SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, April 29, 2013

UMNO Online - “Manifesto Pembangkang Jelas ‘Penipuan Di Siang Hari’ – Zahid” plus 9 more

UMNO Online - “Manifesto Pembangkang Jelas ‘Penipuan Di Siang Hari’ – Zahid” plus 9 more

Link to UMNO Online

Manifesto Pembangkang Jelas ‘Penipuan Di Siang Hari’ – Zahid

Posted: 28 Apr 2013 06:16 AM PDT

BAGAN DATOH  28 April – Manifesto pembangkang yang dicanang di seluruh negara pada pilihan raya umum ke-13 memang jelas bukanlah sesuatu yang realistik malah satu janji retorik yang penuh kepalsuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang disebutkan oleh Tan Sri Muhyiddin berkenaan manifesto pembangkang itu adalah sesuatu yang benar dan sememangnya 'penipuan di siang hari'.

Sehubungan itu katanya rakyat boleh menilai dan seterusnya melihat bagaimana mereka melaksanakan apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 yang lalu di negeri yang dikuasi mereka.

"Jelas apa yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin itu benar. Contohnya di Selangor banyak mana yang dapat dilaksanakan. Lagipun pemimpin mereka sendiri pernah sebut manifesto bukan janji dan tidak ada kesahihannya dari segi perundangan …ertinya janji-janji  yang baru itu tidak sahih dan lontaran janji palsu," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ahmad Zahid yang juga Calon BN Parlimen Bagan Datoh seterusnya berkeyakinan pengundi termasuklah di kawasan tersebut tidak akan terpengaruh dengan janji sedemikian rupa.

"Insyallah….pengundi Bagan Datoh lebih mengetahui pilihan mereka tepat. Sebelum ini, DUN Hutan melintang apa yang  telah dilaksanakan dan itulah harga yang paling mahal dibayar oleh pengundi Hutan Melintang,” ujarnya.

Terdahulu sebelum itu, beliau bersama calon BN DUN Rungkup, Datuk Shahrulzaman Datuk Yahya mengadakan 'walkabout' di Kg Bagan Sungai Tiang, dekat sini.

Dalam kunjungan berkenaan, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dnegan penduduk setempat selain melihat dengan lebih dekat kawasan yang dinaiki air ekoran air pasang yang melimpahi tebing.

Ternyata kunjungan tersebut amat dirasi oleh penduduk yang kelihatan gembira dan maisng-masing bertekad untuk sama-sama membantu kemenangan calon BN pada pilihan raya umum 5 April ini. -MediaUMNO

Wanita Kuala Kangsar Tak Toleh Belakang Lagi, Hanya Mahu Pastikan Kemenangan BN

Posted: 28 Apr 2013 05:51 AM PDT

KUALA KANGSAR 28 April – Pemangku Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar Nor Rizan Subhi menyifatkan apa jua  perkara yang melanda wanita bahagian berkenaan pada minggu lalu telah berlalu dan kini misi serta tekad pergerakan itu hanya satu untuk membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Kangsar, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan dan DUN Manong.

Beliau yang ditemui ketika bersama program turun padang calon BN Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan calon Bukit Chandan, Maslin Sham Razman di Kg Talang, berkata semangat mereka hari ini adalah satu iaitu membantu kemenangan BN.

"Kontroversi yang berlaku dah sejuk dah…Insyallah semangat wanita di sini cukup kuat dan komited termasuk Jalinan Rakyat (JR) yang bertungkus lumus menggerakkan program dan sebagainya.

"Justeru saya berharap semangat Wanita di Kuala Kangsar akan turut dikongsi oleh jentera wanita yang lain di seluruh negara. Kami semua cukup bersemangat dan telah berikrar untuk membantu parti mencapai kemenangan. Itulah tekad kami hari ini," katanya kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi kerjasama wanita bahagian cukup terserlah apabila JR di akar umbi tertanya-tanya apakah program dan apakah yang boleh dilakukan untuk membantu kemenangan calon BN.

"Inilah bukti jelas mereka cukup bersemangat dan petang ini kami bersama calon. Dengan kerjasama erat daripada seluruh jentera parti di sini, saya yakin dan percaya BN akan mencapai kemenangan," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Wanita UMNO Kuala Kangsar, Aishah Halid ketika ditemui di Pejabat BN bahagian tersebut menjelaskan pelbagai program giat diatur dalam usaha menjalankan kempen demi membantu BN mencapai kemenangan.

"Selepas apa yang berlaku kami menyusun program dan selaraskan apa yang perlu. JR berjalan seperti biasa…mereka tertunggu-tungu apa program yang ingin dibuat untuk bantu BN di Kuala Kangsar.

"Mereka kata kena lipatgandakan usaha untuk membantu kemenangan BN. Begitu hebat sekali semangat dan tekad mereka… Alhamdulillah JR di sini mempunyai keazaman yang cukup tinggi," katanya. - MediaUMNO

BN Yakin Tawan Semula Kedah, Majoriti Mudah Dalam Tangan – Ahmad Bashah

Posted: 28 Apr 2013 05:36 AM PDT

ALOR SETAR, 28 April  - Barisan Nasional (BN) Kedah yakin akan dapat menawan semula negeri ini daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini, paling kurang dengan majoriti mudah.

“Kita yakin ‘simple majority’ sudah ada dalam tangan. Sekarang kita sedang berusaha untuk mendapatkan dua pertiga majoriti,” kata Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang media di sini hari ini.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Untuk menang dengan majoriti mudah memerlukan 19 kerusi manakala majoriti dua pertiga pula 24 kerusi.

Ahmad Bashah berkata keyakinan itu turut didorong oleh ‘kepulangan’ pengundi Cina ke pangkuan BN setelah kecewa dengan pemerintahan kerajaan Pas selama lima tahun.

Katanya beliau dapat melihat sendiri sokongan yang luar biasa oleh masyarakat Cina Kedah, terutamanya daripada kalangan badan bukan kerajaan (NGO) kepada BN pada PRU13 ini.

“Mereka memberikan sokongan penuh kepada kita (kerajaan BN) supaya kita yakin dengan mereka. Orang Melayu juga sepatutnya sudah nampak, Pas telah terlalu jauh menyimpang daripada perjuangan mereka. Orang Melayu juga patut dah lama tolak Pas,” katanya.

Ahmad Bashah berkata pengundi Melayu Kedah harus memberi pengajaran kepada Pas atas kegagalan membawa perubahan kepada negeri Kedah dengan mengundi BN pada PRU kali ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat calon BN Kedah yang bertanding bagi kerusi DUN dan parlimen pada PRU13, bagi membincangkan perjalanan kempen BN.

Ahmad Bashah berkata kempen BN di negeri Kedah menunjukkan peningkatan positif dengan perubahan baik dilaporkan di beberapa kawasan hitam di Kedah.

“Muka-muka baharu dalam pencalonan kali ini juga sudah dapat diterima, baik oleh pengundi mahupun jentera parti itu sendiri dan lawatan dari rumah ke rumah sudah pun bermula. Gerak kerja juga sudah semakin pantas, dari segi kerjasama juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan,” katanya.

Jentera Wanita UMNO Diminta Berhati-hati Menjelang Minggu Terakhir Kempen

Posted: 28 Apr 2013 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 April – Jentera Wanita UMNO dinasihat agar berhati-hati menjelang minggu terakhir kempen pilihan raya umum, terutama dengan strategi pembangkang yang berunsurkan fitnah dan tohmahan.

Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, pembangkang dijangka menggunakan pelbagai taktik dan dakyah.

Beliau berkata jentera wanita juga akan memastikan pengundi tidak percaya dengan tohmahan dan fitnah pakatan pembangkang.

“Apa yang penting, kita perlu pandang ke hadapan kerana kita membawa parti yang bukan hanya membawa rekod yang baik tetapi aku janji di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan membawa Malaysia ke satu lagi era pembangunan, perpaduan dan kebertanggungjawaban.

“Kebolehpercayaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib. Ini adalah mesej jentera wanita di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita ketika mengulas persiapan jentera Wanita menjelang minggu terakhir sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Jalinan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) peringkat Lembah Pantai di sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 280 ibu tunggal dari kawasan itu.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Shahrizat, yang menafikan khabar angin beliau dan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar itu tidak sehaluan, memuji Raja Nong Chik kerana membantu beliau ketika menjadi wakil rakyat Lembah Pantai selama tiga penggal.

“Kami menyokong penuh Raja Nong Chik selaku calon BN di Lembah Pantai. Beliau adalah pemimpin utama di sini (Lembah Pantai) berganding bahu dengan saya selama 15 tahun untuk turun ke padang membawa pembangunan kepada semua rakyat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata ini termasuk perpindahan 20,000 keluarga setinggan yang mula disuarakan pada 1995 sehingga membawa mereka ke kawasan perumahan baharu pada 2008.

Mengulas peluang merampas kembali kerusi parlimen itu, Shahrizat berkata beliau yakin BN akan menang berdasarkan rekod tidak baik Nurul Izzah Anwar sebagai wakil rakyat di situ.

“Berdasarkan fakta ini, perjuangan Raja Nong Chik akan mendapat undi serta kepercayaan penduduk Lembah Pantai,” katanya.

DAP Seru Jangan Undi Pas… Bukti Pakatan Pembangkang Makin Caca Merba

Posted: 28 Apr 2013 05:22 AM PDT

KLUANG, 28 April  - Kenyataan terbuka orang nombor dua DAP Johor Norman Fernandez yang mahukan pengundi tidak memilih Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini jelas membayangkan tiada perfahaman antara dua rakan sekutu dalam pakatan pembangkang.

Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, belumpun masuk hari pengundian, perbezaan ideologi antara mereka kian jelas ketara menunjukkan masing-masing hanya mahukan kuasa dan jawatan semata-mata.

“Seorang pemimpin tertinggi DAP (Lim Kit Siang) yang tidak pernah memberi sumbangan langsung kepada kita di Johor bertanding di sini dan dalam masa yang sama Timbalan Pengerusi DAP Johor tiada persefahaman (dengan Pas dalam soal itu).

“Jadi saya nak tanya pendirian Lim Kit Siang dengan calon Pas Gelang Patah (Salahuddin Ayub) sendiri apakah sebenarnya hubungan antara mereka.

“Bagaimana nak bangunkan kawasan kerana belum pun buang undi timbalannya (Norman) kata tidak boleh kerjasama dengan Pas. Bagaimana Kit Siang nak kerjasama dengan Salahuddin di Gelang Patah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Kampung Contoh, Kahang di sini hari ini yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang R. Vidyananthan.

Hishammuddin berkata demikian sebagai mengulas laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang memetik kenyataan Norman dalam sebuah blog syedoutsidethebox.blogspot.com yang meminta pengundi agar tidak memilih Pas dalam pilihan raya umum nanti.

Antara lain dalam blog itu, Norman menyebut “Orang bukan slam perlu sedar akan melaksanakan apa yang ditetapkannya jika mendapat kuasa. Persoalan bagi orang bukan Islam ialah sama ada mereka bersedia mengambil risiko dan memberi perhatian yang mendalam jika mereka mahu mengundi Pas.”

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri turut menyifatkan pembangkang kini mula menunjukkan belang mereka dengan merancang pelbagai perkara hendak dilakukan kepada tokoh UMNO dan BN jika mereka menang dalam pilihan raya nanti.

“Karpal Singh kata nak tangkap (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad), sebelum ini Anwar doakan Mahathir meninggal awal dan mereka kata Menteri Dalam Negeri salah guna kuasa…ini belum dapat kuasa dan jawatan lagi dah tunjuk niat dan nak tangkap orang.

“Ini menjelaskan perkara yang sebenar di mana mereka mengamalkan politik kebencian yang mesti ditolak oleh rakyat kerana mereka sudah tunjuk rupa angkuh dan tunjuk belang sebenar mereka,” katanya.

Karpal Singh dalam ceramah di Kluang semalam menyatakan jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya nanti mereka akan menangkap Dr Mahathir  dan menghadapkannya ke mahkamah kerana didakwanya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai rasis.

Dalam ucapan itu beliau turut mendakwa Sultan Perak tidak mengikut undang-undang ketika memberikan Perak semula kepada BN selain menyatakan akan mengemukakan tuntutan untuk menangkap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, calon BN Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Nordin selain mengheret TV3 dan Utusan Malaysia ke mahkamah.

Cara Kempen Husam Tidak Gugat BN Putrajaya – Tengku Adnan

Posted: 28 Apr 2013 05:15 AM PDT

PUTRAJAYA, 28 April – Calon Barisan Nasional (BN) Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak berasa tergugat dengan pendekatan kempen pihak lawannya.

Beliau merasakan dengan membawa penyokong dari kawasan luar, semata-mata untuk memperlihatkan kehebatan bukanlah satu tindakan bijak.

“Kita tak nak menang sorak kampung tergadai. Biarlah kalau dia nak bawa penyokong luar, tapi harap janganlah cuba timbulkan kekacauan di kawasan Putrajaya.

“Janganlah cabut dan tanggalkan poster serta kain rentang yang BN punya,” kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama warga Kemas pada Ahad.

Beliau mengulas pertanyaan wartawan mengenai tindakan calon Pas, Datuk Husam Musa yang dikatakan membawa penyokong luar dalam ceramahnya.

Menurut Tengku Adnan, beliau lebih selesa berkempen dari rumah ke rumah dan mengunjungi kawasan tumpuan orang ramai secara santai daripada mengadakan ceramah.

Sementara itu, Tengku Adnan menyokong tindakan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mencabar Husam buktikan apa yang didedahkan dalam buku “Kenali Husam: Politik Wang dan Kronisme” adalah tidak benar.

“Kalau apa yang ditulis dalam buku itu tidak benar kenapa perlu takut.

“Selalunya ‘Siapa yang makan cili dialah rasa pedas”, kata Syed Azidi yang juga dituduh turut mengedar buku berkenaan.

Sebelum ini, Husam membuat laporan polis terhadap Tengku Adnan berhubung penyebaran buku tersebut.

Sokongan Masyarakat Cina Terhadap BN Semakin Meningkat

Posted: 28 Apr 2013 05:10 AM PDT

RAWANG, 28 April – Kehadiran lebih lima ribu pengundi kaum Cina di program kempen tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakyat di Sungai Terentang, Batu 16 Rawang hari ini membuktikan bahawa sokongan  masyarakat Cina terhadap Barisan Nasiona (BN)l kini semakin meningkat.

Najib yang juga merupakan pengerusi BN Selangor tiba kira-kira pukul 2.30 petang di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) San Yuk dan disambut meriah oleh penduduk di situ yang kelihatan berasak-asak mahu bersalaman dengan beliau.

Beliau yang kelihatan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat Cina di kawasan tersebut kemudiannya dengan rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih di atas sambutan meriah yang diberikan dan disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang hadir.

Seterusnya, Najib dalam ucapannya berjanji akan memberikan komitmen untuk membina dua buah sekolah rendah jenis kebangsaan bagi masyarakat Cina dan India di kawasan Batu 16 Rawang, sekiranya mandat diberikan kepada BN untuk kembali mentadbir negeri Selangor pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 pada 5hb Mei ini.

Selain itu, Najib turut berjanji bahawa  isu laluan kabel bervoltan tinggi, di mana laluannya akan melalui Kampung Sungai Terentang yang telah menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk, akan dialih laluannya sekiranya BN diberi kuasa untuk mentadbir semula negeri tersebut.

"Isu-isu ini termasuk di dalam aku janji BN Selangor untuk diselesaikan sekiranya BN kembali memerintah Selangor. Saya juga memberikan komitmen untuk membina balai Polis Country Home di Rawang bagi menempatkan anggota keselamatan di sekitar kawasan tersebut yang kini hanya menunggu kelulusan kerajaan.

"Ini merupakan janji dan komitmen saya terhadap penduduk di sini selaku pengerusi BN Selangor. Jadi saya minta agar rakyat untuk menyokong setiap calon BN di kawasan ini, agar BN dapat kemenangan dan seterusnya mampu untuk melaksanakan segala janji-janji kami pada anda semua," jelas beliau.

Kemudiannya secara berseloroh  Najib berkata, "Saya hari ini sudah berjanji untuk menyelesaikan segala masalah anda di sini  dan saya berharap agar anda semua dapat membantu menyelesaikan masalah saya pula iaitu untuk memberi kemenangan kepada BN untuk kembali  mentadbir semula negeri ini."

Justeru itu, Najib menyeru para pengundi di Parlimen tersebut untuk memilih BN agar rakyat tidak  akan terus dibelenggu oleh masalah-masalah air, janji-janji yang tidak ditepati dan juga kemerosotan ekonomi seperti mana yang berlaku sejak empat tahun kebelakangan ini apabila negeri Selangor ditadbir oleh Pakatan Pembangkang.

"Kita perlu menangkan calon-calon BN di kawasan DUN dan Parlimen di Selangor agar BN kembali berkuasa untuk mentadbir dan saya memberikan komitmen bahawa segala permasalahan rakyat di Selangor, khususnya di Rawang yang telah diabaikan oleh Pakatan Pembangkang akan kita selesaikan," ujarnya disambut oleh sorakan dan tepukan gemuruh oleh orang ramai. -MediaUMNO

BR1M Akan Diteruskan Walaupun Ditentang Pembangkang

Posted: 28 Apr 2013 03:18 AM PDT

RAWANG, 28 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan kerana ia merupakan program yang sangat fokus dan memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata pemberian BR1M juga lebih sampai kepada kumpulan sasaran berbanding pemberian subsidi pukal yang turut diterima oleh golongan kaya, pekerja asing dan golongan yang menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan.

“Jadi banyak ketirisan yang berlaku (jika beri subsidi pukal) tetapi bila beri BR1M mereka yang terima boleh pergi ke kedai, membeli belah, beli susu anak, beg sekolah dan pakaian.

“Ini secara tidak langsung turut membantu meningkatkan ekonomi tempatan seperti pasar tani, kedai runcit dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas berjumpa warga Kampung Baru Sungai Terentang di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang yang memperlekehkan langkah kerajaan meneruskan pemberian BR1M kepada rakyat. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan tetap akan meneruskan program BR1M jika diberi mandat pada pilihan raya umum Mei ini walaupun mendapat tentangan daripada pembangkang.

Malah, beliau berkata program itu juga akan ditambah baik lagi seperti yang terkandung dalam manifesto aku janji BN.

“Kita tahu program ini memberi manfaat kepada rakyat jadi dia (pembangkang)cuba jadikan ia satu kontroversi. Padahal rakyat senang hati dengan BR1M dan rakyat hendakkan program ini diteruskan serta ditambah lagi,” katanya.

Calon Pas DUN Lenggeng Masuk ICU Akibat Angin Ahmar

Posted: 28 Apr 2013 03:17 AM PDT

SEREMBAN, 28 April –  Calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, di sini, Zulkefly Mohamad Omar dilapor dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mendapat serangan angin ahmar pada Sabtu.

Ketua Pemuda Pas negeri Mohd Khairil Anuar Wafa yang mengesahkan perkara itu berkata Zulkefly Mohamad, 49, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Mohd Khairil yang juga calon Pas bagi kerusi DUN Labu bagaimana pun tidak pasti hospital mana dan bila Zulkefly Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan.

“Saya cuma dimaklumkan bahawa Zulkefly berada dalam ICU,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad

Zulkefly Mohamad menghadapi saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ishak Ismail dan seorang calon bebas Zulkifli Abdullah. -

Don’t Sabotage To Ensure Outstanding Victory For BN – Najib

Posted: 28 Apr 2013 03:10 AM PDT

RAWANG, April 28 – As the general election campaign entered its second and final week, Datuk Seri Najib Tun Razak reminded the party machinery to check internal problems like sabotage to ensure that the Barisan Nasional BN) achieves an outstanding victory in the May 5 polls.

The prime minister and BN chairman said he could see good momentum in the people’s support for BN and the party’s status was rising, including in regaining the people’s support in many places.

“I just want to remind (the party machinery) that we must check (internal problems) or else it will affect our performance.

“I’ve said that a two-third victory is still achievable on condition that there are no internal elements to spoil our performance.

“(Internal problems) mean sabotage or shirkers and so forth. If we are united and work very hard there’s no reason why the BN cannot win with outstanding results,” he told reporters after meeting the villagers of Kampung Baru Sg. Terentang heretoday.

Najib said he saw that the support of the people in the peninsula was good in some places while in others the BN had to work more to gain their support.

“In some places where we did not think we could advance, we received (support), some places still need continuous effort.

“So, there’s one more week to go and we will step up our efforts and engagements and resolve several matters that  may revolve around local issues,” he said.

In the opposition-led states, Najib said, he saw the blue wave except in Kelantantan where there was a red wave, a strong phenomenon for the BN to achieve success and wrest back these states.

“Although we know that it’s not easy to change the government at state level, our machinery is charged up and we will do our best to achieve this objective,” he added.

Asked on his joining his deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, in Johor tomorrow, Najib said: “I know Johor is a battlefield because the DAP leaders have chosen Johor but we are not focusing on Johor alone.”

He said he would go to all the states and the BN did not focus on Johor only because the BN policy was to achieve comprehensive victory.

Commenting on the second phase of the election campaign, he said the BN machinery must step up efforts to ensure a big victory and that was why he, as the BN chairman, was setting an example by campaigning non-stop from morning till night, like today.

“I want to show that we are serious and we must do whatever possible to achieve a big victory,” he said.

Asked whther he was tired, he said: “I still have the spirit, the spirit is till raging.”

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT