SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, April 28, 2013

UMNO Online - “Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang & Karpal” plus 9 more

UMNO Online - “Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang & Karpal” plus 9 more

Link to UMNO Online

Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang & Karpal

Posted: 27 Apr 2013 06:34 AM PDT

Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan ‘ubah’ sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong pembangkang dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada pakatan pembangkang.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam pakatan pembangkang memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.

Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.

Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato’ Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.

Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.

Dalam konteks politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.

Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan ‘ubah’ yang digembar-gemburkan oleh pakatan pembangkang langsung tak menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.

Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti, bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama. Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi, tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.

Sebelum pakatan pembangkang mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.

Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.

Sheikh Borhan Samad

Jangan Lupa.. Pakatan Pembangkang Paling Angkuh, Banyak Hina Orang India

Posted: 27 Apr 2013 05:59 AM PDT

Di sebalik keghairahan jentera propaganda PR memfokuskan isu Zulkifli Noordin mengenai agama Hindu, diam tak diam sebenarnya ia sengaja disensasikan kerana PR menyedari amat perlu untuk meraih semula sokongan majoriti masyarakat India.

Sebab itu Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga turut memfokuskan isu tersebut dalam setiap ceramahnya.

Ia nyata satu strategik yang bijak disamping dapat menutup isu penghinaan yang pernah diucapkannya terhadap orang India dan agama Hindu sebelum ini.

Semasa Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri, pernah diperlekehkan agama Hindu apabila mengeluarkan ungkapan akan memansuhkan loceng kuil Hindu, demikian jaminannya kepada sekumpulan penduduk Melayu Islam Kampung Jawa sewaktu krisis dan pergaduhan kaum di Pulau Pinang tika itu.

Anwar juga meyakinkan penduduk bahawa sekiranya berkuasa kelak dia akan memastikan tidak ada lagi loceng kuil yang berbunyi di seluruh Pulau Pinang.

Sampai sekarang Anwar berdiam diri dari mengulas isu ini sedangkan sebagai seorang pemimpin politik sepatutnya wujud perasaan rendah diri dan redha mengakui kesilapan lama.

Jika Zul Noordin yang pernah tersasul sewaktu beliau bersama PAS dan PKR dulu pun sanggup memohon maaf atas kesilapannya, kenapa tidak Anwar melakukan tindakan sama?

Demikian juga sewaktu berucap di salah satu ceramah PR yang disertainya, Anwar juga pernah melabelkan penganut agama Hindu sebagai tak guna. Katanya, “ini pun ada Hindu pi sokong dia, apa tarak guna punya Hindu ini budak.”

Manakala Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah melabelkan orang India di Malaysia sebagai “pariah” namun sampai sekarang sepatah perkataan mohon maaf atas keterlanjurannya pun tak pernah keluar dari mulut Azmin.

Naib Presiden PAS, Salahhudin Ayub pula pernah menganggap perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, sedangkan ia adalah ritual keagamaan penganut Hindu. Pernahkah pemimpin PAS yang telah dihalau dari Kelantan ini mengakui kesilapannya? Tiada.

Begitu juga bila mana pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan rasis “Undi Keling Siapa Mahu?” yang jelas merendahkan martabat orang India, apakah terdetik di hati pemimpin DAP itu untuk memohon maaf? Patutkah perkara ini didiamkan sahaja?

Banyak sebenarnya kenyataan rasis oleh pemimpin PR tetapi sengaja dipejamkan mata seolah-olah tidak nampak oleh penyokongnya, sedangkan umum tahu selepas PRU 12 2008 selesai, sejak itu kaum India bagaikan terpinggir dari perhatian Kerajaan Negeri yang dikuasai PR terutama sekali di Pulau Pinang.

Lihat sajalah apa yang berlaku kepada penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang apabila Anwar hanya mendiamkan diri tanpa tindakan, sedangkan sebelum PRU-12 2008 Ketua Umum PKR itu berjanji untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala.

Adakah Kampung Buah Pala masih wujud sekarang ini? Lupakah masyarakat India dengan kekejaman PR waktu itu? Tentunya semua ini masih diingati oleh masyarakat India, justeru itu berhati-hatilah dengan mainan emosi dan propaganda PR yang terdesak untuk meraih semula undi orang India.

Andainya PR serius menolak politik perkauman, tentunya sejak dulu lagi mereka mendesak Zul Noordin meminta maaf, tapi sayangnya bila Zul Noordin kini menyedari keterlanjurannya dulu, PR pula sibuk mensensasikan isu untuk kepentingan politik. Buruk benar sikap PR.

Apa pun, kita ucapkan syabas kepada Zul Noordin kerana sedar kesilapan lamanya meski pun ucapannya itu berlaku sewaktu beliau yakin dengan perjuangan PAS yang mana tika itu juga Zul Noordin adalah Peguambela kepada Anwar Ibrahim.

gerakan-anti-pkr.blogspot.com

6 Mei – Hari Pertama Tol Free, Harga Minyak Turun Atau Hari Pertama Rakyat Kena Tipu?

Posted: 27 Apr 2013 05:43 AM PDT

Lim Guan Eng berpegang kepada consensus pakatan, PM pakatan adalah Anwar Ibrahim. Hadi Awang pula telah menyatakan kesediaannya untuk menjadi PM jika pakatan memerintah.

Anwar pula mengumumkan akan kembali ke bidang akademik jika gagal memenangi PRU13.

DAP dijangka memenangi kerusi paling banyak di antara gabungan pakatan, diikuti oleh Pas dan terakhir PKR.

Pas pula menyatakan melalui Haron Din akan melaksanakan hudud. Pada masa yang sama DAP memberi amaran jangan sebut pasal hudud.

Boleh dibayangkan apa kan terjadi jika diandaikan PR menang 112 kerusi untuk membentuk kerajaan. Ok takpa, kita bagi bonus tambahan. Katalah PR menang 130 walaupun setakat ini termasuk antara perkara mustahil.

Jika Pas menang 30 kerusi pun Pas tetap akan mempunyai kuasa tawar menawar untuk menentukan siapa akan menjadi PM.

Jika Pas menang 30 kerusi pun Pas tetap akan mempunyai kuasa tawar menawar untuk menentukan siapa akan menjadi PM.

Jika Pas tidak setuju, maka Anwar tidak layak untuk mengadap YDA Agong untuk mengangkat sumpah sebagai PM. Paling-paling pun Anwar hanya boleh mengulangi peristiwa 16 September, mengangkat sumpah depan gambar Agong.

Keadaan ini bukan saja menyulitkan pakatan untuk membentuk kerajaan, malah kedudukan kerajaan dan negara pasti akan mengalami ketidaktentuan dan haru-biru. Hanya rakyat yang emosi dan tidak berfikir panjang saja yang tidak ambil pusing situasi getir seperti ini jika berlaku.

Majoriti rakyat pasti akan terfikir apa akan jadi dengan masa depan negara. Apa jadi dengan ekonomi negara dan pelaburan asing. Apa akan jadi dengan keharmonian dan keamanan negara. Apa jadi dengan apa yang telah sekian lama mereka nikmati.

Apatah lagi untuk memikir, menilai dan menanti janji bukan janji manifesto Pakatan Pembangkang untuk ditetapi.

Pakatan Pembangkang tidak mungkin ada masa untuk menyelesaikan semua perancangan yang dijanjikan. Pakatan pembangkang tidak akan ada ruang untuk membuat keputusan ntuk menurunkan harga minyak, jalanraya bebas tol, pendidikan percuma, dll janji.

Mana mungkin mereka boleh memikirkan itu semua kerana untuk menubuhkan kerajaan dan menentukan siapa bakal PM pun mereka sudah gagal.

Keputusan pengundi untuk mengundi pakatan pembangkang adalah merupakan keputusan membunuh masa depan mereka sendiri. Tindakan mereka bukan membunuh BN tetapi membunuh masa depan negara dan masa depan rakyat seluruhnya.

Terlalu berisiko tinggi untuk rakyat menukar pemerintah yang mereka sudah tahu pasti akan bermasalah, bermula dari hari pertama kerajaan bertukar tangan lagi.

Rakyat jangan mimpilah untuk menanti pengumuman tol akan dihapuskan, harga minyak akan diturunkan pada hari pertama pemerintahan Pakatan Pembangkang seperti yang dijaja oleh Anwar.

Takkan ade der… Rakyat akan terbangang dan diperbangangkan sebaik saja Pakatan Pembangkang  mengambil-alih kerajaan.

Kamarulzaman Kamdias

Felda Confident That 90 Percent Of Settlers Support BN

Posted: 27 Apr 2013 05:22 AM PDT

BESUT, April 27  - The Felda management is confident that 90 percent of the 112,635 settlers in 317 felda settlements nationwide will support the Barisan Nasional (BN) candidates on polling day, May 5.

Felda general manager Datuk Faizoull Ahmad said this was based on the settlers’ own affirmation that they would ensure a comfortable edge for the BN in the 13th general election.

“So far, we have no problem with the settlers except for a few in the second and third generation who harboured negative views,” he told reporters when met after a programme at the Tenang Besut felda settlement here today.

He said Felda officers would approach the few to clear their confusion which according to him, was due to lack of information.

In another development, Faizoull said Felda would allocate RM45 million to implement the integrated agriculture programme for second and third generation settlers.

He said various agriculture initiatives had been planned for the second and third generation, that would ensure a sustainable income for them.

Faizoull said Felda also planned to build houses costing between RM70,000 and RM80,000 for its second and third generations throughout the country including 3,000 in Terengganu, of which 100 would be in Tenang Besut Felda.

Earlier when addressing more than 1,500 settlers at the function, he chided those who had aligned themselves with the opposition despite enjoying the benefits provided by the government.

He said it was among the aspirations of the government to transform felda settlers into a high-income cluster by 2020, hence why they must remain united.

Meanwhile in Jempol, Felda chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad said the opposition were confusing the people with old issues that had already been settled and disparaging Felda with claims that it had taken away land belonging to settlers.

“As a matter of fact, Felda has never taken any land from the settlers, the property remained theirs. It is only a deception by the opposition,” he told reporters at Bukit Rokan Felda today.

He urged felda settlers to guard against being influenced by the opposition’s propaganda.

On rumours that a former felda director had joined an oppositon party, Mohd Isa who is also the BN candidate for Jempol parliamentary constituency, said it was not a major issue and would not adversely affect Felda.

Pengundi Cina Kembali Bersama BN Di Kuantan Dan Indera Mahkota

Posted: 27 Apr 2013 05:16 AM PDT

KUANTAN, 27 April – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yakin masyarakat Cina di kawasan berkenaan akan memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Menerusi kempen dan program bersemuka dan bersama kelompok-kelompok masyarakat Cina di sini, kalangan kaum Cina melahirkan sokongan dan keyakinan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meneruskan agenda transformasi negara.

Calon BN bagi Parlimen Kuantan, Datuk Mohamed Suffian Awang berkata mereka sedar bahawa hanya wakil rakyat BN dan kerajaan BN yang mampu meneruskan agenda pembangunan lestari di bandar itu, sekali gus memacu pertumbuhan sosio-ekonomi yang lebih pesat.

“Mereka (pengundi Cina) inginkan Kuantan maju, pesat membangun dan dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya,” katanya yang berasal dari Kampung Galing Besar di sini.

Mohamed Suffian yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata rata-rata masayrakat Cina sedar segala masalah berkaitan penduduk ditangani kerajaan pusat dan kerajaan BN negeri dan bukan oleh penyandang kerusi berkenaan, Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengenai masalah banjir dan kesesakan trafik di kawasan berkenaan, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lepas, telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi mengatasi masalah berkenaan.

Calon BN bagi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata sejak lima tahun lepas di bawah wakil rakyat PKR Azan Ismail, pembangunan di kawasan Indera Mahkota seolah-olah terpinggir.

Rakyat kini sedar bahawa hanya wakil rakyat BN sahaja mampu membawa agenda perubahan daripada segi ekonomi dan sosial kepada semua kaum, katanya yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu pada 2004, sebelum bertukar kawasan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur pada pilihan raya umum 2008.

Wan Adnan yang juga Exco kerajaan negeri Pahang akan ditentang calon PKR, Datuk Fauzi Abdul Rahman, yang juga Pengerusi PKR Pahang.

Sementara itu, Datuk Chang Hong Seong, penyandang dan calon kerusi DUN Teruntum (dalam parlimen Kuantan) berkata, sokongan masyarakat Cina kepada BN dilihat semakin meningkat menerusi gerak kerja jentera kempen BN.

“Masyarakat Cina mahukan pembangunan pesat, yang menyuburkan kegiatan ekonomi, selain itu mereka juga mahu melihat pembangunan insfrastruktur yang lebih baik,” katanya.

Menurut beliau tohmahan bahawa kilang Lynas berbahaya juga tidak lagi menjadi isu kepada kaum berkenaan: “Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di kawasan Perindustrian Gebeng, bersebelahan dengan kilang Lynas, sebenarnya membuka mata semua pihak.

“Asasnya mudah sekali, jika mereka (pelabur China) merasakan kilang Lynas itu  berbahaya, mereka pasti tidak akan melabur di MCKIP ini dan ini sebenarnya membuka mata masyarakat Cina, yang sebelum ini dikaitkan dengan penentangan terhadap kilang Lynas itu,” katanya.

Projek Taman Perindustrian yang dijangka menarik pelaburan RM10.5 bilion dan bakal menyediakan 8,500 peluang pekerjaan itu membuktikan bahawa kilang memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng adalah selamat.

Penyandang dan calon BN bagi kerusi DUN Semambu (parlimen Indera Mahkota), Datuk Pang Tsu Ming berkata masyarakat Cina sebelum ini mungkin terpengaruh dengan tuduhan dan dakwaan tidak berasas pihak pembangkang.

“Bagaimanapun dengan membuat program bersama rakyat, kita berpeluang menjelaskan perkara sebenarnya dan ianya dapat membuka minda dan pemikiran  pengundi Cina khususnya untuk mereka menilai dengan bijak sebelum membuat pilihan kerajaan yang benar-benar menjanjikan masa depan lebih baik,” katanya.

Tarikh Akhir Hantar Borang BE Melalui E-Filing Dilanjutkan Hingga 15 Mei

Posted: 27 Apr 2013 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 April –  Tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Masrun Maslim berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada Selasa ini dan kita galakkan mereka menghantar melalui pos di mana borang-borang itu akan diterima LHDN selewat-lewatnya 3 Mei,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Ketika ditanya mengenai aduan orang ramai mengenai kesukaran menghantar borang penyata cukai secara manual, Masrun berkata setakat ini LHDN tidak menerima aduan sedemikian dan mengakui ia kes terpencil.

“Semakan kami di beberapa cawangan seperti di Cheras, Wangsa Maju dan Kota Baharu (Kelantan) masih menerima borang-borang itu. Ada kotak khas disediakan bagi mereka yang ingin menghantarnya,” katanya.

Beliau berkata LHDN sentiasa menggalakkan pembayar cukai mengisi borang melalui e-Filing kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah memastikan keselamatan data sampai terus ke LHDN serta dapat memelihara alam sekitar dengan kurangnya penggunaan kertas.

Sehingga kini, Masrun berkata sebanyak 1.5 juta pelbagai borang penyata cukai pendapatan telah diterima melalui e-Filing berbanding 1.4 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Sambutan terhadap e-Filing amat menggalakkan dengan ia merangkumi 70 peratus daripada jumlah borang penyata cukai pendapatan yang diterima pada tahun lepas, katanya.

Selain itu, cukai terlebih bayar juga boleh diproses dengan cepat bagi mereka yang menghantar borang taksiran melalui e-Filing.

“Justeru, kami menasihatkan kepada semua pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab dengan menghantar borang pada saat akhir supaya beralih kepada kaedah e-Filing.

“Kami pasti masalah penghantaran borang lewat dari tarikh ditetapkan akan selesai kerana e-Filing ternyata mudah, tepat dan selamat,” katanya.

Menurut laman web LHDN, tarikh akhir permohonan baru pin untuk e-Filing melalui e-mel bagi penghantaran Borang BE ialah 30 April 2013.

Rakyat Diminta Menilai Antara Transformasi Kerajaan Dan Reformasi Pembangkang

Posted: 27 Apr 2013 04:21 AM PDT

KUCHING, 27 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat membuat penilaian bijak antara transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan dengan reformasi yang dilaungkan pembangkang.

Beliau berkata dalam tempoh empat tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu gigih membawa transformasi yang cukup menyeluruh sama ada transformasi kerajaan, ekonomi, politik mahupun sosial.

Katanya program transformasi kerajaan akan menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020 manakala reformasi pembangkang ajar rakyat berdemonstrasi bagi menjayakan hasrat untuk menjadi perdana menteri, yang jelas merujuk kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Transformasi tidak merujuk kepada angka besar saja, saya tidak mahu orang kata dia tidak mendapat faedah daripada transformasi kerajaan, sebab itu daripada awal lagi ditetapkan transformasi mesti membawa kesan dan kebaikan kepada rakyat biasa supaya rakyat dapat merasai bahawa bila bercakap tentang transformasi, kita sebenarnya menjana kekayaaan negara untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di hadapan kira-kira 6,000 hadirin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Semeba, Jalan Stephen  Yong di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air persekutuan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Timbalan Menteri Kerja Raya persekutuan yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Stampin Datuk Yong Khoon Seng.

Terdahulu, ketibaan Najib bersama kenamaan lain dalam keadaan hujan renyai-renyai, disambut paluan gendang masyarakat Cina, sebelum beliau dipakai baju tradisional masyarakat Bidayuh.

Najib berkata program transformasi telah mencatatkan kejayaan besar, antaranya menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Ratusan ribu pekerjaan sudah kita sediakan, kadar pengangguran boleh dikatakan hampir ‘full employment’ (diisi sepenuhnya). Kita sudah berjaya, inilah transformasi, kalau sudah berjaya nak ubah apa lagi? Ekonomi kita sudah baik, kita dapat kembangkan nilai pasaran saham, kita dah beri faedah kepada rakyat menerusi antaranya BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)…nak ubah apa lagi?.

“Apa yang nak diubah jika perubahan sebenar sudah berlaku…inilah yang saya kata jangan termakan dengan slogan, mudah buat slogan tapi untuk membawa perubahan yang sebenar yang lebih mencabar, tetapi itulah yang telah dilakukan kerajaan BN,” katanya.

Sementara itu, Najib menyifatkan Yong seorang wakil rakyat yang ‘luar biasa’ dan sangat komited pada tugas, sehubungan itu menyeru pengundi di Stampin untuk terus memberi mandat kepada Yong pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.

“Saya beri jaminan dia (Yong) akan bekerja kuat untuk kawasan ini, saya dah tengok dia punya manifesto dan aku janji kawasan pun boleh tahan, ini menunjukkan dia komited untuk bantu tuan-tuan sekalian, jadi kalau tuan-tuan kata sayang saya seperti slogan ‘I love PM’, sokonglah Datuk Yong.

“Dan saya tidak lupa kalau tuan-tuan dan puan-puan beri sokongan kepada beliau (Yong) dan menang, saya akan menimbangkan ‘sesuatu’ untuk beliau nanti,” katanya.

Yong yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Stampin terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon DAP Julian Tan Kok Ping dan Soo Lina dari Parti Reformasi Rakyat Sarawak (STAR).

Pada pilihan raya umum 2008, Yong mengalahkan Voon Lee Shan dari DAP dan See Chee How dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 3,070 undi.

Dangerous To Elect Inexperienced To Form Gov’t – Daim

Posted: 27 Apr 2013 04:17 AM PDT

SUNGAI PETANI, April 27 – Malaysia will be toying with danger if the people elect the inexperienced to form the government in the 13th general election, former Finance Minister Tun Daim Zainuddin said today. 

He said the present time was not a suitable period for the people to change the national administration with an inexperienced opposition pact, given the economic crisis the world was in.

“The world is in an economic crisis; the United States, Europe, Japan, India and China will face economic problems,” he told reporters after attending a meeting of the Barisan Nasional (BN) election machinery for the Merbok parliamentary constituency, here.

Daim said that if the people elected a government they knew nothing about, which had no experience, the country would be in trouble.

He also said that it would not be advisable to allow PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim to take over the administration of the country because Anwar did not know much about the economy.

Daim said he was confident that the BN would retain power as the federal government and had a good chance of wresting Kedah and Selangor from the Opposition, provided the leaders and members of the BN component parties remain united.

On the bombing incidents during the election campaign in Penang and Perak, Daim said these were the work of those who knew that they would lose in the election.

“They are trying to strike fear in the people,” he said.

Penampilan Lebih 40 Peratus Muka Baru Suntik Kekuatan BN Di Johor

Posted: 27 Apr 2013 04:13 AM PDT

KULAI, 27  April  – Calon BN Kawasan DUN Bukit Permai, Ali Mazat Salleh percaya dengan penampilan lebih 40 peratus muka-muka baru yang menjadi sandaran Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini akan menjadi penilaian utama kepada rakyat khususnya di negeri Johor ini untuk mengundi BN pada 5 Mei ini.

Jelas beliau lagi penampilan lebih 40 peratus muka baru ini juga membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib begitu bersungguh untuk menjayakan agenda transformasi bagi membela rakyat dan memajukan lagi Negara.

"Sebagai calon baru dan muda dari BN, ini merupakan peluang dan kepercayaan penuh dari pimpinan parti.  Saya akan berjumpa seramai mungkin pengundi di kawasan ini untuk memberikan kepercayaan kepada saya meneruskan agenda pembelaan berterusan BN di kawasan ini.

"Kawasan DUN Bukit Permai ini merupakan sebuah kawasan luar bandar, oleh itu banyak lagi pembangunan-pembangunan yang perlu diperjuangkan seperti jalan raya kerana ada kira-kira enam buah kampong di mana penduduknya terpaksa keluar dengan membawa kenderaan sejauh 90 km untuk ke pejabat pos, pejabat daerah mahupun ke balai polis dan hospital," ujarnya selepas membuat program tinjauan mesra di IOI Mall Kulai dan pasar malam Bandar Putra di sini.

Justeru tegas beliau, menjadi harapannya agar dapat diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan atau agenda bagi membela rakyat terutama bagi mendapatkan keperluan-keperluan utama yang dinginkan pengundi.

"Saya juga akan memberi perhatian berkenaan jalan pintas dari kampung-kampung ke Bandar Kulai.  Jika perkara ini dapat direalisasikan, kawasan DUN Bukit Permai ini yang dianggap kawasan pedalaman boleh dimajukan dengan pelbagai lagi prasarana. Jalan pintas ini juga akan dapat menghubungkan kawasan Kulai dan Kluang, ini perkara penting yang harus diperjuangkan.

"Satu lagi perkara yang harus dititik beratkan ialah dalam soal pendidikan kerana tidak ada sekolah-sekolah menengah yang berada di dalam kawasan DUN Bukit Permai, Justeru jika saya diberi kepercayaan perkara-perkara utama yang saya sebutkan tadi akan saya realisasikan" ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulai. -MediaUMNO

Senario Terkini Perlihat BN Mampu Menang Sekurang-kurangnya 160 Kerusi Parlimen

Posted: 27 Apr 2013 03:55 AM PDT

PONTIAN 27 April – Melihat kepada senario politik tanahair hari ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan  berkeyakinan, Barisan Nasional (BN) mampu memenangi sekurang-kurangnya 160 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini selain terus mengekalkan Johor sebagai benteng kuat BN di Malaysia.

Namun katanya BN mesti terus berkerja kuat hingga ke masa terakhir pengundian tanpa menghiraukan apa jua propaganda pembangkang.

Pada masa yang sama beliau turut menggesa seluruh jentera BN meningkat kewaspadaan terhadap tindak tanduk ganas pihak-pihak tertentu.

"Kita mengecam dan mengutuk kekecohan dan kegiatan-kegiatan yang tidak bertanggungjawab yang dilakukan sepanjang tempoh berkempen sehingga mencetuskan kerisauan di kalangan rakyat.

"Baling bom, baling botol, ganggu bilik-bilik gerakan dengan membakar bendera, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menangkap dan membawa si pelakunya ke muka pengadilan.

"Semua pihak mesti bertenang, memang suhunya panas tetapi kita hendaklah tenang sewaktu berkempen. Jangan ikut perasaan, jangan terlalu emosial tapi kita kena rasional supaya tidak berlaku perkara-perkara yang merisaukan masyarakat," ujarnya selepas merasmikan Klinik Desa Parit Abdul Rahman di sini hari ini.

Beliau berharap agar kejadian-kejadian tidak diingini ini tidak akan akan berlaku lagi di hari-hari terakhir berkempen ini bagi menjamin proses pilihanraya umum ke-13 ini berjalan dengan lancar.

Namun kita sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku kerana kita jangkakan ada 13 kejutan yang akan dibuat oleh pakatan pembangkang dan salah satunya adalah mereka akan menimbulkan huru-hara seperti yang berlaku sehari dua ini.

"Saya harap kalau pun perkara ini tidak dilakukan oleh kumpulan pembangkang, namun kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini harus dibawa segera ke muka pengadilan," ujarnya yang juga calon BN bagi kawasan pilihanraya Parlimen Pontian.  -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT