SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, April 9, 2013

UMNO Online - “Nambikei… Yakinlah BN, Kata PM Kepada Kaum India” plus 9 more

UMNO Online - “Nambikei… Yakinlah BN, Kata PM Kepada Kaum India” plus 9 more

Link to UMNO Online

Nambikei… Yakinlah BN, Kata PM Kepada Kaum India

Posted: 08 Apr 2013 08:29 AM PDT

 

PUTRAJAYA, 8 April – Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi meminta masyarakat India supaya meletakkan kepercayaan atau “nambikei” (yakin) dalam bahasa Tamil terhadap Barisan Nasional (BN) untuk memberi harapan yang lebih baik kepada masa depan mereka.
Perdana menteri berkata keyakinan masyarakat India terhadap agenda transformasi beliau adalah penting kerana undi masyarakat India boleh menjadi penentu pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Katanya sejak empat tahun beliau memegang tampuk pentadbiran negara, banyak program yang dilakukan untuk memberi pembelaan kepada kaum India, dan berharap masyarakat itu terus memberi mandat kepadanya.
“Berdasarkan nambikei, kita bukan sahaja dapat meneruskan program-program, tetapi dapat meningkatkannya lagi supaya masyarakat kaum India mendapat pembelaan yang lebih baik pada masa yang akan datang,” katanya.
Najib berkata demikian dalam wawancara khas program ‘Helo Malaysia’ versi Tamil malam ini terbitan BernamaTV di saluran Astro502.
Wawancara itu dikendalikan wartawan Bernama, Michael Savarimuthu dan K.Ghandi.
Najib berkata era ‘kerajaan tahu segala-galanya’ sudah berakhir, oleh sebab itu, beliau sentiasa menggunakan pendekatan penglibatan dengan pelbagai pihak untuk merasai denyut nadi rakyat.
Katanya menerusi pendekatan itu, kerajaan akan dapat memahami apakah aspirasi rakyat, sekaligus akan dapat mengubah suai hala tuju dan juga dasar serta melahirkan program baharu yang boleh membawa kepada keberkesanan dalam usaha membantu masyarakat kaum India dan kaum lain di negara ini.
Beliau berkata kerajaan juga akan membuka era baharu dalam usaha untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat India dengan memberi peluang lebih besar kepada mereka supaya mereka tidak berasa terpinggir.
Najib: “Saya merasakan suatu kepuasan sebab kita tidak pernah melakukan begini banyak usaha untuk membantu kaum India dan mengubah kehidupan ribuan masyarakat kaum India.
“Saya tertarik pada perkataan ‘nambikei’ ini sebab ia mencerminkan apa yang merupakan hasrat dalam parti saya iaitu kerajaan dengan masyarakat kaum India di Malaysia perlu memupuk satu bentuk persefahaman dan keyakinan sebagai jambatan
“Bagi pihak kerajaan, untuk kita mengetahui apakah sebenarnya impian dan kehendak masyarakat kaum India, berdasarkan daripada itu, kerajaan boleh bertindak dan respons dengan pelbagai program dan pelbagai bantuan untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat India,” katanya.
Perdana menteri juga percaya, berdasarkan kepada usaha berterusan dan “nambikei” yang terjalin, tahap keyakinan masyarakat India terus dan akan meningkat pada masa-masa akan datang.

Wan Azizah Presiden Parti Atau Patung?

Posted: 08 Apr 2013 06:37 AM PDT

Pergolakan pakatan pembangkang dalam menentukan pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) memang sudah dijangkakan kerana mereka tidak pernah bersatu.

Seorang demi seorang memberikan kenyataan yang bercanggah dan mempunyai agenda yang tersendiri.

Dua tiga hari ini, yang rancak dibicarakan adalah perihal sama ada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang masih samar-samar namanya diletakkan sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Betapa sukarnya untuk menjadi diri seperti Kak Wan yang mempunyai jawatan paling besar dalam PKR, dan menjadi isteri kepada lelaki bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Kak Wan mempunyai jawatan Presiden, hakikatnya beliau hanyalah boneka sahaja dalam parti.

Dirinya terlalu mudah untuk dibolak-balikkan oleh orang bawahannya apatah lagi suaminya sendiri.

Semua orang tahu, Kak Wan mempunyai keinginan yang tinggi untuk bertanding tetapi, terpaksa dipendamkan hanya kerana ingin taat kepada suami yang rakus kepada kuasa.

Semakin lebur harapannya apabila Anwar dalam wawancara dengan stesen televisyen satelit Al Jazeera menegaskan bahawa Kak Wan tidak akan bertanding dalam PRU kali ini.

Sebelum ini, Kak Wan mengumumkan pada media bahawa beliau mungkin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sahaja. Tetapi, tidak dapat berbuat demikian selepas Anwar mengatakan tidak untuk keinginannya itu.

Lebih menyukarkan apabila Pengarah Pilihanraya PKR, Azmin Ali yang juga Timbalannya dalam parti mengeluarkan kenyataan seolah-olah lebih berkuasa dari Kak Wan.

Kata Azmin, PKR lebih memerlukan khidmat Kak Wan terutama dalam menyertai kempen di seluruh negara bagi mencapai matlamat lebih besar iaitu menuju Putrajaya.

"Presiden mempunyai pengaruh yang kuat terutama di kalangan wanita. Parti secara keseluruhannya memerlukan beliau dalam konteks yang lebih besar.

"Jadi mengapa kita perlu sekat Presiden hanya di satu kerusi DUN sahaja sedangkan semua pihak di seluruh negara perlukannya," kata Azmin.

Nampak jelas, itulah permainan Azmin sendiri. Tidak mahu Wan Azizah bertanding supaya mudah untuk merebut kuasa dari tampuk pemerintahan Kak Wan.

Memang benarlah kata-kata ahli PKR sendiri, bahawa Kak Wan tidak berusaha memelihara maruah parti kerana tidak bertanding dalam PRU adalah benar.

Apakan daya, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. Nak tak nak, terpaksalah Kak Wan taat dan mendengar cakap sahaja Anwar.

Nasib baiklah anak perempuannya, Nurul Izzah bangkit membuka mulut memberika sekata dua bingkas menolak kenyataan bapanya dan alasan Azmin yang meremehkan sumbangan Kak Wan.

Nasib juga Nurul Izzah memahami perasaan Kak Wan yang sering diperlekehkan sedemikian rupa hingga dikatakan tidak layak disenaraikan sebagai calon kerusi dewan undangan negeri dalam PRU kali ini.

mykmu.net

Gerakan Cautiously Optimistic On GE – Koh

Posted: 08 Apr 2013 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 8 – Gerakan is cautiously optimistic about is chances in the 13th General Election (GE13), its president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said today.

“It is an uphill and challenging task. After four years of effort in transformation and driving the economy, as well as giving touch point products such as 1Malaysia products to people, I believe there is a return of support to the Barisan Nasional (BN) in general and component parties, like Gerakan,” he said.

Koh, who is also Minister in the Prime Minister’s Department, said this when asked by reporters asked whether the party would fare better than the last general election.

Earlier, he had opened the World Taiwanese Chamber of Commerce Conference here.

The 12th General Election was a disaster for Gerakan. The party, which had been leading the Penang state government since 1969, suffered its worst ever defeat in its election history since its inception in 1968.

Koh, who was then the party’s acting president and Penang Chief Minister, was the biggest casualty when he lost the Batu Kawan parliamentary seat to a former lecturer, Dr P. Ramasamy of the DAP.

Out of the 12 parliamentary seats it contested, Gerakan won only the Gerik and Simpang Renggam seats.

It contested a total of 31 state seats and won five, namely Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) and Derga (Kedah).

It was wiped out in its Penang stronghold.

In the 2004 General Election, Gerakan won 10 out of the 12 parliamentary seats and 30 out of the 31 state seats it contested.

Koh said in the last five years, it had been a trend for urban voters worldwide to be more vocal and assertive in their requests and demands and wanting to participate more actively in the democratic process.

“Urban areas pose greater challenges,” he added.

However, Koh said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had showed his commitment to bring about political transformation.

“The repeal of the Internal Security Act (ISA), and of many other restrictive laws which has resulted in more civil liberties but at the same time  emphasising national security shows there is a balanced approach towards making Malaysia a mature democracy,” he added.

On the seats the party will be contesting in GE13, he said it had not been finalised yet.

As to whether there were any seats on loan or to be exchanged with other component parties, he said it was still under discussion.

“In every general election, we have this process (discussions) ongoing,” he added.

He also urged all sides, especially Gerakan leaders at the grassroots level not to overreact but express their views through party channels in a constructive manner on this matter (loan or exchange of seats).

Territorial Army Comprising Sabahans Will Be Set Up To Join ESSZONE – Ahmad Zahid

Posted: 08 Apr 2013 05:48 AM PDT

LAHAD DATU, April 8  - A territorial army comprising the people of Sabah will be set up to join the security forces in the Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) soon, Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said.

He said the interviewing process would be carried out to find suitable candidates and those selected would receive monthly remuneration as normal soldiers.

“The spirit to defend Sabah must be inculcated among all quarters, while the police and military forces will continue strengthening their positions in the area,” he told reporters after visiting the security forces personnel involved in the Ops Daulat in Tanjung Labian here today.

Tanjung Labian is currently being safeguarded by 200 members of the Malaysian security forces.

Meanwhile, Ahmad Zahid said the Eastern Sabah Safety Command (ESSCOM) centre, which will be operating permanently there, would be strengthened with more assets and manpower.

Earlier in his speech, Ahmad Zahid also gave assurance that Sabah’s security and sovereignty were far more important than the fact that the country was facing the 13th general election.

He said the government would not compromise with any quarters planning to create disharmony and tarnish Sabah’s sovereignty.

“We want to tell our enemies, local and domestic, not to try to fool, ridicule or insult our police and military forces.

“Although the Kiram’s family in Manila, Philippine, is making fuss about sending more people to intrude Sabah, the Malaysian government and people are confident with our (military and police forces) ability,” he said.

At the event, Ahmad Zahid also presented donation of RM45,000 to repair the mosque in Kampung Tanjung Labian.

‘Serah Kepada Allah Untuk Ukur Dan Nilai KeIslaman Kita’ – Shafie

Posted: 08 Apr 2013 05:43 AM PDT

SEMPORNA, 8 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata anggota dan kepimpinan UMNO menyerahkan kepada Allah untuk menilai keIslaman mereka dan bukan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Shafie berkata apa yang beliau boleh katakan ialah anggota dan kepimpinan UMNO adalah orang Islam dan mengamalkan ajaran seperti yang dikehendaki Islam.

“Kita tidak pernah tolak Islam , kita umat Islam, kita orang Islam. Kita mengamalkan apa yang diajar mengikut Islam. Kalau mereka menuduh kita bukan Islam, kita serah kepada Allah Taala untuk mengukur dan menilai keIslaman kita,” katanya.

Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilapor mendakwa orang UMNO banyak membina masjid bukan kerana Islam sebaliknya kerana mahu menjadi kontraktor.

Manifesto BN Hasil Tinjauan Mesra Dan Maklum Balas Rakyat – Najib

Posted: 08 Apr 2013 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April –  Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentang Sabtu lepas telah dirangka dengan teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha bagi mendapatkan maklum balas daripada segenap lapisan rakyat di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Perdana Menteri menerusi blog 1Malaysia berkata manifesto itu bukanlah satu manifesto yang direka dalam masa sehari hanya untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Malah saya sendiri telah mengamalkan aktiviti turun padang untuk lebi hmemahami segala isu dan keutamaan rakyat daripada semua peringkat umur, pendapatan, tempat tinggal, bangsa dan agama.

“Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini,” katanya.

Dalam pada itu, Najib menegaskan bahawa asas kepada manifesto yang disifatkan sebagai Aku Janji kami kepada rakyat itu adalah kestabilan serta keharmonian negara yang berpanjangan.

Katanya segala kejadian, pengalaman, kesilapan, dan kejayaan yang lalu diambil iktibar dan dijadikan pedoman dalam meneruskan amanah yang akan dijunjung serta dilunaskan dengan sebaiknya.

Beliau berkata kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang sehingga hari ini jelas membuktikan kebolehan dan prestasi BN dalam menunaikan janji kepada rakyatsebelum ini.

“Pastinya ada ketidaksempurnaan selama ini, saya akui dan memohon maaf, namun ia menguatkan lagi keinginan kami untuk memperbaikinya demi masa depan Malaysia. Kali ini, kami usulkan 17 bidang utama sebagai janji dan komitmen kami seterusnya,” katanya.

Oleh itu, Najib dengan rasa rendah diri menyeru rakyat agar yakin dengankepimpinan beliau dengan memberi sokongan dan undi kepada pasukan beliau iaitu BN dan berjanji akan meneruskan perjuangan dengan memberi harapan kepada rakyat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan makmur.

Beliau turut mengalu-alukan rakyat untuk mendapatkan ringkasan mengenai 17 intipati Manifesto BN yang diumumkan beliau di hadapan lebih puluhan ribu anggota dan penyokong BN di Stadium Putra Bukit Jalil dua hari lepas.

Katanya ringkasan intipati itu boleh didapati di laman blog beliau iaituwww.1malaysia.com.my/manifesto/ manakala teks penuh manifesto boleh dibaca di www.manifestopru13.com.

Siapa Nik Aziz?… Pemegang Kunci Syurga Ke? – Mohamad Saman

Posted: 08 Apr 2013 03:46 AM PDT

SEREMBAN, 8 April – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mencerminkan dirinya sebagai seorang yang tinggi ilmu agama.

Katanya kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz mengenai UMNO dan pembinaan masjid bukan sahaja tidak rasional tetapi juga lebih bersifat peribadi.

“Kalaupun marah sangat dengan UMNO, janganlah cakap macam itu.

“Juga, cerita sembahyang orang UMNO tiada pahala…kau siapa nak kata begitu? Saya nak tanya, dia pemegang kunci syurga ke?” katanya selepas penyerahan geran Program Pemulihan Dalam Komuniti Negeri Sembilan berjumlah RM3.05 juta bagi tempoh enam bulan, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilapor mendakwa orang UMNO banyak membina masjid bukan kerana Islam sebaliknya kerana mahu menjadi kontraktor.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan solat anggota UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pembinaan sesebuah masjid tidak dilakukan kerajaan dengan sewenang-wenangnya, tetapi perlu mengambil kira keperluan dan permohonan umat Islam di satu-satu kawasan.

Beliau memberi contoh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang menerima banyak permohonan masjid daripada masyarakat.

“Kalau nak ikutkan permohonan daripada masyarakat, banyak orang memohon. Tapi kita pertimbangkan dengan begitu ‘detail’ termasuk dari segi jauh masjid, jarak masjid, fungsi masjid tersebut dan sebagainya,” katanya.

Mengenai dakwaan Tian Chua Chang tidak dibenarkan memasuki Sabah semalam, Mohamad berkata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu sepatutnya dihalau keluar daripada negara ini.

Tian Chua sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa insiden pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

Papa Gomo Umum Lawan Anwar Di Parlimen Permatang Pauh

Posted: 08 Apr 2013 03:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April  - Pemilik blog Papa Gomo akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Mohamad Rafi Awang Kechik yang mewakili pemilik blog itu berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Rafi berkata Papa Gomo sedia bertanding di mana-mana kawasan yang akan ditandingi Anwar.

Identiti sebenar individu yang dikenali sebagai Papa Gomo akan didedahkan pada hari penamaan calon nanti, katanya.

Blog Papa Gomo sering mendedahkan dakwaan salah laku pemimpin pembangkang.

Pas Adalah ‘Parti Ajaran Sesat’ – Pondok Minda

Posted: 08 Apr 2013 03:36 AM PDT

GURUN, 8 April – Pondok Minda, gabungan 25 pondok pengajian agama di Kelantan, mengulangi Pas adalah parti ajaran sesat dan semua fatwa dikeluarkan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat wajib ditolak.

Penasihat Pondok Minda yang juga pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Tok Guru Abdullah Sa’amah berkata Pas sebuah parti yang dibentuk oleh manusia untuk menegakkan Islam tetapi telah menyeleweng dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam.

Sambil menyifatkan Nik Abdul Aziz sombong, takbur dan angkuh dengan fatwa-fatwanya yang didakwa syirik dan menyesatkan, beliau berkata : “Saya kata Pas ‘Parti Ajaran Sesat’ kerana Nik Aziz dakwa Pas itulah Islam sedangkan Islam diturunkan oleh Allah SWT yang diajar kepada Nabi Muhammad SAW.

“Ini bukan fatwa kami tetapi keputusan hasil rumusan setelah merujuk kitab-kitab muktabar, tafsir al-Quran, hadis dan hukum-hakam,” kata Abdullah pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok, Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz Al-Quran 2013 peringkat kebangsaan di sini yang dihadiri 150 orang, bermula Sabtu lepas.

Katanya perbuatan Nik Aziz mengkafirkan UMNO dan penentang Pas, membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme merupakan kesalahan cukup besar beliau.

“Kita faham Nik Aziz….apa sahaja berkaitan dengan UMNO adalah haram bagi dia. Sikap, fahaman dan fikiran dia sudah keliru…UMNO tolak Pas ertinya tidak ada Islam pada UMNO bagi dia…inilah kekeliruan yang dibawa Pas,” katanya.

Beliau berkata guru-guru agama terpaksa bangkit untuk menyelamatkan umat Islam setelah melihat kecelaruan dalam agama, syariat dan akidah umat Islam hari ini yang goyah akibat permainan politik.

“Melayu akan hilang segala-galanya jika bertahalufkan pakatan pembangkang yang menyokong pluralisme dan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Pemimpin Islam yang tidak berilmu dan jahil agama sahaja membenarkan kalimah Allah boleh diguna oleh bukan Islam. Perbuatan ini haram dan membawa kepada murtad bagi orang-orang yang membenarkannya,” katanya.

Beliau berkata kenyataan Nik Aziz bahawa UMNO buat masjid bukan kerana Islam melambangkan sikapnya yang memusuhi parti itu dan fatwa bahawa sesiapa menyokong UMNO tidak masuk syurga, menyimpang 100 peratus dari Islam dan menyalahi ulama muktabar.

Abdullah turut mencabar Nik Aziz memberikan jawapan dalam tempoh tiga hari mengenai hukum bagi suami isteri yang masing-masing ahli Pas dan ahli UMNO, perlu dimufaraqah (pisahkan sementara).

Jentera UMNO Sedia Ambil Semula DUN Chempaka, Teratai Perteguh Parlimen Pandan

Posted: 08 Apr 2013 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April –Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd Iszeham A Hamid berkata, UMNO bahagian itu telahpun bersedia sepenuhnya bagi memastikan DUN Chempaka dan Teratai berjaya dirampas seterusnya membolehkan Barisan Nasional (BN) terus memimpin di Parlimen Pandan.

Jelas beliau lagi, UMNO bahagian ini telahpun melancarkan program Setiap Hari Ada Program (SHAP) sejak tiga bulan lalu dan ianya ternyata memberi impak yang baik di hati para pengundi.

"Melalui program SHAP ini, kita akan ke setiap PDM setiap hari bagi mendekati pengundi. Kita telah bekerjasama dengan setiap parti komponan untuk terus mendekati pengundi secara total. Tambahan pula Parlimen telah dibubarkan dan amat penting untuk kita buat sehabis baik di saat-saat akhir ini.

"Saya sebenarnya sudah terbiasa semasa di dalam tentera dahulu, setiap apa yang mahu kita lakukan haruslah mempunyai perancangan yang teliti bagi memastikan ianya berjalan lancar dan baik. Inilah yang saya pratikkan kerana saya tidak mahu sesuatu yang dibuat sambil lewa sudah pasti akan memberi impak yang tidak baik kepada parti.

"Apa yang penting kini adalah memberi penerangan kepada rakyat tentang perjuangan BN agar rakyat faham dan tidak salah membuat pilihan semasa membuang undi nanti," ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

Tambah beliau, Parlimen Pandan juga kini mempunyai cyber trooper tersendiri untuk mendekati golongan muda melalui media sosial seperti facebook dan twitter.

Menyedari zaman kini adalah zaman IT, beliau seterusnya mengakui pendekatan ini perlu diambil bagi mendekati golongan muda dengan lebih baik lagi.

"Golongan muda adalah antara golongan yang perlu kita dekati sebaik mungkin kerana mereka ini mudah terpengaruh sekiranya tidak mendapat penjelasan yang benar dan betul. Kita juga membantu memberi input untuk menjawab soalan kepada jentera cyber trooper ini.

"Oleh itu saya amat yakin, dengan gerak kerja yang telah diaturkan maka BN akan dapat memenangi Parlimen ini secara total," ujarnya lagi. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT