SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, March 17, 2013

UMNO Online - “Pembangkang Mahu Cetus Huru-Hara Di Kubu Kuat BN – Shahrizat” plus 9 more

UMNO Online - “Pembangkang Mahu Cetus Huru-Hara Di Kubu Kuat BN – Shahrizat” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pembangkang Mahu Cetus Huru-Hara Di Kubu Kuat BN – Shahrizat

Posted: 16 Mar 2013 07:53 AM PDT

KAMPUNG GAJAH, 16 Mac – Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendedahkan beliau mendapat maklumat pembangkang menyusun strategi bagi mencetuskan huru-hara di kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata perancangan terperinci yang dilakukan pembangkang di setiap Parlimen, bahagian hingga ke pusat pengundian menunjukkan pakatan itu telah ‘bankrap perjuangan’.

“Saya sudah meminta semua jentera Wanita Umno supaya siap siaga jika ada apa-apa huru-hara yang dicetuskan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Wanita Umno Bahagian Pasir Salak di Dewan Felcra Changkat Lada hari ini.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata sejumlah 230,000 anggota Jalinan Rakyat Wanita Umno kini bersiap sedia untuk bertindak sebagai penggempur bahagian depan BN.

Jentera itu akan menentang apa sahaja tindakan yang dilakukan pembangkang, termasuk jika pakatan itu mahu menggagalkan pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Mengulas senarai calon akhir Wanita BN, Shahrizat berkata beliau sudah mengemukakannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dimuktamad.

“Senarai calon itu bukan untuk Wanita Umno sahaja, tetapi untuk wanita parti komponen BN dipilih sebagai calon,” katanya.

Beliau berkata Wanita BN tidak ketandusan calon kerana mempunyai pemimpin berpengalaman, baharu, profesional dan walaupun ada yang tidak memiliki ijazah, namun mereka memiliki pengalaman interaksi yang sangat baik dengan peringkat akar umbi.

Rakyat Perlu Ada Perasaan ‘Empati’ Terhadap Anggota Keselamatan – Najib

Posted: 16 Mar 2013 07:51 AM PDT

PUTRAJAYA, 16 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat supaya mempunyai perasaan ‘empati’ kepada perajurit dan anggota keselamatan negara serta perlu berdiri teguh di belakang setiap perjuangan mereka.

Beliau berkata rakyat perlu memahami apa yang telah dan akan terus dilalui perajurit serta anggota keselamatan negara.

“Mereka tidak akan beri sokongan kalau mereka tidak faham apa yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan kita.

“Perlu faham tugas, cabaran, rintangan dan risiko yang dihadapi mereka, sebab itulah untuk kita menimbulkan rasa semangat patriotisme, ia berasaskan kepada kefahaman, kalau tidak faham, makna tidak ada empati,” katanya pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri bersama Pesara Pegawai-Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Perdana Menteri berkata oleh yang demikian, ketika ini pada saat negara berdepan ancaman luar, rakyat perlu berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan, yakni tentera dan polis.

“Kita mesti memahami dunia ketenteraan, dan kalau kita faham dunia ketenteraan, maka kita tidaklah buat kenyataan untuk menidakkan kewibawaan pasukan tentera dan polis kita.

“Tidaklah memperlekeh kemampuan mereka, dan tidaklah keluar kenyataan daripada pemimpin yang begitu celupar lagi biadap, kononnya apa berlaku di Lahad Datu dan Semporna adalah sandiwara kerajaan Umno,” katanya.

Najib berkata perkara ini menyebabkan rakyat marah dan banyak laporan polis dibuat kerana kerajaan dan angkatan tentera tidak pernah mempunyai sebarang pakatan atau konspirasi.

“Kalau ada, tentu tuan-tuan yang hadir pada majlis hari ini boleh mengesahkan, tidak mungkin ada konspirasi tanpa pengetahuan mereka, jika kita berpakat lakukan sandiwara, tentu pegawai atasan hingga bawahan akan tahu,” katanya.

Najib berkata tuduhan serupa turut dilempar terhadap kerajaan ketika insiden di Sauk dahulu.

“Ini adalah perkara tidak masuk akal yang dikeluarkan oleh pemimpin tidak bertanggungjawab, oleh itu, kita perlu teruskan perjuangan kita,” katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan penuh anggota keselamatan akan bertugas seperti yang diharapkan kerajaan dan rakyat.

“Saya yakin dan percaya bahawa kita dapat mengatasi dugaan, cabaran dan ancaman itu. Kita akan berjuang habis-habisan tidak kira berapa lama masa yang terpaksa diambil dan tidak kira apa yang perlu kita korbankan, kita akan menjamin kedaulatan dan keselamatan kita tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa.

“Itulah ikrar saya berikan, bagi pihak kerajaan pula mahukan sokongan padu daripada anggota pasukan keselamatan yang sedang berkhidmat… mengharap sokongan padu daripada pegawai tertinggi angkatan tentera,” katanya.

Najib juga berkata jika ada perasaan sangsi oleh pegawai tertinggi terhadap apa jua keadaan, ia boleh membawa unsur yang akan mematahkan semangat anggota pasukan keselamatan.

“Inilah masanya perlu merapatkan barisan, memperlihatkan kesetiaan kerana dalam saat negara memerlukan ketaatan dan kesetiaan, kita tampil ke hadapan dan menjadi barisan yang boleh menjadi penyumbang semangat kepada perwira yang sedang berjuang,” katanya.

Government Prepared To Approve Additional Allocation To Boost Capability Of ATM

Posted: 16 Mar 2013 07:47 AM PDT

PUTRAJAYA, March 16 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said, the government is prepared to approve an additional allocation to boost the capability of the Armed Forces (ATM).

Following the incident in Lahad Datu and Semporna in Sabah recently, he said, the government would carry out overall improvements in terms of equipment, training, skills and intelligence of ATM.

“If there are anything which we need to add, God willing, the government is prepared to approve an additional allocation to upgrade the capability of the ATM.

“We need to give confidence to the people over the question of territorial sovereignty and national security. We need to do whatever is required for the future of the people,” he said at ‘An evening with the Prime Minister and Retired Senior Officers of the ATM’ at Seri Perdana, here, today.

More than 200 retired senior officers of the ATM attended the event.

Also present were Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi and Armed Forces chief, General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Meanwhile, Najib said, the Special Security Area in Sabah (ESSCOM), took into account the Rajang Area Security Command (RASCOM) model di Sarawak which was found to be very effective in facing current challenges.

“I also ask that the cabins be constructed quickly without having to wait for permanent buildings.

“We start as soon as possible and the cabins must be comfortable so they could carry out their duties comfortably and give confidence to the people of eastern Sabah specifically on the effort of the government in tackling the latest threat.

“Further details on the structure of ESSCOM are expected to be announced at the end of next week. Hopefully, we can discuss with the state government of Sabah,” he said.

He also wanted the Defence Ministry to appoint the most suitable officer to head the team to serve in ESSCOM.

ESSCOM covered the districts of Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan and Lahad Datu in Sabah.

Meanwhile, Najib gave his assurance that the Suluk community in Sabah would not be victimised.

“We need to separate the local Suluk and the intruders as local Suluks are model citizens. We cannot lump them together as threats to the country.

“We must implement confidence building measures so they understand this is in order to face the groups of terrorists,” he added.

Kerajaan Pas Kelantan Perlu Beri Kerjasama Demi Kepentingan Rakyat – Mustafa

Posted: 16 Mar 2013 07:43 AM PDT

KOTA BAHARU, 16 Mac – Kerajaan PAS Kelantan perlu bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi memastikan Program Perumahan Rakyat (PPR) dapat diwujudkan di negeri itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan negeri perlu bersikap terbuka dalam menerima program pembangunan yang dibawa kerajaan pusat untuk kepentingan rakyat negeri itu.

“Kita tidak mahu kerajaan negeri meletak politik di hadapan, kita mahu kerajaan negeri meletak rakyat di hadapan terutama dalam soal kerjasama dengan kerajaan pusat mengenai PPR ini,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, selepas mengadakan tinjauan mesra di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjung di sini hari ini.

Kerajaan Kelantan mendakwa PPR Kota Baharu yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, Wakaf Mek Zainab di sini yang melibatkan pembinaan 1,000 unit rumah samalam, tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa Perdana Menteri telah merasmikan projek perumahan yang tidak sah kerana permohonan pembinaan projek perumahan itu tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Pelaksanaan projek yang diinisiatifkan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu merupakan satu rekod apabila dilaksanakan dalam tempoh 53 hari selepas dijanjikan Perdana Menteri pada 20 Jan lalu.

Ia sekali gus membukitkan kerajaan BN menepati janji yang dibuatnya.

Tiada Arahan Keluar IC Kepada Pendatang Asing Yang Tidak Layak – Dr Mahathir

Posted: 16 Mar 2013 07:39 AM PDT

PAPAR, 16 Mac – Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri..

“Saya sedar isu (Projek IC) ini jadi perhatian rakyat Sabah. Saya ada diberitahu ada yang tak layak…baru sampai hari ini, dah dapat IC.

“Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan…ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena program ‘Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad’ di Dewan Masyarakat Papar, dekat, sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas trend kempen pembangkang yang kini lantang memainkan isu ‘Projek IC’ bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini serta menguasai bahasa kebangsaan.

“Ramai daripada kita berasal dari negara lain, misalnya dari China, Arab dan India dan kesemua mereka duduk lama di sini dan setia kepada negara ini. Kita beri kerakyatan kalau mereka menepati syarat selepas proses ujian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada kerajaan mampu meningkatkan royaliti minyak daripada lima peratus sekarang kepada Sabah, Dr Mahathir, 87, berkata amalan kerajaan kini lebih menjurus kepada perkongsian kekayaan untuk semua rakyat di negara ini.

Sebelum ini, pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menjanjikan 20 peratus kadar royalti minyak kepada rakyat Sabah.

“Kalau mereka (pembangkang) nak bagi (lebih tinggi)…bagilah 100 peratus kepada Sabah,” katanya yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 sebelum berundur pada 2003.

Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Sabah ekoran kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Dr Mahathir berkata langkah itu wajar dan tepat pada masanya memandang kini terdapat ancaman keselamatan yang ketara di perairan negara.

Beliau menyifatkan tindakan pengganas Sulu menceroboh dan membunuh Sembilan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada awal bulan ini, sebagai tidak bijak.

Kerajaan Sedia Lulus Peruntukan Tambahan Naik Taraf Kemampuan ATM

Posted: 16 Mar 2013 07:37 AM PDT

PUTRAJAYA, Mac 16 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedia meluluskan peruntukan tambahan untuk menaik taraf kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna di Sabah baru-baru ini, kerajaan akan melakukan penambahbaikan dari segi peralatan, latihan, kemahiran dan perisikan ATM pada keseluruhannya.

“Kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat dalam soal kedaulatan wilayah dan keselamatan negara.

“Kita perlu melakukan apa sahaja demi masa depan negara,” katanya pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri bersama Pesara Pegawai-Pegawai Tinggi ATM di Seri Perdana hari ini.

Lebih 200 pegawai tinggi ATM menghadiri majlis itu.

Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sementara itu, Najib berkata Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang mengambil kira model Rajang Area Security Command (RASCOM) di Sarawak, didapati amat berkesan untuk menghadapi cabaran terkini.

“Saya juga meminta supaya kabin-kabin itu dibuat secepat mungkin tanpa perlu tunggu bangunan kekal.

“Kita mula secepat mungkin, dan kabin-kabin itu perlu selesa agar mereka boleh bertugas secara selesa, dan ia akan memberi keyakinan kepada rakyat Sabah timur, khususnya usaha kerajaan menangani ancaman terkini.

“Butiran lanjut mengenai struktur ESSCOM dijangka diumum akhir minggu depan. Mudah-mudahan kita dapat mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Najib juga meminta Kementerian Pertahanan melantik pegawai paling sesuai mengetuai kumpulan dan anggota tentera untuk berkhidmat di ESSCOM.

ESSCOM merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.

Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa kaum Suluk di Sabah tidak dikasari.

“Kita perlu asingkan orang Suluk tempatan dan Suluk yang masuk dalam kumpulan penceroboh, kerana Suluk tempatan mereka ini baik-baik belaka. Kita tidak boleh longgokkan mereka sebagai ancaman kepada negara kita.

“Kita mesti lakukan kaedah membina keyakinan supaya mereka faham ini adalah untuk berdepan dengan kumpulan pengganas,” katanya.

Manifesto BN P.Pinang Telah Siap – Teng Chang Yeow

Posted: 16 Mar 2013 07:33 AM PDT

GEORGE TOWN, 16 Mac – Manifesto Barisan Nasional (BN) khusus untuk Pulau Pinang bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 telah siap dan hanya menunggu masa untuk diumumkan kepada rakyat negeri ini, kata Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow.

Beliau berkata BN Negeri akan mengumumkan manifesto itu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN Pusat menyampaikan manifesto BN.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan kandungan dalam manifesto tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bandar Selamat Inisiatif Pemutihan Kawasan ‘Black Spots’ Daerah Timur Laut, di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, di sini hari ini.

Diminta mengulas tindakan sekumpulan anggota yang mendakwa dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bertindak ganas dengan mencetuskan kekecohan ketika naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua hadir pada satu majlis di sini malam tadi, Teng berkata BN tidak terlibat dalam insiden itu.

“Ia adalah tindakan bodoh dan tidak matang oleh NGO berkenaan kerana mengambil undang-undang sendiri untuk menghukum individu yang tidak disukai,” katanya.

Dalam kejadian itu, kira-kira 100 anggota NGO berhimpun di luar Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Jalan Masjid Kapitan Keling di sini, seawal pukul 8 malam untuk membantah kenyataan Tian Chua sebelum ini bahawa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah adalah sebagai sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Keadaan mula menjadi kecoh semasa Anggota Parlimen Batu itu beredar dari majlis tersebut selepas memberi ceramah kira-kira 30 minit, apabila keretanya dihalang dan ditumbuk oleh anggota-anggota NGO terbabit.

Bagaimanapun, pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan yang berada di situ berjaya mengawal keadaan sementara seorang lelaki turut ditahan berhubung kejadian itu.

Penang BN Manifesto Completed

Posted: 16 Mar 2013 07:24 AM PDT

GEORGE TOWN, March 16 – The Penang Barisan Basional (BN) manifesto for the 13th general election (GE13) has been completed and is only waiting for the right time to be announced to the people in the state.

State BN chairman, Teng Chang Yeow said he would announce the manifesto after the federal government had done so because this had been the tradition of the party.

“We wait for the federal government led by the Prime Minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) to announce first, then only the state BN will announce. Everything (manifesto) is ready, (I) hope everyone will be patient,” he told reporters after the launching of a programme at the Sekolah Kebangsaan Sri Aman, here today.

Meanwhile, when asked to comment on the action by several non-governmental organisations (NGOsd) that started a commotion when Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice-president Tian Chua attended a function in the state, he said it showed the immature action by the NGOs for taking the law into their own hand to punish an individual.

In the incident, about 100 members of the NGOs had gathered outside the Penang Chinese Chamber of Commerce in Jalan Masjid Kapitan Keling as early as 8pm to protest against the statement by Tian Chua earlier that the intrusion by the Sulu terrorists in Lahad Datu, Sabah was a drama staged by the government to intimidate the people.

Tiada Kompromi Dalam Keselamatan Biarpun Pilihan Raya Diadakan

Posted: 16 Mar 2013 07:22 AM PDT

LAHAD DATU, 16 Mac – Pasukan keselamatan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara biarpun pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Kenyataan beliau ini sekali gus menafikan kononnya Operasi Daulat akan ditamatkan dalam masa terdekat, khusus untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum.

“Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan. Kami tidak meletakkan tempoh masa untuk operasi itu, sebab kalau kita letak ‘garis masa’ seolah-olah kita tahu kedudukan musuh berada di mana. Kita akan cuba selesaikan dengan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata pihaknya menjangkakan hanya terdapat 50 orang lagi musuh, namun tidak dapat memastikan jumlah sebenar kerana penilaian dibuat berdasarkan jumlah musuh ditembak mati, ditahan dan yang lari ke selatan Filipina.

Mengenai membenarkan penduduk lima buah kampung kembali ke rumah masing-masing, beliau berkata pasukan keselamatan akan melakukan pembersihan daripada jerangkap samar dan pelbagai lagi ancaman sebelum mengadakan perbincangan dengan ketua masyarakat untuk membolehkan mereka pulang.

“Kita akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan,” katanya.

Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan pengganas yang menceroboh dan berkubu di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Feb lalu.

Hamza berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-12 merekodkan 61 pengganas ditembak mati, 27 mayat pengganas di bawa keluar dari zon merah untuk dilakukan bedah siasat dan seramai 232 orang ditahan kerana berada di zon merah.

Sementara 104 orang ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.

Setting Up Of RCI Only After Security Issue Is Settled – Khairy

Posted: 16 Mar 2013 07:19 AM PDT

MELAKA, March 16 – The setting up of the Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the mastermind behind the intrusion by terrorists in Lahad Datu and Semporna should only be considered after the security issue in these areas has been resolved.

Barisan Nasional (BN) Youth chief Khairy Jamaluddin said the more important issue right now was for the people to support the security forces in defending the country.

“I feel it is too early now to initiate the investigation (RCI). What is important now is for us to support efforts by the security forces to complete their task.

“Those wanting the investigation to be held are the people who are disputing what is going on there,” he told reporters after attending the launching of ‘BN the choice of the young generation’ and the Melaka state Youth and Puteri machinery by Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, here today.

He said this when asked to comment on the call by various quarters that the government sets up the RCI to investigate the mastermind behind the intrusion by the armed terrorists.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT