SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, March 11, 2013

UMNO Online - “PM Umum Pembinaan 80,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Lembah Klang, Wilayah Persekutan” plus 5 more

UMNO Online - “PM Umum Pembinaan 80,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Lembah Klang, Wilayah Persekutan” plus 5 more

Link to UMNO Online

PM Umum Pembinaan 80,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Lembah Klang, Wilayah Persekutan

Posted: 09 Mar 2013 11:21 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan.

Najib berkata daripada jumlah itu, 50,000 unit rumah akan dibina di Lembah Klang menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), manakala baki 30,000 unit lagi bakal dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Ini bererti 80,000 unit kesemuanya yang akan dilaksanakan di bawah identiti rumah mampu milik,” katanya ketika berucap melancarkan PR1MA Alam Damai Cheras di sini.

Perdana Menteri memberi jaminan harga bagi setiap unit rumah yang ditawarkan di bawah projek tersebut adalah dalam lingkungan yang mampu dibeli oleh kumpulan sasar iaitu mereka yang mempunyai pendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 sebulan.

“Program untuk kategori sederhana ini perlu kerana mereka biasanya terlepas daripada program kerajaan sebelum ini…untuk golongan miskin kita ada program seperti Rumah Rakyat dan kita juga ada program untuk mereka yang tinggal di luar bandar,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa setiap keluarga di Malaysia ingin memiliki kediaman sendiri namun kadang kala hasrat itu dibatasi oleh kemampuan kewangan.

“Impian untuk memiliki rumah ini bukan sesuatu yang tidak realistik atau tidak wajar, malah ia merupakan satu hak rakyat yang mesti dipenuhi di bumi Malaysia yang bertuah ini,” katanya.

Najib berkata menyedari akan hakikat itu maka kerajaan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk memenuhi impian setiap rakyat termasuk dengan menubuhkan PR1MA yang bertanggungjawab melaksanakan program Rumah Mampu Milik.

“Bila kita kaji perkara ini secara mendalam kita dapati mereka ingin memiliki rumah dan rumah itu mestilah dalam kategori mampu dimiliki oleh mereka.

“Jika terpaksa bayar ansuran bulanan terlalu tinggi meskipun jika pendapatan besar secara relatif tapi akan hadapi kesempitan daripada segi kewangan pada setiap bulan terutama hujung bulan,” katanya.

Najib berkata soal beban kos hidup tidak hanya dihadapi oleh golongan miskin atau berpendapatan rendah, malah ia turut dialami oleh mereka yang berpendapatan pertengahan lebih-lebih jika hidup di bandar.

“Mereka yang menerima pendapatan RM5,000 mungkin hingga RM10,000 pun pada tiap hujung bulan akan hadapi apa yang kita sifatkan ‘financially stress’ (tekanan kewangan).

“Dalam erti kata lain mereka ini tidak mendapat kelebihan untuk hidup selesa pada setiap hujung bulan,” katanya.

Perdana Menteri menarik perhatian apabila berkata rakyat tidak seharusnya melihat pelaksanaan projek perumahan terutama oleh PR1MA sebagai projek untuk memiliki rumah semata-mata, sebaliknya ia boleh dianggap sebagai ‘wealth creation programme’ atau ‘program pewujudan kekayaan’.

“Jarang ada projek seperti ini. Kalau kita beli kereta hari ini esok akan susut nilai, tapi jika kita dapat rumah PR1MA hari ini esok kita bakal untung 20 hingga 30 peratus…sebab itulah projek ini dapat sambutan yang cukup hangat,” katanya.

Mengenai PR1MA Alam Damai, Najib berkata ia merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat penduduk Bandar Tun Razak khasnya dan Wilayah Persekutuan amnya kerana ia membuktikan komitmen kerajaan untuk meringankan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah di bandar.

Malah, Perdana Menteri berkata ia juga seiring dengan pelaksanaan Model Baharu Ekonomi yang diperkenalkan di bawah agenda transformasi negara yang menekankan beberapa prinsip termasuk pengagihan kekayaan dan kemakmuran Negara secara sama rata.

“Pertumbuhan ekonomi negara, kesan dan nikmatnya mesti bersifat inklusif dalam erti kata lain tidak ada kelompok sama ada di desa mahupun di bandar, tidak ada komuniti besar atau kecil yang terkecuali daripada mendapat manfaat melalui transformasi negara.

“Orang bandar juga nak rumah yang mampu dimiliki, selesa, berkualiti dan hidup dalam komuniti di mana keperluan disediakan seperti tempat rekreasi, tempat kenduri-kendara dan yang paling penting selamat,” katanya.

Najib berkata projek di PR1MA Alam Damai itu yang melibatkan 2,078 unit akan dibangunkan secara usahasama antara PR1MA, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) dan pemaju swasta iaitu Transgreen Sdn Bhd.

Perdana Menteri berkata projek tersebut terletak di lokasi yang strategic kerana ia boleh diakses dari Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selain bakal mempunyai tiga stesen My Rapid Transit (MRT).

“Ini penting kerana kita mesti beri kemudahan kepada rakyat untuk mereka pergi dan balik dari tempat kerja. Kalau boleh gunalah pengangkutan awam selain dapat kurangkan kesesakan (trafik) ia juga dapat kurangkan perbelanjaan harian,” katanya.

Unit PR1MA Alam Damai akan mempunyai keluasan binaan dalaman di antara 670 kaki persegi bagi unit satu bilik (studio) dan 1,055 kaki persegi bagi unit tiga bilik.

Antara kriteria kelayakan pemohon adalah warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan kasar antara individu atau gabungan pendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM7,500.

Pemohon juga tidak boleh memiliki lebih dari satu milikan hartanah di Malaysia, selain dari rumah unit kos rendah atau unit kos pertengahan.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui laman web PR1MA di www.pr1ma.my -MediaUMNO

Seramai 35 Ahli Pas Di Setiu Sertai UMNO

Posted: 09 Mar 2013 09:40 PM PST

BESUT, 10 Mac – Seramai 35 anggota dan penyokong PAS dari Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.

Ketua mereka, Ali Bakar, 69, berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai.

“Dulu mereka persoalkan dan beritahu bahawa ahli UMNO jadi kafir kerana bersama-sama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN), tetapi hari ini PAS pula berkawan dengan DAP, tidak pula dihukumnya,” katanya kepada pemberita.

Ali yang menjadi anggota PAS selama lebih 20 tahun berkata, mereka kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang sering berdolak-dalih terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam termasuk penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

“Kami semua baru sedar tipu helah pemimpin PAS yang sering memutar belit isu agama sehingga ramai penyokong PAS terkeliru. Sebelum ini kami ahli PAS pernah bertanya kepada pemimpin kami mengenai kedudukan isu kafir-mengkafir, tetapi tiada seorang pun yang tampil memberi penjelasan menyebabkan kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi dengan cakap-cakap mereka,” katanya.

Majlis penyerahan borang keahlian Umno didahului oleh Ali kepada Setiausaha UMNO bahagian Setiu, Ismail Samah. – MediaUMNO

Militant Intruders Not Fit To Be Known As Sulu Sultanate Army – Ahmad Maslan

Posted: 09 Mar 2013 08:27 PM PST

LAHAD DATU, March 10 – The Sulu terrorist group that invaded Kampung Tanduo, about 130km from here, is not fit to known as the royal army of the Sultanate of Sulu because of their violent action which threatened the livelihood of local residents, including Muslims.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan said people who terrorised others should not be likened to a respectable group like the army.

“Stop referring to that terrorist group as the royal army of the Sulu Sultanate and it is also inappropriate to link the Sulu community in Sabah with the group.

“Evil has nothing to do with race. One can be evil because of greed, power greedy, with shallow religious faith and possess animalistic character,” he said at a meeting with Suluk community leaders here last night.

Ahmad said the Suluk community in Sabah could succeed in life if they were hardworking.

The “Op Daulat”, launched to flush out the remaining armed intruders from the southern Philippines, is now in its sixth day with 53 of the militant invaders reported killed in the operation.

Since the intrusion by the militants on Feb 12, eight policemen had been killed, two of them in an attack in Kampung Tanduo on March 1 and the other six in an ambush in Semporna the following day. – MediaUMNO

UMNO Kedah Akan Pastikan Setiap Anggota Keluar Mengundi – Ahmad Bahshah

Posted: 09 Mar 2013 08:17 PM PST

ALOR SETAR, 10 Mac – UMNO Kedah akan memastikan setiap anggotanya yang layak keluar mengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti kerana setiap undi amat penting bagi menjamin kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jumlah pengundi berdaftar sehingga Disember 2012 sebanyak 1.043 juta orang dengan 40 peratus daripadanya adalah golongan muda.

Beliau berkata anggota Umno adalah kira-kira 35 peratus daripada keseluruhan pengundi yang berdaftar itu.

“Kita perlukan setiap undi supaya kemenangan berpihak kepada BN. Jentera di Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah diberi arahan pastikan semua ahli UMNO keluar mengundi.

“Pada hari pengundian mereka yang belum keluar mengundi akan dihubungi dan diminta keluar mengundi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini, malam tadi.

Ahmad Bashah berkata sasaran UMNO Kedah adalah 100 peratus anggota yang layak mengundi akan mengundi, termasuk 18,000 anggota yang berada di luar Kedah dan 38,000 anggota yang berada dalam negeri tetapi menetap di luar lokaliti pengundian mereka.

Katanya kekalahan BN pada PRU 2008 berpunca apabila ada sebilangan anggota UMNO tidak keluar mengundi kerana protes terhadap parti itu.

“Kita akan pastikan perkara ini tidak berlaku pada PRU kali ini kerana kita sudah berasa betapa payahnya berada di bawah pemerintahan pakatan pembangkang dan saya percaya semangat di kalangan orang UMNO untuk ambil balik Kedah akan menyaksikan sasaran 100 peratus itu dapat dicapai,” katanya.

Mengulas mengenai ada individu tertentu mendakwa telah disahkan sebagai calon BN, Ahmad Bashah berkata orang yang membuat dakwaan itu hanya ‘syok sendiri’.

“Tidak ada siapa yang sudah disahkan sebagai calon. Saya sendiri juga belum tentu menjadi calon…calon hanya akan disahkan selepas pengumuman oleh presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Mesyuarat malam tadi turut merakamkan takziah kepada keluarga lapan anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah. -MediaUMNO

Rela Sik Ikrar Sokongan Kepada Perdana Menteri

Posted: 09 Mar 2013 07:22 PM PST

SIK, 10 Mac – Lebih 200 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di daerah Sik menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan apa juga bentuk tindakan terhadap pengganas yang menceroboh kedaulatan negara.

Sokongan itu disuarakan melalui ikrar ‘Menyokong Perdana Menteri dalam Sebarang Tindakan Terhadap Pengganas di Lahad Datu’ yang dilakukan selepas majlis Pemakaian Pangkat L/Koperal dan Sarjan kepada 71 anggota Rela di daerah Sik yang diadakan di Kampung Begia di sini semalam.

Majlis perasmian dan pemakaian pangkat dilakukan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik Mahathir Abd Hamid.

Mahathir ketika berucap pada majlis itu berkata, pengorbanan anggota Rela sejak ia ditubuhkan amat besar kepada masyarakat dan negara.

“Mereka selama ini membuktikan kesetiaan mereka dalam mengawal dan memastikan keselamatan negara terkawal bersama pasukan keselamatan terutama di kawasan pendalaman,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 30 anggota Rela daripada kalangan masyarakat Siam turut menerima kenaikan pangkat.

Sementara itu, Ai Chun a/l Din Chin, 40, berkata dia gembira kerana menerima kenaikan pangkat serta mengajak masyarakat Siam yang belum menyertai Rela supaya menyertainya.

“Saya berterima kasih pada Rela kerana memberikan kepercayaan pada saya memakai pangkat sekali gus membuktikan dalam Rela tidak ada perbezaan kaum,” katanya.- MediaUMNO

Penceroboh Militan Tidak Layak Gelar Diri Tentera Kesultanan Sulu – Ahmad Maslan

Posted: 09 Mar 2013 07:16 PM PST

LAHAD DATU, 10 Mac – Kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, tidak layak mengelarkan diri mereka sebagai ” Tentera Diraja Kesultanan Sulu” kerana tindakan mereka yang ganas dan mengancam kehidupan msyarakat setempat terutamanya masyarakat Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata orang yang mengganas tidak layak disamakan dengan satu pasukan yang terhormat seperti tentera.

“Jangan lagi menggelarkan kumpulan pengganas itu sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu dan masyarakat Sulu di Sabah juga tidak wajar dikaitkan dengan kumpulan itu yang melakukan kejahatan dan bertindak ganas.

“Jahat tiada kaitan dengan nama kaum…jahat adalah atas sebab tamak, gila kuasa, kurang iman dan mempunyai nilai-nilai kehaiwanan,” katanya pada majlis perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat Suluk di sini malam tadi.

Beliau berkata masyarakat Suluk di Sabah boleh berjaya dalam kehidupan jika mereka rajin berusaha.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militant dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT