SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, April 7, 2013

UMNO Online - “Intipati Aku Janji Barisan Nasional” plus 9 more

UMNO Online - “Intipati Aku Janji Barisan Nasional” plus 9 more

Link to UMNO Online

Intipati Aku Janji Barisan Nasional

Posted: 06 Apr 2013 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam ini.

Manifesto bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu, mengandungi janji BN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandate baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup :

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia

* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar

* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk

* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja

 

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran social dan ekonomi bandar

* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam

* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja

* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar

* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan

* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan

* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan

 

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan

* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah

* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam

* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka

* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa

* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet

* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas

* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta

 

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi

* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu

* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik

 

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat

* Meningkatkan jumlah permit teksi individu
* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan kereta api berkembar

 

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana

* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk

* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan

* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara

* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak

* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara

 

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan

* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal

* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi

* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan

* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah system percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat

* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang

* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME

* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia

* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera

* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus

* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India

* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil

 

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan

* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh

* Mengembangkan persekolahan satu sesi

* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih

* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil

* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi

* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar

* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas

* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian

* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya

* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus

* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah

* Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi

* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam

* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet

 

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan
* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar

* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis

* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin

* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam

* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah

* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam

* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat

 

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari

* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal

* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama

* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja

 

11. Memenuhi Aspirasi Belia:

* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial

* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka

* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti

* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U

* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa Bandar

* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat

* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan

 

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:

* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu

* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum

* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain

* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi

* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri

* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti

* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil

 

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah

* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni

* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri
* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan

* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah

* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri

* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat

* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat

* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat

* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji

* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan

* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok

 

14. Memerangi Gejala Rasuah:

* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam

* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan

* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi

* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah

* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestai Ketua Audit Negara untuk tindakan segera

* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah

* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri

 

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan

* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara

* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap

* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama

* ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang

* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat

* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan

* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina

* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki

 

16. Gerakan Kesederhanaan Global:

* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin

* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015

* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan

* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun

* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategic politik, ekonomi dan keselamatan kita

* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah

* Memperbanyakkan program ‘outreach’ kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja

 

17. Memulihara Sumber Semula Jadi:

* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas

* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama

* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan

* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar

* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan

* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama

* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal

Nilai Kepimpinan Saya, Tidak Pernah Tikam Belakang, Kata Najib

Posted: 06 Apr 2013 08:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat menilai rekod kepimpinan beliau sebagai seorang yang setia kepada ketua dan tidak pernah “menikam belakang sesiapa pun” selama 37 tahun berada dalam arena politik.

Dalam ucapannya yang memulakan gerak kerja Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Perdana Menteri berkata beliau bermula dari bawah dan mendaki tangga kejayaan satu persatu sebelum mencapai kedudukan yang beliau miliki hari ini.

“Saya pun dah lama dalam kerajaan…daripada rambut hitam lebat sampailah rambut macam hari ini. Saya naik satu per satu, step-by-step. Dan saya tak tikam sesiapa dari belakang.

“Sebab salah satu prinsip dalam perjuangan adalah kesetiaan kepada ketua. Saya telah berkhidmat kepada tiga perdana menteri dan saya setia kepada tiga perdana menteri,” katanya.

Najib selaku pengerusi BN berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 50,000 penyokong BN pada Perhimpunan Janji 1Malaysia sempena pelancaran Manifesto BN di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam ini.

Kata Najib, pilihan kini terletak di tangan rakyat sama ada mahu memilih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau beliau sendiri sebagai pemimpin negara pada pilihan raya umum akan datang.

“Dengan penuh rendah diri, kalau rakyat Malaysia jawab Najib, maka sokong dan undilah BN. Sebab saya tak boleh lakukan perkara ini (mentadbir negara) seorang…perlukan pasukan. Dan pasukan inilah yang akan bertanding, jadi perlu beri sokongan yang padu kepada pasukan,” katanya.

Najib dalam pada itu berkata pembangkang tidak boleh diberi peluang mentadbir negara kerana gagal membawa kemajuan sepanjang lima tahun mentadbir empat negeri.

Beliau percaya, berdasarkan rekod pencapaian BN, rakyat kini lebih menyakini BN, malah menegaskan Anwar telah semakin hilang kepercayaan daripada orang-orang yang rapat dengannya.

“Yang terbaharu, Sidek Baba. Sidek Baba kata dia telah hilang kepercayaan kepada Anwar dan dia juga kata Anwar tidak layak jadi perdana menteri. Ini bukan saya kata. Ini rakan lamanya,” katanya sambil disambut tepukan dan sorakan daripada hadirin.

Datuk Dr Sidek Baba merupakan bekas rakan karib Anwar yang sama-sama berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang bertindak meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini kerana tidak lagi yakin dengan kredibilitinya.

Tegas Najib, bukti Anwar semakin hilang sokongan juga dapat dilihat apabila daripada 34 pemimpin yang menubuhkan PKR kini hanya tinggal dua orang.

“Kalau orang yang tubuhkan parti sendiri sudah hilang kepercayaan, takkan rakyat tertipu untuk beri sokongan kepada pemimpin yang tiada track record dan kredibiliti,” kata Najib.

BN Janji Tingkatkan Keupayaan PDRM, ATM Dan APMM

Posted: 06 Apr 2013 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mempertingkatkan keupayaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman, selesa dan selamat.

BN dalam manifestonya bertemakan ‘Rakyat Didahulukan’ dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini adalah antara usaha membanteras jenayah dan juga menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar.

Bagi meningkatkan keupayaan, BN berjanji akan menambah 4,000 anggota polis setiap tahun dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan diperkukuhkan dengan menambah 5,000 lagi kenderaan, selain memperkuatkan Suruhanjaya Polis. BN juga berjanji untuk menambah 50,000 anggota pasukan sukarelawan simpanan polis bagi membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.

Bagi mengurangkan jenayah, BN berjanji mewujudkan program Safecam untuk menghubungkan sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) swasta dan awam di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai titik panas.

Penggunaan CCTV akan diperluaskan bagi memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan parkir, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah kerajaan, selain memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan lain bagi menurunkan kadar jenayah jalanan.

BN juga turut berjanji untuk memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan dan menggunakan sistem 6P untuk mengekang kedatangan pendatang asing tanpa izin.

BN Janji Untuk Terus Perkukuh Perkhidmatan Kesihatan

Posted: 06 Apr 2013 08:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan negara berjanji untuk membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.

BN, dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, turut berjanji untuk melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka yang memerlukan mendapat diskaun untuk membeli ubat-ubatan tertentu.

Juga memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.

BN dalam manifesto bertema “Rakyat Didahulukan” itu juga berjanji untuk mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

Pusat Kanser dan Pusat Jantung juga akan ditubuhkan di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta di Sarawak dan Sabah.

Kerajaan BN sebelum ini telah memberi perhatian yang khusus bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan di mana untuk 2010 hingga 2013, sebanyak RM66.1 bilion telah diperuntukan untuk perkhidmatan tersebut.

Kerajaan BN juga telah komited untuk membuka 70 buah klinik 1Malaysia sebagai tambahan kepada pembinaan 175 klinik itu pada akhir 2012, selain menaik taraf 350 klinik kerajaan.

Selain memperuntukkan dana membeli 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis kerajaan di seluruh negara, serta menyediakan kemudahan ujian air kencing dan kolestrol di klinik 1Malaysia.

Kerajaan BN juga serius dalam mengurangkan kes-kes baharu HIV sejak 2005 menerusi program tukar jarum dan penggantian methadone.

Wanita Bakal Nikmati Lebih Peluang Perniagaan Untuk Berdikari

Posted: 06 Apr 2013 08:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Dalam usaha memastikan kaum wanita lebih berkeupayaan untuk berdikari, Barisan Nasional (BN) berjanji untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan ruang bagi menambah pendapatan mereka.

Selain itu, BN juga berjanji akan mewujudkan lebih banyak insentif untuk kaum wanita bekerja dari rumah, dengan lebih penekanan kepada golongan ibu tunggal, menurut Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke 13 yang bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini.

Dasar-dasar kerajaan BN selama bertahun-tahun telah memberikan pilihan kepada wanita untuk berada di barisan depan perniagaan dan inovasi tanpa mengetepikan naluri semula jadi mereka sebagai suri rumah.

Selain itu, BN juga berjanji akan menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional, dan menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang tanpa mengira jantina.

BN dalam manifesto bertema “Rakyat Didahulukan” itu juga akan melipatgandakan usaha untuk menghapuskan gangguan seksual dan penderaan di rumah dan tempat kerja, dengan mengetatkan undang-undang demi menyediakan persekitaran yang lebih selamat kepada kaum wanita.

Kerajaan BN setakat ini telahpun meluluskan Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja serta meluluskan garis panduan tentang gangguan seksual di tempat kerja dalam Perkhidmatan Awam.

Manifesto BN juga berjanji akan membuka pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta menggalakkan sector swasta untuk melakukan perkara yang sama.

Dalam usaha mempertingkatkan kedudukan wanita dalam membuat keputusan, kerajaan BN telahpun melaksanakan dasar bagi memastikan penyertaan wanita dalam membuat keputusan korporat dengan menggalakkan pelantikan wanita sehingga 30 peratus daripada jawatan-jawatan tertinggi korporat, dan sekurang-kurangnya seorang wanita dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat GLC.

Kerajaan BN juga telah memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) yang menyediakan latihan kemahiran keusahawanan kepada ibu tunggal, dan mewujudkan program GetMalaysian Business Online (GMBO) dengan peruntukan RM50 juta untuk meningkatkan jualan produk-produk usahawan wanita secara online.

Selain menambah jumlah cuti bersalin untuk wanita dalam sektor awam daripada 60 hari kepada 90 hari, kerajaan BN juga telah menyediakan pemeriksaaan percuma mamogram untuk wanita dan imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) kepada remaja perempuan.

Peluang Kenaikan Pangkat Lebih Cerah Untuk Penjawat Awam

Posted: 06 Apr 2013 08:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Penjawat awam, yang merupakan tulang belakang pembangunan ekonomi negara, mempunyai prospek lebih cerah untuk kenaikan pangkat dan pembangunan bakat jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menurut Manifesto BN bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini, BN akan memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam.

Ini termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.

Sebelum ini, kerajaan BN telah memperkenalkan dan memperkemaskan gred skim penggajian untuk penjawat awam termasuk kenaikan gaji secara keseluruhan dan beberapa inisiatif baharu yang berjumlah RM2 bilion.

Selain itu turut menyediakan tambahan tiga kali kenaikan gaji tahunan selepas mata gaji mencecah paras maksimum dalam jadual gaji berkuatkuasa 1 Jan 2013.

Kerajaan BN juga baru-baru ini telah menyeragamkan gaji anggota polis dan tentera supaya setara dengan anggota perkhidmatan awam bagi menyediakan gred gaji yang lebih tinggi serta memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok untuk anggota tentera dan polis dengan peruntukan sebanyak RM12 juta.

Selain itu, BN berjanji akan melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.

Golongan kurang upaya (OKU) juga akan diberi perhatian istimewa bagi memanfaatkan potensi dan kemampuan yang dimiliki.

Manifesto BN turut menekankan dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan awam, BN akan memperkenalkan konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ dengan memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.

Ia juga berjanji akan menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk pejabat-pejabat daerah dan kerajaan tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.

BN juga berjanji untuk menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.

Menyentuh mengenai sumber manusia, BN akan memperkenalkan program-program pengambilan pekerja dengan memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Enam Sebab Mengapa Rakyat Perlu Beri Mandat Kepada BN Pada PRU-13

Posted: 06 Apr 2013 08:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Barisan Nasional (BN) hari ini menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menurut Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, enam sebab tersebut ialah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat.

Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto bertajuk “Menepati Janji Membawa Harapan" itu.

BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian, menurutnya.

“Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji.

Selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia,” menurut manifesto bertemakan “Rakyat Didahulukan” itu.

“Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini. Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan kita.”

Menurut manifesto itu, politik yang dibawa BN ialah politik perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Parti komponen mengamalkan formula perkongsian kuasa yang efektif dan menolak politik benci membenci, pecah-belah serta menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik”.

Gabungan pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman.

BN juga terus memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar, menurut manifesto itu.

BN Janji Wujudkan Sistem Pendidikan Antara Terbaik Di Dunia

Posted: 06 Apr 2013 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Barisan Nasional (BN) berjanji untuk membawa sistem pendidikan negara ke taraf antara terbaik di dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

Manifesto BN bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, berjanji membawa Malaysia ke “tahap kategori tiga teratas” dalam sistem pendidikan terbaik dunia.

Selain itu BN turut menggariskan usahanya dalam membina kecemerlangan pendidikan negara termasuk berjanji untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dengan menjadikannya mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memperbaiki penguasaan bahasa itu dan Bahasa Malaysia dari tahap prasekolah.

Perhatian juga terus akan diberikan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains dan Matematik, selain membentuk kemahiran berfikir yang tinggi di kalangan pelajar, serta mengembangkan persekolahan satu sesi, dan menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukan.

BN juga berjanji menyediakan lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi, dan menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

BN juga berjanji untuk menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

Mengenai komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak, BN berjanji memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti di kawasan tersebut, dan memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), BN berjanji untuk memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di kedua-dua sekolah tersebut.
BN juga akan menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan berhasrat berbuat demikian, menurut Manifesto BN.

Selain itu, BN juga berjanji untuk meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk SKJC, SJKT, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

Bagi guru pula, BN berjanji menyediakan laluan kerjaya baharu kepada 420,000 guru dengan membolehkan mereka dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi masing-masing.

Juga akan merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

BN juga berjanji mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah pelajar sebanyak 20 peratus, serta menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Selain itu, juga akan memperkenalkan skim pemilikan laptop di sekolah-sekolah berasrama dengan kemudahan internet.

Bantu Belia Dalam Perniagaan Antara Fokus Manifesto Barisan Nasional Pada PRU13

Posted: 06 Apr 2013 08:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Bagi memenuhi aspirasi belia, Barisan Nasional (BN) akan memperuntukkan tabung, latihan dan insentif kepada golongan belia yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Ini adalah antara janji BN yang termaktub dalam manifestonya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 ini yang bertajuk 'Menepati Janji, Membawa Harapan' yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini.

BN juga berjanji akan menyediakan ruang komersil di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan bagi memudahkan belia yang minat berniaga mempamer serta memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.

Selain mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti, dan melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawanan dalam iM4U, janji BN.

BN juga berjanji untuk mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk mempromosi seni persembahan dan kebudayaan, serta melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa dan mempromosi gaya hidup yang lebih sihat.

BN juga berjanji mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar.

Kerajaan BN sebelum ini telah mewujudkan Tabung Tindakan Strategik untuk Golongan Muda (SAY 1Malaysia) dengan peruntukan RM200 juta bagi menyediakan latihan kemahiran kepada belia yang terpinggir daripada arus pembangunan perdana.

BN juga akan memperkenalkan Tabung Modal MyCreative dengan peruntukan RM200 juta untuk tujuan menghimpunkan idea dan inovasi baharu daripada belia, serta mewujudkan Tabung Modal Dre1M sebanyak RM130 juta bagi menyokong aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan golongan muda selain mewujudkan peruntukan RM50 juta bagi mencungkil bakat ahli sukan lelaki dan wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

BN Janji Wartakan Semua Tanah Adat Jika Diberi Mandat Pada PRU-13

Posted: 06 Apr 2013 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Dalam merancang jaringan keselamatan sosial, Barisan Nasional (BN) berjanji untuk mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri jika diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, hakim akan dibantu penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.

Janji-janji BN itu termaktub dalam Manifesto BN bertajuk “Menepati Janji, Membawa Harapan” yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini.

BN turut berjanji untuk menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi, dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.

Pada tahun ini, kerajaan BN telah memperuntukkan RM138 juta untuk menyediakan kemudahan dan peluang pekerjaan kepada Orang Asli.

Manifesto BN turut menekankan usaha untuk memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data bersepadu, dan menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

Selain itu, BN juga berjanji akan menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

Pada masa ini, kerajaan BN telah melancarkan melancarkan KAR1SMA iaitu program Kebajikan Rakyat 1Malaysia dengan peruntukan RM3.67 bilion pada tahun 2010 hingga 2013 bagi membantu golongan tua, kanak-kanak dan pekerja kurang upaya serta mereka yang menghidap penyakit kronik.

Malah kerajaan BN telah meningkatkan bantuan Jaringan Keselamatan Sosial bulanan daripada RM80 hingga RM300.

Dalam manifesto BN, kawasan Brickfields di Kuala Lumpur akan dijadikan zon mesra golongan buta supaya ia menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT