuat UMNO.

"Tindakan beliau untuk bertanding di Gelang Patah bagi saya dibuat hanyalah berdasarkan penilaian politik semata-mata, dan bukannya atas sebab benar-benar mahu untuk berkhidmat kepada rakyat di situ. Mungkin jika Kit Siang menang di situ, Pakatan boleh jadikan modal politik bahawa UMNO juga telah ditolak di Johor. Itu pun jika beliau menang.

"Namun saya berkeyakinan, bahawa Kit Siang akan menghadapi cabaran yang getir sekiranya beliau bertanding di Gelang Patah. Memang benar kawasan itu majoritinya terdiri dari kaum Cina, tetapi beliau jangan sangka semua orang Cina menyokong beliau," jelasnya.

Katanya lagi, rakyat mahukan wakil rakyat yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat, dan bukannya individu yang mahu menjadikan rakyat sebagai batu loncatan bagi kepentingan agenda politik peribadi mereka.

"Rakyat hari ini perlu buka mata dan minda. Lihat dan teliti agenda politik Pakatan Pembangkang  yang bukanlah mahu sangat berkhidmat untuk rakyat, sebaliknya hanya mahu mempergunakan rakyat demi kepentingan politik mereka saja," tegasnya. -MediaUMNO

Lebih Baik Khalid Mohon Maaf Dari Terkontang Kanting Seorang Diri Berdepan Rakyat

Posted: 19 Mar 2013 01:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Mac – Tindakan pemimpin pakatan pembangkang membiarkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkontang kanting seorang diri berdepan asakan rakyat yang bangkit menuntut janji dalam manifesto pilihanraya umum 2008 yang lalu ibarat melepaskan tengkuk masing-masing.

Pengerusi Tuntutan Khas Ibu Tunggal Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang lain menikuskan diri adalah kerana mereka sendiri tahu mereka tidak ada jawapan untuk menafikan tuntutan rakyat Selangor yang merasakan diri tertip dengan janji bulan bintang pakatan pembangkang.

Pada masa yang sama beliau yakin wujud juga agenda pemimpin pakatan lain yang mahu mengenakan Khalid Ibrahim kerana umum sedia maklum kepimpinan Khalid bukan saja tidak disenangi rakyat Selangor malah dalam pakatan pembangkang sendiri sudah wujud gerakan untuk menyingkirkan Khalid sejak empat tahun yang lalu.

"Sebab itulah kita tidak pelik perkara ini berlaku….Sebenarnya mereka tidak ada jawapan untuk menjawabnya kerana apa yang dijanjikan sebelum ini tidak pernah dilupakan oleh rakyat. Inilah yang dikatakan senjata makan tuan.

"Pemimpin pakatan pembangkang yang lain tak mahu jerat leher mereka sendiri jadi mereka biarkan saja Khalid terkontang kanting untuk berdepan kebangkitan rakyat Selangor," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Johan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih seterusnya berkata Tan Sri Khalid akan terus keseorangan menjawab segala yang dituntut oleh rakyat.

Menurut beliau adalah lebih baik Menteri Besar Selangor itu berterus terang dan memohon maaf kepada rakyat negeri berkenaan.

"Apalah salahnya jika mengakui perkara berkenaan…..Dan bagi saya itu adalah yang terbaik daripada terus menerus menipu rakyat dengan janji yang tidak terlaksana," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat negeri berkenaan bangkit untuk bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) untuk sama-sama membawa perubahan kelak. -MediaUMNO 

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT