SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, April 11, 2013

UMNO Online - “Calon BN Yang Tidak Terpilih Harus Terima Dengan Fikiran Terbuka – Dr Mahathir” plus 9 more

UMNO Online - “Calon BN Yang Tidak Terpilih Harus Terima Dengan Fikiran Terbuka – Dr Mahathir” plus 9 more

Link to UMNO Online

Calon BN Yang Tidak Terpilih Harus Terima Dengan Fikiran Terbuka – Dr Mahathir

Posted: 10 Apr 2013 10:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 April – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus menerima keputusan itu dengan fikiran terbuka.

Bekas perdana menteri berkata penyandang kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak terpilih perlu menerima hakikat bahawa akan tiba masanya mereka perlu berundur.

“Kalau betul-betul sayang parti, mereka akan terima dengan fikiran terbuka malah harus sokong parti dan calon ganti itu. Kena ingat dulu mereka menang sebab orang-orang (penyokong) itu juga, jadi kena kembali menyokong calon baharu,” katanya dalam program ‘Soal Jawab’ yang disiarkan TV3 malam ini.

Program itu dihoskan Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A.Talib.

Dr Mahathir berkata penggantian calon perlu dilakukan pada setiap pilihan raya bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk berkhidmat kepada parti.

Mengambil contoh parti UMNO, beliau berkata tindakan memilih orang lama parti untuk bertanding akan menyebabkan ramai orang tidak akan menyertai parti itu.

“Ini menyebabkan UMNO makin lama makin kecil atau diisi oleh orang-orang yang tidak berbakat,” tegasnya.

Beliau juga mengingatkan wakil-wakil rakyat BN yang tidak terpilih harus menyokong parti sebagai tanda membalas budi di atas peluang yang diberikan.

Katanya jika mereka tidak menerima keputusan itu, ia bermakna perjuangan mereka hanya terhad kepada diri sendiri dan bercanggah dengan prinsip perjuangan parti yang ditubuhkan untuk membela nasib rakyat.

Mengimbas kembali tindakannya mengundurkan diri semasa berada di puncak, Dr Mahathir berkata ia perlu dilakukan agar tidak dibenci rakyat kerana terlalu lama memegang jawatan Perdana Menteri.

Menyentuh mengenai manifesto PRU13, beliau berkata manifesto pembangkang memperlihatkan mereka tidak faham kebenaran dan kenyataan berbanding manifesto BN yang dihasilkan daripada pengalaman mentadbir negara.

15,000 Alumni Asrama Yayasan Selangor Akan Tolak Pakatan Pembangkang Dalam PRU13

Posted: 10 Apr 2013 05:29 AM PDT

SHAH ALAM, 10 April – Kira-kira 15,000 anggota Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor akan menolak pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan kegagalan parti itu menyelesaikan isu membabitkan yayasan selama hampir lima tahun mentadbir Selangor.

Antara isu itu ialah penutupan operasi dua asrama yayasan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, pemberian tanah milik yayasan di Klang untuk pembangunan pusat kebudayaan Cina, isu tanah milik yayasan di Pulau Carey, Klang dan isu penjualan atau tawaran penjualan bangunan Yayasan Selangor di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur .

Presidennya Kapten (B) Azme Dollah berkata persatuan berasa sangat kecewa, sedih dan tidak puas hati dengan maklum balas negatif daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki berhubung isu itu.

“Bagaimanapun, kami mendapat sokongan daripada koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang menyatakan kesediaan untuk membantu termasuk memasukkan usaha menyelamatkan asrama yayasan ke dalam manifesto BN Selangor.

“Menteri Besar dan pengurus besar (Yayasan Selangor) jangan anggap kami partisan. Selama ini kami cuba bersikap non partisan sehinggalah asrama kita hendak dirobohkan dan kita telah cuba merayu tetapi tidak dilayan.

“Demi menyelamatkan anak Selangor, kami tiada pilihan kecuali mengundi BN dalam PRU13,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Azme berkata penutupan dua asrama yang bakal dirobohkan itu menyebabkan pelajar di asrama itu dibiarkan terkontang-kanting tanpa nasib mereka dibela dengan mereka terpaksa mencari tempat lain untuk tinggal dan ada yang terpaksa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meneruskan persekolahan.

Katanya 30 daripada penghuni asrama itu berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan keadaan itu mungkin akan menjejaskan pembelajaran mereka.

Beliau mempersoalkan kenapa perlu menutup asrama berkenaan sedangkan pihak yayasan mendakwa mempunyai simpanan tetap kira-kira RM60 juta manakala rizab kerajaan negeri didakwa sebanyak RM2 bilion.

“Menteri Besar mendakwa asrama di bandar untuk anak-anak luar bandar tidak lagi relevan dengan sistem pendidikan yang ada sekarang, jadi beliau putuskan bahawa tanah di Kampung Pandan hendak dikomersilkan bagi menjana pendapatan.

“Bagaimanapun kami ingin tegaskan kami bukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi kami urban survival yang berdikari sepanjang menuntut ilmu di bandar, itu yang Menteri Besar tidak faham,” katanya.

Azme berkata isu lain yang persatuan belum menerima jawapan jelas daripada Abdul Khalid ialah isu pelantikan Ilham sebagai pengurus besar yang diragui dan isu penggajian terkini kakitangan yayasan.

Beliau berkata melihat kepada isu berkenaan, pihaknya berpendapat pentadbiran Yayasan Selangor telah gagal memenuhi kehendak rakyat Selangor dan gagal menguruskan yayasan itu dengan baik.

“Matlamat penubuhan Yayasan Selangor telah bertukar di bawah urus tadbir kini. Yayasan Selangor yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada aktiviti pendidikan anak-anak di negeri ini kini lebih menjurus kepada aktiviti komersil serta pencairan aset yang ada.

“Persatuan kini berpendapat Yayasan Selangor perlu dan mesti diselamatkan segera dari pentadbir yang hanya melihat kepada keuntungan tanpa memberi tumpuan kepada fokus sebenar penubuhan yayasan ini lebih 30 tahun lalu,” katanya.

Tunku Aziz Dedah Rancangan Huru-Harakan Pilihan Raya Umum

Posted: 10 Apr 2013 05:23 AM PDT

Bekas Pengasas dan Presiden Transperancy International-Malaysia yang juga merupakan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz hari ini mendakwa sememangnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai rancangan sulit untuk mencipta huru-hara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Tunku Aziz berkata, rancangan sulit itu telah diatur dengan licik oleh PKR dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian.

"Sesi latihan telah diadakan terhadap Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/barung, secara ringkasnya dikenali sebagai PACABA, oleh suatu NGO dipanggil Tindak Malaysia.

"Salah satu aspek khas sesi latihan seumpama ini adalah berkaitan dengan pengajaran kepada pengundi bagaimana untuk mengawal kesulitan undinya," kata Tunku Aziz dalam sidang media di Eastin Hotel di sini hari ini.

Selain itu, dakwa Tunku Aziz, PKR juga turut memilih beberapa individu yang akan mengambil bahagian menguruskan hari mengundi nanti dengan memberikan latihan terperinci supaya dapat membuatkan suasana hari mengundi menjadi tegang di beberapa kawasan terpilih.

Latihan terperinci telah diberikan kepada individu yang terlibat di negeri pentadbiran pembangkang sendiri.

"Orang yang menghadiri latihan seumpama ini adalah digalakkan untuk menjadi vokal dan mencabar kerani pilihan raya yang bertugas begitu juga dengan pegawai pengerusi atau Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk melakukan kesalahan pilihan raya jika mereka enggan mengeluarkan satu undi rawak kepada pengundi.

"Sesi latihan seumpama ini telah dijalankan di pelbagai tempat, di tempat milikan negeri tertentu di bawah pentadbiran kerajaan negeri PR dan juga di beberapa gereja," katanya.

Secara tidak langsung, kekecohan yang dirancang oleh PKR dapat menerbitkan rasa tidak puas hati pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melengahkan lagi masa untuk membuang undi.

Justeru, Tunku Aziz berkata, menerbitkan rasa benci dan tidak percaya kepada SPR untuk menguruskan PRU13 akan dicapai oleh PKR selepas rancangan mencipta huru-hara itu berjaya dilaksanakan nanti.

"Semua ini adalah direka untuk mencipta satu pandangan negatif terhadap SPR, mencipta fitnah dan kemarahan umum terhadap SPR dengan itu membawa ia ke dalam penghinaan," terang Tunku Aziz lagi.

Mengulas lanjut mengenai rancangan PKR itu, Tunku Aziz juga turut mengaitkan nama Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga dalam rancangan bersama Tindak Malaysia mencipta huru-hara semasa PRU13.

Beliau berkata, sekiranya Ambiga benar-benar mahukan proses pilihan raya berlaku dalam keadaan bersih dan adil, Ambiga seharusnya tampil ke hadapan menghalang rancangan licik PKR ini.

"Tindak Malaysia sendiri mengaku bekerjasama dengan Bersih dan Bersih juga dikenali umum mempunyai hubungan sangat erat dengan pemimpin-pemimpin daripada parti-parti politik yang menubuhkan pakatan longgar, Pakatan rakyat.

"Adakah Bersih membiarkan sesi-sesi latihan seumpama itu yang berkeraskan perawakan kertas undi oleh Tindak Malaysia yang bekerjasama dengan mereka dalam reformasi pilihan raya? Jika ya, adakah Bersih pernah menjadikan ini sebagai salah satu seruan mereka (rawakan kertas undi) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya? Jika tidak, kenapa tidak? Adakah wujudnya suatu agenda berselindung?," kata Tunku Aziz.

Satu surat bertarikh 15 Disember 2012 telah tersebar mendedahkan dokumen sulit dari PKR itu menyenaraikan pelbagai langkah untuk mencetuskan kekecohan dan rasa tidak puas hati terhadap SPR ketika hari mengundi.

Pendedahan Tunku Aziz mengenai institusi Tindak Malaysia yang menjadi pertubuhan utama mencipta huru-hara dalam PRU13 secara tidak langsung membenarkan kenyataan terperinci bahawasanya PKR sememangnya mempunyai rancangan jahat.

mykmu.net

BN Sedia Tunjuk Pintu Keluar Kepada DAP Di Melaka

Posted: 10 Apr 2013 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 April  - Kesiapsiagaan jentera Barisan Nasional (BN) dan sokongan yang semakin meningkat terhadap parti itu di Melaka merupakan  faktor penting yang menyakinan BN untuk menunjukkan “pintu keluar” kepada DAP di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata yang penting sekarang ialah memastikan jentera BN mengekalkan momentum menyerang pembangkang dan mempertahankan kerusi disandang pada “pecutan akhir” menjelang hari pengundian 5 Mei nanti.

“Kita telah berusaha keras selama empat tahun, jadi tidak guna kalau kita usaha empat tahun tetapi pada pecutan akhir, kita sudah lemah. Inilah masanya kita masuk “gear penuh” dan tekan minyak habis bagi memastikan kemenangan besar BN pada PRU13.

“Sokongan penduduk di kawasan DAP (di Melaka) terhadap kita (BN) bertambah baik berbanding PRU lepas hasil kerja keras jentera kita, jadi tak mustahil kita rampas semua kerusi mereka (di Melaka), malah BN mampu buat kejutan dengan merampas Pulau Pinang,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri program perjumpaan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak bersama jentera parti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Pada PRU lepas, DAP memenangi satu kerusi parlimen (Kota Melaka) dan lima kerusi dewan undangan negeri (DUN)(Bachang, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir) manakala selebihnya dimenangi BN.

Melaka mempunyai enam kerusi parlimen dan 28 kerusi DUN. Berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada 27 Nov lepas, negeri itu mempunyai 434,485 pengundi.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Baru atau berpindah ke kerusi Parlimen Bukit Katil, Mohd Ali berkata keputusan itu masih belum diputuskan pucuk pimpinan parti.

“Itu semua rahsia parti, tidak boleh cakap. Presiden (Najib) kata masih dipertimbangkan, semua ada peluang, belum putus lagi (calon) buat masa ini,” katanya.

Pada 18 Jan lepas, Mohd Ali menyatakan kesediaannya untuk bertanding kerusi parlimen, dan hasrat itu telah disuarakan kepada Najib.

Sementara itu, Anggota Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang juga calon utama disebut-sebut menggantikan Mohd Ali sekiranya Ketua Menteri Melaka itu berpindah ke kerusi parlimen, berkata spekulasi siapa pengganti Mohd Ali bukanlah perkara utama yang perlu difikirkan buat masa ini.

“Yang penting bagi saya sekarang ialah memastikan kemenangan besar BN di Melaka dan seluruh negara. Saya mahu beri komitmen kepada pimpinan parti bahawa saya akan pastikan parti menang besar. Saya bersedia bantu parti dalam segala bentuk sumber dan tenaga,” katanya.

Idris yang juga Ketua Penerangan BN Melaka menasihatkan anggota BN menyokong calon yang telah ditentukan pucuk pimpinan parti dan tidak sama sekali melakukan sabotaj sekira tidak dipilih menjadi calon pada PRU13 nanti.

“Kalau orang lain jadi calon kita kena sokong kerana calon ini telah disahkan pucuk pimpinan mampu memberi sumbangan besar kepada kawasan kita nanti. Kita kena letakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan diri kita sendiri,” katanya.

Selain itu, BN Melaka bakal menerima khidmat PPP untuk bertanding buat kali pertama di negeri itu menentang DAP di kerusi DUN Kota Laksamana yang kini disandang Betty Chew iaitu isteri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pada pilihan raya 5 Mei ini.

Mengulas perkara itu, Presiden PPP Datuk M Kayveas berkata MCA bersetuju menyerahkan kerusi DUN kepada PPP kira-kira dua tahun lepas dan kerusi itu tidak pernah dimenangi BN sebelum ini.

“Kita telah bekerja keras di sana sejak dua tiga tahun lepas, kita yakin dengan kekuatan jentera kita, PPP mampu merampas Kota Laksamana daripada DAP.Sokongan pada kita pun terus kukuh di sana  dan kita boleh buat lebih baik untuk rakyat berbanding DAP di sana,” katanya.

Ditanya siapa calon PPP untuk mengisi kerusi itu, beliau berkata PPP dan Mohd Ali telah sepakat mencalonkan Pengerusi PPP Melaka Datuk Chiw Tiang Chai, namun senarai akhir calon akan ditentukan Najib nanti.

Slogan Dari Rakyat Untuk Rakyat Pegangan Jentera Parlimen Wangsa Maju

Posted: 10 Apr 2013 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 April – Slogan Dari Rakyat Untuk Rakyat bakal menjadi pegangan semua jentera pilihan raya parlimen Wangsa Maju sebagai suntikan semangat berkempen menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menurut Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah berharap slogan tersebut akan memberi semangat luar biasa untuk semua jentera bekerja secara luar biasa bagi memastikan Parlimen Wangsa Maju menebus kekalahan pada PRU yang lalu.

"Cukup lima tahun  pembangkang berkuasa di parlimen ini. Sekali kita rebah bukan bermakna kita terus jatuh. Kita harus bangun dan terus mara ke hadapan. Kita telah bersedia sejak 2010. Keyakinan telah kita bina. Perdana Menteri telah melakukan pelbagai transformasi.

"Kini giliran kita untuk bekerja secara luar biasa untuk mendapat mandat. Jadikan kekalahan kita yang lalu sebagai pengajaran. Mungkin dulu kita alpa, kita rasa selesa dan terlalu yakin. Tapi kini kita harus buktikan bahawa BN adalah yang terbaik untuk rakyat," ujarnya dalam ucapan ketika merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRU-13 BN Parlimen Wangsa Maju di Dewan Komuniti Ibu Kota, baru-baru ini.

Tambah beliau, rakyat harus diyakinkan bahawa BN adalah sebuah parti yang sentiasa mendahulukan rakyat dan ianya telah terbukti dengan pelbagai transformasi yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri.

Malah ujarnya, manifesto yang bentangkan baru-baru ini juga adalah satu manifesto terbaik tanpa melupakan rakyat.

"Lihat apa yang pakatan pembangkang lakukan kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka. Bandingkan janji mereka dengan janji BN. Ianya tidak mampu dijangkau oleh pakatan pembangkang. Janji mereka hanyalah sekadar janji kosong.

"Sebab itulah, jentera pilihan raya kita harus bergerak ke setiap pelosok Parlimen Wangsa Maju mendekati para pengundi dan menerangkan keadaan ini. Kita harus berjuang dalam zon perang ini. Masa sudah terlalu suntuk sebelum hari pengundian diumumkan.

"Gunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin. Ini amatlah penting kerana pilihan raya bukanlah perkara remeh. Pilihan raya adalah penentu nasib rakyat di masa akan datang," ujarnya lagi. - MediaUMNO.

Berantakan Rebut Kerusi Cerminan Terbaik Nilai Wajah Hodoh Pembangkang

Posted: 10 Apr 2013 03:57 AM PDT

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin ghairah berkempen, semakin celaru Pakatan Pembangkang  jadinya.   Hampir di semua negeri dan semua kawasan akan berlaku perebutan kerusi, ketidakpuasan hati dan sakit hati.

Di Kedah, DAP telah diketepikan oleh Pas.  Di Perlis, PKR telah dipermainkan oleh Pas.  Di Johor, DAP telah mengenepikan DAP sendiri dan juga PKR.  Di Selangor dan Pahang, PKR bermain tolak-tolak sesama sendiri.

Di Terengganu Pas dan PKR berhempas pulas menepis dan menekan sesama sendiri.   Di Perak, kita menyaksikan 'pertandingan pencak-silat kalah maki' antara DAP-PKR, DAP-Pas, PKR-Pas.  Di Negeri Sembilan pula berlaku 'perebutan tiga penjuru' di beberapa tempat.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang tidak mempunyai susunan hierarki kepimpinan yang jelas mahupun sifat setiakawan yang ikhlas.  Malah, sifat hormat-menghormati sesama sendiri, termasuk sesama pemimpin parti sekutu juga tidak ada langsung.

Mungkin kerana terlalu sangat mempromosi sikap tidak menghormati dan suka menghina orang lain, maka akhirnya apa yang diterapkan oleh Pakatan Pembangkang itu kini berbalik kepada diri mereka sendiri di mana tiada siapa lagi yang menghormati mereka.

Maka kerana itu, kita melihat pilihan Anwar diboo oleh penyokongnya sendiri.  Pilihan Lim Kit Siang dicemuh penyokong sendiri sehingga membawa kepada perletakan jawatan.

Mungkin hanya penyokong Pas masih mempunyai rasa hormat kepada pemimpin sendiri tetapi jelas mereka juga tidak hormat kepada pemimpin PKR dan DAP kerana DAP dan PKR tidak pernah menghormati pemimpin mereka.

Dalam keadaan di mana 'carta aliran' kuasa di dalam pakatan tidak dapat dipastikan, bagaimana Pakatan Pembangkang begitu yakin yang mereka mampu memerintah negara?   Bayangkanlah, ini baru soal calon dan kerusi, belum lagi soal prinsip, halatuju dan ekonomi.

Kita pasti, jika Pakatan Pembangkang menang maka isu hudud, isu salon, arak, judi, murtad, Kalimah Allah, semuanya akan dibangkitkan kembali kerana isu-isu ini, pada hakikatnya tidak pernah selesai.  Pada ketika itu, apa agaknya akan terjadi kepada negara kita?

Mungkin DAP yakin akan dapat mengawal keadaan kerana Pas selama ini hanya memilih untuk mengalah, tetapi apakah jaminan yang Pas akan mengambil sikap yang sama sekiranya benar-benar beroleh kuasa?  Sedangkan, dihari-hari terakhir sebelum pilihanraya ini Pas sudah membuat percubaan untuk menjadi dominan dengan memastikan parti itu bertanding kerusi paling banyak.

Mungkin juga DAP tidak mengambil kisah tentang berapa banyak kerusi Pas bertanding kerana dahulu pun Pas bertanding lebih banyak dari DAP tetapi kemenangan yang dicatat tetap kurang dari DAP.

Mungkin juga DAP tidak mengambil kisah tentang berapa banyak kerusi Pas bertanding kerana dahulu pun Pas bertanding lebih banyak dari DAP tetapi kemenangan yang dicatat tetap kurang dari DAP.

Namun, ini bukan petanda yang DAP harus mengambil mudah sikap emosional dan tidak rasional penyokong Pas yang benar-benar percaya bahawa perjuangan mereka menubuhkan Negara Islam adalah jihad.

Ingatlah, bahawa mereka ini telah membuktikan bahawa mereka sanggup menelan dan melakukan apa saja yang 'difatwakan' oleh pemimpin mereka.

Lihat sahaja bagaimana dahulu mereka menganggap DAP sebagai kafir harbi, tetapi sebaik sahaja pemimpin mereka memeluk Lim Kit Siang, secara automatik DAP menjadi lebih Islam dari UMNO.

Atau lihat sahaja bagaimana mereka mengkafirkan undang-undang Malaysia, tetapi sejurus selepas bersalaman dengan Karpal Singh, secara automatik undang-undang yang sama menjadi 'cukup Islam' untuk terus dipertahankan.

Dan lihat sahaja bagaimana mereka sanggup mengambil risiko ke atas masa depan, keselamatan dan nyawa mereka, termasuk isteri dan anak-anak kecil mereka yang diheret untuk berdemonstrasi hanya kerana Ulama mereka menyatakan bahawa demonstrasi itu adalah jihad.

Justeru, tidak wajar kita melihat perang berebut kerusi di dalam Pakatan Pembangkang ini sebagai perkara ringan.  Sesungguhnya, ini adalah petunjuk awal akan keadaan dalam Parlimen dan dalam negara sekiranya parti mereka memerintah.

Kita juga sekali-kali tidak boleh mengenepikan kemungkinan perang antara agama akan turut berlaku di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang.

Sengaja penulis tidak membincangkan tentang kedudukan PKR dalam senario krisis pemerintahan Pakatan Pembangkang, kerana setakat hari ini, PKR sebenarnya sudah tidak relevan lagi.  Ini kerana tiada siapa lagi yang mendengar arahan dan kata-kata Anwar.

Malah, pengumuman Anwar bahawa isterinya yang juga Presiden Parti, iaitu Wan Azizah tidak akan bertanding dalam PRU kali ini juga, telah disanggah oleh anaknya sendiri.

Inilah yang terjadi apabila antara Ketua Umum dan Presiden serta Naib Presiden yang merupakan suami isteri dan anak-beranak juga turut tidak dapat menghormati sesama sendiri.

Hakikat penting yang perlu penyokong Pakatan Pembangkang terima ialah, Anwar bukanlah bakal Perdana Menteri kerana Pas akan memastikannya begitu.

Pas tahu bahawa jika Anwar tidak mampu mengawal nafsu sendiri, bagaimana beliau boleh mengawal parti dan negara?   Jika DAP dan PKR tetap bertegas inginkan Anwar maka bersedialah kita untuk menyaksikan perang besar di dalam kerajaan Pakatan Pembangkang.

Adalah mustahil untuk Pakatan Pembangkang mentadbir negara tanpa ketua yang pasti dan tanpa susunan pentadbiran yang jelas.

Pakatan Pembangkang seharusnya menyelesaikan perkara asas ini terlebih dahulu dan bukannya menikam belakang sesama sendiri dalam menghadapi pilihanraya.

Dr Muslim Umar

‘Pakatan 15 Peratus’, Manifesto Pembangkang Tiada Nilai Kepada Rakyat

Posted: 10 Apr 2013 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar pakatan pembangkang dan menyifatkan  manifesto mereka sebagai dokumen tidak bertanggungjawab yang disajikan kepada rakyat.

"Jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini menganggap bahawa manifesto bukan janji maka bermakna rakyat tidak boleh mengharapkan apa-apa kepada manifesto mereka," katanya kepada UMNO-Online.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggelar Pakatan pembangkang sebagai `Pakatan 15 peratus' berdasarkan sejak mereka berkuasa pada tahun 2008, mereka hanya berjaya melaksanakan 15 peratus janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu.

"Bukan setakat Pakatan 15 peratus tapi manifesto mereka langsung tidak bertanggungjawab dan ini adalah berbeza dengan kita yang anggap manifesto sebagai dokumen penting antara BN dan rakyat."

Dalam masa yang sama beliau turut mengulas berkaitan tuduhan pembangkang yang menganggap BN meniru manifesto pakatan pembangkang.

"Saya percaya mereka yang meniru manifesto kita kerana banyak yang mereka cuba ketengahkan telah pun dilaksanakan oleh BN. Misalnya janji-janji yang mereka nak bawa nak sebagainya.

"Yang lebih buruk kerana manifesto mereka tidak berpegang di bumi nyata misalnya berkaitan subsidi minyak yang mana mereka mahu menurunkan 20 sen."

Ujarnya, berdasarkan kiraan yang dilakukan, sekiranya harga minyak diturunkan maka bermakna kerajaan akan menanggung subsidi tambahan.

"Kalau turun 20 sen sebagaimana yang mereka kata bermakna kerajaan terpaksa menanggung 4.4 bilion ringgit yang mana duit ini boleh digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan sedangkan minyak hari ini boleh digunakan sesiapa saja.

"Sebab itu manifesto pembangkang tentang minyak dan sebagainya lebih kepada mereka yang berkemampuan dan kaya sedangkan fokus kita adalah untuk menjaga golongan miskin yang memerlukan.

"Simpanan daripada subsidi minyak ini boleh digunakan untuk membina lebih banyak frasarana untuk orang miskin. Dengan jumlah 4 bilion boleh disalurkan terus kepada golongan rakyat yang memerlukan sedangkan penggunaan minyak adalah terhad kepada golongan tertentu."

Tegas beliau lagi, duit terbabit boleh digunakan semula kepada rakyat dengan cara untuk pembinaan rumah PPRT dan sebagainya.

"Bayangkanlah dengan jumlah ini berapa banyak rumah PPRT boleh dibina untuk kemudahan rakyat. Isu berkaitan manifesto adalah isu populis semata-mata," tambahnya lagi. – MediaUMNO

EC: Voters Can Check Polling Centre, Channel Via Websites, SMS From April 15

Posted: 10 Apr 2013 02:49 AM PDT

PUTRAJAYA, April 10 – Voters can check their respective polling centres and channels for the 13th general election (GE13) via websites and short messaging service (SMS) starting April 15.

They can do so through the Election Commission’s (EC) website at www.spr.gov.my and the GE13 official portal at www.pru13.gov.my, or by texting SPR<space>SEMAK<space>IC number to 15888.

For Celcom users, the text message can also be sent to 29292, while for Maxis users, to 33080 or 22789 and for Digi users, to 33080.

EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said apart from using the websites and SMS, voters could also obtain the information by contacting EC headquarters at 03-88856565 or any EC offices nationwide.

He said the latest electoral roll in the form of compact disc (CD) would be sold beginning April 15, while in the form of book, from April 19.

“Other information about the general election will also be issued from time to time by the EC headquarters, state election directors or election returning officers,” he told a special press conference here today.

The electoral roll to be used in the GE13 comprises the Master Electoral Roll 2011 and the additional electoral rolls for the first quarter, second quarter, third quarter and the fourth quarter of 2012.

BN-Friendly Politicians May Be Allowed To Contest ON BN Ticket – Najib

Posted: 10 Apr 2013 02:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 10 – Datuk Seri Najib Tun Razak said today the Barisan Nasional (BN) was prepared to allow elected representatives friendly to the coalition in the last Dewan Rakyat and state assemblies to contest on a BN ticket in the general election provided they were suitable candidates.

The prime minister and BN chairman said these people, if given the chance to represent the BN, would not have to join any of the component parties.

Nevertheless, he said, the number of seats up for contest in the general election was small and there had been no increase in the number of seats since the last general election in 2008.

“Some of those who are friendly to us (BN) did not represent any constituency but if they are suitable we are prepared to consider and allow them to stand on a BN ticket,” he told reporters after a meeting with the BN election machinery at the Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC), here.

Some opposition MPs who had turned independent and declared themselves friendly to the BN are Datuk Ibrahim Ali (who last represented Pasir Mas), Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu) and Datuk Seri Zaharin Hashim (Bayan Baru).

N. Gobalakrishnan, who won the Padang Serai parliamentary seat for the PKR in 2008 and then became an independent MP, yesterday asked the BN to field him in that constituency in this general election.

PRU13 Pilihan Raya Umum Terbaik, Azam SPR

Posted: 10 Apr 2013 01:31 AM PDT

PUTRAJAYA, 10 April  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan yang terbaik untuk memastikan pengendalian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah yang terbaik.

Sambil menolak tanggapan kononnya PRU13 bakal menjadi pilihan raya paling kotor, Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini berkata SPR telah membuat perancangan teliti di samping memperkenalkan banyak pembaharuan ke arah menjadikannya yang terbaik.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan ialah pengundian awal untuk anggota polis, tentera, pengamal media dan rakyat Malaysia di luar negara serta penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pemilih berdaftar mengundi lebih daripada sekali.

“Jika berlaku sedikit ‘kotor’ di sana, sini, ia bukan disebabkan oleh SPR, parti-parti politik, para penyokong mesti menghormati undang-undang, mesti mematuhi garis panduan, mesti mematuhi tata etika (pilihan raya).

“Saya harap semua parti politik, pemimpin parti politik menasihatkan anggota dan penyokong anda supaya bersikap rasional dan tidak terlalu emosional. Patuhi undang-undang, patuhi peraturan dan patuhi nasihat polis dan SPR,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPR di sini yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata SPR telah memperkenalkan sekurang-kurangnya 19 perubahan untuk penambahbaikan proses pilihan raya kali ini.

Katanya, terdapat banyak undang-undang, panduan dan kod etika yang jika dipatuhi akan menghasilkan pilihan raya yang aman.

Mengulas mengenai peruntukan RM400 juta untuk mengendalikan pilihan raya umum kali ini, Abdul Aziz berkata, antara lain, ia disebabkan oleh peningkatan jumlah pengundi.

Beliau juga berkata keadaan cuaca dan tiada sebarang acara penting membabitkan semua komuniti merupakan antara faktor utama diambil kira SPR dalam menetapkan 5 Mei dan 20 April, masing-masing, sebagai Hari Pengundian dan Penamaan Calon.

“Melihat kepada tarikh itu, dapat dilihat yang ia bebas daripada sebarang acara penting. Contohnya pada 20 April, tiada acara penting membabitkan mana-mana kaum di Malaysia pada tarikh berkenaan.

“Tarikh-tarikh berkenaan mempunyai ramalan cuaca yang positif. Kita berdoa sama-sama supaya menjadi realiti,” katanya.

Berdasarkan pengalaman SPR, beliau menjangkakan keputusan pertama PRU13 boleh diketahui seawal-awalnya 7.30 malam pada 5 Mei nanti.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT