SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, April 27, 2013

UMNO Online - “BN Sedia Lunaskan Agenda Belum Selesai Di Kulim Bandar Baharu” plus 9 more

UMNO Online - “BN Sedia Lunaskan Agenda Belum Selesai Di Kulim Bandar Baharu” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Sedia Lunaskan Agenda Belum Selesai Di Kulim Bandar Baharu

Posted: 26 Apr 2013 09:26 AM PDT

KULIM,  27 April – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berikrar untuk bekerjamasa erat dengan dua lagi calon BN di Bandar Baharu (Noor Sabrina Mohd Noor) dan Kulim (Chua Thiong Gee) untuk melaksanakan segala perancangan yang tertangguh sebelum ini di kawasan berkenaan demi kepentingan penduduk setempat.

Menurut beliau kemenangan di ketiga-tiga kawasan berkenaan dan perubahan kerajaan negeri kelak tentunya akan memudahkan segala perancangan yang telah dirancang sebelum 2008 yang lalu dan hari ini segala perancangan tersebut menjadi ak ujanji BN Kulim Bandar Baharu untuk dinilai rakyat khususnya kalangan pengundi.

"Kita dah ada aku janji kita yang kita rancangkan cukup rapi dan ianya mengambil kira perancangan yang telah dibuat sebelum ini dan bukannya benda baru tetapi tertangguh bila mana kita kalah pada 2008 yang lalu.

"Situasi itu menyebabkan banyak permasalahan yang timbul untuk kita laksanakan kerana dia terlibat dengan pengambilan tanah dan sebagainya. Kali ini kita telah masukkan apa yang kita telah rancangkan itu di dalam akujanji bersama kita.

"Insyallah orang Bandar Baharu nak hospital kita telah dapat kelulusan hospital, kompleks sukan kita baru terima, orang Selama perlukan penyelesaian bekalan air insyallah telah dimaklumkan bahawa dalam masa setahun atau dua tahun nanti bekalan air di Selama ini dapat diselesaikan," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang yakin akan mendapat sokongan pengundi di Parlimen tersebut seterusnya menambah kepercayaan pengundi kepada BN akan memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat.

"Selain daripada apa yang saya telah nyatakan di atas, banyak lagi perkara lain yang akan kita laksanakan. Insyallah kejayaan di Parlimen Kulim Bandar Baharu ini serta di dua DUN iaitu Kulim dan Bandar Baharu akan membantu kembalikan kerajaan negeri kepada BN.

"Senario itu tentunya akan membawa banyak manfaat dan mereka akan dapat menikmati pembangunan berkenan dan insyaalah dengan adanya perkhidmatan daripada kami bertiga apa yang kita janjikan akan diterjemahkan bersama," katanya. – MediaUMNO

530 Bekas Anggota Pas Serah Borang Permohonan Sertai UMNO Kepada PM

Posted: 26 Apr 2013 02:29 AM PDT

SELAMA, 26 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima borang permohonan untuk menyertai UMNO daripada 530 bekas anggota PAS di sekitar Selama, Perak.

Mereka terdiri 130 orang di Kampung Tapah, 100 orang di Kampung Parit Dalam dan 300 orang di Kampung Raja Bersiung, menyerahkan borang berkenaan pada majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor di sini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Larut Abdullah Man, 63, berkata beliau amat kecewa dengan perjuangan Pas yang telah lari daripada perjuangan asal termasuk isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

“Kami akan membantu jentera UMNO dalam menerangkan kepada rakyat tentang kepincangan yang berlaku di dalam Pas supaya orang lain tidak terpedaya lagi,” katanya.

Sementara itu, seramai 150 anggota Persatuan Belia 1Malaysia Selama turut menzahirkan sokongan kepada BN dengan menyerahkan borang untuk menjadi anggota UMNO.

Wakil persatuan belia tersebut, Shahul Hamid, 28, berkata hanya BN sahaja yang boleh memimpin negara memandangkan kurangnya persefahaman di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang.  

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin.

Terdahulu, Najib menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Aziziah. Ketibaan Perdana Menteri yang berpakaian baju Melayu biru di masjid pada kira-kira 1.20 tengah hari disambut oleh anggota jawatankuasa masjid berkenaan.

Beliau dilihat menunaikan solat sunat sebelum mendengar khutbah Jumaat dan seterusnya menyertai kira-kira seribu jemaah menunaikan solat Jumaat.

Selepas solat, Perdana Menteri bersalaman dengan jemaah sebelum meneruskan program di majlis Kenduri Rakyat itu.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan surat hak milik tanah peserta Felcra Bhd Sungai Malau kepada 70 penerima.

MINDEF Kenal Pasti Tiga Dalang Pencerobohan Lahad Datu – Ahmad Zahid

Posted: 26 Apr 2013 02:17 AM PDT

ALOR SETAR, 26 April – Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah. 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

“Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.               

“Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.

“Bila akan diserahkan…tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicopkan sandiwara politik UMNO,” katanya.

Jangan Ulangi Kesilapan 1999 – Idris Jusoh

Posted: 26 Apr 2013 02:14 AM PDT

BESUT, 26 April –  Calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak mengulangi kesilapan pada tahun 1999 yang menyaksikan negeri ini jatuh ke tangan Pas.

Beliau berkata ini kerana selepas memenangi pilihan raya umum ke-11 (PRU11) Pas telah melakukan pelbagai kemungkaran, penganiayaan dan bersikap tamak sehingga 2004.

“Tidakkah rakyat Terengganu ingat di mana pemimpin Pas berebut-rebut kawasan balak termasuk menerokai tanah kosong untuk ahli-ahlinya serta tidak mengotakan janji yang telah dibuat mereka,” katanya semasa berucap pada lebih 150 penduduk Perumahan Taman Teratur di sini Jumaat.

Idris yang juga bekas menteri besar berkata sejarah itu pasti akan berulang jika kuasa pemerintahan diberikan lagi kepada Pas kerana perjuangan mereka bukan untuk membangunkan Terengganu tetapi untuk membolot segala kemewahan yang ada di Terengganu.

“Sebab itulah ketika berceramah, calon-calon pembangkang tidak pernah memberitahu tentang rancangan masa depan mereka tetapi asyik menuduh calon-calon Barisan Nasional dengan tomahan dan fitnah yang tidak benar bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada pemerintah,” katanya.

Idris yang juga Pengerusi Mara berkata kerajaan mempunyai banyak rancangan pembangunan untuk dilaksanakan sekiranya terus diberi mandat pada PRU13.

Tsu Koon Throws Challenge To Kit Siang And Guan Eng On Hudud

Posted: 26 Apr 2013 02:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 26 – Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon today threw a challenge to DAP advisor Lim Kit Siang and secretary-general Lim Guan Eng to make a formal stand on hudud, the Islamic law.

Dr Koh said both the DAP leaders had not made it clear whether they supported or opposed PAS’ stand on hudud or left the matter to the party’s national chairman, Karpal Singh.

“PAS said Karpal Singh’s view on this hudud matter does not matter. Therefore, the top leaders in DAP, Lim Kit Siang and Lim Guan Eng, must make their stand clear on hudud,” he told a news conference at Menara PGRM here.

Recently, PAS deputy spiritual leader Datuk Dr Haron Din was quoted as saying that hudud would be implemented if the opposition pact came to power albeit a strong no-go policy from Karpal.

PAS is said to be going all out on hudud following DAP’s willingness to use PAS’ symbol when it had problems using its Rocket for the 13th general election recently.

Dr said he foresaw that Pakatan Rakyat would not be able to come up with a common stand on its constitution because its components’ basic stands were so vastly different.

“Party constitution is much more important than manifesto because it is the stand of the party. The coalition’s constitution is the stand of the whole coalition.

“So we must force Pakatan Rakyat to come out with a common constitution on the coalition and a manifesto doesn't count because (Selangor Menteri Besar) Tan Sri Khalid Ibrahim himself had said that a manifesto is not a commitment,” he said.

“Action Speaks Louder Than Words”, BN’s Brand Of Politics – Taib

Posted: 26 Apr 2013 02:01 AM PDT

KUCHING, April 26 – “Action speaks louder than words” is the Barisan Nasional’s (BN) brand of politics that has seen tremendous transformation taking place for the better in Sarawak since independence 50 years ago, Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said today.

He said Malaysia had taken the state into the advanced frontline with a per capita income of RM41,000 for its 2.5 million population now, from only RM680 during independence, when the population numbered 800,000.

“I can say in all humility the opposition cannot cope with fast-growing Malaysia because they cannot put their politics in serious mode of performing rather than talking propaganda,” he said.

He was officiating at the site realigning ceremony for the RM145 million construction and upgrading of an eight-km dual carriageway two-lane road from te Emart roundabout in Matang here to link Batu Kawa Road via a proposed new bridge  across the Sungei Sarawak.

Present were Sarawak Communication and Infrastructure Development Minister Datuk Seri Michael Manyin, Deputy Science, Technology and Innovation Minister Datuk Fadillah Yusof, who is also Petra Jaya incumbent and BN candidate in the May 5 general election, and Deputy Works Minister Datuk Yong Khoon Seng (Stampin incumbent and BN candidate).

Abdul Taib said the project was being implemented according to the needs of the people to ease traffic congestion and provide an alternative bypass to areas such as Samarahan and beyond as well as to cater for the fast pace of development in and around the Matang area.

In this 13th general election (GE13), he said, the people could see for themselves that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is defending his Pekan parliamentary seat in Pahang, was capable of leading and bringing changes for the better in continuing the development that had taken place for Malaysia to become a country with a high-income economy.

“Seeing how he has structured the government in the last four years, I believe that none in the opposition can perform even half of what he has achieved so far,” he said, adding that the people should support the prime minister by giving the mandate to as many BN candidates as possible in the May 5 polls .

On the two BN candidates in Petra Jaya and Stampin, he said, they had stood the test of time as they could be depended upon to serve the people while those on the opposition side were “unknown risks, who were untested and unproven.”

Meanwhile, Manyin said contractors were being invited to bid for open tenders for the project, which was expected to commence by mid-2014 and scheduled for completion within two years under the first phase.

There was also a proposal to construct a causeway across Sungai Sarawak that would be used as a water catchment or dam to supply water in times of droughts, he said. 

Tindakan Penyokong Pembangkang Pukul Budak 11 Tahun Memalukan – Ahmad Bashah

Posted: 26 Apr 2013 01:57 AM PDT

ALOR SETAR, 26 April – Tindakan penyokong parti pembangkang didakwa memukul seorang budak lelaki 11 tahun di Sik kerana menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) adalah perbuatan memalukan dan tidak beradab.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan kanak-kanak dan hak menyokong mana-mana parti adalah hak individu.

“Kalau dia nak sokong parti mana pun, itu hak dia. Kenapa mereka memukul kanak-kanak itu sedangkan dia berkata jujur menyokong Barisan Basional,” katanya selepas melawat Pasar Tani Taman Wira Mergong di sini hari ini.

Beliau  mengulas insiden Mohamad Ismadinel Ar Samsudin yang cedera selepas didakwa dipukul penyokong sebuah parti pembangkang gara-gara mengaku menyokong BN di Felda Teloi Timur, Baling pada kira-kira 9.37 malam  Isnin lepas.

Ahmad Bashah yang kesal dengan kejadian itu berkata: “Sepanjang 12 kali pilihan raya umum diadakan, tak pernah ada lagi insiden seperti ini berlaku….kita (BN) juga telah memaklumkan kepada semua jentera kita supaya tidak melakukan sesuatu tindakan yang boleh memburukkan nama parti”.

Pas Diramal Keluar Pakatan Pembangkang Kerana Pertembungan Ideologi

Posted: 26 Apr 2013 01:53 AM PDT

SEREMBAN, 26 April –  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meramalkan Pas akan keluar daripada pakatan pembangkang suatu masa nanti kerana terdapat pertembungan ideologi dan dasar yang serius di antara mereka.

“(Mengenai) soal dasar, ada yang (mahu) tubuhkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud, hari ini perbahasan dalam suratkhabar jelas membuktikan pertembungan yang serius dan tidak ada sepakat (di antara mereka).

“Saya juga fikir dalam satu peringkat nanti (bila) begitu genting keadaannya, akhirnya Pas pun kata, kalau beginilah saya (Pas) terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sisipan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Sendayan di sini, Jumaat.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dan calon-calon BN bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.

Muhyiddin berkata jika ditakdirkan pakatan pembangkang menerajui negara dan pertembungan itu masih berlaku, maka politik negara akan goyah kerana kerajaan yang hendak dibentuk akan terumbang-ambing dan seterusnya membawa kesan buruk kepada negara.

“Kalau kita lihat bagaimana debat mengenai negara Islam dan hudud yang disuarakan oleh pihak Pas ditentang dengan hebat, dan ini menjadi teras dalam perjuangan Pas.

“Pertembungan yang agak luar biasa itu akan menyebabkan Pas disisihkan, kerana kerusi (Parlimen) yang Pas bertanding pun hanya 70 lebih sahaja daripada 222 kerusi (Parlimen).

“(Dan) saya jangka Pas hanya menang sebahagian daripada itu sahaja, (jadi) bagaimana Pas hendak mempengaruhi majoriti yang terdiri daripada PKR dan DAP?” soalnya.

Beliau berkata tidak sewajarnya rakyat memutuskan untuk membuat suatu perubahan yang mendadak atau luar biasa hanya kerana mereka fikir BN sudah terlalu lama memerintah.

“Ada yang nak mencuba sesuatu yang baru tapi saya berpendapat pengalaman yang sedia ada, kita (BN) telah melalui zaman senang dan susah menguruskan ekonomi negara, masalah keselamatan negara waktu awal-awal dulu, soal komunis.

“Ini pengalaman yang tidak ada bagi pihak parti pembangkang lebih-lebih lagi pakatan pembangkang jadi lebih rapuh,” katanya.

Muhyiddin berkata walaupun banyak perkara yang menunjukkan ketidaksepakatan pakatan pembangkang dari dahulu sehingga sekarang, namun mereka masih berselindung atas nama itu.

Beliau juga percaya bahawa sokongan rakyat dan akar umbi terhadap BN semakin meningkat, mengikut bancian sikap pengundi yang dijalankan parti gabungan berkenaan.

“Saya yakin rakyat sudah mula yakin dan ini jelas terbukti di banyak kawasan mempunyai peningkatan (sokongan) yang agak baik dan memberi kelebihan kepada BN,” katanya.

Aku Janji bertajuk ‘Satu Kejayaan Suatu Pengharapan, Janji Ditepati’ itu mengandungi 45 janji yang akan dilaksanakan sekiranya BN terus diberi mandat mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.

Transformasi Nasional Jauh Lebih Baik Daripada Reformasi – Najib

Posted: 25 Apr 2013 09:19 PM PDT

KUALA KANGSAR, 26 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Dasar Transformasi Nasional yang diperkenal kerajaan Barisan Nasional (BN) jauh lebih baik daripada ‘laungan reformasi’ dan demonstrasi yang dibawa pembangkang.

Perdana menteri berkata dalam tempoh empat tahun lepas, kerajaan BN membawa banyak perubahan kepada negara dan kesejahteraan untuk rakyat menerusi pelbagai bantuan dan inisiatif.

Beliau berkata antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah menguntungkan rakyat, malah dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan telah meyakinkan mereka, pelabur asing dan negara lain.

“Rakyat sudah dapat lihat bahawa hari ini lebih baik daripada semalam. Hari esok, dan hari mendatang akan lebih bersinar daripada hari ini kerana transformasi (nasional) berjalan lebih baik dan berkesan.

“Sebab itu laungan reformasi (pada masa kini) orang sudah tidak heran . Demonstrasi, reformasi dan baling kerusi serta laungan reformasi Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun orang tak sambut,” katanya ketika berucap kepada lebih 5,000 orang semasa Perhimpunan Rakyat 1Malaysia kawasan Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demonstrasi atau perhimpunan Bersih yang dianjurkan pembangkang sebelum ini, juga tidak mendapat sokongan daripada rakyat.

Ini kerana, katanya, rakyat kini sudah bertambah yakin dan ‘senang hati’ kepada kerajaan BN yang telah melaksanakan pelbagai janji dan mampu membela rakyat.

“Sebab itu saya guna satu perkataan sewaktu bentang manifesto BN (aku janji), kebolehpercayaan…bererti, antaranya bila kita janji, janji ditepati,” katanya.

Perdana menteri berkata sokongan yang diberi rakyat kepada kerajaan BN bukan satu paksaan, sebaliknya kerana mereka percaya bahawa kerajaan sedia ada mampu membawa negara jauh lebih baik pada masa akan datang dan seterusnya mencapai status negara maju pada 2020.

“Sebab itu dalam aku janji BN, kita hendak kepercayaan rakyat berdasarkan merit. Bukan kita kata nak sokongan, mereka sokong. Saya kata, kalau kita layak berilah sokongan kepada BN,” katanya.

Najib berkata dalam tempoh empat tahun lepas, kerajaan BN menunjukkan kebolehan dengan menunaikan segala janji dan pada kali ini, beliau sanggup membuat lagi janji-janji kerana akan berusaha untuk menunaikannya.

“Saya takut bila bentang manifesto sebab pembangkang kata manifesto bukan janji. Kalau bukan janji jangan bentang manifesto. Sebab itu saya nak naikkan nilai dokumen ini…bukan manifesto tetapi aku janji BN.

“Sebagai (orang) Islam, saya tahu…saya takut kepada rakyat dan saya lebih takut kepada Allah. Manifesto ini satu dokumen yang sungguh besar untuk membawa negara menjadi lebih maju,” katanya.

Perdana menteri berkata berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu menabur janji namun tidak mampu melaksanakannya, seperti mana yang berlaku di Selangor,  antaranya sehingga kini gagal memberi elaun kepada ibu tunggal dan membina rumah mampu milik kepada rakyat.

Beliau turut mempersoal tindakan pembangkang yang membuat pelbagai janji dalam manifesto mereka pada pilihan raya kali ini seperti menurunkan harga minyak dan menghapuskan bayaran tol kerana perkara itu bukan mudah untuk dilaksanakan.

Perdana menteri berkata sebelum sesebuah kerajaan hendak mensejahterakan rakyat, mereka perlu memakmurkan negara dan perlu tahu mentadbir negara supaya ekonomi dapat berkembang.

“Kita nak bagi rakyat, bukan senang-senang kita nak bagi percuma. Kalau senang, kerajaan lain pun boleh lakukan. Mereka cakap manis macam madu tetapi dalam madu ada racun,” katanya.

Najib turut mempersoal kepincangan dalam pembangkang yang mendakwa mereka sebuah ‘pakatan’ tetapi dalam banyak perkara, mereka tiada persefahaman dan berbalah, misalnya dalam soal pembahagian kerusi untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

Beliau berkata pakatan pembangkang tidak seperti BN yang merupakan ‘pakatan sejati’ kerana mereka pakatan yang terdiri daripada tiga parti yang didaftar, menggunakan simbol dan perlembagaan yang berlainan.

“Mereka hanya pakat nak jadi perdana menteri. Nak sangat Putrajaya. Dalam apa-apa (perkara) tidak boleh nak sangat-sangat…bahaya. Dalam kepala mereka obses nak jadi perdana menteri sampai boleh berlakon nak angkat sumpah jadi perdana menteri…fikir nak pergi Istana Negara.

“Ini soal jawatan penting untuk negara, bukan boleh berlakon dan syok sendiri. Ini amanah rakyat dan ketentuan Allah S.W.T. Kita boleh merancang tetapi perancangan Allah yang jadi realiti,” katanya.

Najib berkata jika perkara-perkara sedemikian tidak wujud persefahaman, kemungkinan akan timbul ketegangan dan huru-hura sekiranya pakatan pembangkang diberi kuasa memerintah negara ini.

Justeru, beliau berkata rakyat tidak seharusnya mengadaikan masa depan negara yang sungguh bernilai untuk generasi akan datang selepas apa yang dikecapi lebih 55 tahun lepas.

“Sebab itu satu undi untuk BN, satu undi untuk masa depan lebih baik. Satu undi untuk pembangkang…berat padahnya.

“Kita (kerajaan BN) terus berkuasa (di negara ini) sebab rakyat sudah senang dengan Barisan Nasional. Saya percaya pada pilihan raya kali ini, BN akan kembali berkuasa di bumi Malaysia,” katanya.

Close Cooperation Between Leadership And Security Forces Crucial To Face Challenges – Muhyiddin

Posted: 25 Apr 2013 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, April 26 – Tan Sri Muhyiddin Yassin says close cooperation between the leadership and security forces is crucial to help the government tackle all forms of current and future challengers.

In fact, the cooperation has to be further strengthened, said the deputy prime minister.

He said the security forces must be always ready to face whatever threat that could disrupt the prevailing peace and security in the country.

“I hope with the concerted efforts made by the government in the past and now, the security forces’ state of preparedness can be further improved and upgraded to handle whatever form of challenges that can pose a threat to the nation’s security,” he said when speaking to about 1,000 airmen at the Royal Malaysian Air Force (RMAF) base in Sungai Besi here today.

Muhyiddin said the Barisan Nasional (BN) government was always sensitive and concerned for the welfare of security forces who have served and contributed their services to the nation.

“For instance, their salary grades and ranks, including RMAF personnel, have been synchronised with civil servants effective Jan 1 this year,” he said.

“I believe the move can solve the problem, although not all but part of it, which we feel needs to be addressed to improve service quality,” he said.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, when addressing a civil servants’ assembly in Putrajaya last month, said the government had agreed that the ranks in the armed forces and the police be synchronised with the civil service in line with government employees’ salary grades and positions.

Muhyiddin said the synchronisation was made to ensure the position of the three services (army, airforce and navy), the police and the civil service are on par besides preserving inter-service harmony.

He said the BN government realised the responsibility to administer a multiracial nation was not an easy task as every strata of society had different needs and requirements.

“To discharge the responsibility effectively, it needs determination and courage so that the people’s well-being can be guaranteed and the nation can enjoy lasting peace and prosperity,” he said.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT