SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, April 4, 2013

Pilihanraya Aman ‪ Kenyataan Media GAPS

Pilihanraya Aman

Kenyataan Media GAPS

Pilihanraya Aman

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberikan laluan kepada PRU 13 yang sudah mendemami rakyat sejak 3 bulan yang lalu.Kami yakin rekod Dato Seri Najib memimpin negara sejak 4 tahun lalu akan sentiasa dekat di hati rakyat dan rakyat kepingin kepimpinan ini diteruskan dengan mandat yang lebih besar.

Lahad Datu berjaya mendidik rakyat untuk peka dan menjadikan keamanan dan keselamatan negara sebagai ciri penting dan wajib untuk negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini.

Semangat tinggi patriotik rakyat menjadi bentang utama terhadap anasir-anasir yang melakukan pelbagai usaha mahu menghuru-harakan keamanan di negara ini. Anasir ini kini dijangka akan menggunakan medan PRU 13 untuk menekan rakyat mengikut telunjuk dan kemahuan mereka.

Anasir itu telah mendapat latihan dan bantuan kewangan dari NGO-NGO negara asing yang berhasrat menjajah budaya dan pemikiran rakyat Malaysia.

Kami amat risau dengan perancangan jahat dalang asing pakatan pembangkang untuk melakukan kacau bilau dan merosakkan keharmonian yang telah dibina. 

Kami menolak sebarang saranan dan cubaan mencetuskan huru hara dan kacau bilau semasa PRU.

Kami menolak campur tangan warga asing dalam PRU.

Kami mengecam kemasukan haram dana asing yang membiayai mana-mana parti dalam PRU.

Kami juga menggesa agar SPR lebih bertegas dan menyiasat perkara ini dengan serius.

Kami mahukan Pilihanraya yang aman dan harmoni

 

Hamidzun Khairuddin

Presiden

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Shah Alam, 4 April 2013


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT