SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, February 19, 2014

UMNO Online - “Kemarau : Rakyat Melaka Diminta Tidak Panik” plus 9 more

UMNO Online - “Kemarau : Rakyat Melaka Diminta Tidak Panik” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kemarau : Rakyat Melaka Diminta Tidak Panik

Posted: 18 Feb 2014 04:05 AM PST

MELAKA, 18 Feb – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meminta rakyat negeri itu agar tidak panik dengan keadaan musim kemarau yang berlaku ketika ini.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan bekalan air mencukupi termasuk mengepam air dari Sungai Muar, Johor ke dua empangan di negeri itu.

idris-haron-ketua-menteri-melaka-umno-bn-pejabat-negeri

“Kita sedang berusaha mengekalkan bekalan air pada tahap optimum, jadi tak perlu panik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendekatan Wasatiyyah di sini, hari ini.

Kira-kira 1,200 penjawat awam dan pemimpin masyarakat di Melaka menghadiri seminar yang bertujuan memberikan kefahaman mengenai pendekatan Wasatiyyah dan peranan mereka dalam merealisasikannya.

Dalam pada itu, Idris turut meminta para pesawah supaya tidak mengepam air ke sawah mereka secara berterusan kerana boleh menjejaskan isi padu air di tali air dan kolam tadahan.

Ditanya mengenai kerugian yang terpaksa ditanggung pesawah berikutan musim kemarau, Idris berkata kerajaan negeri setakat ini tidak menjamin sebarang pampasan kepada mereka.

Mengenai langkah pembenihan awan, beliau berkata pada masa ini, kaedah tersebut tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan awan yang sesuai.

“Menurut Jabatan Meteorologi, kita ketiadaan awan jenis kumulonimbus bagi tujuan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan,” katanya.

Hentikan Politik Ghairah Persenda Agama Dan Perkauman – Zahida

Posted: 18 Feb 2014 03:55 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Feb – Tindalkan segelintir pemimpin yang mempersoal atau mempersendakan isu sentitif yang membabitkan agama dan perkauman boleh mencetuskan perasaaan benci serta marah di kalangan pihak tertentu yang boleh menjejaskan keharmoniam kepelbagaian kaum, agama dan anutan di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Zahida Zarik Khan menyifatkan mereka yang melakukan perbuatan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi mungkin mempunyai niat-niat tertentu untuk kepentingan peribadi atau politik yang mereka sertai.

zahida-naib-puteri-umno-sumbangan-air-dengkil-selangor

"Mengapa harus kita robohkan perpaduan serta keharmonian yang dinikmati oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama yang telah kita nikmati sejak dahulu lagi, jangan kita lakukan itu hanya untuk kepentingann peribadi tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi daripada perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Jangan sentuh isu-isu sensitif seperti agama dan kaum, mengapa perlu kita perlu timbulkan perkara itu, jika ada yang tidak kena, seharusnya rujuk kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan jawapannya, bukannya mempersoalkan perkara itu secara terbuka," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Zahida yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin politik yang dilihat dengan sengaja membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan serta kebencian orang ramai di laman sosial.

Menurutnya, sebagai pemimpin politik, seharusnya mengelak daripada membuat kenyataan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak  yang akhirnya akan menyebabkan berlaku perbalahan.

"Pemimpin politik harus mendidik dan  mengasuh diri supaya berhati-hati terhadap apa kenyataan yang ada hubung kait dengan soal agama, kaum atau isu-isu politik. Jangan bangkitkan rasa benci atau marah terhadap apa yang kita nyatakan.

" Mungkin pada pandangan kita betul terhadap apa yang dinyatakan tetapi pihak lain mungkin menganggap ianya menyentuh perihal  kaum atau agama mereka, ini yang seharusnya dielakkan oleh semua pihak,"katanya.

Zahida berkata, medium media sosial amat pantas dan jika ianya disalahgunakan boleh memberi kesan negatif, dan semua pihak seharusnya tidak menyalah gunakan kemudahan serta kemajuan teknologi yang akhirnya memusnahkan negara dan rakyat. -MediaUMNO 

Bawa Masuk Mat Taib Bukti Pemimpin Pembangkang Tiada Kualiti – Halimaton

Posted: 18 Feb 2014 03:11 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mat Taib ke dalam pentadbiran negeri Selangor sekiranya menang di PRK DUN Kajang ini memperlihatkan seolah-olah beliau hilang keyakinan dengan kemampuan kepimpinan pakatan pembangkang Selangor untuk terus mentadbir negeri, demikian jelas Ketua Wanita UMNO Bahagian Subang Halimaton Saadiah.

Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pakatan pembangkang di Selangor tiada pemimpin yang berkualiti dan berwibawa untuk mentadbir negeri tersebut.

mat-taib-pas-selangor-mat-sabu-diperalat-diperguna-anwar-pakatan

"Ini dapat kita lihat apabila keadaan pentadbiran Selangor hari ini bermasalah ekoran krisis dalaman di dalam PKR sehingga menyebabkan  Anwar terpaksa turut campur bagi menyelesaikan masalah antara Tan Sri Khalid dan Azmin Ali.

"Saya yakin, kekusutan serta kecelaruan kepimpinan Selangor yang sedia ada serta ketiadaan pemimpin yang benar-benar layak untuk memimpin negeri ini di dalam pakatan pembangkang menyebabkan Anwar terpaksa meminta bantuan Tan Sri Mat Taib bagi membantu mentadbir Selangor sekiranya beliau  menang di dalam PRK Dun Kajang kelak," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Katanya lagi, selama dua penggal pakatan pembangkang mentadbir negeri Selangor, jelas kepimpinan negeri hilang fokus dalam menumpukan perhatian terhadap kebajikan rakyat, sebaliknya lebih banyak bermain politik sesama sendiri.

"Isu ketidakpuasan hati Azmin terhadap MB Selangor Tan Sri Khalid bukan lagi satu rahsia. Malah tindakan Azmin mengkritik secara terbuka tindakan Khalid dalam isu pemecatan pekerja kontrak PKNS juga memperlihatkan wujudnya krisis antara mereka berdua.

"Tetapi  malangnya rakyat  turut diheret ke dalam kancah permasalahan yang berlaku di dalam PKR Selangor apabila Anwar akhirnya mengambil keputusan meminta ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi tersebut untuk memberikan laluan kepadanya bertanding, dengan alasan untuk menyelamatkan menamatkan krisis kepimpinan di dalam partinya di Selangor," tegas beliau.

halimaton-saadiah-bohan-kota-damansara-umno-bn-selangor

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di Selangor, khususnya di DUN Kajang agar menolak Anwar dan pakatan pembangkang yang jelas menggunakan sistem demokrasi ini sebagai landasan untuk kepentingan politik peribadi dan partinya sendiri.

"Rakyat perlu sedar, bahawa pengosongan DUN Kajang ini bukanlah merupakan agenda untuk membela rakyat, tetapi ia adalah agenda kepentingan peribadi dan politik kepartian di mana Anwar menjadikan rakyat di situ sebagai kambing hitam bagi menjayakan agendanya itu.

"Dalam usaha menyelamatkan kedudukan PKR dan hasratnya peribadinya untuk menjadi MB dengan alasan untuk menamatkan krisis kepimpinan di Selangor, maka Anwar sanggup melakukan apa saja biarpun terpaksa menjadikan rakyat sebagai mangsa. Saya harap, pengundi di Kajang akan menolak pemimpin yang memanipulasi  pentas demokrasi serta menggunakan rakyat demi untuk menjayakan matlamat politik peribadinya,"ujarnya. -MediaUMNO

Johor Wants Price Of Raw Water To Be Agenda Of Malaysia – Singapore Talks

Posted: 18 Feb 2014 03:01 AM PST

JOHOR BAHARU, Feb 18  - The Johor state government has asked that the issue of the price of raw water supplied to Singapore becomes part of the agenda for discussions in the forth-coming joint meeting between the two countries.

Chairman of the State Public Works, Rural and Regional Development Committee Datuk Ir Hasni Mohammad said Johor wanted the talks on the price of raw water supplied to Singapore to begin immediately.

“I hope that if there are talks between Malaysia and Singapore, the issue on the review of the price of raw water is included in the agenda. I hope we can begin discussions to work out the next step.

“The talks should begin immediately,” he told Bernama in an interview here today.

According to agreements signed in 1961 and 1962, Singapore’s Public Utilities Board (PUB) would buy raw water from Johor at the rate of three sen every 1,000 gallons.

Singapore on the other hand would sell treated water to Johor at the price of 50 sen for every 1,000 gallons.

According to Hasni, Johor sells 250 million liters of raw water to Singapore every day and bought back two percent of that or five million liters in the form of treated water.

The treated water from Singapore is supplied to residents in parts of Johor Baharu as well as Pontian and Kota Tinggi.

He said the raw water was the right of the state government and not the federal government or the National Water Services Commission (SPAN). Which was why the state wanted the price to be renegotiated.

“We have long been in a losing position when we sell raw water to Singapore at three sen (for 1,000 gallons),” he said, adding that the price of treated water sold to Syarikat Air Johor (SAJ) and Melaka was too high.

He believed the good relations that existed between Kuala Lumpur and Singapore would result in a positive outcome on the price of raw water supplied to Singapore.

“I do not believe that the Singapore government will reject it outright. We hope that the discussions will benefit both parties,” Hasni said.

He believed that the discussions would flow smoothly between Malaysia and Singapore and not based on “one country exploiting another.”

“The talks should be balanced, there cannot be one side that feels pressured,” he said, adding that he understood the water agreement between the two countries could be reviewed.

Regarding the new price requested by Johor for the raw water supplied to Singapore, he said the federal government had said that a fair price would be 60 sen per 1,000 gallons.

However, he added, if Singapore raised the price of treated water from 50 sen for 1,000 gallons, it was likely that Johor would increase the price of raw water.

“If Singapore raised the price of its treated water from 50 sen to RM5.00, we may not increase to 60 sen, but perhaps higher than that,” Hasni said.

Tidak Adil Salahkan PM Atas Kegagalan Waythamoorthy – Khairy

Posted: 18 Feb 2014 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb - Ketua Pemuda UMNO  Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi P. Waythamoorthy menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.

Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya.

khairy-kj-umno-bn-kabinet-najib-waythamoorthy-hindraf-dedah-sebab-letak-jawatan

Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.

“Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri,” kata Khairy.

Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.

Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan.

Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India.

Program MyHome Buat Pembangkang Terus Jadi Malu Alah

Posted: 18 Feb 2014 12:20 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Feb – Program  MyHome  dilihat bukan sahaja bakal membantu rakyat untuk memiliki rumah  malah kesannya membuatkan pembangkang terus jadi malu alah kerana mereka selama ini mendakwa kononnya parti yang mementingkan kebajikan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata skim berkenaan bukanlah janji kosong kerana berdasarkan rekod laporan dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 4.67 juta unit rumah dibina sehingga Jun lalu

najib-majlis-perumahan-negara-rahman-dahlan-halimah-sadique-kpkt

"Program ini baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. Paling istimewa ialah apabila skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pembeli.

"Ini bermakna mereka yang layak akan mendapat harga murah daripada harga asalnya dan kerajaan akan membayar sebanyak RM30 ribu bagi pihak pembeli, ini sesuatu yang amat baik dilakukan pleh kerajaan BN.

"Justeru dalam soal menjaga kepentingan rumah kepada rakyat saya berani katakan bahawa tiada pihak lain mampu melakukannya apatah lagi pembangkang melalui kerajaan negeri yang mereka tadbir. Mereka (pembangkang) hanya  tumpang semangkuk ..," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong seterusnya menambah perancangan serta pelaksanaan oleh kerajaan BN sentiasa memenuhi keperluan pelbagai peringkat.

"Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk merangka strategi dan pelan tindakan bagi memastikan nilai harga dan penyediaan rumah dilaksanakan dengan lebih cekap dan cepat. Kerajaan melalui majlis ini juga bertanggungjawab memantau pasaran hartanah.Manakala keanggotaannya membabitkan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, Jabatan Perumahan Negara, PR1MA serta Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Sebab itu kesungguhan kerajaan dalam menyediakan rumah untuk rakyat yang disediakan sendiri oleh kerajaan atau swasta ini cukup banyak dan laporan dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 4.67 juta unit rumah dibina sehingga Jun lalu, termasuk rumah teres, teres dua tingkat, rumah berkembar, kondominium, kos rendah dan sederhana. Ini sesuatu yang memalukan pembangkan," katanya.

Kata beliau lagi pembangkang sebenarnya malu alah dengan pelbagai usaha serta perancangan dan apa yang dibuat oleh kerajaan hari ini.

"Secara perbandingan kita dapat lihat bahawa negeri yang dipimpin mereka tidak serius membantu golongan bawahan dalam isu perumahan. Di Pulau Pinang contohnya masih lagi dihimpit dengan isu rumah mampu milik.

"Rakyat semestinya bersyukur bahawa dalam soal menyediakan perumahan kepada rakyat, peranan kerajaan pimpinan BN tidak dapat dinafikan. Saya bagi contoh kerajaan melaksanakan projek rumah PPRT yang mana ia mensasarkan kepada golongan miskin. PRIMA, SPNB dan macam-macam lagi yang menyerlahkan usaha berterusan kerajaan manakala pembangkang pula terus dibuai laungan retorik berpanjangan," ujarnya. -MediaUMNO

SME Contribution To GDP On Track To Hit 41 Pct, Says Mustapa

Posted: 18 Feb 2014 12:11 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 18 – Small and medium enterprises (SMEs) in Malaysia are on track to contribute 41 per cent to the country’s gross domestic product by 2020 compared to 32 per cent in 2012, said Minister of International Trade and Industry (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Local SMEs are now suppliers for multi-national companies (MNCs) in the global chain.

“With the exposure and skills obtained, many entrepreneurs have raised their companies’ ability to penetrate the export market,” he said after opening the inaugural Forum Keusahawanan Malaysia (Fokem) 2014.

The forum provides a platform for successful Malaysian entrepreneurs to share their success with new entrepreneurs.

In his speech, Mustapa said in 2012, SMEs’ total workforce grew 6.4 per cent compared to six per cent for MNCs, and their share of the nation’s workforce rose to 57.4 per cent in 2012 from 57.1 per cent in 2010.

To enhance SMEs’ competitiveness, the government encourages them to merge to become stronger entities, he said.

“Towards this purpose, MITI and SME Corp Malaysia launched a merger and acquisition incentive for small and medium services providers in nine services sub-sectors last week,” he said.

Successful applicants will enjoy a flat rate of 20 per cent on all taxable income earned by the merged companies for a period of five years, and will also be exempted from stamp duty on the merger document, he said.

He added some 50,000 SMEs nationwide have received a total allocation of RM23 billion over the last 20 years through three MITI agencies — SME Corp Malaysia, Malaysian Industrial Development Finance Bhd and SME Bank – to develop their businesses.

Takziah Buat Keluarga ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya

Posted: 18 Feb 2014 12:06 AM PST

suraya-yaacob-adun-sungai-tiang-kedah-umno-bn

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob atas kembalinya ke rahmatullah suami beliau, tengahari tadi.

Jenazah Allahyarham Syed Alfandi Syed Mansor Barakbah, 51, akan dikebumikan di Masjid Al-Bukhari, Alor Setar pada pukul 6 petang ini.

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

MCA Confident BN Candidate For Kajang By-Election From Party

Posted: 17 Feb 2014 11:27 PM PST

KOTA BAHARU, Feb 18 – MCA vice-president Datuk Dr Hou Kok Chung has expressed confidence that a leader from the party would be selected as the Barisan Nasional (BN) candidate for the Kajang state by-election on March 23.

He said the MCA would mobilise its leaders nationwide to help the BN candidate win the by-election, necessitated by the resignation of assemblyman Lee Chin Cheh of Parti Keadilan Rakyat (PKR) to pave the way for PKR de facto leader to contest the by-election.

“Although we (the MCA) lost in the contest for the seat in the last general election, we have been continuing to serve the constituents of Kajang relentlessly,” he told reporters after attending a Kelantan MCA session with the media here last night.

Dr Hou, who is also Kelantan MCA chairman, said the feedback he received indicated that the BN had a chance of winning the by-election.

He also said that the new MCA leadership under Datuk Seri Liow Tiong Lai as the president gave fresh hope to the Kajang constituents.

The Election Commission has set March 11 for nomination.

Belum Ada Keputusan Pasti Tentang TPPA – Mustapa

Posted: 17 Feb 2014 11:25 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Malaysia belum membuat sebarang keputusan pasti tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata lawatan Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia yang dijadualkan pada April dijangka memberikan tumpuan kepada beberapa isu keusahawanan, bukan hanya mengenai TPPA.

tok-pa-mustapha-menteri-perdagangan-miti-malaysia

“Lawatan Obama nanti ada agenda lain, termasuk perbincangan mengenai keusahawanan,” katanya selepas melancarkan Forum Keusahawanan Malaysia 2014 (Fokem 2014) di sini hari ini.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih minggu lepas menyebut bahawa selain Malaysia, Obama dijangka melawat tiga negara Asia yang lain iaitu Jepun, Korea Selatan dan Filipina.

“Meskipun lawatan itu dijadualkan pada lewat April, namun tarikh-tarikh yang sesuai untuk lawatan ke setiap negara berkenaan belum diputuskan lagi.

“Presiden itu akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Malaysia untuk ‘menunjukkan kemajuan besar’ yang dicapai dalam memperkukuh hubungan diplomatik, ekonomi dan pertahanan dua hala dengan ‘rakan yang begitu penting’ di Asia Tenggara,” tegas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, selain meningkatkan hubungan dua hala, khususnya dalam soal ekonomi dan keselamatan, Obama akan juga menggesa kepimpinan Malaysia untuk bersetuju dengan AS dalam pewujudan Perkongsian Trans Pasifik.

Sementara itu, Fokem 2014, anjuran bersama Malaysian Industrial Development Finance Bhd, SME Bank dan SME Corp Malaysia, akan dirasmikan oleh Mustapa.

Peserta forum itu akan dapat membina rangkaian, memperkukuh hubungan perniagaan dan mengetahui tentang inisiatif-inisiatif terbaru yang disediakan oleh MITI dan agensi-agensinya, khususnya MIDF, SME Bank dan SME Corp.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT