SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, April 16, 2013

UMNO Online - “Najib Kemuka Pasukan Transformasi Untuk PRU 13” plus 9 more

UMNO Online - “Najib Kemuka Pasukan Transformasi Untuk PRU 13” plus 9 more

Link to UMNO Online

Najib Kemuka Pasukan Transformasi Untuk PRU 13

Posted: 15 Apr 2013 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 April -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah selesai membuat persiapan terakhir untuk menerajui perjuangan menentang pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), manakala Barisan Nasional (BN) pula kini bersiap sedia untuk menurunkan mereka yang cukup berpengalaman serta muka baharu yang penuh bertenaga sebagai calonnya.

BN akan menampilkan muka baharu yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah calonnya untuk bertanding di kerusi parlimen dan hampir separuh daripada jumlah calon untuk kerusi negeri, dengan kebanyakan mereka diletakkan di negeri dikuasai pembangkang sebelum ini.

Tidak akan berlaku pertukaran pada saat-saat akhir, kata Najib, yang pertama kali menerajui BN untuk menghadapi pilihan raya umum sebagai perdana menteri, selepas beliau menyerahkan dokumen pencalonan dan aku janji parti gabungan itu kepada para pemimpin parti komponen dan pengerusi perhubungan negeri BN di sini pada Isnin.

Ditanya tidakkah beliau bimbang untuk menghadapi kesan daripada kekecewaan yang mungkin dirasai mereka yang tidak terpilih sebagai calon, Najib berkata: “Saya lebih bimbang tentang kekecewaan rakyat.”

Spekulasi tentang perang besar yang akan berlaku di Gelang Patah, Johor antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang, kini menjadi bertambah sahih apabila kawasan parlimen itu tidak terdapat dalam senarai calon yang dikeluarkan MCA pada Isnin.

Gelang Patah dimenangi MCA pada PRU 2008 dan parti itu dilaporkan merancang untuk meletakkan ketua bahagiannya Jason Teoh bertanding di kawasan berkenaan berikutan perkembangan yang berlaku selepas Lim mengumumkan keputusannya untuk bertanding bagi kerusi majoriti kaum Cina itu.

MCA dan Gerakan merupakan parti komponen BN paling awal mengumumkan senarai penuh calon masing-masing, manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) pula menamakan empat daripada calonnya.

Pada Selasa, Umno, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dijangka mengumumkan calon mereka.

Kali ini, MCA akan bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri, berbanding 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri pada PRU lepas. Selain Gelang Patah, parti itu juga tidak meletakkan calonnya bagi kerusi parlimen Kuantan dan Wangsa Maju.

Bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen Pandan di sini, manakala dua naib presidennya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang juga ketua Wanita MCA, dan Gan Ping Sieu, juga tidak disenaraikan sebagai calon.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang terlibat dalam pemilihan parti menentang dua presiden sebelum beliau, Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting, untuk merebut jawatan presiden pada 2010, tidak akan bertanding, seperti yang beliau umumkan awal-awal lagi. Kerusi parlimen Pandan kali ini akan ditandingi penasihat undang-undang MCA bahagian itu Garry Lim.

Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas muncul sebagai presiden parti komponen B Nterbaru dan keempat yang tidak akan bertanding.

Kayveas, yang menang kerusi parlimen Taiping pada 2004, tetapi kalah pada 2008, tidak tersenarai sebagai calon parti itu kali ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui merupakan dua lagi pemimpin yang sejak awal lagi mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjadi calon.

Gerakan diperuntukkan 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi negeri, kurang satu kerusi parlimen berbanding pada 2008. Parti ini mengalami kecederaan teruk apabila ia hanya menang dua kerusi parlimen dan lima kerusi negeri pada PRU lepas.

Bagaimanapun, hasrat parti ini untuk kembali bertanding di Taiping, tercapai. Naib presiden dan ketua wanitanya Datuk Tan Lian Hoe, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini, akan bertanding di kawasan situ – kali ketiga beliau bertanding bagi kerusi parlimen selepas mencatat kemenangan di Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada 2008.

PPP, yang diberi peluang bertanding di kawasan parlimen Taiping serta kerusi negeri Pasir Bedamar di Perak pada 2008, kali ini akan bertanding bagi kerusi parlimen Kepong, dengan ketua penerangannya Datuk A.

Chandrakumanan dipilih sebagai calon. Parti itu juga akan meletakkan calonnya di empat kerusi negeri – Pasir Bedamar, Guchil (Kelantan), Kota Laksamana (Melaka) dan Kota Alam Shah di Selangor.

Najib, yang juga pengerusi BN Selangor, dijadual mengumumkan calon Umno yang akan bertanding di negeri itu esok, dalam usaha BN untuk memenangi semula negeri berkenaan daripada pakatan PKR-DAP-PAS.

Calon BN bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri akan menerima surat pelantikan masing-masing daripada ketua perhubungan negeri BN pada Selasa.

Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau mengambil kira sentimen dan harapan pemilih sebelum membuat keputusan untuk mengemukakan 33 peratus muka baharu bagi kerusi parlimen dan 49 peratus untuk kerusi negeri.

Najib berkata beliau yakin mereka yang dipilih sebagai calon mampu mengotakan aku janji BN seperti yang terkandung dalam manifestonya, yang dikeluarkan pada 6 April. Beliau menggesa mereka yang tidak terpilih sebagai calon supaya terus memberi sokongan kepada parti itu kerana ia bukan kerana mereka gagal menunaikan tanggungjawab atau bermasalah, tetapi untuk memenuhi harapan pengundi dan masyarakat untuk menikmati perubahan.

Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini, manakala hari mengundi ialah pada 5 Mei.

Sementara itu, pembangkang terus kehilangan sokongan apabila lebih 200 anggota PKR dan DAP berketurunan India di Paya Besar, Lunas, Kedah, menyertai MIC.

Di Pasir Puteh, Kelantan, setiausaha PAS Cawangan Danan Timur Ibrahim Ismail, 63, mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi negeri Selising kerana membantah keputusan parti itu meletakkan Saiful Baharin Mohamad untuk mempertahan kerusi berkenaan.

Dua Naib Presiden Tidak Terpilih, Bekas Presiden Gugur, Tak Letak Calon Di Gelang Patah

Posted: 15 Apr 2013 07:54 AM PDT

PETALING JAYA, 15 April –  Tiga pemimpin kanan MCA termasuk dua naib presiden dan juga bekas presiden, tidak terpilih mewakili parti itu dalam pilihan raya umum kali ini.

Mereka ialah Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Senator Gan Ping Sieu.

Turut digugurkan ialah bekas presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.Beliau yang mewakili Parlimen Pandan sebelum ini merupakan nama yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai sama ada akan turut dipilih semula sebagai calon atau tidak.

Kini teka-teki tersebut sudah terjawab.

MCA juga tidak menyenaraikan calon mereka di kerusi Gelang Patah sekaligus menguatkan lagi spekulasi yang tempat itu akan ditandingi oleh wakil Umno iaitu Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Ketua MCA Gelang Patah, Jason Teoh tidak disenaraikan langsung untuk mana-mana kerusi.

Kesemua yang digugurkan atau tidak terpilih semula adalah bagi memberi laluan kepada 19 muka baru yang akan diperkenalkan oleh MCA kali ini.

Presiden MCA,Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika mengumumkan senarai calon parti itu lewat petang ini menyatakan MCA hanya akan bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri.

Jumlah itu kurang tiga kerusi yang mereka wakili untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lalu.

Beliau turut menyifatkan ini adalah pertarungan hidup dan mati parti itu dan oleh yang demikian menyeru semua ahli parti memastikan kelangsungan pemerintahan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan masa depan MCA terjamin.

Untuk kerusi parlimen ujarnya, MCA mempertaruhkan nasib dan harapan ke atas 21 orang calon daripada jawatankuasa pusat parti, 11 calon daripada Pemuda dan lima calon dari sayap Wanita.

Kesemua calon Wanita adalah terdiri daripada muka-muka baru.

Untuk kerusi negeri pula, beliau menyatakan MCA meletakkan harapan kepada 53 calon dari pusat, 25 calon Pemuda dan 12 calon dari Pergerakan Wanita.

MCA mengumumkan nama-nama calon untuk semua kerusi yang ditandinginya melainkan untuk kerusi Parit Yaani di Johor atas sebab-sebab teknikal.

Sementara itu, lain-lain pemimpin parti yang digugurkan termasuklah ahli Jawatankuasa MCA Pusat yang juga Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker dan Ketua MCA Tebrau, Teng Boon Soon.

Naib Ketua Wanita, Datuk Heng Seai Kie bagaimanapun terpilih sebagai calon untuk kerusi Parlimen Padang Serai manakala Jessie Ooi, yang sebelum ini diberi jolokan 'Ms Two Truck', turut terpilih untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baru.

Calon termuda MCA ialah Ketua Pemuda Kampar, Daniel Wa Wai How, 25, yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Keranji, Perak manakala calon paling tua, ialah Ketua Biro Penerangan MCA Selangor, Datuk Yap Pian Hon, 70, yang akan bertanding di kerusi Parlimen Serdang.

CALON-CALON MCA BAGI KERUSI PARLIMEN:

KEDAH:

1. P009 Alor Setar: Datuk Seri Chor Chee Heung,58, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Naib Presiden MCA.

2. P017 Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie,51, Penasihat Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Naib Pengerusi Wanita MCA Pusat.

P.PINANG:

3. P043 Bagan: David Chua Teik Siang,50, Ketua Pemuda MCA bahagian Bagan.

4. P045 Bukit Mertajam: Gui Guat Lye, 51, Peniaga, Naib Pengerusi MCA bahagian Bukit Mertajam.

5. P051 Bukit Gelugor: Teh Beng Yeam, 45, Penguambela, Penolong Setaiusaha MCA Bahagian Tanjong.

6. P051 Bayan Baru: Tan Heap Seng, 56, Jurutera Awam, Pengerusi MCA bahagian Bukit Bendera.

PERAK:

7. P064 Ipoh Timur: Cik Kat Wong Mei Yin, 37, Penganalisa Politik, Timbalan Pengerusi Wanita MCA bahagian Ipoh Timur.

8. P065 Ipoh Barat: Dr Cheng Wei Yee, 39, Doktor Poliklinik Famili, AJK Pemuda MCA Ipoh Barat.

9. P066 Batu Gajah: Loo Thin Tuck, 38, Akauntan, Pengerusi MCA cawangan Taman Pertama.

10. P070 Kampar: Datuk Lee Chee Leong, 56, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Pengerusi MCA Bahagian Kampar.

11. P071 Gopeng: Datuk Tan Chin Meng,53, Penyelaras Parlimen,Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Barat & AJK Pusat MCA.

12. P074 Lumut: Datuk Seri Kong Cho Ha, 63, Menteri Pengangkutan, Pengerusi MCA Bahagian Lumut.

13. P077 Tanjong Malim: Datuk Seri Ong Ka Chuan, 59, Ahli Parlimen Tanjong Malim, Pengerusi MCA Bahagian Tapah.

PAHANG:

14. P080 Raub: Datuk Hoh Khai Mun, 58, Ahli Exco Negeri Pahang, Pengerusi MCA Bahagian Bentong.

15. P089 Bentong: Datuk Seri Liow Tiong Lai,52, Menteri Kesihatan, Timbalan Presiden MCA.

SELANGOR:

16. P097 Selayang: Datuk Ir Donald Lim Siang Chai, 58, Timbalan Menteri Kewangan, Naib Presiden MCA.

17. P100 Pandan: Garry Lim Chin Yee, 39, Penguambela, Penasihat undang-undang MCA Pandan.

18. P102 Serdang: Datuk Yap Pian Hon, 70, Penyelaras Parlimen, Ketua Biro Penerangan MCA Negeri Selangor (2010-Kini).

19. P104 Kelana Jaya: Loh Seng Kok, 51,Pengarah Eksekutif, Timbalan Ketua Biro Penerangan MCA Pusat.

20. P105 PJ Selatan: Seah Kok Fah,49, Peguam, Ketua Pemuda MCA Bahagian PJ Selatan.

21. P106 PJ Utara: Cik Chew Hoong Ling, 33,Perunding Kanan, Ahli MCA

22. P110 Klang: Datuk Teh Kim Poo, 62, Pengarah Urusan Syarikat, Pengerusi MCA Bahagian Klang.

WP:

23. P120 Bukit Bintang: Frankie Gan Joon Zin, 47, Pengarah Syarikat, Timbalan Setiausaha Organisasi MCA Bahagian Bukit Bintang.

24. P122 Seputeh: Puan Nicole Wong Siaw Ting, 33, Peniaga, Timbalan Ketua Beliawanis Wanita MCA Nasional.

25. P123 Cheras: Teoh Chee Hooi, 42, Pensyarah Kanan, Naib Pengerusi MCA Bahagian Cheras.

26. P124 Bdr Tun Razak: Tan Kok Eng, 33, Pengarah Syarikat, Ketua Pemuda MCA Bahagian Bandar Tun Razak.

N. SEMBILAN:

27. P128 Seremban: Datuk Dr Yeow Chai Thiam, 59, Pengerusi J/K Perhubungan MCA Negeri Sembilan.

28. P130 Rasah: Teo Eng Kian, 35, Timbalan Pengarah Pengurusan Pusat Hemodialisis Mawar, Timbalan Setiausaha Pengelola MCA Bahagian Rasah.

MELAKA:

29. P135 Alor Gajah: Datuk Koh Nai Kwong, 52, Peguam, Pengerusi MCA Bahagian Bukit Katil.

30. P138 Kota Melaka: Dr Yee Kok Wah, 35,Doktor, Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Kota Melaka.

JOHOR:

31. P142 Labis: Datuk Chua Tee Yong, 36, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, AJK Pusat MCA.

32. P145 Bakri: Chris Lee Ching Yong, 37, Peguam, Ketua Pemuda MCA Bahagian Bakri.

33. P148 Ayer Hitam: Datuk Wee Ka Siong, 45, Timbalan Menteri Pelajaran, Ketua Pemuda MCA Pusat.

34. P152 Kluang: Datuk Dr Hou Kok Chung, 50, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Timbalan Setiausaha Agung Pusat MCA.

35. P158 Tebrau: Khoo Soo Seang, 68, Ahli Dewan Negara, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Tebrau.

36. P163 Kulai: Tay Chin Hein, 45, Pengarah Urusan Syarikat, Timbalan Pengerusi MCA Kulai.

37. P165 Tanjong Piai: Puan Wong You Fong, 42, Peguam, Timbalan Wanita MCA Negeri Johor.

-mstar-

Pas Bersikap Asyobiyah Berhubung Isu Video Seks Mustapa Ali

Posted: 15 Apr 2013 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 April – Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil membidas sikap Pas yang menuduh UMNO terlibat dalam isu skandal video seks Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali secara semberono tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh.

Menurut beliau, inilah sikap kepimpinan Pas sejak dari dulu yang terdesak untuk melindungi kesilapan pemimpin tertingginya dengan cuba mengaitkan UMNO yang menjadi dalang dalam isu video skandal seks tersebut.

"Inilah sikap asyobiyah Pas. Sepatutnya Pas buat laporan polis dan serahkan pada pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan. Dan jika Datuk Mustapa tidak bersalah, buat satu sidang akhbar dan buktikan beliau bukan lelaki di dalam video seks tersebut.

"Ini tidak, balik-balik salahkan UMNO. Pemimpin mereka yang buat salah laku, UMNO juga yang dipersalahkan. Nampak sangat Pas terdesak cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat dengan meletakkan kesalahan pada UMNO, biarpun pemimpin mereka sendiri yang lakukan kesalahan moral tersebut," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

 

Beliau seterusnya berkata, sekiranya benarlah ahli atau kepimpinan UMNO terlibat dalam pengedaran atau tayangan video seks tersebut, beliau yakin pemimpin atau ahli UMNO tidak akan bersikap baling batu sembunyi tangan.

"Sebagai contoh, apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik terlibat dalam pendedahan video seks Ketua Pembangkang, beliau dengan berani membuat pengakuan dan bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.

"Kita tidak sorok-sorok seperti lagak orang penakut. Jika kita buat, maka secara 'gentleman' kita akan bertanggungjawab. Ini cara kita. Sebab itu saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan UMNO dalang penyebaran video seks tersebut," tegasnya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pendedahan video tersebut direncanakan oleh individu atau sekumpulan yang datangnya dari Pakatan Pembangkang itu sendiri.

"Ini juga tidak mustahil. Mungkin ada sikap atau pendirian Datuk Mustapa yang tidak disenangi oleh segelintir individu di dalam Pakatan Pembangkang, lalu mereka cuba untuk mencemarkan imej beliau.

"Apatah lagi kalau kita lihat senario hari ini, terlalu banyak pertelingkahan dan pertelagahan sesama mereka sendiri di dalam Pakatan Pembangkang, terutama dalam isu pembahagian kerusi untuk PRU ke 13 ini. Tidak mustahil, ianya adalah angkara dari Pakatan Pembangkang sendiri untuk menajtuhkan kredibiliti Datuk Mustapa," ujarnya.

Apa pun juga teori dan pandangan menurut beliau, Pas seharusnya menyerahkan isu skandal seks ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

"Saya yakin, pihak berkuasa akan menjalankan penyiasatan secara telus tanpa ada prejudis. Bila kita dah serahkan pada pihak berkuasa, tunggulah apa keputusannya. Janganlah belum apa-apa, tanpa sebarang bukti, tuduh kita pula (UMNO) yang jadi dalang.

"Ini jelas memperlihatkan sikap Pas yang tidak rasional dan matang yang cuba mempertahankan pemimpinnya yang mempunyai masalah moral, lalu segala kesalahan tersebut cuba dipindahkan kepada UMNO dengan mendakwa kita sebagai dalang dan sebagainya untuk mengelabui mata rakyat," jelasnya. -MediaUMNO

“Tsunami Rebut Jadi Calon” Bakal Menimpa Pembangkang 20 April Ini

Posted: 15 Apr 2013 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 April – Perebutan kawasan serta calon di kalangan parti pembangkang dilihat bakal menjadi 'tsunami' kepada gabungan berkenaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan gelombang-gelombang ke arah itu makin membesar hari demi hari.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Suffian Awang berkata percanggahan dan pertindihan dalam pengumuman calon di beberapa kawasan menjadi bukti kepada rakyat bahawa gelombang tsunami itu semakin menghampiri untuk membadai pakatan pembangkang.

Justeru beliau percaya tsunami perebutan kerusi di kalangan parti pembangkang akan dapat dilihat secara realitinya pada hari penamaan calon kelak iaitu 20 April ini.

"Tsunami akan berlaku dalam pakatan pembangkang ini…. Jika kita perhatian hari demi hari pelbagai cerita mula timbul dan pelbagai sketsa yang kita nampak dalam pembahagian kerusi parti-parti berkenaan.

"Tidak mustahillah pada hari penamaan calon nanti akan berlaku tsunami di kalangan mereka dan pada waktu itu rakyat boleh lihat apakah mereka benar-benar 'harapan rakyat' atau satu pakatan yang hanya gilakan kuasa," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah tidak mustahil juga wujudnya elemen tikam belakang antara satu sama lain.

"Nampaknya 'demi rakyat' yang diwar-warkan sudah bertukar kepada 'demi kepentingan diri dan parti’. Kita boleh nilai dan boleh buat pertimbangan berdasarkan kepada apa yang berlaku dalam parti mereka hari ini.

"Inilah masanya untuk rakyat membuat pilihan yang benar dengan berasaskan kepada 'track record' berbanding dengan mereka yang hanya sekadar berjanji..berjanji..berjanji…..," ujarnya. -MediaUMNO

BN Melaka Bariskan 33 Peratus Muka Baharu Untuk PRU 13

Posted: 15 Apr 2013 03:48 AM PDT

MELAKA, 15 April  - Barisan Nasional (BN) Melaka akan membariskan 33 peratus muka baharu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata ia meliputi calon yang akan bertanding di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya kesemua calon yang ditentukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan diumumkan pada satu majlis di kediamannya di Seri Bendahara pada 10 pagi esok.

“Saya berharap semua bersabar dan siapa sahaja calon yang disenaraikan esok, kita harap akan diterima dengan hati terbuka seperti mana janji kita pada Perdana Menteri,” katanya selepas menyerahkan topi keledar kepada 3,000 pengundi muda seluruh negeri itu di sini hari ini.

Mohd Ali berkata kesemua calon yang disenaraikan sebelum ini merupakan calon boleh menang namun pemilihan perlu dilakukan kerana kerusi yang dipertandingkan adalah terhad.

Beliau berkata perubahan tersebut bertujuan memberi peluang kepada calon baharu untuk bersama memastikan kejayaan BN pada PRU13 di samping memainkan peranan penting dalam mencorak serta menentukan masa depan negara.

Pada PRU12, BN berjaya memenangi lima kerusi Parlimen dan 23 kerusi DUN manakala DAP memperoleh satu kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN.

BN Tawar Pimpinan Dinamik, Pembangkang Bergelut Isu Moral

Posted: 15 Apr 2013 03:40 AM PDT

Negara yang maju dan progresif berpunca daripada kepimpinan yang kuat dan mantap. Kepimpinan negara yang kukuh akan diterjemahkan kepada sistem kerajaan utuh, professional dan sensitif kepada hasrat dan dasar kerajaan yang memerintah.

Hakikat ini terpaksi di dalam pentadbiran Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Pemimpin-pemimpin datang silih berganti pada setiap pentadbiran dengan pasukan mereka sendiri bagi membantu merealisasikan agenda politik nasional serta pembangunan pada tempoh terbabit.

Sejak 56 tahun lalu Malaysia sudah menyaksikan enam Perdana Menteri menduduki tampuk kekuasaan bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ini diikuti oleh Almarhum Tun Abdul Razak Datuk Hussein, Almarhum Tun Hussein Datuk Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sekarang kerajaan Malaysia diterajui oleh anakanda perdana menteri kedua iaitu Datuk Seri Mohd Najib.

Pada pilihan raya ini, Datuk Seri Najib akan meminta rakyat untuk memberi mandat yyang besar kepada beliau berdasarkan kepada sukses, ‘track record’ serta pencapaian yang yang telah ditempa selama empat tahun memegang jawatan tertinggi pentadbiran negara.

Datuk Seri Najib menerima mandat daripada perdana menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah dan PRU ke 13 merupakan pilihan raya negara pertama beliau menerajui sebagai ketua kerajaan.

Ketika kerajaan Barisan Nasional menawarkan Aku Janji kepada rakyat untuk meneruskan tradisi membela serta memperjuangkan nasib rakyat tidak mengira kaum, agama atau warna kulit, pihak pembangkang juga menghidangkan manifestonya yang penuh dengan janji-janji manis.

Berbeza dengan BN yang mampu berbangga dengan rekod perkhidmatan yang amat cemerlang selama hampir enam dekad, pembangkang yang menamai mereka sebagai Pakatan Rakyat belum pernah terserlah kemampuan dan bukti mereka mentadbir sebuah negara yang kompleks dan majmuk seperti Malaysia.

Jika berdasarkan kepada kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkang hanya berjaya melunaskan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji dalam manisfesto pilihan raya umum 2008, maka manisfesto yang ditawarkan kali ini sudah semestinya disangsi dan diragui rakyat.

Jika setakat mentadbir beberapa buah negeri pembangkang sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang berbagai rupa, bentuk dan kerumitannya serta membawa arus pembangunan yang sangat didahagakan terutamanya oleh segmen masyarakat miskin dan daif, bagaimana pula mahu memerintah sebuah negara yang lebih luas, kompleks dan penuh dengan rencam cabaran dan dugaan?

Jika pembangkang dilihat tidak mampu merealisasikan janji-janji dalam manifestonya begitu juga kepimpinan yang mahu ditawarkan untuk memimpin Malaysia.

Datuk Seri Najib berjanji akan mencalonkan sekurang-kurangnya 40 peratus muka baru yang lebih muda, keterampilan yang hebat, professional dan komited untuk membela rakyat.

BN sentiasa menghayati pendekatan peremajaan parti kerana hanya dengan lapisan pemimpin yang dinamik sahaja kerajaan yang diperintah akan melonjak kepada pencapaian pembangunan yang lebuh tinggi.

BN sentiasa menghayati pendekatan peremajaan parti kerana hanya dengan lapisan pemimpin yang dinamik sahaja kerajaan yang diperintah akan melonjak kepada pencapaian pembangunan yang lebuh tinggi.

Di dalam aspek ini pembangkang amat ketinggalan sekali.

Ketua de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim akan mencecah 67 tahun dan bukanlah calon utama pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana Pas sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat masih sepenuhnya menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri malah telah mencadangkan presidennya Andul Hadi Awang kepada jawatan itu.

Walaupun Anwar dilihat sebagai tokoh pembangkang paling layak untuk diketengahkan sebagai calon PM namun faktor lain menidakkan pula keserasian beliau kepada jawatan itu.

Beliau pernah menjadi orang nombor dua di bawah Tun Dr Mahathir, menteri kewangan selama lapan tahun serta menduduki jawatan timbalan presiden dalam UMNO.

Jika Anwar pernah mengatakan kepada pelapis-pelapis semasa mengetahui Abim dahulu bahawa seorang pemimpin itu harus bersih dan nampak bersih.

Di sini Anwar kecundang dalam penilaian kesesuaiannya sebagai PM. Walaupun bijak berbicara, pandai berbahas, ada sifat kepimpinan tetapi pelakunya buruk dan jijik.

Video demi video didedahkan di dalam blog perihal perilaku seks songsang dan terlarang oleh bukan sahaja oleh agama tetapi juga ukuran moral masyarakat, namun tidak pernah sekali Anwar mengaku dialah pelakunya.

Walaupun jelas bahawa paparan video-video seks yang dikaitkan dengannya adalah beliau sendiri, Anwar tetap menafikannya.

Perilaku Anwar yang terbelit dengan pelbagai dakwaan seks dengan lelaki dan juga perempuan tidak memungkinkan beliau menjadi seorang pemimpin yang bersih dari segi akhlak dan moral.

Apatah lagi yang ingin dipimpinnya adalah sebuah negara Islam yang majoritinya adalah orang Melayu yang berpegang kuat kepada amalan serta tradisi Islam.

Pemimpin yang jengkel akhlak dan moralnya seperti Anwar akan mudah diperas ugut oleh musuh-musuh negara seperti mana yang berlaku kepada ramai pemimpin politik di Amerika Syarikat, Eropah malah di Singapura juga.

Jika di ambil Abdul Hadi pula sebagai Perdana Menteri masalah yang sama juga timbul walaupun berbeza sedikit.

Walaupun mempunyai ‘creditial’ agama dan akhlak yang bersih daripada sebarang skandal, Abdul Hadi tidak mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir kerajaan.

Semasa menjadi Menteri Besar Terengganu selama sepenggal, beliau dikatakan banyak menyerahkan pentadbiran harian kerajaan negeri kepada kroni kepercayaannya, Mustafa Ali.

Jadi sebenarnya Mustafa lah de facto menteri besar yang sebenarnya dan bukannya Abdul Hadi.

Beliau juga takut kepada Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat dan sentiasa akur kepada kehendak pemimpin veteran itu.

Jika Abdul Hadi menjadi PM, bukan beliau yang berkuasa tetapi Nik Aziz yang akan membuat semua keputusan penting bagi pihaknya.

Dalam Dap, barisan pimpinannya tidak banyak berubah sejak era tahun 1960an.

Umpamanya Lim Kit Siang masih terus menjadi pemimpin yang memegang kuasa sebenar di dalam Dap sejak 1969 bila mana parti-parti politik lain sudah banyak kali berganti pemimpin.

Dr Muslim Umar

Najib – BN Prepared For Multi-Dimensional Fights In General Election

Posted: 15 Apr 2013 03:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 15  - Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Najib Tun Razak said the alliance was ready to face multi-dimensional fights in the 13th General Election.

The prime minister noted that the polls would take place against the backdrop of non-conventional settings, given technology advances and the advent of new media such as Twitter.

“The cyberspace will be more important than before and the BN is ready for that,” he told reporters after handing out nomination documents to BN component party chiefs and state chairmen here today.

Acknowleding the challenges ahead, Najib, nonetheless, expressed confidence the BN would be able to communicate their ‘stories’ well to the people, starting with the alliance’s election pledge.

“As you know, our manifesto has gone down well and been received positively by the people,” he said.

The BN’s next challenge was to communicate with its candidate line-up, said Najib, who was equally confident that those picked by the party would be well received by the electorate.

“It will indicate our desire for transformation, combining experience and wisdom to run the government both at the federal and state levels,” he added.

Daulat To Continue Until ESSCOM Takes Over – CAF OPS

Posted: 15 Apr 2013 03:31 AM PDT

LAHAD DATU, April 15  - Ops Daulat will be continued until the supervision and monitoring of the operation is taken over by the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), said the Chief of Armed Forces (CAF), Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

“Ops Daulat will be continued, it’s just that what was said by the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, (Ops Daulat) will be gradually handed over to ESSCOM in terms of its supervision and monitoring.

“And currently, there are military officers from ESSCOM who are already with me to learn and gather information on how the Ops Daulat is being implemented,” he told reporters, here today.

Zulkifeli said at the moment, the number of military personnel in Lahad Datu would be reduced and the military would draw up their operations in other areas such as Semporna and Sandakan gradually.

“During the Ops Daulat, a total of 3,500 military personnel were deployed here and today, about 2,500 personnel are still deployed here. The same goes for the armoured cars, we will reduce the number gradually,” he said.

Commenting on Ops Daulat, Zulkifeli said he and the Inspector-General of Police, Tan Sri Ismail Omar, would look at the level of security in the surrounding areas before proposing to the government the official handing over of the operations to ESSCOM.

Meanwhile, Zulkifeli said a permanent camp would be created in the vicinity of Felda Sahabat with the cooperation of Felda.

“I have discussed with the Defence Minister, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi and had obtained agreement in principle that we will build a permanent camp here. Felda and I will identify several suitable locations for the camp,” he said.

On Kampung Tanduo, which was among the locations for the clash with the terrorists from Sulu, Zulkifeli said : “We are still dominating the area although there is no threat. We will be there for as long as possible.”

On the ESSCOM, Zulkifeli said the setting up of the command appeared to be more focused, more strongly structured and orderly and it would be able to ensure the continued implementation of government policies.

Pembangkang Terdesak Tawar Habuan Kepada Bekas Wakil Rakyat – Zahid

Posted: 15 Apr 2013 03:21 AM PDT

BAGAN DATOH, 15 April –  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan pakatan pembangkang menawarkan habuan kepada bekas wakil rakyat yang meninggalkan pakatan itu untuk menyertai mereka semula sebagai tindakan yang sangat terdesak.

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datoh itu berkata pelbagai taktik kotor akan digunakan oleh pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-13 ini bagi mencapai cita-cita untuk memerintah negara.

“Perbuatan itu sama seperti menjilat ludah sendiri untuk menggunakan semula pengaruh bekas wakil rakyat untuk menyokong mereka,” katanya  selepas Majlis Mesra Bersama Pemimpin di Sungai Sumun di sini pada Isnin.

Beliau mengulas pendedahan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Zulkifli Nordin bahawa terdapat beberapa bekas pemimpin dan wakil rakyat yang keluar daripada pakatan pembangkang menerima ugutan dan ditawarkan habuan sekiranya mereka menyertai semula pakatan itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan, turut membidas pembangkang yang sering menuding jari kepada UUMNO sekiranya berlaku krisis dalaman yang membabitkan pemimpin mereka.

“Siapa lagi yang mereka nak salahkan. Mereka salahkan seteru atau musuh politik mereka sedangkan itu masalah dalaman mereka,” katanya.

UMNO Tuntut Mustafa Ali Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Posted: 15 Apr 2013 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 April – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diberi tempoh 24 jam bermula hari ini untuk membuat permohonan maaf atas tuduhan mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah yang didakwa menyerupai dirinya.

Menurut Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun, beliau telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mustafa yang telah mengaitkan nama UMNO terhadap penyebaran video lucah yang tersebar luas sejak 11 April lalu.

"Ini kerana segala tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburuk dan merosakkan reputasi dan imej UMNO terutamanya menjelang PIlihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei akan datang.

"Tindakan undang-undang diambil melalui Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Setiausaha Agung Pas berkaitan kenyataannya yang telah diterbitkan oleh hampir ke semua surat khabar utama di Malaysia selain di laman-laman sesawang termasuklah yang dilaporkan dan diterbitkan di portal Malaysiakini bertarikh 13 April yang bertajuk 'Mustafa letak jawatan SUA Pas'.

"Di dalam artikel tersebut tertulis bahawa beliau mengeluarkan kenyataan berbunyi 'Ini adalah kebiasaan UMNO, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaru fitnah UMNO," ujar Hafarizam.

Tidak cukup dengan itu, Mustafa turut membuat kenyataan umum semasa memberi ceramah di markas PAS Kampung Molek, Dungun, Terengganu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar HarakahDaily di bm.harakahdaily.net di dalam Artikel bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak' yang bertarikh 13 April 201.

Di dalam artikel terbut tertulis 'beliau mendakwa UMNO sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air' dan 'bagi Mustafa, UMNO bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu'.

Oleh yang demikian, UMNO telah memberi tempoh 24 jam kepada Mustafa Ali untuk memohon maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik penerbiatan kenyataan berunsuf fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya.

Mustafa juga harus berhenti daripada memberi atau membenarkan apa-apa kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu ini atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang serupa dengannya serta menyediakan satu akujanji bertulis bahawa tidak akan menerbitkan dan membenarkan kenyataan berunsur fitnah terbut atau kenyataannya yang serupa dengannya dikeluarkan serta membayar gantirugi bagi kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung.

Sekiranya Mustafa gagal untuk berbuat demikian maka prosiding mahkamah akan diteruskan tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuk menfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa berunsur fitnah yang telah membawa maksud :

(i) UMNO yang merancang insiden berkaitan dengan video lucah tersebut;

(ii) UMNO kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah tersebut;

(iii) UMNO dengan sengaja kononnya mahu menyebarkan fitnah dengan menyebarkan video lucah tersebut;

(iv) UMNO kononnya memang bertanggungjawab membuat video lucah tersebut;

(v) UMNO merupakan dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut;

(vi) UMNO adalah dicurigai ketelusannya sehingga sanggup mengunakan taktik kotor untuk menjatuhkan mana-mana individu. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT