SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, March 13, 2013

UMNO Online - “Manifesto Pembangkang Hanya Jual Janji-janji Lapuk” plus 9 more

UMNO Online - “Manifesto Pembangkang Hanya Jual Janji-janji Lapuk” plus 9 more

Link to UMNO Online

Manifesto Pembangkang Hanya Jual Janji-janji Lapuk

Posted: 12 Mar 2013 05:34 AM PDT

IPOH, 12 Mac – Berbekalkan mimpi indah untuk diharung sepanjang tempoh PRU13, pakatan pembangkang telah melancarkan manifesto yang bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat, manifesto yang merupakan janji manis yang tidak akan mereka tunaikan.

Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah hari ini menyifatkan apa yang mereka bentangkan baru-baru ini sekadar manifesto baru di sebalik janji-janji lapuk mereka.

"Nampak baru tetapi dari segi isi kandungannya sebahagian besarnya telah disebut mereka sebelum ini, kebanyakannya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN.

“Malah pandangan pakar ekonomi, jika manifesto pakatan ini dilaksanakan, negara kita akan terjerumus muflis dalam masa dua tahun.

“Contohnya, dalam cadangan mereka iaitu gaji minima. Nampak di mata rakyat memang bagus tetapi hakikat dari segi ekonominya secara tidak langsung pelaburan asing ke dalam negara akan terjejas, kemungkinan juga kos asas harian juga akan meningkat jika gaji minima ini dilaksanakan di semua sektor, pasti akan memberi bebanan kepada banyak pihak termasuk kepada penguasa IKS dan sebaganya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lenggong mengulas janji-janji baru melalui manifesto terbaru pakatan pembangkang.

Tambahnya, rakyat sudah bijak memilih dan menilai parti yang ada kerana janji-janji lama pihak pakatan pun masih tidak tertunai, malah kini boleh berjanji bermacam-macam lagi yang tidak boleh dilaksanakan mereka.

"Malah pemimpin kanan pakatan pembangkang iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan `manifesto bukan janji', habis tu apa maknanya manifesto tersebut. Adakah ianya satu perkara yang lunak dibaca tetapi dari segi realitinya, ianya merupakan satu perkara yang tidak mampu dilaksanakan oleh pimpinan pakatan pembangkang.

“Saya yakin, apa yang terkandung dalam manifesto tersebut sekadar gula-gula politik untuk mereka menang dalam pilihanraya, sebaliknya satu yang sukar untuk mereka laksanakan kalau mereka menang pilihanraya," tambahnya. -MediaUMNO

Kit Siang Usah Tunjuk Kepandiran Diri Sendiri

Posted: 12 Mar 2013 05:29 AM PDT

Setelah puas berlagak seperti pakar strategi ketenteraan berhubung tragedi pencerobohan bersenjata di Sabah, pencacai pakatan pembangkang cuba menjadi pakar perlembagaan pula  apabila Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mendesak agar kerajaan persekutuan untuk segera mengumumkan pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

Kit Siang turut mengatakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada ketika ini tidak lagi sah kerana tempoh pentadbiran kerajaan sudah genap lima tahun.   Murah dan dangkal sungguh perkiraan yang dilakukan.

Entah macamana Kit Siang boleh bermimpi ingin menjadi pemimpin negara jika tidak mampu memahami perlembagaan dan undang-undang mengenai pilihanraya?  Patutlah pemilihan CEC DAP juga haru biru jadinya, rupa-rupanya memang mereka ini 'lembab' sedikit otaknya.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN), adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum – kecuali jika dibubarkan lebih awal.

Dan untuk rekod, kali terakhir pilihanraya umum diadakan ialah pada 8 Mac 2008, apabila kerajaan pemerintah membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008.

Sejurus selepas parti yang mendapat kerusi majoriti membentuk kerajaan, sesuai dengan perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 28 April 2008 sebagai tarikh bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Malaysia Yang Kedua Belas.

Telah tertulis juga bahawa Pilihanraya Umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.  Peruntukkan yang serupa juga terkandung di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu, bagaimana pula Kit Siang boleh menuduh pemerintahan BN sekarang sebagai tidak sah?  Takkanlah Kit Siang terlalu gilakan kuasa sehingga tidak boleh mengira hari?

Kanak-kanak sekolah Tahun Dua juga sudah tentu boleh mengira bahawa parlimen akan terbubar sendiri pada 28 April 2013, dan bahawa isu yang dibangkitkan kononnya Perdana Menteri sedang melaksanakan tugas tanpa mandat rakyat adalah satu bentuk provokasi dan pembohongan oleh orang yang tidak tahu mengira tetapi gila kuasa.

Bagaimanapun, sekiranya pencacai pembangkang mengunapakai 'kefahaman' mereka dalam isu ini, iaitu kerajaan mempunyai tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pilihanraya umum untuk membubarkan parlimen, maka mereka wajar membubarkan segera DUN-DUN di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Beruang Biru

 

Dulu Sauk Kini Lahad Datu.. Selamanya Pembangkang Bermain Sandiwara

Posted: 12 Mar 2013 05:18 AM PDT

Parti pembangkang tetap mempotretkan insiden pencerobohan dan kejadian tembak-menembak di Lahad Datu hingga mengorbankan 8 orang anggota keselamatan negara sebagai satu sandiwara kerajaan sahaja.

Penzahiran fikiran pembangkang mengenai kejadian ini sama dengan kejadian yang pernah berlaku suatu ketika dahulu iaitu pemberontakan kumpulan Al-Maunah pada 2 Julai 2000 Bukit Jenalek, Perak.

Ketika itu, sekumpulan anggota Al-Maunah yang berpakaian tentera melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan Bukit Jenalik di Sauk, Perak.

Menurut laman web mereka ketika itu, al Maunah merupakan singkatan kepada Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma'unah. Laman web organisasi tersebut dikenali sebagai Al-Ma'unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam".

Pada subuh 2 Julai itu, Mohamed Amin bin Mohamed Razali telah mengetua 29 orang ahli kumpulan Al-Ma'unah termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia telah melancar operasi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak.

Mereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut.

Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf 'Z', anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdyakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi salah satu daripada pelbagai jenis senjata, amunisi dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain telah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga Pajero.

Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.

Kumpulan ini kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, negeri Perak. Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata yang dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampong hasil daripada tembakan senjata api tersebut telah menarik perhatian polis.

Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Bekalan makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang panah untuk menjayakan misi mereka.

Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma'unah.

Walau bagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah.

Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Jaafar ditangkap ketika beliau sedang meneliti dusun duriannya.

Pagi itu mereka berjaya memperdayakan anggota tentera yang berkawal di situ dan melarikan 148 senjata menggunakan tiga unit kenderaan pacuan empat roda jenama Pajero.

Malangnya dalam keadaan negara terkejut dengan insiden ini, Pas dengan selamba dan tanpa perasaan mendakwa ini merupakan sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk memburukkan gerakan Islam dan meraih sokongan politik.

Malangnya dalam keadaan negara terkejut dengan insiden ini, Pas dengan selamba dan tanpa perasaan mendakwa ini merupakan sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk memburukkan gerakan Islam dan meraih sokongan politik.

Mereka mendakwa adalah mustahil untuk sebuah kem dirompak. Mereka juga mempertikaikan bahawa jumlah senjata yang diumumkan dirompak tidak mungkin dapat dimuatkan dalam tiga buah pajero seperti yang didakwa.

Kes ini mengakibatkan anggota Komando Truper Matthews anak Medandua dan Detektif Shangavedan terbunuh. Namun biar pun dua orang anggota keselamatan terkorban, Pas masih mendakwa insiden Sauk merupakan sandiwara. Mereka mencabar kerajaan membuktikan tiga buah pajero tersebut boleh memuatkan semua senjata yang didakwa dirompak.

Kerajaan akhirnya mengadakan lakonan semula bagi memaparkan kejadian sebenar sewaktu perundingan dilakukan antara pihak tentera dengan kumpulan Al-Maunah dan juga demonstrasi bagi membuktikan senjata-senjata tersebut boleh dimuatkan ke dalam pajero terbabit.

Demontrasi yang diadakan di Kementerian Pertahanan selepas kejadian di Sauk menunjukkan beratus-ratus senjata berkenaan boleh diangkut ke dalam kenderaan Pajero dalam masa empat minit sahaja.

Namun, Nasharuddin berkata, tindakan kerajaan melakonkan semula kejadian itu bagi membuktikan sejumlah senjata itu boleh diangkut menggunakan empat kenderaan Pajero juga membuktikan kejadian di Sauk itu sememangnya sandiwara.

Di sini sudah jelas, pembangkang tetap sama memainkan rencah mereka apabila timbulnya isu yang mampu menggugatkan keharmonian negara.

Mereka mudah menuduh kerajaan sengaja menimbulkan sandiwara walaupun kejadian tersebut mengorbankan nyawa rakyat sendiri tanpa melakukan sebarang kajian dan penyelidikan menyeluruh tentang isu-isu yang berlaku.

Sudah hampir 13 tahun peristiwa Al-Maunah berlalu, sekali lagi pembangkang membangkitkan isu 'sandiwara' selepas insiden tembak-menembak terjadi di Lahad Datu.

Namun kali ini, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pula menuduh insiden Lahad Datu adalah konspirasi UMNO dan sandiwara kerajaan sahaja.

Nampaknya, mereka tetap dengan ideologi mereka sahaja yang mudah menggunakan perkataan sandiwara sedangkan tiada usaha dilakukan oleh pihak mereka yang mencuba menyelesaikan isu-isu keselamatan yang timbul.

Mereka tidak peduli anak siapa, bapa siapa atau suami siapa yang terkorban. Ini semua tidak penting kepada mereka.

Yang penting ialah menghasut rakyat membenci Kerajaan dan memilih mereka dalam pilihan raya akan datang. Inikah parti yang akan diundi oleh anggota keselamatan dan rakyat biasa?

Nor Azlina Shaari

Pas Tak Perlu Berkias-Kias, Malu-malu Kalau Idam Jawatan Perdana Menteri

Posted: 12 Mar 2013 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Kepimpinan Pas diminta untuk tidak berkias-kias dan berterus terang dalam menyatakan pendirian menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang berkuasa,  memandangkan perkara ini  sudah menjadi rahsia umum di kalangan ahli dan penyokong parti tersebut di peringkat akar umbi.

Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata  berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada ahli-ahli Pas sendiri, boleh dikatakan rata-rata ahli dan penyokong akar umbi Pas tidak bersetuju apabila Anwar diletakkan sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Pembangkang.

"Bila saya berborak-borak dengan ahli atau penyokong Pas, ternyata daripada kata-kata mereka membayangkan hati kecil mereka tidak bersetuju jika Anwar menjadi calon PM sekiranya Pakatan berkuasa. Kebanyakkan ahli dan penyokong Pas, tidak suka kepada Anwar kerana dibelenggu pelbagai isu moral serta pendirian Islam yang terlalu liberal.

"Namun perkara ini tidak dapat diluahkan secara terbuka kerana mahu menjaga hubungan dan kepentingan politik bersama. Bagi saya, Pas sepatutnya berterus terang dan bukannya bermain teka teki seperti apa yang kita lihat sekarang ini. Mereka juga usah malu-malu sebab kita juga tahu Pas juga idam jawatan Perdana Menteri," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Sikap kepimpinan Pas yang tidak berterus terang dan suka berkias ini kata beliau, sedikit sebanyak merupakan cerminan pendirian dan perjuangan Pas hari ini yang tidak jelas matlamatnya.

"Bagi saya, kalau tak suka cakaplah tak suka. Buat apa nak sorok-sorok. Ini soal pemerintahan negara. Bukan soal main-main. Jika kita tersalah pilih pemimpin untuk tadbir negara, maka rakyat juga akan menanggung musibahnya. Pas sepatutnya lebih tegas menyatakan pendirian. Bukan hanya berkias-kias seolah-olah takut untuk berterus terang," tegasnya.

Selain itu, beliau turut meminta rakyat membandingkan antara pentadbiran kerajaan BN di bawah teraju Datuk Seri Najib yang jelas hari ini memperlihatkan kejayaan di dalam program transformasi yang dilaksanakan sepanjang tempoh pemerintahannya.

"Dalam kerajaan BN hari ini tidak mendapat 2/3 majoriti, Datuk Seri Najib mampu untuk melaksanakan dasar transformasinya yang amat berjaya. Pelbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan kepada rakyat biarpun tidak sampai lima tahun pentadbirannya.

"Saya yakin, jika rakyat memberikan mandat 2/3 kepada kerajaan BN di bawah teraju Datuk Seri Najib pada PRU ke 13 ini, maka sudah pasti rakyat akan dapat melihat dasar transformasi beliau akan dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang lagi. Malah saya yakin, rakyat akan mendapat pelbagai kemudahan dan bantuan yang lebih daripada apa mereka dapat pada hari ini," ujarnya. -MediaUMNO

Rakyat Tuntut Siasatan Tindakan Pembangkang, Laporan Media Luar

Posted: 12 Mar 2013 04:34 AM PDT

KUANTAN, 12 Mac – Ketua Pemuda UMNO Kuantan, Datuk Suffian Awang mendesak pihak terbabit agar menjalankan siasatan segera terhadap dakwaan media Filipina yang mengaitkan nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pencerobohon militan di Lahad Datu yang telah mengorbankan sembilan nyawa anggota keselamatan negara.

Menurut beliau, perkara ini perlu disiasat memandangkan rakyat mahu tahu sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut dan sekiranya benar, pihak yang terbabit perlu diheret ke muda pengadilan.

"Kita sebagai rakyat Malaysia mempersoalkan bagaimana media Filipina mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan siasatan perisikan Filipina yang secara langsung menyebut nama ketua Pembangkang dalam laporan mereka itu.

"Jika kita lihat kronologi kenyataan Tian Chua, dan juga nyanyian Anwar Ibrahim dalam video yang telah disebar luas tentang 'ramalannya' Sabah akan hilang, ia seperti ada kaitan yang boleh menimbulkan persoalan dan rasa ingin tahu rakyat sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Kronologi berdasarkan kenyataan Tian Chua sehari selepas dua anggota keselamatan negara terbunuh, rakaman video nyanyian Anwar Ibrahim yang mengatakan Sabah akan hilang dan juga laporan media Filipina berdasarkan hasil perisikan negara tersebut, memperlihatkan seolah-olah ada dalang disebalik kejadian tersebut, ujarnya.

"Bahkan di dalam surat khabar tempatan baru-baru ini ada mendedahkan kenyataan seorang lelaki yang menjadi tawanan pemberontak yang mengatakan bahawa pencerobohan itu berlaku kerana mereka menuntut janji seorang VIP di negara ini yang menjanjikan sebahagian tanah di Sabah untuk mereka," jelasnya.

Perkara ini menurut beliau yang juga exco Pemuda UMNO Malaysia, merupakan sesuatu yang amat serius sekiranya benar ada pemimpin pembangkang yang terlibat maka ia amat merbahaya kerana pihak tersebut bukan saja ingin menjatuhkan kerajaan BN malah telah menyebabkan kedaulatan negara tercemar dan memperjudikan nyawa rakyat di negara ini.

"Jadi saya mewakili generasi muda di dalam UMNO sekali lagi mendesak agar pihak terbabit menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap dakwaan tersebut yang secara nyata dan jelas membabitkan nama Ketua Pembangkang dalam isu pencerobohan Lahad Datu ini.

"Saya juga berkeyakinan, seluruh rakyat di negara ini juga mahu tahu sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut dan sekiranya  benar-benar wujudnya penglibatan pihak pembangkang, maka individu terbabit perlulah di bawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan kerana menjadi pengkhianat kepada negara," ujarnya.

 

Wanita UMNO Desak Segera Siasat Dakwaan Dalang Insiden Di Lahad Datu

Posted: 12 Mar 2013 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Wanita UMNO hari ini mendesak pihak berkuasa menyegerakan siasatan terhadap dakwaan media asing mengenai dalang dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata siasatan segera perlu dilakukan kerana dakwaan yang dibuat media asing itu merupakan perkara serius yang melibatkan keselamatan negara.

“Jika laporan itu benar, itu (dalang itu) bukan sekadar pengkhianat Negara tetapi langsung tidak mempunyai semangat patriotik hingga sanggup menggadai negara,” katanya selepas menyerahkan sumbangan Yayasan Kebajikan Negara kepada pesara S. Saraswathy, 60, di Flat Seri Johor di sini.

Saraswathy semasa ditemui berkata wang bantuan RM3,000 itu akan diguna untuk perbelanjaan dua anaknya yang terlantar sakit P. Daneswary, 25, dan  P. Sivaprakas, 35.

Daneswary anak bongsu daripada lima beradik disahkan menghidap sakit jantung semasa berusia lima tahun dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejak setahun lalu, manakala abangnya terlantar selepas sebahagian tempurung kepalanya pecah kerana dipukul semasa hendak keluar bekerja tahun lepas.

“Sivaprakas bekerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan baharu berkahwin semasa dia dipukul menyebabkan isterinya K. Amutha, 25, terpaksa berhenti kerja sebagai tukang cuci untuk memberi perhatian kepada suami,” katanya.

Saraswathy yang juga pesara DBKL berkata bayaran sewa rumah RM124 tertunggak selama dua tahun kerana wang pencen RM600 sebulan diguna untuk membeli susu dan lampin pakai buang Sivaprakas, membayar bil ubat di Institut Jantung Negara (IJN) serta menampung perbelanjaan sekolah dua cucu yang tinggal bersamanya.

“Anak sulung saya meninggal dunia 12 tahun lalu dan menantu saya menghantar anaknya ke rumah saya dan tidak pernah pulang. Suami saya pula meninggal dunia pada Januari 2006,” katanya.

Manifesto Awal Pas Merupakan Janji Yang Gagal Ditunaikan Semasa Perintah Terengganu

Posted: 12 Mar 2013 04:17 AM PDT

HULU TERENGGANU, 12 Mac – Sepuluh tawaran awal dalam manifesto Pas Terengganu menjelang pilihan raya umum ke-13 merupakan antara janji yang gagal ditunaikan Pas semasa mentadbir negeri ini selama sepenggal bagi tempoh 1999-2004.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ketika Pas memerintah di Terengganu, parti itu juga gagal membawa perubahan kepada negeri ini walaupun mendapat mandat penuh daripada rakyat.

Pas tidak akan mampu melaksanakan janji dalam manifesto itu dan ini terbukti apabila gagal menunaikan janjinya ketika memerintah Terengganu dahulu, katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Manifesto Pas itu antara lain menawarkan untuk menyediakan 17,000 peluang  pekerjaan dalam tempoh masa tiga tahun memerintah, pengecualian cukai pintu, bekalan air percuma, menyerah balik tanah terbabit projek perumahan kerajaan,  cuti bergaji 30 hari kepada kakitangan awam kematian suami, projek dan skim khas  rakyat miskin.

Beliau berkata Pas sepatutnya menyelesaikan masalah di Kelantan dan Kedah  terlebih dahulu seperti masalah bekalan air di Kelantan dan penebangan balak berleluasa di Kedah sebelum menabur janji di Terengganu.

Rosol yang merupakan antara empat Adun Barisan Nasional (BN) yang berjaya mempertahankan kerusinya ketika Terengganu jatuh ke tangan Pas, berkata rakyat Terengganu sudah tahu menilai kerajaan mana yang mampu membela nasib rakyat dan siapa pemimpin yang boleh dipercayai dan menepati janji.

Kenyataan Bapa Saiful Tidak Gugat Dakwaan Asal Anwar Meliwat – Dr Fadhlan

Posted: 12 Mar 2013 03:51 AM PDT

KUALA  LUMPUR 12 Mac – Kenyataan terbaru bapa kepada mangsa liwat Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya Saiful telah digunakan pihak tertentu untuk memusnahkan karier politik Anwar menerusi tuduhan liwat kedua sebenarnya tidak menggugat persoalan pokok berhubung isu berkenaan.

Timbalan Rektor Al-Madinah International Universiti Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata sama ada betul atau tidak apa yang didakwa oleh bapa kepada Mohd Saiful itu, ianya tidak mengganggu dakwaan oleh Saiful sebelum ini.

"Menurut perbincangan Feqah begitulah….Maknanya di sini, apa yang didakwa oleh bapa Saiful itu adalah soal kedua dan tidak ada hubungkait dengan dakwaan yang telah dibuat oleh Saiful sebelum ini.

"Umum kita melihat orang yang terlibat dalam kes ini adalah antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan. Mereka inilah perkataannya diambil kira. Dakwaan oleh bapa Saiful adalah dakwaan lain dan tidak membatalkan persoalan pokok," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah, bapa Saiful perlu mengemukakan segala bukti dan keterangan yang perlu bagi membuktikan apa yang didakwa itu.

"Sebab itulah saya sebutkan tadi, dakwaan oleh bapa Saiful adalah kes lain. Tidak boleh dikaitkan dengan kes asal," katanya.

Tambah beliau lagi pihak yang mendakwa dalam persoalan pokok asal telah menyerahkan segala bukti selain bersumpah laknat.

Saiful Bukhari Azlan sebelum ini  menyeru rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang dibuat oleh bapanya.

Ujarnya, beliau berasa amat sedih dan dukacita dengan apa yang dilakukan oleh bapanya yang menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar Ibrahim.

"Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta saya tegaskan tidak sama sekali berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya dan segala keterangan saya di mahkamah juga sumpah laknat yang saya telah lafazkan sehingga akhir hayat," tegasnya. -MediaUMNO

Kerajaan Umum Bantuan Mangsa Insiden Pengganas Sulu

Posted: 12 Mar 2013 03:46 AM PDT

LAHAD DATU, 12 Mac – Kerajaan mengumumkan tiga bantuan untuk penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di sini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan itu ialah pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar.

Bagi pembinaan semula, Muhyiddin berkata penduduk boleh memilih sama ada menerima bantuan itu atau berpakat dan berbincang dengan pemimpin setempat untuk berpindah ke satu lokasi dan kerajaan akan membina projek perumahan rakyat.

“Kerajaan sedar dengan Op Daulat yang berjalan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan biasa dan pencarian nafkah kerana kebanyakan penduduk terlibat tinggal di kawasan zon merah.

“Disebabkan mereka tidak boleh keluar bekerja dan rumah mereka musnah atau rosak dalam Op Daulat ini, kerajaan bersetuju selepas bermesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi bantuan kepada mereka,” katanya kepada pemberita di Dewan Serbaguna Cenderawasih, Felda Sahabat, di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata kesemua bantuan itu hanya akan diberi kepada penduduk yang memiliki kad pengenalan dan dokumen kelahiran yang sah sebagai warganegara ini.

“MKN akan menjalankan bancian dan menyerahkan borang kepada penduduk untuk diisi supaya kita dapat menentukan berapa sebenarnya jumlah penduduk yang bertaraf warganegara terlibat,” katanya.

Bagi bantuan pembinaan semula rumah, beliau berkata hanya pemilik tanah dan mereka yang menyewa tanah layak untuk memohon bantuan itu jika rumah mereka musnah.

“Bagaimanapun mereka yang menceroboh (peneroka haram) di tanah mereka duduki kini, tidak layak menerima bantuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata bagi kesemua bantuan itu, penduduk perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung, pemimpin setempat dan pihak berkuasa bagi menentukan mereka merupakan penduduk yang terjejas dalam Operasi Daulat.

Muhyiddin berkata bantuan itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan diuruskan MKN.

Beliau turut meminta penduduk setempat menjalin kerjasama rapat dengan pasukan keselamatan bagi memastikan kelancaran Operasi Daulat.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata tinjauan yang dilakukan mendapati kebanyakan sekolah telah kembali beroperasi.

Daripada 53 sekolah di Lahad Datu, hanya tiga sekolah masih belum memulakan sesi persekolahan iaitu Sekolah Kebangsaan Lok Buani, Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian.

Beliau berkata pelajar yang berada di pusat pemindahan akan ditempatkan di sekolah lain di Felda Sahabat atau mendapat bimbingan pelajaran di pusat pemindahan berkenaan.

“Saya telah arahkan Jabatan Pelajaran negeri untuk sediakan bas kepada mereka bagi tujuan pengangkutan serta bantuan buku sekolah dan pakaian sekolah,” katanya.

Mengulas dakwaan kononnya seorang guru menghina pasukan keselamatan di sebuah laman blog, Muhyiddin berkata perkara itu amat mendukacitakan kerana semua rakyat kini menyokong penuh pengorbanan pasukan keselamatan dalam menjaga kedaulatan negara.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Terdahulu dalam lawatan kerja seharinya ke Lahad Datu, Muhyiddin yang tiba di Padang Felda Sahabat 16 di sini pada 11.30 pagi, mengikuti taklimat keselamatan dan seterusnya meninjau pusat penempatan pasukan keselamatan di Dewan Desa Kencana serta melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.

Muhyiddin turut melawat pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Cenderawasih sebelum berlepas ke Tawau.

BN Mampu Menang Sekurang-kurangnya 160 Kerusi Parlimen – Ahmad Maslan

Posted: 12 Mar 2013 01:55 AM PDT

JOHOR BAHARU, 12 Mac – Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, BN juga berkemampuan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum tahun ini.

“Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen Pas, 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP.”

“Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan taklimat jentera penerangan BN Johor di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini.

Beliau berkata, suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang.

“Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan BN akan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU-12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan,” katanya.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghentikan tsunami politik yang berlaku pada 2008 menerusi pelbagai program seperti Gagasan 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada rakyat di bawah jenama 1Malaysia.

“Kesemua perkara ini telah menghentikan tsunami politik, jikalau kita telah berjaya menghentikannya, takanlah kita tidak boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi Parlimen (yang kita perolehi pada PRU-12),” katanya.

Namun kata Ahmad, jentera BN perlu terus bekerja-keras melakukan persiapan dan mengelak daripada melakukan “cah keting” atau sabotaj parti, sebaliknya mematuhi arahan pemimpin serta menyokong calon-calon BN.

Mengenai negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang, katanya, secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang.

Mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU-13 kali ini, beliau berkata, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan.

Bagi masyarakat Cina katanya, mereka amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik.

Di dalam perkara terbabit, Ahmad berkata masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik.

“Saya yakin masyarakat Cina akan berubah pandangan pada pilihan raya umum kali ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT