SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, April 8, 2013

UMNO Online - “Pemimpin Akar Umbi Berperanan Penting Tentukan Masa Depan Kepimpinan Negara – Shafie” plus 8 more

UMNO Online - “Pemimpin Akar Umbi Berperanan Penting Tentukan Masa Depan Kepimpinan Negara – Shafie” plus 8 more

Link to UMNO Online

Pemimpin Akar Umbi Berperanan Penting Tentukan Masa Depan Kepimpinan Negara – Shafie

Posted: 07 Apr 2013 07:12 AM PDT

SEMPORNA, 7 April  – Pemimpin akar umbi seperti ketua kampung dan imam memainkan peranan penting dalam menentukan corak kepimpinan negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sehubungan itu, Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata pemimpin akar umbi berkenaan perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan berkesan kerana kegagalan berbuat demikian boleh memberi tempias kepada kepimpinan negara keseluruhannya.

“Saya memperingatkan mereka (pemimpin akar umbi) tentang betapa pentingnya pilihan raya akan datang ini untuk kita mempunyai pimimpin yang boleh menjadi tempat kita bergantung bukan hanya dalam memimpin negara tetapi juga dalam konteks landasan agama Islam.

“Kita perlukan seorang pemimpin yang boleh membawa kita ke arah kejayaan selaku umat Islam di negara ini dan bukan ke arah yang terpesong,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua kampung dan imam di Semporna di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Menurutnya umat Islam di negara ini, khususnya di daerah Semporna tidak boleh silap memilih pemimpin kerana sekali berlaku kesilapan ia akan memudaratkan umat dan negara.

Mengenai sokongan pemimpin akar umbi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Shafie berkata sejak dahulu lagi sokongan kepimpinan akar umbi dan penduduk Semporna kepada kerajaan sememangnya kuat dan berharap sokongan mereka terhadap BN akan terus kekal.

Bagaimanapun Shafie mengingatkan jentera dan penyokong BN supaya tidak terlalu yakin, alpa serta menghindari sifat takbur sebaliknya sentiasa merendah diri dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang memerlukan.

“Insya-Allah, rakyat akan memilih kita sekiranya kita melaksanakan amalan yang baik dengan membantu mereka, lebih-lebih lagi jika rakyat dalam kesusahan dan memerlukan bimbingan,” katanya.

Janji Kerajaan BN Turun Harga Kereta Adalah Realistik- Mukhriz

Posted: 07 Apr 2013 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 April — Janji Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun  adalah realistik dan mampu dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga kereta tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, di sini hari ini.

Manifesto BN bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Menyentuh tentang penubuhan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata ia antara lain bertujuan membantu kira-kira 2,000 pengundi Jerlun di Lembah Klang  balik ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab semasa PRU-13 nanti.

Muhyiddin Luang Masa Bersama Penduduk Kampung Padang Balang, Gombak

Posted: 07 Apr 2013 06:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 April  – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa beramah mesra dan minum petang bersama penduduk Kampung Padang Balang, Gombak.

Ketibaan beliau bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, pada kira-kira 5 petang disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Datuk Yahya Mat Ghani, Setiausaha Agung Pemuda Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dan penduduk kawasan sekitar.

Dalam lawatan santai 30 minit itu, Muhyiddin meluangkan masa bersama kira-kira 400 penduduk termasuk Ketua Kampung Awalludin Mohd Desa dan beberapa wakil anggota jawatankuasa Masjid Saidina Ali, yang terletak berhampiran kampung berkenaan.

Timbalan Ketua Umno cawangan Kampung Padang Balang Zaini Sawi berkata kehadiran Muhyiddin buat pertama kali ke kampung itu menceriakan penduduk.

“Kita rasa gembira, ini pertama kali Timbalan Perdana Menteri masuk kampung kita, masyarakat di sini amat bersyukur kerana ada pemimpin yang turun padang untuk bertanya khabar,” katanya.

Najib Ziarah Keluarga Allahyarham ACP Ibrahim Lebar

Posted: 07 Apr 2013 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi keluarga Allahyarham ACP Ibrahim Lebar yang terkorban dalam Operasi Daulat di kediaman mereka di Subang Jaya, dekat sini.

Najib yang tiba pada pukul 4.10 petang itu meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk bertanya khabar balu serta anak-anak Allahyarham Ibrahim.

Beliau turut menyampaikan bantuan berjumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan kepada balu Allahyarham bagi meringankan beban mereka.

Turut hadir pada lawatan itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Balu Allahyarham, Rosiah Dahlan, 52, berkata beliau amat terharu apabila Najib sanggup menziarahi mereka sekeluarga biarpun sibuk dengan pelbagai urusan tatkala bahang pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

“Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan dan Polis Diraja Malaysia kerana memberi sokongan padu kepada keluarga kami sejak kehilangan tempat bergantung malah perdana menteri turut memberikan kata-kata semangat kepada saya dan anak-anak,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Allahyarham ACP Ibrahim Lebar merupakan antara anggota polis yang terbunuh dalam kejadian serangan hendap oleh sekumpulan pengganas selatan Filipina di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu.

Manifesto BN Merupakan Aku Janji Hebat Dan Terbaik BN Kepada Rakyat Malaysia, Musa

Posted: 07 Apr 2013 12:03 AM PDT

TAWAU, 7 April — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai aku janji hebat dan terbaik BN  untuk membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat Malaysia.

Musa berkata manisfesto berkenaan bersifat menyeluruh dalam memenuhi aspirasi seluruh lapisan masyarakat Malaysia di manapun mereka berada termasuk di Sabah.

“Kita menganggap manifesto BN ini sebagai aku janji kepada seluruh rakyat yang begitu hebat, terbaik yang cukup memberi manfaat kepada seluruh lapisan rakyat, tidak kira di bandar, di luar bandar, orang lama, orang muda, wanita, semuanya tidak tertinggal.

“Ini satu manifesto atau aku janji yang begitu tepat, begitu lengkap yang memberi manfaat kepada kita semua. Saya percaya inilah yang dikehendaki oleh rakyat kerana ia mengambil kira semua lapisan dan semua sektor. Saya percaya rakyat menyambut baik manifesto atau aku janji ini.

“Insya-Allah, dengan ini saya percaya ia akan memberi semangat yang lagi kuat, lagi kukuh untuk mereka terus menyokong parti BN. Mereka (rakyat) tahu bahawa BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, janji ditepati. Apa yang dijanjikan BN akan kita tepati,” katanya.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Pengerusi BN Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat bagi Zon Pantai Timur Selatan di sini hari ini.

Jerayawara itu antara lain bertujuan memberi maklumat kepada rakyat berkaitan aktiviti Yayasan Sabah untuk membangunkan sosioekonomi, mendapat sambutan ribuan penduduk Tawau dan disifatkan Musa sebagai tanda sokongan padu  rakyat terhadap kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat.

Musa meminta rakyat Sabah supaya terus teguh menyokong kerajaan BN kerana di bawah kerajaan BN nasib rakyat akan terus terbela sementara negara sentiasa dalam keadaan sejahtera dan selamat.

Mengulas mengenai cadangan pembinaan lebuh raya dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Tawau, Sabah, sepanjang 2,300 kilometer, dalam aku janji BN berkenaan, Musa berkata ia akan memberi impak besar kepada rakyat yang tinggal berhampiran lebuh raya itu.

Katanya infrastruktur asas itu sudah tentu akan mempermudahkan pelbagai lapisan masyarakat seperti petani untuk memasarkan keluaran pertanian mereka.

Musa turut melawat 65 penduduk Kampung Bukit Kukusan yang rumah mereka ranap dirempuh bongkah batu besar yang bergolek dari kawasan kuari di atas bukit, pagi semalam menyebabkan enam penduduk cedera.

Bernama difahamkan kerajaan negeri sudah mengarahkan supaya mangsa yang layak ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat Semarak.

Pelaburan Ke Iskandar Malaysia/Johor Bakal Terjejas Jika Pilih Pembangkang- Nur Jazlan

Posted: 06 Apr 2013 11:50 PM PDT

JOHOR BAHARU, 7 April — Pengerusi UDA Holdings Bhd Datuk Nur Jazlan Mohamed bimbang pelaburan berbilion ringgit yang diterima Iskandar Malaysia dan negeri Johor ketika ini berkemungkinan akan terhenti sekiranya pengundi melakukan kesilapan memilih parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

“Pembangkang telah secara terang-terangan menolak dan mahu membatalkan projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi Johor, oleh itu pengundi perlu berfikir sebaik-baiknya tentang kesan besar undi mereka terhadap ekonomi Johor dan Iskandar Malaysia,” katanya kepada Bernama dalam temu ramah hari ini.

Nur Jazlan, akauntan bertauliah dan anggota Parlimen Pulai sebelum Dewan Rakyat dibubarkan Rabu lepas, berkata jika pembangkang menolak pembangunan yang kerajaan laksanakan di Johor (dan Iskandar Malaysia), ia akan menjejaskan secara keseluruhannya usaha negara untuk mencapai Wawasan 2020.

Sejak dilancarkan akhir 2006, Iskandar Malaysia yang berkeluasan 2,217 km persegi meliputi beberapa daerah di selatan Johor, berjaya menarik sebanyak RM110 bilion pelaburan dari dalam dan luar negara.

Pada tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional turut melancarkan projek Kompleks Petrokimia Bersepadu Pengerang (PIPC) serta projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID).

Kedua-dua projek itu, yang bakal menjadikan Malaysia sebagai hab industri minyak dan gas Asia, dijangka akan memulakan operasinya pada 2016.

Beberapa pelabur dalam dan luar negara telah pun menyatakan komitmen mereka untuk melabur berbilion ringgit di PIPC, manakala Petronas pula dijangka akan melabur RM60 billion dalam projek RAPID.

Bagaimanapun, pembangkang dalam manifesto PRU13 yang dilancar pada Februari lepas menyatakan bahawa mereka akan mengkaji semula kesesuaian projek RAPID terbabit.

Beberapa pemimpin pembangkang sebelum pelancaran manifesto itu juga mahukan projek RAPID itu dibatalkan atau saiznya dikecilkan atau ia dipindahkan ke kompleks petrokimia milik Petronas sedia ada di Kerteh.

Sementara itu Nur Jazlan berkata keyakinan pelabur Singapura yang kini mulai melabur secara aktif di Iskandar Malaysia dibimbangi akan turut terjejas jika pembangkang memenangi banyak kerusi di Johor.

“Pelabur Singapura mulai melabur secara aktif di Iskandar dan ia membuktikan mereka berkeyakinan Barisan Nasional akan menang dalam PRU13, tetapi undi kepada pembangkang boleh menjejaskan keyakinan mereka,” katanya.

Jika pelabur Singapura itu tidak berkeyakinan BN akan memenangi PRU13, kata Nur Jazlan, mereka tidak akan melabur di Johor dan Iskandar Malaysia dan akan menunggu sehingga selepas pilihan raya umum sebelum membuat keputusan.

Najib Mahu Rakyat Malaysia Amal Gaya Hidup Sihat

Posted: 06 Apr 2013 11:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 April  – Sempena Hari Kesihatan Sedunia hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat.

Beliau berkata seorang daripada tiga rakyat dewasa di negara ini menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan oleh itu orang ramai perlu mula mengamalkan alternatif yang sihat.

“Satu dalam tiga orang dewasa di Malaysia mengalami tekanan darah tinggi. Marilah kita renung kembali gaya hidup kita pada Hari Kesihatan Sedunia dan mula mengamalkan alternatif yang sihat,” katanya dalam tweet terbaharunya.

Statistik menunjukkan purata pengambilan garam di kalangan rakyat Malaysia tahun lepas adalah 1.7 kali lebih tinggi daripada yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kajian itu membuat kesimpulan bahawa kira-kira 32.7 peratus — atau seorang daripada tiga rakyat Malaysia – berumur 18 tahun dan ke atas dipercayai menghidap penyakit tekanan darah tinggi.

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April, menandakan ulang tahun ke-65 penubuhan WHO.

Tema tahun ini ialah tekanan darah tinggi.

Vote Wisely To Avoid Water Crisis, Peter Chin Tells S’Gor Voters

Posted: 06 Apr 2013 09:13 PM PDT

PUTRAJAYA, April 7 — People in Selangor have a clear option to avoid a water crisis by voting wisely in the coming election for a government that will run the state efficiently in the next five years, says Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin.

He alleged that the obstructionist policies of the Pakatan Rakyat-led state government for the last five years had almost frustrated efforts by the federal government to ensure adequate water supply to Selangor, the country’s premier economic region and fastest growing state, as well as Kuala Lumpur and Putrajaya.

“So if you ask me, what can the people of Selangor do to end all the uncertainties about the security of their water, my advice is this — they have to be wise in voting for the government that will run the state. They must take this water issue seriously. Do they want a government that does nothing except to politicise this issue and to continue to deny that there is a water shortage?” Chin said in an interview with Bernama.

He criticised the Selangor government for coming out with all sorts of unreasonable and ridiculous arguments to block projects undertaken by the federal government to ensure the long-term water security.

The most glaring among this was its opposition to granting the development order for the Langat 2 water treatment plant which is a vital component for the raw water transfer project from Pahang that was already over 70 percent completed, Chin said.

“So, what is wrong in having this project?” he asked.

“They (Selangor state government) even accused us of awarding this project to our cronies. But we are implementing it in a transparent manner via open tender. So to the voters of Selangor, please think hard. You can solve this problem once and for all at the ballot box. And the federal government has made a final decision to go ahead with the Langat 2 project in the national interest,” Chin stressed.

He said the conflicting signals given by the current Selangor government on water only added to more confusion. For example, it kept on denying there was a water shortage but at the same time it had agreed to the implementation of several mitigation projects.

The federal government had to agree to these mitigation projects to avoid a water crisis in the short-term but these were only stop-gap measures to meet the demand only from 2014 to 2016 because in the long-term, Langat 2 was the only solution.

“That is why we have already decided we will go ahead with the project. We will award the tender,” he said.

According to Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) or the National Water Services Commission, without Langat 2, water reserves from 2016 would only be around 0.5 percent or 26 million litres “which is nothing because even one housing project needs two to three million litres,”, Chin said.

“”So how long can 26 million (litres) last? By 2017, we are talking about a deficit of 2.9 percent if there are no other sources even with mitigation projects in place, plus whatever we have now. And in terms of absolute figure, it’s 146 million litres (equivalent) of water shortage.

“And then by 2018, it’s going to be worse again, hitting 6.6 percent shortage. So if you go on, by 2020 if there are no other sources and without Langat 2, (this would be) over 14 percent deficit. Now (with) this 14 percent deficit, who will be hit? Your house? My house? (Selangor menteri besar) Tan Sri Khalid’s (Ibrahim) house? Or the prime minister’s (Datuk Seri Najib Razak) house?

“We will be forced to ration water. Are we prepared for water rationing? So there is absolutely no reason why anyone should oppose Langat 2,” Chin said.

Chin said he was only hoping for Khalid to use common sense in tackling the water issue.

He said SPAN, as the ultimate water authority in the country, could not continue to approve new development projects that could come on stream within the next two or three years if there was not enough water to go by.

Manifesto BN Tepat Pada Masanya

Posted: 06 Apr 2013 09:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April  – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan malam ini, tepat pada masanya dan menidakkan manifesto parti pembangkang.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata manifesto pembangkang adalah satu khayalan yang boleh menyebabkan kerugian kepada negara, jika dilaksana.

“Parti lawan tidak tahu apapun tentang kedudukan kewangan negara, sebab tu buat manifesto yang agak bodoh,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Janji 1Malaysia Rakyat Didahulukan sempena pelancaran manifesto BN 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata Aku Janji BN itu menepati aspirasi semua lapisan masyarakat di negara ini, terutama mereka yang berpendapatan rendah, menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau berkata harapan rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri juga akan menjadi realiti melalui pembinaan 1 juta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun.

Manifesto yang selari dengan slogan ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu juga menjanjikan kesaksamaan kepada semua kaum, katanya.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata manifesto BN tidak meminggirkan kaum India dalam menikmati arus pembangunan negara.

“Janji BN untuk meneruskan peruntukan khas dan memperkenal sistem pembelajaran serta pengajaran mudah Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil juga membuktikan kerajaan serius untuk menghasilkan pelajar cemerlang di Sekolah Tamil,” katanya.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata wanita Malaysia diminta terus memberi mandat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di bawah pentadbiran beliau, kedudukan dan peranan golongan itu dalam pembangunan negara diberi tempat yang penting.

“Apa yang kita nak adalah kestabilan negara, perpaduan antara kaum, kemajuan ekonomi dan juga peluang baharu untuk tujuan memperkasakan wanita hari ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut bersetuju bahawa manifesto yang dibacakan Najib malam ini sebenarya merupakan satu Aku Janji yang dapat memenuhi kehendak kumpulan sasar.

“Sekarang ini 60 peratus pengundi terdiri daripada pengundi yang tinggal dalam bandar, langkah BN untuk mewujudkan satu kementerian baharu yang khusus untuk kesejahteraan penduduk di bandar ini merupakan satu langkah yang tepat,” katanya.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata manifesto itu tidak akan menyebabkan negara mengalami krisis kewangan kerana mengambil kira kemampuan kewangan negara.

“Ini tidak bersifat retorik kerana ia mempunyai perincian yang cukup meyakinkan, dan kami yakin dapat melaksanakannya jika diberi kepercayaan rakyat untuk memimpin lima tahun lagi,” katanya.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koo pula menyifatkan Aku Janji yang dibentang Presiden BN itu adalah janji yang tetap akan ditepati demi kebaikan rakyat.

“Saya berharap dengan manifesto itu dapat meraih lebih banyak kepercayaan rakyat kepada BN, dan seterusnya dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya BN menang dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT