SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, April 17, 2013

UMNO Online - “Malaysia The Most Peaceful Country In Asean” plus 9 more

UMNO Online - “Malaysia The Most Peaceful Country In Asean” plus 9 more

Link to UMNO Online

Malaysia The Most Peaceful Country In Asean

Posted: 16 Apr 2013 03:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 16  - Malaysia remains a safe destination for international events.

In a statement today, the Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) said Malaysia was ranked 20th among 158 countries in the Global Peace Index 2012.

“Among the top 20 most peaceful countries, Malaysia is ahead of Australia, Singapore, Taiwan, Netherlands and the UK. It is also the most peaceful country in the Asean region,” it said.

MyCEB and Ministry of Tourism also expressed their sympathies to the victims and family members of the Boston Marathon tragedy and wished the quick recovery for those who were being treated for injuries.

Pembangkang Beri Peluang Rakyat Johor Bukti Betapa Kesetiaan Mereka Kepada UMNO, BN

Posted: 16 Apr 2013 03:52 AM PDT

JOHOR BAHRU, 16 April – Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad melahirkan rasa terima kasihnya kepada pakatan pembangkang kerana menjadikan negeri Johor sebagai sasaran di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Ujarnya, hasrat pakatan pembangkang ini secara tidak langsung membuka peluang yang terbaik untuk rakyat Johor menyatakan bahawa mereka bangga menjadi rakyat Johor dan mempunyai prinsip yang tersendiri.

"Terima kasih kepada pakatan pembangkang kerana memberi peluang untuk rakyat Johor menunjukkan betapa sayangnya kita dan betapa taatnya kita kepada prinsip asas negeri Johor itu sendiri dan betapa setianya kita kepada UMNO dan Barisan Nasional.

"Bila DAP dan Pas kononnya nak jadikan Johor medan utama dalam PRU-13 ini, ianya membawa makna rakyat Johor telah mendapat peluang untuk membuat keputusan di mana rakyat Johor mahu kekalkan keadaan yang selama ini aman damai dan semua pihak menang atau nak jadikan suasana ini bertukar kepada suasana berbalah dan ada kerugian.

"Apabila pakatan pembangkang kata mahu membawa tsunami ke Johor yang dulunya tidak sampai ke negeri ini dan berhenti hanya di Bakri, kita boleh berdepan dengan keadaan ini kerana tsunami ini hanya akan bawa kemusnahan dan tidak membawa kebaikan. Saya pasti rakyat Johor akan menolak keadaan ini.

"Jika ada pihak yang membawa dan berbangga dengan konsep tsunami itu sebenarnya ia menyatakan bahawa mereka berbangga dengan kemusnahan. Untuk mempertahankan kemusnahan dan keburukan dari pihak luar yang membawa fahaman asing ke Johor ialah perjuangan dan keinsafan kita melalui sistem Islam dan cara pentadbiran yang telah diterapkan selama ini di negeri ini," ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

Tambah Shahrir, pakatan pembangkang merasakan sekiranya merekka mahu menjatuhkan UMNO dan BN mereka haruslah menyerang kubu kuat UMNO dan BN itu sendiri. Oleh yang demikian, Johor telah menjadi sasaran mereka menjelang PRU-13 ini.

Ketika ditanya berkenaan tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk bertanding pada PRU-13, beliau menjawab sebenarnya ia hanyalah untuk satu tujuan iaitu 'membunuh' MCA di negeri kubu kuat BN.

DAP berharap apabila ia berjaya 'membunuh' MCA pada PRU-13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai wakil tunggal kepada masyarakat Cina di Johor.

"Ini tujuan DAP sebenarnya untuk mengalahkan MCA dan jikalau mereka berjaya, mereka akan mengubah suasana politik di Johor berasaskan kepada politik perkauman. Adakah ini yang dimahukan oleh masyarakat Cina di Johor?," katanya lagi.

Menurutnya, DAP mahu melakukan perkara yang sama sebagaimana dilakukan parti pembangkang itu di Pulau Pinang pada PRU lepas iaitu 'membunuh' parti Gerakan di negeri tersebut.

Walaupun DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi parti pembangkang itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya menentang calon BN daripada parti MCA.

DAP yang berhasrat menjadikan Johor sebagai medan utamanya pada PRU13, memutuskan untuk meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah.

Parti pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin Tong yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai calonnya di Johor dengan kemungkinan besar kerusi parlimen Kluang menjadi pilihan.

Tegas Shahrir, masyarakat Cina di Johor perlu bertanya diri sendiri sama ada mereka mahukan DAP dan pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara daripada pendidikan Cina kepada rumah ibadat dan agama, sebagaimana dilakukannya kini.

Berlainan dengan pembangkang, BN, katanya, tidak mencampuri urusan sekolah-sekolah Cina sebaliknya menyerahkan pengurusan kepada persatuan Tionghua, sama seperti yang dilakukan dalam pengurusan hal ehwal agama.

"DAP, Pas dan PKR akan mempolitikkan semua perkara. Masyarakat Cina, Melayu dan India di Johor perlu bertanya sama ada ini baik untuk masa depan di Johor dan Malaysia," kata Shahrir.

Mengenai  PKR meletakkan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Hashim Hussein sebagai calon mereka di kawasan parlimen Johor Baharu, Shahrir berkata apa yang lebih penting ialah sokongan pengundi, bukan calon. – MediaUMNO

Nasarruddin Sedia Berdepan MB Selangor Yang Lari Ke Pelabuhan Klang

Posted: 16 Apr 2013 02:35 AM PDT

SHAH ALAM, 16 April –  Calon Barisan Nasional (BN) N.46 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Datuk Nasarruddin M Zin bersedia sepenuhnya untuk bertanding dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kawasan berkenaan.

Beliau seterusnya berkeyakinan dan bukan satu kejutan untuk memenangi DUN berkenaan setelah rakyat khususnya di kawasan tersebut lebih mengenali siapa sebenarnya Tan Sri Khalid.

"Berkeyakinan besar…..Insyaallah…… Bukan satu kejutan untuk kalahkan Khalid. Dia lari daripada kawasan yang dia tak 'services'. Rakyat tahu nilai yang mana intan  dan yang mana permata. Kita yakin kerana kita dah buat kerja sejak kalah.

"Turun ke bawah dan banyak kesilapan yang dibuat oleh kerajaan negeri seperti janji yang tidak ditunaikan. Dengan sokongan rakyat, insyaallah kita yakin BN tidak menghadapi masalah," katanya selepas majlis pengumuman calon BN di sini, hari ini.

Beliau seterusnya berkata kombinasi rakan-rakan komponen BN yang bekerja dalam satu pasukan adalah strategi utama pada pilihan raya kali ini.

"Rakyat tahu saiapa Khalid dan siapa BN yang bergerak secara berpasukan untuk membantu rakyat. Tambahan pula sebelum ini rakyat kenal beliau  kerana Menteri Besar yang tidak turun padang. Tidak berjasa di Pelabuhan Klang. Yang dia datang hanya nak janji…..sepanjang jadi Menteri Besar banyak janji kosong," katanya. -MediaUMNO

MB Pahang Pertahan Kerusi DUN Pelangai, Tampilkan 12 Muka Baru

Posted: 16 Apr 2013 02:25 AM PDT

KUANTAN, 16 April –  Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini.

Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, penyandang kerusi Parlimen Rompin pula akan bertanding bagi mempertahankan kerusi berkenaan, sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini, yang mengatakan beliau akan bertanding di kerusi DUN.

Adnan ketika mengumum dan menyampaikan watikah kepada calon-calon BN Pahang di Bangunan Yayasan Pahang di sini berkata 12 muka baru ditampilkan untuk DUN bagi mewakili Barisan Nasional (BN).

Muka baru itu akan bertanding di DUN Tras, Beserah, Tanjung Lumpur, Peramu Jaya, Luit, Chenor, Kuala Semantan, Bilut, Ketari, Sabai, Triang dan Bukit Ibam.

Bagi Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan Parlimen Pekan, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dicalon untuk kawasan Cameron Highlands, Parlimen Raub, yang sebelum ini disandang Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen, akan ditandingi Timbalan Pengerusi MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun, yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi DUN Bilut.

Kerusi Parlimen Jerantut akan ditandingi muka baru, Ahmad Nazlan Idris menggantikan penyandang, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, manakala kerusi Parlimen Indera Mahkota akan ditandingi Datuk Wan Adnan Wan Mamat, yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Tanjung Lumpur.

Bagi kerusi Parlimen Kuantan, setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Suffian Awang akan mewakili BN bagi merampas semula kerusi yang dimenangi calon PKR Fuziah Salleh pada pilihan raya umum 2008.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempertahankan kerusi parlimen Bera.

Selain lima kerusi parlimen berkenaan, sembilan lagi kerusi parlimen akan ditandingi penyandang bagi kerusi parlimen itu.

Dua exco kerajaan negeri Pahang digugurkan daripada senarai calon BN ialah Datuk Ishak Mohamed (penyandang DUN Bebar) dan Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz (penyandang DUN Bukit Ibam).

Tiga calon wanita akan bertanding mewakili BN ialah Datuk Maznah Mazlan yang juga penyandang kerusi DUN Muadzam Shah, Datuk Shahaniza Shamsuddin (penyandang DUN Kuala Sentul) dan muka baru, Nurhidayah Mohamad Shahaimi (DUN Luit).

Sebanyak 14 kerusi parlimen di Pahang dan 42 kerusi DUN dipertandingkan pada pilihan raya umum nanti.

Bekas Naib Presiden TM Yakin Mampu Gugat Anwar Di Permatang Pauh

Posted: 16 Apr 2013 01:54 AM PDT

GEORGE TOWN, 16 April – Bekas naib presiden Telekom Malaysia Bhd  Dr Mazlan Ismail yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Permatang Pauh, yakin mampu mengugat kedudukan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Saya akan dedahkan kepincangan dalam pakatan pembangkang (PR) yang diterajui Anwar,” katanya.

“Saya bekas naib ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, dan pernah menjadi Pengarah PRU Pas negeri pada PRU 1999 dan 2004, dan saya yakin pengalaman itu dapat menjadi bekalan dalam menempuh perjuangan politik di Permatang Pauh.

“Insya-Allah, saya yakin menang, dan telah bersedia berkhidmat untuk  masyarakat sebagai ahli politik sepenuh masa,” katanya hari ini.

Mazlan, 53, berkata menerusi sokongan padu jentera BN dan strategi rapi yang telah diatur sejak tiga bulan lepas, beliau yakin dapat mengugat kedudukan Anwar dalam mempertahan kerusi parlimen itu.

Mazlan berkata sebagai anak tempatan, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertemu penduduk dan pengundi di kawasan Permatang Pauh, malah sudah berbuat demikian ketika menyokong parti pembangkang sebelum ini.

Anak tempatan Permatang Pauh itu memiliki Ijazah Komunikasi Elektronik dari University of Salford United Kingdom (UK) dan PhD dalam Intelectual Capital Management dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Walaupun ia merupakan kali pertama saya bertanding pada pilihan raya, namun sokongan peringkat akar umbi BN telah memberikan motivasi kepada saya untuk tidak rasa takut dengan populariti Anwar,” katanya.

Najib Saddened By Boston Marathon Explosions

Posted: 16 Apr 2013 01:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 16  - Datuk Seri Najib Tun Razak said today he was deeply saddened by the explosions reported during the Boston Marathon in Massachusetts, United States, on Monday.

The prime minister, in his Twitter message, expressed his sympathy to the victims’ families.

“Our thoughts and prayers are with the victims and their families,” he said.

In the 3pm incident on Monday, three people were killed and over 130 injured when two powerful explosions rocked Boston during the annual marathon.

The two blasts occurred within seconds of each other at a sidewalk along the route of the Boston Marathon, where thousands of people had lined up to cheer on the marathoners.

Nearly 27,000 people were participating in the marathon, held annually on Patriots’ Day, the third Monday of April, which is a state holiday in Massachusetts.

Jangan Terpedaya “Tawaran Bukan-bukan” Pembangkang – Muhyiddin

Posted: 16 Apr 2013 01:31 AM PDT

JOHOR BAHARU, 16 April  - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan negara dengan menerima apa yang disifatkannya sebagai “tawaran bukan-bukan” pembangkang dalam manifesto pilihan raya mereka.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan apa yang dijanjikan pembangkang itu tidak realisitik serta tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara pada masa depan.

Beliau menarik perhatian apa yang dijanjikan dan dilakukan Barisan Nasional (BN) menerusi pelbagai dasar dan bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), telah banyak memberi manfaat kepada rakyat.

“Jangan gadai masa depan kita (apabila) hanya kita fikir soal tawaran yang bukan-bukan dibuat pembangkang (dalam manifesto mereka).

“Kita ada pandangan jauh berbanding pembangkang…mereka (hanya) nak popular,” kata Muhyiddin ketika merasmikan Himpunan Komuniti Usahawan Tekun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, hari ini.

Menurut Muhyiddin, janji yang dilontarkan pembangkang melalui manifesto mereka seperti menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bayaran tol adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan.

Ia, katanya, dibuat semata-mata untuk meraih undi bagi mencapai hasrat untuk membolehkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

“Memanglah kalau kita dengar sepintas lalu macam bagus juga sebab tidak payah bayar (PTPTN dan bayar tol)…tetapi ini mengelirukan.

“Apa yang disediakan kerajaan (menerusi PTPTN) adalah daripada sumber kerajaan dan institusi kewangan supaya anak-anak kita dapat melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

“Maka, wang yang dibayar semula itu (oleh peminjam) dapat diteruskan untuk memberi pinjaman kepada lebih ramai peminjam yang ibu bapa mereka tidak berkemampuan,” katanya.

Justeru, Muhyiddin berkata tiada sebab bagi rakyat untuk menukar kerajaan kerana kerajaan sedia ada terbukti berupaya mentadbir negara dengan baik serta melaksanakan tuntutan rakyat sejak lebih 55 tahun lepas.

“Kalau kita lihat, negara kita aman, selamat dan kekal makmur. Ekonomi berkembang…tiada krisis, rakyat hidup sejahtera, boleh berniaga seperti biasa.  Jadi, tidak sesuai untuk kita merombak (menukar) kerajaan,” katanya.

Perkara itu, menurut beliau, perlu diperjelas kepada rakyat kerana di saat-saat menghadapi pilihan raya umum kali ini, pembangkang telah menyebarkan secara meluas pelbagai fitnah dan tuduhan terhadap kerajaan.

Mengenai Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), timbalan perdana menteri berkata program itu sehingga kini telah menyalurkan pinjaman bernilai lebih RM2.5 bilion kepada 248,000 usahawan di seluruh negara.

Beliau berkata Tekun terbukti menjadi gerakan pembangunan usahawan terbesar di negara ini ke arah membela golongan Bumiputera supaya tidak ketinggalan dalam bidang ekonomi.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan anugerah usahawan Tekun Cemerlang kepada 28 usahawan di negeri ini sebagai mengiktiraf kejayaan mereka dalam bidang perniagaan.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan.

Zambry, 4 Ministers Retained In Respective State, Parliament Seats

Posted: 16 Apr 2013 01:10 AM PDT

IPOH, April 16 – The Perak Barisan Nasional (BN) is fielding 60 per cent new faces for the 59 state seats in the state, with Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir and four ministers retained in their respective state and parliament seats in the May 5 general election.

Zambry, who is also State BN chairman, ssid 35 new faces would contest in state seats while five newcomers have been nomintaed for parliamentary seats.

“As part of the Barisan’s rejuvenation process, 11 aspirants from the younger generation have been picked to represent the voice of the younger set in the state legislative assembly.

“The Perak BN is also fielding eight women contestants for the state seats and two women for parliamentary seats,” he said when announcing the BN candidates’ line-up at the State Umno Building here today.

Zambry said he would defend his Pangkor state assembly seat while Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha and Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz would contest in their respective parliamentary seats.

Zambry also announced that Deputy Minister of Plantation Industries and Commodities Datuk Hamzah Zainuddin has been re-nominated for the Larut parliamentary seat and Deputy Minister of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Datuk Tan Lian Hoe would move to the Taiping parliamentary seat from  Gerik.

The Menteri Besar said Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk S.K. Devamany would move from his Cameron Highlands parliamentary seat to Sungai Siput, while Deputy Home Minister Datuk Lee Chee Leong has been retainedin his Kampar seat and Deputy Minister of Federal Territories and Urban-Wellbeing Datuk M. Saravanan would defend his Tapah seat.

Zambry said People’s Progressive Party president Datuk Seri M. Kayveas was asked by the BN leadership at the eleventh hour to contest in the Pasir Bedamar state seat as the shortlisted candidate did not meet the criteria set by the party.

Zambry said Kayveas, who contested in Taiping and lost in the last general election, was making a sacrifice by agreeing to the party leadership’s request to contest in a state seat to help BN’s victory in Perak.

He said the candidates’ list prepared by the BN’s top leadership showed a combination of diverse background comprising professionals in the medical and legal fields, academicians, religious scholars, educators and administrators.

Malaysia’s 4B Youth Movement president Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin, 33, has been picked for the Parit Buntar parliamentary seat and 25-year-old Kampar MCA Youth committee member, Daniel Wa Wai How, is the youngest BN aspirant.

Wa is among the young faces who would spearhead the aspirations of the younger set in the country, he said.

Among the women candidates who would shoulder the BN’s challenges at the state seat level are former senior state executive councillor Datuk Hamidah Osman, State Wanita Umno chief Datuk Rusnah Kassim, State Puteri Umno leader Salbiah Mohamed, Padang Rengas Wanita Umno head Datuk Siti Salmah Mat Jusak, Puteri Umno state executive council member Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Ipoh Timur Gerakan Wanita head Ceylyn Tay Wei Lung and Pantai Remis MCA division committee member Koh Ser Yun.

All the former state executive councillors have been retained to contest in their respective seats except for Datuk Ramly Zahari and several former state assemblymen who have been excluded.

Among them are Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Kubu Gajah), Datuk Ahamed Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu), Datuk Nadzri Ismail (Manjoi) and Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampung Gajah).

Zambry said the BN leadership understood that names of certain candidates were not picked as they must remember that not all the names nominated could be accommodated.

“We try to settle the candidates’ list by consensus, we don’t announce the candidates’ names at ceramah stages. We’ve managed to settle the candidates’ list amicably.

“By nominating candidates from diverse background and new faces, particularly youths and women, the State BN was determined to deliver the goodies to the people and would not repeat the 2008 bitter episode.

BN Yakin Tawan Semula Shah Alam, Takluk Kembali Selangor

Posted: 16 Apr 2013 01:02 AM PDT

SHAH ALAM, 16 April  - Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.

“Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN Selangor hari ini mengumumkan bahawa Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai ‘calon rakan BN’ di Parlimen Shah Alam di sini.

Kerusi Parlimen Shah Alam disandang Abdul Khalid Samad daripada PAS apabila memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada PRU12 2008.

Ditanya mengapa bertanding di bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas: “hanya BN yang mampu membela nasib rakyat”, tanpa menjelaskannya dengan terperinci.

Mengulas kedudukan pencalonannya pada PRU13 sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai UMNO dan BN selepas ini, beliau menjawab: “Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN,”.

Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang dinamakan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Batu Tiga di sini menyifatkan Zulkifli sebagai aset berharga yang dapat memastikan kemenangan BN di Shah Alam.

“Kami di peringkat akar umbi akur dengan keputusan Presiden (Najib) dan akan memberikan sokongan penuh dan padu di Parlimen Shah Alam kepada beliau (Zulkifli).

“Akar umbi yakin Zulkifli merupakan calon terbaik bagi merampas kembali Parlimen Shah Alam dan percaya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau dapat membawa perubahan besar kepada Shah Alam nanti,” katanya.

Raja Nong Chik Tidak Gentar Berdepan Fitnah “Menggila” Pembangkang Di Lembah Pantai

Posted: 15 Apr 2013 11:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 April – Seperti yang dijangka ramai sebelum ini, Lembah Pantai di antara kerusi panas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini bakal menyaksikan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin diletakkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang bakal berdepan dengan calon PKR, Nurul Izzah Anwar.

Tidak hairanlah jika sebelum ini, Nurul Izzah sering menyerang Raja Nong Chik bagi menyemai perasaan 'benci' di hati pengundi di parlimen tersebut terhadap calon BN.

Ujar Nong Chik, beliau sama sekali tidak gentar berhadapan dengan Nurul Izzah malah berkeyakinan penuh bahawa parlimen ini bakal kembali ke tangan BN.

"Ramai pengundi di sini tahu, sejak PKR menang di sini, Nurul Izzah begitu jarang mendekati pengundi. Tetapi apabila PRU sudah semakin hampir dia mula berkempen dan menuduh UMNO dan BN dengan cerita-cerita buruk termasuklah isu yang kerap dibangkitnya iaitu pengundi hantu.

"Isu ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa Nurul Izzah memang tidak buat kerja kerana dakwaannya ini sama sekali tidak berasas… Kononnya terdapat 4,000 pengundi hantu di Parlimen ini.

"Sekiranya kita lihat apa yang telah dikemukakan oleh Nurul Izzah kepada SPR, senarai tersebut adalah penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan setinggan yang telahpun berpindah. Alamat mereka memang tidak wujud lagi. Saya tidak fahamlah samada Nurul Izzah memang tidak faham perkara ini atau sengaja buat tidak faham.

"Dia terus memomokkan pengundi di Parlimen ini dengan isu pengundi hantu. Isu ini tidak relevan dan adalah lebih baik membela nasib rakyat dari terus memburukkan UMNO dan BN," ujarnya kepada UMNO-Online selepas majlis pengumuman Calon BN di PWTC, hari ini.

Selain itu, Nong Chik turut melahirkan rasa terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk berjuang di Parlimen Lemban Pantai.

"Saya berkeyakinan penuh, BN akan kembali di Lembah Pantai bukan sahaja melalui kekuatan manifesto atau akujanji yang dibentangkan baru-baru ini tetapi kerana asas-asas yang telah dilakukan selama ini walaupun BN adalah pembangkang di sini.

"Kita sentiasa memperjuang dan membela nasib rakyat di sini walaupun kita tewas pada PRU lalu. Namun itu bukan bererti kita harus berhenti membela nasib rakyat.

"Tidak kira kita kalah atau menang, BN akan terus memperjuangkan nasib rakyat tanpa ada sebarang pengecualian. Saya akan terus mengekalkan perkhidmatan yang baik di Lembah Pantai," ujarnya lagi. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT