SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, April 25, 2013

UMNO Online - “Tawaran Pakatan: Anwar Penipu Besar, Rakyat Jangan Lupa” plus 9 more

UMNO Online - “Tawaran Pakatan: Anwar Penipu Besar, Rakyat Jangan Lupa” plus 9 more

Link to MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Tawaran Pakatan: Anwar Penipu Besar, Rakyat Jangan Lupa

Posted: 24 Apr 2013 09:05 AM PDT

HARI ini penulis lihat berterabur papan tanda di sekitar Selangor dan Putrajaya yang menyebut tentang ‘tawaran-tawaran’ Pakatan Rakyat  kalau puak ini berjaya menjadi kerajaan.  Tapi anehnya, bukan gambar Anwar Ibrahim yang menjadi gambar utama, sebaliknya gambar Nik Aziz.

Sedangkan yang ‘tawar’ dan jaja merata cerita tu semua ialah Anwar Ibrahim tapi kenapa bila buat playwood Billboard, gambar Nik Aziz pulak yang dibesarkan?

Nik Aziz sendiri kena kencing dengan Anwar pasal royalti minyak 20%  Kelantan tak dimasukkan dalam manifesto, tapi bab nak yakinkan rakyat, buh gambar dia.

Risik-risik, rupanya baru dapat tau, Pakatan tak confident kalau bubuh gambar Anwar sebab Anwar dan penipuan macam irama dan lagu, kalau dipisahkan pincanglah irama.  Maka itulah tidak ada confident untuk bubuh gambar Anwar sebelah ‘tawaran’ manifesto.

Ini puak dia sendiri yang tak confident nih, bukan UMNO pun.

Hakikatnya, semua orang tahu Anwar penipu, dah banyak kes yang membuktikan Anwar ini penipu besar.  28 juta rakyat Malaysia ini pun Anwar pernah tipu tau bila dakwa sudah bersedia untuk jadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.

Bukan sikit anak 28 juta tu, tapi itupun Anwar pernah tipu.

Kalau nak kata penulis tipu, bawah ini ada banyak klip-klip video yang memaparkan penipuan terang-terangan Anwar Ibrahim.  Semua ini bukti dan fakta kenapa rakyat perlu jauhkan Anwar dari kerusi Perdana Menteri.

dan:-

dan:-

Penulis nak sebut disini, semua pembohongan ini rakyat tak lupa punya.  Budak-budak Anwar yang kencing bercabang tu mungkin lupalah tapi rakyat tidak lupa.

Kalau dia boleh tipu kita semua 16 September, apa dia tak boleh tipu kita kalau diberi peluang dia jadi Perdana Menteri?  Tengok sajalah Selangor dimana Anwar jadi Penasihat Ekonomi.  Berapa dia janji 2008, berapa dia tunaikan?  Gebang busuk macam itu bolehlah, tapi rakyat perlu tunjuk kita bukan bodoh dan mudah ditipu.

Penulis nak tanya rakyat Selangor juga, Anwar dan Khalid cakap besar pasal rizab RM 2 billion, apa hasil dari rizab banyak itu yang kena pada rakyat sekarang, apa hasil?

Yilek..

At least kerajaan persekutuan kutip beratus billion cukai pendapatan, hasilnya dipulangkan semula kepada rakyat yang layak dalam bentuk BR1M, rizab Selangor ni apa hasil nampak?

Oleh yang demikian, berhentilah mempercayai Anwar, minyak turun ka apa ka, semua itu auta.  BN sudah turun 9 kali harga minyak sejak 2008, Anwar nak cerita apa pasal minyak turun?  Kita buat dulu lama sebelum dia.

Setakat turun beberapa bulan, lepas itu naikkan semula, jadah apanya.  Kalau itu berlaku, dimana rakyat nak mengadu masa itu?  Dia jadi Perdana Menteri dah, nak tunggu 5 tahun lagi ka?

Lupakanlah, bila mandat itu berakhir, apa yang tinggal di negara ini pun kita tidak tau lagi.

Ingat ini, Anwar ‘tawar’ hanya untuk dapat undi. Dia ada kepentingan lain yang lebih mendesak kalau dapat jadi Perdana Menteri dan apa pun kepentingan itu, langsung takdak kena mengena dengan rakyat.  Itu kepentingan dia dan dia semata-mata.

Video Seks Bala kepada PAS

Posted: 24 Apr 2013 04:51 AM PDT

AGENDA TAWAN MELAYU!! SEBARKAN MESEJ INI DEMI MENYELAMATKAN MELAYU KITA #BetterNation #GE13 #PRU13 @NajibRazak

Posted: 24 Apr 2013 04:27 AM PDT

Samada saudara sedar atau tidak DAP telah merancang sejak dari penubuhannya untuk menjadikan negara ini sebagai ketuanan CINA. DAP telah mengambil alih peranan KOMUNIS yang telah digagalkan dalam usaha memerintah negara ini. DAP tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan yang telah memakmurkan orang CINA di negeri majoriti orang Melayu.

Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah DITENTANG habis habisan sejak puluhan tahun lalu. Mereka tetap menganggap MELAYU BODOH bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai orang Cina. Mereka mengatakan Melayu boleh dibeli/rasuah dengan hanya secawan kopi dan paling tinggi bernilai RM50 kerana mereka tahu orang Melayu mudah lembut hati dan mudah terpedaya jika ada orang yang berbuat baik terhadapnya.

Kini mereka telah merancang untuk menguasai Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru dan Kulai kerana kawasan ini lubuk emas untuk orang Cina. Siapa yang membangunkan kawasan ini jika bukan atas jasa dan keringat kepimpinan Melayu Johor.

seterusnya di http://jejarikami.blogspot.com/2013/04/agenda-tawan-melayu-sebarkan-mesej-ini.html

Petanda Kejatuhan PR Dalam PRU-13?

Posted: 24 Apr 2013 02:09 AM PDT

Malang tak berbau, itu pepatah yang sesuai bila kita melihat satu klip video pendek yang memaparkan kejadian yang tak disangka-sangka di mana Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh yang diangkat bersama kerusi rodanya akhirnya jatuh tersembam ke depan.

Kejadian itu merupakan satu bentuk kecuaian petugas yang terlibat dan di masa depan pihak PR perlu lebih cermat supaya kejadian sama tidak berulang, jika tidak ia boleh dianggap sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) seperti Karpal.

Mungkin akan ada penyokong PAS yang menyampah dengan sikap tegas Karpal dalam membicarakan hubungan DAP dengan PAS, mereka bertepuk sakan meraikan bahana yang menimpa pemimpin DAP itu.

Namun mereka jangan lupa, baru-baru ini pun ada peristiwa berasingan melibatkan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba-tiba terjatuh memaksa petugas mengangkatnya selepas melancarkan manifesto PR di Johor.

Malah sebelum ini Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan juga khabar pernah terjatuh. Mungkin faktor usia atau keletihan puncanya.

Manakala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pula dikatakan pernah jatuh terduduk di Pengkalan Pegoh, Perak tetapi dinafikan oleh PR kononnya Anwar sengaja duduk bersila untuk beramah mesra dengan penyokongnya sebelum menuju ke pentas ceramah.

Kebetulannya, semua kejadian ini berlaku dalam tempoh selang masa yang tak berapa jauh bezanya seakan memberi satu petanda tersirat bahawa PR akan jatuh merudum menyembah tanah dalam PRU-13.

Realiti semasa menunjukkan ada logiknya apatah lagi mood sokongan rakyat tika ini cenderung kepada BN hampir sama seperti trend semasa PRU-11 tahun 2004 yang menyaksikan BN menang besar dalam pilihan raya itu.

Betul atau tidak petanda itu, hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya.

Yang penting, harapnya tiada spekulasi jahat atau tuduhan rambang oleh PR yang menyalahkan UMNO dan BN atas kejadian malang ini.

Bukan apa, selalunya tiap apa yang buruk berlaku melibatkan pemimpin PR, mereka gemar menyalahkan UMNO dan BN sebagai kambing hitam. Agaknya kalau ada anak ikan peliharaan Rafizi mati kembung dalam akuariumnya, UMNO juga yang akan dipersalahkan.

Babi Pun Tidak Sebodoh Pakatan

Posted: 24 Apr 2013 02:00 AM PDT

Sekali lagi laman ini memberi satu konotasi yang cukup biadap dan kurang ajar kepada Pakatan Rakyat selepas tajuk “DAP Haram Jadah, Lim Guan Eng Penipu, ROS Bebal“.

Dalam keadaan semua orang memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13 yang akan menjadi detik penentu kepada masa depan negara, menilai manifesto kedua-dua parti, mendengar pandangan para penganalisis politik dan ekonomi; pemimpin Pakatan rakyat sibuk dengan kerja-kerja bodoh yang cuba mewujudkan sentimen tidak senang, hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota keselamatan.

Cukup-cukuplah menipu rakyat dan menghasut rakyat membenci kerajaan. Sila baca KERAJAAN bukan BARISAN NASIONAL. Bila kita hasut rakyat benci kerajaan ia hanya akan mewujudkan keadaan anarki dan sekelompok pengikut taksub yang tidak lagi menghormati undang-undang.

Kenyataan terbaru Presiden PKR yang mempertikaikan konnonnya ada pengundian awal bagi tujuan penipuan berdasarkan satu bukti kertas undi palsu yang disebarkan oleh penyokong Pakatan di ruang siber.

Wan Azizah yang telah berpuluh tahun mengundi dan menjadi calon sudah tentu tahu bahawa kertas undi yang disebarkan ini adalah palsu. Ini kerana kertas undi tidak akan meletak sebarang gelaran dan pangkat caon seperti mana kertas undi tersebut.

kertasundi

undi+pos

Tapi mengapa dan kenapa Wan Azizah masih mahu mempertikaikan ketelusan berdasarkan kertas undi palsu ini? Tujuannya hanya satu, mahu menghasut rakyat supaya percaya pilihan raya ini tidak telus dan ada penipuan.

Cukuplah wahai Wan Azizah. Dulu kata mahukan ketelusan dengan penggunaan dakwat kekal. Bila beri dakwat kekal, cari pula alasan lain.

Kalau hendak menghasut rakyat mengadakan rusuhan jika Pakatan kalah pun carilah isu besar atau bukti kukuh, bukannya berdasarkan kertas undi yang jelas palsu. Kalau hendak buat huru-hara pun buatlah kajian sikit, janganlah tukang propaganda bodoh sangat sampai nak buat kertas undi pun tak tahu.

Babi yang kerja menyondol hari-hari pun tak sebodoh Wan Azizah yang menyondol dalam isu kertas undi palsu ciptaan pakatan ini.

Hadi Jangan Jadi Bodoh, Nik Aziz dan Karl Marx Sama Sahaja – PKR

Posted: 23 Apr 2013 11:39 PM PDT

Pemimpin mahasiswa tajaan Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam Hadi Awang sebagai tidak faham perjuangan komunis dan sosialis. Bagi kumpulan KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI) meletak gambar Karl Marx dalam bilik gerakan sama seperti penyokong Pas meletakkan gambar Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam bilik gerakan mereka.

KENYATAAN MEDIA KAMI : HADI JANGAN JADI MACAM MAHATHIR

1. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) begitu terkilan dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkenaan dengan kenyataannya semalam yang seolah mahu menghancurkan tahaluf siyasi yang dibina selama ini.

2. Tindakan yang kononnya mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sebenarnya tidak berasas. PAS tidak sepatutnya melakukan perkara yang menghancurkan persefahaman.

3. Sekiranya ada calon yang menjadi 'pengedar dadah', buat sahaja laporan Polis dan kemukakan bukti. Tak molek sekiranya bercakap kosong dan bertindak sebegini.

4. Hadi juga seharusnya menghormati dan tidak menghina fahaman orang lain, Islam menyebut bahawa 'tiada paksaan dalam beragama' malah dalam alkafirun, allah menggesa umat islam menghormati pegangan orang lain.

5. Berkenaan dengan isu gambar Karl Marx, Stanlin dan Lenin di dalam bilik gerakan, kami tidak rasa ada sebarang masalah kerana kesemuanya merupakan tokoh dalam perjuangan menegakkan negara yang berlandas kebajikan sosial.

6. Tindakan ini sama sahaja seperti menggantung gambar Tuan Guru Nik Aziz dalam bilik gerakan, apa bezanya?

7. Kalau pun ada calon yang menganut fahaman komunis, Hadi sepatutnya rasa 'bangga' kerana Islam sendiri meletakkan kesamarataan dan keadilan di tempat yang tinggi. Mungkin Hadi patut buka sejarah semula mengenai gerakan komunis di malaysia dalam usaha kemerdekaan negara.

9. Hadi sepatutnya meraikan kepelbagaian idea dalam negara demokrasi ini, bukan memaksa orang lain berfikir dalam satu acuan sahaja. Islam sendiri meraikan kebebasan berfikir apabila dalam al-Quran berulang kali menyebut 'Afala Taqqilun' (tidakkah kamu menggunakan aqal?) dan 'afala tatafakkarun' (tidakkah kamu berfikir?)

10. Jika perkara ini terjadi, memang sah Malaysia tidak akan ubah seperti zaman pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad bila mana rakyat dikekang daripada berfikir dan bercakap sehingga wujud budaya takut atau 'culture of fear' sehingga tercipta istilah Mahathirisme.

11. Kami mohon supaya Hadi menarik balik kenyataannya sebelum terlambat bagi menjamin kesejahteraan bersama.

KHALID ISMATH,
PRESIDEN,
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)

Karpal Singh Jatuh Tersembam, Ada Unsur Sabotaj?

Posted: 23 Apr 2013 09:23 PM PDT

Mungkin kejadian Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tersembam sebagaimana dalam video di bawah, ia berlaku secara tak sengaja disebabkan wujudnya unsur kecuaian.

Atau mungkin sebenarnya ada unsur sabotaj oleh jentera PR, aspek ini sukar dipastikan.

Tapi melihatkan orang tua tu jatuh tersembam menyembah bumi memang kasihan. Kita harap tiada kecederaan serius yang berlaku. Setakat ini belum diketahui di mana lokasi kejadian ini.

Apa pun, jika perkara sebegini berlaku pada pemimpin UMNO tentunya ramai penyokong PAS menganggapnya sebagai bala. Sebab ia menimpa pemimpin idola PAS, automatik dianggap sebagai ujian agaknya.

PM jamin selesaikan masalah air Selangor jika diberi mandat

Posted: 23 Apr 2013 08:39 PM PDT

 

Najib memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zulkifli Noordin. — Gambar oleh Choo Choy May

SHAH ALAM, 22 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memberi jaminan akan menyelesaikan pelbagai masalah yang menyelubungi Selangor dan memastikan negeri itu terus menjadi nadi utama pembangunan negara.

Najib berkata kegagalan utama kerajaan pakatan pembangkang dalam lima tahun ini ialah mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah air yang menyebabkan rakyat sengsara selain memberi kesan dalam pembangunan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Dalam soal air, kita tengok mereka patut memberi tumpuan kepada satu penyelesaian tetapi mereka nak ambil alih syarikat bekalan air (Syabas). Mereka utamakan ambil alih syarikat. Mereka tidak mementingkan cara mana menyelesaikan air untuk rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Ini tersasar fokusnya, ini tidak betul. Ini salah satu contoh kegagalan mereka, keutamaannya tak kena. Fokusnya tersasar dan mereka tidaklah layak (mentadbir), pihak yang layak patut diberi sokongan.

"Saya beri jaminan sebagai Pengerusi BN negeri Selangor bahawa keutamaan pertama kita ialah untuk menjamin bekalan air berterusan, untuk keperluan rakyat dan pembangunan Selangor," kata beliau ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Taman Sri Muda, di sini, hari ini.

Najib berkata kegagalan menyelesaikan isu air di Selangor akan membantutkan pembangunan negara secara keseluruhana kerana negeri itu menyumbang 60 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Justeru, beliau meminta rakyat negeri itu memberi mandat semula kepada kerajaan BN bagi memastikan pembangunan dan kejayaan yang telah dilakukan sebelum ini diteruskan semula.

Menurutnya, kelemahan dan ketidaksefahaman pakatan pembangkang juga jelas kelihatan setelah parti-parti dalam pakatan itu bertanding sesama sendiri pada pilihan raya umum kali ini.

"Kerajaan pakatan pembangkang yang tak boleh berpakat kerana mereka telah meletakkan calon antara parti di tujuh kerusi di seluruh negara. Ia jelas menunjukkan bahawa pakatan mereka itu sudah pun rapuh dan mungkin retak menunggu belah, kerana mereka tak boleh bersatu dan bersama," katanya.

Beliau juga berbangga dengan sokongan rakyat negeri itu terhadap BN meningkat.

"Saya berbangga dan melihat sentimen rakyat di Selangor ini jelas menjurus untuk menyokong BN. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat khususnya di Selangor telah dapat menilai bahawa masa depan mereka akan lebih baik lagi," katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN sekali lagi mengingatkan semua pemimpin dan anggota BN agar melupakan soal pemilihan calon dan menumpukan pada kemenangan calon yang mewakili BN.

"Bukan mudah menentukan siapa jadi calon, lebih susah daripada memilih menantu. Memilih calon amat sukar. Tetapi kita telah cuba buat yang terbaik. Saya berharap ketepikanlah kalau ada apa-apa perasaan.

"Jangan fikir soal jadi calon, tak dapat jadi calon, dunia ini gelap, tidak begitu. Masih ada hari esok untuk semua pihak," katanya.

Beliau juga memuji Aku Janji calon BN yang bertanding untuk kerusi Parlimen Kota Raja serta DUN Sri Muda dan Seri Andalas untuk membawa perubahan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan itu.

Najib turut menunaikan solat Asar berjemaah dengan penduduk tempatan di Masjid Al-Falah dan kemudiannya sertai oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta anak-anak mereka, Ashman Najib dan Nooryana Najwa Najib, minum petang bersama para penduduk kawasan itu di Plaza Sri Muda.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, calon BN bagi berusi Parlimen Kota Raja Datuk S. Murugesan, calon BN bagi kerusi DUN Sri Muda Mohd Abdul Raof Mokhtar dan calon BN bagi kerusi DUN Seri Andalas T. Mohan. — Bernama

Ngeh ditengking nelayan

Posted: 23 Apr 2013 08:36 PM PDT

Oleh Mohd Husni Mohd NoorPANTAI REMIS: Calon Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham malu besar apabila ditengking seorang nelayan warga emas sebaik beliau datang berkempen di sebuah kedai kopi di Pantai Remis Lama, di sini. 

Lebih memalukan, pengerusi DAP negeri itu dimarahi di depan kira-kira 10 pelanggan yang sedang minum di kedai kopi itu.

Nelayan warga emas berkenaan dikenali sebagai, Lim Pek Liang, 60, itu bukan sahaja bertindak memalukan Ngeh di depan pelanggan lain sebaliknya enggan berjabat tangan dengan penyandang kerusi parlimen itu.

Dia yang ditemui semalam berkata, Ngeh bersama calon DAP Pantai Remis, Wong May Ing mengadakan sesi bertemu pengundi di kedai kopi itu kira-kira jam 4 petang sebelum menuju ke arahnya.
“Sebaik tiba di meja saya, dia (Ngeh) menghulurkan tangan untuk berjabat namun,saya menepis tangannya.
“Ada sebab kenapa saya menolak tangan dan memarahinya kerana sejak menyandang kerusi parlimen itu, saya tidak pernah lihat dia turun padang apatah lagi mengambil tahu masalah rakyat di sini,” katanya.

Katanya, dia mengakui menyimpan dendam kepada Ngeh kerana tidak membantunya untuk mendapatkan lesen baru menangkap ikan.

Menurutnya, bot yang dimilikinya ketika itu rosak dan tenggelam menyebabkan dia perlu membuat permohonan baru kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk menangkap ikan semula.

Lim berkata, peluang berdepan Ngeh sangat dinantikannya kerana sudah empat tahun dia menyimpan rasa marah itu.

Katanya, ketika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak selama 11 bulan, dia pernah memohon Ngeh untuk menyediakan surat bagi permohonan lesen itu.

Bagaimanapun, katanya, Ngeh menyerahkan tugas itu kepada Wong namun, Wong sebaliknya menyediakan surat permohonan dalam bahasa Mandarin sekali gus tidak menepati syarat dikehendaki Jabatan Perikanan Negeri.

“Akibat itu, permohonan saya tidak dapat dipanjangkan kepada jabatan itu sebelum Ngeh dan Wong bertindak lepas tangan dan enggan membantunya.

“Saya sangat perlukan surat permohonan itu kerana tanpanya saya tidak boleh memulakan tangkapan di laut,” katanya.

Katanya, berang selepas permohonan tidak dilayan oleh Ngeh, dia kemudian mendapatkan bantuan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Beruas, Datuk Chang Ko Youn sebelum permohonannya diterima.

“Saya amat berterima kasih kepada Chang kerana berjaya menyelesaikan masalah saya. Saya tidak menyangka dilayan buruk oleh Ngeh namun, pada masa sama percaya BN mampu lakukan sesuatu kepada penduduk di sini berbanding parti pembangkang,” katanya.

Katanya, dia mengakui penyokong kuat DAP namun, bukan ahli parti itu.

Menurutnya, dia kesal dengan tindakan Ngeh yang jarang turun ke parlimen itu terutama bagi menyelesaikan masalah penduduk.

“Saya tidak pernah melihatnya sejak lima tahun lalu, tapi tiba-tiba muncul hanya kerana mahu mendapatkan sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum hujung minggu depan.

“Saya mahu rakyat tolak pemimpin sedemikian kerana tidak komited sebagai ahli parlimen serta mengabaikan rakyat,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ngehditengkingnelayan/pilihanraya/Article/index_html

Lim Kit Siang Sengaja Tak Sebut Nama Anwar Sebagai Calon PM?

Posted: 23 Apr 2013 07:11 PM PDT

Saya diberitahu bahawa Lim Kit Siang terpaksa berkempen habis-habisan di seluruh Parlimen Gelang Patah bagi memastikan anaknya Lim Guan Eng tidak menjadi "anak yatim" dalam dunia politik tanahair pada 5 Mei ini.

Khabarnya, walaupun sudah berusia 72 tahun, pemimpin "zaman purba" DAP itu terpaksa gagahkan diri berkelana dari satu tempat ke satu tempat bagi meraih simpati di tempat orang. Maklumlah, dia bercita-cita nak jadi wakil rakyat dia sendiri tak pernah ambil peduli sebelum ini.

Dalam kempennya baru-baru ini, Kit Siang melemparkan persoalan kepada segelintir hadirin yang datang ke ceramahnya. Dia bertanya, siapakah individu yang paling layak mereka pilih sebagai Perdana Menteri pada PRU ke-13 ini?

Peliknya, dia hanya menyebut nama empat individu saja sebagai pilihan iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Pelik betul. Mana nama Anwar bin Ibrahim? Kenapa Kit Siang tak sebut langsung nama Anwar? Nak kata dia tak kenal Anwar, memang dia kenal sangat pun. Anwarlah yang "pedajal" dia suruh bertanding di Gelang Patah..!

Sebelum ini, memang kecoh bila bercakap tentang calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Malaysia selepas British meninggalkan negara ini.

PKR sebagaimana maklum memang tegar mahu Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Memang itu tujuan PKR ditubuhkan pun. DAP pula "menyokong" keputusan PKR itu dan setuju Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berkuasa.

Cuma PAS saja yang agak menentang idea Anwar untuk menjadikannya "Sivaji Da Boss" itu. PAS mahu Hadi dilantik sebagai Perdana Menteri. Tapi siapalah PAS dimata DAP dan PKR? Kedudukan mereka lebih hina dari "melukut di tepi gantang"!

Berbalik pada calon-calon Perdana Menteri yang diminta supaya dipilih Kit Siang itu, sudah jelas menunjukkan bayangan bahawa Penasihat DAP itu bagaikan marah dan kurang senang pada Anwar Ibrahim.

Kenapa? Kerana Anwar sengaja kenakan dia untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah dan berdepan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman? Kit Siang sudah sedar dia "dipermainkan" Anwar dalam "set catur"nya?

Memang memalukan apabila seorang pemimpin politik yang paling berpengalaman dalam DAP dipermainkan begitu saja oleh seorang "chameleon" dari parti luar. Mana Kit Siang nak letak muka lagi selepas dikenakan Anwar?

Anwar tahu peluang Kit Siang di Gelang Patah pada awalnya hanyalah 50-50 sahaja. Belum tentu menang dan belum tentu kalah. Parlimen itu tidak stabil untuk ditandingi calon luar yang tak tahu apa-apa tentang keadaan setempat.

Tapi bila Abdul Ghani yang dicalonkan BN di situ, maka Parlimen Gelang Patah boleh disifatkan sebagai "keranda" untuk karier Lim Kit Siang. Dalam ertikata lain, dia mungkin "dibersarakan" pada PRU ke-13 kali ini di Gelang Patah!

Padanlah Kit Siang tak sebut langsung nama Anwar sebagai salah seorang calon pilihan rakyat sebagai Perdana Menteri. Ada "udang di sebalik batu" rupanya. Dia marah pada Anwar kerana dipermainkan Anwar?

Eloklah begitu. Si Penyamun jual si penyangak. Si Penyangak pula mainkan si penyamun. Dan menghairankan pula, PAS pula boleh jadi "bijak pandai" bersahabat dengan "syaitan-syaitan gondol" itu. Patut pun orang kata Pakatan Haram pula akan dilanda "tsunami" kali ini, kan?

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT