SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, April 19, 2013

UMNO Online - “Seburuk-buruk BN Hodoh Lagi Puak Pakatan Pembangkang” plus 9 more

UMNO Online - “Seburuk-buruk BN Hodoh Lagi Puak Pakatan Pembangkang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Seburuk-buruk BN Hodoh Lagi Puak Pakatan Pembangkang

Posted: 18 Apr 2013 05:59 AM PDT

Ternyata, walaupun tidak dinafikan di pihak BN juga ada beberapa isu dan masalah yang timbul menjelang hari pengundian, pihak pakatan pembangkang lebih-lebih bermasalah lagi.

Walaupun BN juga mengalami masalah dalam menentukan calon yang sesuai di kawasan tertentu, tetapi pakatan pembangkang lebih-lebih bermasalah lagi. Di Negeri Sembilan hingga kini pakatan pembangkang masih gagal menamakan calon mereka dengan jelas.

Walaupun ada kalangan calon BN yang bermasalah, tetapi calon pakatan pembangkang lebih-lebih bermasalah lagi.

Ketua Umum PKR sendiri adalah calon paling bermasalah di kalangan pakatan pembangkang. Masalah moral beliau begitu dahsyat. Amalan kronisma dan nepotisma mengelilingi diri dan parti yang dipimpinnya.

Ketua umum ini juga membawa fahaman pluralisma, memperjuangkan perkongsian kalimah Allah dan segala macam jenis kesesatan yang nyata telah dilakukannya.

Anak Anwar juga turut bertanding. Nik Aziz dan anaknya pula bertanding di Kelantan.

LIm Kit Siang, anak dan menantu juga bertanding serentak di 3 negeri.

Elizabeth Wong yang pernah minta diratah tubuhnya oleh pegawainya yang beragama Islam juga masih bertanding.

PAS juga menghadapi PRU kali ini dengan bebanan bala yang cukup besar, apabila video seks Setiausaha Agung parti Islam ini didedahkan oleh orang dalam sendiri di kalangan pakatan.

Jika dibandingkan antara masalah yang dihadapi BN dan yang dihadapi pakatan pembangkang, ternyata BN lebih layak diberi mandat sekali lagi.

Jika dibandingkan antara Akujanji BN dan Manifesto bukan akujanji pakatan pembangkang, ternyata rakyat akan lebih terjamin dan selamat masa depannya di bawah pentadbiran BN.

Ternyata manifesto pembangkang tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat pasti akan kecewa sepertimana yang telah dialami oleh rakyat Selangor.

Dari bangkong biarlah nangka. Dari nasi kosong biarlah air. Jika bukan dara, dari menopause biarlah janda. Dari muda tapi mandul biarlah sedikit tua asalkan boleh mengembangkan zuriat.

Kamarulzaman Kamdias

Sikap Berdiam Diri Mustafa Ali Bakal Menguntungkan BN

Posted: 18 Apr 2013 05:56 AM PDT

Setakat artikel ini ditulis (18 April 2013), belum ada satu pun laporan polis dibuat oleh Mustafa Ali berhubung penyiaran video aksi lucah yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung PAS itu.

Sebaliknya mengikut kenyataan pihak polis, hanya beberapa laporan mengenai pengedaran cakera padat video itu sahaja yang dilaporkan.

Sepatutnya, Mustafa perlu membuat satu laporan polis supaya satu siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan dan tindakan perundangan dapat diambil terhadap individu yang melakukan aksi lucah itu.

Itu sahaja langkah terbaik sesuai dengan saranan Pengerusi Lajnah Tatatertib PAS, Wan Mutalib Wan Embong yang mahukan melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk mencari kebenaran demi membersihkan semula namanya.

Gayanya seperti pemimpin veteran yang merupakan orang kanan kepada Presiden PAS itu lebih selesa mengambil sikap berdiam diri dan hanya bergantung harap pada penafian sambil lewanya sahaja.

Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ramai pemimpin dan penyokong PAS yang melihat langkah sedemikian buruk kesannya kepada imej PAS dan hanya menguntungkan BN.

Sekadar membuat penafian sambil lewa dengan menyalahkan UMNO, tidak pun terungkai kebenaran sementelah lagi umum tahu wanita yang terlibat dalam video seks itu sendiri adalah orang yang rapat hubungannya dengan Mustafa.

Malah alasan yang mengkambing hitamkan UMNO atas segala tingkah laku buruk pimpinan PAS, PKR atau pun DAP, sudah lali bagi penyokong PAS apatah lagi ia sudah tak diterima pakai oleh khalayak ramai.

Atau sebenarnya, Mustafa sengaja tidak membuat laporan polis kerana bimbang kebenaran terungkai mengenai kewujudan konspirasi menjatuhkannya yang direncanakan oleh musuhnya dalam PKR dan PAS?

Yang mana bila ia berlaku sebegitu, dikhuatiri akan memburukkan lagi hubungan kedua-dua parti sepakatan dalam PR itu sekaligus memberi keuntungan politik pula untuk BN.

Jika benar demikian, malang sekali, kerana maruah dan harga diri dipertaruhkan demi menjaga hubungan politik duniawi.

Ali Tongkat Ali

Lebih 800,000 Ibu Tunggal Akan Terima Kad Diskaun 1Malaysia

Posted: 18 Apr 2013 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April  - Lebih 800,000 ibu tunggal di seluruh negara akan menerima kad diskaun 1Malaysia yang menawarkan diskaun antara lima hingga 50 peratus bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan terpilih, umum Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata kerajaan juga akan mempertimbang skim insurans bagi ibu tunggal yang berdaftar bagi manfaat golongan itu yang membabitkan sumbangan premium RM12 setiap seorang dengan peruntukan RM12 juta setahun.

Skim insurans itu akan menawarkan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk kematian, RM5,000 untuk khairat kematian, RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM10,000 untuk kurang upaya akibat kemalangan, katanya pada pelancaran dan perhimpunan Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) – Wanita BN di sini hari ini.

Kira-kira 13,000 ibu tunggal pelbagai kaum dari seluruh negara hadir pada majlis anjuran Wanita BN itu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Najib juga berkata ibu tunggal yang memerlukan khidmat guaman, kerajaan boleh menyediakan bantuan guaman percuma kepada golongan itu melalui Yayasan Bantuan Guaman Malaysia.

Katanya rumah PPR juga boleh dipertimbangkan berikutan ibu tunggal ialah ketua keluarga yang perlu mengambil alih tanggungjawab menguruskan keluarga.

“Kasihan juga jika wanita sebagai ketua keluarga atau ketua isi rumah tidak mempunyai rumah, yang perlu meninggalkan anak-anak, kita boleh pertimbangkan perkara ini,” katanya.

Najib berkata golongan ibu tunggal merupakan kumpulan dalam masyarakat yang amat wajar dibantu dan dibela, dan di bawah aku janji BN, usaha akan dilipatgandakan bagi membela golongan itu.

Katanya daripada seramai 831,890 orang ibu tunggal, Selangor mencatatkan jumlah paling ramai, iaitu 125,367 orang yang dijanjikan bayaran bulanan oleh kerajaan pakatan yang telah lima tahun tidak ditunaikan.

“Sebab itu malam tadi, sebagai Pengerusi BN, saya membuat janji (pada pelancaran Manifesto BN Selangor) kalau kerajaan pakatan rakyat Selangor tidak menunaikan janji mereka kepada ibu tunggal di Selangor, BN sekiranya diberi mandat akan memberi bayaran bulanan kepada ibu-ibu tunggal,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan amat prihatin dan akan melakukan apa jua yang termampu supaya ibu tunggal tidak terpinggir dalam arus transformasi negara.

“Saya percaya wanita dan ibu tunggal tidak mahu semata-mata kepada belas kasihan, tidak mahu dipinggirkan tetapi wanita mahu mempunyai nilai harga diri atau self-esteem supaya mereka boleh menyara hidup keluarga, diri sendiri dan anak-anak mereka.

“Mampu mendapat rezeki yang halal boleh menjamin kesejahteraan hidup dan tahap kualiti yang ingin dikecapi oleh wanita dan ibu tunggal,” katanya.

Najib berkata beliau akan mengeluarkan arahan supaya anggota-anggota parlimen BN membantu persatuan-persatuan ibu tunggal di seluruh tanah air.

“Apa salahnya, jika dapat peruntukan daripada kerajaan diberi kepada ibu tunggal melalui persatuan ibu tunggal,” katanya.

Najib juga berkata program 1Azam akan diteruskan dan peruntukan tambahan yang pada masa ini berjumlah RM400 juta, akan dipertimbangkan bagi program itu.

“Saya dalam proses mempertimbang peruntukan tambahan (bagi program itu). Peruntukan RM400 juta tidak cukup kerana permohonan bagi program 1Azam ini terus bertambah,” katanya.

Terdapat Unsur Campur Tangan Dari Negara Luar Dalam Politik Negara – Zahid

Posted: 18 Apr 2013 05:26 AM PDT

JOHOR BAHARU, 18 April  - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat unsur campur tangan dari negara luar untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Tanpa menyebut sebarang nama, Zahid berkata pihak berkenaan didapati cukup berazam memastikan pembangkang di Johor menang dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan dilangsungkan pada 5 Mei nanti.

“Sehubungan itu, amat penting kita pastikan kemenangan dengan majoriti dua pertiga untuk buktikan kita menolak campur tangan asing terhadap politik Johor dan Malaysia.

“Sebab negara ini adalah acuan kita, dan kita sama sekali tidak mahu campur tangan asing dalam politik negara ini,” katanya ketika berucap semasa pertemuan dengan jentera BN Parlimen Kulai di sini hari.

Katanya pembangkang kini mula tertumpu ke Johor kerana ingin menjadikannya sebagai tapak baharu untuk memperluaskan kuasa mereka dengan meletakkan pemimpin besar mereka.

Ahmad Zahid berkata ia juga antara usaha pembangkang yang mahu melihat ‘hang government’ sekiranya mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan BN di peringkat nasional supaya kerajaan tidak boleh dibentuk.

Menurutnya jika kerajaan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga, ia akan menyukarkan kerajaan untuk membuat sebarang keputusan dalam pentadbiran negara.

“Kalau tidak dapat dua pertiga bagaimana nak tadbir negara. Kita tidak dapat pinda perlembagaan negara, kena berunding (dengan pembangkang) yang tentu melibatkan pelbagai syarat,” katanya.

Dalam sidang media di majlis berasingan, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana indidividu dari luar yang cuba mencampuri urusan politik negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Konsul Besar Singapura di Johor Bahru semalam bahawa kereta berdaftar Singapura yang memasuki Johor dengan memasang logo menyokong kempen sebuah parti politik di Malaysia merupakan tindakan individu yang kewarganegaraan mereka tidak jelas.

Sementara itu, beliau mengingatkan mana-mana calon BN yang menang dalam PRU13 nanti supaya tidak angkuh dan sombong selepas ini kerana kemenangan mereka bukan disebabkan faktor individu tetapi faktor parti.

“Saya ingin ingatkan, calon hanyalah lambang parti, kalau menang jangan berlagak, kemenangan bukan disebabkan anda hebat, tetapi jentera hebat,” katanya.

Rakyat Yakin BN Selangor Akan Tepati Janji

Posted: 18 Apr 2013 04:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April – Rata-rata rakyat Selangor yang ditemui berpuas hati dengan manifesto Akujanji  Barisan Nasional (BN) Selangor yang disifatkan memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan.

Menurut pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar manifesto BN Selangor yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib itu menyentuh segenap lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

"Saya yakin, dengan manifesto Akujanji BN ini, rakyat akan dapat melihat kesungguhan BN dalam membantu meringankan beban rakyat. Saya yakin in shaa Allah, BN akan menguasai semula pentadbiran negeri Selangor pada PRU ke 13 kali ini," ujarnya.

Manakala bagi pasangan suami isteri muda,  Rio Iskandar dan Siti Toyibah, mereka amat berpuas hati dengan Manifesto aku janji BN yang berjanji untuk memberikan bantuan persekolahan ternyata dapat meringankan beban ibu bapa dalam menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak.

"Macam bantuan untuk warga emas, orang kurang upaya dan para pelajar terutamanya, saya lihat cukup membantu. Begitu juga dengan janji kerajaan BN yang mahu membina lebih 15,000 rumah mampu milik dengan harga yang berpatutan yang dapat membantu pasangan suami isteri generasi muda seperti kami untuk memiliki rumah sendiri.

Menurut Haji Zainal Abu Kassim dari Paya Jaras pula berkata, manifesto Ak ujanji BN Selangor menjanjikan banyak manfaat kepada rakyat khususnya di negeri tersebut.

"Bagi saya, jika rakyat di Selangor membaca dan meniliti manifesto ini, saya yakin Selangor akan kembali ke tangan BN kerana apa yang dijanjikan oleh BN di dalam manifesto ini mencakupi seluruh lapisan masyarakat," katanya.

Dan bagi Rajendran a/l Manusegaran pula, manifesto BN Selangor menjanjikan banyak manfaat untuk rakyat Selangor.

"Macam bantuan untuk ibu tunggal dan pelajar, ini amat-amat membantu masyarakat yang agak kurang berkemampuan di negeri ini. 56 janji BN dalam manifesto ini saya rasakan satu manifesto yang terbaik setakat ini dan saya yakin BN akan tunaikan janji seperti mana yang telah terbukti sebelum ini.

"Saya juga berkeyakinan bahawa masyarakat India akan kembali menyokong BN kerana respon mereka terhadap corak pemerintahan Najib amat baik dan tidak seperti 2008 sebelum ini. Apatah lagi dengan program-program kerajaan yang banyak membantu rakyat di negara ini. Saya yakin, BN akan kembali mentadbir di Selangor pada PRU ke 13 ni,"ujarnya. -MediaUMNO

BN Tepati Janji Baris Pasukan Transformasi Berdepan Calon Caca Merba Pembangkang

Posted: 18 Apr 2013 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April – Barisan Nasional (BN) membuktikan 'Janji Ditepati' apabila melakukan transformasi dalam pelantikan calon-calonnya bagi berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Penganalisis politik tempatan, Dr. Jeniri Amir menganggap bahawa calon-calon BN yang digelar sebagai 'pasukan transformasi' oleh pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah yang terbaik dengan jumlah muka baru yang besar dijadikan sandaran bagi mengekalkan mandat.

"Pengerusi BN memperlihatkan responsif yang tinggi terhadap suara akar umbi apabila mengetengahkan calon-calon yang mempunyai latar belakang berbeza dan mewakili pelbagai peringkat usia yang secara tidak langsung dapat menunjukkan masa hadapan negara sekiranya BN terus menjadi kerajaan," katanya kepada UMNO-Online.

BN telah selesai menamakan semua calon-calonnya yang bakal bertanding dengan melibatkan 33 peratus muka baru di peringkat Parlimen dan 49 peratus muka baru di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini berbeza dengan pakatan pembangkang yang sehingga kini masih berlaku pertelagahan melibatkan calon-calon dan parti-parti yang bakal bertanding di sesebuah kawasan biarpun sebelum ini mereka pernah menyatakan bahawa ia telah selesai.

"Ketika BN laksanakan pasukan transformasi pakatan pembangkang masih lagi mengetengahkan calon-calon lama untuk dikitar semula malah ada diantaranya diragui tahap kewibawaan mereka dalam melaksanakan kepimpinan dan untuk menggalas tugas sebagai wakil rakyat."

Ujar beliau yang juga pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UMS), BN terserlah sebagai sebuah parti yang amat berpengalaman dalam pentadbiran dan mempunyai rekod membanggakan dengan kemudiannya melakukan transformasi terhadap calon untuk PRU ini.

"Datuk Seri Najib benar-benar mahu memastikan kemenangan dapat dicapai dan untuk permulaan ia dilaksanakan dengan transformasi calon-calon baru yang mana ia adalah barisan dinamik yang memenuhi citarasa akar umbi dan menjiwai kehendak rakyat.

"Latar belakang mereka turut dipertimbangkan misalnya dengan mengambil berat tahap pendidikan dan profesion yang ada yang kemudiannya menghasilkan calon-calon dari pelbagai peringkat."

Dalam hal ini beliau melihat calon-calon BN diterima dengan baik oleh masyarakat apabila golongan muda diketengahkan dengan di antaranya mempunyai pengalaman dalam bidang profesional misalnya sebagai doktor, peguam, pensyarah, ahli akademik di samping penglibatan golongan ulama, ahli korporat dan lain-lain lagi.

"Pilihan raya ini dianggap amat sengit dan akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah parti yang bertanding namun dengan perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh BN berbanding pelbagai pertelagahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang maka tentunya pengundi dapat menilai.

Calon BN d iperingkat Parlimen untuk PRU ini melibatkan 31 peratus terdiri daripada golongan profesional dan ulama antaranya Ustaz Fathul Bari, Dr Zaki Zamani, Dr Cheah Soon Hai, Dr Leong Yong Kong, Prof Ismail Daut, Muammar Ghadafi, Dr Tanaletchumy dan lain-lain lagi. - MediaUMNO

BN Pahang Tukar Calon, Tampil Dua Muka Baru

Posted: 18 Apr 2013 03:43 AM PDT

KUANTAN, 18 April – Barisan Nasional (BN) Pahang membuat pertukaran dalam senarai calon pilihan raya umum ke-13 dengan menampilkan dua muka baharu dan seorang calon yang diumumkan Selasa lepas berpindah bertanding di kerusi Parlimen.

Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tiga pertukaran calon itu melibatkan kerusi Parlimen Lipis dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Padang Tengku dan Bebar.

Beliau berkata proses penggantian itu dilakukan setelah mendengar pandangan banyak pihak termasuk di peringkat akar umbi dan beliau menegaskan proses itu merupakan perkara biasa.

“Keputusan ini diambil setelah kita mengambil kira pandangan ramai orang, tempoh pengumuman dan hari penamaan calon agak panjang jaraknya dan tempoh agak baik sebab beri ruang untuk kita betulkan keadaan,” katanya sebelum mengadakan perjumpaan tertutup bersama calon-calon BN Pahang di Kompleks Yayasan Pahang di sini, Khamis.

Penyandang DUN Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad akan bertanding di kerusi Parlimen Lipis, menggantikan calon sebelum ini, Datuk Shahrom Osman yang juga penyandang kerusi berkenaan.

Manakala tempat Abdul Rahman di DUN Padang Tengku digantikan dengan Pegawai Khas kepada MB Pahang, Datuk Mustapa Long.

Penyandang DUN Peramu Jaya yang sebelum ini yang dinamakan sebagai calon untuk DUN Bebar, Ibrahim Awang Ismail digantikan dengan muka baharu, ahli jawatankuasa Bahagian Umno Pekan, Mohd Fakhruddin Mohd Arif.

Adnan berkata pertukaran hari ini selepas penyampaian watikah Selasa lepas, bukan disebabkan bantahan pihak-pihak tertentu.

“Ini bukan kerana protes, kalau protes kenapa di DUN Luit misalnya, kekal dengan Ketua Pergerakan Puteri Umno Maran, Nurhidayah Shahaimi (muka baharu),” katanya.

Ditanya sama ada kedua-dua calon yang digugurkan itu sebenarnya menarik diri, Adnan berkata perkara itu tidak timbul.

“Ini kita gantikan, soal tarik diri tak timbul, di Pahang tiada calon yang tarik diri setakat ini.

“Kedua-dua bekas calon ini menerimanya dengan hati terbuka, saya ucapkan terima kasih terhadap perkhidmatan mereka sebelum ini,” katanya.

Menjawab soalan sama ada keputusan pada hari ini adalah muktamad dan tiada lagi pertukaran atau penggantian kerusi selepas ini, Adnan berkata:

“Muktamad atau tidak, selagi belum hari penamaan calon, kita tak boleh katakan ia muktamad ke tak”.

LD UMNO Ambil Tindakan Sabotaj Parti, Tindakan Pecat dan Gantung Keahlian

Posted: 18 Apr 2013 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April – Lembaga Disiplin (LD) UMNO telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana pemimpin dan ahli parti yang melakukan kesalahan sabotaj parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 dengan tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil dalam tempoh berkempen, kata Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Ujarnya, LD UMNO juga sudah melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti yang berlaku di kawasan masing-masing.

"Ini adalah bagi membolehkan tindakan disiplin lebih awal dapat diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan sabotaj," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, beberapa laporan telah diterima dan akan dipanggil untuk tunjuk sebab mengapa tindakan perlu diambil.

"Sebuah Jawatankuasa Khas telah diwujudkan yang akan berperanan mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah atas kesalahan sabotaj atau melanggar disiplin parti."

Jawatankuasa Khas ini dianggotai oleh empat orang wakil Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan empat orang wakil daripada LD yang akan dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Pengerusi LD UMNO.

"Dengan kewujudan Jawatankuasa Khas ini tindakan tegas dan segera boleh diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan sabotaj dan disiplin parti.

"Namun begitu sebelum memutuskan apa juga hukuman, LD akan menjalankan siasatan terperinci dan membuat keputusan berdasarkan kepada bukti-bukti yang kukuh."

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang telah diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti.

"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan LD tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati parti," tegasnya lagi. - MediaUMNO

Lebih 50 Peratus Calon Baharu Beri Semangat Baharu Kepada BN Kedah

Posted: 18 Apr 2013 03:04 AM PDT

ALOR SETAR, 18 April  - Barisan Nasional (BN) Kedah, yang menampilkan lebih 50 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) untuk bergandingan dengan pemimpin berpengalaman, kini berada pada tahap yang baik untuk merampas kembali negeri ini.

Timbalan Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun ramai muka baharu ditampilkan, BN Kedah turut mengekalkan muka-muka lama yang masih mampu berkhidmat kepada rakyat.

“Kita yakin calon yang bertanding kali ini mampu menang dan memberikan tentangan yang sengit, malah yakin kita akan dapat sambutan yang baik daripada rakyat,” katanya selepas majlis pelancaran Manifesto atau Aku Janji BN khusus untuk negeri Kedah di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi BN Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Selain itu katanya, manifesto atau Aku Janji BN khusus untuk negeri bukan bersifat cadangan memandangkan perancangannya dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk dilaksanakan, yang membuktikan seriusnya BN untuk membangunkan Kedah.

Mukhriz yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, yakin BN mampu merampas kembali kerusi DUN itu daripada Pas selain mengekalkan kerusi DUN Kota Siputeh dan Parlimen Jerlun.

Mukhriz berkata rata-rata rakyat di kawasan Parlimen Jerlun dan DUN Ayer Hitam menganggap kepimpinan Exco kerajaan negeri Abd Ghani Ahmad, yang akan mempertahankan kerusi DUN Ayer Hitam, lemah.

“Kita dapat lihat, kerja dia (Abd Ghani) ketika memegang DUN Ayer Hitam malap kerana gagal menjalankan tugasnya dan memberi kebajikan yang baik terhadap rakyat.

“Rakyat sendiri sudah nampak kelemahan dia, dan boleh menilai sendiri tempoh lima tahun yang lepas,” katanya.

Kohilan Nafi ‘Beli’ Keputusan Akademiknya, Kemuka Bukti

Posted: 18 Apr 2013 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April –  Naib Presiden Gerakan A. Kohilan Pillay hari ini mengemukakan tesis ijazah sarjananya serta transkrip keputusan peperiksaan ijazah sarjana mudanya sebagai bukti kelulusan universitinya bukan dibeli.

Kohilan mengemukakan bukti-bukti itu pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini bagi menafikan dakwaan Ketua Strategi Pilihan Raya DAP Ong Kian Ming semalam bahawa kelulusan universiti beliau dan empat lagi calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah dibeli.

Kohilan lulus Ijazah Sarjana Sains Ekonomi Perindustrian dari University Pacific Western, Amerika Syarikat pada 1992, setahun selepas memiliki ijazah sarjana muda ekonomi dari University Connaught, Ireland.

University Pacific Western hanya ditutup kerana didapati menjual ijazah setelah 14 tahun beliau tamat pengajiannya, kata Timbalan Menteri Luar itu.

Untuk itu, Kohilan mahu Ong meminta maaf atas dakwaan palsunya terhadap taraf pendidikannya dan tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara itu terus berlarutan.

Kohilan, yang akan bertanding kerusi Parlimen Puchong, berkata beliau telah melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas tamat pengajian Tingkatan Enam pada 1987.

Saya memperolehi semua kelulusan akademik ini dengan belajar bersungguh-sungguh, jadi dakwaan saya membeli kelulusan ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau juga berkata selepas memperoleh ijazah sarjananya pada 1992, “saya menjadi pensyarah Ekonomi dan Statistik di Kolej Stamford sehingga tahun 2008, malah pernah menulis dua buah buku mengenai ekonomi bagi pelajar STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia).”

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT