SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, February 22, 2014

UMNO Online - “BN Lakukan Terbaik Di Kajang Untuk Saingi Pihak Lawan” plus 9 more

UMNO Online - “BN Lakukan Terbaik Di Kajang Untuk Saingi Pihak Lawan” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Lakukan Terbaik Di Kajang Untuk Saingi Pihak Lawan

Posted: 21 Feb 2014 04:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb -  Walaupun pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac ini Barisan Nasional (BN) turun sebagai "underdog" namun Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata akan melakukan yang terbaik terutama bagi memberi saingan terhadap calon lain pada PRK itu nanti.

“Kali ini kami (BN) akan bertanding sebagai calon ‘underdog’. BN akan bekerja keras untuk pastikan kami memperoleh keputusan yang terbaik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO seterusnya berkata UMNO sebagai komponen terbesar dalam BN akan memberi sokongan padu kepada wakil MCA itu nanti.

“Kami akan sokong beliau. Kami akan cuba yang terbaik,” ujarnya.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

BN hari ini menamakan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN untuk PRK DUN Kajang.

timbalan-pengerusi-bn-muhyiddin-umum-calon-prk-kajang-chew-mei-fun-pwtc

UMNO Ulangi Pendirian Tolak Fahaman Yang Bertentangan Akidah Ahli Sunnah

Posted: 21 Feb 2014 03:28 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu menolak sebarang kefahaman atau ideologi yang menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurut beliau perkara tersebut termasuklah usaha memperlekeh Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan sumber hukum Islam yang kedua.

najib-sidang-media-mesyuarat-majlis-tertinggi-umno-februari-2014-pwtc

"Atas nama Majlis Tertinggi (MT), saya ingin nyatakan pendirian UMNO jelas dan tegas sepertimana yang disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa UMNO berpegang kepada akidah dan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Justeru sebarang kefahaman atau ideologi yang menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak sama sekali.

"Ini termasuk usaha memperlekeh dan meremehkan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan sumber hukum syariah kedua tertinggi selepas al-Quran dan ini adalah sejajar dengan prinsp Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi kita berpegang kepada prinsip berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini, hari ini.

Lima Anggota UMNO Dipecat Kerana Sabotaj Parti – Najib

Posted: 21 Feb 2014 03:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Lembaga Disiplin UMNO mengambil keputusan memecat keahlian lima anggota UMNO daripada empat bahagian kerana didapati mensabotaj parti dengan membantu pihak pembangkang berkempen ketika pilihanraya umum 2013 yang lepas.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah pun menerima laporan daripada Lembaga Disiplin UMNO berhubung pemecatan lima ahli tersebut.

"Lima ahli UMNO  yang dikenakan tindakan dipecat itu ialah Baharim Abdullah dari UMNO bahagian Kuala Pilah, Abdul Muhsin Mohd Shariff dan Mohd Amri Che Ad dari UMNO bahagian Tasik Gelugor, Hasan Basri Mat Isa dari UMNO bahagian Jempol dan Mohd Zulkifli Zakaria daripada UMNO Bahagian Bachok.

"Kelima-lima mereka ini dikenakan tindakan pecat kerana telah didapati melakukan kerja sabotaj parti pada pilihanraya umum ke 13 yang lepas. Bagaimanapun, kelima-lima ahli UMNO yang telah dipecat itu boleh membuat rayuan dalam tempoh yang telah ditentukan,"jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bertempat di Menara Dato Onn, Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu menurut Najib, Majlis Tertinggi UMNO juga telah dimaklumkan oleh jawatankuasa pengurusan UMNO berhubung beberapa perkara di mana antaranya ialah berkenaan persidangan cawangan yang akan bermula pada 1 April sehingga pada 18 Mei ini.

"Manakala mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung UMNO pula akan dimaklumkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan datang, " ujar beliau. -MediaUMNO

IMG_2143

Kadar Pengangguran Disember 2013 Turun Kepada 2.9 Peratus

Posted: 21 Feb 2014 01:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb - Malaysia terus mencatatkan kadar pekerjaan penuh apabila kadar penganggurannya bagi Disember tahun lepas turun kepada 2.9 peratus daripada 3.5 peratus bulan sebelumnya.

Kadar pengangguran itu juga rendah berbanding 3.3 peratus yang dicatatkan pada bulan yang sama pada 2012, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bilangan penduduk pekerja dan menganggur mencatatkan penurunan 131,400 orang dan 59,600 orang, masing-masing kepada 13.55 juta penduduk bekerja dan 425,000 penganggur, pada Disember tahun lepas.

Jabatan itu berkata kadar penyertaan tenaga buruh jatuh 1.3 peratus kepada 13,973,800 orang pada Disember tahun lepas daripada 14,164,800 orang dalam bulan sebelumnya.

Tahun ke Tahun, ia meningkat sebanyak 4.8 peratus daripada 13,332,100 orang yang dicatatkan pada Disember 2012.

‘Sembang Warung’ Vital To Boost Ties Between Leaders, People

Posted: 21 Feb 2014 12:42 AM PST

TAWAU, Feb 21 – The ‘Sembang Warung’ (Coffeeshop Talk) programme is important and should be held continuously to bridge the gap between leaders and the people, Deputy Communication and Multimedia Minister Datuk Jailani Johari said.

He said the programme was also vital to in disseminating information about government policies and listening to the problems faced by the people in the area.

“Besides bringing the leaders closer to the people, the programme will enable us to learn and see for ourselves the problems faced by local residents.

“It is also in line with the aspiration of the country’s top leadership to see leaders going down to the ground to learn about the people’s needs and requirements,” he told reporters after attending the ‘Sembang Warung’ programme in Kampung Tanjung Batu here, today.

Earlier, Jailani also visited the Kampung Batu 1Malaysia Community Office.

Also present were Tanjung Batu assemblyman Hamisa Samat and Sabah Information director Almain Ajirul.

Taib To Offer Advice To New Sarawak Leadership Only If Asked

Posted: 21 Feb 2014 12:04 AM PST

KUCHING, Feb 21 – Outgoing Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said today he would only offer advice if the new state leadership asked for it.

He said such advice need not necessarily be offered in a formal way but could be asked and given at casual meetings.

“I’m sure if there’s a new situation coming up and the new leadership feels that it wants my views, I’m willing to give them … but I’m not sure whether he (incoming Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem) should ask me for public advice,” he told a news conference at his office, here.

Taib was asked whether he thought offering guidance after he had stepped down would be misconstrued as interfering in the new state administration.

“His advice to me might be mandatory. I must follow as the head of state. But my advice to him is just one of the opinions that he has to gather, if he needs it,” said Taib, who is slated to become the next Sarawak Yang Dipertua Negeri on March 1.

Taib, who is to retire as the Sarawak chief minister on Feb 28 after holding the post for the last 33 years, said he and Adenan had been sharing their experiences on the state’s development or politics.

“He (Adenan) knows, probably as much as I do, what to do in the next 10 years. I don’t know whether he would need any advice from me,” he said.

Taib said that being Sarawak’s Yang Dipertua Negeri was similar to the role played by the Queen of England, who would pass on her experience to the governing leadership only when she was asked to do so.

He said the British way of leadership had been the basis of the Sarawak governing system.

“I know the state (Sarawak) only needs one boss and that is the chief minister because the responsibility is his. If there is a mistake, he (the chief minister) has to bear it; if there’s credit, he will earn it,” he said.

BN Namakan Chew Mei Fun Calon Bertanding PRK DUN Kajang

Posted: 20 Feb 2014 11:53 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Barisan Nasional menamakan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Pengumuman calon rasmi BN itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu sidang media berhubung PRK Kajang di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata Chew, yang berasal dari Selangor, menjadi pilihan kerana beliau seorang yang berwibawa, mempunyai pengalaman luas serta sudah biasa berurusan dengan kerajaan persekutuan.

“Strategi kita pastilah mencapai kemenangan. Walaupun kita tahu akan berhadapan dengan tentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat atau lain-lain pihak tapi kita anggap ini suatu peluang untuk BN tawarkan seorang calon.

“Calon BN yang dipilih ini, saya kira berwibawa, berpengalaman, (dan) pernah berada dalam kerajaan, (serta) menjawat jawatan sebagai naib presiden MCA,” katanya.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.

Muhyiddin berkata BN akan mengatur gerak kerja sebagaimana yang biasa dilakukan, dan akan memberi tumpuan yang khusus kepada jentera komponen parti dari situ.

“Komponen parti telah pun diarahkan untuk buat persiapan yang perlu termasuk daripada barisan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bergerak di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Kita juga telah mengenal pasti PDM yang kita menang dan kalah,” katanya.

Timbalan perdana menteri menjelaskan bahawa keputusan bertanding di Kajang merupakan satu ruang dan peluang BN menawarkan khidmat kepada pengundi untuk membuat pemilihan yang bijak.

“BN berjanji sekiranya (Chew) Mei Fun dipilih sebagai Ahli DUN di Kajang, dia akan memberi tumpuan sepenuh masa untuk bela rakyat di Kajang, tidak kira kaum dan bangsa.

timbalan-pengerusi-bn-muhyiddin-umum-calon-prk-kajang-chew-mei-fun-pwtc

“Ini adalah tradisi BN untuk membela rakyat dan perkhidmatan sepanjang masa. Saya berharap dengan pengumuman hari ini, pengundi yang ada di Kajang akan memberikan sokongan sepenuhnya,” kata beliau.

Ditanya mengapa BN mengambil masa agak lama untuk mengemukakan calon sedangkan pembangkang sudah mula berkempen, Muhyiddin berkata pada kebiasaannya, BN hanya  akan membuat pengumuman dua hari sebelum hari penamaan.

“Tetapi, sekarang ini hampir dua minggu sebelum penamaan dan itu bukannya lewat. Ia merupakan satu tempoh masa sesuai berikutan kita perlu mendapatkan pelbagai input daripada pihak tertentu,” katanya.

Ditanya sama ada BN dianggap sebagai ‘underdog’ dalam PRK serta mempunyai senjata rahsia untuk menghadapi pilihan raya kecil ini, Muhyiddin berkata:

“Kita harus mengatur strategi kerana kita sedar pihak yang bertanding akan ambil kesempatan untuk gunakan platform Kajang bagi memburukkan nama kerajaan.

“Pemimpin BN berpendapat sekiranya BN tidak bertanding, dan semasa PRK pelbagai isu dibangkitkan berkaitan dengan BN, siapa yang boleh jawab. Oleh itu, kita menggunakan PRK ini sebagai platform untuk menjawab supaya pengundi tidak disogokkan dengan maklumat sebelah pihak sahaja,” jelas Muhyiddin.

Ditanya tentang keyakinan BN untuk menang, beliau berkata: “Kita tidak akan masuk bertanding PRK untuk kalah. Mestilah hendak menang. Jangan berasa tertekan. Biarlah pengundi menentukan pilihan mereka.”

Muhyiddin turut menyerahkan watikah pelantikan sebagai calon BN kepada Chew, dan bersorak ‘Hidup Barisan Nasional’ sebanyak tiga kali.

Sementara itu, Chew, yang juga bekas anggota parlimen Petaling Jaya Utara, berharap pengundi Kajang dapat memberikan sokongan kepada beliau agar dapat menjadi wakil pembangkang dalam DUN di bawah kerajaan Selangor.

Chew, yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ia merupakan peluang terbaik bagi rakyat untuk memastikan hala tuju politik Selangor ke arah sistem dua parti yang lebih sihat dengan sistem memantau dan menegur yang lebih berkesan.

“Saya memohon restu dan sokongan daripada pengundi Kajang supaya saya dapat dipilih sebagai Adun, yang mana dapat memperkuatkan lagi peranan parti pembangkang sebagai memantau dan menegur dalam kerajaan Selangor.

“Sekiranya ditakdirkan kemenangan, ini bukan anugerah kepada Chew Mei Fun, tapi memastikan Dewan Undangan Negeri dapat menuju ke arah sistem lebih sihat dengan lebih sesuai dengan suasana kepelbagaian di dalam negara kita,” katanya.

UMNO Temerloh Ambil Langkah Proaktif Kenali Pengundi Lebih Awal

Posted: 20 Feb 2014 10:53 PM PST

TEMERLOH, 21 Feb – Biar pun Pilihan Raya Umum ke-14 masih jauh, namun UMNO Bahagian Temerloh telah mula mengambil langkah proaktif dengan mencari dan mengenal pasti pengundi di kawasan parlimen itu yang bekerja di luar.

Ketua UMNO Bahagian Temerloh Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata langkah itu bertujuan untuk menentukan mereka dapat pulang menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya itu nanti.

sharkar-shahrizat-pusat-pemindahan-banjir-pahang-2013

“Program ini perlu dilaksanakan lebih awal bagi memastikan pengundi yang kini bekerja di luar kawasan balik mengundi selain dapat mengenal pasti pengundi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang uzur di Kampung Bukit Kelulut di sini.

Mohd Sharkar juga berharap Barisan Nasional (BN) di kawasan itu dapat menarik lebih ramai sokongan anak muda di kawasan itu dengan mengadakan pelbagai program untuk golongan tersebut termasuk aktiviti sukan dan rekreasi.

Katanya langkah itu penting bagi memastikan BN dapat merampas kembali kerusi Parlimen Temerloh dan Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan serta Mentakab dalam parlimen itu, yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya lepas.

20 SMEs Slated For Listing On Bursa Malaysia In Two Years, Says SME Corp CEO

Posted: 20 Feb 2014 09:26 PM PST

KUALA LUMPUR, Feb 21 – Twenty small and medium enterprises have shown interest and are ready to be listed on Bursa Malaysia in two years, says SME Corp Malaysia chief executive officer Datuk Hafsah Hashim.

Among the sectors identified are manufacturing, education and services, she said.

“SME Corp identified the SMEs, with at least four-star rating, under the SMEs’ Competitive Status Assessment, for upgrading.

“These SMEs have shown interest to embark on a new direction in their business and are prepared to be listed on Bursa Malaysia between 12 and 24 months,” she told a media conference after launching ABX Express SME Talk Series 2014 today.

Hafsah said SME Corp, Bursa Malaysia and Malaysian Industrial Development Finance Bhd would guide the SMEs in their preparatory work for listing. Hafsah also said the incentives for mergers and acquisitions for SMEs launched recently would provide the impetus for SMEs to continue expanding and be listed on the bourse.

The nine-sector incentive covers taxation, accountancy, healthcare, dentistry, architecture and engineering.

To date, over 600,000 SMEs have registered with SME Corp, and of the total, 60 have been listed on Bursa Malaysia, 48 on the Main Market and 12 on the ACE Market.

Pas Tidak Akan Biarkan Mereka Mati Kempunan Jawatan MB Selangor

Posted: 20 Feb 2014 08:41 PM PST

KUALA LUMPUR 21 Feb – Bekas Setiausaha Politik  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari percaya isu jawatan Menteri Besar Selangor akan terus berlarutan sama ada PKR menang pada pilihan raya kecil DUN Kajang atau sebaliknya.

Hakikatnya jelas beliau "projek Kajang" sebenarnya tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada masalah yang melanda kepimpinan PKR hari ini termasuklah pentadbiran negeri kerana ia hanya untuk kepentingan pihak tertentu.

anwar khalid azmin

"Saya yakin lepas PRK Kajang nanti lagi menarik ceritanya.. sama ada Anwar menang atau kalah ianya tetap menarik.

"Saya jangka begini… jika Anwar menang, Pas saya percaya akan terus mempertahankan Tan Sri Khalid dan jika sebaliknya atau pun berlaku penurunan majoriti kemenangan Anwar berbanding PRU-13 yang lalu, Pas akan seronok dalam diam,"  katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tambah beliau lagi berbanding DAP, Pas adalah parti yang paling gelisah menjelang PRK DUN Kajang ini.

Pas katanya boleh memberikan seribu satu alasan atau dalih namun sepanjang perkembangan peletakan jawatan ADUN Kajang  menyerlahkan resah gelisah kepimpinan mereka untuk meyakinkan penyokong di akar umbi mengenainya.

"Saya percaya pergolakan diakar umbi mengenai soal ini cukup kuat dan sebab itu saya sedikit pun tidak pelik kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pucuk pimpinan mereka bahawa soal pertukaran MB tidak berbangkit sama sekali.

"Mungkin akar umbi mereka telah dapat merasai keghairahan individu tertentu yang mahu menduduki kerusi empuk MB sekaligus menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kita yakin akar umbi mereka tidak mahu jawatan itu dirampas sewenang-wenangnya kerana Pas adalah parti yang menguasai majority kerusi di DUN Selangor," ujarnya.

Isu MB Selangor masih lagi menjadi polemik dikalangan parti pembangkang sehingga kini setelah berlakunya pilihan raya kecil DUN Kajang.

Terbaru, Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dilaporkan menggesa PKR dan semua pihak berkenaan menghentikan segera polemik berhubung kedudukan MB Selangor dengan mengiktiraf penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata peralihan kuasa Menteri Besar tidak patut berlaku kerana pelantikan Abdul Khalid dibuat bersandarkan kepada konsesus Pakatan Rakyat. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT