SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, April 15, 2013

UMNO Online - “Rakyat Mesti Tolak Pakatan Yang Pecah Belahkan Masyarakat – Mohamad Hasan” plus 8 more

UMNO Online - “Rakyat Mesti Tolak Pakatan Yang Pecah Belahkan Masyarakat – Mohamad Hasan” plus 8 more

Link to UMNO Online

Rakyat Mesti Tolak Pakatan Yang Pecah Belahkan Masyarakat – Mohamad Hasan

Posted: 14 Apr 2013 05:42 AM PDT

RANTAU, 14 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan mengingatkan para pengundi agar tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan dan menolak Pakatan Pembangkang di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 pada 5 Mei ini.

Menurut beliau, Pakatan Pembangkang tidak lain hanyalah mahu memecah belahkan masyarakat berbilang bangsa di negara ini dengan membawa budaya politik kebencian dikalangan rakyat.

"Mereka ini (pembangkang) cuba memecah belahkan keharmonian yang sudah wujud di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini dengan tohmahan dan fitnah yang tidak ada asasnya.

"Mereka juga hanya tahu berjanji, tetapi tidak tahu melaksanakan segala janji-janji mereka kepada rakyat. Lihat saja contoh yang berlaku di Pulau Pinang, di Selangor dan di negeri-negeri yang mereka kuasai hari ini, segala janji-janji mereka tidak dilaksanaka. Mereka hanya membohongi rakyat untuk kepentingan agenda politik mereka saja," tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 jentera BN di dalam program Pelancaran Jentera BN Parlimen Rembau di Dewan Orang Ramai Rantau, Negeri Sembilan hari ini.

Tambahnya lagi, sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang yang bertelagah sesama sendiri dalam pelbagai isu, termasuk isu pembahagian kerusi serta tidak ada persefahaman di mana setiap parti mempunyai tuju dan matlamat tersendiri sudah cukup untuk membuktikan pembangkang tidak mampu untuk mentadbir negara ini.

"Kita tak boleh memberikan kuasa kepada Pas yang membawa politik kebencian sesama Islam. Begitu juga dengan DAP yang terkenal dengan sikap cauvinis dan rasis serta PKR yang tidak tahu membezakan siang atau malam, jantan atau betina,"kata beliau sinis.

Jelasnya lagi, ini amat berbeza dengan pakatan parti politik di dalam BN yang sudah mempunyai rekod persefahaman serta satu matlamat dalam membangunkan negara sejak lebih 55 tahun yang lalu.

"Di dalam BN kita  ada 14 buah parti politik yang pastinya membawa agenda kepentingan masing-masing, namun di bawah lambang BN kita mampu untuk bersama dalam satu matlamat demi kepentingan nasional untuk semua kaum yang ada di negara ini.

"Dengan kerjasama dan kesatuan dalam satu matlamat di dalam BN untuk kepentingan bersama, maka kita mampu untuk mentadbir  dan membangunkan negara dengan baik serta berjaya mewujudkan kestabilan dan keharmonian antara kaum yang telah kita kecapi selama ini," ujarnya.

Beliau seterusnya melontarkan keyakinan bahawa BN akan terus mengekalkan penguasaannya di peringkat kerajaan negeri dan juga pusat pada PRU ke 13 ini.

"Apa yang saya lihat, sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat dengan dasar-dasar dan program kerajaan yang hari ini yang membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar serisu dan komited dalam usaha untuk membela rakyat dan memakmurkan negara.

"Saya juga yakin bahawa sekiranya semangat jentera BN seperti yang diperlihatkan hari ini, dengan kesungguhan parti-parti komponen BN seperti MIC, MCA, Gerakan, PPP dan lain-lain yang berusaha meyakinkan rakyat agar terus memilih BN untuk menerajui negara, tidak mustahil BN mempunyai peluang cerah untuk memperolehi kemenangan 2/3 kerusi parlimen pada  pilihanraya ke 13 ini," ujarnya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan ahli parlimen Rembau, termasuk ketua-ketua parti-parti komponen BN parlimen Rembau. -MediaUMNO

Umpama Menjilat Ludah Sendiri, Pembangkang Kini Berebut Ke Putrajaya

Posted: 14 Apr 2013 04:21 AM PDT

PUTRAJAYA, 14 April – Impian pembangkang untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dibidas oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya lantaran sikap mereka yang tidak menggambarkan apa yang dikata sebelum ini.

Katanya, ketika kerajaan merancang pembinaan sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang baru, pembangkang lantang mengkritik dan membuat pelbagai manipulasi negatif dengan mengatakan bahawa ia adalah satu pembaziran dan macam-macam lagi.

"Tapi hari ini kepimpinan pakatan pembangkang berlumba-lumba untuk ke Putrajaya sehinggakan sanggup melakukan apa saja sebagaimana mereka melontarkan macam-macam tuduhan dan janji-janji manis kepada masyarakat setempat," katanya.

Ujar beliau, sebagai pemimpin yang menghuni Putrajaya lebih dari dua penggal, beliau amat mengenali permasalahan dan situasi yang berlaku di sekitar kawasan terbabit.

"Hari ini apabila gendang pilihan raya bermula maka ada pula orang luar yang datang untuk menentang Barisan Nasioanl (BN), memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan yang bertungkus-lumus membangunkan Putrajaya walhal sebelum ini merekalah yang menempelak usaha kerajaan membangunkan Putrajaya.

"Orang luar yang datang ke sini menjanjikan kononnya akan menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandaraya Islam sedangkan BN telah lama mengaplikasikan konsep Islam dan pembangunannya dilaksanakan berteraskan sunnah Rasulullah SAW," tegasnya lagi.

Dalam hal ini beliau menjelaskan bahawa pembangunan Putrajaya mengambil contoh kepimpinan Nabi Muhammad SAW yang membangunkan Kota Madinah dengan memulakannya melalui pembinaan masjid.

"Ketika Putrajaya mula-mula dibangunkan, perkara pertama yang dilaksanakan ialah membina Masjid Putra dan Pejabat Perdana Menteri yang kemudiannya barulah diikuti oleh bangunan-bangunan lain di sini," katanya.

Jelas beliau, hanya orang tempatan yang tahu apa yang berlaku dalam masyarakat dan apa yang telah dilaksanakan oleh BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

"Sudah banyak yang diperjuangkan oleh BN untuk keselesaan rakyat malah ia akan terus dilaksanakan demi kesinambungan kesejahteraan masyarakat yang antaranya adalah mewujudkan sekolah agama untuk peringkat rendah dan menengah, sekolah menengah berasrama penuh, pembesaran surau-surau dan membina surau baru bagi menampung pertambahan penduduk dan banyak lagi," katanya.

Dilaporkan, untuk PRU ke-13 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan Naib Presidennya, Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya. Husam yang berasal dari Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan sebelum ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor.

Parlimen Putrajaya disandang oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai wakil rakyat yang pertama sejak tahun 2004 dengan menumpaskan calon PKR, dan pada 2008 menewaskan calon Pas. – MediaUMNO

Shafie Minta Rakyat Renungi Pertelagahan Sesama Pembangkang

Posted: 14 Apr 2013 02:59 AM PDT

SEMPORNA, 14 April – Naib Presiden UMNO  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta rakyat merenungi pertelagahan antara parti pembangkang sekarang yang membawa mesej jelas mengenai kerjasama mereka.

Katanya kegagalan pakatan pembangkang menyelesaikan isu agihan kerusi untuk ditandingi mereka pada pilihan raya kali ini membayangkan mereka juga tidak akan mampu menangani isu yang lebih penting membabitkan rakyat, agama, bangsa dan negara.

“Saya yakin segala-galanya petunjuk tuhan kepada rakyat Malaysia dalam menentukan siapa pilihan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Dengan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Perasmian Pasar Raya Sahabat Ikhtiar di Dewan Masyarakat Semporna, di sini hari ini.

Menurut Mohd Shafie, perebutan kerusi itu juga menunjukkan kerjasama pakatan pembangkang amat rapuh serta tidak ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

Ini amat berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ikhlas menjaga kepentingan seluruh rakyat  menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif, katanya.

Beliau memberi contoh manifesto pilihan raya BN yang lengkap, meliputi keperluan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Manifesto itu katanya dianggap Perdana Menteri sebagai akujanji BN untuk terus membangunkan negara dan memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

“Pilihlah pemimpin yang ada keikhlasan mahu membantu kita. Kepimpinan Najib mampu membawa negara ke arah kejayaan. Pembangkang pandai buat ceramah sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat,” katanya. 

Artis Veteran Lancar Program Ziarah Syukur Bantu Kerajaan Dalam PRU-13

Posted: 14 Apr 2013 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 April – Menyedari Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bakal menjadi PRU paling sengit dalam sejarah, Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia terpanggil untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam mendekati rakyat.

Oleh yang demikian, persatuan ini dengan kerjasama SME Associates Sdn. Bhd melancarkan Program Ziarah Syukur. Program ini akan disertai oleh artis pelbagai lapisan generasi bakal menjelajah ke beberapa negeri bermula dari negeri Kedah.

Ujar Perancang dan Penganjur Bersama, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar, program ini akan berlangsung secara santai dan artis-artis bakal menginap di rumah keluarga angkat terpilih seterusnya meneruskan aktviti seperti melawat ke pusat mengundi bagi mendekati rakyat.

"Kita bukanlah bergerak secara ekstrem tetapi secara santai. Kita mahu rakyat sedar bahawa betapa beruntungnya kita mempunyai kerajaan yang amat bertanggujawab. Mungkin akan ada pihak yang mempertikaikan penglibatan artis tetapi perlu diingat bahawa artis juga rakyat negara ini dan mempunyai hak untuk bersuara.

"Malah sebenarnya saya telah memulakan pendekatan sebegini lama dahulu dan ianya mendapat kecaman pihak pembangkang. Tetapi sekarang lihatlah, mereka telah meniru cara saya iaitu menggunakan artis untuk mempromosikan parti mereka.

"Tetapi apa yang kami buat ini adalah ikhlas dan tidak mempunyai sebarang kepentingan. Ianya hanya kerana atas rasa kesedaran dan rasa tanggungjawab sebagai rakyat negara ini," ujarnya dalam satu sidang media bagi melancarkan progam ini di sini hari ini.

Ketika ditanya mengapa memilih negeri Kedah sebagai lokasi pertama Program Ziarah Syukur ini, jelasnya, ini kerana UMNO Negeri Kedah telah memberikan kerjasama yang amat baik terhadap usaha ini.

Selain itu terang Zaienal, beliau merasakan negeri Kedah mampu ditawan kembali oleh Barisan Nasional (BN). Maka sebab itu negeri Kedah dijadikan lokasi pertama di dalam pelaksanaan program ini.

Bagi program pertama ini, ianya bakal disertai oleh 10 orang artis di antaranya, Datuk Aziz Sattar, Mustapha Maarof, Norlia Ghani, Sheera, Yana dan Najwa. – MediaUMNO

Karisma Salah Satu Bukti Kerajaan Dengar Denyut Nadi Rakyat

Posted: 14 Apr 2013 02:30 AM PDT

CHERAS, 14 April – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan yang ada sekarang ini adalalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak hanya tertumpu kepada satu kaum.

Ujarnya, setiap apa yang dirancangkan oleh kerajaan pasti akan melibatkan semua kaum sesuai dengan kempen yang dijalankan iaitu 1Malaysia.

"Rakyat perlu lihat dan menilai apa yang telah kerajaan kita lakukan. Setiap apa yang dilakukan termasuk segala transformasi pasti melibatkan semua kaum malah kerajaan pasti menunaikan setiap apa yang dijanjikan. Kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengutamakan rakyat.

"Seperti contoh program bantuan 1Azam ini. Bantuan ini adalah bertujuan membantu mereka yang tidak berkemampuan agar boleh memperbaiki taraf kehidupan mereka. Fikirlah sejenak, apa lagi yang tidak kerajaan kita lakukan untuk rakyat?," ujarnya semasa berucap merasmikan Program Penyerahan Bantuan Karisma Parlimen Cheras di sini, hari ini.

Tambah beliau, tiada parti politik lain yang lebih bertanggungjawab seperti BN yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat. Pakatan pembangkang ujarnya hanya tahu berjanji tetapi tidak pandai menunaikannya dan kerana itulah mereka mengatakan bahawa manifesto bukan janji.

"Jika manifesto bukan janji, maka apa kita nak panggil? Saya amat berharap agar para pengundi di parlimen ini tidak tersalah pilih semasa mengundi pada 5 Mei nanti kerana sekiranya tersilap maka negara dan rakyat akan menanggung akibatnya.

"Sebagai pengundi, saya minta rakyat agar membuka mata, berfikir dan menilai usaha keras kerajaan selama ini. Disebabkan kepekaan rakyat terhadap rakyatlah maka tertubuhnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebagainya.

"Oleh itu, jangan salah pilih. Jika sudah salah pilih maka amat susah untuk kita berpatah balik," jelasnya lagi. - MediaUMNO

Tiada Komuniti Termasuk Golongan Minoriti Terpinggir – Najib

Posted: 14 Apr 2013 01:19 AM PDT

PETALING JAYA, 14 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memastikan tiada komuniti, termasuk golongan minorti dipinggirkan daripada program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan di bawah pentadbirannya juga sentiasa memberi peluang kepada setiap rakyat untuk berjaya walaupun mereka adalah dari kalangan masyarakat minoriti.

” Sejak dilantik menjadi perdana menteri, saya cuba pastikan tiada komuniti sama ada kecil atau besar akan terpinggir dan kehadiran saya ke Gurdwara Sahib ini membuktikan saya buat apa yang dicakap atau walk the talk,” katanya pada majlis sambutan Hari Vaisakhi atau Tahun Baharu masyarakat Sikh di Gurdwara Sahib di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Gurdwara Sahib Harbhajan Kaur.

Najib berkata kejayaan beberapa individu dari kalangan masyarakat Sikh yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan, seperti Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Himmat Singh, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia Datuk Ranjit Ajit Singh dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh adalah antara bukti, kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga sejak tahun 2008 sehingga kini telah menyalurkan dana sebanyak RM21 juta kepada badan-badan bukan kerajaan yang mewakili kaum Sikh di seluruh negara.

Najib berkata sejak mengambil alih teraju kerajaan, beliau dan anggota kabinet berusaha memenuhi keperluan masyarakat dan bagi mendapatkan kepercayaan mereka untuk bekerjasama memastikan kejayaan program transformasi.

“Kita telah mewujudkan apa yang saya panggil sebagai keyakinan dari masyarakat Sikh..kepercayaan dengan apa yang kami wujudkan dan saya amat yakin, kita akan meneruskan dengan kepercayaan ini.

Beliau berkata kemajuan dan pembangunan yang dibawa kerajaan kepada masyarakat Sikh memberikan keyakinan dalam kalangan masyarakat itu untuk terus  menyokong kerajaan.

Najib berkata sokongan ini akan membawa kepada pengukuhan sebuah masyarakat yang pelbagai, sekaligus memberi kesejahteraan kepada setiap kaum.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM3.8 juta kepada 10 badan bukan kerajaan mewakili kaum Sikh antaranya Majlis Gurdwara Malaysia, Pertubuhan Sikh Naujawan Sabha dan Pertubuhan Jaringan Kesedaran Wanita Sikh Malaysia termasuk kepada Gurdwara Sahib Pataling Jaya, Subang dan Shah Alam Selangor serta Bayan Baru, Pulau Pinang.

Terdahulu, ketibaan Najib yang berbaju putih dan bersongkok hitam bersama isteri diberi sambutan meriah sebelum dibawa menikmati sarapan pagi dengan pelbagai juadah tradisi kaum Sikh seperti samosa, jalebi dan barfi.

Ini merupakan kali kelima Najib meluangkan masa meraikan Vaisakhi dengan masyarakat Sikh.

Pertama kali di Gurdwara Kampung Baharu pada 2009, diikuti Ipoh dan Dataran Merdeka tahun lepas dan tahun sebelumnya.

Pembangkang Johor Kini Berhadapan ‘Tsunami’ Pertikaian Sesama Sendiri – Shahrir

Posted: 14 Apr 2013 01:10 AM PDT

JOHOR BAHARU, 14 April –  Parti pembangkang di Johor kini berhadapan dengan ‘tsunami’  pertelingkahan sesama sendiri yang berpunca daripada keghairahan mengetengahkan calon ‘payung terjun’ pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Tan Sri Shahrir Samad.

Penyandang kerusi Parlimen Johor Baharu itu memberi contoh keputusan pakatan pembangkang memilih veteran DAP Lim Kit Siang sebagai calon payung terjun di kawasan Parlimen Gelang Patah yang dipertikaikan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor.

“Dalam usaha pembangkang hendak mencipta tsunami politik di Johor, mereka pula berhadapan dengan tsunami pertikaian dan perbalahan sesama sendiri akibat tindakan memilih calon payung terjun di beberapa kawasan,” katanya pada sidang media di pejabat UMNO Johor Baharu hari ini.

Katanya tsunami yang kini melanda parti pembangkang di Johor ketika ini bakal memusnahkan peluang mereka untuk menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang.

Langkah pakatan pembangkang mengetengahkan Lim sebagai calonnya bagi kerusi Parlimen Gelang Patah menyebabkan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng ‘merajuk’ dan mengambil cuti panjang selama dua minggu.

Menurut Shahrir, Chua telah bekerja keras di kawasan Parlimen Gelang Patah sebelum kerusi itu ‘dirampas’ oleh DAP yang meletakkan penasihatnya sebagai calon bagi memulakan tsunami politik di Johor.

Selain di Gelang Patah, beliau turut memberi contoh bagaimana PKR mengetepikan Ketua Cabang PKR Johor Baharu Tan Poh Lai, dan memilih Jeneral (B) Tan Sri Hashim Hussein sebagai calonnya bagi kerusi Parlimen Johor Baharu.

“Saya kesian dengan dia (Tan Poh Lai). PKR tidak mengambil kira segala kerja keras yang telah dilaksanakan oleh beliau di Johor Baharu selama ini, dengan memilih orang luar sebagai calon mereka,” katanya.

Tan merupakan seorang peguam yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Peguam Negara dan disebut-sebut sebagai calon pilihan pakatan pembangkang bagi Parlimen Johor Baharu, sebelum beliau diketepikan oleh pucuk pimpinan pembangkang yang memilih Hashim.

Cara yang dipraktikkan oleh parti pembangkang itu kata Shahrir, adalah amat berlainan dengan BN yang mementingkan anak tempatan dan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh mereka terhadap rakyat.

Ditanya mengenai Hashim, bekas Panglima Tentera Darat yang menjadi taruhan pembangkang, Shahrir berkata beliau tidak mengenali calon pembangkang itu dan menyerahkan kepada pengundi Johor Baharu untuk memilih wakil rakyat mereka.

1,700 Army Personnel Safeguarding Kedah / Perlis Border

Posted: 14 Apr 2013 12:13 AM PDT

PENDANG, April 14 – A total of 1,700 army personnel have been assigned to safeguard security at the Kedah/Perlis-Thailand border under the operation, dubbed ‘Ops Kawasan Sempadan’, to ensure national border areas are safe from foreign threats.

Second Infantry Division commander Maj Gen Datuk Azizan Md Delin said security control at the border areas nationwide needed to be mounted as usual even though there were no element of threats from foreign parties at the moment.

“As Ops Daulat will be concluding soon, security control will be carried out as usual with focus now being given to border areas.

“At present, there are no threats from the enemies. The confidence of the people on peace and security in the country is growing steadily.”

He said this to reporters after visiting the 35-year-old army personnel, Corporal Khairul Anuar Isa, who was injured while serving in Ops Daulat in Sabah, at his house in Kampung Bukit Raya Dalam, near here, today.

Also present was Brigade 7 commander, Brig Gen Datuk Zulkapri Rahamat. 

Gerak Gempur Konvoi Bermotosikal Pemuda UMNO LIbaran Lawat 20 PDM

Posted: 14 Apr 2013 12:02 AM PDT

SANDAKAN, 14 April –  Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Libaran hari ini mengadakan program gerak gempur konvoi bermotosikal sebagai persediaan menghadapi pilihan raya pada 5 Mei nanti.

Program tersebut disertai 158 belia bermotosikal yang pergi ke 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Parlimen Libaran bagi mengedarkan peralatan kempen dan berinteraksi dengan masyarakat serta petugas di setiap PDM itu.

Majlis pelepasan konvoi berkenaan disempurnakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Libaran Datuk Juslie Ajirol bersama Ketua Pemuda UMNO Libaran Suhaimi Nasir di Markas Pemuda Libaran di Bandar Labuk dekat sini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelepasan itu, Juslie berkata program tersebut yang dilaksanakan tahun lepas, merupakan program terakhir sebelum hari penamaan calon pada 20 April ini.

Katanya anggota konvoi adalah kalangan belia dan melalui program ini membolehkan mereka menyertai aktiviti persediaan BN menghadapi pilihan raya umum nanti.

Menurutnya selepas penamaan calon pada 20 April ini, anggota gerak gempur yang membabitkan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO akan digerakkan.

“Semua persiapan khususnya di semua 20 PDM telah sedia dan selepas penamaan calon nanti, PDM akan bergerak mengikut perancangan bagi memastikan kemenangan calon BN yang bertanding di Parlimen Libaran dan di dua Dewan Undangan Negeri iaitu Gum-Gum dan Sungai Sibuga,” kata Juslie.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT