SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, February 14, 2014

UMNO Online - “BN Selangor Akan Bawa Usul Mengenai Isu PKNS Ke Sidang DUN” plus 9 more

UMNO Online - “BN Selangor Akan Bawa Usul Mengenai Isu PKNS Ke Sidang DUN” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Selangor Akan Bawa Usul Mengenai Isu PKNS Ke Sidang DUN

Posted: 13 Feb 2014 05:42 AM PST

TANJONG KARANG, 13 Feb – Barisan Nasional (BN) Selangor akan membawa usul mengenai isu membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor  (PKNS) yang sering menimbulkan kontroversi ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mac ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata usul itu adalah bagi mendesak Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menjalankan siasatan terhadap urus tadbir anak syarikat kerajaan negeri.

“BN Selangor melalui Datuk Mohd Shamsuddin Lias (ketua pembangkang) akan membawa usul itu ke sidang DUN untuk dibahaskan. Isu membabitkan PKNS membuktikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh buat apa sahaja untuk kepentingan politik dan peribadi mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-42 dan penyampaian bantuan awal persekolahan tahun 2014 di sini, hari ini.

Noh berkata demikian ketika mengulas isu membabitkan PKNS seperti penamatan perkhidmatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sebagai Anggota Lembaga Pengarah PKNS dan terbaru penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Beliau berkata BN Selangor pernah membangkitkan bantahan terhadap pelantikan pekerja kontrak PHSB di persidangan DUN pada 2012 tetapi ketika itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan pelantikan itu.

“Tetapi sekarang bila ada masalah peribadi dengan Azmin maka pekerja jadi mangsa apabila Abdul Khalid memutuskan untuk memberhentikan mereka. Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri bukan membela rakyat tetapi membela kepentingan peribadi.

“Kalau betul pelantikan pekerja itu merugikan, sepatutnya masa wakil BN bantah, dia (Abdul Khalid) kena terima fakta tetapi dia tidak terima kenyataan dan pertahankan tindakan itu disebabkan politik sedangkan kita sudah Nampak tiada keperluan (pelantikan pekerja kontrak),” katanya.

Sementara itu, Mohd Shamsuddin berkata melalui usul itu pihaknya akan menggesa Selcat menjalankan siasatan sama ada wujudnya penyelewengan atau rasuah dan masalah integriti dalam urus tadbir anak syarikat kerajaan negeri.

“Kita telah banyak kali persoalkan urus tadbir PKNS yang tidak betul (seperti) ambil konsultan luar yang dibayar dengan harga tinggi dan pembayaran gaji terlalu tinggi kepada pekerja kontrak dalam anak syarikatnya tetapi Abdul Khalid mempertahankannya. Apa yang kita lihat hari ini pada saya ia membabitkan politik dalaman,” katanya.

Akujanji PRU 13 PKR : RM5 Juta Kalau Letak Jawatan, Dipecat Atas Apa Jua Alasan

Posted: 13 Feb 2014 05:37 AM PST

Sebelum PRU-13 yang lepas , PKR telah mewajibkan mereka yang bertanding di bawah tiket parti itu menandatangani aku janji supaya tidak melompat parti atau mengosongkon kerusi yang dimenangi atas apa-apa alasan sekali pun .

Ini boleh dirujuk kepada surat perjanjian seperti yang dipaparkan di bawah , sumber diperoleh dari artikel Raja Petra di portal Malaysia Today bertajuk ‘How Lee was spared RM5 million’ . Mereka yang tidak mematuhi akujanji berkenaan akan dikenakan tindakan untuk membayar sejumlah RM5 juta kepada parti.

malaysia-today-raja-petra-lee-kajang-anwar-pkr-pakatan-5-million-juta

Raja Petra dalam artikel seperti tajuk yang dinyatakan di atas mempersoalkan bagaimana bekas ADUN Kajang dikecualikan dari membayar RM5 juta kerana melanggar aku janji seperti yang telah ditandatangani sebelum ini.

Dengan merujuk kepada isi kandungan aku janji itu , perkara 1.4.1 menyatakan seperti berikut :-

“I resign or is expelled from the Party for any reason whatsoever or I declare that I shall be an independent member or I shall join any other political party or group”

Pada 27 January 2014 , Speaker Selangor Hannah Yeoh telah mengumumkan perletakan jawatan ADUN Kajang , Lee Chin Yeh, untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di kerusi DUN yang dikosongkan itu . sumber :  Malaysian Insider

Sekiranya dirujuk kepada aku-janji yang dibuat oleh parti PKR itu sendiri , jelas sekali Lee telah melanggar terma-terma yang dinyatakan .

Menurut perkara 1.4.1 dalam aku-janji berkenaan , Lee sepatutnya membayar kepada parti sebanyak RM5 juta kerana beliau telah meletak jawatan walaupun alasannya adalah kerana arahan daripada pemimpin tertinggi parti .

Jelas tercatat dalam aku-janji berkenaan , tindakan tetap dikenakan sekiranya letak jawatan dengan apa alasan sekalipun.

Pada PRU-13 yang lepas, 80 peratus calon PKR yang bertanding (termasuk Lee) dikehendaki menandatangani aku-janji ini, manakalan selebihnya dikecualikan.  Mungkin menyedari mengenai terma2 ini maka Lee telah bertemu dengan Anwar, 3 jam sebelum pengumuman perletakan jawatan beliau bagi memastikan beliau tak dikenakan tindakan membayar RM5 juta.

Berikut adalah petikan kenyataan beliau dari temubual dengan portal The Malaysian Insider .

 Lee said he had a five-minute meeting with Anwar, three hours before he handed his resignation letter to state speaker Hannah Yeoh.

“I wanted to know whether I would be penalised if I quit as all elected representatives were required to sign a contract before GE13. I also wanted confirmation that he would be standing there and thankfully, he put my mind at ease.” sumber : Malaysian Insider

Beberapa persoalan ditimbulkan oleh Raja Petra dalam artikel beliau iaitu siapa calon-calon yang dikecualikan daripada menandatangani aku-janji atau bon RM5 juta itu ?

Adakah 80% calon-calon lain yang bertanding atas tiket PKR tidak boleh dipercayai ? Apa keistimewaan 20% calon yang tidak menandatangani bon berkenaan .

Jelas sekali ini bertentangan dengan prinsip keadilan yang kononnya dibawa oleh PKR . Apa salahnya semua sekali yang bertanding atas tiket PKR pada PRU-13 yang lepas menandatangani aku-janji /bon berkenaan ?

Ini menunjukkan betapa kepimpinan tertinggi PKR memandang serius dengan isi kandungan aku-janji/bon yang disediakan sendiri oleh mereka.

Mungkin bimbang terbelit dengan tindakan undang2 akibat isi kandungan bon yang disediakan mereka sendiri , maka 20% calon PKR yang lain diberi ‘keistimewaan’ berbanding calon2 lain . Namun demi percaturan politik PKR , maka apa yang termaktub dalam aku-janji/bon berkenaan diabaikan apabila Lee meletak jawatan sebagai ADUN Kajang.

Sekiranya selepas ini ada Ahli Parlimen atau ADUN PKR yang dikenakan tindakan membayar RM5 juta kerana melanggar aku-janji/bon ini, maka peguambela mereka dinasihatkan agar merujuk kepada kes perletakan ADUN Kajang ini.

Mungkin juga rujukan isu ini baik untuk Khalid Ibrahim pertimbangkan sekiranya jangka hayat jawatan beliau sebagai MB Selangor dijangkakan tamat bila Anwar Ibrahim memenangi DUN Kajang dalam PRK yang akan datang.

Sekiranya Khalid turut menandatangi bon ini, beliau mungkin rasa terancam untuk menunjukkan penentangan secara terbuka. Maklum lah kalau tunjuk tentangan secara terbuka boleh akibatkan beliau dipecat, kalau dipecat oleh parti pun dah nyata kena bayar RM5 juta jugak .

Jadi Khalid boleh persoalkan hal ini kalau benar-benar berlaku . Sebab untuk kes Lee , tak sebut pun dalam aku-janji/bon beliau boleh letak jawatan sekiranya di arahkan parti, maka untuk sebab itu tuntutan RM5 juta ke atas Lee itu sentiasa ‘valid’ .

bidaman.blogspot.com

DUN Kajang, Jawatan MB Dan Belang Sebenar Pas

Posted: 13 Feb 2014 05:16 AM PST

Kemelut yang berlaku dalam PRK Kajang selepas wakil PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai DUN Kajang hanya menampakkan sisi sebenar pendirian PAS.

Parti Islam, PAS selama ini pandai dalam menyorokkan sifat dan sikap sebenar parti itu. Namun, dalam kekecohan parti pembangkang yang sibuk mahu menghadapi PRK Kajang, PAS sudah mulai menunjukkan agenda sebenar mereka.

Selama ini, PAS berhati-hati dalam segala tindakan yang diambil bersabit isu kritikan yang diberikan kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam beliau mentadbir dan menguruskan negeri Selangor.

anwar-hukum-bersalah-kes-mahkamah-tetap-bertanding-kajang-khalid-letak-jawatan-selangor

Untuk rekod, pergolakan PKR di Selangor semakin runcing ekoran dari tindakan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali mengkritik pentadbiran Khalid membabitkan isu-isu tertentu termasuk pemecatan 23 kakitangan PKNS Holdings Berhad (PNHB) pada 4 Februari lalu.

Azmin juga dilaporkan pada 7 Februari lalu secara terbuka mengecam tindakan pemecatan kakitangan PHSB itu selain mendakwa Khalid menggunakan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata untuk menentang musuh-musuh politiknya.

Justeru, selepas Khalid dihentam dari pelbagai sudut, PAS dalam senyap telah menghulurkan 'bantuan' dengan memujuk Khalid untuk keluar dari parti PKR dan menyertai PAS secara total baru-baru ini.

Tidak dapat dinafikan, perkara itu dikatakan pernah dibangkitkan dalam satu pertemuan di antara pemimpin tertinggi PAS dengan Khalid sebelum ini susulan daripada kemelut dalaman PKR Selangor termasuk perebutan jawatan Menteri Besar.

Hakikatnya, bantuan ini dilihat lebih kepada keadaan mahu menampakkan Khalid sangat mementingkan jawatan sebagai MB Selangor yang bakal hilang dan secara tidak langsung, membuatkan tanggapan orang ramai bahawasanya memang benar Khalid lemah mentadbir negeri Selangor.

Umum mengetahui, walau apa sahaja perkara yang berlaku, parti PAS selama ini masih lagi setia memberikan sokongan padu kepada Ketua Umum Pembangkang, Anwar Ibrahim waima Anwar sering kali melakukan kesilapan dalam cara beliau mengendalikan politik parti pembangkang.

Namun, sokongan itu hanyalah sifat kepura-puraan dari parti PAS sahaja. Ini kerana, sokongan itu lebih kepada berbentuk mahu mengekalkan manfaat yang PAS terima dari PKR memandangkan PAS sudah lama bergabung dalam parti Pakatan Rakyat (PR).

kepimpinan_selangor_khalid_azmin_musuh_rakyat_mangsa

Selepas pengunduran Lee Chin Cheh dari DUN Kajang, satu kata putus yang mahukan Anwar diangkat menjadi calon bertanding dalam PRK Kajang hanya kerana sebagai laluan membolehkan Anwar menggantikan Khalid sebagai MB Selangor ditentang oleh parti PAS.

Ada dikalangan pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap tindakan Anwar itu sebagai satu pengkhianatan terhadap PR memandangkan PAS selama ini terlalu mudah diketepikan walhal parti itu mempunyai 15 kerusi DUN berbanding PKR yang kini hanya 13.

Sebelum ini juga, PAS tidak mahu memperakui Anwar untuk jadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya walaupun pendirian PAS sejak ia bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam PR cukup konsisten.

Justeru, PAS kini bangkit pula mempertahankan pendirian mereka di mana menegaskan tidak ada keperluan Khalid ditukar dengan MB yang baru disebabkan PAS nampaknya cuba mengelak daripada memberi komitmen untuk menyokong atau tidak rancangan induk PKR mahu meletakkan Anwar sebagai MB jika beliau menang PRK berkenaan.

Jadi, inilah langkah yang sangat berhati-hati dibuat oleh PAS kerana ia lebih kepada memenuhi kepentingan politik PKR dari parti PAS. Tidak mustahil PAS juga mungkin berani mengambil tindakan senyap untuk mencuba cara supaya majoriti Anwar di Kajang sedikit berkurangan berbanding yang diperolehi Lee Chin Cheh.

Dapatlah PAS mengekalkan pemerintahan mereka di Selangor di bawah pimpinan Khalid tanpa ada gangguan atau pun telunjuk dari Anwar.

Nur Azlina Shaari

No Need To Amend Law, Public Can Punish Elected Reps By Not Voting For Them – Dr Mahathir

Posted: 13 Feb 2014 04:04 AM PST

JOHOR BAHARU, Feb 13 – The Election Commission (EC) does not need to amend the law to impose stiffer penalties on elected representatives who quit their post without a valid reason, but the public should instead punish such leaders by not voting for them.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said the people could play an important role in stopping this malpractice by choosing the kind of leaders they really wanted to represent them.

“My opinion is that if they want to (controversially) quit, let them quit. We (Barisan Nasional) can put up a fight.

“There’s no need to amend the law as the law cannot control everything. What are important are people’s morals that come from a good heart. So, no misdeeds.

“If the people don’t like it, make them loose (in the by-election)….teach them not to do it again,” he said when asked on the EC’s plan to study the need to impose heavier penalties on elected representatives who resign from the post without any plausible reason.

Earlier, Dr Mahathir presented the keynote address at the International Family Conference from the Global Perspective at the Persada International Convention Centre, here, today.

The EC has received various suggestions on tackling the issue following incumbent Kajang assemblyman Lee Chin Cheh suddenly vacating his seat on Jan 27 to make way for opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to contest the seat in a by-election.

Johor Umum Skim Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah

Posted: 13 Feb 2014 04:00 AM PST

JOHOR BARU, 13 Feb -  Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac ini.

Sebelum ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak empat peratus.

Beliau berkata bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei depan.

Bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini, katanya ketika menyampaikan amanat sulung tahun ini kepada kira-kira 1,500 penjawat awam negeri di Kota Iskandar di sini.

“Kerajaan sentiasa inovatif dalam menangani masalah rakyat dan yang paling penting ialah semua ini disumbang melalui inovasi dasar yang dilakukan penjawat awam,” katanya.

Menurut Khaled, antara dasar penting dalam pembentangan Bajet 2014 ialah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Langkah seperti memperbanyakkan projek rumah mampu milik sememangnya sangat bertepatan. Ini bermakna, kerajaan tidak hanya membiarkan kuasa pasaran menentukan kos rumah,” kata menteri besar itu.

Selain itu, dengan memperbanyakkan kedai rakyat 1Malaysia di seluruh negara juga membolehkan rakyat mendapat barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah.

“Ini akan memberikan rakyat pilihan dan jika dilaksanakan secara berkesan, akan membantu mengurangkan beban rakyat secara relatif,” katanya.

Kekukuhan PBB Tidak Memerlukan UMNO Ke Sarawak – Muhyiddin

Posted: 13 Feb 2014 03:50 AM PST

KUCHING, 13 Feb -  Struktur pemerintahan yang diwujudkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak tidak memerlukan UMNO untuk bertapak di negeri ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.

Beliau berkata seperti UMNO di Semenanjung Malaysia dan Sabah, peranan PBB di Sarawak sudah seperti sebuah badan induk dengan parti-parti komponen Barisan Nasional lain di negeri ini menyokongnya untuk mewujudkan satu situasi politik yang stabil.

muhyiddin-mesra-rapat-taib-mahmud-sarawak-umno-bn-pbb-komponen

“Peranan yang dimainkan oleh PBB sama juga dengan peranan yang dimainkan oleh UMNO di Semenanjung dan Sabah, itu boleh diteruskan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis dialog tertutup bersama wakil persatuan-persatuan pengguna, penjaja dan pembekal Sarawak di sini.

Beliau berkata gagasan BN sedia ada yang diterajui PBB dan disertai oleh rakan-rakan lain dalam BN di Sarawak sudah berjaya mencapai objektif yang turut sama dikongsi oleh UMNO.

“Saya fikir tidak perlu kita menduplikasi hal yang sudah pun tercapai. Yang mustahak bukan parti itu saja tetapi objektifnya… Ia (PBB) telah capai apa yang kami (UMNO) mahu capai…perpaduan, kemajuan, kemakmuran dan kestabilan. Ini yang berlaku di Sarawak,” kata Muhyiddin yang juga timbalan presiden UMNO.

Menyentuh pengunduran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Muhyiddin berkata pemimpin veteran itu telah memberikan sumbangan yang begitu besar kepada negeri ini dan negara khususnya dalam soal memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Katanya dalam tempoh 33 tahun Taib berkhidmat sebagai ketua menteri, Sarawak tidak menghadapi masalah isu perkauman biarpun negeri ini mempunyai kumpulan etnik yang mengamalkan budaya dan agama yang pelbagai.

Menurutnya Taib juga telah berjaya membawa pembangunan yang begitu ketara di Sarawak selama beliau memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

“33 tahun perkhidmatannya itu adalah satu tempoh yang panjang dan telah pun beliau sempurnakan dengan begitu cemerlang sekali malahan tempoh itu akan menjadi legasi yang amat bernilai khususnya di Sarawak,” katanya.

Muhyiddin berharap bakal Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan dapat meneruskan usaha cemerlang yang ditunjukkan oleh Taib.

Menyentuh perbincangan tertutupnya dengan pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional Sarawak di sini malam tadi, Muhyiddin berkata mereka turut membincangkan sedikit sebanyak persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan selewat-lewatnya dalam bulan Jun 2016.

“Apa yang penting adalah langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk memastikan Sarawak terus kekal sebagai kubu kuat dan bukan sahaja simpanan tetap untuk Barisan Nasional,” katanya.

Beliau yakin berdasarkan kepimpinan Taib yang lepas dan diteruskan oleh kepimpinan baharu di bawah Adenan, sokongan rakyat terhadap BN di negeri ini akan dapat diperkukuhkan lagi.

“Penting untuk Sarawak terus menjadi benteng kuat Barisan Nasional,” katanya.

Biarpun Menang Di Kajang, Anwar Hadapi Laluan Sukar Rebut Jawatan MB – Rahman

Posted: 13 Feb 2014 02:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka  menghadapi laluan sukar dalam merealisasikan hasratnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, walaupun beliau memenangi pilihanraya kecil DUN Kajang pada Mac ini, demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Jelas beliau ini berdasarkan reaksi daripada kepimpinan dan ahli akar umbi Pas yang jelas tidak berpuas hati dengan keputusan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang sebagai landasan untuk beliau menduduki jawatan Menteri Besar di negeri tersebut.

khalid-ibrahim-restu-lantik-sultan-selangor-menteri-besar-istana

"Saya jangkakan biarpun Anwar menang, tetapi untuk menggantikan Tan Sri Khalid bagi jawatan MB, laluan beliau agak sukar. Ini kerana saya yakin bahawa kepimpinan Pas tidak bersetuju dengan hasrat Anwar itu, dan saya pasti sekiranya jawatan MB Selangor dikosongkan, maka Pas juga akan menghantar nama sebagai calon untuk jawatan tersebut.

"Berdasarkan kerusi yang dimiliki, saya yakin sekiranya calon Pas mendapat sokongan daripada kesemua ADUN Barisan Nasional, maka Anwar akan kempunan untuk duduk di kerusi MB Selangor sepertimana perancangan beliau," jelasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Biarpun kepimpinan Pas secara dasarnya di atas nama pakatan pembangkang bersetuju untuk membantu Anwar di dalam PRK Dun Kajang ini, namun ini tidak bermakna Pas Selangor bersetuju dengan hasrat beliau untuk menjadi Menteri Besar, jelasnya lagi.

"Bagi saya, keakuran Pas Selangor untuk membantu kempen Anwar di PRK Dun Kajang ini berkemungkinan atas desakan kepimpinan di peringkat pusat. Padahal sebelum ini cukup kencang bertiup desas desus yang mengatakan bahawa Pas Selangor tidak akan campur tangan dan membantu kempen Anwar di sana.

"Ini disebabkan  kepimpinan Pas Selangor, mahupun sebahagian besar kepimpinan Pas Pusat merasa terkilan dan kecewa dengan tindakan dan keputusan Anwar yang dilihat membelakangi parti tersebut," ujarnya.

Kata beliau lagi, biarpun parti itu selama ini dilihat seperti orang bingung dan keliru, serta lebih bersikap pak turut dengan hanya akur dan tunduk dengan apa saja keputusan Anwar dan DAP selama berada di dalam pakatan pembangkang, namun dalam soal hasrat Anwar untuk menjadi MB, ada kemungkinan kepimpinan Pas akan mengambil sikap yang berbeza.

"Saya berpendapat, berdasarkan senario politik pembangkang yang berlaku hari ini, berkemungkinan ada kejutan yang dilakukan oleh Pas yang akan memberikan persaingan serta penolakkan kepimpinan dan akar umbi Pas terhadap Anwar dalam soal jawatan Menteri Besar.

"Ini memandangkan bahawa kini Pas sedar, mereka memiliki kelebihan kerusi berbanding PKR dan sekiranya calon MB daripada Pas ini mendapat sokongan padu daripada kesemua ADUN BN, maka kebarangkalian peluang Pas untuk memegang jawatan MB di Selangor agak cerah," ujarnya. -MediaUMNO

Program MyHome – Inisiatif Terbaik Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri

Posted: 13 Feb 2014 02:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melihat Program MyHome yang bakal dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak  pada bulan April hadapan merupakan satu inisiatif terbaik membantu rakyat negara ini khususnya golongan muda memiliki rumah sendiri.

Nazir-Hussin-Akhtar-Husin-Pemuda-UMNO-BN-Exco

Exconya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata  isu berkenaan peningkatan harga rumah di negara ini terutamanya di Lembah Klang menjadi permasalahan utama semenjak 10 tahun kebelakangan ini, dengan pemberian subsidi oleh kerajaan sehingga RM 30,000 membolehkan pemohon  membeli rumah terpilih pada harga kos yang lebih rendah.

"Bagi pihak Biro Hal-Ehwal Bandar & Perumahan menyambut baik dan berterima kasih di atas inisiatif berkenaan kerana ia merupakan isu yang diperjuangkan oleh Pemuda UMNO beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sasaran sebanyak 10,000 unit rumah yang memerlukan kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM 300 juta pada tahun pertama ini tidak menjadi 'one off' program tetapi diteruskan pada tahun-tahun akan datang malah jumlah tersebut juga perlu ditambah.

“Kita mengharapkan agar kerajaan dapat memberi keutamaan kepada pemohon-pemohon daripada golongan muda yang telah berkeluarga tetapi masih belum memiliki rumah persendirian. Garis panduan serta syarat-syarat yang dikenakan kepada pemohon MyHome juga diharapkan tidak terlalu ketat dan ianya perlu jelas berkenaan kriteria-kriteria permohonan," ujarnya yang juga Pengerusi Biro Hal-Ehwal Bandar & Perumahan, Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, program MyHome ini juga perlu dilaksanakan dengan ketelusan yang tinggi agar pemohon yang benar-benar layak sahaja dapat dipilih memandangkan jangkaan jumlah permohonan adalah lebih dari jumlah subsidi yang diperuntukkan.

"Pihak kerajaan juga diminta untuk memperhalusi supaya tiada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menaikkan harga rumah-rumah yang terlibat dalam program MyHome.

“Pihak Biro Hal-Ehwal Bandar & Perumahan bersedia membantu kerajaan dalam menjayakan program MyHome khususnya dalam menyalurkan permohonan-permohonan yang layak kepada kerajaan," katanya. -MediaUNMNO

Pemilihan Adenan Sebagai KM Sarawak Pastikan Kesinambungan – PM

Posted: 13 Feb 2014 01:41 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Feb - Pemilihan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu akan memastikan kesinambungan dan menyemarakkan lagi usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.

“Kerajaan Persekutuan menyokong pimpinan baharu Sarawak dan yakin Adenan dapat meneruskan segala yang telah dirancang serta melonjakkan pembangunan negeri itu ke tahap yang lebih membanggakan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

NAJIB

Beliau berkata, Adenan, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas), mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan politik serta dapat diterima anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan semua komponen BN.

Pemilihan beliau juga disambut baik oleh rakyat Sarawak, kata Najib.

“Saya percaya dengan pengalaman luas dan sokongan semua pihak, Adenan akan dapat meneruskan kecemerlangan Sarawak sebagaimana di bawah pimpinan Tan SriAbdul Taib Mahmud serta memastikan Sarawak terus menjadi benteng kuat BN,” kata Najib.

Taib pada Rabu mengumumkan pengunduran beliau daripada jawatan Ketua Menteriberkuat kuasa 28 Februari ini dan menamakan Adenan sebagai pengganti beliau.

Taib berkata, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin telah bersetuju dengan penamaan Adenan dan majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri yang baharu akan diadakan pada 28 Februari.

Ringgit Weakening Not A Major Issue To Malaysia’s Trade

Posted: 13 Feb 2014 01:40 AM PST

BUKIT MERTAJAM, Feb 13 – The weakening of the ringgit against the US dollar is not a major issue to the country’s trade at this point of time, says Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

He said it has not much impact on trade and investment so far and the ministry has not received any serious issues from importers and exporters.

“On the converse, that (depreciation of the ringgit) benefits exporters but at the same time we do import lot of things.

“So it is about neutral because it benefits us arising from slightly lower currency value (versus) increasing input costs,” Mustapa told reporters after officiating the opening of Aviatron (M) Sdn Bhd here today.

He said the Federation of Malaysian Manufacturers has so far raised no issues related to the weakening of the ringgit.

Mustapa said most of the discussions were mostly on competitiveness in the context of wages and cost of doing business and not in relation to currency value.

Ringgit is now hovering above 3.30 level against the US dollar.

It was traded lower against most currencies over the past months whereby at one point, it was traded at its lowest level in 24 years against the Singapore dollar.

Malaysia’s latest numbers showed that the current account surplus rose to RM16.2 billion for the fourth quarter of 2013, from RM9.8 billion in the earlier three months.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT