SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, February 7, 2014

UMNO Online - “Kena Pada Kamu….”Resign”… Kena Pada Aku…Dicalonkan!!” plus 9 more

UMNO Online - “Kena Pada Kamu….”Resign”… Kena Pada Aku…Dicalonkan!!” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kena Pada Kamu….”Resign”… Kena Pada Aku…Dicalonkan!!

Posted: 06 Feb 2014 04:08 AM PST

Bagi memelihara integriti parti dan kerajaan di mata rakyat, mana-mana pemimpin BN/UMNO yang dikaitkan dengan kes salah laku jenayah dan moral, mereka perlulah meletakkan jawatan kerajaan yang dipegang  dan menyelesaikan kes masing-masing di Mahkamah terlebih dahulu.

Tujuannya bagi memelihara imej parti dan kerajaan dari dikaitkan dengan salah laku tersebut sepanjang perbicaraan berjalan.

Jawatan sebagai wakil rakyat itu lain, kerana tidak ada peruntukkan undang-undang yang mewajibkan wakil rakyat yang di dakwa di Mahkamah untuk meletakkan jawatan, melainkan telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara melebihi tempoh satu tahun atau denda melebih RM 2,000.

Inilah amalan UMNO/BN sejak zaman berzaman, melihat kepada beberapa kes antaranya melibatkan bekas Menteri Besar Selangor (kes bawa wang keluar), bekas Ketua Menteri Melaka (dakwaan rogol) dan beberapa orang lagi.  Kesemua mereka meletakkan jawatan untuk menghadapi kes mereka di Mahkamah.

Malah ada juga Menteri Kabinet yang terpaksa meletakkan jawatan berikutan suaminya menghadapi pertuduhan menyeleweng pinjaman mudah yang diberikan kerajaan berhubung satu projek penternakan lembu.

Macam itu sekali UMNO/BN memelihara intergriti parti dan kerajaan dari salah laku yang mungkin dilakukan pemimpinnya, termasuk ahli keluarga mereka.

Pembangkang bila tahu konsep yang macam itu diamalkan BN, mereka melebih-lebih pulak.  Baru dengar dakwaan hearsay sana sini, dah disuruhnya pemimpin kerajaan yang berkenaan meletakkan jawatan, walhal tidak ada pertuduhan di Mahkamah pun sampai sudah.

Sedangkan dalam masa yang sama, bila perkara serupa berlaku dalam parti mereka, lagi orang itu dihadapkan ke Mahkamah (apatah lagi disabitkan dengan kesalahan), lagilah hebatlah orang itu diarak menjadi pemimpin sehingga ke tahap jadi Perdana Menteri.  Kononnya semua dakwaan dan tuduhan tersebut adalah fitnah walaupun beberapa mahkamah dah sahkan yang perkara itu memang berlaku.

Dalam kes Anwar Ibrahim, dia sekarang sedang menghadapi proses rayuan oleh pendakwaraya di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya dari dakwaan kes liwat pada Januari 2012, yang mana kalau didapati bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan jawatannya sebagai wakil rakyat akan gugur secara automatik.

Sebelum ini, 10 Mahkamah mengesahkan pembabitan Anwar dalam hubungan seksual termasuk Mahkamah Persekutuan yang membebaskannya dari dakwaan tersebut (teknikal) pada 2004.

Tapi dengan semua kemungkinan macam itu, pun dia masih ligat mengejar jawatan.  Tak cukup jadi AhliParlimen dan Ketua Pembangkang, dia nak jadi ADUN dan Menteri Besar Selangor pulak dah.  Pelik tu,ramai jugak yang menyokong, sungguh penulis tak faham politik apa yang macam ini.

Masa inilah rakyat perlu menilai perbezaan antara 2 pihak ini, BN dan pembangkang.  Pemimpin BN, kita tidak mabuk kuasa, malah kuasa yang ada diagihkan sama rata biar semua merasa.  Pembangkang, cerita lain, semua orang bodoh, melainkan Anwar Ibrahim, sampaikan nak jadi Menteri Besar Selangor pun kena import juga orang dari Cheruk Tok Kun sana.

Kalau bersih macam kain putih takpe juga, ini kusut masai macam kain lap pinggan (banyak kes Mahkamah dan salah laku moral).

Adamyan

Tiada Kenaikan Tol Bagi 14 Lebuhraya

Posted: 06 Feb 2014 03:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Feb -  Sebanyak 14 lebuhraya, yang sepatutnya menaikkan kadar tol pada tahun ini, tidak akan berbuat demikian berikutan keputusan kerajaan bagi tiada kenaikan tol pada tahun ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Berikutan keputusan tiada kenaikan tol itu, syarikat konsesi layak mendapat pampasan kira-kira 400 juta, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Fadillah-Yusof-PBB-Sarawak-BN-Menteri-Kerja-Raya

Beliau berkata, kementerian akan membuat kajian menyeluruh berhubung konsesi tol sedia ada dalam konteks jangka panjang, dengan mengkaji terma yang boleh dipersetujui bersama dengan pihak konsesi berkaitan kutipan tol.

“Kementerian akan memperincikan beberapa opsyen seperti penstrukturan semula kadar tol dengan kos operasi, kos penyelenggaraan, jumlah trafik, keuntunganatau kerugian syarikat serta kemudahan yang disediakan bagi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat.

Fadillah berkata, kementerian juga akan mengadakan perjumpaan dengan syarikatkonsesi untuk berbincang lebih lanjut berhubung penemuan dan cadangan Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin mengenai isu tol.

Beliau berkata, kementerian turut akan mengadakan rundingan bersama dengan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi.

Katanya, rundingan itu bagi mencari kaedah penyelesaian jangka pendek, sederhana dan jangka panjang berkait dengan lebuh raya sekali gus memberi pakej ‘menang-menang’ kepada semua pihak iaitu kerajaan, rakyat, syarikat, pelabur serta pemberi pinjaman.

14 lebuhraya yang tiada kenaikan tol:

1. Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (Akleh).

2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint).

3. Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

4. Lebuhraya Storm Water Management and Road Tunnel (Smart).

5. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk).

6. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

7. Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

8. Lebuhraya Senai-Desaru (SDE).

9. Lebuhraya Shah Alam-Kuang (GCE).

10. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

11. Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).

12. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

13. Lebuh Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).

14. Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke).

BN Terbukti Kerajaan Prihatin Banding Pembangkang Yang Hanya Pandai Bercakap

Posted: 06 Feb 2014 03:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Feb –Barisan Nasional (BN) selaku kerajaan telah membuktikan keupayaan dan keprihatinannya terhadap kegelisahan rakyat apabila melaksanakan pelbagai program, kempen dan langkah bagi membantu meringankan beban masyarakat berdepan kenaikan harga barang di pasaran.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah menganggap kerajaan hari ini bukan sahaja berusaha untuk memastikan rakyat berada dalam kehidupan harmoni tetapi juga sentiasa menyelami permasalahan mereka sehinggakan harga barangan harian turut dipantau.

ahli-majlis-tertinggi-umno-prof-dr-ibrahim-abu-shah-uitm

"Kerajaan laksanakan tindakan yang betul apabila melakukan pemantauan harga di pasaran dan kemudiannya meneruskan kebijaksanaan dalam pentadbiran dengan tidak menaikkan kadar tol di semua lebuh raya dan dalam masa yang sama melaksanakan kempen penurunan harga barang serentak di seluruh negara," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau membidas tindakan segelintir pihak khususnya pembangkang yang seringkali menjadikan hal-hal membabitkan rakyat sebagai isu politik.

"Apa-apa sahaja perkara akan dipolitikkan oleh pembangkang, langkah yang baik dimanipulasi, benda yang positif akan diputar-belit kerana matlamat mereka adalah untuk memburukkan kerajaan supaya rakyat nampak apa sahaja yang dilaksanakan oleh BN dianggap busuk.

"Memang niat pembangkang nak rakyat keliru supaya rakyat beralih sokongan kepada mereka dan tidak menyokong kerajaan yang ada namun dengan langkah yang dibuat kerajaan hari ini dan pelbagai helah pembangkang yang tak menjadi nanmpaknya semua orang boleh lihat."

Dalam hal ini, beliau mengajak masyarakat untuk berfikir secara rasinoal dengan menilai segala yang dimiliki, dirasai dan dinikmati di negara ini serta melakukan perbandingan dengan negara-negera jiran.

"Kita tak perlu pergi jauh tetapi lihat macam mana keadaan politik di Thailand, lihat bagaimana kehidupan masayarakat di Indonesia, nilai suasana rakyat di Vietnam, rakyat Myanmar, Filipina yang dilanda bencana dan lain-lain negara berdekatan kita, adakah mereka memiliki apa yang kita rasai malah semiskin-miskin rakyat kita masih ada makanan dan pakaian sedangkan mereka ada di antaranya sangat daif.

"Kita perlu bijak memainkan peranan dan mempunyai akal yang kritis apabila dihidangkan dengan pelbagai fitnah dan manipulasi pelbagai isu oleh pembangkang misalnya semua harga barang naik sedangkan kita sebagai pengguna masih ada pilihan untuk mengutamakan yang perlu dan tidak membeli barang yang harganya benar-benar naik."

Tegasnya, biarpun pembangkang menyajikan rakyat dengan permainan politik kotor tetapi rakyat tentulah dapat membuat pertimbangan untuk membezakan antara yang benar dan perkara yang sengaja diada-adakan.

"Lihat bagaimana kadar tol dimanipulasi, sedangkan ketika itu kerajaan baru melakukan perancangan dan kajian semula maka pembangkang menggunakannya sebagai bahan untuk menghentam kerajaan dengan macam-macam tuduhan walhal ia belum dilaksanakan, dan sekarang ternyata bahawa kerajaan benar-benar prihatin dan bertindak tidak menaikkan kadar bayarannya."

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kadar tol di seluruh negara tidak akan dinaikkan tahun ini selari dengan hasrat kerajaan untuk tidak membebankan pengguna dengan kenaikan harga tol. – MediaUMNO

Govt Will Not Compromise On Safety Issues At KLIA2 – Hishammuddin

Posted: 06 Feb 2014 02:45 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 6 – The government will not compromise on safety issues in the construction of the low-cost carrier terminal, klia2, said  Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“People say there are a lot of problems with this airport, but I myself see that, as proof, the baggage handling system has been tested and it’s working fine,” he told the media after a visit here today.

He said 120 bags were tested and all were able to be identified and this was one of the systems that we have checked.

“Last time, they said that our runway was flooded and problematic, I have requested Malindo to land and it landed safely, this proved that the allegation was baseless,” he said.

Asked on the percentage of completion of the terminal’s systems, he said : “That is not important as what is important is the people know that everthing is progressing and there are only a few barriers, and it is my job to ensure that these barriers do not affect the timeline of klia2 opening.”

Content Of Friday Sermon Texts Always Monitored – Jamil Khir

Posted: 06 Feb 2014 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 6  - The content of Friday sermon texts in the country is always monitored by the Malaysia Islamic Developmet Department (Jakim), says Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“The texts are not prepared by any mosque at whim or as it likes,” he said after officially opening the Federal Territory Islamic Religious Council’s Cataract Surgery Centre-Selayang Hospital, near here, today.

Jamil Khir said this in response to a report on a news portal (Roketkini.com) quoting DAP adviser Lim Kit Siang as saying that he regretted the Friday sermons of late which he claimed to be rousing religious sentiments.

The minister said anyone concerned should listen to the texts of the Friday sermons carefully instead of jumping to conclusion as this could cause misunderstanding.

“Don’t interpret the sermons as you like. Islam is a religion of peace and it wants its followers to be good to all people,” he added.

It is understood that Friday sermon texts delivered at mosques are prepared by Jakim or the respective state religious authorities.

Perbuatan Teresa Kok Cerminan Ideologi Rasis Dan Cauvinis DAP – Shukur

Posted: 06 Feb 2014 02:34 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Feb –  Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Abdul Shukur Idrus menyifatkan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seputeh, Teresa Kok merupakan cerminan kepada ideologi kepimpinan DAP yang kini dilihat begitu menyerlah sikap cauvinis dan rasis terhadap Islam dan bangsa Melayu.

Menurut beliau, pemikiran  rasis dan cauvinis pemimpin DAP ini sememangnya telah lama terserlah bermula daripada isu seorang wanita yang didakwanya berbangsa Cina dipaksa untuk berbogel ketika ditahan di sebuah lokap satu ketika dulu.

teresa-kok-parti-dap-rasis-sindir-satira-5-ekor-babi-menang-pilihanraya-pru

"Dulu lagi kita dah nampak sikap beliau yang ultra rasis serta cauvinis yang hanya mementingkan serta melebihkan bangsa Cina saja. Contohnya wanita dipaksa berbogel itu, bila tahu ianya wanita Melayu dan bukannya Cina, beliau terus diam membisu seribu bahasa.

"Dan seperti yang kita tahu, isu terbaru berhubung video klipnya jelas bahawa Teresa mempunyai niat untuk melaga-lagakan antara kaum Cina dan bangsa Melayu dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap bangsa Melayu, khususnya kepimpinan negara.

"Saya lihat kini tindakan beliau seolah-olah cuba menghasut kaum Cina dengan pelbagai fakta yang tidak betul tentang bangsa Melayu dan kepimpinan kerajaan, sehingga menyebabkan sebahagian besar kaum Cina terpengaruh dengan dakyahnya yang tidak bertanggungjawab itu," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Segala sikap dan perbuatan yang dilakukan oleh ADUN Seputeh itu menurut beliau adalah cerminan pemikiran kepimpinan DAP yang telah didoktrinkan dengan ideologi cauvinis dan rasis dengan melebihkan bangsa Cina serta mengenepikan kaum lain khususnya bangsa Melayu.

teresa-kok-video-hina-sindir-dap-rasis-pm-kerajaan-onederful-tahun-baru-raya-cina-2014

Kata Shukur lagi, beliau  amat yakin dan percaya bahawa sedikit pun tidak ada di dalam hati kepimpinan DAP untuk bersama Islam dan bangsa Melayu sekiranya mereka berjaya memerintah negara.

"Saya yakin, tidak ada sebesar zarah pun di dalam hati mereka untuk bersama Islam dan Melayu sekiranya mereka diberi kuasa memerintah negara. Apa yang kita lihat hari ini, gabungan bersama parti-parti Melayu seperti Pas dan PKR hanyalah semata-mata lakonan, serta menjadikan Melayu Pas dan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kuasa.

"Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan kenyataan-kenyataan kepimpinan DAP selama ini. Kita boleh lihat selama parti itu wujud di negara ini, tidak ada lain perkara yang akan pemimpin mereka akan kritik, hina dan pertikaikan secara berterusan selain dua perkara iaitu Islam dan bangsa Melayu.

"Sekiranya DAP diberikan kuasa memerintah di negara ini, saya yakin kemuliaan Islam serta nasib bangsa Melayu di negara ini akan jadi lebih teruk daripada yang dialami oleh bangsa Melayu di Singapura," tegasnya. -MediaUMNO

Pertikai Khutbah : Mungkin Ini Satu Kejayaan Dakwah Pas Dalam Pakatan Pembangkang

Posted: 06 Feb 2014 02:28 AM PST

KUALA LUMPUR 6 Feb – Pas disaran mentarbiyyah rakan sekutunya yang bukan Islam dalam pakatan pembangkang agar tidak semberono mengeluarkan kenyataan yang berkaitan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Pendakwah bebas Ustaz Toharudin Yaakob berkata langkah itu perlu supaya isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama termasuk persoalan yang dibangkitkan terhadap kandungan khutbah Jumaat oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) berulang.

nga_kor_ming_dap_hina_quran

Menurut beliau keadaan yang berlaku itu cukup dikesalkan apabila pemimpin bukan Islam secara terang-terangan berani mempersoalkan perkara tersebut dan apa yang paling malang parti yang mewar-warkan perjuangan Islam dan menjadi sekutu mereka mengambil sikap sebaliknya.

"Inilah natijahnya apabila ruang terbuka luas….Sepatutnya pemimpin bukan Islam yang menjadi sekutu Pas di dalam pakatan pembangkang perlu merujukkan soal-soal sebegini kepada parti berkenaan. Takkan Pas duduk dalam pakatan pembangkang sekadar 'pak pacak'.

"Takkanlah Pas dalam soal sebegini pun tidak membuka mulut untuk menasihati sekutu mereka itu. Tegurlah apa yang patut dan jenguk-jenguklah sikit. Ini melibatkan soal umat Islam. Berilah kefahaman sepatutnya. Di mana maruah dan imej mereka," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini, sebuah laman portal berita melaporkan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking mempersoalkan khutbah Jumaat yang disediakan JAKIM yang didakwanya boleh mencetuskan perbalahan antara agama di negara ini.

Nada sama disuarakan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang kesal khutbah Jumaat dilihatnya sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama.

Ekoran itu Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dilaporkan berkata pemimpin bukan Islam seharusnya mendengar keseluruhan kandungan khutbah Jumaat dan mengelak memetik ayat tertentu yang kemudian dimanipulasi kononnya Islam menggalakkan permusuhan dengan penganut agama lain.

Ustaz Toharudin seterusnya melahirkan kebimbangannya terhadap apa yang berlaku itu kerana dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

"Ini yang perlu sama-sama dilihat dan sama-sama di pikul supaya ianya tidak menimbulkan perasaan yang kurang senang antara satu sama lain dan sebagainya," ujarnya. -MediaUMNO

lim-kit-siang-dap-rasis-anti-islam-jakim-pmo-jpm-kerajaan-bn-umno-parti-agensi-agama-muslim

ambiga-hina-islam-muslim-jakim-ayat-quran-malaysia

darell-leiking-pkr-penampang-sabah-cabar-islam-jakim-hina-muslim-quran-malaysia

Wakil Rakyat Patut Amanah Kepada Pengundi – Abdullah

Posted: 06 Feb 2014 02:18 AM PST

KEPALA BATAS, 6 Feb – Anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat sepatutnya lebih amanah kepada penduduk di kawasan yang menaruh kepercayaan memilihnya, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Beliau sepatutnya laksanakan apa jua tugasnya dan bukan lakukan seperti sekarang (Lee Chin Cheh daripada PKR yang meletak jawatan di Kajang) dan beri laluan kepada pemimpin lain.

“Ini adalah permainan politik PKR semata-mata,” katanya mengulas pilihan raya kecil yang perlu diadakan di kawasan DUN Kajang, Selangor berikutan peletakan jawatan secara mengejut Lee yang menyebabkan kerusi itu kosong.

pak-lah-abdullah-badawi-bekas-pm-umno-bn

Jelas, katanya, tindakan PKR itu semata-mata adalah permainan politik demi kepentingan pemimpinnya.

“Mengapa perlu adakan pilihan raya kecil lagi sedangkan rakyat sudah pilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya umum (Mei) lepas?” soal beliau kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Stesen Mardi di Paya Keladi, di sini hari  ini.

Abdullah menegaskan bahawa tindakan PKR itu merugikan semua, terutama rakyat kerana duit terbuang, begitu juga masa dan tenaga orang lain yang perlu bertugas ketika itu.

Bekas perdana menteri itu berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai calon PKR pada pilihan raya kecil itu bukan sahaja membazirkan duit rakyat malah telah mengeksploitasi demokrasi negara.

Abdullah ketika ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletak calon untuk bertanding pada PRK Kajang itu, berkata beliau percaya pemimpin BN tahu apa yang perlu (dilakukan).

“Itu hak mereka sama ada mahu letak atau tidak,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Kajang manakala penamaan calon pada 11 Mac.

Turut mengiringi Abdullah ialah isterinya Tun Jeanne Abdullah. Terdahulu mereka mengadakan lawatan di Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kampung Selamat, di sini.

Kerajaan Kenal Pasti Lebih Banyak Kedai Harga Patut

Posted: 06 Feb 2014 02:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Feb -  Kerajaan akan mengenal pasti lebih banyak premis perniagaan di sekitar ibu negara yang menjual barang keperluan pada harga berpatutan untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut bagi membantu rakyat membuat pilihan semasa berbelanja.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu yang akan dilaksanakan secara berterusan akan membolehkan rakyat berjimat semasa berbelanja sekali gus menangani kos sara hidup.

menteri-wilayah-tengku-adnan-tinjau-harga-barang-patut-makanan-restoren-pasar-pasaraya-kl

“Tugas kita adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat dan membantu mereka mengenal pasti kedai yang menawarkan harga berpatutan dan menggalakkan mereka berbelanja di situ,” katanya  selepas melawat beberapa premis perniagaan makanan di Jalan Medan Tuanku, di sini, Khamis.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, pemantauan akan dilakukan setiap hari ke premis-premis perniagaan runcit dan makanan sekitar ibu negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, penilaian dilakukan berdasarkan dua kriteria utama iaitu mempamerkan tanda harga yang jelas dan menetapkan harga yang munasabah dan bertepatan dengan kualiti barang dan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Selain itu premis perniagaan tersebut akan dinilai oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) bagi menentukan tahap kebersihan sebelum melayakkan mereka menerima pengiktirafan (Kedai Harga Patut) itu,” katanya.

Tengku Adnan berkata, kementeriannya kini dalam perancangan untuk memperkenalkan aplikasi telefon pintar yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat seperti lokasi kedai-kedai yang menawarkan harga berpatutan.

Katanya, aplikasi itu yang sedang dibangunkan juga akan membolehkan orang ramai berinteraksi sesama mereka dan berkongsi maklumat mengenai tempat-tempat yang sesuai untuk berbelanja.

“Konsep ini telah dilaksanakan di Taiwan dan jika kita tengok di sana harga barang tidak naik kerana pengguna berinteraksi sesama mereka mengenai kedai dan lokasi yang menawarkan harga berpatutan sekali gus memberi tekanan kepada peniaga,” katanya.

Pada lawatan itu, sebanyak enam premis perniagaan makanan yang menawarkan harga berpatutan menerima papan tanda Kedai Harga Patut dan ada antara mereka tidak menaikkan harga sejak empat tahun lepas.

Patuhi Peraturan SPR Di PRK DUN Kajang – Shafie

Posted: 05 Feb 2014 11:10 PM PST

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu semua pihak mematuhi peraturan yang digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ini jelas beliau lagi termasuk tidak menggunakan isu moral dan video berbaur lucah untuk meraih sokongan pengundi.

Bagaimanapun, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mahu penguatkuasaan setiap peraturan pada PRK DUN itu dilaksanakan dengan berkesan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata pihaknya akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.

SPR menetapkan PRK DUN Kajang diadakan pada 23 Mac dan penamaan calon pada 11 Mac.

Dalam pada itu, beliau turut menolak permintaan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok untuk menonton video ‘Onederful Malaysia’ yang diterbitkannya sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Sebaliknya Mohd Shafie menegaskan pakatan pembangkang yang kini menguasai Selangor harus memberi tumpuan kepada mentadbir negeri dan tidak merosakkannya.

“Jangan rosakkannya. Kita menghadapi pilihan raya ini bukan kerana kepentingan kita. Mereka mesti menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT