SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, March 24, 2013

UMNO Online - “RM185 Juta Tingkatkan Taraf Klinik Di Seluruh Pahang” plus 9 more

UMNO Online - “RM185 Juta Tingkatkan Taraf Klinik Di Seluruh Pahang” plus 9 more

Link to UMNO Online

RM185 Juta Tingkatkan Taraf Klinik Di Seluruh Pahang

Posted: 23 Mar 2013 11:33 AM PDT

MARAN, 24 Mac – Sebanyak RM185 juta dibelanjakan kerajaan bagi kerja-kerja menaik taraf klinik kesihatan, klinik desa, dan klinik pergigian di seluruh Pahang dari tahun 2008 hingga 2012.

Menyatakan demikian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata apa yang dilakukan itu adalah demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia untuk rakyat.

“Kerajaan Barisan Nasional telah banyak melaksanakan pembangunan untuk rakyat, dan projek kesihatan di seluruh negara, melibatkan peruntukan berbilion ringgit itu adalah bertaraf dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pengesahan Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Kampung Seri Jaya, dekat Maran, di sini, semalam.

Turut hadir Anggota Parlimen Maran Datuk Ismail Mutalib.

Liow berkata Klinik Kesihatan di Seri Jaya itu melibatkan kos sebanyak RM14 juta yang akan dibina di kawasan seluas lima hektar.

“Klinik ini yang dijangka siap dalam tahun 2014 boleh memberikan perkhidmatan kepada kira kira 30,000 penduduk sekitar Seri Jaya, manakala penduduk di Felda New Zealand dan kawasan sekitarnya akan turut mendapat manfaat,” katanya.

 

People Can Judge BN’s Success In Fulfilling Promises – Najib

Posted: 23 Mar 2013 11:25 AM PDT

KUANTAN, March 24 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak  has urged the people to judge the Barisan Nasional (BN) government’s success in fulfilling promises to ensure their wellbeing.

“They should compare BN’s success in fulfilling promises to the empty promises made by the opposition,” he told Kuantan residents who packed the site of Promises Fulfilled Roadshow here tonight.

He believed the people had seen the government success over the last four years and urged them to give BN a new mandate so that it could do better.

“We promise to work harder. Insyallah, five years form now, Malaysia will shine brightly and prosper,” he told a large crowd at Kuantan Municipal Council  2 (MPK2) field here.

The new mandate is very important to enable the government to realise the agenda planned to achieve high income nation status by 2020.

“We have a long journey because Malaysia need several years to become a developed nation but before this, we have to get pass the general election.

“If we can pass it and get a new mandate, the government will do better in the future,” Najib said to loud applause from the audience.”

Since becoming prime minister in April 2009, he had tabled the Government Transformation Programme (GTP), New Economic Model (NEM), Economic Transformation Programme (ETP) and Political and Social Transformation Programme.

The GTP and ETP reports recently presented shows how the government fulfilled promises made including eradicating poverty, providing jobs, and ensuring better economic growth.

The government also succeeded in establishing 1Malaysia Clinic, 1Malaysia People’s Shop, 1Malaysia People’s Aid, PR1MA and 1Azam for the people’s benefit.

“Unlike the opposition, we don’t promise the moon, star and the heaven. As citizens, we must ask them how many of the promises have been fulfilled,” he said reminding people not to be fooled by the opposition manifesto.

The prime minister also announced the construction of 20,000 housing units under PR1MA for residents of Kuantan, Indera Mahkota and Paya Besar.

He also allocated RM100 million to overcome traffic congestion and alleviate flooding in Kuantan and another RM100 million for the microcredit loan scheme for this year and next year.

Kuantan is the final destination of the Promises Fulfilled Roadshow which started in April last year in Batu Pahat, Johor.

Najib Attends SM Chong Hwa Kuantan Building Fund Dinner

Posted: 23 Mar 2013 11:22 AM PDT

KUANTAN, March 24 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and wife, Datin Seri Rosmah Mansor, attended a dinner event and charity concert for the Sekolah Menengah Chong Hwa building fund at Darul Makmur Stadium here.

They were welcomed by China’s Ambassador to Malaysia Chai Xi, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai and popular Hong Kong actor Jackie Chan.

Najib and Chan led other Chinese community leaders present in beating the drums to launch the function which was also attended by about 10,000 guests.

The school management also presented RM300,000 for the Lahad Datu Heroes Fund.

The prime minister and his wife subsequently, left the function to attend a ‘Promises Fulfilled’ programme at the Kuantan 2 municipal council field.

Meanwhile, two branded watches and a calligraphy painting done by Chan were auctioned for RM3 million.

Muhyiddin Attends ‘Malam Cinta Rasul’ Programme

Posted: 23 Mar 2013 11:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 24 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin tonight attended the ‘Malam Cinta Rasul’ programme which aims to give Muslims awareness to emulate Prophet Muhammad.

Muhyiddin arrived at Dataran Merdeka here at about 9pm accompanied by his wife, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

The three hour programme, among others, featured ‘qasidah’ (songs) by Habib Syech As Seggaf from Indonesia.

It was organised by Cheras Education Foundation with collaboration of Federal Territory Islamic Religious Department and Kuala Lumpur City Hall

72 Anggota Dan Penyokong Pas Di Alor Setar Sertai UMNO

Posted: 23 Mar 2013 11:07 AM PDT

ALOR SETAR, 24 Mac- Keikhlasan kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) membantu menyelesaikan masalah rakyat membuka hati 72 anggota dan penyokong PAS Taman Tunku Yaakob, Alor Mengkudu di sini, menyertai Umno.

Kata mereka kegagalan PAS dan pemimpinnya membantu mereka selain terlalu taksub untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 sehingga mengabaikan pelbagai isu lain yang berkaitan Islam menyebabkan mereka tawar hati terhadap parti itu.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sekali-kali menganiaya rakyat namun terpulang kepada individu untuk berfikir dan menilai niat baik kerajaan BN,” kata wakil mereka, Ahmad Man kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau bersama yang lain sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Hadir sama Anggota Parlimen Alor Setar Datuk Seri Chor Chee Heung yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Penduduk taman pernah memohon bantuan untuk warga emas, ibu tunggal dan anak yatim namun sehingga hari ini tiada apapun disumbangkan kerajaan negeri,” katanya.

Menurut Ahmad, 47, Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu yang juga exco kerajaan negeri Datuk Dr Ismail Salleh juga tidak pernah melawat kawasan mereka apatah lagi menunaikan janji semasa pilihan raya terdahulu.

Bagi anggota PAS seumur hidup, Mohd Ridzuan Abdul Wahab, 32, beliau sedih dengan sikap pemimpin PAS yang gagal membela isu seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan juga Kolej Universiti Insaniah.

“Kelemahan PAS ini menyebabkan saya hilang keyakinan kemampuan pemimpin-pemimpinnya termasuk di peringkat pusat membela kepentingan umat Islam,” katanya menambah mereka akan membantu Umno merampas kembali Kedah daripada pembangkang.

Mohd Ridzuan juga tidak gentar berhadapan tindakan pulau oleh anggota PAS lain.

Sementara itu Ahmad Bashah berkata tindakan bekas anggota dan penyokong PAS keluar parti bukan gimik yang direka oleh Umno.

“Umno tidak terlibat dalam kes ini. Ia adalah kemahuan mereka. Kita akan bantu mereka cawangan Umno Taman Tunku Yaakob dalam masa terdekat bagi memenuhi permintaan mereka,” katanya.

291 Anggota Tinggalkan PKR, Sertai BN

Posted: 23 Mar 2013 11:02 AM PDT

RAWANG, 24 Mac – Seramai 291 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Hulu Selangor hari ini bertindak menyertai Barisan Nasional (BN) selepas kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu.

Mereka meluah kekesalan apabila termakan pelbagai janji manis PKR sehingga sanggup memilih parti itu dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa, Hulu Bernam, M.Peter, 40, berkata beliau kecewa dengan kepimpinan PKR yang didakwa langsung tidak turun menjenguk penduduk di kawasan itu dan permintaan mereka yang memerlukan bantuan juga tidak diendah.

“Saya kerja dengan PKR, saya lihat sangat susah orang sakit, minta bantuan pemimpin PKR pun tidak dapat, mereka tidak peduli langsung. Tidak seperti pemimpin BN yang selalu datang tengok penduduk dan beri bantuan yang diperlukan,” katanya kepada pemberita.

Seorang lagi bekas anggota PKR, M.Devi, 35, dari Estet Changkat Asa berkata beliau benar-benar sedih kerana memberi kepercayaan kepada PKR yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya.

“Saya hidup susah, suami isteri kerja sebagai penoreh getah, anak kecil tetapi mujur BN banyak tolong beri bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M),” katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan berkata kemasukan anggota PKR ke dalam BN memberi satu suntikan semangat kepada BN Hulu Selangor untuk mencurah lebih banyak khidmat kepada rakyat.

“Dalam perbualan kami tadi, mereka kata antara sebab yang membuatkan mereka menyertai BN ialah kerana menaruh kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, satu-satunya pemimpin yang dapat membantu mereka tidak kira apa masalah pun.

“Datuk Seri Najib berjaya mengotakan janji dan sentiasa membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik. Ini yang mereka nampak,” katanya.

Beliau optimis lebih ramai anggota pakatan pembangkang akan menyertai BN kerana semakin sedar akan kesungguhan parti komponen itu membantu rakyat.

Muhyiddin Hadir Malam Cinta Rasul Di Dataran Merdeka

Posted: 23 Mar 2013 10:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri program ‘Malam Cinta Rasul’ di Dataran Merdeka yang bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam untuk mencontohi kepimpinan Nabi Muhammmad SAW.

Muhyiddin tiba di lokasi majlis di sini pada kira-kira 9 malam ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Program tiga jam itu, antara lain, menampilkan tokoh qasidah terkenal Indonesia Habib Syech As Seggaf.

Malam Cinta Rasul anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Rakyat Perlu Nilai Sendiri Kejayaan Kerajaan BN Tunai Janji – Najib

Posted: 23 Mar 2013 10:50 AM PDT

KUANTAN, 24 Mac – Warga Pahang membanjiri tapak program Jelajah Janji Ditepati terakhir semalam untuk mendengar amanat Perdana Menteri yang antara lain meminta rakyat menilai sendiri keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji demi menjamin kesejahteraan dan masa depan mereka.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat harus membandingkan kejayaan itu dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini.

Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik buat negara.

“Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-Allah, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara itu di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini.

Najib berkata mandat baharu amat penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala agenda yang telah direncanakan ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Perjalanan kita masih jauh sebab kalau hendak Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi tidak mengambil setahun dua, tetapi sebelum sampai ke tahap itu, kita kena melangkah satu jambatan iaitu pilihan raya umum ke-13.

“Kalau kita dapat pintas ke sebelah, yakin dan percayalah dengan mandat baharu itu kerajaan akan melakukan yang lebih baik pada masa akan datang,” tegas Perdana Menteri yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan isteri serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009, kerajaan telah membentangkan kepada rakyat pelbagai program penambahbaikan bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baharu Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi (ETP) diikuti Program Transformasi Politik dan Sosial.

Najib berkata beliau baru-baru ini telah membentangkan laporan pencapaian GTP dan ETP yang mengupas satu persatu bagaimana kerajaan telah memenuhi janji kepada rakyat termasuk dalam soal memerangi kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan dan menjamin pertumbuhan ekonomi lebih baik.

Lebih dekat di hati rakyat, kerajaan juga telah mencatat kejayaan agenda transformasi antaranya dengan kewujudan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, PR1MA dan Program 1Azam yang telah memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita tak akan janji bulan bintang. Tapi tak cukup bulan dan bintang, mereka (pembangkang) cakerawala pun dijanji. Malah syurga pun dijanji semata-mata meraih sokongan.

“Sebagai rakyat, kena tanya mereka yang suka tabur janji…berapa banyak yang ditunaikan. Banyak janji tinggal janji,” katanya sambil mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu sekali lagi dengan pembangkang yang kini mula menabur janji baharu melalui manifesto pilihan raya yang dilancarkan baru-baru ini.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan berita gembira kepada warga Kuantan apabila beliau mengumumkan pembinaan 20,000 unit rumah PR1MA di tiga kawasan utama iaitu bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.

Najib turut mengumumkan peruntukan RM100 juta mencakupi masing-masing RM50 juta untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya dan banjir di Kuantan.

Bagi peringkat nasional, Najib mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM100 juta bagi skim pinjaman mikrokredit untuk tahun ini dan tahun depan.

Kuantan merupakan destinasi terakhir siri Jelajah Janji Ditepati yang bermula April tahun lepas di Batu Pahat, Johor.

Bagi menampilkan kelainan, program kali ini buat pertama kalinya diadakan pada waktu malam. Najib, yang melakukan lawatan sehari ke Pahang, terdahulu merasmikan projek Rimbunan Kaseh di Kuala Lipis, melancarkan program Kawan 1M4U Fair 2013 di Pekan dan menghadiri jamuan malam dan kutipan amal untuk Sekolah Menengah Chong Hwa sebelum diakhiri dengan program Jelajah Janji Ditepati-

Penduduk DUN Seberang Takir Terima Rawatan Percuma Mulai April

Posted: 22 Mar 2013 11:11 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 23 Mac – Kira-kira 40,000 penduduk sekitar Seberang Takir dalam Parlimen Kuala Nerus akan menikmati rawatan kesihatan percuma menerusi Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir yang beroperasi 1 April ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Ahmad Razif Abd Rahman berkata pusat itu akan beroperasi setiap hari bagi membantu penduduk setempat terutama penghidap strok, kencing manis dan darah tinggi mendapatkan rawatan berkala.

“Pusat ini akan menempatkan doktor dan pembantu perubatan dari Jabatan Kesihatan negeri,” katanya kepada pemberita selepas Program Sehari Doktor Pakar Bersama Komuniti Seberang Takir, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan menyediakan pengangkutan percuma kepada penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk mendapatkan rawatan di situ.

Seorang penerima rawatan, Mohd Noor Daud, 49, berkata beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang menubuhkan pusat itu bagi membantu penduduk setempat.

“Kami tidak perlu lagi ke klinik yang jauh-jauh kerana sekarang, doktor pakar sudah berada dekat dengan kawasan ini,” katanya.

Seorang lagi penerima rawatan, Siti Rokiah Ismail, 53, berkata dengan adanya pusat ini, penduduk kampung terutamanya warga emas, tidak perlu risau untuk mendapatkan rawatan kerana ada pengangkutan.

“Saya ini tidak larat sangat kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, tapi dengan adanya pusat ini dan program seperti ini, ia sangat membantu pesakit seperti saya untuk mendapatkan rawatan secara berkala,” katanya.

Transformasi Alaf 21 Majukan Masyarakat Luar Bandar – Najib

Posted: 22 Mar 2013 11:00 PM PDT

KUALA LIPIS, 23 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangunan kawasan luar bandar berkonsepkan pembinaan projek perumahan dan ekonomi pada alaf 21 merupakan transformasi kerajaan dalam memastikan kehidupan masyarakat luar bandar setanding di bandar.

Katanya transformasi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu hingga kini itu juga bagi memastikan masyarakat luar bandar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan seterusnya menikmati pendapatan RM1,000 ke atas sebulan.

“Konsep pemodenan ini telah berjaya di mana landskap dah berubah di kawasan luar bandar termasuk di Felcra, Felda dan Risda. Kita mahu gaya dan cara hidup bandar dan moden di bandar dibawa ke luar bandar, bukan pembangunan fizikal sahaja tetapi mencakupi sifat menyeluruh pembangunan abad ke-21,” katanya ketika berucap merasmikan projek Rimbunan Kaseh di Tanjung Besar, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Syukri Mohd Salleh.

Najib berkata projek Rimbunan Kaseh yang berkonsepkan komuniti bersepadu dengan kemudahan perumahan dan projek pertanian kepada penduduk luar bandar adalah usaha berterusan kerajaan membela nasib serta mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.

Projek bernilai RM37 juta itu dibangunkan oleh IRIS Corporation Berhad dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Agama dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) dengan menempatkan 100 keluarga asnaf fakir miskin di negeri ini di kawasan seluas 12 hektar.

Setakat ini sebanyak 76 buah rumah sudah disiapkan dan 71 keluarga sudah mula menduduki perumahan berkenaan sejak 1 Dis tahun lalu manakala baki 24 lagi rumah dijangka siap pada Ogos atau September depan.

“Projek Rimbunan Kaseh di sini merupakan projek pertama yang siap sejak ia diputuskan pada 21 Februari tahun lepas, selain dapat dilaksanakan dalam waktu singkat dan boleh dianggap sebagai role model atau projek teristimewa yang menjadi perintis atau contoh konsep pembangunan luar bandar di alaf 21,” katanya.

Perdana Menteri berkata kejayaan program itu adalah hasil perkongsian pintar antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan syarikat swasta dalam merealisasikan pemodenan di luar bandar.

Katanya  penyediaan 100 buah rumah tersebut dibina melalui kaedah sistem binaan industri (IBS) yang lengkap dengan kemudahan bekalan elektrik dan air bersih.

Menurut Najib projek Rimbunan Kaseh juga berkeupayaan memenuhi keperluan penempatan, menjana ekonomi dan mengamalkan kaedah pertanian berteknologi tinggi yang menjanjikan produktiviti tinggi.

“Macam nak tanam golden melon, boleh gunakan teknologi autoport yang hasilnya boleh dieksport ke Singapura, dan di sini juga kita ternak ikan Jade Perch dari Australia yang tinggi kandungan Omega 3 yang bernilai RM80 sekilogram di restoran,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai pelbagai perancangan projek pembangunan untuk rakyat terutamanya di luar bandar, justeru sokongan rakyat terhadap BN perlu diteruskan bagi memastikan ia terlaksana.

“Sebab itu kita perlu kesinambungan kerajaan kerana banyak lagi idea baru untuk pembangunan rakyat dan hanya kerajaan BN yang boleh berbuat demikian,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT